Selasa, 22 Februari 2022


 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

باب رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم إلى السماء الدنيا

NABI SAW MIMPI DIBAWA KE LANGIT DUNIA

 

Bab pada menyatakan mimpi Nabi saw dibawa ke langit. Ketahuilah kiranya ya sudaraku ! mimpi itu satu alam yang sangat ajaib sekali telah maklum pada kita semua iaitu Allah Taala telah jadikan ia di dalam tidur. Apabila Tuhan kehendakkan seorang yang tidur itu masuk di dalam yang ajaib di dalam tidurnya, dengan seketika ia tidur melihatlah ia akan apa-apa yang belum pernah dilihat daripada segala perkara yang ajaib itu, seperti bermimpi ia naik ke langit dengan terbang. Dan adalah Nabi saw itu pernah mimpi ia di bawa ke langit dunia.

Maka ini telah datang khabarnya sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh al Imam at Thobrani di dalam Mu’jamnya, diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Samurah Bin Jundub ra adalah Nabi saw tatkala selesai sembahyang Subuh bertanya ia

 هَلْ مِنْكُمْ مَنْ رَأَى رُؤْيَا؟"فَيُعَبِّرُهَا لَهُ، حَتَّى إِذَا أَصْبَحَ يَوْمًا، فَقَالَ:"

 Adakah di kalangan kamu yang bermimpi ? jika ada sahabat yang bermimpi maka menta’bir ia akan mimpinya itu, sehingga suatu hari selepas sembahyang Subuh bersabda ia Adakah di kalangan kamu yang bermimpi ? maka para sahabat diam, lalu bersabda ia

وَلَكِنِّي أَنَا رَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ، أَتَانِي رَجُلانِ، فَقَالا لِي: انْطَلِقْ

Dan tetapi telah melihat aku di dalam tidurku telah datang akan daku dua orang lelaki, maka berkata mereka itu tinggalkan ia,

 فَمَرَّا بِي عَلَى رَجُلٍ فِي يَدَهِ صَخْرَةٌ , يَضْرِبُ بِهَا رَأْسَ رَجُلٍ فَيَنْثُرُ دِمَاغَهُ , فَتَعُودُ الصَّخْرَةُ فِي يَدِهِ , وَيَعُودُ رَأْسُهُ كَمَا كَانَ.  

maka membawa berjalan mereka akan daku sehingga bertemu seorang lelaki di tangannya seketul batu yang besar memukul ia dengannya akan kepala seorang lelaki sehingga terhambur otaknya, maka batu itu kembali ke tangannya dan kembali semula kepala lelaki itu sebagaimana asalnya

قَالَ: فَقُلْتُ: مَا هَذَا؟ فَقَالا: انْطَلِقْ،

Maka bertanya aku apakah ini ? jawab mereka tinggalkan ia

 فَمَرَّا بِي عَلَى رَجُلٍ فِي يَدِهِ كُلابٌ مِنْ حَدِيدٍ يَشُقُّ بِهِ شِدْقَ رَجُلٍ , حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَقْصَاهُ أَخَذَ فِي الآخَرِ عَادَ هَذَا كَمَا كَانَ،

maka membawa berjalan mereka akan daku bertemu seorang lelaki di tangannya ada kulab iaitu pencakok daripada besi mencakok ia akan tulang rahang bagi mulut seorang lelaki  sehingga ke atas, lalu kembali semula sebagaimana asalnya

قُلْتُ: مَا هَذَا؟ فَقَالا لِي: انْطَلِقْ،

Maka bertanya aku apakah ini ? jawab mereka tinggalkan ia

فَمَرَّا بِي عَلَى رَجُلٍ فِي نَهَرٍ مِنْ دَمٍ وَقَدْ أَلْجَمَهُ، وَعَلَى شَطِّ النَّهَرِ رَجُلٌ يُوقِدُ نَارًا فِيهَا حِجَارَةٌ , كُلَّمَا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ أَخَذَ حَجَرًا مِنْهَا فَأَلْقَاهُ فِي فِيهِ فَرَجَعَ،

maka membawa berjalan mereka akan daku bertemu seorang lelaki di dalam sungai darah dan adalah ia di kekang, dan di tepi sungai itu ada lelaki yang menyalakan api di dalamnya batu, setiap kali berkehendak untuk keluar ia maka membaling lelaki itu akan batu api ke dalam mulutnya, maka kembali ia ke dalam sungai.

قُلْتُ: مَا هَذَا؟ قَالا لِي: انْطَلِقْ،

Maka bertanya aku apakah ini ? jawab mereka tinggalkan ia

فَمَرَّا بِي عَلَى بَيْتٍ أَسْفَلُهُ أَضْيَقُ مِنْ أَعْلاهُ , فِيهِ نَاسٌ عُرَاةٌ , يُوقَدُ النَّارُ تَحْتَهُمْ، كُلَّمَا أُوقِدَتْ ضَجُّوا فَإِذَا أُطْفِئَتْ سَكَنُوا.

maka membawa berjalan mereka akan daku melihat sebuah rumah yang bawahnya lebih sempit daripada yang atas, di dalamnya ada manusia yang telanjang, dinyalakan api di bawah mereka itu, setiap kali dinyalakan maka berteriak mereka itu dan apabila dipadamkan senyaplah mereka. Kata setengah menutup Nabi saw akan hidungnya kerana bersangatan bau busuk mereka itu.

قُلْتُ: مَا هَذَا؟ قَالا لِي: انْطَلِقْ،

Maka bertanya aku apakah ini ? jawab mereka tinggalkan ia

فَمَرَّا بِي عَلَى شَجَرَةٍ , تَحْتَهَا رَجُلٌ يُوقِدُ نَارًا وَيُصْلِهَا، فَإِذَا تَفَرَّقَتْ جَمَعَهَا،

maka membawa berjalan mereka akan daku ke sebuah pokok, di bawahnya ada seorang lelaki yang sedang menyalakan api dan membakarnya, maka apabila berpisah ia menghimpunkannya semula

قُلْتُ: مَا هَذَا؟ قَالا لِيَ: انْطَلِقْ،

Maka bertanya aku apakah ini ? jawab mereka tinggalkan ia

حَتَّى أَتَيَا بِي وَسْطَ شَجَرَةٍ، فَإِذَا مَنَازِلُ حِسَانٌ.

Hingga membawa mereka akan daku ke tengah pokok, ada padanya tempat-iempat yang baik,

فَقُلْتُ: مَا هَذَا؟ قَالا لِيَ: انْطَلِقْ،

 Maka bertanya aku apakah ini ? jawab mereka tinggalkan ia

فَانْطَلَقَا بِي حَتَّى أَتَيَا بِي أَعْلَى الشَّجَرَةِ، فَإِذَا مَنَازِلُ هِيَ أَحْسَنُ مِنْهَا، وَإِذَا غُرَفٌ ثَلاثَةٌ.

Kemudian membawa mereka akan daku ke puncak pokok, ada padanya tempat-tempat yang sangat baik dan di dalamnya ada tiga bilik

 قُلْتُ: مَا هَذَا؟ قَالا: عَلَى رِسْلِكَ، أَمَّا الَّذِي فِي يَدِهِ صَخْرَةٌ يَضْرِبُ عَلَى رَأْسِ الرَّجُلِ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ يَنَامُونَ عَنِ الصَّلاةِ، وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: هَذَا الَّذِي أُوتِيَ عِلْمًا فَهُوَ يُوقَظُ لَهُ،

Lalu bertanya aku apakah ini ? kata mereka itu akan kami jelaskan kepada engkau, adapun melihat engkau akan orang yang memukul dengan batu akan kepala seorang lelaki hingga terhambur otaknya itu adalah golongan manusia yang tidur dan lalai mereka itu sehingga tidak sembahyang, dan kata Ibn Abbas inilah yang diberikan ilmu maka dia dibangun baginya

وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي رَأَيْتَ فِي يَدِهِ كُلابٌ يَشُقُّ بِهِ شِدْقَ رَجُلٍ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ يَسْعَوْنَ بِالنَّمِيمَةِ،

Dan adapun orang yang melihat engkau di tangannya pencakok besi mencakok ia akan rahang seorang lelaki adalah golongan yang suka berjalan mereka itu mengadu domba.

وَأَمَّا الَّذِي رَأَيْتَ فِي نَهَرٍ مِنْ دَمٍ فَأُولَئِكَ أَكَلَةُ الرِّبَا،

Dan adapun melihat engkau akan orang yang berada di dalam sungai darah maka mereka itu adalah golongan pemakan riba.

وَأَمَّا الَّذِينَ رَأَيْتَ أَسْفَلُهُ أَضْيَقُ مِنْ أَعْلاهُ , فِيهِ نَاسٌ عُرَاةٌ فَأُولَئِكَ زُنَاةُ الأُمَّةِ، وَكَذَلِكَ يَكُونُونَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ،

Dan adapun melihat engkau akan satu rumah yang bawahnya lebih sempit daripada atasnya dan di dalamnya ada kaum yang bertelanjang maka mereka itu adalah golongan penzina di kalangan umat, jadilah mereka demikian itu sehingga hari kiamat.

Dan pada riwayat Sayidina Ali melihat Nabi saw akan kaum yang ditiup pada duburnya api sehingga keluar daripada mulut hidung dan telinganya, maka mereka adalah golongan peliwat.

 وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي رَأَيْتَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ يُوقِدُ النَّارَ وَيُصْلِحُهَا فَمَالِكٌ خَازِنُ النَّارِ،

Dan adapun melihat oleh engkau akan lelaki yang menyalakan api di bawah pokok adalah ia malaikat penjaga neraka

وَأَمَّا الْمَنَازِلُ الَّتِي رَأَيْتَ وَسْطَ الشَّجَرَةِ فَتِلْكَ مَنَازِلُ الْمُؤْمِنِينَ عَامَّةً، وَهَذِهِ مَنَازِلُ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ، وَهَذِهِ الْغُرْفَةُ لَكَ، وَأَنَا جِبْرِيلُ، وَهَذَا مِيكَائِيلُ".

Dan adapun melihat oleh engkau akan tempat-tempat di tengah pokok, maka yang demikian itu adalah tempat tinggal orang-orang beriman yang awam, dan ini adalah tempat tinggal para Nabi, shiddiqin dan syuhada’, dan bilik ini bagi engkau, dan aku adalah Jibril dan ini adalah Mikail.

Maka ambillah peringatan hal yang demikian itu.

Terjemahan : Mohd Faiz Abdullah

22 Feb 2022

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ باب رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم  إلى السماء الدنيا NABI SAW MIMPI DIBAWA KE LANGIT DUNIA   ...