Jumaat, 11 September 2020

Kisah perempuan yang suka melewat-lewatkan sembahyang


 

وأخرج إبن أبي الدنيا عن عمرو بن دينار قال كان رجل من أهل المدينة له أخت فماتت فجهزها وحملها إلى قبرها فلما دفنت ورجع إلى أهله ذكر أنه نسي كيسا كان معه في القبر فاستعان برجل من أصحابه فأتيا القبر فنبشاه  فوجد الكيس قال للرجل تنح عني حتى أنظر على أي حال أختي فرفع بعض ما على اللحد من اللبن فإذا القبر يشتعل نارا فرده وسوى القبر ورجع إلى أمه فسألها عن حال أخته فقالت كانت تؤخر الصلاة ولا تصلي فيما أظن بوضوء وتأتي أبواب الجيران إذا ناموا فتلقم أذنها أبوابهم فتخرج حديثهم

 

Dikeluarkan oleh Imam Ibn Abid Dunya daripada Amru Bin Dinar ra :

Ada seorang lelaki daripada penduduk Madinah telah kematian saudara perempuannya, lalu ia pun menguruskannya dan membawanya ke kubur. Setelah dikebumikan ia pun pulang ke rumah, tiba-tiba ia terlupa begnya yang tertinggal di dalam kubur, maka ia minta kawan-kawannya untuk menggali semula kubur itu untuk mengambil begnya.

Ia berkata bukalah kubur saudaraku untuk aku lihat keadaannya, apabila ia angkat bata yang menutup lahadnya ia terkejut ada api yang menyala-menyala, maka ia pun menutupnya semula.

Apabila ia pulang ia bertanya kepada ibunya tentang saudara perempuannya itu, kata ibunya “Dia suka melewat-lewatkan sembahyang, sembahyang tanpa wudhuk dan pergi ke pintu-pintu rumah jiran pada waktu malam untuk mendengar perbualan mereka dan menceritakan pada orang ramai”.

Terj: Mohd Faiz Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ باب رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم  إلى السماء الدنيا NABI SAW MIMPI DIBAWA KE LANGIT DUNIA   ...