بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Terjemahan
تنبيه المغترين
للإمام عبد الوهاب الشعراني
Al Imam Abdul
Wahhab As Sya’rani
1.
Amat berpegang dengan al
Quran dan Hadis Nabi saw
2.
Berhati-hati dengan suatu
amalan
3.
Banyak menyerahkan urusan
kepada Allah
4.
Ikhlas dalam ilmu dan amal
5.
Tidak berulang-alik ke pintu
pemerintah tanpa keperluan syara’
6.
Tinggalkan sifat nifaq
7.
Banyak bersabar atas
kezaliman pemerintah
8.
Cemburu apabila syariat
Allah dilanggar
9.
Kurang
ketawa dan tidak gembira dengan dunia
10.
Mengharapkan kematian untuk
menyelamatkan agama
11.
Sangat takut kepada Allah swt
12.
Bimbang diri akan diazab
oleh Allah swt kerana banyak menzalimi diri
13.
Amat takut apabila
mendengar kedahsyatan Hari Kiamat
14.
Hati mereka pucat apabila ditimpa sakit
15.
Banyak mengambil iktibar
16.
Banyak bersedih apabila
mengingati kematian
17.
Melihat dunia dengan mata
I’tibar
18.
Mengingatkan manusia akan
kelakuan buruk mereka
19.
Mereka melihat diri mereka
yang paling terok di kalangan manusia
20.
Banyak
memaafkan orang
21.
Banyak memuliakan
kehormatan kaum Muslimin
22.
Banyak bersabar menghadapi karenah isteri
23.
Tidak
meminta jawatan
24.
Suka
saling menasihati
25.
Baik
adab dengan orang yang lebih muda lebih-lebih lagi yang tua
26.
Bimbang
mati dalam su’ul khatimah
27.
Amat menjaga qiamullail
sama ada musim panas atau sejuk
28.
Rendah diri sekalipun pada
anak muridnya
29.
Cemburu
melihat nama Allah disebut dalam keadaan lalai
30.
Selalu berlapar
31.
Mendoakan anak muridnya
yang tidak ikhlas
32.
Sentiasa menghadiahkan pahala
kepada pengarang kitab
33.
Bercampur dengan musuh mereka
34.
Sentiasa melihat kebaikan
manusia
35.
Sangat bersyukur kepada Allah
apabila ada manusia yang dengki
36.
Beramal dengan sunnah apabila
meminang seorang perempuan
37.
Sangat beradab dengan orang
yang mengajar mereka al Quran
38.
Tidak kedekut dengan orang
yang mengajar anak mereka al Quran
39.
Merasakan
diri kurang beramal
40.
Sangat
wara’ dalam mencari makanan dan minuman
41.
memasukkan sifat orang
beriman
42.
Amat berhati-hati dengan
duit
43.
Mengutamakan
urusan akhirat
44.
Mereka tidak bimbang anak-anak
mereka selepas mereka mati
45.
Selalu menziarahi kubur
kaum Muslimin
46.
Tidak lalai mengingati
Allah dan selawat kepada Rasulullah saw
47.
Tidak berbaring melainkan
jika terpaksa
48.
Lembut
hati dengan banyak menangis
49.
Mereka
menyangka mereka akan binasa kerana kurangnya amal
50.
Sederhana dalam membina
tempat tinggal
51.
Sangat menyayangi kaum
Muslimin
52.
Tidak menyalahi para
fuqaha’
53.
Melihat diri mereka jahil
54.
Memandang setiap sesuatu
itu hidup
55.
Mereka tidak minta doa mereka
dimusatajabkan
56.
Mengasihi ahli maksiat dan
tidak menghina mereka
57.
Qana’ah dengan apa yang ada
58.
Sangat kuat beramal
59.
Bersegera untuk mendapat
Takbiratul Ihram di belakang imam
60.
Dunia hina di sisi mereka
61.
Malu untuk banyak kali ke
tandas
62.
Tidak rungsing memikirkan
soal rezki
63.
Memilih hidup susah
64.
Terbuka hati mereka apabila
Allah memalingkan mereka daripada dunia
65.
Menahan syahwat
66.
Tidak melampau-lampau dalam
berpakaian
67.
Mencari yang halal
68.
Banyak menasihati antara
satu sama lain
69.
Tidak mudah memberi nasihat
70.
Di hadapan manusia kurang
beramal
71.
Amat
bimbang dengan penyakit-penyakit hati
72.
Tidak suka dianggap orang
alim
73.
Menyembunyikan
karamah
74.
Menolak
untuk jadi hakim
75.
Banyak
mengambil berat
76.
Tidak
lalai dalam memerangi iblis
77.
Menjauhi perkara-perkara
yang yang ada padanya bau sombong
78.
Menjauhi kenyang
79.
Tidak segera berdoa jika
ditimpa sakit
80.
Suka tinggal di rumah yang
berhampiran dengan masjid
81.
Menjauhkan
diri dari pasar
82.
Berlemah
lembut dengan orang yang melakukan kejahatan pada mereka
83.
Mengambil
iktibar daripada mimpi
84.
Tidak
bersegera berdoa apabila diminta berdoa
85.
Bertambah takut mereka
kepada Allah swt
86.
Banyak bersedih apabila
mereka cuai daripada perintah Tuhan
87.
Tidak tertipu sehingga
meninggalkan amal soleh
88.
Banyak bersabar atas ujian
89.
Banyak pasrah apa yang Allah
swt telah tentukan
90.
Merasakan
diri tidak pernah bersyukur
91.
Merasakan
diri tidak pernah bertaqwa
92.
Menutup
aib saudaranya
93.
Sempurna
akal
94.
Banyak
diam dan bercakap dengan hikmah
95.
Tidak
dengki kepada orang beriman
96.
Kurang
bercakap
97.
Menutup
pintu mengumpat
98.
Tidak
was-was
99.
Menyimpan rahsia
100.
Baik
akhlak dengan orang yang kasar
101.
Menjaga
maruah
102.
Sangat
pemurah
103.
Suka mengembirakan orang
104.
Menjaga
saudara
105.
Amat memuliakan tetamu
106.
Tidak menghadiri jamuan yang
ada di dalamnya maksiat
107.
Banyak bersedekah
108.
Wajah ceria
109.
Amat berhati-hati dalam
memilih kawan
110.
Meninggalkan permusuhan
sesama manusia
111.
Menulis
surat untuk memberi nasihat
112.
Banyak mengasingkan diri
daripada ahli dunia
113.
Sangat merendah diri
114.
Tidak meringan-ringankan
sesuatu kelebihan
115.
Banyak beristighfar siang dan
malam
116.
Amar ma’arof nahi munkar
117.
Tidak bangga diri
118.
Banyak
bermujahadah
119.
Bersungguh dalam ibadat
siang dan malam
120.
Banyak beristighfar setiap
kali membaca al Quran
121.
Sentiasa bersiap-sedia untuk
solat
122.
Beramal atas terbukanya hijab
123.
Meraikan adab ketika puasa
dan haji
124.
Sangat malu
125.
Tidak memandang diri mereka
di kalangan orang-orang bertaqwa
126.
Zuhud di dunia
127.
Tidak meminta
128.
Mencintai orang-orang
miskin
129.
Suka pada harta kerana mahu
berinfaq
130.
Banyak bersedih apabila
cuai perintah Allah swt
131.
Mendidik murid supaya
beradab seperti golongan muqarrabin
132.
Menganggap benar orang yang
membenci mereka
133.
Menyebut kebaikan pada
orang yang membenci mereka
AL IMAM ABDUL WAHHAB AS SYA’RANI
Al Imam Abdul Wahhab as Sya’rani Bin Ahmad dilahirkan di
Qalqasyandah Mesir pada 27 Ramadhan 898 H bersamaan 12 Julai 1493 M. Beliau
merupakan seorang yang alim, zuhud, faqih, dan muhaddith. Beliau bermazhab Asy’ari dari segi akidah dan mazhab Syafi’e
dari segi fiqh dan bertarikat Syazili.
Nama as Sya’rani adalah panggilan yang diberikan kepadanya yang
diambil dari nama sebuah desa tempat tinggalnya di mana beliau dibesarkan,
iaitu Sya’rah, Beliau semenjak kecil lagi sangat cintakan ilmu dan amat suka
menuntut ilmu khususnya ilmu-ilmu agama. Ramai dari kalangan orang-orang Yahudi
dan Nasrani bertaubat dan akhirnya masuk Islam dan menjalani amalan Tasauf yang
dibimbing langsung olehnya.
Demikian pula banyak para penjahat dan pelaku maksiat yang
akhirnya sedar dan bertaubat daripada perbuatan buruknya setelah mendengar
pengajian-pengajian yang disampaikan olehnya. Beliau menghafaz al Quran ketika
berumur lebih kurang 7 tahun.
Kemudian beliau menghafaz matan al Ajurumiah dalam ilmu nahu dan
matan Abi Syuja’ dalam fiqh Syafi’e. Beliau menghafal kitab Minhaj at Tholibin
karya Imam an Nawawi, Alfiyyah Ibnu Malik, at Taudhih Syarah Alfiyyah Ibnu
Malik karya Ibnu Hisyam, Alfiyyah al I’raqi, kitab at Talkhis dalam ilmu
balaghah karya al Quzwini, matan as Syatibiyyah dalam ilmu qiraat, Qawaid Ibnu
Hisyam, sehingga beliau menghafal kitab Raudhah at Thalibin sebanyak 8 jilid
karya Imam an Nawawi ra. Di antara Guru-gurunya ialah Syeikh Aminuddin, Syeikh
as Syams ad Dawakhili, Syeikh an Nur al Muhalla, Syeikh an Nur al Jawarihi,
Syeikh Mulla Ali al ‘Ajmi, Syeikh Ali al Qasthalani, Syeikhul Islam Zakariyya
al Ansari, al Asymawi, dan Syihabuddin ar Ramli. Di dalam Tasauf beliau banyak
dibimbing oleh gurunya Syeikh Ali al Khawwas ra.
Imam as Sya’rani seorang yang sangat alim dan wara’. Beliau tidak
pernah melupakan segala kewajibannya sebagai hamba Allah swt. Beliau sangat
menjaga adab ketika berada di dalam masjid dan tidak pernah membuang angin di dalam masjid, baik di
masjidnya mahupun di masjid yang lain.
Beliau juga merasa enggan dicium tangannya. Di dalam tidurnya,
beliau sering bergaul dengan orang-orang yang telah mati dan bertanya kepada
mereka tentang keadaan di alam kubur.
Antara kitab-kitab karangan
beliau ialah :
1.
الفتح المبين في جملة من أسرار الدين.
2.
تنبيه
المغترين
3.
الأنوار القدسية في معرفة قواعد الصوفية.
4.
الكوكب الشاهق في الفرق بين المريد الصادق وغير
الصادق.
5.
البحر المورود في المواثيق والعهود.
6.
البدر المنير في غريب أحاديث البشير النذير.
7.
الطبقات الصغرى.
8.
الطبقات الکبریٰ المسماة بـ(لواقح الأنوار في طبقات الأخيار.
9.
الأنوار القدسية في بيان آداب العبودية.
10. الطبقات
الوسطى.
11. الدرر
المنثورة في بيان زبد العلوم المشهورة.
12. كشف الغمة
عن جميع الأمة، في الفقه على المذاهب الأربعة.
13. لطائف
المنن
14. لواقح
الأنوار القدسية في بيان العهود المحمدية.
15. المختار
من الأنوار في صحبة الأخيار.
16. مختصر
الألفية لابن مالك، في النحو.
17. مختصر
التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة (تذكرة القرطبي (
18. مختصر
تذكرة الإمام السويدي في الطب.
19. تذكرة شهاب الدين أحمد سلاقة القليوبي
الشافعي.
20. مختصر
كتاب صفوة الصفوة (لأبي الفرج ابن الجوزي)
21. مشارق
الأنوار في بيان العهود المحمدية.
22. المقدمة
النحوية في علم العربية.
23. الميزان
الكبرى، في الفقه الإسلامي
24. اليواقيت والجواهر في بيان عقائد الأكابر.
25. الكبريت
الأحمر في بيان علوم الشيخ الأكبر، يدافع فيه عن محي الدين بن عربي.
26. درر
الغوّاص على فتاوى سيدي علي الخواص.
Beliau wafat di Kaherah, Mesir pada tahun 973 H dan dikebumikan
berhampiran dengan zawiyyahnya. Semoga Allah swt mengampuninya.
1. AMAT
BERPEGANG DENGAN AL QURAN DAN HADIS NABI SAW
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
amat berpegang dengan al Quran dan Hadis Nabi saw. Ini disebut oleh Sayyidut
Thoifah al Imam Junaid ra :
“Kitab kita adalah al Quran yang merupakan
induk segala kitab, syariat kita adalah syariat yang sangat jelas, thoriqat
kita adalah thoriqat Ahli Tasauf yang berpegang dengan al Quran dan Hadis Nabi
saw, maka barangsiapa yang tidak membaca al Quran dan memelihara Sunnah Nabi
saw, dan tidak memahaminya maka dia tidaklah mengikuti jalan Tasauf”.
Kata Junaid ra lagi :
لَوْ رَأَيْتُمْ رَجُلًا تَرْبَعُ فِي الْهَوَاءِ فَلَا تَقْتَدُوا بِهِ حَتَّى
تَرَوا صَنْعَهُ عِنْدَ الْأَمْرِ وَالنَّهْيِ فَإِنْ رَأَيْتُمُوهُ مُتَمَثِّلًا
لِجَمِيعِ الْأَوَامِرِ الْإَلَهِيَّةِ مُجْتَنِبًا لِجَمِيعِ الْمَنَاهِي فَاعْتَقِدُوهُ
وَاقْتَدُوا بِهِ وَإِنْ رَأَيْتُمُوهُ يَخُلُّ بِالْأَوَامِرِ وَلَا يَجْتَنِبُ
الْمَنَاهِي فَاجْتَنِبُوهُ.
“Jika kamu melihat seseorang itu terbang
diudara, maka jangan kamu mengikuti dia sehingga kamu melihat dia melakukan
perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang, jika kamu melihat
dia menjunjung tinggi segala perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangannya
maka ikutilah dia, jika kamu melihat dia sebaliknya janganlah kamu
mengikutinya”.
Kata Imam as Sya’rani ra “Demi Allah ! Telah
berdusta golongan yang berkata jalan Tasauf itu tidak ada di dalam Quran atau
hadis Nabi saw, itu menunjukkan tanda yang sangat besar akan kejahilan mereka”.
2.
BERHATI-HATI DENGAN SUATU AMALAN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
melakukan sesuatu perbuatan atau bercakap dengan suatu ucapan sehingga mereka
menimbang terlebih dahulu dengan timbangan al Quran, hadis dan juga uruf,
kerana uruf itu sebahagian daripada syariat. Ini supaya mereka tidak dianggap
melakukan amalan-amalan bid’ah yang tidak ada sandarannya daripada al Quran dan
hadith.
Kata sebahagian salaf, para
sahabat Nabi saw amat menyuruh supaya berpegang dengan al Quran dan hadis Nabi
saw dan hendaklah menjauhi perkara bid’ah, mereka sangat menjaganya sehingga
pernah Amirul Mu’minin Sayidina Umar al Khattab ra hendak melakukan suatu
perkara, tiba-tiba ada sahabat yang menegurnya bahawa Nabi saw tidak menyuruh
melakukan perkara seperti ini, maka Sayidina Umar tidak jadi melakukannya.
Di kalangan ahli Tasauf itu
apabila mereka hendak melakukan sesuatu dan mereka tidak menjumpai dalil, maka
mereka akan bertawajjuh hati mereka kepada Nabi saw, apabila Nabi saw hadir di
dalam hati mereka, maka mereka akan bertanya untuk mendapatkan kepastian. Ini hanya
berlaku di kalangan Akabirul Rijal (ahli Tasauf yang tinggi makamnya).
Berkata Imam as Syafie’ ra :
الْبِدْعَةُ
بِدْعَتَانِ مَحْمُودَةٌ وَمَذْمُومَةٌ فَمَا وَافَقَ السُّنَّةَ فَهُوَ مَحْمُودٌ
وَمَا خَالَفَهَا فَهُوَ مَذْمُومٌ.
Bid’ah itu terbahagi kepada dua terpuji dan
tercela, maka bid’ah yang menepati sunnah itu dianggap terpuji dan bid’ah yang
menyalahi syara’ itu dianggap tercela.
Maka ketahuilah wahai
saudaraku ! Hendaklah engkau mengikuti Sunnah Muhammadiah pada setiap ucapan,
perbuatan dan I’tiqad engkau. Sesungguhnya jalan para sahabat ra itu selamat
kerana mereka mengikut al Quran dan Sunnah Rasulullah saw, setiap gerakan dan
niat yang baik itu ditimbang dengan timbangan syariat.
3. BANYAK
MENYERAHKAN URUSAN KEPADA ALLAH
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
menyerahkan urusan diri mereka, anak-anak dan juga sahabat-sahabat mereka
kepada Allah swt. Maka tidak ada yang benar-benar boleh diharapkan di dalam
memberi hidayah kepada mereka semua melainkan hanya Allah swt semata-mata.
Tidak ada yang mereka sandarkan melainkan kepada Allah swt sahaja.
Kata guruku Ali al Khawwas
ra “Tidak ada yang amat bermanfaat bagi
anak-anak para ulama’ dan juga orang-orang soleh daripada doa kepada mereka
secara zhohirul ghaib (tanpa mereka ketahui) beserta berserah kepada Allah swt
dengan sepenuhnya”.
4. IKHLAS DALAM ILMU DAN AMAL
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Sangat
ikhlas di dalam ilmu dan amalan mereka, dan mereka amat bimbang berlaku riya’
di dalamnya.
Kata Wahab Bin Munabbih ra :
مَنْ طَلَبَ
الدُّنْيَا بِعَمَلِ الْآخِرَةِ نَكَسَ اللهُ قَلْبَهُ وكَتَبَ اسْمَهُ فِي دِيوَانِ
أَهْلِ النَّارِ.
Barangsiapa
yang mencari dunia dengan amal akhirat maka Allah swt akan membalikkan hatinya
dan akan ditulis namanya di dalam senarai ahli neraka.
Kata Nabi Isa as :
مَنْ عَمِلَ بِمَا
عَلِمَ كَانَ وَلِيًّا حَقَّا.
Barangsiapa yang beramal dengan ikhlas apa yang
ia ketahui maka dia sebenar-benar wali.
Adalah ibu Sufyan as Thauri menasihatinya
ketika beliau menuntut ilmu :
يَا بُنَيَّ لَا
تَتَعَلَّم الْعِلْمَ إِلَّا إِذَا نَوَيْتَ الْعَمَلَ بِهِ وَإِلَّا فَهُوَ وَبَالٌ
عَلَيْكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ .
Wahai anakku janganlah engkau menuntut
ilmu melainkan engkau berniat untuk
beramal, jika tidak ia menjadi bala bagi engkau di akhirat kelak.
Seseorang telah bertanya kepada Yahya Bin
Muaz ra, bila seseorang itu dianggap ikhlas ? Maka beliau berkata “Apabila dia
beramal dan dia tidak kisah manusia puji atau mencelanya”.
Kata Ibrahim Bin Adham ra “Janganlah
engkau bertanya saudara engkau adakah dia berpuasa ? Jika dia berpuasa, dia
akan gembira, jika dia tidak berpuasa maka dia akan sedih, maka kedua-kedua itu
adalah tanda orang itu riya’.
Kata Ibrahim Bin Adham ra lagi :
مَا اتَّقَى اللهَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَذْكُرَهُ النَّاسُ
بِخَيْرٍ وَلَا أَخْلَصَ لَهُ.
Tidaklah seseorang itu bertaqwa kepada
Allah swt apabila dia suka manusia mengingati kebaikannya dan tidaklah dia
dianggap ikhlas kerana Allah.
Kata Hasan al Basri ra “Masuknya ahli
syurga ke dalam syurga dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka adalah
disebabkan niat”.
Kata Daud at Thoyalisi ra “Hendaklah
seseorang yang mengarang kitab itu berniat mengarang kitab untuk menolong agama
bukannya ia mengharapkan pujian daripada kawan-kawannya yang ia hebat
mengarang”.
5. TIDAK BERULANG-ALIK KE PINTU PEMERINTAH TANPA
KEPERLUAN SYARA’
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak bercampur dengan pemerintah tanpa
keperluan syara’ atau apa-apa tujuan yang dibenarkan syara’ seperti menyuruh
melaksanakan amal ma’ruf nahi munkar, sebagaimana yang disebut di dalam hadis :
إنَّ فِي جَهَنَّمَ وَادِيًا يُقَالُ لَهُ
هَبْهَبُ أَعَدَّهُ اللهُ لِلْجَبَّارِينَ وَلِلْقُرَّاءِ الْمَدَّاهِنِينَ الَّذِينَ
يَدْخُلُونَ أُمَرَاءَ الْجُورَ. رواه الحاكم
Sesungguhnya
di dalam neraka ada sebuah lembah yang dinamakan Habhab, lembah ini dikhususkan
kepada pemimpin yang angkuh dan ulama’ yang suka mengampu dan sentiasa
menyokong pemimpin yang zalim.
Kata
Fudhail Bin Iyyadh ra “Seseorang itu janganlah ia bercampur dengan pemerintah
yang zalim melainkan pemerintah itu seperti Sayidina Umar al Khattab ra, adapun
pemerintah yang ada dizaman kita ini janganlah kita bercampur dengan mereka,
kerana lemah kita untuk menasihati mereka dan mengingkari kezaliman mereka”.
6.
MENINGGALKAN SIFAT NIFAQ
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Meninggalkan sifat nifaq dalam melakukan kebajikan
sama ada amal itu secara tersembunyi atau terang-terangan. Ini supaya amal
mereka tidak tertolak di akhirat kelak.
Seorang hamba Allah swt
yang soleh telah menasihati Khalifah Umar Abd Aziz ra :
“Jaga-jaga wahai Umar
apabila engkau menjadi pemerintah kerana Allah ketika nyata dan engkau menjadi
musuh bagiNya ketika tersembunyi, kerana seseorang yang tidak merasa sama
ketika tersembunyi dan nyata dia sebenarnya adalah munafiq, dan munafiq itu
berada di dasar neraka yang paling bawah, maka menangislah Umar”.
Diriwayatkan bahawa :
يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ
يَخْتلونَ الدُّنْيَا بِالدّينَ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنْ
لِين أَلْسِنَتهِمْ أَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ. الزهد لهناد
Akan keluar di
akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama, mereka memakai di
hadapan manusia kulit biri-biri yang sangat lembut, lidah mereka lebih manis
daripada madu, hati mereka rakus daripada hati serigala (mereka golongan yang
suka berpura-pura).
Kata Mua’wiyah Bin
Qurrah ra :
بُكَاءُ الْقَلْبِ خَيْرٌ مِنْ بُكَاءِ الْعَيْنِ.
Menangisnya
hati lebih baik daripada menangisnya mata.
Kata U’tbah Bin Amir ra “Apabila sarirah
seseorang hamba itu sama dengan
zahirnya, maka nanti Allah swt akan berkata kepada para malaikatnya ini adalah
hambaKu yang sebenarnya”.
Kata Abdur Rahman az zahid ra :
إِيَّاكَ أَنْ تَكُونَ فِي النَّهَارِ
أَبَا عَبْدِ اللهِ الصَّالِحِ وَفِي الْلَيْلِ شَيْطَانٌ طَالِحٌ.
Jaga-jaga engkau ketika siang menjadi seperti
hamba yang soleh apabila waktu malam menjadi syaitan yang tholeh (jahat)
Kata al Auzaie’ ra “Orang
munafiq itu dia banyak bercakap dan kurang beramal”.
Kata Fudhail Bin I’yyad
ra “Orang munafiq itu sangat suka dipuji amalnya dan dia sangat marah apabila ada
manusia menunjukkan aibnya, dan dia sangat gembira jika aib saudaranya
terbuka”.
Maka
hendaklah engkau selidik diri engkau adakah engkau merasa sama beramal ketika
tersembunyi atau ketika berada di pandangan orang ramai ?
Jika
engkau merasa gembira apabila diketahui oleh orang ramai dan merasa kecewa
apabila tidak dihargai oleh mereka, maka ketahuilah engkau adalah munafiq !.
7. BANYAK
BERSABAR ATAS KEZALIMAN PEMERINTAH
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
bersabar di atas kezaliman pemerintah tetapi tidaklah mereka meredhai dosa-dosa
atau kezaliman yang pemerintah lakukan.
Kata Umar Abd Aziz ra “Al Hajjaj as Thaqafi itu adalah ujian daripada Allah
swt, mudah-mudahan Allah swt memberi taufiq (memperbetulkan) di atas segala
kejahatan yang ia telah lakukan”.
Seorang lelaki telah
menulis surat kepada Muhammad Bin Yusuf ra kepadanya tentang kezaliman gabenor
yang berkuasa di negerinya, lalu dijawab oleh Muhammad :
“Sesungguhnya surat
engkau telah sampai kepada kami, wahai saudaraku tidak ada mereka yang
melakukan kezaliman melainkan akan dikenakan tindakan, maka Allah swt akan
membalas setiap kezaliman itu dengan azab nerakanya, dan Allah swt melarang
membantu kezaliman mereka serta cenderung hati kepada mereka”.
Kata Sufyan as
Thauri ra “Barangsiapa yang senyum pada muka orang zalim, memberi ruang di
dalam majlis dan mengambil apa yang ia beri, maka dia telah membuka sedikit
demi sedikit ikatan Islamnya”.
Adalah Thowus
ra itu seorang yang banyak duduk di rumahnya, apabila di tanya kenapa ? Beliau
berkata “Aku suka duduk di rumah sebab kezaliman pemerintah dan rosaknya rakyat.
Kata Malik bin
Dinar :
إِذَا سَمِنَ الْأَمِيرُ بَعْدَ الهزَالِ فَاعْلَمْ أَنَّهُ خَانَ رَعِيَّتَهُ
وَخَانَ رَبَّهُ.
Apabila
seorang pemimpin itu menjadi gemuk selepas dia banyak bergurau maka ketahuilah
dia itu banyak mengkhianati rakyatnya dan juga Tuhannya.
Kata Abu
A’liah ra “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi kerana doa orang yang dizalimi
itu tidak akan ditolak sekalipun dia jahat atau kafir”.
8. CEMBURU
APABILA SYARIAT ALLAH SWT DILANGGAR
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Cemburu kerana Allah swt apabila
kehormatan syariat yang suci itu dicabuli.
Mereka tidak melakukan sesuatu perbuatan dan tidak bersahabat dengan
seseorang melainkan setelah mereka tahu keredhaan Allah swt padanya. Dan mereka
tidak mencintai atau membenci seseorang kerana keduniaan, sabda Nabi saw :
الْحُبُّ فِي اللهِ وَالْبُغْضُ فِي اللهِ. رواه أحمد
Cinta itu kerana Allah dan benci itu juga
kerana Allah.
Kata Malik bin Dinar :
لَا يَطْرُدُ الْكَلْبَ
إِذَا جَلَسَ بِحِذَائِهِ وَيَقُولُ هُوَ خَيْرٌ مِنْ قَرِينِ السُّوءِ.
Janganlah seseorang itu menghalau anjing yang
duduk di kasutnya, kerana itu lebih baik daripada berkawan dengan orang yang selalu
melanggar syariat Allah.
9. KURANG KETAWA DAN TIDAK GEMBIRA DENGAN DUNIA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Kurang ketawa dan tidak gembira dengan
sesuatu daripada keduniaan seperti pakaian, kenderaan dan habuan-habuannya
berbeza dengan ahli dunia. Mereka bimbang itu semua akan menyebabkan mereka
tidak akan mendapat kenikmatan di akhirat kelak.
Hasan al Basri ra berkata “Orang-orang soleh
itu tidak akan ketawa melainkan setelah mereka tahu di manakah di antara dua
negeri yang akan mereka tinggal samada syurga atau neraka, mereka akan ketawa
setelah mereka bertemu Allah swt”.
Kata Imam as Sya’rani ra : “Bagaimana seseorang
itu boleh gembira berada di dunia yang terpenjara, begitulah para kekasih Allah
swt rasa sedih sepanjang umur kerana kerana terhalang bertemu Allah swt”.
Kata Anas Bin Malik ra
مَعَ كُلِّ ضَحَّاكٍ
فِي مَجْلِسٍ شَيْطَانٌ.
Syaitan itu banyak berada di
dalam majlis yang penuh gelak ketawa.
Kata Abdullah Bin Masu’d ra :
عَجِبْتُ مَنْ ضَاحَكَ وَمِنْ وَرَائِهِ النَّارُ وَمَنْ مَسْرُورٌ مِنْ وَرَائِهِ
الْمَوْتُ.
Aku merasa hairan orang yang suka ketawa
sedangkan neraka di belakangnya, dan aku merasa hairan orang yang suka
bergembira sedangkan mati di belakangnya.
Kata Saidina Umar al Khattab ra :
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْلَا أَنْ
تَنْقُصَ حَسَنَاتِي لَشَارَكتكُمْ فِي لَينِ عَيْشِكُمْ, وَلِكِنّي سَمِعْتُ اللهَ عيَّرَ قَوماً، فقال : ﴿ أَذْهَبْتُمْ
طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنيا ﴾
Demi
jiwaku yang berada di genggamanNya, kalaulah bukan kerana aku bimbang
berkurangnya segala kebajikanku, nescaya aku akan turut serta bersama
keseronokan kamu semua, tetapi aku telah mendengar Allah swt mencemuh satu kaum
“Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu,
dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya”.
Beza Ahlullah dengan mereka itu adalah mereka Ahlullah
sentiasa bersiap sedia untuk akhirat dan tidak mensia-siakan masa ketika di
dunia, maka renungilah saudaraku adakah engkau sering lalai daripada mengingati
Allah swt, oleh yang demikian perbanyakkanlah istighfar.
10. MENGHARAPKAN
KEMATIAN UNTUK MENYELAMATKAN AGAMA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
mengharapkan kematian apabila bimbang diri mereka jatuh ke dalam kemurkaan
Allah swt. Pada asalnya syara’ tidak membenarkan kita mengharapkan kematian
melainkan bimbang fitnah pada agama kita, dan pada ketika itu tidak bertambah
pada orang yang beriman melainkan kebaikan.
Kata salafussoleh :
كُلُّ يَوْمٍ
يَعِيشُهُ الْمُؤْمِنُ فَهُوَ غَنِيمَةٌ.
Setiap hari yang
dilalui oleh orang yang beriman itu merupakan harta ghanimah yang cukup
berharga.
Sabda Nabi saw :
لاَ يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ
إِمَّا مُحْسِنًا فَلَعَلَّهُ أَنْ يَزْدَادَ خَيْرًا وَإِمَّا مُسِيئًا
فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعْتِبَ. رواه البخاري
Janganlah salah seorang
di kalangan kamu yang bercita-cita untuk mati, jika dia seorang yang baik
muda-mudahan bertambah kebaikan dalam kehidupannya, jika dia seorang yang jahat
mudah-mudahan dia bertaubat kepada Allah swt.
Tetapi jika fitnah terlalu banyak dan
bimbang imannya akan rosak, maka disunatkan dia berdoa supaya dimatikan,
sebagaimana datang di dalam hadith :
وَإِذَا
أَرَدْتَ فِتْنَة قَوْم فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُون. رواه الترمذي
Apabila engkau ingin
menimpakan fitnah kepada kaum itu, maka matikanlah aku tanpa terkena fitnah
tersebut.
Berkata
al A’llamah Muniruddin ad Dimasyqi :
“Di dalam
doa ini terdapat kebaikan yang amat besar bagi mereka yang menelitinya, ia
adalah bukti ke atas kebenaran iman seseorang itu yang sanggup berdoa supaya
dimatikan dan redha nyawanya hilang daripada jasadnya daripada mati dalam
keadaan ditimpa fitnah dan diazab oleh Allah swt selama-lamanya. Dia adalah
seorang mu’min yang benar, yang beriman dengan Allah swt, Hari Akhirat, azab
dan nikmat”.
Kata Abu
Hurairah ra :
وَالَّذِي نَفْسُ أَبِي هُرَيْرَةَ بِيَدِهِ
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى الْعُلَمَاءِ زَمَانٌ الْمَوْتُ أَحَبُّ إِلَى أَحَدِهِمْ
مِنَ الذَّهَبِ الأَحْمَرِ ، لَيَأْتِيَنَّ أَحَدُكُمْ قَبْرَ أَخِيهِ فَيَقُولُ :
لَيْتَنِي مَكَانَهُ.
Demi jiwaku yang berada
di dalam genggamanNya, akan ada suatu masa kelak para ulama’ lebih suka mati
daripada mendapat emas merah, apabila mereka menziarahi kubur saudara mereka,
mereka berkata “Mudah-mudahan aku berada di sini”.
Abdullah Bin Masu’d ra
berkata :
ذَهَبَ صَفْوُ
الدُّنْيَا وَبَقِيَ كَدَرُهَا فَالْمَوْتُ تُحْفَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ.
Telah hilang kesucian
dunia dan yang tinggal hanyalah kotorannya, maka mati itu lebih baik bagi
setiap kaum muslimin.
Adalah Abu Bakrah ra mengharapkan kematian,
beliau ditanya kenapa engkau berharap begitu maka jawab beliau “Aku bimbang
hidup pada zaman amar ma’ruf tidak dijalankan dan perkara munkar tidak dihalang”.
11.
SANGAT TAKUT KEPADA ALLAH SWT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Sangat
takut kepada Allah swt daripada melakukan dosa dan azabnya
Kata Abu Turab an Nakhsyabi ra “Apabila
seseorang itu bersungguh-sungguh untuk meninggalkan dosa maka akan datang
pelbagai pertolongan Allah swt daripada segala penjuru”.
Kata beliau lagi “Tanda-tanda bagi hati yang
hitam itu tiga, tidak takut melakukan dosa, tidak ada waktu melakukan taat dan
tidak mendapat ketenangan bila mendapat nasihat”.
Kata Hasan al Basri ra :
مِنْ
عَلَامَةِ مَنْ غَرَقَ فِي الذُّنُوبِ عَدَمُ انْشِرَاحِ صَدْرُهُ لِصِيَامِ
النَّهَارِ وَقِيَامِ اللَّيْلِ.
“Di antara
tanda mereka yang tenggelam di dalam dosa itu adalah tidak terbuka hatinya
untuk puasa di siang hari dan bangun di malam hari”.
Kata salafussoleh :
“Kalaulah tidak
melakukan ketaatan itu melainkan terpancar cahaya di wajahnya, cinta di
hatinya, kekuatan pada anggotanya, keamanan pada jiwanya dan menjadi saksi ke
atas manusia nescaya yang demikian itu sudah cukup untuk meninggalkan maksiat,
dan kalaulah tidak melakukan maksiat itu menggelapkan wajah, menggelapkan hati,
jauh daripada zikir, gugur kesaksian, kebimbangan pada jiwa, nescaya itu sudah
cukup, maka Allah swt menjadikan kegembiraan bagi setiap mereka yang taat dan
kesedihan bagi setiap mereka yang melakukan maksiat”.
12. BIMBANG
DIRI AKAN DIAZAB OLEH ALLAH SWT KERANA BANYAK MENZALIMI DIRI DAN ORANG LAIN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka amat mengharapkan kasih sayang Allah swt
daripada diazab atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan samada
kezaliman pada diri sendiri atau kezaliman kepada orang lain sekalipun jarum
yang mereka gunakan untuk menjahit.
Lebih-lebih
lagi jika amal soleh mereka sedikit, maka mereka lebih lagi amat takut untuk menghadap Allah swt di
akhirat kelak. Dan adakalanya orang-orang yang dizalimi itu tidak redha dengan
kebaikan yang dilakukan oleh orang yang menzalimi mereka menyebabkan kebaikan
mereka di akhirat sia-sia.
Nabi sa
bertanya para sahabatnya : "Tahukah kamu siapakah dia orang muflis
? Sahabat-sahabat baginda menjawab: "Orang muflis di
antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang
tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda"
Nabi saw, bersabda: "Sebenarnya orang muflis dari kalangan umatku
ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang,
puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan
kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan
harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang, maka
akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang
itu;
فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ
يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ
فِى النَّارِ. رواه مسلم
Kemudian
apabila habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang
ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang
dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam
neraka.
Kata Maimun Bin Mihran ra “Barangsiapa yang menzalimi
seseorang maka hendaklah ia meminta ampun bagi orang itu setiap kali selepas
solat, maka itu akan dapat mengeluarkannya daripada kesilapannya yang lalu”.
Kata Huzaifah ra
“Di antara tanda hampirnya kiamat ialah pemimpin banyak menzalimi
rakyat, banyaknya ulama’ yang fasiq dan orang yang mengkhianati amanah”.
Maka renunglah wahai saudaraku akan
takutnya para salafussoleh, sesungguhnya engkau berada di tepi kebinasaan, jika
engkau ada sifat takut maka engkau akan selamat.
13. AMAT TAKUT APABILA MENDENGAR KEDAHSYATAN
HARI KIAMAT
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka amat takut apabila mendengar
kisah-kisah tentang betapa dahsyatnya hari Kiamat. Sehinggakan Humran Bin
A’ayun ra terketar-ketar ketakutan lalu jatuh dan mati apabila beliau mendengar
ayat :
إِنَّ لَدَيۡنَآ أَنكَالٗا
وَجَحِيمٗا ١٢ وَطَعَامٗا ذَا غُصَّةٖ
وَعَذَابًا أَلِيمٗا ١٣
Sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk
mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang. Serta makanan yang
menjadikan pemakannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Al Muzammil 12-13
Kata Sulaiman ad Darani ra “Aku tidak pernah
melihat seseorang yang amat khuyu’ hatinya selain al Hasan Ibn Soleh ra, beliau
membaca ketika solat malam sehingga Subuh akan Surah عَمَّ
يَتَسَاءَلُون
sehingga diselubungi ketakutan”.
Adalah Amirul Mu’minin Sayidina Umar al
Khattob ra membaca Surah إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (at Takwir) sehingga badannya
terketar-ketar ketakutan akhirnya jatuh ke tanah beberapa lama.
Adalah Sufyan as Thauri sembahyang sunat dua
rakaat kemudian ia memandang ke langit, bukanlah ia pandang kerana langit
tetapi ia membayangkan betapa dahsyatnya kiamat.
Di kalangan para salafussoleh itu ada yang
tidak mampu mendengar surah az Zalzalah dan al Qariah sehingga akhir kerana
terlalu takut.
14. HATI MEREKA PUCAT APABILA DITIMPA SAKIT
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Hati mereka menjadi pucat apabila ditimpa
sakit kerana mereka bimbang tidak sempat bertaubat dan tidak dapat membetulkan
segala kesilapan.
Adalah
Muhammad Bin al Munkadir ra ketika ditimpa sakit, beliau banyak menangis.
Manusia bertanya kenapa ? Beliau menjawab “Aku menangis atas segala dosaku yang
pada mataku ia adalah kecil sedangkan pada pandangan Tuhan ia adalah besar.
Umar
Abdul Aziz ra ketika hampir wafat beliau banyak menangis dan berkata :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَذْنَبْتُ فَإِنْ غَفَرْتَ
لِي فَقَدْ مَنَنْتَ وَإِنْ عَذَّبْتَنِي فَقَدْ عَدَلْتَ، وَمَا ظَلَمْتُ لَكِنْ
أَشْهَدُ أَلَّا إِلَهَ إِلَّا اللهَ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ.
Ya
Allah ! Aku ini banyak melakukan dosa, sekiranya Engkau mengampunkan aku, maka
aku akan selamat, jika Engkau mahu mengazab aku, itu adalah keadilan Engkau dan
tidaklah Engkau berlaku zalim, aku bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan melainkan
Allah dan Muhamamd itu adalah pesuruh Allah.
15. BANYAK MENGAMBIL IKTIBAR
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
mengambil iktibar, menangis melihat kematian apabila mereka menziarahi jenazah.
Mereka mengingati mati dan menghayati perit kesakitan dalam menghadapinya,
serta bimbang mati dalam keadaan su’ul khatimah sehingga menggoncang hati
mereka.
Abu Hurairah ra apabila melihat seseorang yang
membawa jenazah berkata :
امْض إِلَى رَبِّكَ فَإِنَّا عَلَى
إِثْرِكَ مَاضُون.
Engkau telah menghadap Tuhan engkau, satu masa
kelak kami semua akan mengikuti jejak langkah engkau.
Makhul ad Dimasyqi ra apabila melihat jenazah
berkata “Mereka telah pergi meninggalkan dunia ini, tetapi kita tidak pernah
mengambil iktibar dan masih berada di dalam kelalaian yang hina”.
Kata al A’amash ra “Apabila kami menyaksikan
jenazah kami tidak mengetahui siapa yang diberi ucapan takziah kerana kesedihan
telah meliputi semua manusia”.
Kata Tsabit ra “Tidaklah kami melihat sesuatu
jenazah itu melainkan kami akan menangis”.
Sesungguhnya mereka menangis
bukanlah meratapi jenazah itu tetapi mereka menangis mengenangkan diri mereka
sendiri.
Mereka sentiasa mengenangkan
orang-orang yang mati itu dengan kesakitannya, kubur tempat tidurnya, ulat
sebagai teman rapatnya, munkar dan nakir duduk di sampingnya, kubur tempat
tinggalnya, perut bumi menjadi tempat tinggalnya, syurga dan neraka
menunggunya, mereka sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.
Ketahuilah
yang demikian itu dan ambillah iktibar sebagaimana mereka mengambil iktibar,
dan perbanyakkanlah menangis atas dosa-dosa yang lampau. Semoga kita semua
diselamatkan oleh Allah swt di dunia dan juga akhirat.
16.
BANYAK BERSEDIH APABILA MENGINGATI KEMATIAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak bersedih apabila mengingati kematian
dan betapa sukarnya menghadapi kematian dan akal mereka bergoncang kerana
terlalu sakit.
Sesungguhnya
mati itu seperti sebuah batang kayu yang berduri, dimasukkan ke dalam badan lalu ditarik kayu
berduri itu sehingga mengeluarkan segala pembuluh darah di dalam diri.
Kata
Salman al Fairisi ra :
إِذَا رَشَحَ جَبِينُ
الْمُؤْمِنِ عِنْدَ الْمَوْتِ وَذَرَفَتْ عَيْنَاهُ وَانْتَشَرَتْ مَنْخَرَاهُ فَهُوَ
فِي رَحْمَةِ اللهِ.
Apabila
seseorang yang mati itu berpeluh dahinya atau mengalir air matanya atau
hidungnya menghembus, maka dia mati dalam rahmat Allah.
Imam
as Sya’rani ra berkata “ Aku tidak suka roh aku mudah keluar, aku lebih suka ia
susah keluar supaya mendapat pahala”.
Adalah
Sufyan as Thauri ra apabila ada orang menyebutkan di hadapannya tentang
kematian, beliau menjadi sangat takut, maka tidak ada orang dapat mengambil
manfaat daripadanya pada hari itu, sekiranya orang-orang bertanya sesuatu
kepadanya, maka beliau akan menjawab “Aku tidak tahu”.
Kata
Ibn Abbas ra, adalah Nabi Musa as pernah ditanya bagaimana dia menghadapi mati
? Maka dia berkata “Seperti kulit kambing yang disiat hidup-hidup”.
Kata
Ka’ab al Ahbar ra, adalah Nabi Isa as pernah menghidupkan Sam Bin Nuh as, tanya
Nabi Isa sejak bila engkau mati ? Dia menjawab sejak empat ribu tahun yang
lalu, bagaimana rasa engkau mati ? Semenjak dahulu sehingga sekarang aku masih
merasakan betapa sakitnya mati.
17.
MELIHAT DUNIA DENGAN MATA I’TIBAR
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka melihat dunia dengan mata I’tibar
bukannya dengan mata cinta atau syahwat.
Kata
Hatim al Ashom ra :
أَهْلُ الْاعْتِبَارِ
إِذَا رَأَى كُلَّ شَيْءٍ فِي الدُّنْيَا عَاقَبَتْهُ إِلَى الْخَرَابِ وَصَاحِبُهُ
يَذْهَبُ إِلَى التُّرَابِ.
Golongan
yang suka mengambil I’tibar itu adalah dia melihat sesuatu pada dunia ini
penghujungnya akan rosak dan tuannya akan kembali kepada tanah.
Kata
Ibrahim Bin Adham ra “Barangsiapa yang pandangan dan hatinya tidak mengambil
I’tibar di dunia ini maka hatinya terhijab”.
Kata
Fatimah isteri Sayidina Umar Abdul Aziz “Demi Allah ! Tidaklah Umar itu mati
kerana diracun atau dibunuh, hanyasanya dia mati kerana takutkan Allah dan api
neraka”.
Kata
Thabit al Bunani ra “Nabi Daud as pernah melalui sebuah dapur yang membakar, ia
melihat api yang sangat besar lalu ia menggeletar dan menjerit ketakutan”.
18.
MENGINGATKAN MANUSIA AKAN KELAKUAN BURUK MEREKA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sentiasa mengingatkan manusia dan
menasihati mereka supaya berkelakuan mulia dan tidak jatuh ke dalam kelalaian
yang merosakkan.
Wahab
Bin Munabbih berkata Nabi Daud as pernah memasuki sebuah gua di Baitul Maqdis,
di dalamnya ada seorang mayat, pada kepalanya terdapat sekeping papan luh yang
tertulis :
أَنَا فُلَانُ الْمَلِك
مَلَكْتُ أَلْفَ سَنَةٍ وَتَزَوَّجْتُ أَلْفَ بِكْرٍ وَبَنَيْتُ أَلْفَ مَدِينَةٍ
وَهَزَمْتُ أَلْفَ جَيْشٍ وَمَصْرَعِي فَاعْتَبِرُوا بِي يَا أَهْلَ الدُّنْيَا.
Aku
adalah raja, aku memerintah seribu tahun, aku berkahwin dengan seribu anak
dara, aku membina seribu bandar, aku mengalahkan seribu musuh, sekarang aku
telah mati, maka ambillah I’tibar wahai ahli dunia tentang diriku ini !
Kata Malik Bin
Anas ra “Tidaklah berlalu siang dan malam melainkan manusia lebih suka
mendengar syair (lagu) daripada mendengar al Quran”.
Kata Imam as
Sya’rani ra “Sebahagian orang-orang soleh itu ada yang pergi ke tempat-tempat
maksiat untuk menolong mereka dan menasihati mereka supaya mereka tidak
diturunkan bala, maka janganlah kita cepat sangka buruk pada mereka”.
19. MEREKA
MELIHAT DIRI MEREKA YANG PALING TEROK DI KALANGAN MANUSIA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sentiasa merasakan diri mereka
adalah manusia yang paling terok. Mereka merasakan diri mereka tidak layak
berdoa apabila manusia meminta mereka berdoa untuk solat Istisqa’ atau menolak
bala.
Ketika
kemarau manusia telah bertemu Malik Bin Dinar ra meminta beliau keluar untuk
solat Istisqa’, belia berkata :
أَخَافُ أَنْ تَمْطُرَ
عَلَيْكُمْ حِجَارَةً لِأَجْلِي.
Aku
bimbang Allah menurunkan hujan batu disebabkan aku sedangkan kamu mengharapkan
hujan air.
Diriwayatkan
bahawa Nabi Musa as pernah keluar untuk solat meminta hujan tetapi Allah swt
tidak kabulkan, Nabi Musa as bertanya kenapa tidak dikabulkan ? Jawab Allah swt
di kalangan kamu ada orang yang suka mengadu-domba. Nabi Musa as bertanya siapa
? Allah swt jawab “Aku melarang kamu mengadu-domba patutkah Aku pula menjadi
pengadu domba ? Maka Nabi Musa as menyuruh seluruh umatnya supaya bertaubat :
تُوبُوا كُلُّكُمْ
عَنِ النَّمِيمَةِ
Bertaubatlah
kamu semua daripada mengadu-domba lalu mereka bertaubat maka turunlah hujan
selepas itu.
20. BANYAK
MEMAAFKAN ORANG
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
memaafkan orang dan bersalaman dengan setiap orang yang menyakiti mereka
seperti orang yang memukul mereka, mengambil harta mereka, mencalarkan maruah
mereka dan sebagainya.
Adalah Imam Ahmad ra dipenjara
selama hampir 20 tahun dan banyak dipukul, beliau memaafkan orang yang
memukulnya dan berdoa supaya orang itu tidak diazab oleh Allah swt.
Kata Ka’ab al Ahbar ra :
Barangsiapa yang sabar atas perangai isterinya yang selalu menyakitinya, maka
Allah akan memberikannya pahala seperti Nabi Ayub as.
Sabda Nabi saw :
لَيْسَ
الشَّديدُ بِالصُّرَعَةِ، إنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ
الْغَضَبِ.
رواه البخاري
Tidaklah dianggap gagah seseorang yang kuat
bergusti, hanyasanya orang yang gagah itu ialah orang yang mampu menahan
dirinya di kala marah.
Barangsiapa
yang berakhlak dengan akhlak yang mulia ini maka dia lebih dekat kepada rahmat
Allah swt yang maha pemaaf lagi maha pengampun.
Nabi saw bersabda :
كَانَ تَاجِرٌ
يُدَايِنُ النَّاسَ فَإِذَا رَأَى مُعْسِرًا قَالَ لِفِتْيَانِهِ: تَجَاوَزُوا عَنْهُ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ
يَتَجَاوَزَ عَنَّا فَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهُ.
رواه البخاري
Pada waktu dahulu ada seorang peniaga yang
sering memberi hutang kepada orang ramai, apabila dia melihat peminjam dalam
kesusahan, maka dia berkata kepada pekerjanya “Maafkanlah mereka (tidak perlu
lagi membayar hutang) mudah-mudahan Allah swt memberi keampunan kepada kita dan juga
dia”.
Kata Ja’far Bin Muhammad ra :
لَأَنْ
أَنْدَمَ عَلَى الْعَفْوِ أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ أَنْ أَنْدَمَ عَلَى الْعُقُوبَةِ.
Sesungguhnya
aku lebih menyesal tidak memberi maaf kepada orang daripada menyesal ditimpa
hukuman.
Ditanya kepada Qatadah siapa manusia yang
mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah ? Maka beliau menjawab :
اكْثَرُهُمْ عَفْوًا
Mereka yang paling banyak
memberi maaf.
Diriwayatkan seorang
salafussoleh telah memarahi seorang khadamnya secara tiba-tiba. Lalu khadamnya
itu berkata dengan ayat Allah swt “Dan orang-orang yang menahan marahnya”
Maka berkata tuannya itu, aku telah menahan marahku !, kata khadamnya “Dan
orang-orang yang memaafkan manusia” maka kata tuannya, aku telah maafkan
engkau, kata khadamnya “Dan Allah amat mencintai orang-orang yang bersifat
ehsan” Maka kata tuannya itu, pergilah engkau ! Aku bebaskan engkau
semata-mata kerana mengharapkan redho Allah.
21. BANYAK
MEMULIAKAN KEHORMATAN KAUM MUSLIMIN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
memuliakan kehormatan orang lain dan sukakan kebaikan bagi mereka kerana ia
adalah di antara syiar-syiar Allah swt.
Kata Sayidina Abu Bakar as Siddiq ra : Jangalah
kamu menghina seorang Muslim itu kerana kerana sekecil-kecil Muslim itu adalah
besar di sisi Allah swt.
Sesungguhnya Nabi saw amat memuliakan
kehormatan kaum Muslimin ketika Hajjatul Wada’ :
إِنَّ
دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِى
شَهْرِكُمْ هَذَا فِى بَلَدِكُمْ هَذَا. رواه مسلم
Sesungguhnya darah kamu
dan harta benda kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari
kamu ini, pada bulan kamu ini, pada negeri kamu ini.
Kata Sayidina Abu Bakar ra “Jangan kamu
menghina orang Islam yang lain, kerana sesungguhnya kecil orang Islam itu di
sisi Allah adalah besar”.
Kata Ibn Abbas ra :
أَفْضَلُ الْحَسَنَاتِ إِكْرَامُ
الْجَلِيسِ.
Sebesar-besar kebaikan itu
adalah memuliakan teman.
Ibn Abbas ketika mana beliau melihat ka’bah,
beliau berkata :
إِنَّ اللهَ حَرَّمَكَ وَشَرَّفَكَ
وَكَرَّمَكَ وَالْمُؤْمِنُ أَعْظَمُ حُرْمَة عِنْدَ اللهِ تَعَالَى مِنْكَ.
Sesungguhnya Allah telah memuliakan engkau,
walaubagaimanapun orang beriman itu lebih mulia daripada engkau.
Kata I’krimah ra :
إِيَّاكُمْ أَنْ تُؤْذُوا أَحَدًا مِنَ
الْعُلَمَاءِ فَإنَّ مَنْ آذَى عَالِمًا فَقَدْ آذَى رُسُولُ اللهِ g
Jaga-jaga kamu daripada menyakiti ulama’, kerana sesiapa yang menyakiti ulama’
maka dia telah menyakiti Rasulullah saw.
Maka renunglah wahai
saudaraku ! Adakah engkau menghormati orang Islam yang lain lebih-lebih lagi
orang-orang soleh dan juga ulama’ ataupun engkau telah menghina mereka ? Maka
jadilah engkau di kalangan orang-orang yang fasiq.
22. BANYAK
BERSABAR MENGHADAPI KARENAH ISTERI
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Amat
sabar dengan karenah para isteri mereka. Mereka melihat layanan buruk oleh para
isteri mereka adalah kesan maksiat yang telah dilakukan oleh mereka kepada
Allah swt.
Berkata sebahagian salaf :
إِنِّي
لَأُعْصِيَ اللهَ فَأَجِدُ ذَلِكَ فِي خُلُقِ دَابَّتِي وَامْرَأَتِي.
Sesungguhnya jika aku
ingin tahu aku telah melakukan maksiat kepada Allah swt aku akan melihat karenah kenderaan dan isteriku.
Mereka para
salafussoleh menunaikan hak para isteri mereka dengan sangat sempurna, melainkan
perkara-perkara yang menyalahi.
Kata Saidina Ali ra :
مِنْ
سَعَادِةِ الْمَرْءِ خَمْسَةُ أَشْيَاءٍ أنْ تَكُونَ زَوْجَتُهُ مُوَافَقَةً،
وَأَوْلاَدُهُ أَبْرَارَاً، وَإِخِوَانُهُ أَتْقِيَاءً وَجِيرَانُهُ صَالِحينَ،
وَرِزْقُهُ فِي بَلِدِهِ.
Di antara tanda-tanda
kebahagian seseorang itu pada lima perkara; Isteri yang taat pada perintahnya,
anak-anak yang patuh, rakan-rakan yang bertaqwa, jiran yang baik dan mendapat
rezeki di dalam negerinya.
Sabda Nabi saw :
مِنْ
سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ وَالْمَسْكَنُ
الْوَاسِعُ. رواه أحمد
Di antara
kebahagian seseorang itu adalah jiran yang baik, kenderaan yang menyenangkan
dan tempat tinggal yang luas.
Sebahagian ulama’
berkata di antara tanda-tanda isteri solehah itu adalah, patuh pada suaminya
dan rasa tenang apabila melihatnya dan pandai menjaga harta suaminya.
Kata Ahmad Bin Harb ra “Apabila
terhimpun pada seorang perempuan itu enam perkara maka sempurnalah kesolehannya;
Memelihara aurat, mentaati suami, meredhoi ketentuan Tuhan, menjaga lidah
daripada mengumpat dan mengadu domba, zuhud pada kesedapan dunia dan juga sabar
ketika ditimpa musibah.
Di antara doa mereka
ialah :
اللَّهُمَّ إِنِي أَعُوذُبِكَ مِنْ صَاحِبٍ غَفْلَةٍ وَجَارٍ سُوءٍ وَزَوْجٍ
يُؤْذِي.
Ya Allah aku berlindung
dengan Engkau daripada kawan yang melalaikan, jiran yang jahat dan isteri yang
menyakitkan.
Dan beramal dengan
wasiat Rasulullah saw :
فَاتَّقُوا
اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ
وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ.
رواه مسلم
Bertakwalah pada Allah swt terhadap para
wanita kerana kamu telah mengambil mereka dengan perlindungan dari Allah swt,
kamu telah meminta kehalalan kemaluan mereka dengan kalimat Allah.
23. TIDAK SUKAKAN
JAWATAN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
menuntut sebarang jawatan sehinggalah jawatan itu diminta oleh manusia supaya
mereka pegang. Bahkan mereka berkata “Aku bukanlah orang yang layak untuk
memegangnya”, lalu manusia berkata “Bahkan engkaulah orang yang paling layak
untuk memegangnya”.
Kata Nabi Isa as :
إِذَا جَعَلَكُمْ رُؤُوسًا فَكُونُوا أَذْنَابًا.
Apabila manusia mengangkat kamu menjadi ketua,
maka perlu menjadi pengikut.
Kata al Anthoki ra :
الرَّيَاسَةُ رَأْسُ حُبِّ الرِّيَاءِ.
Jawatan sebagai ketua itu
adalah punca mencintai riya’.
Jawatan itu kata Nabi saw kepada Abd Rahman r.a
:
يَا عَبْدَ
الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ لاَ تَسْأَلِ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا
عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ
أُعِنْتَ عَلَيْهَا. رواه البخاري
Wahai Abd Rahman Bin
Samurah janganlah engkau meminta jawatan, kerana sesungguhnya jika engkau
mendapat jawatan dengan cara engkau memintanya nescaya engkau akan diberatkan
melaksanakannya, dan jika engkau mendapat jawatan dengan cara engkau tidak
memintanya pasti engkau akan dibantu melaksanakannya.
Sabda Nabi saw :
إِنَّكُمْ
سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ. رواه البخاري
Sesungguhnya kamu kelak
akan berlumba-lumba untuk mendapatkan jawatan dan kamu akan menyesal di Hari
Kiamat kelak.
Daripada
Abu Zar katanya: Aku bertanya:
يَا
رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ تَسْتَعْمِلُنِى ؟ قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِى
ثُمَّ قَالَ : يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ وَإِنَّهَا
يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْىٌ وَنَدَامَةٌ إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا
وَأَدَّى الَّذِى عَلَيْهِ فِيهَا.
رواه
مسلم
Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau
melantikku memegang sesuatu jawatan?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda
“Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah
amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali
sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi
tuntutannya.
Kata Sufyan as Thauri ra
:
مَنْ طَلَبَ
الرِّيَاسَةِ قَبْلَ مَجِيئِهَا فَرَّتْ مِنْهُ وَفَاتَهُ خَيْرٌ كَثِيرٌ.
Barangsiapa yang
meminta jawatan sebelum ia datang kepadanya, maka ia tidak akan dapat
melaksanakan tugas tersebut dan hilanglah kebaikan yang banyak daripadanya.
Katanya lagi :
لَا يَطْلُبُ
أَحَدُكُمُ الرِّيَاسَةِ إِلَّا بَعْدَ مُجَاهَدَةِ نَفْسِهِ سَبْعِينَ سَنَةً.
Janganlah seseorang itu
meminta jawatan melainkan setelah dia mujahadah dirinya selama tujuh puluh tahun.
Kata Muslim Bin
Qutaibah ra “Dahulunya kami mendapati manusia menolak jawatan kerana mereka
menganggap ia adalah ujian yang berat, tetapi hari ini mereka menuntutnya".
24. SALING MEMBERI
NASIHAT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Saling
memberi nasihat sesama mereka, maka yang tua di kalangan mereka tidaklah merasa
hina dengan yang muda, apabila orang muda menasihati mereka dan begitulah
sebaliknya.
Kata Ahmad Bin Harb ra “Hendaklah seseorang itu
meninggalkan berhibur dan juga maksiat apabila ia telah berumur 40 tahun, uban
mula tumbuh di kepala, telah menunaikan haji, telah berkahwin kerana berzina
selepas kahwin adalah yang paling buruk bagi setiap yang buruk”.
Kata Ka’ab al Ahbar ra :
الشَّابُ الْمُتَعَبِّدُ أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الشَّيْخِ الْمُتَعَبِّدِ.
Pemuda yang kuat beribadat
lebih Allah suka daripada orang tua yang kuat beribadat
Akhlak mereka apabila
mendapat nasihat mereka akan berterima kasih kepada yang telah memberi nasihat,
kerana perkara-perkara bersifat ukhrawi itu tidak dapat dibalas dengan
kebendaan dunia.
Seorang lelaki telah berkata kepada Hasan al
Basri, berilah nasihat kepadaku ! Maka jawab beliau :
أَعِز أَمْرَ
اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ يُعِزُّكَ اللَّهُ.
Muliakanlah perintah Allah di mana sahaja
engkau berada nescaya engkau akan dimuliakan oleh Allah.
Para salafussoleh itu menulis
surat memberi nasihat sekalipun berada di negeri yang jauh. Apabila mereka
mendapat nasihat mereka mengucapkan terima kasih. Berbeza suasana kita pada
hari ini, apabila ada orang yang memberi nasihat kepada kita, kita tidak
menerima nasihatnya bahkan kita akan mencela mereka.
Thawus ra telah menulis surat kepada Makhul ra
:
“Assalamua’laikum, wahai saudaraku ! Hendaklah
engkau beringat daripada menyangka diri engkau mempunyai kedudukan yang mulia
di sisi Allah swt daripada apa yang zahir pada amalan-amalan engkau, kerana
sesiapa yang menyangka demikian, dua tangannya akan kosong daripada pahala di
akhirat kelak, boleh jadi manusia mengangungkan engkau dengan sebab amalan
soleh engkau maka bersegeralah engkau melakukannya”.
Oleh yang demikian saudaraku,
pertamanya nasihatilah diri engkau kemudian nasihatilah saudara engkau secara
lisan atau tulisan, janganlah engkau mencela mereka yang menasihati engkau.
25. BAIK ADAB SESAMA
MANUSIA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Baik
adab mereka bersama kanak-kanak apatah lagi orang tua, baik adab mereka bersama
orang yang jauh apatah lagi yang dekat dan baik adab mereka bersama orang yang
jahil apatah lagi orang yang alim.
Firman Allah swt kepada Musa dan Haron as :
wqà)sù
¼çms9
Zwöqs%
$YYÍh©9
¼ã&©#yè©9
ã©.xtFt
÷rr&
4Óy´øs
ÇÍÍÈ
Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya,
dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut. Surah Thoha 44
Allah swt memerintahkan
bercakap dengan lemah lembut di hadapan Firaun yang sangat jahat dan kufur
untuk menunjukkan adab yang cukup tinggi. Kita hendaklah melihat diri kita
penuh dengan kekurangan dan memandang orang lain penuh sempurna kerana jika
kita memandang diri kita sempurna dan orang lain itu kurang ia akan mewarisi
sifat takabbur Nau’uzubillah.
Kata Saidina Ali ra :
أَعْلَمُ النَّاسِ بِاللهِ
أَشْهَدُهُمْ تَعْظِيمًا لِأَهْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله.
Manusia yang paling alim pada Allah itu adalah
mereka yang paling memuliakan orang yang berkata La ilaha illallah.
Adalah Bakar Bin Abdullah al Muzani ra berkata
:
“Apabila engkau melihat orang yang lebih tua
daripada engkau, muliakanlah dia, katakanlah bahawa dia telah dahulu memeluk
Islam daripadaku dan banyak amal soleh, dan apabila engkau melihat orang yang
lebih muda daripada engkau, katakanlah di dalam diri bahawa aku lebih banyak
dosa daripadanya, dan apabila orang memuliakan engkau, katakanlah ini adalah
kurniaan Allah, aku tidak berhak ke atasnya, dan apabila manusia menghina
engkau, katakanlah ini adalah kesan dosa-dosa yang telahku lakukan, dan apabila
engkau melontar anjing jiran engkau dengan batu maka engkau telah
menyakitinya”.
Manusia telah memuji seseorang di sisi Fudhail
Bin I’yyadh ra bahawa orang itu tidak makan Khabis (sejenis makanan seperti
daging hancur), lalu Fudhail berkata “Lihatlah hubungan silaturahimnya,
lihatlah bagaimana ia menahan marah, lihatlah lemah lembut dia bersama jiran,
janda dan anak yatim, lihatlah baik akhlaknya dengan saudara-saudaranya”.
26. BIMBANG MATI DALAM
SU’UL KHATIMAH
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Sangat
takut kepada Allah swt jika Dia mematikan mereka dalam keadaan yang tidak baik.
Di kalangan mereka ada yang selalu berfikir dan bersedih sehingga tidak
memperdulikan orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Ibn Khuzaimah ra bahawa
ada seorang lelaki yang diazab di dalam neraka seribu tahun, dia banyak menyebut
Ya Hannan Ya Mannan, maka Allah menyuruh Jibril masuk ke dalam neraka untuk
mencarinya, Allah memberitahu lelaki itu berada di tempat sekian, sekian,
Jibril cuba mencarinya tetapi tidak menjumpainya, Allah mmberitahunya dia
berada di tempat sekian, sekian, akhirnya Jibril dapat menjumpainya. Maka
Jibril membawa datang lelaki itu di hadapan Allah, Allah bertanya bagaimana
keadaan kamu ? Dia menjawab, aku berada di seburuk-buruk tempat. Maka Allah
menyuruh lelaki itu dikembalikan semula tetapi dia berkata “Ya Allah ! Aku
sangat berharap” Maka kata Allah :
أَدْخِلُوا
عَبْدِيَ الْجَنَّةَ.
Masukkan ia ke dalam syurga.
Setiap kali Hasan al Basri mendengar kisah ini
dia berkata mudah-mudahan lelaki itu aku.
Sabda Nabi saw :
إِنَّمَا
الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيم. رواه ابن حبان
Sesungguhnya amalan-amalan
itu mengikut yang terakhir.
Sabda Nabi saw :
فَإِنَّ الرَّجُلَ مِنْكُمْ لَيَعْمَلُ
حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجَنَّةِ إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ
عَلَيْهِ كِتَابُهُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَيَعْمَلُ حَتَّى مَا
يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ
الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ. رواه البخاري
Sesungguhnya seseorang
yang melakukan amal soleh sehingga kedudukan dia dan syurga sehasta lagi tetapi
mendahului oleh taqdirnya dengan kejahatan dia akan melakukan amalan ahli
neraka, dan seseorang yang melakukan amal kejahatan sehingga dia dan neraka
sehasta lagi tetapi dia didahului oleh taqdirnya dengan kebaikan maka dia akan
melakukan amalan ahli syurga.
Dan inilah yang amat
menghairankan Saidatina Aisyah r.a dia berkata “Seseorang yang beramal lama
dengan amalan ahli syurga sedangkan dia ahli neraka”.
Berapa ramai orang
manusia pada hari akhirat kelak yang tunduk terhina :
×'s#ÏB%tæ
×pt6Ϲ$¯R
ÇÌÈ 4n?óÁs?
#·$tR
ZpuÏB%tn
ÇÍÈ
3. Mereka menjalankan kerja yang berat lagi
berpenat lelah, 4. Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas
(membakar). Surah al Ghasyiah 3-4
Berapa
ramai manusia yang kapalnya telah hampir kepada pantai dalam keadaan selamat,
lalu ia menyangka ia telah sampai dan bermain dengan gelombang maka ia
tenggelam, banyak hamba itu berada di bawah bahaya ini.
Daripada Anas Bin Malik ra berkata, bahawa Nabi saw selalu berdoa
:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي
عَلَى دَيْنِكَ, فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ آمَنَّا وَبِكَ
وَبِمَا جِئْتَ بِهَ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا ؟ قَالَ: نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ
بَيْنَ إِصْبَعَين مِنْ أَصَابِعِ اللهِ يُقَلِّبُهُمَا كَمَا يَشَاءُ. رواه الترمذي
Wahai yang membolakkan
hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu”Lalu aku berkata ya Rasulallah kami
beriman dengan engkau dan apa yang engkau bawakan, adakah engkau berasa bimbang
dengan kami ? Jawab Nabi saw “Ya ! Sesungguhnya semua hati itu berada di antara
dua jari antara jari-jari Allah, dia membolakkannya sebagaimana yang ia mahu.
Adalah Muthraf Bin
Abdullah ra berkata “Sesungguhnya aku tidak hairan pada mereka yang telah
binasa bagaimana ia binasa, hanyasanya aku hairan mereka yang selamat bagaimana
mereka selamat, dan tidaklah Allah swt memberikan nikmat yang lebih besar
daripada Allah swt mematikannya di dalam Islam”.
Ar Rabi’ Bin Khaisam
menziarahi seorang lelaki yang sedak nazak hampir mati, lalu dia berkata
sebutlah Lailahaillah, lelaki itu menjawab “Sepuluh satu, sepuluh dua, (dia
menjual barang) ini kerana sewaktu dia sihat dia suka menyebut angka tersebut
apabila dia hampir hendak mati, dia susah hendak menyebut kalimah Lailahaillah.
27. BERSUNGGUH-SUNGGUH
MENGHIDUPKAN MALAM
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Bersungguh-sungguh
menghidupkan malam tidak kira pada musim panas ataupun sejuk. Allah mewahyukan
kepada Nabi Daud as :
يَا دَاوُد كَذَّبَ مَنِ ادَّعَى مَحَبَّتِي فَإِذَا جَنَّهُ الْلَيْلُ نَامَ
عَنِّي.
Wahai Daud ! Telah menipu oleh orang-orang yang
mendakwa mencintai Aku ketika mana waktu malam dia banyak tidur.
Sabda Nabi saw :
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ
دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةُ إِلَى رَبِّكُمْ وَمُكَفَّرَةٌ
لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْم. رواه الترمذي
Hendaklah kamu bangun
malam sesungguhnya ia adalah ketekunan orang-orang soleh sebelum kamu dan ia
adalah cara untuk mendekatkan diri kamu kepada Allah s.w.t, ia menghapuskan
dosa-dosa kamu dan menghalang kamu daripada melakukan dosa.
Adalah salafusssoleh
itu mengenali wajah-wajah orang yang tidur sepanjang malam tanpa bangun
Qiamullail.
Ada orang berkata kepada
Bisyrul Hafi ra, tidakkah engkau mahu berehat pada waktu malam walaupun sekejap
? beliau berkata “Adalah Nabi saw sembahyang sunat pada waktu malam sehingga
bengkak kakinya”.
Adalah Abd Aziz Bin Abi
Daud menghamparkan tilamnya, lalu ia meletakkan tangannya sambil berkata :
مَا أَلْيَنُكَ
وَلَكِنْ فِرَاشُ الْجَنَّةِ أَلْيَنُ مِنْكَ.
Lembutnya
engkau wahai tilam, tetapi tilam di syurga lebih lembut lagi.
Kemudian ia pun bangun
sembahyang sehingga masuk waktu Subuh.
Adalah Nabi saw itu
solat malam sehingga bengkak kakinya atau betisnya (kerana terlalu banyak
sembahyang). Lalu ditanya kepadanya kenapa sehingga begini ? Jawab Nabi saw :
فَيَقُولُ أَفَلاَ
أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا. رواه البخاري
Tidak
bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur.
Kata Hasan al Basri ra:
مَا تَرَكَ
أَحَدٌ قِيَامَ اللّيلِ إِلّا بِذَنْبٍ أَذْنَبَهُ.
Seseorang itu tidak
akan meninggalkan bangun malam melainkan apabila ia telah melakukan dosa.
Kata beliau lagi :
إِنَّمَا
يَثْقلُ قِيَامُ اللَّيْلِ عَلَى مَنْ أَثْقَلَتْهُ الْخَطَايَا.
Sesungguhnya
bangun malam itu amat berat atas orang yang berat dosanya.
Kata beliau lagi :
إِنَّ
الرَّجُلَ لَيَذْنبُ الذَّنْبَ فَيُحْرَمُ بِهِ قِيَامُ اللَّيْلِ.
Sesungguhnya seseorang yang melakukan dosa maka
diharamkan atasnya bangun malam.
Kata beliau lagi :
إِذَا لَمْ
تَقْدرْ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ وَلَا صِيَامُ النَّهَارِ فَاعْلَمْ أَنَّكَ
مَحْرُومٌ قَدْ كَبلتْكَ الْخَطَايَا وَالذُّنُوبُ.
“Apabila engkau tidak mampu berqiamullail
dan berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawasanya engkau telah diikat
oleh kesalahan dan dosa-dosa”.
Abdullah Bin Mubarak meriwayatkan bahawa
isteri Masruq ra berkata “Tidaklah didapati Masruq itu melainkan dua betisnya
lenguh kerana lama bersolat, sekiranya aku duduk di belakangnya nescaya aku
akan menangis juga”
Ibn Masu’d ra berkata disebutkan kepada Nabi saw
tentang seorang lelaki yang tidur malam sehingga Subuh tanpa bangun malam, maka
jawab Nabi saw
ذَاكَ
رَجُلٌ بَالَ الشَّيطَانُ في أُذُنَيْهِ.
رواه
البخاري
Lelaki itu telah dikencing
oleh syaitan ke dalam telinganya.
Sabda Nabi saw :
وَصَلُّوا
بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ. رواه البخاري
Hendaklah kamu solat malam di
waktu manusia lain sedang tidur
Sabda Nabi saw :
وَأفْضَلُ
الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
رواه
مسلم
Dan sebaik-baik solat selepas
solat fardhu itu adalah solat malam.
أنَّ
النبيَّ gكَانَ
يَنَامُ أوّلَ اللَّيلِ وَيَقُومُ آخِرَهُ فَيُصَلِّي.
رواه
البخاري
Sesungguhnya Nabi saw tidur
pada awal malam dan bangun di akhir malam.
سُئِلَ
رسولُ الله g
أيُّ الصَّلاَةِ أفْضَلُ ؟ قَالَ : طُولُ القُنُوتِ. رواه مسلم
Ditanya kepada Nabi saw
apakah solat yang paling afdhal ? Maka jawab Nabi saw “Solat yang lama
berdiri”.
28. RENDAH DIRI SEKALIPUN PADA ANAK MURIDNYA
Di
antara akhlak salafussoleh r.a itu : Merendah diri sekalipun pada anak muridnya
dan ada kalanya mereka bertabarruk dengan anak murid mereka sendiri seperti Imam as Syafie ra bertabarruk dengan baju Imam
Ahmad.
Diriwayatkan bahawa Imam Rabi’ anak murid kepada
Imam as Syafie ra pernah pergi ke Iraq dan menziarahi Imam Ahmad ra. Imam Rabi’
ra memberikan surat daripada gurunya kepada Imam Ahmad ra. Beliau bertanya “Apa
isinya, Wahai Abu Abdillah ?” Imam Ahmad menjelaskan bahawa Imam as Syafi ra
telah bermimpi bertemu Rasulullah saw. Dalam mimpi tersebut Rasulullah saw
bersabda, “Tuliskan surat kepada Imam Ahmad dan sampaikan salamku kepadanya.
Kemudian katakan padanya, sesungguhnya engkau akan mendapat ujian besar (Imam
Ahmad dipenjara pemerintah kerana masalah al Quran itu qadim bukannya makhluk).
Ketika itu jangan engkau turuti mereka maka Allah swt akan mengangkat namamu
hingga hari kiamat.”
Setelah
mendengar itu, Imam Rabi’ pun berkata, “Ini kabar gembira, Wahai Abu Abdillah.”
Kemudian Imam Ahmad mencabut salah satu bajunya yang berada di tubuhnya dan
memberikannya kepada Imam Rabi’.
Kemudian
Imam Rabi’ ra pulang ke Mesir dan bertemu Imam as Syafie dan ia bertanya, “Apa
yang ia berikan ?” Imam Rabi’ menjawab, “Ia memberikan bajunya kepada engkau.”
Imam as Syafie melihat kegembiraan yang terpancar daripada Imam Rabi’ kerana
menerima baju tersebut. Kemudian Imam as Syafie berkata :
لَيْسَ
نَفْجَعُكَ بِه وَلَكِنْ بُلَّهُ وَادْفَعْ إلَيَّ الْمَاءَ حَتَّى لَأَتَبَرُّك بِهِ.
Kami bukanlah hendak menyusahkan engkau dengan meminta engkau
memberikan baju itu padaku. Namun basahkanlah baju itu kemudian berikan air
basuhannya kepadaku agar aku bisa bertabarruk dengannya.
29. CEMBURU MELIHAT NAMA
ALLAH SWT DISEBUT DALAM KEADAAN LALAI
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka amat cemburu apabila melihat
seseorang menyebut nama Allah swt dalam keadaan lalai.
Diceritakan
bahawa ada seorang yang sakit menyebut Ya Latif sedangkan dia lalai, maka dia
ditegur oleh Allah swt di dalam tidurnya.
قَدْ جَعَلْتَ ذِكْرَ
اسْمِي لَعِبًا وَلَهْوًا.
Sesungguhnya
engkau telah menjadikan nama Aku sebagai bermain-main dan berhibur.
30. SELALU BERLAPAR
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka selalu berlapar, jika tidak ada
makanan mereka akan berlapar sepanjang hari dan malam.
Sepatutnya seorang alim itu berlapar setiap hari lebih-lebih lagi
ketika dia mahu mengarang kitab supaya lebih tajam kefahamannya dalam memahami
al Quran, Hadis dan Feqah. Sesungguhnya perut yang kenyang itu menyebabkan
lemah daya kefahaman.
Syeikh Ali as Syahawi ra menyuruh orang-orang yang bertemu
dengannya supaya selalu berlapar dan beliau berkata “Berlapar itu adalah
senjata orang beriman”.
Di kalangan ahli Tasauf itu ada yang berlapar sehingga hanya masuk
ke tandas untuk qadha’ hajat seminggu sekali, mereka malu untuk kerap berulang
alik ke tandas dan terbukanya aurat.
Oleh yang demikian wahai saudaraku,
janganlah engkau makan melainkan jika terlalu lapar kerana demikian itu boleh
melukakan perut engkau
31.
MENDOAKAN ANAK MURIDNYA YANG TIDAK IKHLAS
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Jika mereka mengetahui anak muridnya tidak
ikhlas dalam menuntut ilmu mereka akan terus mengajar dan mereka akan berdoa
pada Allah swt supaya diberikan keikhlasan dalam menuntut ilmu.
Kata
guruku Ali al Khawwas ra :
مَا مِنْ حَامِلِ عِلْمٍ
إِلَّا وَهُوَ أَنْ يَعْمَلَ بَهِ.
Tidak
ada orang yang menaggung ilmu melainkan dia hendaklah beramal dengannya.
Walaupun pada hak dirinya sendiri ketika
melakukan maksiat. Ini kerana dia akan bertaubat dan menyesalinya jika terlibat
dengan maksiat dan dosa tersebut. Jika bukan kerana pengetahuannya tentang
hukum tersebut, maka sudah tentu dia tidak akan tahu bahawa perkara yang
dilakukannya itu adalah dosa dan sudah tentu dia tidak akan bertaubat
daripadanya.
Hakikatnya dia telah beramal dengan ilmunya
pada sudut tersebut. Walaupun istilah orang ramai golongan yang melakukan
maksiat itu dianggap tidak beramal dengan ilmunya.
Sesungguhnya
ilmu itu memberi manfaat pada tuannya pada setiap keadaan.
32.
SENTIASA MENGHADIAHKAN PAHALA KEPADA PENGARANG KITAB
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka berazam untuk beramal dengan setiap
ilmu yang ada pada orang alim. Mereka menghadiahkan pahala kepada orang-orang
alim. Setiap kali mereka membaca kitab-kitab karangan alim ulama’ mereka akan
meminta kelebihan daripada Allah swt dan mereka akan menghadiahkan pahala
kepada pengarang kitab.
33.
BERCAMPUR DENGAN MUSUH MEREKA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka bercampur dengan orang yang memusuhi
mereka dalam diam tetapi mereka tetap mendoakan kasih sayang walaupun orang itu
membenci mereka.
Hendaklah orang yang bercampur dengan musuh mereka itu
berhati-hati, dan janganlah ia bercampur melainkan dengan tujuan yang baik,
jujur dan mahabbah.
Walau bagaimanapun lebih utama tidak bercampur dengan musuh kerana
bimbang fitnah semakin besar.
34.
SENTIASA MELIHAT KEBAIKAN MANUSIA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Sentiasa melihat kebaikan manusia dan
kadang-kadang mereka buat-buat buta daripada melihat kelemahan yang ada pada
orang lain. Di sisi mereka manusia semuanya baik. Orang-orang soleh tidak
memusuhi manusia kerana nafsu. Hanyasanya manusia suka hasad dengki dan
bermusuh dengan mereka.
35.
SANGAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH APABILA ADA MANUSIA YANG DENGKI
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sangat bersyukur apabila ada manusia
yang dengki dan memusuhi mereka. Bahkan mereka banyak memohon keampunan untuk
orang-orang yang dengki kepada mereka.
Mereka
berdoa kepada Allah swt :
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَاسِدِينَا.
Ya
Allah ! Ampunkanlah dosa-dosa orang yang amat dengki kepada kami.
Begitulah
akhlak salafussoleh yang hampir-hampir tidak ada pada manusia melainkan sangat
sedikit. Kebanyakan kita mahu supaya orang yang dengki kepada kita mendapat
keburukan.
36.
BERAMAL DENGAN SUNNAH APABILA MEMINANG SEORANG PEREMPUAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Apabila mereka mahu meminang perempuan
mereka hanya melihat muka dan tapak tangan. Sesungguhnya muka dan tapak tangan
bukanlah tempat istimta’. Mereka tidak melihat melainkan pada kadar hajat
kerana mereka tahu di dalam diri mereka ada sifat yang jahat.
Sesungguhnya syara’ mengizinkan melihat perempuan yang ingin
dipinang dan meninggalkan melihat itu boleh menyebabkan kerosakan. Maka mereka
melihat pada kadar yang diizinkan kemudian mereka berserah pada Allah swt.
Orang yang tidak mahu melihat perempuan yang dipinang disebabkan
malu atau mewakilkan orang lain untuk melihatnya adalah jahil tentang sunnah.
37. SANGAT
BERADAB DENGAN ORANG YANG MENGAJAR MEREKA AL QURAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sangat beradab dengan orang-orang
yang pernah mengajar mereka satu surah atau satu ayat daripada al Quran. Mereka
juga beradab dengan orang yang mengajar mereka walaupun satu bab daripada ilmu.
Mereka malu untuk lalu di hadapan orang-orang yang mengajar mereka dengan
menunggang.
Mereka
juga selalu memberi hadiah dan pakaian kepada orang yang mengajar mereka
al Quran dan juga anak-anak mereka sebagi tanda penghormatan.
38. TIDAK
KEDEKUT DENGAN ORANG YANG MENGAJAR ANAK MEREKA AL QURAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka tidak kedekut atau berkira dengan
orang yang telah mengajar anak mereka al Quran.
Sesungguhnya Syeikh Abu Zaid al Qairawani pengarang kitab ar
Risalah telah memberi 100 Dinar kepada seorang lelaki yang telah mengajar
anaknya satu Hizib al Quran. Lelaki itu berkata “Wahai tuan, apa yang tuan beri
ini sangat banyak, saya tidak berhak menerimanya”.
Semoga
Allah meredhai mereka yang menjaga adab.
39.
MERASAKAN DIRI KURANG BERAMAL
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Sentiasa merasakan diri mereka amat kurang
melakukan amal ibadah sunat sekalipun mereka sentiasa sembahyang sunat sehingga
bengkak kaki.
Kata
sebahagian ulama’ :
إِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَا تَعْرِضُ عَلَى
اللهِ صَلَاةَ أَحَدٍ إِلَّا بَعْدَ تَكْمِلَتِهَا لَهُ مِنْ نَوَافِلِهِ أَدَبًا
مَعَ اللهِ.
Sesungguhnya
para malaikat tidak akan membentangkan kepada Allah solat seseorang melainkan
setelah dia melaksanakan solat sunat sebagai penyempurnaan dan juga sebagai
beradab pada Allah swt.
40.
SANGAT WARA’ DALAM MENCARI MAKANAN DAN
MINUMAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Sangat wara’ dalam mencari makanan dan
minuman. Dihikayatkan bahawa Syeikh Afdhaluddin ra, tidak akan makan sesuatu
makanan sehingga tujuh atau tiga orang mengatakan makanan itu adalah halal
dimakan, jika tidak mereka sanggup berlapar.
Para
salafussoleh amat menjaga makanan, kerana makanan itu akan memberi kesan pada
akal dan agama mereka.
41.
MEMASUKKAN SIFAT ORANG BERIMAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mengeluarkan di dalam diri sifat orang
munafiq dan memasukkan sifat orang-orang beriman. Adalah Amirul Mu’minin
Sayidina Umar al Khattob ra berkata “Jika kamu melihat aku tergelincir daripada
kebenaran maka nasihatilah aku, sesungguhnya sifat orang-orang beriman itu suka
saling menasihati”.
Kata
Yahya Bin Muaz ra : “Orang beriman itu banyak pemalu kurang mengganggu, banyak
melakukan kebaikan kurang melakukan kerosakan, benar lidah, sedikit bercakap,
banyak beramal, sedikit tergelincir, banyak menyambung silaturahim, redha
dengan Allah apabila disempitkan rezki, seorang yang lemah lembut dan
penyantun, tidak suka melaknat, mencela, mengutuk atau mengumpat, tidak mengadu
domba, tidak gopoh, tidak dendam dan dengki, tidak sombong dan merasa ujub,
tidak berharap pada dunia, tidak panjang angan-angan, tidak banyak tidur dan
lalai, tidak riya’ dan tidak berpura-pura seperti orang munafiq”.
Kata
Malik Bin Dinar :
أَقْسِمُ لَكُمْ لَوْ نَبَتَ لِلْمُنَافِقِينَ
أَذْنَابٌ مَا وَجَدَ الْمُؤْمِنُونَ أَرْضًا يَمْشُونَ عَلَيْهَا.
Aku
bersumpah kepada kamu ! Kalaulah orang munafiq itu tumbuh ekornya nescaya orang
beriman tidak dapat berjalan di atas bumi ini kerana ramainya mereka.
Kata Huzaifah al Yamani “Dulu di zaman
Rasulullah saw apabila seorang itu mengucapkan sepatah kata yang ada padanya
kata-kata dusta maka dikenali ia sebagai munafik, tapi kini aku mendengar
kalimah yang keluar dari mulut kamu (orang-orang islam kini) ada padanya
sepuluh kali dusta maka siapakah kamu?.
Kata Fudhail Bin I’yyadh ra :
الْمُؤْمِنُ يَزْرَعُ نَخْلًا وَيَخَافُ أَنْ
يَثْمُرَ شَوْكًا وَالْمَناَفِقُ يَزْرَعُ شَوْكًا وَيَطْلُبُ أَنْ يَثْمُرَ رُطَباً.
Orang beriman itu menanam kurma dan dia
bimbang tumbuh duri, orang munafiq pula menanam duri tetapi yang dia harapkan
ialah tumbuh buah.
42. AMAT
BERHATI-HATI DENGAN DUIT
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka amat berhati-hati dengan duit,
mereka hanya mengambil duit dan menghimpunkannya untuk infaq di jalan Allah swt.
Kata
Yahya Bin Muaz ra “Duit itu adalah kalajengking, maka barangsiapa yang tidak
ada jampinya, dia akan terkena racunnya. Mereka bertanya apa jampinya ? Beliau
berkata : Ambil daripada tempat yang halal dan meletakkan pada tempat yang
sebenar”
Kata
Sumait Bin Ajlan ra :
إِنَّ الدِّينَارَ وَالدِّرْهَمَ أَزْمَةُ
الْمُنَافِقِينَ، بِهَا يُقَادُونَ إِلَى الْمَهَالِكِ.
Duit
itu adalah masalah orang-orang munafiq yang telah memimpin mereka ke lembah
kebinasaan.
Kata
Nabi Isa as :
لَا يَكُونُ رَجُلًا
صَالِحًا حَتَّى يَتَسَاوِيَ عِنْدَهُ الذَّهْبُ وَالتُّرَابُ.
Seseorang
itu tidaklah dianggap orang soleh sehingga dia merasa ketul emas dan ketul batu
itu adalah sama.
43.
MENGUTAMAKAN URUSAN AKHIRAT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu :
Mendahulukan urusan akhirat daripada urusan dunia. Di kalangan mereka ada yang
mendahulukan wirid selepas solat Subuh sebelum melakukan apa-apa kerja. Mereka
mendahulakan solat Tahajjud pada waktu malam yang sejuk daripada duduk di dalam
selimut. Maka barang siapa yang pada waktu pagi lagi telah mengutamakan urusan
keduniaan dia telah terkeluar daripada jalan salafussoleh.
Dan sabda Nabi saw :
مَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ
اللَّهُ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا
وَهِىَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ
بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهَ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا
إِلاَّ مَا قُدِّرَ لَهُ. رواه الترمذي
Barang siapa yang tujuan hidupnya adalah
akhirat, maka Allah akan menjadikan kekayaannya dalam hatinya dan menghimpun
kekuatannya, serta dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina. Dan barang
siapa yang tujuan hidupnya adalah akhirat, maka Allah akan menjadikan
kefakirannya di hadapan kedua matanya, dan mencerai beraikan kekuatannya, serta
dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang telah ditaqdirkan baginya.
Kata Malik Bin Dinar ra :
مَنْ
خَطبَ الدُّنْيَا طَلَبَتْ مِنْهُ دِينَهُ كُلَّهُ فِي صَدَاقِهَا وَلَا
يَرْضِيهَا مِنْهُ إِلَّا ذَلِكَ.
Bangsiapa yang
meminang dunia, maka dunia akan menuntut daripadanya seluruh agamanya
sebagai mahar, dunia tidak akan meredhoinya.
Sabda Nabi saw :
بادِرُوا
بِالأَعْمَالِ سَبْعاً هَلْ تَنْتَظِرُونَ إلاَّ فَقراً مُنسياً أَوْ غِنىً
مُطغِياً أَوْ مَرَضاً مُفسِداً أَوْ هَرَماً مُفْنداً أَوْ مَوتاً مُجْهزاً أَوْ
الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوْ السَّاعَةَ فالسَّاعَةُ أدهَى
وَأَمَرُّ.
رواه الترمذي
Bersegeralah
engkau melakukan amalan-amalan yang soleh sebelum datangnya tujuh perkara. Apakah
engkau sekalian menantikan untuk melakukan ibadah setelah;
1. Tibanya
kefakiran yang melalaikan.
2. Atau
tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan.
3. Atau
tibanya kesakitan yang merosakkan.
4. Atau
tibanya usia tua yang nyanyuk.
5. Atau
tibanya kematian yang mempercepatkan atau melenyapkan segala hal.
6. Atau
tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu.
7. Atau
tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta
lebih pahit.
Kata Saidina Ali r.a :
ارْتَحَلَت
الْآخِرَةُ مُقْبِلَةً وَارْتَحَلَت الدُّنْيَا مُدْبِرَةً, وَلَكِنْ مِنْهُمَا
بَنُون, فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الْآخَرَةِ, وَلَا تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ
الدُّنْيَا, فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلَا حِسَاب وَغَدًا حِسَابٌ وَلَا عَمَل.
Akhirat itu pergi
secara berdepan dan dunia itu pergi secara belakang dan keduanya itu ada
anak-anak, maka jadilah engkau daripada anak-anak akhirat dan janganlah jadi
anak-anak dunia, kerana hari ini adalah masa beramal tidak ada hisab dan esok
di akhirat adalah hisab tidak ada amal.
44.
MEREKA TIDAK BIMBANG ANAK-ANAK MEREKA SELEPAS MEREKA MATI
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu :
Mereka tidak bimbang anak-anak mereka selepas mereka mati. Mereka akan
banyak berinfaq dan mereka tidak menyimpan harta untuk anak-anak mereka.
Kata
Abu Hazim ra :
انْفَقُوا وَلَا تَخْشَوْا
الضِّيعَةَ عَلَى أَوْلَادِكُمْ فَإِنَّهُمْ إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ فَإِنَّ
اللهَ يَرْزُقُهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ فَإِنْ كَانُوا فَاسِقِينَ فَلَا تُسَاعِدُوهُمْ
عَلَى الْفَسْقِ بِأَمْوَالِكُمْ.
Berinfaqlah kamu dan
janganlah kamu bimbang akan anak-anak kamu menjadi susah, sekiranya anak-anak
kamu beriman, maka Allah swt akan memberi rezki kepada anak-anak kamu tanpa
hisab, jika anak-anak kamu fasiq maka janganlah kamu menolong mereka dengan
harta-harta kamu.
Ketika Muhammad Bin Ka’ab hampir wafat beliau berkata
aku nafqahkan seluruh harta aku untuk Islam, mereka berkata adakah engkau tidak
tinggalkan sedikit untuk anak-anak engkau ? beliau berkata aku simpan
harta-harta ini untuk keutamaan aku adapun anak-anak aku, aku tinggalkan untuk
Allah (Insya Allah Dia akan jaga anak-anak aku)
45. SELALU MENZIARAHI KUBUR KAUM MUSLIMIN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Selalu menziarahi kubur kaum Muslimin, amalan
ini sudah jarang diamalkan hari ini. Sabda Nabi saw :
زُورُوا الْقُبُورَ
فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُمُ الآخِرَةَ. رواه أبو داود
Ziarahilah kubur ! Kerana ia
mengingatkan kamu akan akhirat.
Adalah Syeikh Muhammad I’nan ra
selalu menziarahi kubur pada hari Jumaat, beliau menziarahi kubur orang yang ia
kenali dan juga orang yang tak kenal, apabila beliau melihat kubur beliau akan
menangis.
Dan adalah Syeikh Hisyam ra
apabila pulang daripada menziarahi kubur beliau duduk di rumahnya beberapa hari
tanpa menyalakan pelita.
Dan adalah Hasan al Basri
melihat seorang lelaki ketawa di kawasan perkuburan lalu beliau menegurnya
“Berhentilah engkau berkelakuan seperti demikian kerana Nabi saw amat benci
berkelakuan seperti itu !”
Kata Sufyan as Thauri ra
“Sesungguhnya mayat itu diuji di dalam kuburnya selama tujuh hari, oleh sebab
itu hendaklah kamu bersedekah ke atasnya untuk membantunya”.
Adalah Abdullah Bin Umar ra
membentangkan kain rida’nya di kawasan perkuburan untuk solat dua rakaat, lalu
ia berkata “Di antara mereka dan ibadah ada kekuatan, maka aku suka dekat
kepada Allah swt di antara mereka dengan dua rakaat sembahyang”.
46. TIDAK
LALAI MENGINGATI ALLAH SWT DAN SELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
lalai mengingati Allah dan selawat kepada Rasulullah di dalam majlis yang
mereka duduk, sabda Nabi saw :
مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ
يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلاَّ كَانَ
عَلَيْهِمْ تِرَةً. رواه الترمذي
Tidaklah
suatu kaum yang duduk di dalam suatu majlis yang tidak menyebut nama Allah dan
selawat ke ats Rasulullah melainkan ke atas mereka penyesalan dan kerugian.
Kata Fudhail
Bin I’yyadh ra “Apabila kamu menyebut makhluk di dalam majlis kamu hendaklah
kamu menyebut Allah swt, kerana menyebut Allah swt itu adalah penawar bagi
segala penyakit yang berpunca daripada makhluk”.
Kata Daud at
Thoie :
كُلُّ نَفَسٍ يَخْرُجُ مِنَ الدُّنْيَا عَطْشَانَةٌ
إِلَّا نَفَسَ الذَّاكِرِينَ.
Setiap
nafas yang keluar di dunia adalah dahaga melainkan nafas ahli zikir.
Adalah Abu Malih
ra sekiranya berjalan dalam keadaan lalai daripada berzikir kepada Allah,
beliau akan patah semula sekalipun telah berjalan satu marhalah, beliau berkata
“Aku suka tanah ini menjadi saksi”.
Satu ketika Imam Muhammad al Jazuli sedang
mengembara. Beliau berada di dalam keadaan yang sangat memerlukan air untuk
mengambil wudhu’ tetapi tidak dapat mengambilnya daripada sebuah telaga. Ini
kerana beliau tidak mempunyai timba dan tali. Seorang perempuan bertanya
keperluannya. Apabila beliau menceritakannya, dia meludah kedalam telaga lalu
air naik ke permukaan. Melihatkan peristiwa ini beliau begitu terkejut dan
bertanya apakah amalan baiknya yang menyebabkan perkara itu berlaku. Dia
berkata bahawa itu hanyalah disebabkan banyak membaca Selawat. Disebabkan peristiwa
itulah beliau telah menyusun Dala’ilul Khairat (Kitab himpunan selawat)
47. TIDAK
BERBARING MELAINKAN JIKA TERPAKSA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu :
Tidak meletakkan badan mereka le lantai melainkan mereka sangat lemah
untuk duduk.
Adalah
para salafussoleh itu seperti Umar Abdul Aziz, Bisyrul Hafi, Muhammad Bin
Ismail al Bukhari, Ahmad Bin Hanbal, Abu Hanifah, Muhammad Bin Idris as Syafie,
Rabiah al A’dawiyah dan juga al Auzaie’ sangat jarang berbaring, jika mereka
sangat mengantuk mereka akan berdiri.
Mereka berkata
“Kami bimbang nyawa kami diambil secara mengejut dan orang yang tidur pada
waktu sahur itu adalah orang-orang yang pembohong”.
48. LEMBUT HATI DENGAN BANYAK MENANGIS
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Lembut
hati mereka, banyak menangis di atas kecuaian mereka dalam melaksanakan hak-hak
Allah swt. Mudah-mudahan Allah swt merahmati mereka. Sabda Nabi saw :
وَاللَّهِ لَوْ
تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا. رواه البخاري
Demi Allah kalaulah
kamu semua mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan
akan banyak menangis.
Kata Saidina Ali ra “Aku telah melihat para
sahabat Nabi s.a.w, maka aku tidak pernah melihat sesuatu yang menyerupai
mereka, mereka pada waktu pagi lagi telah berubah muka menjadi pucat, di antara
dua mata mereka ada seperti laluan hujan, mereka pada waktu malam telah berjaga
untuk sujud, tidak henti-henti air mata keluar menangis kerana Allah swt, demi
Allah sesungguhnya aku semalam adalah tergolong di kalangan orang-orang yang
lalai”.
Adalah
diriwayatkan Saidina Umar ra itu terdapat pada wajahnya dua garisan hitam
kerana terlalu banyak menangis kepada Allah swt. أَسْوَدَانِ
مِنَ الْبُكَاءِ
Adalah
Ibn Abbas itu
:
أَسْفَلَ مِنْ
عَيْنَيْهِ مِثْلُ الشراكِ الْبَالِي مِنَ الْبُكَاءِ.
Di bawah matanya ada seperti tali lama (aliran
air) kesan daripada banyak menangis kepada Allah swt.
Ka’ab al Ahbar ra berkata :
لَأَنْ
أَبْكِي مِنْ خَشْيَةِ اللهِ تَعَالَى حَتَّى يَسِيلَ دُمُعِي عَلَى وَجْنَتِي
أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ أَنْ أَتَصَدَّقَ بِوَزْنِي ذَهَبًا وَأَنَا غَلِيظُ
الْقَلْبِ.
Setitis air mata yang mengalir di atas pipiku
kerana takutkan Allah swt lebih aku suka daripada aku bersedekah sebuah gunung
daripada emas dalam keadaan hatiku keras.
Kata Saidina Ali ra :
أَوْلِيَاءُ
اللهِ قَوْمٌ صفْرُ الْوُجُوهِ مِنَ السَّهْرِ، عَمشُ الْعُيُونِ مِنَ الْعبر،
خَمْصُ الْبُطُونِ مِنَ الْجُوعِ، يَبِس الشَّفَاه مِنَ الذَّوي.
Para kekasih Allah itu
adalah kaum yang kekuningan wajahnya kerana banyak berjaga malam, layu mata
kerana banyak menangis, kosong perut dan kering bibir kerana berlapar.
49. MERASAKAN DIRI AKAN
DISIKSA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
menyangka diri mereka akan binasa kerana mengabaikan perintah Allah s.w.t.
Mereka berkata “Mudah-mudahan Allah s.w.t memaafkan aku di atas segala
kesilapanku ini” Sekalipun mereka tidak berbuat apa-apa kesalahan. Maka
barangsiapa yang tidak menghisab dirinya ketika di dunia ini maka akan panjanglah
hisabnya di sana kelak. Firman Allah swt :
$pkr'¯»t
úïÏ%©!$#
(#qãZtB#uä
(#qà)®?$#
©!$#
öÝàZtFø9ur
Ó§øÿtR
$¨B
ôMtB£s%
7tóÏ9
(
(#qà)¨?$#ur
©!$#
4
¨bÎ)
©!$#
7Î7yz
$yJÎ/
tbqè=yJ÷ès?
ÇÊÑÈ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan
hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan
(dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat), dan (sekali lagi
diingatkan) bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi
pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan. Surah al Hasyr 18
Kata Saidina Umar ra :
حَاسِبُوا
أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتُزَيَّنُوا
لِلْعَرْضِ الْأَكْبَرِ.
Hisablah diri engkau sebelum engkau dihisab, dan
timbangilah untuk menghadapi hari pembentangan yang paling besar.
Kata Saidina Umar ra :
حاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ
تُحَاسَبُوا وَزِنُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْل أَنْ تُوزَنُوا وَتَزَيَّنُوا لِلْعَرْضِ
الأَكْبَرِ يَوْمَ تُعْرَضُونَ لاَ تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ.
Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab (di
hari kiamat), dan timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang (di hari
kiamat), maka sesungguhnya hisab itu akan ringan bagi kalian jika kalian
menghisabnya hari ini (di dunia). Begitu juga dengan hari ‘aradh (pembentangan
amal) yang agung), hari tiada sesuatupun dari keadaanmu yang
tersembunyi (bagi Allah).
Abd Rahman Bin Hurmuz ra
berkata :
فَتِّشُوا أَنْفُسَکُمْ فِيمَا هِيَ
عَلَيْهِ مِنَ الْقَبَائِحِ فَإِنَّ کُلَّ أَحَدٍ يُحْشَرُ غَدًا مَعَ جِنْسِهِ
فَمَنْ وَقَعَ فِي سَائِرِ الْمَعَاصِي فَلَهُ مَعَ کُلِّ قَوْمٍ حُشِرَ.
Selidikilah diri kamu
daripada sifat-sifat yang keji, kerana setiap kamu akan dihimpunkan bersama
pasangannya, maka barangsiapa yang bersama ahli maksiat maka dia akan dihimpunkan
bersama mereka.
Beliau banyak mencela
dirinya, beliau berkata :
“Sesungguhnya
orang-orang yang menyeru akan menyeru pada hari kiamat kelak, wahai ahli
maksiat berdirilah kamu, berdirilah wahai si tempang bersama kumpulan kamu”.
50. SEDERHANA DALAM MEMBINA TEMPAT TINGGAL
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
berlumba-lumba dan tidak bermewah-mewah dalam membina tempat tinggal. Rumah
mereka amat sederhana dengan keperluan yang seadanya tanpa sebarang perhiasan.
Bagi mereka sudah memada apa yang ada dan tidak panjang angan-angan.
Saidina Anas ra berkata, Nabi saw telah membuat
beberapa garisan, lalu Nabi saw bersabda :
هَذَا
الأَمَلُ وَهَذَا أَجَلُهُ فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ جَاءَهُ الْخَطُّ
الأَقْرَبُ. رواه
البخاري
Ini adalah cita-citanya, dan ini adalah
ajalnya, ketika seseorang seperti itu (dalam cita-citanya), maka datanglah
garis yang lebih dekat (iaitu ajalnya).
Seorang ulama’ berkata :
اَتَبْنِي بِنَاء الْخَالِدِينَ
وَأَنَّمَا * مَقَامُكَ فِيهَا لَوْ عَقلْتَ قَلِيلُ
لَقَدْ كَانَ فِي ظِلِّ الْأَرَاكِ
كِفَايَةٌ * لِمَنْ كَانَ فِيهَا يَقْتَفِيه رَحِيلُ
Adakah engkau membina
binaan yang kekal ?,
Hanyasanya yang engkau
bina itu adalah sedikit sekiranya engkau beraqal,
Sesungguhnya telah
memadai tinggal di bawah bayangan pohon Arak,
Bagi mereka yang mengikuti langkah pengembara.
Seorang
faqir sedang membina binaan yang indah lalu ditegur oleh seorang ulama’
“Sesungguhnya binaan yang engkau sedang bina ini engkau tidak dapat tinggal di
dalamnya” Lalu ia memberi kepadanya tujuh ratus dinar dan berkata “Engkau
tinggal dengan menyewa sudah memadai daripada engkau membuat binaan yang indah
ini.
Daud at Thoie tinggal di rumah
buruk, orang berkata atap rumah tuan telah lapuk bila-bila masa sahaja akan
runtuh, beliau berkata, saya tak ada masa dengan atap tersebut dan saya telah
membuat keputusan tak akan membina rumah, setelah ia wafat atap itu pun runtuh.
Sesungguhnya para
salafussoleh itu tidak panjang angan-angan pada dunia.
51.
SANGAT MENYAYANGI KAUM MUSLIMIN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
sangat sayang orang-orang yang melakukan ketaatan dan juga ahli maksiat, dan
mereka juga sayang pada semua binatang.
Kata Abdullah al Magharibi :
مَنْ لَمْ يَنْظُرْ لِلْعُصَاةِ بِعَيْنِ الرَّحْمَةِ فَقَدْ خَرَجَ عَنِ
الطَّرِيقِ.
Barangsiapa yang tidak melihat ahli maksiat
dengan pandangan rahmah maka dia telah terkeluar daripada jalan Tasauf.
Kata
Ma’ruf al Karkhi ra “Apabila engkau melihat ahli maksiat maka hendaklah engkau
doakan mereka dengan keampunan dan juga rahmat. Sesungguhnya Allah mengutuskan
Nabi saw untuk menyelamatkan manusia dan juga sebagai rahmat sedangkan Allah
melaknat syaitan kerana ingin menyesatkan manusia”.
Adalah Ma’ruf
al Karkhi ra berjalan di tepi sungai Dajlah, lalu melihat beberapa orang sedang
minum arak, orang ramai menyuruh supaya dia berdoa, maka dia pun berdoa “Ya
Allah ! Sebagaimana Engkau gembirakan mereka di dunia, maka gembirakanlah
mereka di akhirat. Lalu dia ditegur kenapa tidak didoakan mereka binasa kerana
minum arak ? Beliau berkata “Aku minta berlindung dengan Allah daripada
mendoakan seorang Muslim begitu, sesungguhnya Allah tidak akan bagi mereka
gembira di akhirat melainkan Allah akan bagi mereka hidayah untuk bertaubat”.
Begitulah
kasihnya para kekasih Allah swt pada manusia.
52. TIDAK
MENYALAHI PARA FUQAHA’
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak menyalahi para fuqaha’ apabila mereka
menginkari ahwal ahli Tasauf. Mereka tidak akan berhujah dengan para fuqaha’.
Orang yang faqih itu dia alim dalam bidangnya tetapi bidang lain
mungkin dia tidak alim. Jika seorang faqih itu berkata tidak ada yang dikatakan
qutub, abdal, atau autad, maka ahli tasauf akan berkata ya. Jika mereka berkata
Khidir itu telah lama wafat, maka ahli Tasauf akan menjawab ya.
Jika mereka menaqalkan pendapat Imam al Ghazzali ra, ahli Tasauf
akan berkata ya, ini kerana awal kehidupan Imam al Ghazzali ra itu dia
tenggelam di dalam feqah, kemudian di hujung umurnya barulah dia tenggelam di
dalam Tasauf.
Al
Abdal itu adalah satu golongan di kalangan ahli Tasauf, sabda Nabi saw :
إِنَّ بُدَلَاءَ أُمَّتِي لَمْ يَدْخُلُوا
الْجَنَّةَ بِكَثْرَةِ صَلَاتِهِمْ وَلَا صِيَامِهِمْ، وَلَكِنْ دَخَلُوهَا
بِسَلَامَةِ صُدُورِهِمْ، وَسَخَاوَةِ أَنْفُسِهِمْ. رواه البيهقي
Sesungguhnya
Budala’ di kalangan umat aku tidak masuk syurga dengan sebab banyak sembahyang
atau banyak puasa, tetapi mereka masuk syurga dengan sebab lapang dada dan juga
sangat dermawan.
Kata Sayidina
Ali ra :
الْأَبْدَالُ بِالشَّامِ
وَالنُّقَبَاءِ بِالْعِرَاقِ وَالنُّجَبَاءِ بِمِصْرَ.
Abdal
itu banyak di Syam, Nuqaba’ banyak di Iraq, Nujaba’ banyak di Mesir
Imam Abu
Abdullah al Juraimi ra ditanya adakah al Abdal itu ada di kalangan perempuan ?
Maka beliau menjawab ada !.
Kata Hasan al
Basri ra “Kalau bukan kerana golongan Abdal nescaya bumi menenggelamkan
penduduknya, kalau bukan kerana golongan as Shodiqun nescaya bumi akan rosak,
kalau bukan kerana para ulama’ nescaya manusia seperti binatang, kalau bukan
kerana sultan nescaya manusia membinasakan antara satu sama lain, kalau bukan
kerana golongan bodoh nescaya bumi punah, kalau bukan kerana angin nescaya di
antara langit dan bumi menjadi busuk”.
Kata Fudhail
Bin I’yyadh ra :
مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَلَهُ نَظِيرٌ مِنْ
أُمَّتِهِ.
Tidak
ada seorang Nabi melainkan ada di kalangan umatnya sepertinya.
53. MELIHAT
DIRI MEREKA JAHIL
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Melatih diri sehingga mereka melihat
raka-rakan mereka lebih mempunyai akal fikiran. Apabila mereka mendengar ayat :
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ
يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?
Mereka merasakan diri mereka
jahil dan rakan-rakan mereka adalah orang-orang yang alim yang mempunyai buah
akal fikiran yang sangat baik. Mereka merasakan diri mereka tidak sama dengan
orang-orang yang mengetahui.
54.
MEMANDANG SETIAP SESUATU ITU HIDUP
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Sentiasa memandang setiap benda itu adalah
hidup. Mereka bermuamalah seolah-olah ia adalah hidup. Oleh yang demikian
mereka takut melakukan maksiat walaupun berada seorang diri sebab mereka
merasakan apa yang ada di sekeliling mereka adalah hidup dan akan menjadi saksi
bagi mereka di akhirat kelak.
55.
MEREKA TIDAK MINTA DOA MEREKA DIMUSATAJABKAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Apabila mereka berdoa, mereka tidak minta
doa mereka dimustajabkan oleh Allah swt sebab mereka merasakan diri mereka
banyak dosa dengan Allah swt.
Kata
guruku Ali al Khawwas ra
“Barangsiapa yang mahu doanya tidak ditolak oleh Allah swt, maka hendaklah dia
tidak melakukan maksiat”.
Kata
Abu Nujaih ra “Kalaulah orang beriman itu tidak melakukan maksiat pada Allah
swt, nescaya Allah swt akan menggelincirkan baginya bukit untuk mustajabkan
doanya apabila dia bersumpah atas nama Allah”.
Suatu
ketika Ibrahim Bin Adham ra duduk di tepi bayangan Ka’bah, ada seseorang
bertanya kepadanya “Wahai Ibrahim ! Apakah tanda seseorang itu istiqamah ? Maka
beliau berkata “Orang yang istiqamah itu jika dia buat isyarat pada Bukit Abi
Qubais untuk berubah daripada tempatnya, nescaya Allah swt akan
menggelincirkannya”.
Ibrahim Bin
Adham ra pernah duduk berzikir di bawah jambatan, tiba-tiba seseorang di atas
jambatan telah jatuh, maka beliau berdoa :
اللَّهُمَّ امْسِكْهُ فِي الْهَوَاءِ حَتَّى يَأْتِيَ مَنْ يَنْقَذُهُ
مِنَ الْهَلَاكِ.
Ya Allah ! Tahanlah dia diudara
sehingga datang manusia menyelamatkannya daripada binasa” Maka dia tergantung
di udara sehingga datang manusia menurunkannya dengan selamat.
Seorang pembantu gabenor telah memukul Malik
bin Dinar ra dengan cemeti, lalu beliau pun berdoa (اللهم اقطع يده) “Ya Allah ! Potonglah
tangan dia” Esoknya Malik Bin Dinar melihat tangan orang itu terpotong dan dia tergantung.
Seorang lelaki telah menipu Muthorrif Bin
Abdullah ra, lalu beliau langsung berkata (اللهم إن كان كاذبا فأمته
الساعة) “Ya
Allah ! Jika lelaki ini menipu, matikanlah ia” Tiba-tiba lelaki itu langsung
jatuh dan mati. Orang ramai membawa Muthorrif ke hadapan gabenor dan
menceritakan apa yang terjadi. Kata gabenor ini adalah kesan doa orang-orang
yang soleh yang bertepatan dengan kematiannya.
(Di kalangan hamba-hamba Allah swt yang soleh
itu mulut mereka masin, mudah berlaku apa yang mereka doakan).
56. MENGASIHI
AHLI MAKSIAT DAN TIDAK MENGHINA MEREKA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mengasihi ahli maksiat dan tidak
menghina mereka, bahkan mereka sentiasa mendoakan ahli maksiat supaya diberi
hidayah oleh Allah swt.
Kata Muthorrif
Bin Abdullah ra “Hendaklah seseorang itu ada sifat rahmat kepada ahli maksiat
dengan mendoakannya supaya bertaubat dan mendapat keampunan kerana di antara sifat
para malaikat itu adalah mendoakan keampunan kepada penduduk bumi”.
Habib al Ajmi
ra apabila membaca ayat al Quran tentang Allah swt murka akan sesuatu kaum,
maka dia berkata “Ya Allah ! Masukkanlah sifat rahmat ke dalam hati aku, jika
Engkau mahu ampunkanlah mereka atau Engkau gantikan aku untuk diazab”.
Kata
Sufyan Bin U’yainah ra :
إِنَّ مَنْ يَغْتَابَنِي وَيَذُمُّنِي
أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّنْ يَمْدَحُنِي لِأَنَّ الْمَادِحَ قَدْ يَكْذُبُ.
Aku
lebih suka orang-orang yang mencela dan mengumpat aku daripada orang yang suka
memuji aku, kerana orang yang memuji aku itu ada kalanya menipu.
Adalah
Syarik ra melihat banyak semut di atas tanah, dengan sifat rahmat yang ada di
dalam dirinya, dia telah mematahkan sekeping roti menjadi kecil untuk diberi
kepada semut bahkan dia juga menabur tepong untuk semut makan.
Adalah
Abu Darda’ ra melihat seorang budak menangkap seekor burung Ushfur, lalu beliau
membelinya daripada budak itu, ia memberi makan kepada burung itu.
57. QANA’AH
DENGAN APA YANG ADA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah
swt beri kepada mereka. Mereka tidak akan meminta lebih daripada Allah swt tentang
keduniaan seperti makanan, minuman, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal.
Kata
Sufyan as Thauri ra, barangsiapa yang suka menghimpunkan harta maka dia akan
dibala dengan lima perkara :
طُولُ الْأَمَلِ وَشِدَّةُ
الْحِرْصِ وَكَثْرَةُ الشُّحِّ وَنِسْيَانُ الْآخِرَةِ وَقِلَّةُ الْوَرَعِ.
Panjang
angan-angan, sangat tamak, sangat kedekut, lupa akhirat, kurang wara’.
Kata Syeikh Tajuddin
az Zakir ra “Bukanlah qanaah itu makan apa yang ada tetapi qanaah itu dia ada
harta dan makanan yang banyak tetapi dia hanya makan lima hari atau tiga hari
sekali”.
Sabda Nabi saw
:
حَسْبُكَ يَا ابْنَ آدَمَ لُقَيْمَاتٌ
يُقِمْنَ صُلْبَكَ. رواه ابن حبان
Cukuplah
engkau wahai anak Adam beberapa suap makanan yang boleh menegakkan tulang sulbi
engkau.
58. SANGAT
KUAT BERAMAL
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Sangat kuat beramal sehingga mereka melihat
akhirat dan nikmatnya dengan mata hati kerana itu menzuhudkan mereka hidup di
dunia dan menumpukan akhirat.
Kata Malik Bin
Dinar ra
لَوْ أَعْطَانِي اللهُ فِي الْجَنَّةِ بَيْتًا صَغِيرًا لَرَضِيْتُ بِهِ.
Jika Allah
swt memberi kepada aku rumah yang kecil di dalam syurga, aku redha dengannya.
Kata Hasan al
Basri :
يُحْشَرُ النَّاسُ كُلُّهُمْ عُرَاةً إِلَّا
الزَّاهِدُ فِي الدُّنْيَا.
Manusia
akan dihimpunkan di Mahsyar dalam keadaan telanjang melainkan orang-orang yang
zuhud.
59.
BERSEGERA UNTUK MENDAPAT TAKBIRATUL IHRAM DI BELAKANG IMAM
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Bersegera untuk mendapat Takbiarul Ihram di
belakang imam, demikian itu adalah untuk membesarkan perintah Allah swt.
Kata
Said Bin al Musayyab ra :
مَا أَذِنَ الْمُؤَذِّنُ مُنْذُ ثَلَاثِينَ سَنَةً إِلَّا وَأَنَا فِي
الْمَسْجِدِ.
Tidaklah
tukang azan itu melaungkan azan semenjak 30 tahun yang lalu melainkan aku telah
berada di dalam masjid.
Diceritakan bahawa ada
seorang lelaki buta yang tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.
Dia pergi ke masjid tanpa ada orang yang memimpinnya. Suatu hari ketika dia
pulang daripada masjid dia telah terjatuh dan luka kepalanya, maka orang ramai
membawanya pulang. Isterinya berkata kepadanya “Wahai suamiku ! Sesungguhnya
solat berjemaah itu tidak wajib tengoklah keadaan engkau ini !” Maka dia
berkata “Sesungguhnya Allah swt telah mengambil cahaya pada mataku dan masih
mengekalkan cahaya pada hatiku, maka aku tidak akan meninggalkan solat
berjemaah”. Pada waktu malam dia telah bermimpi berjumpa dengan Nabi saw, kata
Nabi saw “Janganlah engkau bertengkar dengan isteri engkau” Dia berkata “Wahai
Rasulullah ! Saya mahu mengikuti sunnah engkau” Maka Nabi saw menyapu kedua
matanya dengan tangannya yang mulia di dalam mimpi sehingga dia boleh melihat
semula.
60. DUNIA HINA DI SISI MEREKA
Di antara akhlak salafussoleh
ra itu : Memandang dunia ini hina, mereka sangat menolak dunia untuk beramal
dengan hadis Nabi saw. Di dalam sebuah riwayat disebutkan.
إِنَّ لِلدُّنْيَا بَنِينٌ وَلِلْآخِرَةِ بَنِينٌ
فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الْآخِرَةِ وَلَا تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا.
Sesungguhnya
dunia itu ada anak-anak dan akhirat juga ada anak-anak, maka jadilah kamu
anak-anak akhirat, janganlah kamu jadi anak-anak dunia.
Pernah
Nabi saw berdiri di sebuah bukit lalu Nabi saw melihat seekor bangkai kambing,
maka sabda Nabi saw :
فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ
عَلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ عَلَى أَهْلِهَا. رواه
البيهقي
Demi
Allah ! Dunia itu lebih hina di sisi Allah ke atas manusia melebihi bangkai
kambing ini.
Kata
Muhammad Bin al Munkadir ra, pada hari akhirat nanti dunia akan
berbangga-bangga dan angkuh dengan perhiasannya, maka kata Allah swt :
لَا أَرْضَاكَ لَهُ
اذْهَبِي يَا لَا شَيْءَ كُونِي هَبَاءً مَنْثُورًا.
Aku
tidak meredhai engkau ! Pergilah engkau yang tidak ada sesuatupun dan jadilah
engkau habuk yang berterbangan.
61. MALU
UNTUK BANYAK KALI KE TANDAS
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Malu pergi tandas banyak kali kerana
kebiasaan mereka itu adalah berlapar. Mereka mencontohi Nabi saw dengan banyak
berlapar sehingga Nabi saw mengikat perutnya dengan batu kerana berlapar.
Adalah
Abdur Rahman Bin Abi Nuaim ra hanya makan setiap 15 hari sekali. Abdullah Bin
az Zubair ra selalu berlapar beliau hanya makan setiap hari Sabtu. Abu Hanifah
ra seorang yang sangat sedikit makan, beliau makan seperti burung, di dalam
rumahnya hanya ada tikar jerami.
Kata
Hasan al Basri ra :
لَا تَجْمَعْ عَلَى
إدَامين فَإِنَّهُ طَعَامُ الْمُنَافِقِينَ.
Janganlah
kamu makan dengan menghimpunkan dua lauk, kerana makan dua lauk itu adalah cara
makan orang-orang munafiq.
Sayidina
Umar al Khattab ra melihat seorang lelaki yang parutnya besar lalu ia
mencucuknya dengan tongkat, katanya “Perut seperti ini seperti perut orang
kafir”.
Sufyan
as Thauri ra pernah tidur di rumah al Hajjaj Bin Farafthoh selama 11 hari,
sepanjang ia tinggal, al Hajjaj tidak makan dan tidak minum, ia tidak berdiri
melainkan untuk solat.
Sesungguhnya
ramai di kalangan ahli Tasauf itu selalu berlapar, mereka jarang makan, ada
kalanya mereka bertahan dengan makan buah kismis dan juga sedikit air.
62.
TIDAK RUNGSING MEMIKIRKAN SOAL REZKI
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka tidak rungsing memikirkan soal rezki
bahkan mereka sentiasa lapang dada walaupun duit tidak ada sedikit pun. Mereka
tidak suka menyimpan makanan untuk esok sedangkan kebanyakan manusia menyimpan
makanan kerana bimbang esok tidak ada makanan.
Syeikh
Ali al Bashir ra berkata “Di antara syarat untuk para aulia’ berhimpun dengan
Nabi Khidir as adalah tidak menyimpan makanan untuk hari esok, maka barangsiapa
yang menyimpan makanan untuk hari esok dia tidak dapat berhimpun dengan Nabi
Khidir as sekalipun ibadatnya sangat banyak”.
Kata
as Sya’rani ra “Nabi Khidir as itu bertemu dengan para aulia’ dalam keadaan
jaga dan bertemu dengan para murid dalam keadaan tidur kerana hal mereka yang
belum mampu bertemu secara jaga, ia datang di dalam tidur mengajarnya adab yang
ia jahil”.
Imam Abdullah al Yusra ra pernah bertemu Nabi Khidir as secara
jaga, kemudian beliau tidak dapat lagi bertemu dengan Nabi Khidir as, beliau
bermimpi dan bertanya kenapa saya tidak dapat lagi berjumpa dengan tuan ?, maka
jawab Nabi Khidiri as “Kami tidak bertemu dengan orang-orang yang menyimpan
rezekinya dan engkau menyuruh isteri engkau menyimpan duit di dalam almari”
Beliau berkata benar, dan aku telah bertaubat.
Adalah Umar Abdul Aziz pernah berjumpa dengan Nabi Khidir as dan
Nabi Khidir as memberitahunya bahawa dia masa hadapan akan di lantik menjadi
khalifah dan memerintah dengan adil, Umar menjadi sangat gembira.
Seorang
sahabat Nabi saw telah menghadiahkan tiga ekor daging burung, walau
bagaimanapun khadam Nabi saw menyimpannya sedikit untuk hari esok, kata Nabi
saw
أَلَمْ أَنْهَكَ أَنْ تَرْفَعَ شَيْئًا فَإِنَّ
اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَأْتِي بِرِزْقٍ كُلّ غَدٍ. رواه أحمد
Bukankah
aku melarang engkau menyimpan sesuatu, sesungguhnya Allah swt akan memberi
rezki setiap hari.
63.
MEMILIH HIDUP SUSAH
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka lebih suka memilih hidup susah
daripada hidup mewah untuk menumpukan hati kepada Allah swt.
Kata
wahab Bin Munabbih ra :
مَنْ لَمْ يَعُدُّ
الْبَلَاءَ نِعْمَةً وَالسَّخَاءَ مُصِيبَةً فَلَيْسَ هُوَ بِفَقِيه.
Barangsiapa yang tidak
menganggap bala itu adalah nikmat dan senang itu adalah musibah maka dia
tidaklah faqih.
Beberapa orang telah menziarahi Malik Bin Dinar ra di rumahnya
dalam keadaan gelap, dan beliau memegang sekeping roti, mereka bertanya kenapa
engkau tidak menyalakan pelita ? Beliau berkata “Tinggalkanlah aku kerana aku
bersama Allah swt”
Kata
Sayidina Umar al Khattab “Barangsiapa yang setiap malam ada roti kering untuk
dimakan maka dia bukanlah orang faqir kerana orang faqir itu dia tidak ada
sesuatu”.
Kata
Rabi’ Bin Anas ra “Sesungguhnya nyamuk itu dia boleh hidup walaupun dia lapar,
jika dia kenyang dia akan gemuk, kemudian dia akan mati, maka begitu juga
manusia, jika dirinya gemuk dengan dunia, maka hatinya akan mati”.
Kata
as Sya’rani ra “Ramai para Aulia’ di Mesir yang suka hidup di dalam kefaqiran
dan kesempitan hidup, mereka banyak memuji Allah swt dan bersyukur di antaranya
guruku Sayyidi Syeikh Ali al Khawwas, Syeikh Muhammad I’nan, Syeikh Muhammad al
Munir, Syeikh Muhammad Adil dan ramai lagi, mereka amat lazat hidup dalam
kefaqiran lebih lazat hidup di dalam kekayaan dan tidak dapat kelazatan ini
melainkan orang yang zuhud di dunia”.
64. TERBUKA
HATI MEREKA APABILA ALLAH MEMALINGKAN MEREKA DARIPADA DUNIA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sangat gembira apabila Allah
memalingkan mereka daripada dunia kerana mereka amat mencintai Allah swt dan
RasulNya. Barngsiapa yang mencintai Allah swt dan RasulNya dia akan benci dunia
dan akan sentiasa sebuk dengan ibadat.
Kata Abdullah
al Muzani ra “Sesungguhnya Allah swt memberi hambanya yang mu’min minum dan
merasakan kepahitan dunia kepadanya kerana Allah swt kasih padanya”.
Kata guruku Ali al Khawwas ra :
إِذَا تَرَقَّى الْعَبْدُ إِلَى مَقَامِ الْعِرْفَانِ
صَارَتِ الدُّنْيَا تَزْدَادُ مِنْهُ نَفَرَةٌ.
Apabila
seseorang hamba itu naik ke makam Irfan maka dia akan bertambah benci kepada
dunia.
65. MENAHAN
SYAHWAT
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sentiasa menahan kehendak syahwat. Kata
Malik Bin Dinar ra guruku Abdullah ar Razi ra telah mengajarkanku beliau
berpesan :
إِنْ أَرَدْتَ الْقُرْبَ مِنَ اللهِ تَعَالى
فَاجْعَلْ بَيْنَكَ وَبَيْنَ شَهْوَاتِ الدُّنْيَا حَائِطًا مِنْ حَدِيدٍ.
Jika
engkau mahu dekat kepada Allah, hendaklah engkau jadikan di antara engkau dan
syahwat engkau, dinding daripada besi.
Sesungguhnya
Allah swt telah mewahyukan kepada Nabi Daud as :
حَرَامٌ عَلَى قَلْبٍ
أَحَبَّ الشَّهْوَاتِ أَنْ أَجْعَلَهُ إِمَامًا لِلْمُتَّقِينَ.
Haram
ke atas hati yang mencintai syahwat untuk Aku menjadikannya pemimpin kepada
orang-orang bertaqwa.
Kata Umar
Abdul Aziz ra “Matikanlah syahwat di dalam diri engkau dan janganlah engkau
matikan diri engkau di dalam syahwat, sesungguhnya orang yang menjadikan
syahwat di bawah tapak kakinya, syaitan akan lari daripadanya, dan orang yang
menjadikan syahwat di dalam hatinya, syaitan akan mudah menunggangnya”.
Kata Ibn Abbas
ra “Akan sampai suatu zaman, di mana cita-cita manusia hanya untuk perut, agama
pula mengikut hawa nafsu dan pedang pula pada lidah”.
66. TIDAK
MELAMPAU-LAMPAU DALAM BERPAKAIAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka tidak memakai pakaian yang
mahal-mahal, mereka hanya memakai apa yang halal sekalipun daripada kain
jerami.
Adalah
Uwais al Qarni ra mencari kain-kain yang koyak di tempat pembuangan sampah,
beliau membasuhnya dan menjahitnya untuk dijadikan pakaian.
Ibrahim
Bin Adham memakai jubah hitam sehingga terkoyak, manusia bertanya berapa lama
jubah engkau ini ? beliau berkata “Aku memakai jubah ini selama 9 tahun dan aku
tidak mencabutnya” (mungkin cabut untuk basuh).
Kata
Abu Idris al Khaulani ra “Janganlah kamu terlalu mengambil berat pada pakaian
kamu jika ia kotor, kerana hati yang bersih berada di dalam baju yang kotor itu
lebih baik daripada hati yang kotor berada di dalam baju yang bersih”.
Adalah
pakaian para sahabat Nabi saw itu kasar tetapi hati mereka sangat lembut, kata
Abdullah Bin Masu’d ra :
سَيَأْتِي زَمَانٌ يَكُونُ أَهْلُهُ أَرَقُّ
ثِيَابٍ وَأَخْشَنُ قُلُوبٍ.
Akan
sampai suatu zaman di mana manusia banyak memakai pakaian yang lembut tetapi
hati mereka sangat keras.
67. MENCARI
YANG HALAL
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
melampau di dalam mengambil benda-benda yang halal apabila mereka mendapatinya
sekalipun ia sukar didapati. Kadang-kadang sesuatu benda itu halal di sisi satu
kaum tetapi tidak halal di sisi kaum yang lain.
Mereka itu mengutamakan
mencari benda-benda yang halal di dalam segala pekerjaan mereka kerana mereka
itu adalah para pencinta akhirat, dan segala amalan akhirat itu tidak mungkin
berlaku apabila memakan makanan-makanan yang haram atau syubhat.
Sesunggguhnya mereka yang
suka memakan benda-benda yang haram akan mendorongnya melakukan perkara yang haram dan suka memakan makanan yang
syubhat pula akan mendorongnya melakukan perkara-perkara yang syubhat. Mereka
yang suka memakannya tidak akan mampu melakukan amal taat kepada Allah swt
sekalipun mereka ingin melakukannya, kerana Allah swt menyamakan para Rasul dan
sekalian orang-orang yang beriman itu dalam perintah memakan makanan-makanan
yang halal lagi baik, sebagaimana sabda Nabi saw :
أَيُّهَا
النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ
أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ (يَا أَيُّهَا
الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّى بِمَا
تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ) وَقَالَ (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ). رواه مسلم
Wahai sekalian
manusia sesungguhnya Allah swt itu Maha Baik dan Dia tidak menerima melainkan
yang baik, dan sesungguhnya Allah swt itu telah memerintahkan orang-orang yang
beriman sebagaimana Ia perintahkan para Rasul “Wahai sekalian Rasul makanlah
kalian daripada benda-benda yang baik dan buatlah amal soleh sesungguhnya Aku
Maha Mengetahui segala apa yang kamu lakukan” dan firmanNya lagi “Wahai
orang-orang yang beriman makanlah daripada benda-benda yang baik yang telah
Kami rezekikan”.
Kata Ibn
Abbas ra :
كَسْبُ الْحَلَالِ أَشَدُّ عَلَى الْمُؤْمِنِ مِنْ نَقْلِ
جَبْلٍ إِلَى جَبَلٍ.
Mencari perkara yang halal itu amat susah bagi orang
yang beriman, lebih susah daripada memindahkan bukit.
Kata Saad Bin
Kidam ra “Aku tidak mengetahui makanan yang halal yang ada pada hari ini
melainkan seseorang minum air sungai Nil atau sungai Dajlah dengan tapak
tangannya”.
Kata Malik Bin
Dinar ra “Aku melihat seseorang itu amat
susah untuk bangun sembahyang, ini kerana dia tidak menjaga kebersihan
makanannya, kalaulah dia makan benda yang halal nescaya tidak susah baginya
bangun sembahyang”.
Maka makanan yang baik lagi halal itu adalah sebesar-besar bantuan dalam
melaksanakan amal soleh dan ia juga adalah syarat untuk diterima doa.
68. BANYAK
MENASIHATI ANTARA SATU SAMA LAIN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak menasihati antara satu sama lain dan
mereka berterima kasih kepada orang-orang yang menasihati mereka .
Seorang
lelaki telah meminta nasihat kepada Hasan al Basri ra, maka kata beliau
“Muliakanlah perintah Allah swt di mana sahaja engkau berada dan Allah swt akan
memuliakan engkau”.
Dan
kata Umar Abdul Aziz ra kepada seorang lelaki yang meminta nasihat kepadanya
“Jaga-jagalah engkau daripada menjadi orang yang bercampur dengan orang-orang
soleh tetapi tidak ambil manfaat daripadanya, atau mencela orang-orang yang
melakukan dosa tetapi engkau tidak menjauhinya, atau engkau melaknat syaitan
ketika nyata tetapi sebenarnya engkau taat kepada syaitan ketika tersembunyi”.
Umar Abd Aziz ra pernah
bertemu Nabi Khidir as ketika berada di Madinah, kata Nabi Khidir as
:“Jaga-jaga wahai Umar ! Apabila engkau menjadi kekasih Allah ketika nyata dan
engkau menjadi musuh Allah ketika tersembunyi”.
69.
TIDAK MUDAH MEMBERI NASIHAT
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka tidak memberi nasihat kepada orang
yang seperti tidak sudi menerima nasihat. Sekiranya orang yang mereka hendak
nasihat itu mengerak-gerakkan badannya, maka mereka terus berpaling daripada
menyampaikan nasihat.
Kata
as Sya’rani “Aku pernah menasihati seorang lelaki tua, akibat daripada itu dia
tidak mahu bercakap denganku selama 17 tahun, jika aku menasihatinya di kalayak
ramai tentu dia akan membunuh aku”.
Maka
hendaklah seseorang itu bijak dalam memberi nasihat mengikut kedaan yang
sesuai.
70.
DI HADAPAN MANUSIA KURANG BERAMAL
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka seperti kurang melakukan amal ibadat
walaupun sebenarnya mereka sangat banyak melakukan ibadat. Mereka tidak
memandang diri mereka telah melaksanakan hak-hak Allah swt. Adalah Nabi saw sembahyang
sunat berdiri sangat lama sehingga bengkak kakinya.
Kata
isteri Masruq ra, suaminya Masruq kalau sembahyang sunat di waktu malam sangat
lama berdiri sehingga bengkak kakinya, dan aku pula terduduk menangis di
belakangnya.
Adalah
Umar Bin U’tbah ra setiap malam akan pergi ke kawasan perkuburan untuk
sembahyang sunat sehinggalah sampai waktu Subuh, kemudian beliau akan ke masjid
untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Adalah
Uwais al Qarni ra menghabiskan malamnya sehingga Subuh dengan sembahyang sunat,
beliau tidak akan mengangkat kepalanya melainkan pipinya basah dengan air mata
menangis di hadapan Allah swt.
Hamsun
Bin al Hasan ra setiap malam sembahyang sunat 1000 rakaat. Ketika beliau telah
tua dan badannya semakin lemah beliau hanya mampu sembahyang sunat 500 rakaat,
beliau berkata “Celakalah aku di hadapan Tuhanku kerana ibadatku semakin
kurang.
Dan
adalah Imam Abu Hanifah ra sembahyang Subuh dengan wudhu’ Isyak selama 50
tahun. Di rumahnya tidak ada hamparan untuk tidur, jika dia keletihan, dia akan
duduk tidur sebentar.
71. AMAT BIMBANG DENGAN
PENYAKIT-PENYAKIT HATI
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Amat bimbang diri mereka dimasuki oleh
penyakit-penyakit ke dalam ilmu dan amal mereka, dan dalam memberi petunjuk
kepada manusia tentang dunia dan akhirat.
Abd Rahman Bin Abi Laila ra berkata :
“Aku telah berjumpa dengan 120 orang para
sahabat Rasulullah saw, di kalangan mereka ada yang muhaddith tetapi mereka
lebih suka saudara mereka yang menyampaikan hadis, dan ada juga yang mampu
berfatwa tetapi mereka lebih suka saudara mereka yang berfatwa”.
Fudhail Bin I’yyadh ra berkata :
بَذْلُ الدَّنَانِير لِلنَّاسِ أَحَبُّ
إِلَيّ مِنْ بَذْلِ الْحَدِيثِ لَهُمْ وَأَهْوَن عَلَى نَفْسِي.
Aku lebih suka memberikan wang dinar kepada
manusia daripada menyampaikan hadis kepada mereka, kerana aku merasakan diriku
ini hina.
Sesungguhnya orang ramai telah meminta Sufyan
Bin U’yainah untuk menyampaikan ucapan kepada mereka tetapi beliau enggan,
beliau berkata aku tidak layak.
Abu Muslim al Khulani ra berkata :
كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ يَعِيشُ النَّاس
بِعِلْمِهِمْ وَيُهْلِكُونَ فِي نُفُوسِهِمْ يعني بالعجب ورؤية النفس.
Ramai di kalangan manusia yang manusia lain
hidup dengan ilmu mereka dan mereka binasa pada diri mereka kerana ujub dan
riya’.
Abu Hazim ra berkata “Ulama’ pada zaman kita
ini bercakap dan tidak beramal, para ulama’ zaman salaf mereka banyak beramal
tetapi tidak banyak bercakap, kemudian datang selepas mereka yang bercakap dan
beramal, kemudian datang selepas mereka yang bercakap tetapi tidak beramal, dan
akan datang satu zaman bercakap pun tidak, beramal pun tidak”.
Abd Rahman as Sulami ra berkata :
لَقَدْ أَدْرَكْنَا النَّاسَ وَهُمْ
يَتَعَلَّمُونَ الْقُرْآنَ عَشْرَ آيَاتٍ عَشْرَ آيَاتٍ فَلَا يَنْتَقِلُونَ مِنْ
عَشْرَ حَتَّى يَعْمَلُوا بِهَا.
Sesungguhnya kami mendapati manusia mempelajari
al Quran 10 ayat 10 ayat, mereka tidak berpindah 10 ayat yang lain sehinggalah mereka
beramal dahulu dengannya.
Muhammad Bin Ziyad ra berkata:
رَأَيْتُ أَبَا أُمَامَةَ أَتَى عَلَى
رَجُلٍ فِي الْمَسْجِدِ وَهُوَ سَاجِدٌ يَبْكِي فِي سُجُودِهِ ، وَيَدْعُو رَبَّهُ
، فَقَالَ أَبُو أُمَامَةَ : أَنْتَ ، أَنْتَ ، لَوْ كَانَ هَذَا فِي بَيْتِكَ !
Aku melihat Abu Umamah
datang kepada seorang lelaki di dalam masjid ketika ia sedang sembahyang dan
menangis di dalam sujudnya, dan berdoa kepada Tuhannya, lalu Abu Umamah
berkata, engkau, engkau kalaulah ini rumah engkau !
Sesungguhnya telah dikatakan kepada as Sya’bi ra
:
أفْتِنَا أَيُّهَا الْعَالِم, فَقَالَ
: لَا تَقُولُوا لِمِثْلِي عَالِم فَإِنَّ الْعَالِمَ هُوَ الَّذِي تَقَطَّعَت
مَفَاصِلُهُ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ.
Wahai orang alim berilah fatwa kepada kami !
Beliau menjawab, jangan kamu berkata kepadaku orang alim, kerana orang alim itu
adalah orang yang amat takut kepada Allah swt.
Sufyan as Thauri ra berkata :
مَنْ أَبْكَاهُ
عِلْمُهُ فَهُوَ الْعَالِمُ.
Barangsiapa yang ilmunya
boleh menyebabkannya menangis maka dia orang alim.
Maka renungilah wahai
saudaraku adakah engkau mengamalkan ilmu engkau ataupun tidak, dan
perbanyakkanlah istighfar kepada Allah swt siang dan malam.
72. TIDAK SUKA DIANGGAP ORANG ALIM
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
tidak gembira apabila manusia menggelar mereka sebagai orang yang paling alim
atau orang yang paling kuat beramal di dalam negeri mereka.
Kata guruku Ali al Khawwas ra : Di antara tanda
orang yang tidak ikhlas beramal dengan ilmunya ialah dia suka orang memujinya
dengan kebaikan dan dia tidak menyampah dengan perkataan itu dan dia sebenarnya
riya’ dalam beramal”.
Kata Sufyan as Thauri ra “Orang yang masuk neraka
kerana fasiq lebih ringan seksaannya daripada ahli bid’ah, dan ahli bid’ah pula
lebih ringan seksaannya daripada orang yang masuk neraka kerana riya’ dengan
ilmu dan amalnya”.
Kata Abdullah al Mubarak ra :
مَنْ دَخَلَ النَّارَ بِالْمَعَاصِي الظَّاهِرَةِ أَخَفُّ مِمَّنْ دَخَلَهَا
بِالرِّيَاءِ وَالسُّمْعَةِ.
Orang yang masuk neraka disebabkan banyak
maksiat itu seksaannya lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan orang-orang
yang riya’ atau suma’ah.
Kata Habib al A’jmi ra :
الشَّيْطَانُ يَلْعَبُ بِالْقُرَّاءِ كَمَا يَلْعَبُ الصِّبْيَانُ بِالْكُرَّةِ.
Syaitan itu ada kalanya bermain-main dengan
ahli Qurra’ sebagaimana kanak-kanak bermain bola.
73. MENYEMBUNYIKAN KARAMAH
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
suka menyembunyikan karamah daripada diketahui oleh golongan yang ingkar
karamah kerana menceritakan karamah pada mereka tidak ada faedah sama sekali.
Di kalangan para Aulia’
itu ada yang bersembahyang lima waktu di belakang maqam Nabi saw dan apabila
mereka bertasyahhud di dalam rakaat yang terakhir ketika membaca السَّلاَمُ عَلَيْك
أَيُّهَا النبي وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ mereka mendengar Nabi saw menjawab salam
mereka.
Ada
golongan yang membantah perkara ini, mereka berkata “Tidak ada karamah
melainkan ia diwarisi oleh orang sebelumnya, tidak sampai kepada kita ada di
kalangan para sahabat atau tabie’n apabila mereka memberi salam, mereka dengar
Nabi saw menjawabnya.
Imam
Ibn Zuhrah ra menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa karamah itu ada yang tidak
diwarisi oleh orang akan orang yang sebelumnya, contohnya Asif Burkhia seorang
wazir atau pembantu Nabi Sulaiman as. Asif telah memindahkan arasy Balqis
sedangkan karamah Asif itu tidak diwarisi daripada mana-mana Anbia’ atau Aulia’.
Kata
guruku Ali al Khawwas ra “Seseorang itu jika dia telah sampai ke maqam Aulia’,
dia akan berhimpun dengan Nabi Muhammad saw, Nabi Khidir as dan juga Nabi Ilyas
as, maka dia telah naik ke tingkatan as Shodiqun”
Kata
guruku Abu Abbas al Mursi “Adakah kamu mendengar Nabi saw menjawab salam kamu ketika
menziarahi maqamnya ? mereka menjawab kami tidak mendengarnya, maka kata Abu
Abbas “Menangislah kamu semua kerana hati kamu terhijab daripada Allah swt dan
RasulNya” kata beliau lagi “Demi Allah ! Jika aku terhijab daripada Allah swt
dan RasulNya walau sekejap maka aku tidak menganggap diriku di kalangan kaum
Muslimin”. Oleh yang demikian tidak perlu ia mencela golongan yang terhijab
apabila mereka mengingkarinya.
74. MENOLAK UNTU JADI
HAKIM
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka menolak jika dilantik menjadi hakim
atau memegang sebarang amanah.
Muhammad
Bin Wasi’ ra berkata “Orang pertama dihisab pada hari kiamat ialah hakim, tidak
selamat di kalangan mereka melainkan sedikit, setiap orang yang membantu hakim
dalam menzalimi orang maka dia turut diazab”.
Adalah
Imam Abu Hanifah ra itu dipenjara dan dipukul kerana enggan memegang jawatan
hakim.
75. BANYAK MENGAMBIL
BERAT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
bertanya tentang keadaan sahabat-sahabat mereka dari segi keperluan mereka pada
makanan, pakaian, wang, pembayaran hutang, kesedihan dan sebagainya.
Adalah akhlak ini menjadi
asing pada zaman kita ini. Sesungguhnya manusia pada hari ini tidak berlaku
demikian.
Apabila di kalangan kamu
tidak berazam untuk mengucapkan takziah kepadanya atau menanggung kesusahannya
atau mendoakannya, maka janganlah bertanya kepadanya bagaimana keadaan kamu ?
Kerana ia dianggap nifaq.
Salafussoleh apabila bertanya
sesama mereka bagaimana keadaan mereka adalah untuk mengingatkan orang yang
lalai daripada mensyukuri Allah swt supaya sentiasa mensyukuri nikmatNya.
Ditanya kepada Abu Bakar as Shiddiq ra,
bagaimana keadaan kamu ? Beliau menjawab:
أَصْبَحْتُ عَبْدًا ذَلِيلًا لِرَبٍّ
جَلِيلٍ, أَصْبَحْتُ مَأْمُورًا بِأَمْرِهِ.
Aku ini hamba yang hina bagi Tuhan yang maha
mulia, aku akan turuti segala perintahNya.
Ditanya kepada Imam Syafie ra, bagaimana keadaan
kamu ? Beliau menjawab :
أَصْبَحْتُ آكُلُ رِزْقَ رَبِّي وَلَا
أَقُومُ بِشُكْرِهِ.
Aku makan rezki daripada
Tuhanku tetapi aku tidak mensyukurinya.
Ditanya kepada Malik Bin Dinar ra, bagaimana
keadaan kamu ? Beliau menjawab :
أَصْبَحْتُ فِي عُمْرٍ يَنْقُصُ
وَذُنُوبٍ تَزِيدُ.
Umurku semakin berkurang
dosaku semakin bertambah.
76. TIDAK LALAI
DARIPADA TIPU DAYA IBLIS
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
lalai daripada tipu daya iblis laknatullah dan bersungguh-sungguh mengetahui
perancangannya untuk menyesatkan manusia.
Sesungguhnya sikap ini ramai
di kalangan manusia lalai sedangkan syaitan
dan iblis tidak pernah lalai terhadap manusia. Tidak sepatutnya kita
lalai terhadap perancangan jahat mereka yang berusaha sedaya-upaya untuk
menjatuhkan manusia ke dalam kemurkaan Allah swt.
Sabda Nabi saw :
إِنَّ
إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ
فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً. رواه مسلم
Sesungguhnya singgahsana iblis itu berada di
atas laut, dia mengutus para tenteranya untuk merosakkan manusia, maka yang
paling dekat kedudukannya adalah yang paling besar godaannya.
Fudhail Bin I’yyadh ra berkata :
إِنَّ إِبْلِيسَ إِذَا ظَفرَ مِن ابْنِ
آدَمَ بِإِحْدَى ثَلَاثٍ قَالَ : لَا أَطْلُبُ مِنْهُ غَيْرهَا إِعْجَابُهُ
بِنَفْسِهِ وَاسْتِكْثَارُه عَمَلُهُ وَنِسْيَانُهُ ذُنُوبهُ.
Iblis itu mengalahkan manusia melalui tiga cara;
Merasa ujub pada dirimu, menganggap amalan telah banyak, melupakan diri dengan
dosa.
Wahab Bin Munabbih ra berkata :
إَيَّاكُمْ
أَنْ تَعُودُوا الشَّيْطَان فِي الْعَلَانِيَةِ وَتَطِيعُوهُ فِي السِّرِّ فَإِنَّ
مَنْ بَاتَ عَاصِيًا بَاتَ الشَّيْطَانُ لِأَجْلِهِ عَرُوسًا.
Jaga-jaga kamu daripada memusuhi syaitan ketika terang
tetapi mentaatinya ketika tersembunyi, maka sesiapa yang tidur dalam maksiat
maka syaitan membelainya bagaikan pengantin.
Daripada Hasan al Basri ra berkata “Apabila syaitan
melihat engkau, maka dia melihat engkau berterusan untuk mentaati Allah swt,
maka dia sentiasa menipu engkau dan merosakkan engkau”.
Diceritakan
bahawa Iblis laknatullah datang berjumpa Nabi Isa as lalu berkata “Wahai Isa !
Sebutlah Lailahaillah” Nabi Isa berkata “Kalimah yang benar itu aku akan sebut
tapi bukan kerana engkau” Kata guruku Ali Khawwas ra, Iblis berkata begitu
kerana dia mahu Nabi Isa menjadi anak muridnya.
Kata Sufyan as Thauri
“Jaga-jaga engkau takut akan kefaqiran kerana takut kefaqiran itu adalah
senjata syaitan untuk merosakkan anak Adam, apabila dia takut kefaqiran dia
akan mengambil benda yang haram, menghalang kebenaran, bercakap dengan hawa
nafsu, sangka buruk dengan Tuhan dan dia akan bertemu dengan segala kejahatan”.
Maka
beringatlah saudaraku ! Berjaga-jagalah daripada menyangka bahawa syaitan itu
telah terputus daripada engkau ketika engkau melakukan ibadat, berhati-hatilah
dengan iblis dan banyakkanlah istighfar.
77.
MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG YANG ADA PADANYA BAU SOMBONG
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka menjauhi perkara-perkara yang
yang ada padanya bau sombong seperti tidak hadir apabila ada anak-anak jiran
mereka meninggal dunia, atau khadam atau orang miskin yang meninggal dunia.
Tidak mahu menziarahi orang apabila ia sakit, maka ini adalah sifat-sifat
orang-orang yang sombong.
Para
salafussoleh itu apabila menziarahi kematian, mereka menjadi sangat sedih
mengenangkan diri mereka yang banyak dosa dengan Allah swt. Sabda Nabi saw :
كَفَى بِالْمَوْتِ وَاعِظًا. رواه البيهقي
Cukuplah
kematian itu sebagai peringatan.
Mereka tidak
akan bercakap tentang urusan dunia ketika menziarahi jenazah lebih-lebih lagi
mencela mayat. Adalah Ibn Masu’d ra melihat seorang lelaki yang ketawa ketika
menziarahi jenazah lalu ia menegurnya dan menjauhinya beberapa hari.
Ibrahim az
Zayyat ra melihat seorang lelaki menangis lalu ia berkata “Menangislah atas
diri engkau wahai saudaraku ! Sesungguhnya mayat itu telah melepasi tiga
perkara, dia telah melihat malaikat maut, dia telah merasai kesakitan maut dan
dia telah selamat daripada mati su’ul khatimah, adapun engkau tidak tahu
bagaimana”.
78.
MENJAUHI KENYANG
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Menjauhi kenyang kerana kenyang itu
akan mengeraskan hati. Barangsiapa yang mencari khusyu’ di dalam sembahyang
dengan kenyang maka dia telah tersalah jalan dan dia tidak ikut jalan Tasauf.
Adalah Nabi saw itu selalu berlapar sehingga perutnya berbunyi di dalam
sembahyang seperti menggelegak sebagaimana bunyi api menggelegak.
Para salafussoleh itu sangat mengutamakan khusyu’ di dalam sembahyang.
Ya’kob al Qari ra pernah sembahyang sunat dan dia memakai rida’ di bahunya, ada
seorang pencuri telah mencuri kain rida’ yang ada di bahunya, apabila pencuri
itu ingin lari, orang ramai telah menangkap pencuri itu. Setelah itu mereka
meletakkan kembali kain rida’ itu di bahunya dalam keadaan dia tidak sedar apa
yang telah berlaku.
Ketika Muslim Bin Yasar ra sembahyang sunat di dalam masjid, tiba-tiba
masjid itu runtuh, maka seluruh manusia keluar dan keadaan sangat bising,
tetapi Muslim tidak sedar apa yang berlaku.
Kata Hasan al
Basri ra :
لَا تُصَلُّوا خَلْفَ
مُحِبِّ الدُّنْيَا.
Janganlah engkau sembahyang
di belakang orang yang mencintai dunia
Umar Abdul Aziz ra sembahyang dibelakang seorang yang bacaannya tidak
baik, lalu beliau berkata “Kalau bukan kerana fadhilat sembahyang jemaah, aku
tidak akan sembahyang di belakang engkau”.
79. TIDAK SEGERA
BERDOA JIKA DITIMPA SAKIT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
tidak segera berdoa kepada Allah swt untuk menyembuhkan sakit mereka. Mereka
hanya berdoa untuk diangkat darjat bukannya berdoa supaya dihilangkan penyakit
itu.
Mereka juga menganggap
penyakit yang menimpa itu sebagai balasan dosa yang telah mereka lakukan, oleh
yang demikian mereka bersabar menerimanya dan beradab dengan Allah swt.
80. SUKA
TINGGAL DI RUMAH YANG BERHAMPIRAN DENGAN MASJID
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka suka tinggal di rumah yang
berhampiran dengan masjid, supaya mereka mudah untuk berulang-alik ke masjid
dan menghabiskan masa di masjid. Sabda Nabi saw :
الْمَسَاجِدُ بُيُوتُ الْمُتَّقِينَ. رواه الطبراني
Semua
masjid itu adalah rumah bagi orang-orang betaqwa.
Maka
barangsiapa yang menjadikan masjid itu seperti rumahnya, Allah swt jamin dia akan
mendapat ketenangan dan dia akan mudah melintasi titian sirat.
Kata Abu
Shodiq al Azdi ra :
الْزَمُوا الْجُلُوسَ
فِي الْمَسَاجِدِ فَإِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّهَا كَانَتْ مَجَالِسُ الْأَنْبِيَاءِ
عَلَيْهِمُ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ.
Banyakkanlah
masa kamu di masjid kerana majlis para Nabi itu banyak di masjid.
Nabi Isa as
melihat ramai manusia tidak ada adab di dalam masjid dengan melakukan perbuatan
yang lagha, lalu baginda mengulung kain rida’nya lalu memukul mereka dan menyuruh
mereka supaya keluar, kata Nabi Isa as :
اتَّخَذْتُمْ بُيُوتَ
اللهِ أَسْوَاقًا لِلدُّنْيَا وَإِنَّمَا هِيَ أَصْوَاتُ الْآخِرَةِ.
Kamu menjadikan
rumah-rumah Allah bagaikan pasar dunia sedangkan masjid adalah suara untuk
akhirat.
Kata Malik Bin
Dinar ra :
لَوْ لَا الْبَوْلُ مَا خَرَجْتُ مِنَ الْمَسْجِدِ
فِي لَيْلٍ وَلَا نَهَارٍ.
Kalau
bukan kerana kencing, maka aku tidak akan keluar daripada masjid.
Khalaf Bin
Ayyub ra berada di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki bertanya
kepadanya tentang urusan keduniaan, lalu beliau keluar daripada masjid untuk
menjawab soalan lelaki tersebut.
Seseorang
telah bertanya Said al Musayyab ra, yang mana lebih engkau suka di antara pergi
sembahyang jenazah atau duduk di dalam masjid ? Maka beliau berkata “Aku lebih
suka duduk di dalam masjid kerana para malaikat sentiasa mendoakan keampunan
untuk aku”.
Kata Fudhail
Bin I’yyadh ra “Para salafussoleh itu apabila mereka masuk ke dalam masjid
mereka tidak akan bercakap di antara satu sama lain tentang urusan keduniaan”.
81. MENJAUHKAN DIRI
DARI PASAR
Di antara akhlak salafussoleh ra itu :
Menjauhkan diri mereka daripada duduk di pasar-pasar untuk berjual beli
melainkan setelah mereka tahu hukum hakam mua’amalatnya pada syara’ dan mereka
yakin bahawa ia tidak menyibukkan mereka daripada amal akhirat, kerana sesuatu
perbuatan yang menyibukkan diri daripada Allah swt itu adalah sia-sia di dunia
dan juga akhirat.
Adalah Imam Malik menyuruh
pemerintah di waktu itu supaya dihimpunkan para peniaga di hadapannya, jika ia
mendapati salah seorang di kalangan mereka yang tidak memahami hukum-hakam
mua’amalat dan tidak mengetahui hukum halal dan haram, maka beliau akan
asingkan mereka daripada pasar dan berkata :
“Pelajarilah oleh engkau akan hukum-hakam
jual beli kemudian barulah engkau berniaga di pasar kerana orang yang tidak
tahu hukum-hakam berniaga dia akan memakan riba samada mahu atau enggan”.
Kata Qatadah ra “Hairan sungguh ! Bagaimana seorang peniaga
boleh merasa selamat sedangkan dia bersumpah pada waktu siang dan melanggarnya
pada waktu malam”.
Sabda Nabi saw :
لاَ
تَكُونَنَّ إِنِ اسْتَطَعْتَ أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلاَ آخِرَ مَنْ
يَخْرُجُ مِنْهَا فَإِنَّهَا مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ وَبِهَا يَنْصِبُ رَايَتَهُ. رواه مسلم
Janganlah
engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan jangan
pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana pasar itu adalah
medan peperangan syaitan dan di sanalah ditancapkan benderanya.
Kata Abu
Darda’ ra :
إِيَّاكُمْ وَمُجَالَسَةُ السُّوقِ فَإِنَّهَا
تَلْهَى وَتَلْغَى.
Jaga-jaga
kamu suka duduk di pasar (pasar raya) kerana tempat-tempat itu sangat melupakan
dan melalaikan.
Iblis Laknatullah
bertanya kepada Allah swt, ya Allah ! Di mana rumah aku ? Jawab Allah di tandas.
Apa perangkap aku ? Allah jawab perempuan. Apa serunai aku ? Allah jawab syair
(lagu). Di mana majlis untuk aku ? Allah jawab di pasar.
Maka janganlah
engkau memuji peniaga sehingga engkau melihat dia selamat daripada pelbagai
penyakit dan juga syubhat.
82. BERLEMAH LEMBUT DENGAN ORANG YANG MELAKUKAN KEJAHATAN PADA
MEREKA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka tidak mudah marah jika seseorang itu
melakukan kejahatan pada diri mereka, mereka hanya marah jika manusia melanggar
perintah Allah swt. Mereka menahan marah sebagaimana Nabi saw selalu tahan
marah.
Iblis Laknatullah pernah berkata kepada Nabi Yahya as
:
أَعْظَمُ مَصَائِدِي
الْغَضَبُ وَفِيهِ أَسَرْتُ النَّاسَ وَعَوَقْتُهُمْ عَنْ طَرِيقِ الْجَنَّةِ.
Perangkap aku yang paling besar adalah sifat marah,
dengan sifat marah, aku menangkap manusia dan manghalang mereka daripada ke
syurga.
Dikatakan kepada Fudhail Bin I’yadh ra, seseorang
telah menjatuhkan maruah engkau, maka kata Fudhail :
وَاللهِ لَأُغَيِّظُنَّ
مِنْ أَمْرِ إِبْلِيس.
Aku akan menahan marah supaya cita-cita Iblis tidak
tercapai.
Seorang lelaki
bertanya Abu Hurairah “Adakah engkau Abu Hurairah ? Jawab beliau ya, kata
lelaki itu “Engkau adalah pencuri kucing” Kata Abu Hurairah :
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلِأَخِي هَذَا.
Ya
Allah ampunkanlah dosa-dosa aku dan juga saudaraku ini.
Kata Nabi Isa
as :
مَنِ احْتَمَلَ كَلِمَةَ سَفِه كُتِبَ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ.
Barangsiapa
yang bersabar dengan ucapan orang-orang bodoh maka baginya 10 kebajikan.
83.
MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA MIMPI
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mengambil iktibar apa yang mereka lihat di
dalam tidur mereka. Mereka tidak menganggap mimpi mereka hanya mainan tidur أضغاث أحلام . Sesungguhnya mimpi itu adakalanya ilham daripada malaikat
untuk orang-orang beriman, menegur mereka apa yang mereka jahil ketika mereka
sedar.
Malik Bin Dinar ra pernah bermimpi Muslim Bin
Yasar ra yang telah wafat, maka beliau bertanya apa yang Allah buat pada engkau
? Maka kata Muslim :
وَاللهِ رَأَيْتُ أَهْوَالًا
وَزَلَازِلَ شِدَادًا.
Demi Allah aku telah melihat perkara yang amat
menakutkan dan gempa bumi yang sangat dasyat.
Ibrahim at
Taimi ra pernah melihat Musa Bin Mihran ra di dalam tidurnya, beliau bertanya
apa yang Allah lakukan kepadanya di dalam kubur ? Jawab Musa “Aku dihisab
semenjak aku mati kerana aku makan makanan bersama pemerintah”
Ada juga yang pernah
bermimpi melihat Hasan Bin Zakwan ra, mereka bertanya apa yang Allah swt buat
pada engkau ? beliau berkata “Aku ditahan semenjak aku mati kerana aku pernah
meminjam jarum untuk menjahit tetapi aku tidak pulangkan”.
Kata Abdullah
al Mubarak ra “Kemungkinan engkau melihat mimpi yang buruk bagi lelaki yang
soleh supaya engkau lebih taat pada Allah swt, dan kemungkinan engkau melihat
mimpi yang baik bagi lelaki yang banyak dosa supaya bertambah istidraj pada
diri engkau”.
Seseorang telah
bermimpi melihat Rabi’ Bin Khaitham menjadi ahli neraka, lalu ia memberitahu
kepadanya, semenjak hari itu Rabi’ tidak tidur malam kerana amat takut, kata
Rabi’ :
خَوْفُ النَّارِ قَدْ مَنَعَنِي النَّوْمُ.
Takut
kepada api neraka telah menghalangku untuk tidur.
Farqad as Sanji ra berkata, aku pernah
mendengar suara daripada langit “Wahai orang yang seperti Yahudi ! Aku beri
kamu nikmat tetapi kamu tidak bersyukur, Aku uji kamu, tetapi kamu tidak
bersabar, dan kamu menyangka kamu adalah orang-orang soleh ?”
Seseorang telah bermimpi melihat Umar Abdul
Aziz ra dihisab, dia selamat dan dimasukkan ke dalam syurga, apabila
diceritakan kepadanya, Umar tidak menghiraukan mimpi tersebut (beliau bimbang
itu istidraj).
84. TIDAK
SEGERA BERDOA APABILA DIMINTA BERDOA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
segera berdoa apabila ada manusia meminta mereka berdoa sehingga mereka tahu orang itu
diredhoi oleh Allah swt.
Jika mereka melihat orang itu menyalahi adab, maka
mereka akan mendoakan keampunan. Kata Sufyan as Thauri ra :
الدُّعَاءُ حَقِيقَةً
تَرْكُ الذُّنُوبِ فَمَنْ تَرَكَهَا فَعَلَ اللهُ تَعَالى بِهِ يَخْتَارُ مِنْ غَيْرِ
سَائِلٍ.
Hakikat doa itu adalah meninggalkan dosa,
maka barangsiapa yang meninggalkan dosa, Allah swt akan beri kepadanya walaupun
dia tidak minta.
Kata
Wahab Bin Munabbih ra, disebut di dalam kitab Uluhiah kata Allah
كَيْفَ تَدْعُونِي
وَقُلُوبِكُمْ مُعْرِضَةً عَنِّي.
Bagaimana
engkau berdoa kepada Aku sedangkan hati engkau berpaling daripada Aku
Kata Ibrahim an Nakhaie ra : Seseorang yang berdoa
ketika khalwah (menyendiri) itu lebih afdhal daripada dia berdoa di dalam
majlis yang ramai.
Seseorang itu hendaklah ia berdoa kepada saudaranya
supaya dipanjangkan umur jika dia berniat untuk melakukan kebaikan, jika tidak
dia akan panjang umur dalam kemaksiatan.
Seorang lelaki berkat kepada Amir Bin Qais ra “Wahai
tuan doakanlah saya” Maka kata beliau “Aku malu minta kepada Allah supaya Dia
menggembirakan aku apatah lagi orang lain”.
85.
BERTAMBAH TAKUT MEREKA KEPADA ALLAH
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Bertambah takut mereka kepada Allah
setiap kali dekat kepada hadhratNya sebagaimana duduk di dalam majlis
raja-raja, maka di hadapan Allah lebih-lebih lagi.
Kata Hasan
“Para salafussoleh itu setiap kali bertambah nikmat mereka akan bertambah dekat
dan takut pada Allah swt”.
Hammad Bin
Zaid ra banyak duduk di atas dua kakinya beliau berkata “Aku tidak merasa aman
siang dan malam seolah-olah akan turun api daripada langit untuk membakarku”.
Kata Abu
Sulaiman ad Darani ra :
وَاللهِ إِنِّي لَأَخَافُ أَنْ أَكُونَ أَوّلُ مَنْ يَسْحَبُ عَلَى وَجْهِهِ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى النَّارِ.
Aku amat takut
ekpada Allah swt, aku merasakan aku adalah orang pertama akan diseret muka ku
di pada hari kiamat untuk dilempar ke dalam api neraka.
Kata Sayidina
Umar al Khattob ra :
لَوْ أَوْقَفُونِي
بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ وَخَيَّرُونِي بَيْنَ أَنْ أَصِيرَ رَمَادًا أَوْ بَيْنَ
أَنْ أَصْبُرَ حَتَّى أَعْرِفَ أَيْنَ مَصِيرِي لَأَخْتَرْتُ أَنْ أَكُونَ رَمَادًا.
Sekiranya mereka
mendirikan aku di antara syurga dan neraka, dan mereka memberi pilih untuk aku
adakah aku memilih untuk jadi abu atau aku perlu bersabar sehingga aku
mengetahui tempat tinggal aku, nescaya aku akan pilih untuk hadi abu”.
86. BANYAK BERSEDIH APABILA MEREKA
CUAI DARIPADA ALLAH
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak bersedih apabila mereka cuai
daripada Tuhan sekalipun mereka itu adalah orang-orang yang amat banyak
melakukan ibadah.
Kata Waki’ ra
“Sesungguhnya sedih itu telah diangkat hari ini daripada bumi (manusia tidak
merasa sedih kerana cuai daripada Allah swt).
Maka hendaklah
engkau bersedih sehingga syahwat engkau tidak ada masa dengan dunia jika tidak ,engkau
tertipu.
87. TIDAK
TERTIPU SEHINGGA MENINGGALKAN AMAL SOLEH
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak tertipu sehingga meninggalkan
amal soleh, bahkan mereka itu sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan amal
ibadah.
Said Bin
Jubair ra ditanya siapakah orang-orang yang tertipu dengan Allah swt itu ? Maka
jawab beliau “Orang yang berterusan dalam melakukan maksiat kemudian dia
berangan-angan akan mendapat keampunan Allah swt”.
Kata Hasan al
Basri ra, di kalangan manusia ada yang akan meninggalkan dunia dan mereka
banyak berangan-angan akan mendapat keampunan Allah, mereka berkata kami sangka
baik dengan Allah swt, kami tidak perduli adakah kami banyak beramal atau
tidak, sesungguhnya mereka itu penipu ! Kata Hasan :
لَوْ كَانَ حُسْنُ الظَّنِّ بِرَبِّهِ حَقِيقَةً
لَأَحْسَنَ الْعَمَلَ.
Jika mereka
benar-benar sangka baik dengan Allah swt, tentu mereka akan mengelokkan amal
mereka.
88. BANYAK
BERSABAR ATAS UJIAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka banyak bersabar atas ujian
dan mereka tidak merasa marah apa yang Allah swt telah taqdirkan kepada mereka.
Barangsiapa yang tidak sabar dalam menahan banyak makan, banyak minum, banyak
tidur, banyak bersetubuh dan sebagainya, di akhirat kelak malaikat tidak akan
berkata kepadanya :
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ
Sejahtera
ke atas kamu apa yang telah kamu sabarkan ketika di dunia dahulu.
Bahkan dia
pada hari itu dalam keadaan amat sedih dan tidak selamat berbeza dengan
orang-orang yang malaikat telah sampaikan salam. Barangsiapa yang tidak sedih
pada hari itu, dia berada di dalam kegembiraan.
Kata Ka’ab al
Ahbar ra “Tidak disifatkan pada seseorang itu dengan sabar melainkan pada orang
yang bersabar di atas gangguan manusia kepadanya”.
Isteri Fatah
al Musholi ra telah terjatuh sehingga kukunya tercabut lalu ia pun tersenyum,
kata suaminya “Tidakkah engkau merasa sakit kuku engkau tercabut ? Jawab
isterinya “Bahkan, tetapi pahala sabar atas kesakitan ini melupakankan aku
terhadapnya”.
Kata Hasan al
Basri ra “Kalau bukan kefaqiran, kesakitan dan kematian, tentulah anak Adam
tidak menundukkan kepalanya kerana sangat sombong”.
Seorang lelaki
telah mengadu kepada Nabi Musa as yang dia telah diserang seekor binatang buas
sehingga perutnya luka dan cedera dengan sangat terok, maka Nabi Musa as
bertanya kepada Allah swt, jawab Allah “Wahai Musa ! Sesungguhnya lelaki itu
selalu berdoa supaya dia diberikan darjat yang tinggi sedangkan amalnya tidak
sampai ke tahap itu, maka Aku taqdirkan dia diserang binatang buas untuk dia
mendapat darjat itu”.
Kata Abu
Hanifah ra :
احْذَرْ مِنَ الشَّكْوَى
فَإِنَّهَا تَفْرَحُ عَدُوَّكَ وَتَحْزَنُ صَدِيقَكَ.
Berhati-hati
engkau daripada suka mengadu masalah engkau, kerana ia menggembirakan musuh
engkau dan menyedihkan sahabat engkau.
89. BANYAK
PASRAH APA YANG ALLAH TELAH TENTUKAN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak pasrah apa yang Allah swt
telah tentukan seperti kehilangan anak, saudara atau ahli keluarga. Mereka
melebihkan kehendak Allah swt daripada kehendak mereka sendiri.
Kata Ibn
Kathir ra :
لَا فَائِدَةَ الْجَزَع
بَعْدَ الْمَوْتِ لِأَنَّهُ لَا يَرُدُّ فَائِتًا.
Tidak ada
faedah berdukacita seleplas kematian kerana apa yang telah berlalu tidak akan
kembali.
Kata Hatim al
Ashom ra “Jika engkau melihat seseorang yang ditimpa musibah itu berdukacita
dan mengoyak-ngoyak bajunya, maka janganlah engkau mengucapkan ta’ziah
kepadanya, kerana berdosa dia melakukan seperti demikian, dan wajiblah engkau
menghalangnya”.
90. MERASAKAN DIRI
TIDAK PERNAH BERSYUKUR
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Melihat
dengan mata hati mereka bahawa mereka tidak pernah mensyukuri nikmat Allah swt
walau sebesar zarrah. Kerana mereka melihat apa yang mereka syukuri itu adalah
sedikit sahaja daripada nikmat yang Allah swt berikan sedangkan nikmatNya tidak
akan habis terhitung.
Kata Bakar Bin Abdullah al Muzani ra :
مَا قَالَ عَبْدٌ (الْحَمْدُ لِلّهِ)
إِلَّا وَجَبَ عَلَيْهِ بِذَلِكَ شُكْرَ آخَر.
Tidaklah seorang hamba yang mengucapkan
Alhamdulillah itu melainkan wajib ke atasnya mensyukuri yang lain.
Kata Sahal at Tustari ra :
أَدَاءُ
الشُّكْرِ لِلَّهِ تَعَالَى أَنَّكَ لَا تحْصِيهِ بِنِعَمِهِ عَلَيْكَ فَإنَّ
جَوَارِحَكَ كُلَّهَا مِنْ نِعَمِهِ عَلَيْكَ فَلَا تَعْصِهِ بِشَيْءٍ مِنْهَا.
Sesungguhnya menunaikan syukur kepada Allah
s.w.t itu adalah dengan engkau tidak melakukan maksiat kepadaNya. Segala
anggota engkau itu adalah nikmat daripadaNya, maka janganlah engkau melakukan
maksiat dengan menggunakannya.
Mujahid dan Makhul ra berkata tentang ayat :
ثُمَّ
لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ.
Sesungguhnya ia adalah minuman sejuk, tempat
berteduh, perut yang kenyang dan tidur yang nyenyak.
Sufyan as Thauri ra apabila beliau melihat
polis beliau akan sujud syukur, beliau berkata :
“Segala puji bagi Allah swt yang tidak
menjadikan aku polis atau pemungut cukai, kemudian beliau berkata kepada
sahabatnya “Segala puji bagi Allah yang tidak menjadikan aku polis atau
pemungut cukai”.
Kemudian dia berkata kepada
sahabatnya, sesungguhnya orang yang diuji itu mendapat pahala di atas ujiannya
maka hendaklah kamu semua memohon a’fiat, dan mereka yang zalim itu pula
mendapat dosa dengan ujian mereka maka tidak perlu kamu semua memohon a’fiat.
Hasan al Basri ra berkata tentang ayat :
¨bÎ)
z`»|¡SM}$#
¾ÏmÎn/tÏ9
×qãZs3s9
ÇÏÈ
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan
nikmat Tuhannya. Surah al Aa’diyat 6
Manusia itu suka mengulangi kesalahan dan suka lupa
akan nikmat Tuhannya.
Aun Bin Abd Rahman ra berkata tentang ayat :
tbqèùÌ÷èt
|MyJ÷èÏR
«!$#
¢OèO
$pktXrãÅ6Zã
ãNèdçsYò2r&ur
crãÏÿ»s3ø9$#
ÇÑÌÈ
Mereka mengetahui nikmat Allah (yang
melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya, dan kebanyakan
mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar. Surah an Nahl 83
Manusia tahu bahawa nikmat itu
adalah daripada Allah swt tetapi mereka suka menyandarkannya kepada makhluk,
mereka lalai daripada Allah swt, mereka berkata, kalaulah bukan kerana si fulan
nescaya kita tidak akan berjaya.
Sabda Nabi s.a.w :
إنَّ
الله لَيرْضَى عَنِ العَبْدِ يَأكُلُ الأَكْلَةَ، فَيَحْمَدُهُ عَلَيْهَا،
وَيَشْرَبُ الشَّرْبَة، فَيَحْمَدُهُ عَلَيْهَا.
رواه
مسلم
Sesungguhnya
Allah s.w.t amat suka seseorang hamba itu yang memakan sesuatu makanan lalu ia
memujiNya di atas makanan tersebut dan meminum sesuatu minuman lalu memujiNya
di atas minuman tersebu”.
Sayidina Umar al Khattab ra apabila dihidangkan
makanan kepadanya, beliau akan berkata “Segala puji bagi Allah yang telah
menjadikan aku dapat merasainya, berapa ramai orang yang ada makanan tetapi dia
tidak dapat merasainya kerana ditimpa penyakit”.
91. MERASAKAN DIRI
TIDAK PERNAH BERTAQWA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Sangat
halus di dalam ketaqwaan dan tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang
mendakwa bahawa mereka adalah orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah swt :
(
xsù
(#þq.tè?
öNä3|¡àÿRr&
(
uqèd
ÞOn=÷ær&
Ç`yJÎ/
#s+¨?$#
ÇÌËÈ
“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu
(bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang bertaqwa”.
Surah an Najm 32
Sabda Nabi saw :
التَّقْوَى
هَا هُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ. رواه مسلم
Taqwa itu di sini dan Nabi saw
menginsyaratkan ke dadanya tiga kali.
Umar Abd Aziz berkata “Tanda orang yang
bertaqwa itu adalah ia dapat mengawal ucapannya sebagaimana orang yang sedang
ihram mengawal daripada perkara-perkara yang terlarang ketika ihram, dan orang
yang bertaqwa itu mestilah orang yang alim pada perkara syariat jika tidak ia
akan mengeluarkannya daripada taqwa tanpa ia sedari”.
Dan berkata Abu Darda’r.a :
مِنْ كَمَالِ
التَّقْوَى أَنْ يَخَافَ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ فِي مِثْقَالِ ذَرَّةٍ.
Di antara tanda kesempurnaan ketaqwaan
seseorang itu adalah ia takut kepada Tuhannya sekalipun sebesar zarrah.
Kata Sufyan as Thauri :
أَدْرَكْنَا النَّاسَ وَهُمْ
يُحِبُّونَ مَنْ قَالَ لِأَحَدِهِمْ اتَّقِ اللهَ تَعَالَى وَقَدْ صَارُوا الْيَوم
يَتَكَّدَرُونَ مِنْ ذَلِكَ.
Kami mendapati manusia suka berkata ‘Ittaqillah
! tetapi pada hari ini mereka kabur tentang demikian .
Seorang lelaki telah bertanya kepada Fudhail
Bin I’yyad :
أَيُّ الْبِلَاد تُحِبُّ لِي أَنْ أقِيمَ
فِيهِ ؟ فَقَالَ : لَيْسَ بَيْنَكَ وَبَيْنَ بَلَدٍ نُسِبَ بَلْ خَيْرُ الْبِلَادِ
مَا حَملَكَ عَلَى التَّقْوَى.
Negeri apakah yang engkau suka untuk aku
tinggal ? dia menjawab tidak ada di antara engkau dan di antara negeri yang
dinisbahkan, bahkan sebaik-baik negeri itu adalah yang membawa engkau kepada
taqwa”.
Sabda Nabi s.a.w :
إنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرةٌ، وإنَّ اللهَ
مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرَ كَيفَ تَعْمَلُونَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا
وَاتَّقُوا النِّسَاء؛ فإنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إسرائيلَ كَانَتْ في
النِّسَاءِ. رواه
مسلم
Sesungguhnya
dunia ini manis dan indah, dan sesungguhnya
Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya,
maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan
urusan itu; Oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari
keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh
perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa
kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.
Maka
selidikilah diri engkau wahai saudaraku !adakah engkau bertawa kepada Allah
sebagaimana para salaf terdahulu atau semakin jauh daripada mereka, maka
pohonlah istighfar.
92. MENUTUP AIB
SAUDARANYA
Di antara akhlak salafussoleh a itu : Banyak
menutup aib saudaranya di kalangan kaum Muslimin. Mereka amat melatih diri
mereka supaya wara’ dalam perkara ini. Mereka tidak suka bercakap tentang aib
saudara mereka sendiri. Mereka sentiasa bermuhasabah pada segala perkataan,
perbuatan, makan, minum dan menjaga
semua anggota mereka daripada jatuh ke dalam perkara-perkara haram,
lebih-lebih lagi lidah, perut, kemaluan dan mata. Sabda Nabi saw :
اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدُ
النَّاسِ
Takutlah kepada perkara-perkara yang diharamkan, pasti kamu akan
menjadi hamba Allah swt yang terbaik.
وَأَحْسِنْ
إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا
Perbaikilah hubungan dengan jiran engkau nescaya engkau akan menjadi
orang yang beriman.
اِرْضِ
بِمَا قَسَّمَ اللهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ
Redhalah dengan pembahagian Allah s.w.t, pasti kamu akan menjadi manusia
paling kaya.
أَحِبَّ
لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ
“Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri”
لَا
تُكْثِرُ الضَّحَكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحَك تُمِيتُ الْقَلْب. رواه
الترمذي
Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh
menyebabkan hati mati.
Kata Yunus Bin Ubaid ra :
حَقِيقَةُ الْوَرَعِ هُوَ الْخُرُوجُ
عَنِ الشُّبْهَةِ وَمُحَاسَبَةِ النَّفْسِ مَعَ كُلِّ خُطْوَةٍ فَمَنْ لَمْ يَكُنْ
كَذَلِكَ فَلَيْسَ بِوَرَعٍ.
Hakikat wara’ itu adalah keluar daripada syubhah
dan muhasabah diri pada setiap langkah, maka barangsiapa yang tidak demikian
tidaklah dia wara’.
Kata Abu Hurairah ra :
جُلَسَاءُ اللهِ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ هُمْ أَهْلُ الْوَرَعِ وَالزُّهْدِ.
Orang-orang yang duduk bersama Allah swt di hari
Kiamat kelak adalah orang-orang yang sangat wara’ dan sangat zuhud.
Kata salafussoleh “Janganlah engkau memandang
remeh pada yang sedikit kerana memandang remeh itu adalah tangga untuk
meninggalkan wara’ pada yang banyak”.
Dan berkata ad Dhohhak ra “Sesungguhnya
kami mendapati manusia belajar tentang wara’ dan mereka musafir untuk
mempelajarinya tiga bulan dan lebih, hari ini mereka tidak menuntutnya lagi,
dan mereka tidak beramal dengannya walaupun diingatkan ke atasnya”.
Seorang di kalangan salafussoleh telah terjatuh
wang dinarnya, apabila dia ingat dan pergi melihat kembali wang dinarnya itu,
dia tidak mengambilnya, dia berkata :
يَحْتَمِلُ
أَنَّ هَذَا وَقَعَ مِنْ غَيْرِي وَأَنَّ دِينَارِي أَخَذَهُ أَحَدٌ.
Boleh jadi wang yang
jatuh ini daripada orang lain, dan wangku telah diambil oleh seseorang.
93. SEMPURNA AKAL
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Bersikap
kasih sayang, tenang, menghormati, kurang bercakap dan demikian ini adalah
tanda kesempurnaan akal mereka. Sabda Nabi saw :
لاَ تُكْثِرُوْا
الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ
ذِكْرِاللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ,وَاَنَّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ
الْقَلْبُ اْلقَاسِى. رواه
الترمذي
Janganlah kamu banyak bercakap selain daripada
ingat kepada Allah swt, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada ingat
kepada Allah swt itu mengeraskan hati, dan sesungguhnya manusia yang paling
jauh daripada Allah swt itu adalah mereka yang berhati keras.
Kata Qatadah
ra “Ada tiga jenis lelaki, lelaki yang sempurna, separuh lelaki dan
tidak ada apa-apa. Maka lelaki yang sempurna itu adalah yang mempunyai aqal dan
pandangan serta dapat dimanfaat dengannya, seperuh lelaki pula dia berbincang
dengan orang yang bijak pandai dan melaksanakan pandangan mereka, dan lelaki yang
tidak ada apa-apa pula adalah yang tidak ada aqal, tidak ada pandangan dan
tidak berbincang dengan orang lain”.
Kata Ibnu Abbas ra :
مَنْ صَارَ يَتَدَبَّرُ مَا يَقُولُ قَبْلَ النُّطْقِ فَهُوَ أَعْقَلُ النَّاسِ.
Barangsiapa yang berfikir dahulu sebelum dia
mahu bercakap, maka dia manusia yang sangat berakal.
Dan kata Sufyan Bin Uyainah ra :
أَفْرَهُ الدَّوَاب لَا غِنَى لَهُ
عَنِ السُّوطِ, وَأَعْقَلُ النِّسَاءِ لَا غِنَى لَهَا عَنِ الزَّوَاجِ
,وَأَعْقَلُ الرِّجَالِ لَا غِنَى لَهُ عَنْ مُشَوَّرَةٍ ذَوِي الْأَلْبَابِ.
Haiwan yang cerdas itu perlu kepada cemeti, dan
perempuan yang bijak itu perlu kepada suami, dan lelaki pula perlu kepada musyawarah
dengan orang yang beraqal.
Kata Wahab bin Munabbih ra :
مَنِ ادَّعَى الْعَقْلَ وَلَمْ تَكُنْ
هِمَّتُهُ الْآخِرَةِ
فَهُوَ كَاذِبٌ.
Siapa yang mendakwa dia beraqal sedangkan dia
tidak ada kesungguhan pada akhirat maka sebenarnya dia berbohong.
DaripadaU’qbah Bin A’mir,
aku berkata kepada Nabi saw “Ya Rasulullah apakah itu keselamatan ? Jawab Nabi
saw :
أَمْسِكْ
عَلَيْكَ لِسَانَكَ وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ وَأَبْكِ عَلَى خَطِيْئَتِكَ. رواه الترمذي
Peliharalah
lidahmu, luaskanlah rumahmu dan tangisilah segala dosamu.
Pernah Sayidina
Umar al Khottob ra berjumpa dengan Sayidina
Abu Bakar as Shiddiq ra sambil ia menjulurkan lidahnya, lalu kata Umar “Apakah
yang sedang kamu lakukan wahai Khalifah Rasulullah?” Jawab Abu Bakar
“Sesungguhnya lidah ini telah membawaku ke tempat yang celaka” Sabda Nabi saw :
لَيْسَ شَيْءٌ مِنَ الْجَسَدِ
إِلَّا يَشْكُو ذَرَبَ اللِّسَانِ عَلَى حِدَّتِهِ. رواه البيهقي
Tidak ada sesuatu pun
daripada anggota tubuh melainkan mereka akan mengadu kepada Allah swt ke atas
ketajaman lidah daripada bercakap perkara yang ditegahNya.
Maka ketahuilah wahai saudaraku
akan demikian itu, hendaklah engkau mencontohi para salafussoleh nescaya engkau
selamat.
94. BANYAK DIAM DAN
BERCAKAP DENGAN HIKMAH
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
diam dan hanya bercakap dengan perkara-perkara yang berhikmah bagi menyenangkan
orang yang meminta mereka untuk bercakap.
Kata sebahagian mereka hikmah itu tercetus
daripada 4 perkara :
النَّدَمُ عَلَى الذَّنْبِ
وَالْاسْتِعْدَادُ لِلْمَوْتِ وَخُلُوُّ الْبَطْنِ وَصُحْبَةُ الزُّهَّادِ فِي
الدُّنْيَا.
1. Sering menyesal setiap kali melakukan dosa.
2.
Sentiasa
bersiap sedia untuk menghadapi mati.
3.
Kosong
perut dengan banyak berpuasa atau kurang makan.
4. Banyak berkawan dengan orang yang zuhud pada
dunia.
Sufyan as Thauri ra berkata “Adalah Muhammad
Bin Hasan ra menyebukkan dirinya dengan ibadah maka dia telah mewarisi hikmah,
adapun kami menyebukkan diri kami dengan menulis ilmu, maka kami mewarisi
berdebat”.
Kata Hatim al Ashom ra “Lihatlah apa yang
dikata dan tidak perlu melihat siapa yang berkata, ambillah hikmah di mana sahaja
engkau jumpa, kerana himah itu barang yang hilang daripada orang beriman dan
ikatlah hikmah itu”.
Kata sebahagian salafussoleh :
عَلَيْكَ
بِالْحِكْمَةِ فَإِنَّهَا تجْلِسُ الْمَسَاكِين مَجَالِس الْمُلُوكِ.
Bertuturlah kamu dengan perkara-perkara yang hikmah
kerana ia akan menyebabkan duduknya orang-orang yang miskin di dalam majlis
raja-raja.
Kata Imam as Syafie ra :
أَقَلُّ النَّاسِ فِي الدُّنْيَا
رَاحَةُ الْحَسُودِ وَالْحُقُودِ.
Manusia yang paling bersifat dengan kekurangan
adalah manusia yang selesa dengan dengki dan dendam yang ada pada dirinya.
Kata Abu Mua’wiyah al Aswad r.a :
مَنْ طَلَبَ مِنَ اللهِ الْخَيْرَ
وَالْكَثِيرَ فَلَا يَنَم فِي اللَّيْلِ وَلَا يَقل.
Siapa yang menuntut akan kebaikan yang banyak
daripada Allah maka janganlah ia banyak tidur pada waktu malam dan banyak
bercakap.
Kata beliau lagi :
مَنْ طَلَبَ الْفَضْلَ مِنَ اللِّئَامِ
فَلَا يَلُومُنَّ إِلَّا نَفْسَهُ إِذَا أَهين.
Siapa yang menuntut kelebihan daripada mencela
maka janganlah ia mencela melainkan dirinya sendiri.
Kata Abu Umamah ra “Siapa yang tidak mencapai
kebaikan pada kehidupannya maka janganlah mata engkau menangis atas
kewafatannya”.
Kata beliau lagi “Pengakuan itu meruntuhkan
jenayah dan sentiasalah kemuliaan itu diuji hingga ke akhir”.
Dan berkata Ibn Mas’ud r.a :
التَّوَاضُعُ يَرْفَعُ الْخَسِيسَ
وَالْكِبْرَ يَضَعُ النَّفِيس وَمَنْ طَلَبَ الرِّيَاسَةَ أَعيته وَمَنْ فَرَّ
مِنْهَا تَبِعَتْهُ.
Tawadhu’ itu mengangkat yang hina, dan sombong
itu menghinakan yang mulia, dan siapa yang menuntut jawapan maka ia akan meletihkannya
dan siapa yang lari daripadanya maka ia akan membantunya.
Kata al Fudhail Bin I’yadh ra “Barangsiapa yang
banyak mencela maka kuranglah sahabatnya”.
Kata Yahya Bin Muaz ra :
مَنْ حَلِمَ سَادَ عَلَى أَقْرَانِهِ
وَمَنْ نَفِذَ غَضبَهُ غَمسَ فِي بَحْرِ هَوَانِهِ.
Barangsiapa yang lemah lembut maka dia akan
memimpin dalam hubungan dan barangsiapa yang sentiasa mengikuti sifat marahnya
maka dia akan tenggelam di dalam kehinaan.
Kata Abu Ali ad Daqqaq ra :
مَنْ
سَكَتَ عَنِ الْحَقِّ فَهُوَ شَيْطَانٌ أَخْرَس.
Barangsiapa yang diam
daripada menyatakan yang benar maka dia adalah syaitan bisu.
Kata Sahal Bin Abdullah
ra :
لَا
يَصِحُّ لِأَحَدٍ الصُّمْتُ حَتَّى يَلْزِمَ نَفْسَهُ لِلْخَلْوَةِ.
Seseorang itu tidak
boleh banyak diam daripada banyak bercakap melainkan setelah dia melazimkan
dirinya dengan menyendiri daripada manusia.
Kata Abu Bakar al Farisi
ra :
وَالصُّمْتُ
لَيْسَ بِمَخْصُوصٍ عَلَى الْلِسَانِ، لَكِنَّهُ عَلَى الْقَلْبِ وَالْجَوَارِحِ
كُلِّهَا.
Diam itu bukan sahaja
dikhususkan pada lidah tetapi juga pada hati dan juga seluruh anggota yang lain.
Kata sebahagian ulama’
:
مَنْ
لَمْ يَسْتَغْنِمِ السُّكُوتَ فَإِذَا نَطَقَ نَطَقَ بِلَغْوٍ.
Barangsiapa yang tidak
banyak diam daripada bercakap maka apabila dia bercakap, dia telah bercakap
dengan percakapan yang sia-sia.
Kata Mimsyad ad Dainuri
ra :
الْحُكَمَاءُ
وَرَثُوا الْحِكْمَةَ بِالصُّمْتِ وَالتَّفَكُّرِ.
Para
hukama’ itu mewarisi hikmah dengan banyak diam dan bertafakkur”.
Muaz Bin Jabal ra berkata :
كَلِّمِ
النَّاسَ قَلِيلاً، وَكَلِّمْ رَبَّكَ كَثِيراً؛ لَعَلَّ قَلْبَكَ يَرَى اللهُ
تَعَالَى.
Kurangkanlah bercakap
dengan manusia dan banyakkanlah bercakap dengan Tuhanmu, mudah-mudahan Allah
swt memandang hatimu.
Maka
ketahuilah wahai saudaraku ! Bersihkanlah batin engkau daripada cinta dunia dan
syahwatnya, dan perbanyakkanlah zikir kepada Allah swt. Apabila terang batin
engkau maka Allah swt akan tuturkan engkau dengan hikmah dan engkau akan
menjadi orang yang bijaksana.
95. TIDAK DENGKI KEPADA ORANG BERIMAN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka tidak dengki kepada orang beriman (dengki ialah dia
mahu nikmat yang ada pada saudaranya hilang atau dapat kepadanya). Kata guruku
Ali al Khawwas ra :
مَنْ أَخْلَصَ عَمَلُهُ لِلَّهِ تَعَالَى جَعَلَ اللهُ عَزَّ
وَجَلَّ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ تَخْلُصُ فِي مَحَبَّتِهِ.
Barangsiapa yang ikhlas
dalam amalnya maka Allah swt akan campakkan ke dalam hati orang-orang untuk ikhlas
menyayanginya.
Kata Sayidina
Umar al Khattob ra :
مَا ثَمَّ صَاحِبُ نِعْمَةٍ وَإِلّا وَلَهُ عَلَيْهَا حَسَّادٌ.
Tidaklah di
sana orang yang mendapat nikmat melaikan ada orang yang dengki kepadanya.
Kata Farqad as
Sabkhi ra :
دَوَاءُ تَرْكِ الْحَسَدِ هُوَ
الزُّهْدُ فِي الدُّنْيَا.
Ubat
bagi dengki itu ialah zuhud di dunia
Adalah Sufyan
as Thauri itu tidak memakai pakaian yang baru pada sebahagian waktu kerana
bimbang timbul dengki manusia kepadanya.
Kata Wahab Bin
Munabbi ra “Takutlah kamu akan sifat dengki kerana dosa yang pertama di atas
langit dan juga di atas bumi adalah dosa dengki (Habil dan Qabil).
Kata Ibn
Sammak ra “Manusia yang paling kuat dengki dengan kamu adalah adik-beradik kamu
dan juga jiran-jiran kamu, kerana mereka selalu menyaksikan nikmat yang ada
pada kamu.
96. KURANG
BERCAKAP
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
berpuasa dan kurang bercakap sebagaimana para ulama’ a’amilin.
Kata Muhammad ar Rahibi r.a :
مَنْ أَدْخَلَ
فِي بَطْنِهِ فُضُولَ الطَّعَامِ أَخْرَجَ مِنْ لِسَانِهِ فُضُولَ الْكَلَامِ.
Barangsiapa yang memasukkan ke dalam perutnya
banyak makanan maka akan keluarlah daripada lidahnya banyak percakapan yang
sia-sia.
Kata Ibrahim an Nakhae’ ra “Siapa yang selalu
bertafakkur dia akan mendapat kemuliaan dan haibah, kerana diam iu adalah
perhiasan orang alim dan dinding orang jahil”.
Kata Ma’ruf al Karkhi ra :
كَلَامُ الرَّجُل فِيمَا لَا يَعْنِيهِ
مِنْ خِزْلَانِ الله إِيَّاه.
Seseorang yang banyak bercakap perkara-perkara
yang tidak penting adalah di antara mendapat kehinaan daripada Allah akan
dirinya”.
Adalah Abu Bakar as Siddiq
itu meletakkan anak batu di dalam mulutnya beberapa tahun sehingga ia kurang
bercakap, dan dia tidak akan keluar bilik melainkan untuk makan dan solat
jamaah, semua itu adalah kerana dia amat takut daripada bercakap
perkara-perkara yang lagha, ketika dia hampir nak wafat dia memegang lidahnya dan
berkata :
هَذَا هُوَ الَّذِي أَوْرَدَنِي
الْمَوَارِد.
Inilah yang menyampaikan aku
kepada bekalan.
Sabda Nabi saw :
مِنْ حُسْنِ
إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ. رواه ابن ماجه
Di antara kesempurnaan seseorang itu adalah dia
meninggalkan barang yang tidak penting baginya.
Daripada Syufai al Ashbahi r.a beliau berkata :
مَنْ كَثُرَ
كَلَامُهُ كَثُرَتْ خَطَايَاهُ.
Siapa yang banyak bercakap
maka banyaklah salahnya.
97. MENUTUP PINTU MENGUMPAT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Menutup pintu
mengumpat di dalam majlis-majlis mereka supaya majlis itu tidak menjadi majlis
yang berdosa. Firman Allah swt :
wur
=tGøót
Nä3àÒ÷è/
$³Ò÷èt/
4
Dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya yang lain.
Nabi saw bertanya kepada para sahabatnya :
أَتَدْرُونَ
مَا الْغِيبَةُ ؟ قَالُوا : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ, قَالَ : ذِكْرُكَ
أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ , قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِى أَخِى مَا أَقُولُ
قَالَ : إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ
فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ. رواه مسلم
“Tahukah kamu apa itu mengumpat ? Mereka berkata Allah
dan RasulNya lebih mengetahui, kata Nabi s.a.w “Mengumpat itu adalah apabila
engkau menyebut hal saudara engkau yang ia tidak suka” mereka bertanya “Apakah
pandangan tuan sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?
Jawab Nabi s.a.w : “Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu
telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah
memfitnahnya”.
Kata Sufyan as Thauri ra :
اُذْكُرْ أَخَاكَ إِذَا تَوَارَيْتَ
عَنْهُ بِمثْلِ مَا تُحِبُّ أَنْ يَذْكُرُكَ بِهِ إِذَا تَوَارَى عَنْكَ.
Sebutlah hal saudara engkau ketika engkau
tersembunyi daripadanya, dengan perkara yang engkau suka ia menyebut tentang
diri engkau, ketika ia tersembunyi daripada engkau.
Kata Muhammad Bin
Sirrin ra “Di
antara mengumpat yang diharamkan yang tidak disedari oleh ramai manusia adalah
mereka berkata ‘Sesungguhnya si fulan itu lebih alim daripada si fulan’”.
Abdullah Bin Mubarak ra
berkata :
لَوْ
كُنْتُ مُغْتَاباً أَحَداً لَاغْتَبْتُ وَالِدَيَّ لِأَنَّهُمَا أَحَقُّ
بِحَسَنَاتِي.
Kalaulah aku mengumpat seseorang sesungguhnya
aku telah mengumpat ibu bapaku sendiri kerana mereka lebih berhak dengan segala
kebaikanku.
Dalam sebuah hadis daripada
Abu Musa ra aku berkata kepada Nabi saw “Ya Rasulullah siapakah Muslim yang
paling baik?” Jawab Nabi saw :
مَنْ
سَلِمَ المسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ.
رواه
البخاري
Orang Muslim yang baik adalah Muslim lainnya
aman dari gangguan ucapannya dan tangannya.
Sabda Nabi s.a.w :
إنَّ
العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بالكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى
النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ والمَغْرِبِ. رواه البخاري
Sesungguhnya seseorang
hamba yang bercakap dengan sesuatu percakapan yang tidak jelas samada baik atau
buruk percakapannya itu boleh menggelincirkannya ke dalam neraka yang jauh
neraka itu di antara timur dan barat.
Sabda Nabi saw :
مَنْ
وَقَاهُ اللهُ شَرَّ مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ ، وَشَرَّ مَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ
دَخَلَ الجَنَّةَ. رواه الترمذي
Barangsiapa yang Allah
swt menyelamatkannya daripada kejahatan di antara dua janggutnya (lidah) dan di
antara dua celah kakinya (kemaluannya)
maka dia akan masuk syurga.
Sabda Nabi saw :
إِذَا
أصْبَحَ ابْنُ آدَمَ ، فَإنَّ الأعْضَاءَ كُلَّهَا تَكْفُرُ اللِّسانَ ، تَقُولُ :
اتَّقِ اللهَ فِينَا ، فَإنَّما نَحنُ بِكَ ؛ فَإنِ اسْتَقَمْتَ اسْتَقَمْنَا ،
وإنِ اعْوَجَجْتَ اعْوَجَجْنَا.
رواه
الترمذي
Apabila anak cucu Adam masuk waktu pagi, maka
seluruh anggota badan tunduk kepada lisan, seraya berkata, “Bertakwalah kepada
Allah s.w.t dalam menjaga hak-hak kami, kerana kami mengikutimu, apabila kamu
lurus, maka kami pun lurus, dan apabila kamu bengkok, maka kami pun bengkok.
Maka
beringatlah wahai saudaraku akan perkara-perkara ini, lihatlah jika engkau
selamat daripada jatuh ke dalamnya maka bersyukurlah, dan jika engkau jatuh ke
dalamnya maka pohonlah ampun kepadaNya.
98. TIDAK WAS-WAS DALAM IBADAT
Di antara akhlak salafussoleh r.a itu : Tidak
was-was di dalam berwudhuk, solat dan juga ibadat-ibadat yang lain, kerana
was-was itu adalah daripada syaitan dan gelapnya hati, dan gelapnya hati itu
adalah daripada gelapnya amalan-amalan, dan gelap amalan itu pula adalah hasil
daripada memakan benda-benda yang haram dan syubhat. Maka barangsiapa yang
memakan benda-benda yang halal tidak ada jalan bagi iblis ke atasnya.
Sesungguhnya sesuatu kaum
yang memakan sesuatu makanan secara zalim atau cukai, kemudian inginkan
kekhusyukan di dalam segala ibadatnya ini tidak akan berlaku. Maka sia-sialah
ia.
Seseorang yang bekerja keras dan
letih dan terus berniat solat dia seolah-olah memburu sesuatu yang hilang daripada tangannya, apabila dia
takbir untuk solat dia berkata “Ak..ak…ak…bar..bar…bar” sebahagian ulama’ mengatakan
tidak sah solat seperti demikian kerana ia bukan zikir, dan engkau apabila
berkata kepada mereka berwudhu’lah sebagaimana wudhu’nya Rasulullah s.a.w
kemungkinan ia tidak redho dengan demikian dan tidak percaya akan sahnya.
Firman Allah swt :
Ï%©!$#
â¨Èqóuqã
Îû
Írßß¹
ÄZ$¨Y9$#
ÇÎÈ z`ÏB
Ïp¨YÉfø9$#
Ĩ$¨Y9$#ur
ÇÏÈ
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke
dalam hati manusia, "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan
manusia.
Semoga Allah menyelamatkan kita
daripada kesesatan yang nyata ini, sesungguhnya ia adalah waswas daripada
syaitan bukannya daripada Islam dan tidak daripada bayangan Iman.
99. MENYIMPAN RAHSIA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Menyembunyikan
rahsia dan tidak akan menyebarkan apa yang mereka dengar. An Namimah
(mengadu-domba) itu adalah memindahkan percakapan di atas jalan kerosakan untuk
merosakkan satu sama lain. Firman Allah s.w.t :
:$£Jyd
¥ä!$¤±¨B
5OÏJoYÎ/
ÇÊÊÈ
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan
fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)”. Surah al Qalam 11
Kata ulama’ dalam menafsirkan ayat :
وَامْرَأَتُهُ
حَمَّالَةَ الْحَطَبِ
Iaitu pengandu domba yang suka memetik kata-kata orang dan menyebarkannya dengan tujuan untuk
merosakkan.
Sabda Nabi saw :
لاَ يَدْخُلُ
الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ. رواه البخاري
Tidak akan masuk syurga
mereka yang suka mengadu-domba”.
Rasulullah saw pernah melalui dua kuburan, lalu
baginda bersabda :
إنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ وَمَا
يُعَذَّبَانِ في كَبيرٍ ! بَلَى إنَّهُ كَبِيرٌ : أمَّا أَحَدُهُمَا ، فَكَانَ
يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ، وأمَّا الآخَرُ فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ. رواه الترمذي
Ketahuilah, sesungguhnya kedua penghuni kubur
ini sedang disiksa. Dan mereka berdua disiksa bukan kerana sesuatu yang besar.
Adapun salah seorang di antara mereka disiksa kerana suka mengadu-domba
sedangkan yang lainnya disiksa kerana tidak menjaga dirinya dari (percikan)
kencingnya (atau tidak membasuh kencingnya).”
Yahya Bin Abi Kathir ra berkata “Pengadu domba
itu adalah lebih jahat daripada ahli sihir walaupun tidak disedari oleh orang,
kerana pengadu domba itu bekerja sesaat sedangkan ahli sihir tidak dapat
melakukannya dalam sebulan, mengadu domba itu mampu menumpahkan darah,
berbangga-bangga dengan harta, menimbulkan fitnah yang besar, mengeluarkan
manusia daripada negerinya, dan menyebabkan banyak kerosakan”.
Kata Khalid Bin Shofwan ra :
امْقتُوا النَّمَّامَ وَإِنْ كَانَ
صَادِقًا لِأَنَّ النَّمِيمَةَ رِوَايَةٌ وَقَبُولُهَا إِجَازَةٌ فَيَصِيُر
قَبُولُها شَرًّا مِنْهَا.
Bencilah kamu akan pengadu domba sekalipun dia
benar kerana mengadu domba itu meriwayatkan dan menerimanya adalah ijazah, maka
jadilah penerimanya seburuk-buruk daripadanya.
Maka ketahuilah wahai
saudaraku janganlah engkau menyebarkan keburukan saudara engkau ataupun
memindahkan ucapan mereka.
100 . BAIK AKHLAK DENGAN ORANG YANG KASAR
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
berkelakuan dengan akhlak yang baik walaupun dengan orang yang kasar akhlaknya.
Mereka beramal dengan hadis Nabi saw:
وَخَالِقِ
النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ. رواه الترمذي
Berakhlaklah kamu dengan
manusia dengan akhlak yang baik.
Kata sayidina
Umar al Khattab ra “Seseorang yang mempunya sembilan akhlak yang baik dan satu
akhlak yang buruk, maka yang satu itu akan mengalahkan yang sembilan, maka
takutlah kamu akan kegelinciran lidah”.
Kata Bisyr Bin
Umar ra “Tidak ada bagi orang yang berakhlak buruk melainkan dia perlu
berhijrah”.
Kata Wahab Bin
Munabbih ra :
مَثَلُ
السَّيِّئ الْخَلْقِ كَمَثَلِ الْفَخَّارَةِ الْمَكْسُورَةِ لَا تَرْقَعُ وَلَا تُعَادُ
طِينًا.
Perumpamaan
orang yang berakhlak buruk itu seperti balang yang pecah, tidak dapat diambil
manfaat daripadanya dan tidak dapat menjadi tanah.
Kata sayidina
Ali Bin Abi Tholib ra :
وَمَنْ
كَثُرَ هَمُّهُ سَقِمَ بَدَنُهُ وَمَنْ قَلَّ وَرَعُهُ مَاتَ قَلْبُهُ.
Barangsiapa
yang banyak dukacitanya maka sakitlah badannya dan barangsiapa yang kurang
wara’nya maka matilah hatinya.
101. MENJAGA MARUAH
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sangat menjaga maruah kerana tidak
ada kebaikan bagi seseorang yang tidak menjaga maruah sekalipun banyak
melakukan ibadat.
Kata Hasan al Basri ra : “Menjaga maruah itu adalah
dengan meninggalkan setiap yang aib di sisi Allah dan di sisi orang-orang
beriman”
Kata Sirri as Saqti ra
الْمُرُوءَةُ صِيَانَةُ النَّفْسِ عَنِ الْأَدْنَاسِ وَعَنْ
كُلِّ شَيْءٍ يَشِينُ الْعَبْدُ بَيْنَ النَّاسِ.
Maruah
itu adalah menjaga diri daripada kekotoran dan setiap sesuatu yang mencemarkan
seorang hamba di antara manusia
Seseorang
bertanya kepada Abdullah Muhammad Bin Iraq ra tentang maruah, maka beliau
berkata “Maruah itu engkau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang engkau malu
ia dizahirkan di dunia dan di akhirat”
102. SANGAT PEMURAH
Di antara akhlak salafussoleh r.a itu : Sangat pemurah
dan tidak kedekut mengeluarkan harta untuk membantu orang lain. Samada ketika
mereka pergi untuk bermusafir atau tidak. Apa yang mereka harapkan dapat saling
membantu dalam urusan agama.
Adalah Ibn Umar r.a
mensyaratkan kepada sesiapa yang ingin keluar bermusafir bersamanya hendaklah
dia sendiri yang mengeluarkan belanja bukannya sahabatnya itu.
Ditanya kepada Abdullah Bin Mas’ud ra siapakah
orang yang beraqal itu ? Maka beliau menjawab :
مَنْ يَكْنزُ مَالَهُ فِي مَكَاٍن لَا
يَأْكُلُهُ السُّوسُ وَلَا تَصِلُ إِلَيْهِ اللُّصُوصُ يَعْنِي فِي السَّمَاءِ.
Orang yang beraqal itu adalah orang yang
menyimpan hartanya di tempat yang tidak dimakan oleh ulat dan tempat yang tidak
sampai oleh pencuri iaitu di langit.
Abdullah Bin Ja’far ra pernah
dijemput untuk hadir ke majlis walimah tetapi dia tidak dapat hadir kerana ada
kesulitan, maka dia memberikan kepada tuan majlis sebanyak lima ratus dinar dan
memohon maaf kerana tidak dapat hadir.
Saad Bin Ubadah ra berkata “Ya Allah berilah
aku rezki harta yang aku dapat pemurah dengannya kerana tidak ada kemurahan
hati melainkan dengan harta”.
Sabda Nabi saw :
اتَّقُوا
النَّارَ وَلَوْ بِشَقِّ تَمْرَةٍ.
رواه
البخاري
Takutlah engkau akan api
neraka sekalipun dengan bersedekah sebelah tamar.
Seseorang telah bertanya kepada Nabi sa.w
apakah sifat seseorang Islam yang paling terbaik ? Maka jawab Nabi saw :
تُطْعِمُ
الطَّعَامَ ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ. رواه
البخاري
Memberi orang makan, memberi salam kepada
mereka yang engkau kenal dan juga tidak kenal”.
Sabda Nabi saw :
مَا
نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ ، وَمَا زَادَ اللهُ عَبْداً بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزّاً
، وَمَا تَواضَعَ أحَدٌ لِلّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ. رواه
مسلم
Tidaklah harta itu menjadi kurang kerana
sedekah, dan tidaklah Allah swt tambahkan dengan sebab memberi maaf melainkan
kemuliaan, dan tidaklah seseorang yang merendah diri kerana Allah swt melainkan
Allah swt akan mengangkat kedudukannya.
Maka ketahuilah wahai
demikian saudaraku ! Berhati-hatilah engkau daripada menzahirkan kebaikan
sedangkan engkau menyalahi akhlaq salafussoleh pada sifat dermawan mereka.
Sesungguhnya mereka itu memberi harta yang amat banyak dan tidaklah mereka
merasa lebih daripada orang lain. Mereka membelah kain dan memberikannya separoh
kepada saudaranya yang lain.
Sesungguhnya apabila mereka bertemu orang yang
meminta, mereka akan berkata :
مَرْحَبًا
بِمَنْ جَاءَ يَحْمِلُ أَزْوَادَنَا إِلَى الْآخِرَة بِغَيْرِ أُجْرَةٍ وَيقِلُّ عَنَّا
مَا يُشْغِلُنَا عَنْ عِبَادَةِ رَبِّنَا سُبْحَانَهُ.
Selamat datang kepada mereka yang datang
membawa bekalan-bekalan kami ke akhirat tanpa upah dan mengurangkan kami
daripada bersibuk dengan ibadat kepada Allah.
Apabila mereka tahu ada
khadam saudara mereka yang meninggal dunia, maka mereka akan menghantar khadam
yang lain untuk membantu.
Apabila mereka tahu ada di
kalangan saudara mereka yang berhutang, mereka akan tolong membayarnya tanpa
memberitahunya, dan apabila orang yang berhutang itu tahu hutangnya telah
dibayar ia akan senyap seolah-olah dia yang membayar hutang kerana ia tahu akan
kebaikan saudaranya itu.
103. SUKA MENGEMBIRAKAN ORANG
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Sangat
suka berbuat baik pada saudara-saudara mereka dan suka mengembirakan mereka.
Mereka lebih suka mengutamakan saudara-saudara mereka daripada diri mereka
sendiri. Sabda Nabi saw :
إِنَّ أَحَبَّ
الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ بَعْدَ الْفَرَائِضِ إِدْخَالُ السُّرُورِ عَلَى
الْمُسْلِمِ. رواه الطبراني
Sesungguhnya di antara amalan yang paling Allah
s.w.t suka setelah solat fardhu adalah mengembirakan saudaranya yang Muslim.
Kata Muhammad Bin al Hanafiah ra :
صَانِعُ الْمَعْرُوفِ لَا يَقَعُ
وَإِذَا وَقَعَ لَا يَنْكَسرُ.
Orang yang melakukan perkara ma’ruf itu tidak
akan jatuh dan sekiranya ia jatuh ia tidak akan pecah.
Kata salafussoleh “Telah hilang ma’ruf dan yang
tinggal adalah berniaga, seseorang itu memberi kepada saudaranya kerana mahu
pemberiannya itu dilihat”.
Kata Abdullah Bin Abbas, ma’ruf itu tidak
sempurna melainkan dengan perkara ;
1. Menyegerakannya.
2.
Mengecilkannya
pada mata orang yang memberi.
3. Menyembunyikannya daripada manusia.
Kata Ja’far Bin Muhammad ra “Seburuk-buruk
kawan adalah dia membuka bungkusan saudaranya ketika ia tiada dan mengambil apa
yang ia ingin tanpa izinya”.
Maka ketahuilah wahai
demikian saudaraku, selidikilah diri engkau, adakah engkau mengikut manhaj
salafussoleh pada apa yang engkau baca atau engkau menyalahi mereka. Jaga-jaga
engkau menyangka bahawa engkau di kalangan para solihin sedangkan engkau bukan
di kalangan mereka.
104. MENJAGA SAUDARA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
menjaga saudara-saudara mereka, berkasih-sayang dan tidak bermusuhan. Sabda
Nabi saw :
يَكُونُ فِي
آخِرِ الزَّمَانِ أَقْوَامٌ إِخْوَانُ الْعَلاَنِيَةِ أَعْدَاءُ السَّرِيرَةِ ،
فَقِيلَ : يَا رَسُولَ اللهِ كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ ؟ قَالَ : بِرَغْبَةِ
بَعْضِهِمْ إِلَى بَعْضٍ ، وَبِرَهْبَةِ بَعْضِهِمْ مِنْ بَعْضٍ. رواه أحمد
Akan berlaku pada suatu masa kelak manusia
bersaudara ketika nyata dan bermusuh ketika tersembunyi, para sahabat bertanya
ya Rasullah bagaimana boleh jadi yang demikian ? Jawab Nabi saw “Suka
sebahagian mereka akan sebahagian yang lain dan benci sebahagian mereka akan
sebahagian yang lain”.
Kata Habib Bin Abi Thabit ra “Janganlah engkau
bersaudara dengan seseorang melainkan tidak ada rahsia engkau ingin
menyembunyikan ia daripadanya”.
Kata Sufyan as Thauri ra “Janganlah engkau berkata
kepada saudara engkau, aku kasih kamu kerana Allah, melainkan engkau sanggup
bagi apa yang ia minta sekalipun engkau menceraikan isteri engkau dan mengkahwinkannya
dengan saudara engkau”.
105. AMAT MEMULIAKAN TETAMU
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Amat
memuliakan tetamu, melayan mereka dengan baik dan amat bersangka baik dengan
mereka.
Sabda Nabi saw :
مَنْ كَانَ
يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ. رواه البخاري
Barangsiapa yang
beriman dengan Allah swt dan Hari Akhirat hendaklah ia memuliakan tetamu.
Di dalam sohihain
daripada Abi Syuraih al A’dawi ra berkata :
عَنْ أَبِي
شُرَيْحٍ الْعَدَوِيِّ قَالَ سَمِعَتْ أُذُنَايَ وَأَبْصَرَتْ عَيْنَايَ حِينَ
تَكَلَّمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتَهُ قَالَ وَمَا جَائِزَتُهُ
يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ وَالضِّيَافَةُ ثَلاَثَةُ أَيَّامٍ
فَمَا كَانَ وَرَاءَ ذَلِكَ فَهْوَ صَدَقَةٌ عَلَيْهِ.
رواه البخاري
Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya
melihat, ketika Rasulullah s.a.w. berkata,
beliau bersabda "Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari kemudian,
maka hendaklah dia memuliakan tetamunyadengan jamuan tambahannya." Mereka
bertanya : "Apakah jamuan tambahan
itu ya Rasulullah" Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu hanya tiga hari dan barang siapa yang lebih dari itu, adalah
sedekah.". Baginda bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman kepada
Allah dan hari kemudian , maka hendaklah dia mengucapkan perkaan yang baik atau
diam saja".
Dan telah mengeluarkan oleh Imam Muslim daripada
Abi Syuraih juga bahawa Nabi saw bersabda :
الضِّيَافَةُ ثَلاَثَةُ
أَيَّامٍ وَجَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ وَلاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ مُسْلِمٍ أَنْ
يُقِيمَ عِنْدَ أَخِيهِ حَتَّى يُؤْثِمَهُ
. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يُؤْثِمُهُ قَالَ: يُقِيمُ عِنْدَهُ وَلاَ شَىْءَ لَهُ
يَقْرِيهِ بِهِ. رواه مسلم
Menerima tetamu adalah tiga hari dan jamuan
tambahannya sehari semalam tidak halal bagi seorang Muslim bertamu dirumah
saudaranya sampai menyebabkan saudaranya berdosa." Baginda menjawab :
"Dia masih tinggal dirumah saudaranya itu, sedang saudara itu tidak
mempunyai apa-apa untuk menyediakan makannya".
Anas Bin Malik ra berkata :
زَكَاةُ
الدَّارِ أَنْ يَجْعَلَ فِيهَا بَيْتًا لِلضِّيَافَةِ.
Zakat bagi sebuah
rumah itu adalah memberi hak kepada tetamu untuk bermalam.
Adalah para
salafussoleh itu mencela mereka yang bakhil kerana tidak memberi hak kepada
tetamu.
Dalam sebuah syair :
وَإِذَا
أَرَدْتَ إِخَاءَهُ *
فَارْفَعْ عَيْنَكَ مِن طَعَامِهِ
فَالْمَوْتُ
أَهْوَنُ عِنْدَهُ * مِنْ مَضْغِ ضَيفٍ وَالْتِقَامِهِ
سيّان كسر
رغيفه * أَوْ كَسّرَ شَيْء مِنْ عِظَامِهِ
وَإذَا
مَرَرْتَ بِبَابِهِ * فَاحْفَظْ رَغِيفَكَ مِنْ غُلَامِهِ
Dan apabila engkau mahu
mempersaudara rakannya, maka angkatlah mata engkau daripada makanannya,
Maka mati itu lebih
mudah baginyadaripada mengunyah tetamu dan menelannya,
Seperti mematahkan
rotinya atau mematahkan sesuatu daripada tulangnya,
Dan apabila engkkau
berjalan di hadapan pintunya maka peliharalah roti engkau daripada dilihat oleh
hambanya.
106. TIDAK MENGHADIRI JAMUAN YANG ADA DI
DALAMNYA MAKSIAT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
menyambut seruan jamuan makan yang dihidangkan dengan makanan haram, sama ada
dijemput oleh gabnor, wakil rakyat, menteri, qadhi, peniaga yang menzalimi
orang atau majlis itu hanya dikhususkan untuk orang-orang kaya tanpa dijemput
orang-orang miskin, atau majlis itu ada sesuatu yang maksiat.
Adalah Abu Masu’ud al Badri ra
tidak akan menghadiri sesuatu majlis kenduri yang ada di dalamnya perkara-perkara
yang diharamkan oleh Allah swt
Dan adalah Abu Ayub al
Anshori r.a apabila dia hadir ke majlis walimah dan dia dapati ada penutup pada
dinding lalu ia pulang, beliau berkata :
لَا يُسْتَرُ الْبُيُوت إِلَّا
الْأَكَاسِرَة وَالْجَبَابِرَة وَنَحْنُ لَا نَأْكُلُ لِهَؤُلَاءِ طَعَامًا.
Tidak ada rumah yang ditutup ketika majlis
walimah melainkan untuk golongan sombong, dan kami tidak akan makan makanan
mereka.
Kata sebahagian salaf :
“Telah hilang sunnah di dalam majlis walimah,
banyak berlaku pengasingan antara darjat, makanan itu sepatutnya di bawa ke
masjid dan dimakan oleh setiap yang hadir samada kaya, miskin, mulia atau hina,
dan apabila tuan majlis itu membezakan di antara tetamu yang kaya atau miskin
pada jemputannya maka manusia tidak perlu makan kerana itu adalah seburuk-buruk
makanan”.
Sabda Nabi saw :
شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ
يُمْنَعُهَا مَنْ يَأْتِيهَا وَيُدْعَى إِلَيْهَا مَنْ يَأْبَاهَا وَمَنْ لَمْ
يُجِبِ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ. رواه مسلم
Seburuk-buruk
makanan adalah makanan walimah, di mana orang yang mahu mendatanginya dilarang
mengambilnya, sedang orang yang diundang menolaknya. Dan barang siapa yang
tidak memenuhi undangan, berarti ia telah melakukan maksiat kepada Allah dan
RasulNya.
107. BANYAK BERSEDEKAH
Di antara akhlak salafussoleh r.a itu : Banyak
bersedekah dengan setiap apa yang ada di sisi mereka tidak kira malam atau
siang, secara sembunyi ataupun terang. Sekiranya mereka tidak ada sesuatu untuk
bersedekah, mereka akan menahan diri mereka daripada mengganggu manusia.
Firman Allah s.w.t :
úïÏ%©!$#
cqà)ÏÿYã
Oßgs9ºuqøBr&
È@ø©9$$Î/
Í$yg¨Z9$#ur
#vÅ
ZpuÏRxtãur
óOßgn=sù
öNèdãô_r&
yYÏã
öNÎgÎn/u
wur
êöqyz
óOÎgøn=tæ
wur
öNèd
cqçRtóst
ÇËÐÍÈ
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan)
hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka
mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak
akan berdukacita”.
Surah al Baqarah 274
Firman Allah swt :
`s9
(#qä9$oYs?
§É9ø9$#
4Ó®Lym
(#qà)ÏÿZè?
$£JÏB
cq6ÏtéB
4
Kamu
tidak akan mendapat kebaikan selagi mana kamu tidak nafkahkan apa yang kamu suka”.
Surah Ali Imran 92
Umar Abd Aziz ra berkata :
الصَّلَاةُ
تُوصِلُكَ إِلَى نِصْفِ الطَّرِيقِ, وَالصَّوْمُ يُوصِلُكَ إِلَى بَابِ الْمَلِكِ
وَالصَّدَقَةُ تُدْخِلُكَ إِلَى الْمَلِكِ.
Solat itu menyampaikan
engkau kepada separuh jalan, dan puasa menyampaikan engkau kepada pintu raja,
dan sedekah itu pula memasukkan engkau kepada raja.
Kata beliau lagi :
الْأَمْوَالُ
عِنْدَنَا وَدَائِعٌ لِلْمَكَارِمِ.
Segala
harta yang ada pada kami adalah simpanan untuk orang-orang yang mulia.
Kata Saidatina Aisyah ra :
لَا تَحْقِرُوا مِنَ الصَّدَقَةِ
شَيْئًا فَإِنَّ الْحَبَّةَ مِنْهَا تُوزَنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِجِبَالِ الْأَجْرِ.
Janganlah engkau merasa remeh walaupun
bersedekah sebesar anak benih kerana di akhirat kelak ia akan ditimbang menjadi
sebesar gunung.
Saidatina Aisyah pernah memberi seorang faqir
sebiji buah anggur, lalu orang faqir itu menganggap sedikit, kata Saidatina
Aisyah tidakkah engkau membaca ayat :
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
Barangsiapa yang melakukan kebaikan walau
sebesar zarrah maka dia akan dipandang.
Adakah anggur ini sebesar zarrah ? Maka orang
faqir itu memohon keampunan pada Allah swt.
Nabi saw pesan pada Abu Darda’ ra :
إِذَا طَبَخْتَ اللَّحْمَ فَأَكْثِرِ الْمَرَقَ
وَتَعَاهَدْ جِيرَانَكَ. رواه البيهقي
Jika kamu masak daging perbanyakan kuahnya
supaya dapat beri kepada jiran kamu.
108.
WAJAH CERIA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
sentiasa berwajah ceria apabila ada orang-orang yang susah datang kepada mereka
meminta pertolongan.
Kata Nabi Isa as :
مَنْ رَدَّ سَائِلًا خَائِبًا عَنْ بَابِهِ لَمْ تَعْبِرِ
الْمَلَائِكَةُ بَيْتَهُ سَبْعَةَ أَيَّام.
Barangsiapa yang mengecewakan orang yang
meminta tolong kepadanya, maka malaikat tidak akan menutupi rumahnya dengan
ketenangan selama tujuh hari.
Kata Hasan al Basri ra “Sesungguhnya Allah swt
itu sentiasa mencukupkan hambaNya dengan nikmatnya, dan Allah swt sentiasa
melihat kelakuannya dengan hamba-hamba yang lain, sekiranya ia sentiasa
menolong hamba-hamba yang lain dalam kesusahan maka Allah swt juga akan
memudahkan urusannya, jika tidak Allah swt akan menyempitkannya,
Wajah
mereka itu manis apabila bertemu dengan para peminta sedekah dan bersangka baik
bahawa mereka itu tidak meminta melainkan ada hajat.
Dan adalah Sufyan as
Thauri r.a itu sentiasa senyum apabila datang orang yang meminta di hadapan
pintunya, beliau berkata :
مَرْحَبًا
بِمَنْ جَاءَ يُغَسِّلُ ذُنُوبِي.
Selamat
datang mereka yang datang untuk membasuh dosaku.
Dan adalah Fudhail Bin
I’yadh ra berkata :
نِعْمَ
السَّائِلُونُ يَحْمِلُونَ أَزْوَادَنَا إِلَى
الْآخِرَةِ بِغَيْرِ أُجْرَةٍ حَتَّى يَضَعُوهَا فِي الْمِيزَانِ بَيْنَ يَدَيِ
اللهِ تَعَالَى.
Orang-orang yang meminta itu adalah mulia,
mereka membawa bekalan kita ke akhirat tanpa upah sehingga mereka meletakkannya
di atas timbangan di hadapan Allah.
Sabda Nabi saw :
السَّخِىُّ قَرِيبٌ مِنَ اللَّهِ،
قَرِيبٌ مِنَ النَّاسِ، قَرِيبٌ مِنَ الجَنَّةِ بَعِيدٌ منَ النَّارِ؛ وَالبَخِيلُ
بَعِيدٌ مِنَ اللَّهِ، بَعِيدٌ مِنَ النَّاسِ، بَعِيدٌ مِنَ الجَنَّةِ، قَرِيبٌ
مِنَ النَّارِ؛ وَلَجَاهِلٌ سَخِىٌّ أحَبُّ إلى اللَّهِ تَعالى مِنْ عَابِدٍ
بَخِيلٍ. رواه الترمذي
Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah s.w.t,
hampir dengan syurga, hampir dengan manusia dan jauh dengan neraka, dan orang
yang bakhil itu jauh daripada Allah s.w.t, hampir dengan neraka. Orang yang
jahil tetapi pemurah lebih Allah s.w.t suka daripada seorang abid yang bakhil.
Kata Bisyr Bin al Harith :
النَّظْرُ
إِلَى الْبَخِيلِ يُقَسِّى الْقَلْبَ.
Melihat orang yang kedekut
itu boleh mengeraskan hati.
Habib al A’jmi ra teringin
makan ikan, maka ia pergi ke pasar untuk membeli ikan, ketika ia ingin memasak
ikan itu tiba-tiba datang seorang yang faqir ke rumahnya dan ia memberi ikan
tersebut kepadanya, tidak lama kemudian Allah swt menggantikannya dengan ikan
yang lebih sedap dan segar, beliau mengambil pengajaran daripada itu lalu
menyedekahkan seluruh hartanya.
109. AMAT BERHATI-HATI DALAM MEMILIH KAWAN
Antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
tidak akan berkawan rapat dengan seseorang melainkan setelah mereka tahu bahawa
akhlak sebenar kawan yang mereka kenali itu, jika kawan mereka itu buruk akhlaknya
maka dia akan memenuhi hati mereka dengan akhlaknya itu.
Kata Saidina Ali ra :
عَلَيْكُمْ بِالْإِخْوَانِ فَإِنَّهُمْ
عدةٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا تَسْمَع إِلَى قَوْل أَهْلِ النَّارِ.
Jaga-jaga kamu dalam memiilih kawan, sebab
kawan itu mempengaruhi urusan dunia dan akhirat kamu.
Firman Allah swt :
$yJsù
$uZs9
`ÏB
tûüÏèÏÿ»x©
ÇÊÉÉÈ wur
@,Ï|¹
8LìÏHxq
ÇÊÉÊÈ
Dengan sebab itu, tiadalah Kami beroleh sesiapapun
yang memberi pertolongan, dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang
rasa”. Surah as Syua’ra’ 100-101
Kata Imam Syafei r.a : "Kalau bukan
kerana kawan yang baik dan juga bangun tahajjud di hujung malam, maka aku tidak
ingin tinggal di dunia ini".
Kata sebahagian ulama' :
Janganlah orang yang berakal itu berkawan
dengan 3 golongan :
1.
Orang yang bodoh : Sebab
berkawan dengan orang yang bodoh itu dia tidak akan mengajak kepada kebaikan,
tidak menegur kejahatan, diamnya itu lebih baik daripada bercakap dan jauh
daripadanya itu lebih baik darapada dekat.
2.
Orang yang pembohong : Sebab
orang yang suka berbohong itu tidak akan menenangkan kehidupan engkau, dia akan
menceritakan hal-hal engkau kepada orang lain, dia akan menimbulkan permusuhan
dan kebencian.
3.
Orang yang jahat : Sebab
orang yang jahat itu menghiasi perbuatannya kepada engkau dan tidak pernah
membantu urusan agama engkau.
Maka ingatlah akan demikian
wahai saudaraku ! Adakah diri engkau telah melaksanakan segala hak saudara
engkau ? Adakah engkau terpelihara pada akhlak dan kata-kata ? Adakah engkau
bersahabat kerana Allah atau kerana ada kepentingan diri ?
Sekiranya bukan kerana Allah
maka itu adalah penyakit ke atas hamba di dunia dan di akhirat. Maka tuntutlah
diri engkau wahai saudaraku pada segala hak bersahabat.
Kata Imam Syafie r.a :
صَدِيقٌ لَيْسَ يَنْفَعُ يَوْمَ بَـؤُسٍ *
قَرِيبٌ مِنْ عَدُوٍّ فِي الْقِيَـاسِ
وَمَا يَبْقَى الصَّدِيقُ بِكُلِّ
عَصْرٍ * وَلَا الْإِخْـوَان إِلَّا لِلتّآسِـي
عمرْتُ الدَّهْرَ مُلْتَمِساً
بِجَهْدِي * أَخَا ثِقَةٍ فَأَلْهَانِـي التَّمَاسِـي
تَنَكَّرْتُ الْبِلَادَ وَمَـنْ
عَلَيْهَـا * كَأَنَّ أُنَاسَهَا
لَيْسُـوا بِنَاسِـي
Sahabat
yang tidak bersama kita ketika susah, tidak ada bezanya bersahabat dengan
musuh,
Tidak
ada sahabat yang abadi, kecuali dia mahu menolong kita ketika susah,
Sepanjang
hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati,
Kukunjungi
seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
110.MENINGGALKAN PERMUSUHAN SESAMA MANUSIA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Meninggalkan
permusuhan sesama manusia. Mereka lebih suka mengorbankan dunia untuk
mendapatkan akhirat. Tidak membalas manusia dengan kejahatan. Walaupun manusia
memusuhi mereka, mereka tidak pernah bermusuh dengan manusia.
Diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman as menasihati
anaknya “Wahai anakku ! Janganlah engkau memandang remeh musuh yang sedikit dan
janganlah engkau merasa banyak dengan seribu kawan”.
Kata Imam as Syafie ra :
وَلَيْسَ
كَثِيرًا أَلْفُ خِلٍّ لواحد * وَإِنَّ
عَدُوًّا وَاحِدًا لَكَثِيرُ
Tidaklah dianggap banyak
mempunyai seribu kawan,
Tetapi dianggap banyak bila
mempunyai seorang musuh.
Diriwayatkan bahawa Nabi Ayyub as ditanya,
apakah ujian yang berat bagi engkau ? Lalu dia menjawab “Musuh-musuhku gembira
dengan kesusahan orang lain”.
Di dalam satu syair :
جَمِيعُ فَوَائِدِ الدُّنْيَا
غرُورُ * وَلَا يَبْقَى لِلْمَسْرُورِ سُرُورُ
فَقُلْ لِلشَّامِتِينَ بنا
اسْتَعِدُّوا * فَإِنَّ نَوَائِبَ
الدُّنْيَا تَدُورُ
Sekalian faidah dunia itu menipu,
Dan tidaklah kegembiraan itu sentiasa kekal,
Maka katakanlah kepada orang yang gembira dengan kesusahan orang
lain supaya bersedia,
Kerana pusingan dunia akan berlaku.
Muhammad Bin Muqatil ra berkata “Ingatlah akan
kejahatan yang telah engkau lakukandan maafkanlah saudara engkau sebagaimana
engkau maafkan diri engkau”.
Di dalam satu syair :
وَتُعَزِّرُ نَفْسَكَ لما أَسَأْتَ
* وَغَيْرَكَ بِالْعُزْرِ لَا تَعْتَزِرُ
وَتَبْصِرَةٌ فِي الْعَيْنِ مِنْهُ
الْقَذَى * وَفِي عَيْنِكَ الْجَزعُ لَا تَبْصرُ
Engkau memaafkan diri engkau apabila engkau
melakukan kesilapan,
Tetapi engkau tidak maafkan orang lain bila
mereka melakukannya,
Engkau melihat habuk yang ada pada matanya,
Tetapi engkau tidak melihat batu yang ada pada
mata engkau.
111. MENULIS SURAT UNTUK MEMBERI NASIHAT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
selalu menulis surat meminta sahaba-sahabat mereka memberi nasihat dan mereka
amat berterima kasih atas nasihat itu. Ini berbeza dengan manusia hari ini yang
marah apabila ada orang menasihatinya.
Telah menulis al Anthoki ra kepada seorang
sahabatnya “Wahai sahabatku ! Sampai bila engkau mahu bergembira dengan
perkara-perkara yang merosakkan engkau ?”
Huzaifah ra menulis kepada surat kepada
sahabatnya Yusuf Bin Asbat ra “Wahai saudaraku ! Barangsiapa yang melakukan
perkara-perkara fadhail tetapi tidak meninggalkan dosa maka dia tertipu dan
baarangsiapa yang selalu membaca al Quran dan menyalahinya, sesungguhnya dia
telah mempermain-mainkan al Quran”.
Thowus ra menulis surat kepada Makhul ra “Wahai
saudaraku ! Orang yang menyangka dirinya ada kedudukan yang tinggi di sisi
Allah swt , kelak dia akan balik ke akhirat dalam keadaan dua tangan yang
kasong”.
Sayidina Umar al Khattab ra menulis surat kepada Abu Musa
al Asyari ra “Wahai saudaraku ! Jaga-jagalah engkau daripada menjadi seperti
binatang setiap kali jumpa rumput yang hijau ia akan makan sehingga gemuk,
sesungguhnya gemuk itu membawa kebinasaan”.
112. BANYAK MENGASINGKAN DIRI DARIPADA AHLI
DUNIA
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
mengasingkan diri daripada bercampur dengan ahli dunia dan kaki maksiat. Allah
swt berfirman menceritakan tentang Nabi Ibrahim as :
öNä3ä9ÍtIôãr&ur
$tBur
cqããôs?
`ÏB
Èbrß
«!$#
(#qãã÷r&ur
În1u
#Ó|¤tã
Hwr&
tbqä.r&
Ïä!%tæßÎ/
În1u
$|É)x©
ÇÍÑÈ $£Jn=sù
öNçlm;utIôã$#
$tBur
tbrßç7÷èt
`ÏB
Èbrß
«!$#
$oYö7ydur
ÿ¼ã&s!
t,»ysóÎ)
z>qà)÷ètur
(
yxä.ur
$uZù=yèy_
$wÎ;tR
48. Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu
semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; Dan aku akan beribadat
kepada Tuhanku dengan ikhlas; Mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku
itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".
49. Maka apabila ia berhijrah meninggalkan
mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah Kami kurniakan
kepadanya: Ishak (anaknya), dan Ya’kub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan
mereka sebagai Nabi. Surah Maryam
48-49
Nabi saw bersabda :
يَأْتِي عَلَى
النَّاسِ زَمَانٌ خَيْرُ مَالِ الرَّجُلِ الْمُسْلِمِ الْغَنَمُ يَتْبَعُ بِهَا
شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الْفِتَنِ. رواه البخاري
Akan datang suatu Zaman bagi manusia, yang ketika itu sebaik-baik harta
seorang muslim adalah kambing yang ia gembalakan di puncak-puncak gunung dan
tempat-tempat turunnya hujan, ia lari menyelamatkan agamanya dari fitnah
(krisis agama).
Adalah Al Hasan Bin Soleh ra berkata :
لَقدْ
أَدْرَكْنَا النَّاس وَهُمْ يَتَحَابُّونَ مِنْ بَعِيدٍ وَيَكْرَهُونَ اللِّقَاءَ.
Sesungguhnya kami mendapati ada manusia yang mencintai untuk jauh
daripada manusia dan benci bertemu dengan mereka.
Dan adalah ar Rabi’ Bin Khaisam ra berkata
لَا
يَنْبَغِي لَأَحَدٍ أَنْ يَعْتَزِلَ لِلْعِبَادَةِ إِلَّا بَعْدَ التَّفَقُّهِ فِي
دِينِهِ.
Tidak sepatutnya seseorang itu beruzlah untuk beribadah melainkan setelah
dia mendalami urusan agamanya.
Kerana itu Imam Malik ra berkata :
تَفَقّهْ
ثُمَّ اعْتَزِلْ.
Dalamilah urusan agama engkau kemudian beruzlah.
Dan adalah Sufyan as Thauri ra berkata :
هَذَا زَمَانُ
السُّكُوتِ وَلُزُومِ الْبَيْتِ وَالْقَنَعُ بِالْقُوتِ إِلَى أَنْ تَمُوت.
Ini adalah zaman diam, duduk di rumah,
berpada dengan makanan sehingga engkau mati.
Kata beliau lagi
“Kami mendapati manusia itu
adalah penawar untuk diri mereka, tetapi hari ini mereka telah menjadi penyakit
yang tidak ada penawar baginya”.
Berkata Sahal at Tustari ra :
لَا
تَصِحُّ الْخَلْوَةُ إِلَّا بِأَكْلِ الْحَلَالِ، وَلَا يَصِحُّ أَكْلُ الْحَلَالِ
إِلَّا بِأَدَاءِ حَقِّ اللهِ.
Tidak boleh seseorang itu berkhalwat melainkan
dengan memakan makanan-makanan yang halal, dan tidak boleh dia memakan makanan
yang halal melainkan dengan menunaikan hak Allah swt.
Abu Ali ad Daqqaq
berkata aku mendengar as Syibli berkata :
الْإِفْلَاسُ..
الْإِفْلَاسُ يَا نَاس.فَقِيلَ لَهُ: يَا أَبَا بَكْرٍ، مَا عَلَامَةُ
الْإِفْلَاسِ؟ قَالَ: مِنْ عَلَامَةِ الْإِفْلَاسِ الْإسْتِئْنَاسُ بِالنَّاسِ.
“Bankrap…bankraplah
wahai manusia” Lalu ditanya “Wahai Abu Bakar apakah tanda bankrap itu ?” Dia
berkata “Di antara tanda bankrap itu adalah amat suka bergaul mesra dengan
manusia”.
Maka
ketahuilah wahai saudaraku ! Bercampurlah dengan manusia apabila mereka taat
kepada Allah, dan tiggalkanlah mereka apabila mereka banyak melakukan maksiat
dan berlebih-lebihan dalam perkara harus.
113. SANGAT MERENDAH DIRI
Di antara akhlak salafussoleh r.a itu : Bertambah
rendah diri apabila diri semakin dekat dengan Allah s.w.t. Dan di antara tanda
kewalian seseorang itu adalah semakin Allah s.w.t tambahkan kemulian pada
dirinya semakin bertambahlah sifat tawadhu’ dan khudhu’nya. Firman Allah s.w.t
:
y7ù=Ï?
â#¤$!$#
äotÅzFy$#
$ygè=yèøgwU
tûïÏ%©#Ï9
w
tbrßÌã
#vqè=ãæ
Îû
ÇÚöF{$#
wur
#Y$|¡sù
4
èpt7É)»yèø9$#ur
tûüÉ)FßJù=Ï9
ÇÑÌÈ
Negeri akhirat (yang telah diterangkan
nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan
hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak
melakukan kerosakan; Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa. Surah al Qashosh 83
Sabda Nabi saw :
لاَ يَدْخُلُ
الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. رواه مسلم
Tidak masuk syurga mereka yanga ada di dalamnya
hatinya sifat sombong walaupun sebesar zarrah.
Adalah Abu Muslim al Khulani ra berkata :
مَا تَكَبّر إِلَّا وَضِيع وَلَا
افْتَخَرَ إِلَّا سَقِيط وَلَا تَعَصّبَ بِالْبَاطِلِ إِلَّا دَنِيء الْأَصل.
Tidak ada sifat sombong melainkan akan
dihinakan, dan tidak ada berbangga-bangga melainkan akan dijatuhkan, dan tidak
ada taa’shub pada kebatilan melainkan akan kembali kepada kehinaan.
Adalah Abu Hurairah ra itu
seorang Amir Madinah pada zaman Marwan, dia membawa balik ikatan kayu di atas
kepalanya dari pasar, lalu dia berkata “Perluaskan jalan oleh kamu semua untuk
amir kamu”.
Dan berkata Ayyub as Sakhtiani ra :
يَنْبَغِي لِلْعَالِمِ اَنْ يَضَعَ
التُّرَابَ عَلَى رَأْسِهِ تَوَاضُعًا لِلّهِ.
Sepatutnya orang alim itu meletakkan tanah di
atas kepalanya sebagai merendah diri kepada Allah.
Daripada Hasan al Basri ra bahawa beliau
berkata tentang ayat daripada surah al Furqan 63 :
الَّذِينَ
يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا
Bahawa orang-orang beriman itu adalah kaum
yang merendah diri pada Allah daripada pendengaran, penglihatan dan anggota
sehingga orang-orang jahil menyangka mereka sakit sedangkan mereka itu bukanlah
kaum yang sakit, di sisi Allah mereka itu sihat. Tetapi sifat khauf telah masuk
ke dalam hati mereka yang tidak masuk ke dalam hati orang lain. Mereka berkata
segala puji bagi Allah Tuhan yang telah menghilangkan sifat dukacita pada diri
kami.
Mereka itu tidak
dukacita sebagaimana orang lain dukacita. Mereka tidak angkuh dalam menuntut
syurga tetapi mereka sentiasa menangis kerana takutkan neraka. Diri mereka
telah terputus daripada dunia. Dan barangsiapa yang tidak memandang nikmat
Allah melainkan semata-mata pada makanan dan minuman sesungguhnya telah kurang
ilmunya dan akan merasai azab.
Sabda Nabi saw :
مَا
تَوَاضَعَ أحَدٌ للهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللهُ.
رواه
الترمذي
Tidak ada seseorang yang merendah diri kerana
Allah swt melainkan Allah swt akan mengangkat kedudukannya.”
Sesungguhnya Anas ra
berjalan di hadapan kanak-kanak lalu memberi salam kepada mereka, dia berkata :
كَانَ
النبيُّ g
يَفْعَلُهُ.
Adalah
Nabi saw melakukannya.
Suatu ketika Umar Abd
Aziz ra menulis sesuatu pada waktu malam, dan di sisinya ada seorang tetamu,
tiba-tiba pelita hampir terpadam, lalu kata tetamunya “Biar saya bangun untuk
mengelokkannya” Kata Umar
لَا !
لَيْسَ مِنَ الْكَرَمِ اسْتِخْدَامُ الضَّيْفِ.
Tidak
! Bukanlah memuliakan tetamu itu dengan memintanya berkhidmat.
Ibrahim Bin Syaiban
berkata :
الشَّرْفُ
فِي التَّوَاضُعِ، وَالعِزُّ فِي التَّقْوَى، وَالْحُرِّيَّةُ فِي الْقَنَاعَةِ.
Kemuliaan
itu pada rendah diri, dan ketinggian itu pada ketaqwaan, dan kebebasan itu pada
sikap berasa cukup apa yang ada.
Anas bin Malik ra
berkata :
لَقَدْ
رَأَيْتُ بَيْنَ كَتِفَيْ عُمَر أَرْبَع رُقَاعٍ فِي قَمِيصِهِ.
Sesungguhnya aku
melihat di antara dua bahu umar ada empat tompok di bajunya.
114. TIDAK MERINGAN-RINGANKAN SESUATU KELEBIHAN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
meringan-ringankan sesuatu daripada perkara-perkara yang ada kelebihan yang
dianjurkan oleh syara’ untuk melakukannya kerana perkara-perkara sunat itu
untuk melengkapkan yang wajib. Firman Allah swt kepada Nabi saw :
z`ÏBur
È@ø©9$#
ô¤fygtFsù
¾ÏmÎ/
\'s#Ïù$tR
y7©9
#Ó|¤tã
br&
y7sWyèö7t
y7/u
$YB$s)tB
#YqßJøt¤C
ÇÐÒÈ
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat
di tempat yang terpuji.
Surah al Isra’ 79
Sabda Nabi saw :
لاَ
تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ
طَلْقٍ .
رواه مسلم
Jangan sesekali kamu memandang hina sesuatu pun
daripada kebaikan sekalipun kamu bertemu saudara kamu dengan wajah yang senyum.
Adalah Hasan al Basri ra berkata :
لَيْسَ لِأَمْثَالِنَا نَوَافِل
إِنَّمَا النَّوَافِلُ لِمَنْ كَمُلَتْ فَرَائِضُهُ.
Tidak ada bagi kita perkara-perkara sunat, hanyasanya
perkara-perkara sunat itu adalah untuk menyempurnakan yang fardhu.
Dan adalah Salman al Farisi ra berkata :
مَثَلُ الَّذِي يَكْثُرُ الْفَضَائِل
وَلَا يَكْمُلُ الْفَرَائِض مَثَلُ تَاجِرٍ خَسرَ رَأْسُ مَالِهِ وَهُوَ طَالِبٍ
لِلرّبْحِ.
Perumpamaan orang yang perbanyakkan perkara
sunat tetapi mengabaikan perkara fardhu adalah seperti peniaga yang rugi modalnya
tetapi mahu menuntut untung.
Dan berkata Abu Hurairah ra :
مَثَلُ
الَّذِي يَكْثرُ الصَّلَاةَ تَطَوُّعًا وَلَمْ يَتِمّ الْمَكْتُوبَةَ مَثَلُ التَّاجِرِ
الَّذِي لَيْسَ لَهُ شَيْء حَتَّى يَسْتَوْفِي رَبُّ الْمَالِ وَمَالُهُ.
Orang yang banyak melakukan solat sunat tetapi
tidak menyempurnakan solat fardhu seperti peniaga yang tidak untung bahkan
hilang pula modalnya.
Dan adalah Yunus Bin Ubaid ra berkata :
مَنِ اسْتَخْف بِالنَّوَافِلِ
اسْتَخْفَ بِالْفَرَائِضِ.
Barangsiapa yang meringan-ringankan perkara
sunat maka dia akan meringan-ringankan perkara fardhu.
Maka ketahuilah wahai
saudaraku ! Perbanyakkanlah perkara sunat dan fardhu dan janganlah engkau
mengabaikannya, dan janganlah engkau merasa telah bersyukur kepada Allah
apabila engkau telah melakukan perkara wajib.
115. BANYAK BERISTIGHFAR
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak
beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt di waktu siang dan malam.
Mereka merasakan diri mereka tidak selamat daripada melakukan dosa kepada Allah
swt, sehingga setelah mereka melakukan amal ketaatan kepada Allah swt mereka
terus memohon keampunan kerana merasakan tidak khusyu’ dan tidak dekat kepadaNya,
firmanNya :
4
(#þqç/qè?ur
n<Î)
«!$#
$·èÏHsd
tmr&
cqãZÏB÷sßJø9$#
÷/ä3ª=yès9
cqßsÎ=øÿè?
ÇÌÊÈ
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”. Surah an Nur 31
Sabda Nabi saw :
وَاللَّهِ إِنِّي لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ
سَبْعِينَ مَرَّةً. رواه البخاري
Demi Allah aku mohon ampun kepada Allah dan
bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali.
Kata sebahagian salaf :
مَنْ لَمْ يَتُبْ كُلَّ صَبَاحٍ
وَمَسَاءٍ كَانَ مِنَ الظَّالِمِينَ.
Siapa yang tidak bertaubat setiap pagi dan
petang adalah dia di kalangan orang-orang yang zalim.
Firman Allah swt :
4
`tBur
öN©9
ó=çGt
y7Í´¯»s9'ré'sù
ãNèd
tbqçHÍ>»©à9$#
ÇÊÊÈ
Siapa yang tidak bertaubat maka mereka di kalangan
orang-orang yang zalim.
Surah al Hujurat 11
Kata Yahya Bin Muaz ra
:
زَلَّةٌ
وَاحِدَةٌ بَعْدَ التَّوْبَةِ أَقْبَحُ مِنْ سَبْعِينَ قَبْلَهَا فَتَأَمَّلْ
حَتَّى يَحْصُلَ التَّوْفِيقُ.
Sekali tergelincir selepas
taubat itu lebih buruk daripada tujuh puluh tergelincir sebelumnya, maka
hendaklah engkau teliti sehingga mendapat taufiq.
Dan ditanya kepada
Sufyan Bin Uyainah ra apakah alamat taubat itu ? Beliau berkata :
قِلَّةُ
الدُّنْيَا وَذلَّةُ النَّفْسِ وَكَثْرَةُ التَّقَرُّبِ إِلَى اللهِ تَعَالَى
بِالطَّاعَاتِ وَرُؤْيَةُ الْقِلَّةِ وَالنَّقْصُ فِي ذَلِكَ.
Kurang pada dunia,
menghina diri, banyak dekat kepada Allah dengan taat, dan sentiasa melihat
kekurangan pada yang demikian.
Dan kata Fudhail Bin Iyadh ra kepada para
mujahidin apabila mereka ingin keluar berjihad :
عَلَيْكُمْ
بِالتَّوْبَةِ فَإِنَّهَا تَرُدُّ عَنْكُمْ مَا لَا تَرُدُّهُ السُّيوفُ.
Hendaklah kamu
bertaubat kerana ia dapat menolak kamu apa yang tidak dapat ditolak oleh pedang.
Dan adalah Amirul
Mu’minin Umar al Khattab berkata :
جَالِسُوا
التَّوَّابِينَ فَإِنَّهُمْ أَرَقُّ شَيْءٍ أَفْئِدَةً.
Sentiasalah kamu semua
duduk bersama dengan orang-orang yang sentiasa bertaubat kerana mereka itu memiliki
faedah yang sangat indah.
Sabda Nabi saw :
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلى اللهِ واسْتَغْفِرُوهُ ، فإنِّي أتُوبُ في اليَومِ
مِئَةَ مَرَّةٍ. رواه
مسلم
Wahai sekalian manusia bertaubatlah kamu semua
kepada Allah swt dan pohonlah keampunan daripadaNya, sesungguhnya aku bertaubat
kepada Allah swt sehari sebanyak seratus kali.
Sabda Nabi saw :
إنَّ
الله تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بالليلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ، ويَبْسُطُ
يَدَهُ بالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيلِ، حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ
مَغْرِبِها. رواه
مسلم
Sesungguhnya Allah swt membentangkan tanganNya
di waktu malam untuk orang yang melakukan kejahatan di siang hari bertaubat dan
Dia membentangkan tanganNya di waktu siang supaya orang yang melakukan
kejahatan di malam hari bertaubat, hinggalah munculnya matahari dari sebelah baratnya”.
Maka ketahuilah demikian itu
wahai saudaraku ! Perbanyakkanlah istighfar selama mana engkau berada di negeri
ini, kerana ia memadam marah Tuhan yang maha Jabbar, dan janganlah engkau
menyangka apabila terhapusnya dosa-dosa engkau itu sebagai kafarat, dan
ketahuilah bahawa orang beriman itu tidak tenang sehingga ia masuk ke dalam
syurga.
116. AMAR MA’AROF NAHI MUNGKAR
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Menyuruh
manusia melakukan perkara ma’arof dan meninggalkan perkara yang mungkar
sekalipun mereka tidak melakukan dan belum berhenti melakukannya. Sesungguhnya
ramai di kalangan manusia menyangka tugas amar ma’arof dan nahi munkar itu
adalah tugas mereka yang bersih daripada sebarang dosa dan maksiat, maka ini
adalah sangkaan yang salah, kerana jika fahaman ini benar tidak adalah orang
yang melakukan tugas ini kerana setiap manusia itu mempunyai dosa.
Dalam sebuah syair :
لَئِنْ لَمْ
يَعِظ الْعَاصِينَ مَنْ هُوَ مُذْنِبُ * فَمَنْ يَعِظُ الْعَاصِينَ بَعْدَ مُحَمَّد
Orang yang tidak menasihati ahli maksiat itu maka sebenarnya dia
yang berdosa,
Maka tidak ada yang layak memberi nasihat selepas Muhammad.
Sabda Nabi saw :
مَنْ رَأى مِنْكُمْ مُنْكَراً
فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإنْلَمْ
يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أضْعَفُ الإيمَانِ. رواه
مسلم
Barangsiapa yang
melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, maka
sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya ia
tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan demikian itu adalah
selemah-lemah iman”.
Para sahabat bertanya
kepada Nabi saw tentang hak ketika berada di jalan, sabda Nabi saw :
غَضُّ
البَصَرِ، وَكَفُّ الأَذَى، وَرَدُّ السَّلامِ، وَالأمْرُ بِالمعْرُوفِ، والنَّهيُ
عن المنْكَرِ.
رواه
البخاري
Hendaklah menundukkan pandangan, menghilangkan
gangguan, menjawab salam, menyuruh kepada yang ma’aruf dan melarang kemungkaran.
Kata Huzaifah Bin al Yaman ra :
“Akan datang satu zaman majlis manusia seperti
bangkai himar, dan bangkai himar itu mereka lebih suka daripada majlis orang
beriman yang menyuruh mereka berbuat ma’ruf dan melarang munkar”.
Ditanya kepada Sufyan as Thauri ra adakah
seseorang itu perlu menyuruh orang yang telah tahu ? Maka beliau menjawab ya !
Supaya ia mendapat kemaafan di sisi Allah swt.
Dan berkata Malik Bin Dinar ra :
ذَهَبَ الْمَعْرُوفُ يَبْكِي وَجَاءَ
الْمُنْكَرُ يَضْحَكُ.
Ma’ruf telah pergi dalam keadaan menangis dan
mungkar telah datang dalam keadaan ketawa.
Kata Abdullah Bin al Mubarak :
ذَهَبَ
الرِّجَالُ الْمُقْتَدَى بِفِعَالِهِمْ * وَالْمُنْكِرُونَ لِكُلِّ أَمْرٍ مُنْكَرِ
وَبَقِيت فِي
خَلَفٍ يُزَيِّنُ بَعْضُهُمْ * بَعْضًا لِيَأْخُذَ مُعْوِرٌ عَنْ مُعْوِرِ
Telah pergi orang-orang yang boleh dicontohi
pada perbuatan mereka, dan orang-orang yang melakukan perkara mungkar terus
dengan kemungkarannya,
Dan tinggallah orang-orang yang kemudian
menghiasi sebahagian mereka akan sebahagian yang lain, menjadikan orang buta
sebagai contoh untuk orang buta.
Maka berpalinglah wahai
saudaraku akan segala sifat ini. Adakah engkau di kalangan mereka yang
melakukan kemungkaran atau adakah engkau di kalangan mereka yang dicintai
Allah.
Atau adakah engkau di
kalangan mereka yang menolong syariat Nabi saw atau mereka yang membiarkannya.
Sesungguhnya hari ini ramai manusia yang menghina syariat dengan kata-kata,
perbuatan dan senyap terhadap kemungkaran.
117. TIDAK BANGGA DIRI
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Tidak
merasa bangga diri dan menunjuk-nunjuk dengan segala amalan mereka, bahkan
mereka merasa terlalu banyak kekurangan dan kecuaian dalam melakukan amal taat
kepada Allah swt.
Kata Mutharrif Bin Abdullah ra :
لَأَنْ أَبِيتُ نَائِمًا وَأَصْبَحُ
نَادِمًا أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَبِيتُ قَائِمًا وَأَصْبَحُ مُعْجَبًا.
Aku tidur diwaktu malam dan pada paginya aku
menyesal, lebih aku suka daripada aku bangun sepanjang malam dan pada waktu
paginya aku berasa bangga diri.
Kata Hasan al Basri ra :
لَوْ أن عَملَ
ابْن آدَمَ كُلَّهُ كَانَ حَسَنًا لَكَانَ يُهْلِكُ نَفْسَهُ مِنَ الْعَجَبِ,
وَلَكِنَّ اللهَ تَعَالَى ابْتَلَاهُ بِشُهُودِ النَّقْصِ فِيهِ رَحْمَةٌ بِهِ.
Seseorang yang beramal
soleh seluruh hidupnya itu boleh dihapuskan dengan sebab ujub yang ada pada
dirinya, tetapi Allah mengujinya supaya dia memandang kekurangan dirinya
sebagai rahmat padanya.
Adalah salafussoleh itu
apabila ada orang memuji mereka, mereka akan berkata :
اللَّهُمَّ
اجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَقُولُونَ وَاغْفِرْ لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ.
Ya Allah jadikanlah kepadaku
akan kebaikan daripada apa yang mereka katakana dan ampunkanlah aku daripada
apa yang mereka tidak tahu.
Adalah Saidina Umar ra
berkata :
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا يَقُولُونَ وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَغْفِرَلِي مَا
لَا يَعْلَمُونَ.
Ya Allah aku minta
berlindung dengan Mu daripada kejahatan yang mereka katakan dan aku minta
ampunkanlah dosa-dosaku daripada apa yang mereka tidak ketahui.
Adalah Bisyr al Hafi
berkata ra :
إِذَا
رَأَيْتَ الْعَبْدَ لجُوجا مُمَارِيًا بِالْعِلْمِ مُعْجَبًا بِنَفْسِهِ فَاعْلَمْ
أَنَّهُ قَدِ اسْتَكْمَلَ الْخَسَارَة.
Apabila engkau melihat
seseorang hamba itu riya’ dengan ilmunya, ujub dengan dirinya maka ketahuilah
engkau bahawa telah sempurnalah kerugian baginya.
118. BANYAK
BERMUJAHADAH
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak bermujahadah diri mereka pada ibadat dan
meninggalkan syahwat, mereka tidak meredhoi diri mereka, dan inilah disepakati
oleh mereka, dan barangsiapa yang menyalahi akhlak mereka maka dia telah
membakar ijma’ mereka.
Kata Abd Aziz Bin Abi
Rawwad ra :
إِذَا
ذُكِرَتْ أَحْوَالُ السَّلَفِ بَيْنَنَا افْتَضَحْنَا كُلَّنَا.
Apabila disebut tentang ahwal salaf itu
kepada kami maka terdedahlah keburukan kami.
Sabda Nabi saw :
مَنْ
تَعَلَّمَ عِلْماً مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللهِ عز وجل لاَ يَتَعَلَّمُهُ
إِلاَّ لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضاً مِنَ الدُّنْيَا، لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الجَنَّةِ
يَوْمَ القِيَامَةِ. رواه أبو داود
Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang
sepatutnya diharapkan redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak
mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan
mendapat bau syurga pada hari kiamat.
119.
BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGHIDUPKAN MALAM
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Bersungguh-sungguh
menghidupkan malam tidak kira pada musim panas ataupun sejuk.
Sabda Nabi saw :
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ
دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةُ إِلَى رَبِّكُمْ وَمُكَفَّرَةٌ
لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْم. رواه الترمذي
Hendaklah kamu bangun
malam sesungguhnya ia adalah ketekunan orang-orang soleh sebelum kamu dan ia
adalah cara untuk mendekatkan diri kamu kepada Allah swt, ia menghapuskan
dosa-dosa kamu dan menghalang kamu daripada melakukan dosa.
Adalah Abd Aziz Bin Abi
Daud ra menghamparkan tilamnya, lalu ia meletakkan tangannya
sambil berkata :
مَا أَلْيَنُكَ
وَلَكِنْ فِرَاشُ الْجَنَّةِ أَلْيَنُ مِنْكَ.
Lembutnya
engkau wahai tilam, tetapi tilam di syurga lebih lembut lagi.
Kemudian ia pun bangun
sembahyang sehingga masuk waktu Subuh.
Adalah Nabi saw itu
solat malam sehingga bengkak kakinya atau betisnya (kerana terlalu banyak
sembahyang). Lalu ditanya kepadanya kenapa sehingga begini ? Jawab Nabi saw
أَفَلاَ أَكُونُ
عَبْدًا شَكُورًا. رواه البخاري
Tidak
bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur.
Kata Hasan al Basri ra :
مَا تَرَكَ
أَحَدٌ قِيَامَ اللّيلِ إِلّا بِذَنْبٍ أَذْنَبَهُ.
Seseorang itu tidak
akan meninggalkan bangun malam melainkan apabila ia telah melakukan dosa.
Kata beliau lagi :
إِنَّمَا
يَثْقلُ قِيَامُ اللَّيْلِ عَلَى مَنْ أَثْقَلَتْهُ الْخَطَايَا.
Sesungguhnya
bangun malam itu amat berat atas orang yang berat dosanya.
Kata beliau lagi :
إِنَّ
الرَّجُلَ لَيَذْنبُ الذَّنْبَ فَيُحْرَمُ بِهِ قِيَامُ اللَّيْلِ.
Sesungguhnya seseorang yang melakukan dosa maka
diharamkan atasnya bangun malam.
Kata beliau lagi :
إِذَا لَمْ
تَقْدرْ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ وَلَا صِيَامُ النَّهَارِ فَاعْلَمْ أَنَّكَ
مَحْرُومٌ قَدْ كَبلتْكَ الْخَطَايَا وَالذُّنُوبُ.
Apabila engkau tidak mampu berqiamullail
dan berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawasanya engkau telah diikat
oleh kesalahan dan dosa-dosa.
Abdullah Bin Mubarak meriwayatkan bahawa
isteri Masruq ra berkata :
“Tidaklah didapati Masruq itu melainkan
dua betisnya lenguh kerana lama bersolat, sekiranya aku duduk di belakangnya
nescaya aku akan menangis juga”
Ibn Masu’d ra berkata Disebutkan kepada Nabi
saw tentang seorang lelaki yang tidur malam sehingga Subuh tanpa bangun malam,
maka jawab Nabi saw :
ذَاكَ
رَجُلٌ بَالَ الشَّيطَانُ في أُذُنَيْهِ.
رواه
البخاري
Lelaki itu telah dikencing oleh
syaitan ke dalam telinganya.
Sabda Nabi saw :
وَصَلُّوا
بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ.
رواه
الترمذي
Hendaklah kamu solat malam di
waktu manusia lain sedang tidur.
Sabda Nabi saw :
وَأفْضَلُ
الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
رواه
مسلم
Dan sebaik-baik solat selepas
solat fardhu itu adalah solat malam.
أنَّ
النبيَّ g
كَانَ يَنَامُ أوّلَ اللَّيلِ ، وَيَقُومُ آخِرَهُ فَيُصَلِّي. رواه البخاري
Sesungguhnya Nabi saw tidur
pada awal malam dan bangun di akhir malam.
سُئِلَ
رسولُ الله g أيُّ الصَّلاَةِ أفْضَلُ ؟ قَالَ : طُولُ القُنُوتِ. رواه مسلم
Ditanya kepada Nabi saw apakah solat yang paling
afdhal ? Maka jawab Nabi saw “Solat yang lama berdiri”.
120. BANYAK
BERISTIGHFAR SETIAP KALI MEMBACA AL QURAN
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka
banyak beristighfar setiap kali membaca al Quran kerana merasakan
mereka hidup tanpa beramal.
Kata Abdullah al Mubarak ra “Berapa ramai orang
yang selalu membaca dan menghafal al Quran tetapi al Quran melaknatnya di dalam
perut, apabila dia melakukan maksiat kepada Allah swt, al Quran akan berkata di
dalm perutnya, tidak malukah orang ini kepada Tuhannya ?
Yusuf Bin
Asbat ra setiap kali beliau mengkhatam al Quran, beliau akan meminta ampun
kepada Allah swt dengan membaca istighfar 700 kali.
اللَّهُمَّ
لَا تَمْقَتْنِي بِمَا قَرَأْتُهُ مِنْ غَيْرِ عَمَلٍ
Ya
Allah ! Engkau janglah murka pada aku kerana membaca al Quran tanpa amal.
Fudhail Bin
I’yyadh ra berkata “Orang-orang yang selalu membaca al Quran tidak sepatutnya
dia melakukan maksiat pada Allah swt, setiap hari al Quran menyeru, wahai orang
yang membaca aku, janganlah engkau menyalahi aku, dan janganlah dia lalai
bersama dengan orang-orang yang lalai”.
Adalah Soleh
al Mura ra membaca al Quran di dalam mimpi di hadapan Nabi saw sehingga khatam,
Nabi saw berkata kepadanya “Ini ialah al Quran, di manakah tangisan?”
Kata Fudhai
Bin Iyyadh ra “Musibah yang paling besar menimpa kami adalah membaca al Quran
siang dan malam, tetapi tidak mengamalkannya”
Kata Sulaiman
ad Darani ra “Ada kalanya aku bangun lima malam berturut-turut dengan hanya
mengulang-ngulang satu ayat sahaja, aku tuntut diriku untuk beramal dengannya”.
121. SENTIASA BERSIAP-SEDIA UNTUK SOLAT
Di antara akhlak salafussoleh ra itu : Bersiap-sedia
berdiri di hadapan Allah swt setiap kali solat pada awal waktu. Mereka merasai
kehebatan Allah swt sedikit demi sedikit daripada seruan ‘Hayya a’las Solah’
sehinggalah hati hadir bersama Allah swt.
Sabda Nabi saw :
خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى
الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا
بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ
لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ
وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ. رواه أبو داود
Allah swt mewajibkan lima
solat atas hambaNya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun
kerana meringan-ringankannya, Allah swt menjanjikannya masuk syurga, manakala
sesiapa yang tidak melakukannya, Allah swt tidak menjanjikan apa-apa kepadanya.
Allah swt akan mengazabkannya atau memasukkannya ke dalam syurga menurut
kehendakNya”.
Adalah Ali Bin al Husain ra apabila ia
berwudhu’ wajahnya akan menjadi pucat, lalu orang bertanya “Apakah yang telah
menimpa engkau ketika berwudhu’ sehingga wajah engkau menjadi pucat ? Beliau
menjawab :
أَتَدْرُونَ بَيْنَ يَدَيَّ مَنْ
أُرِيدُأَنْ أَقُومَ ؟
Adakah kamu tahu di hadapan
siapakah yang akan aku berdiri.
Pernah Hasan al Basri ra melihat seorang lelaki
sembahyang dan bermain-main dengan janggutnya, lalu dia berdoa “Ya Allah
kahwinkanlah aku dengan bidadari syurga yang bersinar-sinar matanya” kata Hasan
al Basri :
يَا هَذَا! مَا رَأَيْتُ خَاطِبًا لِلْحُورِ أَقَلّ حَيَاءً
مِنْكَ, تَخْطُبُ الْحُورَ مِنَ اللهِ تَعَالَى وَأَنْتَ تَلْعَبُ.
Hairan sungguh ! Tidak
pernah aku lihat orang yang hendak meminang anak bidadari syurga yang tidak
pemalu seperti engkau, bagaimana boleh engkau meminang anak bidadari daripada
Allah sedangkan engkau bermain-main dihadapanNya.
122. BERAMAL ATAS TERBUKANYA HIJAB
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka beramal atas terbukanya hijab
sehingga di kalangan mereka ada yang sembahyang di belakang Nabi saw (sedangkan
Nabi saw telah lama wafat), sabda Nabi saw :
الأَنْبِيَاءُ
أَحْيَاءٌ يُصَلُّونَ فِي قُبُورِهِمْ. رواه
البزار
Para
anbia’ itu hidup dan mereka sembahyang di dalam kubur-kubur mereka.
Adalah guruku Abul
Abbas al Musri ra sembahyang lima waktu di belakang Nabi saw, beliau bertanya
siapa di belakang kamu yang duduk di dalam majlis Nabi saw ? Mereka jawab tidak
ada di kalangan kami begitu, kata Abul Abbas al Mursi “Menangislah kamu kerana
hati-hati kamu itu terhijab daripada rahsia-rahsia alam dan juga malakut, demi
Allah ! Jika aku terhijab dengan Nabi saw walaupun satu detik, aku tidaklah
menganggap diriku seorang Muslim”.
Di kalangan
para aulia’ ada yang memberi salam di maqam Nabi saw lalu mereka mendengar Nabi
saw menjawabnya.
Kata as
Sya’rawi ra “Ini adalah maqam yang mulia, tidak sampai ke tahap ini melainkan
orang-orang yang telah melepasi 100 hijab”
123.
MENJAGA ADAB KETIKA PUASA DAN HAJI
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sangat menjaga adab ketika puasa dan
haji, supaya terpelihara daripada iblis untuk mengwas-waskan mereka.
Kata
Fudhail Bin I’yyadh ra di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh itu, mereka
menahan ketawa ketika puasa, mereka mengatakan :
إِنَّهُ شَهْرُ الْمُسَابَقَةِ إِلَى الْخَيْرَاتِ لَا شَهْرَ
الضَّحكِ وَاللَّعْبِ وَالْغَفْلَةِ.
Sesungguhnya
bulan puasa adalah bulan berlumba-lumba melakukan kebaikan bukannya berlumba-lumba
ketawa, bermain dan lalai.
Kata
al Ahnaf Bin Qais ra “Bulan puasa adalah bulan lapar, barangsiapa yang tidak
merasa lapar sehingga berubah kulitnya maka dia tidak dapat kelebihan puasa”.
Kata
Fudhail Bin I’yyadh ra “Barangsiapa yang tidak menahan segala anggotanya
daripada melakukan maksiat ketika berpuasa maka dia tidak dikira berpuasa
saklipun dia menahan lapar”.
Mereka
berkata ketika mencium Hajaratul Aswad “Kalau bukan kerana Nabi saw dan para
sahabat menciumnya nescaya aku tidak akan menciumnya”.
Kata
as Sya’rani ra “Tidak mencium kubur itu lebih utama daripada menciumnya kerana
Nabi saw tidak pernah mencium kubur saudaranya di kalangan para Nabi as”.
Malik
Bin Dinar ra melihat seorang pemuda yang dalam keadaan ihram, beliau bertanya
“Wahai pemuda, kenapa engkau tidak bertalbiah ? Jawab pemuda itu “Aku in
terlalu banyak dosa dan aku bimbang bila aku bertalbiah, Allah akan kata kepada
aku
لا لبيك ولا سعديك
124.
SANGAT MALU
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sangat malu dipandang oleh makhluk
lebih-lebih lagi malu pada Allah swt. Sabda Nabi saw :
لِكُلِّ
دِينٍ خُلُقٌ، وَخُلُقُ الإِسْلاَمِ الْحَيَاءُ. رواه مالك
Bagi
setiap agama itu ada akhlak dan akhlak Islam itu adalah malu
Kata
Bisyrul Hafi ra “Bagi setiap sesuatu itu ada perhiasan dan perhiasan bagi malu
itu adalah meninggal dosa, dan bagi setiap sesuatu itu ada buah dan buah bagi
malu itu adalah dapat melakukan kebaikan”.
Kata
Yusuf Bin Asbat ra “Di kalangan hamba-hamba Allah swt yang soleh itu, mereka
amat malu memohon kepada Allah swt untuk mendapat keredaan dan juga syurga,
hanyasanya mereka selalu memohon keampunan”.
Kata
Sayidina Uthman ra “Sesungguhnya aku manusia yang sangat malu, tutuplah aku
daripada dipandang oleh manusia”. Beliau tidak akan pergi ke tanda melainkan
akan menutup kepalanya kerana malu pada para malaikat, sabda Nabi saw :
أَلاَ
أَسْتَحِى مِنْ رَجُلٍ تَسْتَحِى مِنْهُ الْمَلاَئِكَةُ. رواه مسلم
Tidak
bolehkah aku malu pada orang yang malaikat di langit pun malu kepadanya
Kata
Ibrahim Bin Adham ra, adalah Sayidina Uthman ra apabila ingin masuk ke tandas
beliau akan menghamparkan kain rida’nya di hadapan pintu tandas dan berkata
“Duduklah di sini wahai malaikat berdua, sebentar lagi aku akan keluar dari
sini”
125.
TIDAK MEMANDANG DIRI MEREKA DI KALANGAN ORANG-ORANG BERTAQWA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sangat takut pada Allah swt bahkan
mereka tidak memandang diri mereka di kalangan orang-orang bertaqwa dan mereka
amat cinta pada Allah swt dan juga RasulNya.
Saidina
Umar al Khottob ra berkata kepada dirinya “Wahai diri ! Hendaklah engkau takut
kepada Allah, jika tidak engkau akan disiksa dan tidak ada siapa yang akan
memperdulikan engkau !”. Kata Umar lagi “Barangsiapa yang takut pada Allah,
maka dia tidak akan melakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan hawa nafsunya”.
Ada
orang berkata, manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan jika Umar ada di
kalangan mereka, tetapi jawab Umar “Manusia akan sentiasa berada di dalam
kebaikan jika mereka diredhoi oleh Allah swt”.
Kata
U’rwah ra :
مَحَبَّةُ الْعَبْدِ لِرَبِّهِ حُبُّ الْقَرْآنِ وَالْعَمَلِ
بِهِ وَحُبُّهِ لِرَسُولِهِ g هُوَ عَمَلُهُ بِسُنَّتِهِ.
Tanda
orang yang mencintai Allah swt adalah dengan dia mencintai al Quran dan
mengamalkannya dan tanda orang yang mencintai Nabi saw adalah ia mengamalkan
sunnahnya.
Kata
Abdul Wahid Bin Zaid ra aku melihat seorang lelaki yang tidur di atas salji,
lalu aku bertanya adakah engkau tidak merasa kesejukan ? Lelaki itu berkata :
مَنْ ذَاقَ طَعْمَ مَحَبَّةِ الله لَمْ يَجِدْ لِلْبَرْدِ
وَلِلنَّارِ أَلَمًا.
Barangsiapa
yang mencintai Allah swt maka dia tidak merasai sakit kesejukan dan kepanasan.
126.
ZUHUD DI DUNIA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sangat zuhud di dunia, mereka
mencontohi Nabi saw di dalam kehidupannya. Saidatina Aisyah ra berkata pernah
kami empat puluh hari tidak menyalakan api untuk memasak, mereka bertanya
bagaimana engkau hidup ? Beliau berkata “Kami hidup dengan buah tamar dan juga
air (أسودين)”
Sabda
Nabi saw :
مَا
لِى وَمَا لِلدُّنْيَا مَا أَنَا فِى الدُّنْيَا إِلاَّ كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ
تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا.
Perumpamaan
aku dengan dunia adalah seperti seorang yang mengembara lalu ia berteduh di
sebuah pokok untuk berehat kemudian ia berlalu pergi”
Kata
Sufyan Bin U’yainah ra “Zuhud itu ada tiga huruf (زهد) huruf Zai itu bermaksud meninggalkan
perhiasan dunia, huruf Ha itu meninggalkan hawa nafsu dan huruf Dal itu
bermaksud meninggalkan dunia seluruhnya, apabila engkau melakukan yang demikian
itu maka engkau orang yang zuhud”.
Kata
Ibrahim Bin Adham ra “Zuhud pada tidak mahu memegang jawatan itu lebih susah
daripada zuhud tidak mahu emas dan perak, kerana dengan memegang jawatan ia
dapat emas dan perak”.
Sesungguhnya
khalifah telah memberi seribu dirham kepada Fudhail Bin I’yyadh ra, walaubagaimanapun
ia memulangkannya.
Nabi
Isa as adalah ketua bagi semua orang-orang yang zuhud, baginda memakai pakaian
daripada bulu, makan daun-daun pokok, tidak ada anak, tidak ada rumah, tidak
ada makanan untuk disimpan dan di mana sahaja yang ia dapat duduk, maka di situ
ia tidur.
Kata
Fudhail Bin I’yyad ra :
مَنْ أَحَبَّ الرِّيَاسَةَ عَلَى
النَّاسِ لَمْ يَرْتَفِعْ أَبَدًا.
Barangsiapa
yang suka jawatan di kalangan manusia maka dia tidak akan diangkat
selama-lamanya
127. TIDAK MEMINTA-MINTA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka mengutamakan bertukang atau
melakukan sesuatu daripada memohon kepada manusia.
Kata
sebahagian ahli tafsir, Allah swt telah mengajar Nabi Adam as seribu cara untuk
bertukang sebagai mencari rezki dan Allah swt menyuruh Nabi Adam as berpesan
kepada anak-anaknya :
إِنْ أَرَدْتُمُ
الدُّنْيَا فَاطْلُبُوهَا بِهَذِهِ الْحِرْفِ وَلَا تَطْلُبُوهَا بِالدَّيْنِ.
Jika
kamu inginkan dunia maka carilah dunia dengan cara pertukangan ini dan
janganlah kamu mencari dunia dengan berhutang.
Kata
Sayidina Umar al Khattab ra pada seorang lelaki yang selalu duduk di masjid dan
membiarkan ahli keluarganya mencari rezki :
لَا يَقْعُدُ أَحَدُكُمْ فِي الْمَسْجِدِ وَيَتْرُكُ طَلَبَ
الرِّزْق.
Janganlah
kamu suka duduk di dalam masjid dan meninggalkan mencari rezki.
Kata
Sayidina Umar lagi, tidak boleh dia selalu berdoa Ya Allah berilah aku rezki
tetapi tidak keluar mencarinya, ketahuilah bahawasanya hujan tidak menurunkan
emas dan perak !.
128.
MENCINTAI ORANG-ORANG MISKIN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Amat mencintai orang-orang miskin
dan merendah diri pada mereka. Nabi saw pernah berdoa :
اللَّهُمَّ
أَحْيِنِي مِسْكِينًا وَأَمِتْنِي مِسْكِينًا وَاحْشُرْنِي فِي زُمْرَةِ
الْمَسَاكِينِ يَوْمَ القِيَامَةِ. رواه الترمذي
Ya Allah
hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan himpunkanlah aku bersama orang-orang
miskin di hari kiamat kelak.
Diriwayatkan
bahawa Nabi Sulaiman as kalau masuk ke dalam masjid, baginda akan duduk bersama
orang-orang miskin dan baginda berkata “Orang miskin perlu duduk dengan
orang-orang miskin”.
Adalah Nabi
Isa as amat suka jika manusia memanggilnya “wahai si miskin”.
Kata Fudhail
Bin I’yyadh ra, ada seorang Nabi di kalangan para Anbia’ bertanya pada Allah
swt bagaimana dia boleh mendapat keredhaanNya ? Maka jawab Allah “Hendaklah
engkau melihat adakah orang miskin meredhai engkau atau tidak”.
Kata Ibn Abbas
ra :
أَتْبَاعُ
الْأَنْبِيَاءِ فِي كُلِّ زَمَانٍ مِنَ الْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينَ دُونَ الْأَغْنِيَاءِ
وَالْمُتَكَبِّرِينَ.
Pengikut
para Nabi pada setiap zaman itu kebanyakannya adalah di kalangan para fuqara’
dan juga orang-orang miskin tidak ada di kalangan orang-orang kaya dan juga
orang-orang sombong.
Adalah Maimun
Bin Mihran ra jika dijemput hadir ke kenduri perkahwinan beliau suka duduk
dengan orang-orang miskin.
129. SUKA
PADA HARTA KERANA MAHU BERINFAQ
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Suka pada harta tetapi bukannnya
untuk tujuan keduniaan, mereka suka harta itu itu berinfaq kepada manusia. Mereka
juga bimbang dihisab pada hari kiamat kelak kerana harta mereka yang syubhat.
Kata Luqman al
Hakim ra “Wahai anakku berusahalah mencari rezki yang halal daripada menjadi
faqir yang meminta-minta kerana ia boleh membawa kurang agama, kurang akal,
hilang maruah dan juga akan dihina manusia”.
Kata Sufyan as
Thauri ra “Peliharalah harta yang ada di tangan engkau untuk menyelesaikan
hajat engkat dahulu sebelum engkau bersedekah”.
Qais Ibn Qasim
ra adalah seorang yang sangat zuhud dan wara’ beliau berpesan kepada anaknya
supaya mengumpulkan harta kerana ia dapat menggembirakan kawan dan
mendukacitakan musuh dan beliau juga berpesan supaya jaga-jaga daripada suka
meminta.
Kata Fudhail
Bin I’yyad ra “Ada di kalangan orang-orang soleh itu mencari rezki dengan
berniaga di pasar, apabila masuknya waktu sembahyang mereka cepat-cepat bersiap
untuk sembahyang dan meninggalkan jual beli, adapun orang-orang pada zaman ini
mereka sebuk berniaga dan melewatkan sembahyang”.
Kata as
Sya’rani ra :
لَا تَدَّخِرُ
شَيْئًا إِلَّا عَلَى اسْمِ غَيْرِكَ مِنَ الْعَائِلَةِ وَنَحْوِهِمْ.
Janganlah
engkau simpan harta melainkan untuk engkau sedekah pada orang lain atau hajat
ahli keluarga engkau”.
130. BANYAK
BERSEDIH APABILA CUAI PERINTAH ALLAH SWT
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Banyak bersedih apabila cuai
perintah Allah swt, mereka juga banyak bersedih ketika menziarahi kubur dan
juga ketika mengingati hari kiamat.
Nabi saw
pernah menziarahi kubur ibunya dan mahu meminta ampun untuknya tetapi Allah swt
melarangnya. Walau bagaimanapun riwayat daripada Imam as Suyuthi, Allah swt
pernah menghidupkan kembali mak ayah Nabi saw untuk beriman dengannya kemudian
masuk ke kubur semula.
Adalah Saidina
Uthman ra apabila beliau melalui kubur, beliau akan menangis sehingga basah
janggutnya.
Kata Abu Zar
ra :
أَلَا أُخْبرِكُمْ بِيَوْمِ فَقْرِي
يَوْمٌ أُوضِعُ فِي قَبْرِي.
Mahukah
kamu aku beritahu hari kefaqiranku, iaitu hari aku diletakkan di dalam kubur
aku.
Adalah Abu
Darda’ ra itu suka duduk di kubur, ada orang bertanya kepadanya kenapa engkau
suka duduk di kubur ? Maka beliau berkata “Sesungguhnya mereka mengingatkan aku
tempat kembali aku dan apabila aku bangun mereka tidak mengumpat aku”
131.
MENDIDIK MURID SUPAYA BERADAB SEPERTI GOLONGAN MUQARRABIN
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka mendidik para murid supaya
beradab seperti golongan muqarrabin di kalangan para Anbia’, Aulia’ dan juga
solihin di dalam kitab-kitab terdahulu. Mendidik supaya mengamalkan segala
perintah Allah swt di dalam syariat.
Kata guruku
Ali al Khawwas ra, jaga-jaga kamu daripada duduk dengan orang-orang yang suka
mengumpat dan juga suka mengadu-domba, sesungguhnya Allah swt telah mewahyukan kepada
Nabi Daud as, “Berbahagialah orang-orang yang tidak duduk di dalam majlis
orang-orang berdosa, majlis orang-orang mengumpat dan majlis orang-orang
mengadu-domba, barangsiapa yang suka menyebut aib manusia maka dia akan terbuka
aibnya di akhirat, dan barangsiapa yang menundukkan pandangannya, memeliahar
kemaluannya dan menjaga lidahnya maka dia di sisiKu adalah orang-orang
Muqarrabin”
Kata Allah swt
pada Nabi Daud as lagi “Wahai Daud jika para ulama’ meninggalkan amar ma’ruf
pada pemerintah maka hilanglah hebahnya dan jadilah mereka di kalangan
orang-orang bodoh dan jahat”
132.
MENGANGGAP BENAR ORANG YANG MEMBENCI MEREKA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka menganggap benar orang yang
membenci mereka. Kata mereka, jika engkau membenci saudara engkau tanpa benar
sedangkan dia tidak begitu jadilah engkau apa yang dibenci.
Kata Fudhail
Bin I‘iyyadh “Sesungguhnya aku bersumpah bahawa aku ini berpura-pura itu lebih
aku bersumpah daripada aku mengaku aku tidak berpura-pura” Beliau banyak mecela
dirinya sendiri.
Sesungguhnya
orang yang fasiq dan melakukan maksiat itu lebih ringan dosanya daripada orang
yang suka berpura-pura dan munafiq, kerana orang yang melakukan maksiat itu dia
menunggu keampunan Allah dan adapun orang yang berpura-pura sedikit yang
menyedarinya sehinggalah dia bertaubat.
133.
MENYEBUT KEBAIKAN PADA ORANG YANG MEMBENCI MEREKA
Di
antara akhlak salafussoleh ra itu : Mereka sentiasa menyebut kebaikan
pada orang yang membenci mereka. Beberapa orang telah menyebut tentang Sayidina
Amru Bin al Ash di hadapan Sayidina Khalid al Walid, lalu Khalid memujinya,
mereka berkata Amru tidak suka kepada engkau, kata Khalid “Ada manusia di
kalangan kita tetapi tidak ikut agama kita”.
Kata as
Sya’rani “Aku sentiasa menyebut peribadi orang-orang yang membenciku dan dengki
kepadaku dengan kebaikan, sesungguhnya aku tidak mahu bermusuh dengan
sesiapapun di kalangan kaum Muslimin”
Kata as
Sya’rani lagi “Sesungguhnya ramai manusia tidak selesa apabila, orang memuji
musuh-musuhnya di hadapannya”.
Terjemahan
oleh : Mohd Faiz Bin Abdullah
6 Nov 2019 - 10
Rabiu’al Awwal 1441
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan