SIFAT
I’BADUR RAHMAN
1
IKHLAS DALAM BERAMAL
Ibadur Rahman itu, mereka sangat
ikhlas dalam beramal. Ikhlas adalah salah satu syarat amal soleh itu diterima
oleh Allah swt, oleh sebab demikian mereka sangat menjaga segala perbuatan dan
perkataan mereka supaya ikhlas kerana Allah swt. Sabda Nabi saw :
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبَلُ مِنَ الْعَمَلِ إِلاَّ مَا
كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتُغِيَ بِهِ وَجْهُهُ.
“Sesungguhnya Allah swt tidak
menerima amalan seseorang melainkan ikhlas kerananya dan ia sentiasa
mengharapkan pandangan Allah swt” (Riwayat Nasaie 3140)
2
REDHA DENGAN
KETENTUAN ALLAH SWT
Di antara sifat Ibadur Rahman itu,
mereka sentiasa redha dengan qadha’ dan qadar yang Allah telah tentukan, ia adalah di antara rukun Iman
yang wajib kita semua beriman, sabda Nabi saw :
الْمُؤْمِنُ الْقَوِىُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ
مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِى كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ
وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ
أَنِّى فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا. وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ
فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Mu’min yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai
oleh Allah swt daripada mu’min yang lemah, namun kedua-duanya mempunyai
kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat
bagimu, sentiasalah
minta tolonglah kepada Allah swt dan janganlah kamu lemah, sekiranya kamu
ditimpa sesuatu, janganlah kamu berkata, sekiranya aku melakukan perkara itu
tentu tidak akan berlaku begitu, tetapi katalah itu semua adalah ketentuan
Allah swt, Ia buat apa yang Ia kehendak, sesungguhnya perkataan ‘kalau’ itu membuka
amalan syaitan” (Riwayat Muslim 6945)
3
BAIK
ADAB SESAMA MANUSIA
Ibadur
Rahman itu sangat baik adab mereka bersama kanak-kanak apatah lagi orang tua,
baik adab mereka bersama orang yang jauh apatah lagi yang dekat dan baik adab
mereka bersama orang yang jahil apatah lagi orang yang alim, sabda Nabi saw :
إِنَّ مِنْ أَخْيَرِكُمْ أَحْسَنكُمْ خُلُقًا
“Sesungguhnya yang paling mulia di
kalangan kamu adalah yang paling baik akhlaknya” (Riwayat Bukhari 6029)
4
AMAT MENCINTAI NABI SAW
Di
antara sifat hamba Allah yang soleh itu, mereka amat mencintai Nabi saw dan
mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka demi Nabi saw sebagaimana yang
dilakukan oleh para sahabat.
Kata
Saidina Abdullah Bin Hisyam ra, kami pernah duduk bersama Nabi saw, lalu Nabi
saw memegang tangan Saidina Umar al Khattob ra dan ia berkata “Ya Rasulallah !
Aku amat mencintai engkau lebih daripada sesuatu melainkan diri aku” maka jawab
Nabi saw “Tidak ! Demi diriku yang berada di dalam tangannya, sehinggalah aku
engkau cintai lebih daripada diri engkau sendiri” Maka kata Saidina Umar “
Sesungguhnya sekarang demi Allah engkau lebih aku cintai daripada diri aku
sendiri” kata Nabi saw :
الآن كَمُلَ
إِيمَانُكَ يَا عُمَرُ
“Sekarang iman engkau telah sempurna wahai
Umar”
(Riwayat Bukhari 6636)
5
AMAT
MENJAGA SOLAT JAMAA’H
Di antara sifat hamba Allah yang
soleh itu, mereka sangat taat kepada Allah swt, oleh sebab demikian hati mereka
sangat suka solat berjamaa’h di masjid.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ مَنْ سَرَّهُ
أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلاَءِ الصَّلَوَاتِ
حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ g
سُنَنَ الْهُدَى وَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ
فِى بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّى هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِى بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ
سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ وَمَا
مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَعْمِدُ إِلَى مَسْجِدٍ
مِنْ هَذِهِ الْمَسَاجِدِ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا
حَسَنَةً وَيَرْفَعُهُ بِهَا دَرَجَةً وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً وَلَقَدْ
رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلاَّ مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ
وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى
يُقَامَ فِى الصَّفِّ.
Daripada
Abdullah ra berkata "Barangsiapa yang ingin mudah menjumpai Allah
pada hari kiamat nanti dalam keadaan beriman maka hendaklah ia menjaga
solat-solat fardu dengan menunaikan di tempat azan dilaungkan, sesungguhnya Allah
telah mensyariatkan kepada Nabi kalian sunnah-sunnah petunjuk, dan sesungguhnya
semua solat, diantara sunnah-sunnah petunjuk itu, kalau kalian solat di rumah
kalian sebagaimana seseorang yang tidak hadir di masjid, atau rumahnya, bererti
telah kalian tinggalkan sunnah Nabi kalian, sekiranya kalian tinggalkan sunnah
Nabi kalian, sungguh kalian akan sesat, tidaklah seseorang berwuduk dengan
memperelokkan wuduknya, kemudian ia menuju salah satu masjid yang ada,
melainkan Allah menulis kebaikan baginya daripada setiap langkah kakinya, dan
dengannya Allah mengangkat darjatnya, dan menghapus kesalahan kerananya,
tidaklah seseorang ketinggalan dari solat berjemaah, melainkan dia seorang
munafik yang jelas kemunafikannya, sungguh dahulu seseorang dari kami akan
dipapah diantara dua orang hingga didirikan di saf solat yang ada." (Riwayat Muslim 1046)
6
MENUNAIKAN AMANAH
Allah swt
menyuruh supaya memberi amanah kepada ahlinya, maka Ibadur Rahman itu amat menjaga amanah manusia supaya mereka mendapat redha Allah,
sabda Nabi saw :
أَدِّ الأَمَانَةَ إِلَى مَنِ ائْتَمَنَكَ
“Tunaikahlah amanah kepada yang telah memberi
kepercayaan kepada engkau”(Riwayat Abu Daud 3536)
7
SENTIASA
INGAT
ALLAH
SWT SETIAP MASA
Ingat Allah swt itu adalah satu ketenangan
bagi hati orang-orang beriman, oleh sebab demikian Ibadur Rahman itu sangat
mengingati Allah pada setiap kehidupan mereka, sabda Nabi saw :
لاَ
يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللهِ
“Sentiasalah lidah engkau basah dengan
mengingati Allah swt” (Riwayat Tirmizi 3375)
8
SABAR
DENGAN
UJIAN
YANG MENIMPA
Ibadur Rahman itu tahu dengan yakin
bahawa dunia ini adalah negeri ujian, oleh sebab itu mereka sentiasa bersabar
di atas ujian yang menimpa, sabda Nabi saw :
عَجَبًا لأَمْرِ
الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ
لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ
أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ.
“Sungguh mengkagumkan urusan orang beriman
itu, seluruh urusannya adalah baik dan hal itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun
kecuali orang beriman, jika diberi sesuatu yang menggembirakannya ia bersyukur,
maka itu adalah baik baginya, dan jika ia ditimpa musibah ia bersabar, maka itu
juga baik baginya” (Riwayat Bukhari 7692)
9
BERDAMPING
DENGAN
ORANG-ORANG
YANG BERTAQWA
Berdamping dengan orang-orang
soleh itu di antara asbab keredaan Allah,
oleh sebab yang demikian itu Ibadur Rahman sentiasa berdamping dengan
orang-orang yang bertaqwa sama ada ketika musafir atau tidak bermusafir, sabda
Nabi saw :
مَثَلُ الْجَلِيسِ
الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السُّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ
الْحَدَّادِ لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ
تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ
مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً.
“Perumpamaan orang yang berdamping dengan orang yang soleh dan orang
yang jahat adalah seperti berdamping dengan penjual minyak wangi dan juga
tukang bakar besi, maka tukang jual minyak wangi itu, boleh jadi dia beri
kepada engkau, atau dia jual kepada engkau, atau engkau akan terkena sedikit
bau wangi daripadanya, adapun tukang bakar besi, boleh jadi baju engkau akan
terbakar, atau engkau akan terkena bau busuk daripadanya” (Riwayat Bukhari 2101)
10
MENJAGA
QIAMULLAIL
Qiamullail itu di antara waktu-waktu
bermunajat kepada Allah swt, maka Ibadur Rahman itu sangat menjaga qiamullail
di hadapan Allah swt, sabda Nabi saw :
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ
الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ
لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلإِثْمِ.
“Hendaklah
kamu bangun malam sesungguhnya ia adalah ketekunan orang-orang soleh sebelum
kamu dan ia adalah cara untuk mendekatkan diri kamu kepada Allah swt, ia
menghapuskan dosa-dosa kamu dan menghalang kamu daripada melakukan dosa” (Riwayat Tirmizi 3549)
11
TAKUT KEPADA ALLAH KETIKA
SEMBUNYI DAN NYATA
Takut kepada Allah swt itu adalah jalan selamat di
dunia dan di akhirat kerana itu Ibadur Rahman sangat takut kepada Allah swt
ketika sembunyi dan nyata, sabda Nabi saw :
كَانَ رَجُلٌ يُسْرِفُ عَلَى نَفْسِهِ فَلَمَّا حَضَرَهُ الْمَوْتُ قَالَ لِبَنِيهِ
إِذَا أَنَا مُتُّ فَأَحْرِقُونِي ثُمَّ اطْحَنُونِي ثُمَّ ذَرُّونِي فِي الرِّيحِ
فَوَاللهِ لَئِنْ قَدَرَ عَلَيَّ رَبِّي (لَئِنْ قَدَرَ اللهُ عَلَيَّ)
لَيُعَذِّبَنِّي عَذَابًا مَا عَذَّبَهُ أَحَدًا فَلَمَّا مَاتَ فُعِلَ بِهِ
ذَلِكَ فَأَمَرَ اللهُ الْأَرْضَ فَقَالَ اجْمَعِي مَا فِيكِ مِنْهُ فَفَعَلَتْ
فَإِذَا هُوَ قَائِمٌ فَقَالَ مَا حَمَلَكَ عَلَى مَا صَنَعْتَ قَالَ يَا رَبِّ
خَشْيَتُكَ فَغَفَرَ لَهُ وَقَالَ غَيْرُهُ مَخَافَتُكَ يَا رَبِّ
Pada zaman dahulu ada
seorang laki-laki yang selalu berbuat dosa, ketika ia hampir mati, ia berpesan
kepada anak-anaknya, jika aku telah mati, maka bakarlah mayatku, lalu tumbuklah
arang mayatku dan taburkan abunya ke laut, pada saat angin bertiup kencang, demi
Allah, jika Allah mampu membangkitkan diriku, tentulah Tuhanku akan menyiksaku
dengan siksaan pedih yang belum pernah ditimpakan kepada seorang pun. Ketika
orang itu mati, wasiatnya dilaksanakan oleh anak-anaknya, maka Allah
memerintahkan kepada bumi, "Kumpulkanlah abu mayatnya yang ada padamu !"
Bumi pun melaksanakan perintah Allah, sehingga laki-laki itu pun kembali
berdiri secara utuh, Allah bertanya, "Kenapa engkau melakukan tindakan
seperti itu ?" lelaki itu menjawab, "Wahai Tuhanku, kerana aku amat
takut kepadaMu." Maka Allah mengampuni lelaki itu. (Riwayat Bukhari 3481)
12
SUKA MEMAAFKAN MANUSIA
Sifat Ibadur Rahman itu suka memaafkan manusia,
mereka tidak suka berdendam, sabda Nabi saw :
كَانَ تَاجِرٌ يُدَايِنُ النَّاسَ فَإِذَا
رَأَى مُعْسِرًا قَالَ لِفِتْيَانِهِ تَجَاوَزُوا عَنْهُ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ
يَتَجَاوَزَ عَنَّا فَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهُ
“Ada seorang peniaga yang memberi hutang
kepada manusia, apabila ia melihat manusia dalam keadaan susah, maka dia
berkata kepada pekerjanya yang ditugaskan mengutip hutang, maafkanlah mereka,
mudah-mudahan Allah swt memaafkan kita semua, maka Allah swt memaafkannya” (Riwayat Bukhari 2078)
13
BEKERJA MENCARI REZKI YANG HALAL
Islam menyeru kepada bekerja dan mengambil asbab
syare’ di dalam mencari harta yang halal untuk urusan kehidupan, dan Ibadur
Rahman adalah golongan yang sangat tekun bekerja mencari rezki yang halal,
sabda Nabi saw :
مَا
أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ
وَإِنَّ نَبِيَّ اللهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ
يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ.
“Tidaklah seseorang itu makan yang lebih
baik daripada usaha tangannya sendiri, sesungguhnya Nabi Allah Daud as makan
dengan hasil usahanya sendiri” (Riwayat Bukhari 2072)
14
SENTIASA
MENJAGA PANDANGAN
Ibadur Rahman itu sangat
menjaga pandangan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh
Allah swt, sabda Nabi saw kepada Saidina Ali ra
:
يَا
عَلِىُّ لاَ تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ
لَكَ الآخِرَةُ.
“Wahai Ali !
Janganlah engkau ikuti pandangan pertama itu dengan pandangan kedua,
sesungguhnya pandangan pertama bagi engkau itu dimaafkan dan tidaklah pandangan
yang kedua di akhirat kelak” (Riwayat Abu Daud 2152)
15
HORMAT IBU BAPA
Sesungguhnya
Ibadur Rahman itu golongan yang sangat menghormati ibu bapa, Nabi saw pernah
ditanya tentang dosa-dosa besar, maka jawab Nabi saw :
الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ
وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ.
“Syirik
kepada Allah, derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, bunuh diri dan menjadi saksi
palsu” (Riwayat
Bukhari 2653)
16
SANGAT
MERENDAH DIRI
Merendah diri sesama manusia itu
adalah perintah Tuhan sekalian alam kepada orang-orang beriman, dengan sifat
itu orang beriman itu akan mendapat keredaan Allah swt, sabda Nabi saw :
مَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ
“Tidaklah seseorang itu merendah diri
kerana Allah swt melainkan Allah swt akan mengangkat kedudukannya” (Riwayat Tirmizi 2059)
17
BERSIBUK-SIBUK
DENGAN AIB SENDIRI
Ibadur
Rahman itu sangat bersibuk-sibuk dengan keaiban mereka sendiri daripada keaiban
orang lain dan bersungguh-sungguh menutupnya, sabda Nabi saw :
مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ.
“Barangsiapa yang
menutut aib saudaranya yang Muslim maka Allah swt akan tutup aibnya di dunia
dan di akhirat” (Riwayat Ibnu Majah 2544)
18
AMAT MEMULIAKAN TETAMU
Ibadur
Rahman itu amat memuliakan tetamu, melayan mereka dengan baik dan amat
bersangka baik dengan mereka. Sabda Nabi saw :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ.
“Barangsiapa yang
beriman dengan Allah swt dan Hari Akhirat hendaklah ia memuliakan tetamu” (Riwayat Bukhari 6018)
19
BIMBANG
MATI DALAM SU’UL KHATIMAH
Ibadur
Rahman itu sangat takut kepada Allah swt jika Dia mematikan mereka dalam
keadaan yang tidak baik. Di kalangan mereka ada yang selalu berfikir dan
bersedih sehingga tidak memperdulikan orang lain, sabda Nabi saw :
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيم.
“Sesungguhnya amalan-amalan itu mengikut yang
terakhir” (Riwayat
Bukhari 6608)
20
MENGUTAMAKAN
URUSAN AKHIRAT
Ibadur
Rahman itu mendahulukan urusan akhirat daripada urusan dunia. Di kalangan
mereka ada yang mendahulukan wirid selepas solat Subuh sebelum melakukan
apa-apa kerja. Mereka mendahulakan solat Tahajjud pada waktu malam yang sejuk
daripada duduk di dalam selimut. Maka barang siapa yang pada waktu pagi lagi
telah mengutamakan urusan keduniaan dia telah terkeluar daripada jalan
Salafussoleh, sabda Nabi saw:
مَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ
وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِىَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتِ
الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ
شَمْلَهَ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قُدِّرَ لَهُ.
“Barang siapa yang tujuan
hidupnya adalah akhirat, maka Allah akan menjadikan kekayaannya dalam hatinya
dan menghimpun kekuatannya, serta dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.
Dan barang siapa yang tujuan hidupnya adalah akhirat, maka Allah akan
menjadikan kefakirannya di hadapan kedua matanya, dan mencerai beraikan
kekuatannya, serta dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang telah
ditaqdirkan baginya” (Riwayat Tirmizi 2465)
Terj: Mohd Faiz Abdullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan