Selasa, 8 September 2020

Kisah para syuhada' kembali ke dunia


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وأخرج إبن الجوزي في كتاب عيون الحكايات :

إن ثلاثة إخوة من الشام كانوا يغزون وكانوا فرسانا شجعانا فأسرهم الروم مرة فقال لهم الملك إني أجعل فيكم الملك وأزوجكم بناتي وتدخلون في النصرانية فأبوا وقالوا يا محمداه فأمر الملك بثلاثة قدور فصب فيها الزيت ثم أوقد تحتها ثلاثة أيام يعرضون في كل يوم على تلك القدور ويدعون إلى دين النصرانية فيأبون فألقى الأكبر في القدر ثم الثاني ثم أدني الأصغر فجعل يفتنه عن دينه بكل أمر فقام إليه علج فقال أيها الملك أنا أفتنه عن دينه قال بماذا قال قد علمت أن العرب أسرع شيء إلى النساء وليس في الروم أجمل من إبنتي فادفعه إلي حتى أخليه معها فإنها ستفتنه فضرب له أجلا أربعين يوما ودفعه إليه فجاء به فأدخله مع إبنته وأخبرها بالأمر فقالت له دعه فقد كفيتك أمره فأقام معها نهاره صائم وليله قائم حتى مر أكثر الأجل فقال العلج لابنته ما صنعت قالت ما صنعت شيئا هذا رجل فقد أخويه في هذه البلدة فأخاف أن يكون إمتناعه من أجلهما كلما رأى آثارهما ولكن إستزد الملك في الأجل وانقلني وإياه إلى بلد غير هذا فزاده أياما فأخرجهما إلى قرية أخرى فمكث على ذلك أياما صائم النهار قائم الليل حتى إذا بقي من الأجل أيام قالت له الجارية ليلة يا هذا إني أراك تقدس ربا عظيما وإني قد دخلت معك في دينك وتركت دين آبائي قال لها فكيف الحيلة في الهرب قالت أنا أحتال لك وجاءته بدابة فركباها فكانا يسيران بالليل ويكمنان بالنهار فبينما هما يسيران ليلة إذ سمعا وقع خيل فإذا هو بأخويه ومعهما ملائكة رسل إليه فسلم عليهما وسألهما عن حالهما فقالا ما كانت إلا الغطسة التي رأيت حتى خرجنا في الفردوس وإن الله أرسلنا إليك لنشهد تزويجك بهذه الفتاة فزوجوه إياها ورجعوا وخرج إلى بلاد الشام فأقام معها وكانا مشهورين بذلك معروفين بالشام في الزمن الأول وقد قال فيهما بعض الشعراء أبياتا منها ( سيعطي الصادقين بفضل صدق ** نجاة في الحياة وفي الممات )

 

Imam Ibnul Jauzi menyebutkan di dalam kitabnya U’yunul Hikayat :

Ada tiga orang tentera Islam yang keluar berperang telah ditawan oleh kerajaan Rom, lalu Raja Rom berkata “Aku akan menjadikan kamu raja dan aku akan kahwinkan kamu dengan anak-anak perempuan aku jika kamu sanggup murtad dan masuk agama Kristian” Mereka bertiga tidak mahu dan berkata Ya Muhammadah (kami tetap dengan agama Muhammad) !

 

Maka raja menyuruh supaya dipanaskan minyak di dalam periuk yang besar dan dinyalakan api di bawahnya selama tiga hari. Setiap hari mereka dipujuk untuk murtad masuk Kristian jika enggan mereka akan dimasukkan ke dalam periuk minyak yang mendidih itu. Maka seorang demi seorang dimasukkan ke dalam minyak yang mendidih sehingga mereka mati. Lalu berkata seorang pembantu raja “Wahai tuanku ! Serahkan ia kepada aku, sebagaimana engkau tahu orang Arab sangat mudah diperdaya oleh perempuan dan tidak ada perempuan yang paling cantik selain anak aku !”

 

Berikan tentera Islam itu kepada aku ! Aku akan membiarkan ia bersama anak perempuan aku selama 40 hari” Apabila ia pulang ia beritahu kepada anaknya apa yang patut ia lakukan, kata anak perempuannya “Biarkan ia kepada aku, aku akan menggodanya sehingga dia murtad !” Maka tinggallah mereka berdua tetapi setiap hari dia hanya sembahyang sunat dan juga berpuasa.

 

Kata ayahnya “Apa yang telah engkau lakukan ? Kata anaknya “Aku tidak dapat melakukan sesuatu kerana disiang hari dia banyak berpuasa dan di malam hari dia banyak sembahyang sunat” Berilah aku beberapa tempoh lagi dan biarkan aku di tempat yang lain. Lalu mereka membiarkannya di tempat yang lain selama beberapa hari tetapi tentera Islam itu begitu juga masih tetap tidak berubah.

 

Maka kata perempuan itu “Wahai pemuda ! Sesungguhnya aku melihat engkau sangat mengagungkan Tuhan engkau dan aku mahu mengikuti agama engkau dan aku akan tinggalkan agama aku !” Kata tentera Islam itu “Bagaimana cara kita boleh lari dari sini ? Kata perempuan itu “Aku akan mencari kuda untuk kita lari dari sini pada waktu malam dan waktu siang kita bersembunyi”.

 

Ketika mana mereka berdua lari pada waktu malam, tiba-tiba mereka mendengar bunyi kuda yang seperti mengejar mereka. Rupa-rupanya kuda-kuda itu ialah dua orang sahabatnya yang telah mati syahid terbunuh bersama malaikat, ia memberi salam kepada mereka berdua. Ia bertanya kepada dua orang sahabat mereka yang telah syahid “Bagaimana keadaan kamu berdua ?” Kata mereka “Tidak ada celupan yang engkau lihat melainkan kami syahid dan dibawa ke syuga Firdaus, dan Allah mengutuskan kami ke bumi untuk menyaksikan perkahwinan engkau dengan perempuan ini” Apabila mereka pulang mereka menjadi pasangan yang terkenal di Syam, para penyair berkata :

“Akan diberikan kepada para Shiddiqin dengan kelebihan kebenaran, dan mereka selamat ketika hidup dan juga mati”  

Terj : Mohd Faiz Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ باب رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم  إلى السماء الدنيا NABI SAW MIMPI DIBAWA KE LANGIT DUNIA   ...