بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
HADIS
1
IKHLAS
عَنِ الْحَسَنِ الْبَصْرِي
h سَأَلْتُ حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَان h عَنِ الْإِخْلَاصِ مَا هُوَ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ g عَنِ الْإِخْلَاصِ مَا هُوَ سَأَلْتُ جِبْرِيلَ عَنِ الْإِخْلَاصِ
مَا هُوَ سَأَلْتُ رَبَّ الْعِزَّةِ فَقَالَ: الْإِخْلَاصُ
سِرٌّ مِنْ أَسْرَارِي اسْتَوْدَعَتْهُ قَلْبَ مَنْ أَحْبَبْتُهُ مِنْ عِبَادِي. رواه الديلمي
Daripada
al Hasan al Basri ra aku bertanya Huzaifah ra tentang ikhlas, katanya aku
pernah bertanya Nabi saw tentang ikhlas, dan Nabi saw pernah bertanya Jibril as tentang ikhlas, maka
Jibril as juga pernah tanya pada Allah swt tentang ikhlas, maka jawab Allah swt
“Ikhlas itu adalah rahsia daripada
rahsia-rahsiaKu yang Aku simpan ia ke dalam hati mereka yang yang Aku cintai di
kalangan hamba-hambaku”.
HADIS 2
JANGAN MENCELA MASA
عَنْ أَبِى
هُرَيْرَةَ h
قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ g
قَالَ اللَّهُ b
يُؤْذِينِى
ابْنُ آدَمَ يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ بِيَدِي الأَمْرُ أُقَلِّبُ
اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ. رواه البخاري
Daripada
Abu Hurairah ra, daripada Nabi saw bahawasanya ia
bersabda, firman Allah swt “Anak Adam
telah menyakiti Aku dengan mencela masa sedangkan Aku yang menciptakan masa,
dengan kuasaKu berputarnya malam dan siang”.
HADIS 3
SYURGA UNTUK
HAMBA YANG SOLEH
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ h
عَنِ النَّبِيّ
g
قَالَ: قَالَ
اللَّهُ b
أَعْدَدْتُ
لِعِبَادِىَ الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ
عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ. رواه البخاري
Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi saw bersabda
ia, firman Allah swt “Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh apa yang
tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak
pernah terlintas di dalam hati manusia”.
HADIS
4
MEMUDAHKAN URUSAN MANUSIA
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: حُوسِبَ رَجُلٌ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ،
فَلَمْ يُوجَدْ لَهُ مِنْ الْخَيْرِ شَيْءٌ، إِلَّا أَنَّهُ كَانَ يُخَالِطُ
النَّاسَ وَكَانَ مُوسِرًا، فَكَانَ يَأْمُرُ غِلْمَانَهُ أَنْ يَتَجَاوَزُوا عَنْ
الْمُعْسِرِ، قَالَ قَالَ اللَّهُ : نَحْنُ أَحَقُّ بِذَلِكَ مِنْكَ
تَجَاوَزُوا عَنْهُ. رواه مسلم
Daripada Abu Mas'ud al Anshari ra, sabda Nabi saw
“Ada seorang lelaki sebelum kamu yang dihisab, dan tidak ada satupun kebaikan
ada padanya kecuali dia orang yang banyak bergaul dengan manusia, dan dia orang
yang hidupnya senang, serta dia memerintahkan kepada pegawai-pegawainya untuk memudahkan
orang-orang yang susah membayar hutang, kemudian Nabi saw bersabda, Allah swt
berfirman “Kami lebih berhak untuk berbuat itu daripada dia, oleh kerana itu
bebaskan dia”.
HADIS 5
HIDUP JANGAN
SUKA BERMUSUH
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ h أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ g قَالَ: تُفْتَحُ أَبْوَابُ
الْجَنَّةِ يَوْمَ الِإثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ
لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا، إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ
أَخِيهِ شَحْنَاءُ، فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا،
أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا.رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Nabi saw
telah bersabda, “Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan hari Khamis,
maka diampunkan setiap hamba yang tidak menyekutukan Allah swt dengan sesuatu
apa pun, kecuali seorang laki-laki
yang di antaranya
dan saudaranya bermusuhan, maka dikatakan kepadanya, tangguhlah sehingga
keduanya berdamai (tiga kali)”.
HADIS 6
RAHMAT
ALLAH SWT
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ h
قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ g
قَالَ اللَّهُ b
إِذَا هَمَّ
عَبْدِىي بِسَيِّئَةٍ فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا
سَيِّئَةً وَإِذَا هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا حَسَنَةً
فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا عَشْرًا. رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi saw bahawasanya ia bersabda, firman Allah swt “Apabila
hambaku bercadang hendak melakukan kejahatan maka janganlah kamu wahai malaikat
menulisnya jika ia melakukannya maka tulislah satu kejahatan, dan apabila ia
bercadang hendak melakukan kebaikan tetapi ia tidak melakukannya maka tulislah
satu kebaikan dan jika ia melakukannya maka tulislah sepuluh kebaikan”.
HADIS 7
ORANG-ORANG
YANG ANGKUH
عَنْ
أَبِى هُرَيْرَةَ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: احْتَجَّتِ النَّارُ وَالْجَنَّةُ
فَقَالَتْ هَذِهِ يَدْخُلُنِى الْجَبَّارُونَ وَالْمُتَكَبِّرُونَ. وَقَالَتْ
هَذِهِ يَدْخُلُنِى الضُّعَفَاءُ وَالْمَسَاكِينُ فَقَالَ اللَّهُ b لِهَذِهِ أَنْتِ عَذَابِى أُعَذِّبُ بِكِ مَنْ أَشَاءُ وَقَالَ لِهَذِهِ
أَنْتِ رَحْمَتِى أَرْحَمُ بِكِ مَنْ أَشَاءُ وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْكُمَا
مِلْؤُهَا . رواه مسلم
Daripada Abu
Hurairah ra, sabda Nabi saw “Neraka dan syurga berhujah, maka kata neraka
orang-orang yang angkuh dan sombong banyak masuk ke dalamku maka kata syurga
orang-orang yang lemah dan miskin banyak masuk ke dalamku, lalu kata Allah swt
kepada neraka engkau adalah azab bagiKu, Aku azab dengan engkau sesiapa yang
yang Aku mahu dan engkau syurga adalah rahmat bagiKu, Aku merahmati dengan
engkau sesiapa yang Aku kehendaki, dan bagi setiap satu daripada kamu berdua
akan mengisinya”.
HADIS 8
BAIK SANGKA PADA ALLAH
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ h
عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ g
أَنَّهُ قَالَ: قَالَ اللَّهُ b
أَنَا عِنْدَ
ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ حَيْثُ يَذْكُرُنِي. رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi saw bahawasanya
ia bersabda, firman Allah swt “Aku sentiasa di sisi sangkaan hambaKu pada Aku
dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu”.
HADIS 9
PERKARA
PERTAMA YANG DIHISAB
عَنْ أَبِي
هُرَيرَةَ h
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِg إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ
وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ
فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ b: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ
تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ، ثُمَّ يَكُونُ
سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ. رواه الترمذي
Daripada Abu Hurairah ra, sabda Nabi saw,
“Sesungguhnya perkara pertama yang dihisab akan seorang hamba itu daripada
amalannya pada hari kiamat ialah solatnya, jika baik solatnya ia akan selamat
dan berjaya, jika rosak maka dia akan kecewa dan rugi, sekiranya solatnya
kurang sempurna, maka kata Allah swt “Lihatlah apakah bagi hambaku ini
melakukan solat sunat yang boleh menyempurnakan solat fardhunya, kemudian
begitu juga terhadap amalannya yang lain”.
HADIS
10
SOLAT
DENGAN SEMPURNA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ h
قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ g:
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا صَلَّى فِي الْعَلاَنِيَةِ فَأَحْسَنَ وَصَلَّى فِي
السِّرِّ فَأَحْسَنَ قَالَ اللَّهُ b:
هَذَا عَبْدِي حَقًّا. رواه ابن ماجه
Daripada Abu Hurairah ra,
sabda Nabi saw “Sesungguhnya seorang hamba apabila ia sembahyang di kalayak
ramai lalu ia perelokkan dan ia sembahyang ketika tersembunyi lalu ia
perelokkan maka kata Allah swt, ini adalah hambaku yang benar”.
HADIS 11
KELEBIHAN
BERWUDHU’ PADA WAKTU MALAM
عَنْ عُقْبَةَ بْنَ
عَامِرٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِg : يَقُومُ الرَّجُلُ مِنْ أُمَّتِي مِنَ اللَّيْلِ
فَيُعَالِجُ نَفْسَهُ إِلَى الطَّهُورِ وَعَلَيْهِ عُقَدٌ فَإِذَا وَضَّأَ
يَدَيْهِ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، وَإِذَا وَضَّأَ وَجْهَهُ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ،
وَإِذَا مَسَحَ رَأْسَهُ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، وَإِذَا وَضَّأَ رِجْلَيْهِ
انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَيَقُولُ الله b لِلَّذِينَ وَرَاءَ الْحِجَابِ: انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي هَذَا
يُعَالِجُ نَفْسَهُ يَسْألُني، مَا سَأَلَنِي عَبْدِي هَذَا فَهُوَ لَهُ. رواه أحمد
Daripada Uqbah Bin Amir ra, sabda Nabi saw “Seorang
lelaki di kalangan umatku bangun di waktu malam lalu ia mempersiapkan dirinya
untuk berwudhu’ dan atasnya beberapa ikatan, maka apabila ia membasuh dua
tangannya akan terbukalah satu ikatan, apabila ia membasuh mukanya akan
terbukalah satu ikatan, apabila ia menyapu kepalanya akan terbukalah satu
ikatan dan apabila ia membasuh dua kakinya akan terbukalah satu ikatan, maka
kata Allah swt bagi orang orang-orang di sebalik hijab “Lihatlah kepada hambaKu
ini ia mempersiapkan dirinya untuk berwudhu’ untuk meminta kepada Aku, tidaklah
hambaKu minta kepadaKu maka aku beri kepadanya”.
HADIS 12
BERILAH
INFAQ
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِg عَنِ اللهِ b: أَنْفِقْ أُنْفِقُ عَلَيْكَ. رواه أحمد
Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi saw
bahawasanya ia bersabda, firman Allah swt “Berilah infaq nescaya Aku akan beri
infaq kepada kamu”.
HADIS 13
SUMPAH
IBLIS
عَنْ أَبِي سَعِيد الْخُدْرِي
h قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ
اللهِ g يَقُولُ: قَالَ إِبْلِيسُ
لِرَبِّهِ بِعِزَّتِكَ وَجَلَالِكَ لَا أَبْرَحُ أُغْوِي بَنِي آدَمَ مَا دَامَتِ
الْأَرْوَاحُ فِيهِمْ فَقَالَ لَهُ رَبُّهُ بِعِزَّتِي وَجَلَالِي لَا أَبْرَحُ أَغْفِرُ
لَهُمْ مَا اسْتَغْفِرُونِي. رواه احمد
Daripada Abi Said al Khudri ra, aku dengar Nabi saw
bersabda “Iblis berkata kepada Tuhannya demi kemuliaan dan keagungan Engkau
wahai Tuhan aku akan sentiasa menyesatkan anak Adam selagi mana mereka ada ruh
maka jawab Allah swt demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku akan sentiasa
mengampuni mereka selagi mana mereka sentiasa meminta ampun kepadaKu”.
HADIS 14
RUMAHKU
IALAH MASJID
عَنْ أَبِي سَعِيد الْخُدْرِي
h قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِg يَقُولُ اللهُ b: إنَّ بُيُوتِي فِي الْأَرْضِ الْمَسَاجِدُ وَإِنَّ زُوَّارِي فِيهَا
عمَّارُهَا. رواه أبو نعيم
Daripada
Abu Said al Khudri ra, daripada Nabi saw bahawasanya ia bersabda,
firman Allah swt “Sesunggguhnya rumah-rumah Aku di bumi adalah masjid-masjid
dan para penziarahKu adalah orang-orang yang mengimarahkannya”.
HADIS 15
HAMBA
YANG DICINTAI ALLAH
عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِg عَنِ اللهِ b : عَبْدِي
الْمُؤْمِنِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ بَعْضِ مَلَائِكَتِي. رواه الطبراني
Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi saw
bahawasanya ia bersabda, firman Allah swt “HambaKu yang beriman lebihKu cintai
daripada sebahagian para malaikatKu”
HADIS 16
MENGHADAPI
UJIAN DENGAN SABAR
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِg عَنْ
جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ عَنِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ: إِذَا
وَجَّهْتُ إِلَى عَبْدٍ مِنْ عَبِيدِي مُصِيبَةً فِي بَدَنِهِ أَوْ مَالِهِ أَوْ
وَلَدِهِ ، ثُمَّ اسْتَقْبَلَ ذَلِكَ بِصَبْرٍ جَمِيلٍ اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنْ أَنْصِبَ لَهُ مِيزَانًا أَوْ أَنْ أَنْشُرَ لَهُ
دِيوَانًا. رواه الدينوري
Daripada Anas Bin Malik ra, sabda
Nabi saw daripada Jibril as firman Allah swt “Apabila Aku timpakan kepada
seorang di kalangan hamba-hambaKu sesuatu musibah pada tubuh badannya atau
hartanya atau anaknya lalu ia menghadapinya dengan sabar yang indah maka Aku
merasa malu padanya di hari kiamat untuk meletihkannya di mizan atau Aku
bentangkan ia di dalam buku catatan”.
HADIS 17
ANAK PANAH
IBLIS
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍh قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِg عَنِ اللهِ b: النَّظْرَةُ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيس مَنْ تَرَكَهَا مِنْ
مَخَافَتِي أَبْدَلْتُهُ إِيمَانًا يَجِدُ حَلَاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ. رواه الطبراني
Diriwayatkan oleh Ibn Masud ra, daripada Nabi saw
bahawasanya ia bersabda, firman Allah swt “Pandangan itu adalah satu anak panah
daripada anak panah iblis, maka barangsiapa yang menjaga pandangannya kerana
takut kepada Aku, nescaya aku beri kemanisan iman ke dalam hatinya”.
HADIS 18
BAIK
AKHLAK DENGAN ORANG KAFIR
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ h أَنّ رَسُولَ اللَّهِ g قَالَ: أَوْحَى اللَّهُ إِلَى إِبْرَاهِيمَ: يَا خَلِيلِي !
حَسِّنْ خُلُقَكَ وَلَوْ مَعَ الْكَافِرِ تَدْخُلُ مَدْخَلَ الأَبْرَارِ فَإِنَّ
كَلِمَتِي سَبَقَتْ لِمَنْ حَسُنَ خُلُقُهُ أَنْ أُظِلَّهُ تَحْتَ عَرْشِي وَأَنْ
أَسْقِيَهُ مِنْ حَظِيرَةِ قُدْسِي وَأَنْ أُدْنِيَهُ مِنْ جِوَارِي. رواه الطبراني
Daripada Abu Hurairah ra bahawa
Rasulullah saw bersabda, Allah mewahyukan
kepada Nabi Ibarhim as “Wahai kekasihku baiklah akhlak sekalipun dengan
orang-orang kafir maka engkau akan masuk ke dalam pintu-pintu kebaikan,
sesungguhnya kalimatKu mendahului mereka yang baik akhlaknya, Aku akan
menaunginya di bawah arashKu dan Aku akan menempatkannya di tempat kemulianKu
dan Aku akan mendekatkannya dengan jiran-jiranKu”.
HADIS 19
MEMAAFKAN
MANUSIA
عَنْ أُمِّ هَانِئ i قَالَتْ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ g يُنَادِي الْمُنَادِي: يَا أَهْلَ
التَّوْحِيدِ لَيَعْفُوا بَعْضُكُمْ عَنْ بَعْضٍ وَعَلَيَّ الثَّوَابَ. رواه الطبراني
Daripada Ummu Hani’ ra, sabda Nabi
saw menyeru oleh yang maha menyeru “Wahai sekalian ahli Tauhid hendaklah kamu
saling memaafkan antara satu sama lain dan atasKu pahala”
HADIS 20
KELEBIHAN
ULAMA’
عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: يَبْعَثُ اللَّهُ الْعِبَادَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ
يُمَيِّزُ الْعُلَمَاءَ فَيَقُولُ: يَا مَعْشَرَ الْعُلَمَاءِ! إِنِّي لَمْ أَضَعْ
فِيكُمْ عِلْمِي وَأَنَا أُرِيدُ أَنْ أُعَذِّبَكُمْ، اذْهَبُوا فَقَدْ غَفَرْتُ
لَكُمْ. رواه الطبراني
Daripada Abi Musa al A’syari ra,
sabda Nabi saw “Allah membangkitkan hamba-hambanya di hari kiamat kemudian Dia
memberi keistimewaan kepada para ulama’, Allah swt berkata “Wahai sekalian para
ulama’ sesungguhnya Aku tidaklah memberikan ilmu Aku ke atas kamu semua dan Aku berkehendak untuk mengazab kamu,
pergilah kamu semua dan Aku ampunkan dosa-dosa kamu”.
HADIS 21
ORANG
ZALIM DAN MEREKA YANG DIZALIMI
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g قَالَ رَبُّكُمْ:
وَعِزَّتِي وَجَلالِي لأَنْتَقِمَنَّ مِنَ الظَّالِمِ فِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ
وَلأَنْتَقِمَنَّ مِمَّنْ رَأَى مَظْلُومًا فَقَدَرَ أَنْ يَنْصُرَهُ فَلَمْ
يَفْعَلْ. رواه الطبراني
Daripada Ibn Abbas ra, sabda Nabi
saw, berkata Tuhan kamu “Demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku amat berdendam
pada orang-orang yang melakukan kezaliman di dunia dan juga di akhirat dan aku
amat berdendam pada orang yang melihat saudaranya dizalimi sedangkan dia mampu
tolong tetapi dia tidak menolongnya”
HADIS 22
MEMUJI
ALLAH SWT APABILA MENERIMA UJIAN
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: إِنَّ اللَّهَ b يَقُولُ لِلْمَلائِكَةِ: انْطَلِقُوا إِلَى عَبْدِي،
فَصُبُّوا عَلَيْهِ الْبَلاءَ صَبًّا، فَيَأْتُونَهُ فَيَصُبُّونَ عَلَيْهِ
الْبَلاءَ، فَيَحْمَدُ اللَّهَ، فَيَرْجِعُونَ، فَيَقُولُونَ: يَا رَبَّنَا،
صَبَبْنَا عَلَيْهِ الْبَلاءَ صَبًّا كَمَا أَمَرْتَنَا، فَيَقُولُ: ارْجِعُوا
فَإِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَ صَوْتَهُ.
رواه الطبراني
Daripada Abi Umamah ra, sabda Nabi saw, firman Allah
swt “Pergilah kamu wahai malaikat kepada hambaKu, timpakan kepadanya ujian,
lalu para malaikat pun pergi dan menimpakan ujian, lalu hamba itu memuji Allah
swt, maka mereka pun kembali, mereka berkata Wahai Tuhan kami, kami telah
menimpakan ke atas hamba itu akan ujian sebagaimana yang telah Engkau
perintahkan kepada Kami, maka kata Allah pulanglah kerana Aku suka mendengar
suaranya”.
HADIS 23
KUAT BERAMAL
KETIKA SIHAT
عَنْ أَبِي مُوسَى g قاَلَ: قاَلَ رَسُولُ
اللهِg إنّ
الله تعالى يَكْتُبُ لِلْمَرِيضِ أفْضَلُ مَا كانَ يَعْمَلُ في صِحَّتهِ مَا دَامَ
فِي وِثاقِهِ وَلِلْمُسَافِرِ أَفْضَلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ فِي حَضَرِهِ. رواه الطبراني
Daripada Abu Musa ra, daripada Nabi saw bahawasanya ia
bersabda, firman Allah swt “Ditulis bagi orang yang sakit itu amalan yang
paling afdhal yang ia lakukan ketika sihat dan ditulis bagi orang yang musafir
amalan yang paling afdhal ketika ia tidak musafir”.
HADIS 24
ALLAH SWT
HIMPUNKAN ZURIAT KETURUNANNYA DI DALAM DI SYURGA
عَنِ
ابْنِ عَبَّاسٍ k
أَنّ النَّبِيَّ g
قَالَ : إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ الْجَنَّةَ سَأَلَ عَنْ أَبَوَيْهِ وَزَوْجَتِهِ
وَوَلَدِهِ فَيُقَالُ لَهُ : إِنَّهُمْ لَمْ يَبْلُغُوا دَرَجَتَكَ وَعَمَلَكَ
فَيَقُولُ: يَا رَبِّ ، قَدْ عَمِلْتُ لِي وَلَهُمْ، فَيُؤْمَرُ بِإِلْحَاقِهِمْ
وَتَلا ابْنُ عَبَّاسٍ: وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ
بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا
بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ. رواه الطبراني
Daripada
Ibn Abbas ra, bahawasanya Nabi saw bersabda ia “Apabila seorang lelaki itu masuk ke syurga ia bertanya
tentang kedua ibu bapanya, isterinya dan anaknya, lalu Allah swt berkata
sesungguhnya mereka tidak sampai ke darjat engkau dan amalan engkau, lalu ia
berkata Ya Allah aku beramal untuk diriku dan untuk mereka, maka ia diperintahkan
bersama mereka, Ibn Abbas ra membaca ayat Surah at Thur 21 “Dan orang-orang
beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami
himpunkan zuriat keturunannya itu dengan mereka di syurga”.
HADIS 25
SYARAT
DIKABULKAN DOA
عَنْ عَائِشَةَ i قَالَتْ: قَالَ
رَسُولُ اللهِg عَنِ اللهِ b: مُرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَوا عَنِ الْمُنْكَرِ مِنْ قَبْلِ
أَنْ تَدْعُونِي فَلَا أُجِيبُ لَكُمْ وَتَسْأَلُونِي فَلَا أُعْطِيكُمْ
وَتَسْتَنْصُرُونِي فَلَا أَنْصُرُكُمْ. رواه الديلمي
Daripada Aisyah ra bahawasanya
Nabi saw bersabda ia,
firman Allah swt “Hendaklah kamu menyuruh dalam perkara ma’ruf dan cegahlah
kemungkaran, jika kamu tidak melakukannya kamu berdoa Aku tidak kabulkan dan
apabila kamu minta kepada Aku, maka aku tidak akan memberi, dan apabila kamu minta
tolong kepada Aku, maka Aku tidak akan menolong kamu”.
HADIS 26
REDHA DENGAN
KETENTUAN TUHAN
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ k قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِ g بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِنَّ مَنِ اسْتَسْلَمَ
لِقَضَائِي وَرَضِيَ بِحُكْمِي وَصَبَرَ عَلَى بَلَائِي بَعَثْتُهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ مَعَ الصِّدِّيقِينَ. رواه الديلمي
Daripada Ibn Abbas ra, sabda Nabi saw “Sesungguhnya di
antara yang pertama yang Allah swt tulis di Luh Mahfuz ialah بسم الله
الرحمن الرحيم kata Allah swt “Barangsiapa yang redha dengan
ketentuanKu dan redha dengan hukumanKu dan bersabar dengan ujianku maka aku
akan bangkitkan dia pada hari kiamat bersama golongan shiddiqin”.
HADIS 27
INGAT
ALLAH SWT KETIKA MARAH
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ g عَنِ اللهِ b: مَنْ ذَكَرَنِي حِينَ
يَغْضَبُ ذَكَرْتُهُ حِينَ أَغْضَبُ وَلَا أَمْحَقُهُ فِيمَنْ أَمْحَقُ. رواه الديلمي
Daripada Anas Bin Malik ra, bahawasanya
Nabi saw bersabda ia, firman Allah swt “Barangsiapa yang ingat Aku ketika ia marah
maka Aku akan ingat dia ketika Aku marah dan tidaklah Aku bakar dia di kalangan
mereka yang Aku bakar”.
HADIS 28
KATAKAN
BAIK PADA MAYAT
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g:
مَا مِنْ مَيِّتٍ يَمُوتُ يَشْهَدُ عَلَيْهِ رَجُلَانِ مِنْ جِيرَانِهِ
الْأَدْنِينَ فَيَقُولَانِ أَلا لَا نَعْلَمُ إِلَّا خَيْرًا إِلَّا قَالَ اللهُ
لِمَلَائِكَتِهِ أَشْهَدُكُمْ أَنِّي قَدْ قَبِلْتُ شَهَادَتَهُمَا وَغَفَرْتُ
لَهُ مَا لَا يَعْلَمُونَ. رواه الديلمي
Daripada Anas Bin Malik ra, sabda
Nabi saw “Tidak ada seseorang yang meninggal dunia lalu disaksikan oleh dua
orang jirannya mereka berkata kami tidak tahu si mayat ini melainkan dia orang
baik maka Allah swt akan berkata kepada para malaikatnya, aku bersaksi kepada
kamu semua bahawasanya aku menerima penyaksian mereka berdua, aku ampunkan
dosa-dosanya sedangkan mereka tidak mengetahui kejahatannya”.
HADIS 29
MERENDAH
DIRI PADA KBESARAN TUHAN
عَنْ حَارِثَةَ بْنِ وَهْبٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِg عَنِ اللهِ b : لَيْسَ كُلُّ مُصَلٍّ يُصَلِّي إِنَّمَا أَتَقَبَّلُ الصَّلَاةَ
مِمَّنْ تَوَاضَعَ لِعِظْمَتِي وَكَفَّ شَهْوَاتِهِ عَنْ مَحَارِمِي وَلَمْ يصِرُّ
عَلَى مَعْصِيَتِي. رواه الديلمي
Daripada Harithah ra, bahawasanya
Nabi saw bersabda ia, firman Allah swt “Tidaklah orang yang sembahyang itu
sembahyang, hanyasanya Aku menerima mereka yang sembahyang di kalangan mereka
yang merendah diri pada kebesaranKu, dan menahan syahwatnya daripada segala
yang Aku haramkan dan dia tidak derhaka kepadaKu”.
HADIS 30
TIDUR DALAM KEADAAN TAAT
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: إِذَا نَامَ الْعَبْدُ فِي سُجُودِهِ
بَاهَى اللَّهُ b بِهِ مَلائِكَتَهُ قَالَ: انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي رُوحُهُ عِنْدِي
وَجَسَدُهُ فِي طَاعَتِي. رواه الديلمي
Daripada Anas Bin Malik ra, sabda Nabi saw “Apabila
seorang hamba itu sujud kepada Allah swt, maka Allah swt akan berbangga pada
para malaikatNya, kata Allah swt lihatlah kepada hambaKu rohnya di sisiKu dan
jasadnya dalam mentaatiKu”.
HADIS 31
TIGA MASA
BAGI ORANG BERAQAL
عَنْ أَبِي ذَرٍّ h قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِg عَنِ الله b : عَلَى الْعَاقِلِ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَلَاث سَاعَاتٍ: سَاعَةٌ
يُنَاجِي فِيهَا رَبَّهُ وَسَاعَةٌ يُحَاسِبُ فِيهَا نَفْسَهُ وَسَاعَةٌ يَخْلُو فِيهَا
بِمَطْعَمِهِ وَمَشْرَبِهِ. رواه ابن حبان
Daripada Abu Zar ra, bahawasanya
Nabi saw bersabda ia,
firman Allah swt “Ke atas orang berakal itu mesti ada tiga waktu baginya, waktu
bermunajat dengan Tuhannya, waktu bermuhasabah akan dirinya dan waktu ia sunyi
daripada makanan dan minuman”.
HADIS 32
ALLAH SWT
MALU MENGAZAB ORANG TUA
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِ g يَقُولُ اللهُ b : إِنِّي لَأَسْتَحِي
مِنْ عَبْدِي وَأُمَّتِي يَشِيبَانِ فِي الْإِسْلامِ فَتُشِيبُ لِحْيَةُ عَبْدِي وَرَأْسُ
أُمَّتِي فِي الْإِسْلَامِ أُعَذِّبُهُمَا فِي النَّارِ بَعْدَ ذَلِكَ. رواه أبو يعلى
Daripada Anas Bin Malik ra, bahawasanya
Nabi saw bersabda ia, firman Allah swt “Sesungguhnya Aku malu mengazab hambaKu di dalam Islam
yang beruban pada janggut dan di kepalanya”.
HADIS 33
AKHLAK BAIK
DAN BURUK
عَنِ ابْنِ عُمَرَ k قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِ gيَقُولُ اللهُ
b: أَنَا اللهُ خَلَقْتُ الْعِبَادَ بِعِلْمِي فَمَنْ أَرَدْتَ بِهِ
خَيْرًا مَنَحْتُهُ خَلْقًا حَسَنًا وَمَنْ أَرَدْتُ بِهِ سُوءًا مَنَحْتُهُ خَلْقًا
سَيِّئًا. رواه أبو الشيخ
Daripada Ibn Umar ra, sabda Nabi saw , bahawasanya
Allah swt berfirman “Sesungguhnya Aku Allah, Aku menciptakan semua hambaKu
dengan ilmuKu, maka barangsiapa yang Aku mahukan padanya kebaikan Aku beri
kepadanya akhlak yang baik dan barangsiapa yang Aku mahu keburukan padanya Aku
beri kepadanya akhlak yang buruk”.
HADIS 34
MENGUMPAT
MENGHAPUSKAN AMALAN
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِ g: إِنَّ الرَّجُلَ لَيُؤْتَى كِتَابُهُ مَنْشُورًا فَيَقُولُ: يَا
رَبّ فَأَيْنَ حَسَنَاتٌ كَذَا وَكَذَا عَمِلْتُهَا لَيْسَتْ فِي صَحِيفَتِي؟ فَيَقُولُ:
مُحِيتُ بِاغْتِيَابِكَ النَّاس. رواه
الأصبهاني
Daripada Abi Umamah ra, sabda Nabi saw “Sesungguhnya
seorang lelaki diberikan kitab catatannya lalu ia berkata wahai Tuhan di
manakah amal kebaikanku sekian sekian yang telah aku lakukan, ia tidak ada di
dalam kitab catitanku, maka kata Allah, aku telah menghapuskannya kerana engkau
banyak mengumpat manusia”.
HADIS 35
SEBUK
BERZIKIR
عَنْ حُذَيْفَةَ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ g عَنِ اللهِ b: مَنْ شَغَلَهُ ذِكْرِي عَنْ مَسْأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ قَبْلَ أَنْ
يَسْأَلَنِي. رواه ابو نعيم
Daripada Huzaifah ra, bahawasanya
Nabi saw bersabda ia daripada Allah swt “Barangsiapa yang sebuk berzikir kepada Aku daripada
meminta kepada Aku, maka Aku akan beri kepadanya sebelum ia meminta kepada Aku”.
HADIS 36
KHIDMAT
KEPADA ALLAH SWT
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِ g عَنِ اللهِ b: يَا دُنْيَا اخْدُمِي مَنْ
خَدَمَنِي وَاسْتَخْدِمِي مَنْ خَدَمَكَ. رواه القضاعي
Daripada Ibn Masud ra, sabda Nabi
saw, firman Allah swt “Wahai dunia hendaklah engkau berkhidmat kepada orang
yang berkhidmat kepada Aku dan khidmatlah engkau dengan cara yang hina pada
orang yang berkhidmat pada engkau”.
HADIS 37
PEMUDA
YANG MENINGGALKAN SYAHWATNYA
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِ g يَقُولُ اللهُ b: الشَّابُ الْمُؤْمِنُ بِقَدْرِي الرَّاضِي بِكِتَابِي الْقَانِعُ
بِرِزْقِي التَّارِكُ لِشَهْوَتِهِ مِنْ أَجْلِي هُوَ عِنْدِي كَبَعْضِ مَلَائِكَتِي.
رواه الديلمى
Daripada Anas Bin Malik ra, bahawasanya
Nabi saw bersabda ia, firman Allah swt “Pemuda yang beriman, dia sentiasa redha dengan
ketentuanKu, dia sentiasa merasa cukup dengan rezkiKu, dia meninggalkan
syahwatnya keranaKu, maka Dia di sisiKu seperti sebahagian malaikatKu”.
HADIS 38
TIGA
PERKARA YANG MESTI DIJAGA
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِg عَنِ الله b: ثَلَاثٌ مَنْ حَافَظَ عَلَيْهِنَّ كَانَ وَلِيِّي حَقًّا وَمَنْ
ضَيَّعَهُنَّ كَانَ عَدُوِّي حَقًّا, الصَّلَاةُ وَالصَّوْمُ وَالْغُسْلُ مِنَ الْجَنَابَةِ.
رواه البيهقي
Daripada Anas Bin Malik ra, sabda
Nabi saw, firman Allah swt “Tiga perkara yang apabila seseorang itu menjaganya
maka dia adalah benar-benar kekasihKu dan barangsiapa yang mensia-siakannya dia
benar-benar musuhKu iaitu sembahyang, puasa dan mandi junub”.
HADIS 39
SENTIASA
MENOLONG ORANG WALAUPUN DIRINYA SUSAH
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: يَقُولُ اللهُ
تَعَالَى: مَنْ بَرَّ أَحَدًا مِنْ خَلْقِي ضَعِيفًا فَلَمْ يَكُنْ مَعَهُ مَا يُكَافِيهِ
عَلَيْهِ كَافِيَتِهِ أَنَا عَلَيْهِ. رواه الخطيب
Daripada Anas Bin Malik ra, bahawasanya
Nabi saw bersabda ia, firman Allah swt “Barangsiapa yang melakukan kebaikan kepada makhlukKu
yang lemah sedangkan tidak ada apa yang boleh mencukupkannya maka Aku akan
mencukupkan ke atasnya”.
HADIS 40
LIDAH DIAZAB
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ g لَيْسَ شَىْءٌ مِنَ الْجَوَارحِ
يُعَذَّبُ أَشَدُّ مِنَ اللِّسَانِ يَقُولُ اللِّسَانُ يَا رَبّ عَذَبْتَنِي بِعَذَابٍ
لَا يُعَذَّبُ بِهِ الْجَسَدُ قَالَ خَرَجْتَ مِنْكَ كَلِمَةً بَلَغَتِ الْمَشْرِقُ
وَالْمَغْرِبُ فَسَفَكَ بِهَا الدِّمَاءُ وَعِزَّتِي لَأُعَذِّبَنَّكَ عَذَابًا لَا
أُعَذِّبُهُ شَيْئًا مِنَ الْجَوَارِحِ. رواه أبو نعيم
Daripada Anas Bin Malik
ra, sabda Nabi saw “Tidak ada sesuatu daripada anggota yang sangat dahsyat
diazab lebih daripada lidah lalu lidah berkata wahai Tuhan ! Engkau mengazab aku dengan azab yang tidak
dikenakan pada anggota lain, lalu kata Allah telah keluar daripada engkau akan
satu ucapan yang telah sampai ke timur dan barat sehingga menumpahkan darah,
demi kemulianKu, Aku akan azab engkau dengan azab yang Aku tidak azab pada
anggota lain”.
Terj : Mohd Faiz Abdullah
5 Jan 2020 – 9 Jamadil
Awwal 1441
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan