بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
1
SANGKA BAIK
DENGAN ALLAH SWT
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِg إِنَّ اللهَ يَقُولُ:
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا دَعَانِي.
رواه مسلم (۷۰۰٥)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Hurairah ra
katanya, bahawa Nabi saw bersabda sesungguhnya Allah swt berfirman “Aku
mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersamanya apabila ia berdoa
kepadaKu”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Jangan salah sangka engkau kepada Allah Ta’ala, yakni
jangan kata dalam hati engkau bahawa Tuhan tidak menolong engkau apabila engkau
minta sesuatu kepadaNya, dan jangan kata Tuhan itu tidak mahu memberi engkau,
bahkan hendaklah baik sangka kepada Allah Ta’ala itu dan kuat percaya kepadaNya.
Maka apabila engkau tidak baik sangka kepada Allah
itu, nescaya tidak ditolongnya dan tiada maqbulnya sebagai kehendak engkau.
Maka baik sangka itu di dalam hati, iaitu cukup yakin dan percaya kepada Allah
menyampaikan maksud engkau.
Maka apabila di dalam hati engkau kuat ke sebelah
percaya dan ringan ke pihak tidak yakin dan percaya dinamakan demikian itu
zhon. Dan apabila sama kuat percaya dan tidak percaya dinamakan syak, dan
apabila kuat sebelah tidak percaya dinamakan waham.
Tetapi syara’ kita menyuruh umat Muhammad itu biar
baik sangka dengan Allah yakni biar kuat percaya dan yakin di dalam hati akan
Allah itu menolong hambanya dan belas kasihannya dan diqabulkannya apa
pintanya.
Jangan
goyang di hati akan suatu yang dikehendak daripadanya itu adakah diberikannya
atau tidak, atau kurang harap, maka iaitu tidak baik sangka dan tidak yakin
namanya.
2
KELEBIHAN
ORANG FAKIR
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ
مُغَفَّلٍ h قَالَ: قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبيِّ g: يَا رَسُولَ اللهِ وَاللهِ إِنِّي
لَأُحِبُّكَ فَقَالَ انْظُرْ مَا تَقُولُ, قَالَ وَاللهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ,
فَقَالَ انْظُرْ مَا تَقُولُ قَالَ وَاللهِ إنِّي لَأُحِبُّكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ:
إِنْ كُنْتَ تُحِبُّنِي فَأَعِدَّ لِلْفَقْرِ تِجْفَافاً فَإِنَّ الْفَقْرَ
أَسْرَعُ إِلَى مَنْ يُحِبُّنِي مِنَ السَّيْلِ إِلَى مُنْتَهَاهُ. رواه الترمذي (۲۳٥۰)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abdullah Bin Mughaffal ra katanya, bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi saw
“Ya Rasulallah demi Allah sesungguhnya aku amat mencintaimu” Sabda Nabi
saw “Fikir baik-baik apa yang engkau
katakan itu jangan berkata sahaja” Katanya lagi “Demi Allah sesungguhnya aku
amat mencintaimu” Sabda Nabi s.a.w
“Fikir baik-baik apa yang engkau katakan itu jangan berkata sahaja” Katanya lagi “Demi Allah sesungguhnya aku
amat mencintaimu” sehingga tiga kali, maka sabda Nabi saw “Sekiranya benar
engkau amat mencintaiku sediakanlah bagi orang fakir itu pakaian yang
memelihara engkau daripada sifat-sifat keji, kerana orang fakir itu hatinya
lebih cepat mencintaiku daripada air yang mengalir ke muaranya”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Faqir itu amat besar
kelebihannya, setengah daripadanya menjadikan seseorang itu merendah diri, dan
hina, dan jauh daripada takabbur dan membesar diri, dan mengurangkan hisab di
negeri akhirat.
Bersalahan
kaya, maka kaya itu menjadikan seseorang yang kaya itu membesar diri dan
sombong, dan bermegah-megah diri, dan mahu jahat, dan jadi berat hisab atasnya
di negeri akhirat.
Kata al Imam al
Ghazzali ra di dalam Ihya’, tiap-tiap orang yang tiada berharta dinamakan dia
faqir. Maka terupa ia atas lima kelakuan pada waktu faqirnya.
Pertamanya : Bahawa ada ia kira-kiranya jikalau
diberi akan dia harta, nescaya benci ia akan dia dan rasa mudharat padanya,
maka lari ia daripada mengambilnya hal keadaannya benci baginya dan
memeliharakan dirinya daripada kejahatannya dan kemashghulannya, maka ini ialah
zuhud.
Keduanya : Faqir yang adalah ia
sekiranya-kiranya tiada gemar ia padanya akan sebagai gemar yang menyukakan dia
dapatnya, dan tiada benci pula ia akan sebagai benci macam mudharat padanya,
dan zahid ia padanya jikalau datang ia padanya. Maka orang ini dinamakan dia
orang yang redha.
Ketiganya : Faqir yang suka ada hartanya lebih
suka daripada tidak adanya, kerana gemar baginya padanya tetapi tidaklah pula
sukanya itu sampai bangkit menuntutnya dengan sungguhnya, bahkan jika datang
harta itu dengan baik-baik dan tiada berpenat lelah diambilnya dan suka cita ia
dengan dia, dan jika berkehendak kepada berpenat-penat menuntutnya tiada mahu
ia berbimbang dengan dia. Maka orang ini dinamakan dia qani’ ertinya
orang yang suka redha akan yang ada padanya, kerana ia suka redha akan dirinya
dengan yang maujud hingga ditinggalkannya menuntutnya serta barang yang ada
padanya daripada gemar yang dhaif.
Keempatnya :
Faqir yang adalah ia meninggalkan menuntut harta itu kerana lemahnya.
Dan jika bukan kerana lemahnya maka sukakan padanya akan sebagai suka jikalau
didapatinya jalan menuntutnya jkalau dengan berpenat lelah sekalipun nescaya
dituntutnya, dan diambilnya atau berbimbang ia dengan mengambilnya, maka ini
orang bernama orang yang loba.
Kelimanya : Faqir yang tidak ada harta padanya,
dan terpaksa ia berkehendak kepadanya sebagai orang yang lapar yang tiada
padanya roti, dan orang yang bertelanjang yang tiada padanya pakaian, maka
dinamakan orang yang begini orang yang terpaksa, semacama mana sukanya pada
menuntutnya ada kalanya lemah, dan ada kalanya kuat, dan sedikit kali yang
tidak ada ini hal daripada suka menuntutnya. Maka inilah lima perkara kelakuan,
yang lebih tingginya zuhud dan terpaksa (Ithaf Sadatil Muttaqin juz 9 hlm 267).
3
KEBAJIKAN
DAN KEJAHATAN
عَن النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَان h :
أَنَّ رُجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِg عَنِ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
الْبِرُّ حُسْنُ الْخَلْقِ وَالْإِثْمُ مَا
حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ.
رواه مسلم (٦٦٨۰)
Diriwayatkan daripda seorang sahabat Nabi saw namanya an Nawwas Bin Sam’aan ra, seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi
saw tentang kebajikan. Maka sabda Nabi saw “Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa
yang tergetar di dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Hadis ini menunjukkan jawab Nabi saw akan pertanyaan
seorang sahabatnya apa ia kebajikan, maka dijawabnya dengan baik perangai. Maka
jawab ini mahu menjadi tiada herti bagi orang yang mendengarnya kerana yang
terkenalnya kebajikan itu ialah tiap-tiap pekerjaan yang baik, seperti berbuat
ibadat dan menurut apa perintah Allah, dan menjauhkan apa tegah Allah,
percayakan Allah, percayakan hari kemudian, percayakan malaikat, percayakan
segala kitab Allah, dan percayakan segala NabiNya, dan bersedekah wajib dan
sunat, berbakti pada dua ibu bapa dan kaum keluarga, sanak saudara, datuk
nenek, dan kaum Muslimin dan lainnya daripada beberapa banyak pekerjaan yang
baik yang mendatangkan pahala.
Dan yang terkenal akan perangai baik itu ialah seperti
bermalu, sopan, santun, tidak membesar diri, tidak riya’, tidak lekas marah,
tidak perampus (tidak mengeluarkan kata-kata kasar), tidak congkak (tidak
bongkak), tidak hasad, manis cakap, lemah lembut dan beradab, suka ramah dan
mesra dan lainnya daripada perangai yang bagus.
Kemudian bagaimana pula jawab Nabi saw pada soal
sahabatnya tadi akan kebajikan itu ialah baik perangai ? Maka dijawab oleh
ulama’ adalah Nabi saw menjawab dengan yang demikian kerana perangai yang baik
menghimpun ia akan segala yang tersebut dahulu tadi daripada ibadat dan
lainnya, kerana jikalau tidak baik perangai di manalah mahu beribadat dan cukup
taat yang eloknya, atau dikatakan jikalau orang yang hodoh perangainya, apalah
elok ibadatnya dan taatnya.
Maka jikalau seorang itu beribadat dan taat tetapi
perangainya hodoh, maka boleh sia-sia jua taat dan ibadatnya itu, maka jadilah
seolah-olahnya baik perangai itu pokok bagi segala kebajikan, atau ialah
perhimpunan segala kebajikan.
Dan harus pula Nabi saw menjawab demikian pada
sahabatnya yang bertanya kebajikan itu ialah elok perangainya, kerana orang
yang bertanya itu hodoh perangainya. Maka jadilah maksudnya “Kekalkan olehmu
perbuat segala kebajikan dan tambah lagi atas daripada itu biar elok
perangaimu”.
Maka diketahui daripada maksud al Ismu ialah
kedosaan dan kejahatan iaitu barang yang serba salah rasa hati mengerjakannya
rasa-rasa salah, rasa-rasa tidak, kemudian difardhukan jikalau dibawa keluar ke
tengah medan biar dilihat orang atau diketahui orang, tidak mahu memberi orang
melihatnya, maka itulah kerja salah.
Maka apabila datang pada seseorang di hatinya yang
demikian itu, maka hendaklah tinggalkan tidak usah dikerjakan, kerana apabila
ditinggalkan daripada mengerjakannya, maka sebenarnyala engkau itu meninggalkan
yang berdosa dan salah.
4
BENCIKAN
DUNIA
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ
الشِّخِّيرِ h قَالَ: أَتَيْتُ إِلَى النَّبِيِّ g وَهُوَ
يَقْرَأُ )أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ( قَالَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ مَالِي مَالِي وَهَلْ لَكَ مِنْ
مَالِكَ إِلَّا مَا تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ أَوْ أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ
لَبِسْتَ فَأَبْلَيْتَ. رواه مسلم (۷٦۰۹)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abdullah Bin as Syikkhir katanya “Aku pernah
bertemu dengan Nabi saw ketika itu baginda sedang membaca surah Alhakumu at
Takathur” lalu Nabi saw bersabda “Anak
Adam itu sentiasa berkata, 'Hartaku, hartaku!' Harta apakah yang engkau
miliki melainkan apa yang engkau sedekahkan engkau sisakan (untuk kehidupan
akhirat) atau apa yang engkau makan sehingga engkau habiskan, atau apa yang
engkau pakai sehingga engkau rosakkan."
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Bermula bencikan dunia dan tidak berhendak
kepadanya itu, satu martabat yang mulia daripada beberapa martabat orang yang
ahli ibadat. Maka ialah menyebabkan kasih akan Tuhan dan menyenangkan hati, dan
mendatangkan bagi yang bencikan dunia itu kebajikan, dan tertolak daripada
kemudharatan dan memasukkan ke dalam syurga.
Maka telah diberitahu oleh
ulama’ akan pengenalan zuhud atau bencikan dunia itu dengan katanya ialah tidak
berkehendak akan barang yang lebih atas hajat daripada rezeki yang halal.
Adapun mengumpulkan harta dan
membanyak-banyakkannya itu melalaikan daripada berbuat ibadat. Sesungguhnya
inilah satu perkara yang sangat dipakai dan dijalankan oleh manusia. Tiada
seorang yang ada nafsunya melainkan suka berhadap kepada membanyak-banyakkan
mengumpul harta.
Pada halnya harta itu sebab bagi bala umat
Muhammad ini. Tidaklah puas hati mengumpul harta dengan tertentu banyaknya.
Bahkan berlawan-lawan sama-sama manusia itu pada mengumpulnya dan mengambilnya
dan bermegah-megah mereka itu dengan segala harta itu, hingga tidak ingat
mereka itu kepada ibadat.
Sampai mati sekalian engkau dilalaikan oleh
menghimpun harta daripada berbuat ibadat kepada Allah Ta’ala. Apalah bodohnya
sekalian kamu demikian itu, berbimbang dengan pekerjaan yang hina dan tidak
tinggi martabatnya, dan tinggal daripada mengerjakan kerja yang berbahagia
selama-lama.
Maka itulah hartamu kalau sekiranya demikian
itu apalah gunanya engkau bermegah-megah menghimpun harta itu, dan teraku-aku
itu harta aku, dan ini harta aku.
Oleh itu sayugianya orang yang beraqal biar ia berusaha dan berbimbang pada
mendahulukan yang lebih dituntuti dan dikehendak akan dia, iaitu beribadat
kepada Allah.
5
TAMAK HALOBA
عَنْ أَنَسِ بْنِ مالِكٍ h قَالَ:
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّىg : لَوْ كَانَ
لاِبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى ثَالِثًا، وَلاَ يَمْلأُ جَوْفَ
ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ، وَيَتُوْبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ.
رواه البخاري (٦٤۳٦)
Diriwayatkan
daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Anas Bin Malik katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Kalaulah anak Adam telah memiliki dua
lembah daripada harta nescaya dia akan berusaha untuk mencari yang ketiga, sedangkan
tidak ada yang akan memenuhi perut anak Adam itu melainkan tanah dan Allah Maha
Mengampuni orang-orang yang bertaubat.”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah faqir itu dipuji oleh syara’ kita sebagaimana
bicara di dalam bab faqir. Tetapi sayugianya bahawa ada orang yang faqir itu
biar ada dalam hatinya cukup memada dengan sedikit apa yang ada padanya.
Jangan tamak apa yang ada dalam tangan makhluk, dan
jangan berpaling memandang apa yang ada pada mereka itu. Dan tiada sangat loba pada
mencari harta lebih daripada secukup dhoruri. Sekira-kira cukup buat makan dan
buat pakai dan buat tempat tinggal.
Maka biarlah tiap-tiap daripada demikian itu kadar
yang sekurang-kurang dharurinya dan sekurang-kurang buruk macamnya. Maka pada
makanan itu biar padakan atas roti syair umpamanya atau roti jagung, kerana
keduanya itu lebih murah daripada gandum. Dan lauknya biar padakan atas keju
atau pejal atau bawang koci atau atas minyak dan seumpamanya. Dan pakaian ini
padalah dengan baju tenunan benang kasar atau atas jubah daripada mana-mana
jubah bulu kambing.
Kerana itu tiada berapa keberatan mengadakannya, dan
lebih murah harganya, dan lebih lama tahannya. Dan padakan angan-angan itu
hingga akhir harinya hingga akhir harinya jika upaya, atau panjangkan kira-kira
sebulan.
Itulah sehabis-habis diizinkan oleh syara’ kita.
Jangan berbimbang hati dengan barang yang lebih dan barang yang kemudian
daripada sebulan kerana demikian itu masuk di dalam panjang angan-angan itu,
nescaya luputlah daripadanya kemuliaan qana’ah.
Dan tak dapat tiada ia berjinak dengan tamak dan loba,
dan ditarik akan akan dia oleh lobanya itu kepada berperangai dengan yang
hodoh-hodoh dan berbuat munkar yang mencarikkan segala muru’ah. Dan keluarlah
ia daripada nama kemanusiaan.
Maka sungguhnya telah dijadikan Allah Ta’ala anak Adam
itu bertabiat loba dan tamak, dan kurang sukakan cukup apa yang ada melainkan
orang yang diberi taufiq akan dia oleh Allah Ta’ala dan dipeliharanya daripada
yang demikian itu.
Maka sentiasalah ia di dalam lobanya itu hingga mati,
tiada penuh nafsunya melainkan masuk kubur, dan diterima Allah Ta’ala taubat
loba yang dikeji itu daripada siapa yang taubat ia.
6
ANGAN-ANGAN
ORANG TUA
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ h
قَالَ :قَالَ
رَسُولُ اللهِ g: قَلْبُ
الشَّيْخِ شَابٌ عَلَى حُبِّ اثْنَتَيْنِ طُولِ الْحَيَاةِ وَكَثْرَةِ الْمَالِ.
رواه الترمذي (۲۳۳٨)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Hurairah ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda
“Hati orang tua itu sentiasa muda pada suka dua perkara iaitu panjang umur dan
banyak harta”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Dua perkara yang tersebut di dalam hadis yang akan
datang ini tiada siapa benci kepadanya sekali, hingga orang tua pada umurnya
pun, ialah panjang umur dan banyak harta. Maka seperti orang-orang muda itu
patutlah ia suka akan panjang umur kerana badannya cukup segar dan segak.
Maka mencitalah ia akan jumpa beberapa ni’mat dunia,
maka takkan dapat berbagai-bagai-bagai keni’matan dunia melainkan dengan
panjang umur. Dengan kerana itu mencitakan ia dan berkehendak ia akan
demikian. Hingga tua pun tiada lepas
hatinya daripada yang demikian oleh sayang akan ni’mat yang dirasanya itu.
Maka jikalau tiada padanya ni’mat mencitakan ia akan
panjang umur dan cukup sihat supaya boleh ia membanyak harta dan mendapat
ni’mat hartanya.
Dengan kerana itu sungguh badannya tua tetapi hatinya
dan tamaknya sebagai mudanya jua.
7
TEGAHAN
MAKAN BANYAK
عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِيكَرِبَ h قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ
اللَّهِ g يَقُولُ: مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا
مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكْلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا
مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ. رواه الترمذي (۲۳٨۰)
Diriwayatkan
daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Miqdam bin Ma’dikariba ra,
berkata bahwa dia pernah mendengar Nabi saw bersabda “Tidak ada sesuatu yang
dipenuhkan oleh anak Adam lebih buruk daripada perut, cukuplah bagi anak Adam
itu beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang sulbinya, sekiranya ia
harus dipenuhkan, hendaklah sepertiga untuk makanan, sepertiga lagi untuk
minuman, dan sepertiga bakinya untuk pernafasan".
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah makan itu sebagai baja di
dalam badan kita, jikalau banyak diisi baja rosaklah ia, sebagaimana tanah
apabila banyak ditaruh baja lebih daripada sukatnya, tentulah rosak tanaman
atasnya.
Dan badan kita ialah tersusun
daripada jiwa dan darah daging dan urat dan hati dan sebagainya. Jikalau tidak
betul jaganya, nescaya tergendala kita daripada mencapai kebajikan dunia
akhirat. Maka yang lebih merosakkan bagi badan itu tiada lebih daripada mengisi
perut lebih daripada sukatnya. Maka sukatannya itu telah diajar oleh Nabi kita
Muhammad saw.
Sesungguhnya makan banyak itu
memberi mudharat. Maka janganlah seseorang itu makan sampai sehabis-habis
kenyang, kerana makan yang demikian itu memberi mudharat akan badan, iaitu
menjadi tidak mencerna makanan, dan mendatang ia akan penyakit. Dan pula banyak
makan itu membawa kepada banyak minum, dan banyak makan dan minum itu
membenakkan hati, kerana hati itu ditutup oleh wap panas makanan yang banyak
itu, dan membawa pula kepada berat badan, dan berat badan itu ialah malas. Dengan
kerana itu disuruh oleh Nabi kita Muhammad saw padakan makan itu beberapa suap
yang cukup boleh menolong mengerjakan amal ibadat, dan boleh jadi kuat dengan
dia, dan makan kira-kira menghilangkan lapar. Maka aturannya buatlah itu
dibahagi tiga :
Pertamanya : Sepertiga perut itu diisi makanan.
Keduanya : Sepertiga perut itu bagi minuman.
Ketiganya : Sepertiga lagi lapang mengambil nafas dan jalan yang
senang keluar masuk angin nafas itu bagi menyihat akan tubuh badan.
Maka inilah pengajaran Nabi kita
Muhammad saw yang telah diletakkannya dan suruhnya umatnya supaya datang cukup
sihat badan, iaitu tidak makan dengan melampau kenyang, dan jauh daripada
membuang-buang makanan bukan tempatnya.
Demi sesungguhnya telah
semuafaqat sekalian thobib atas memenuhkan mai’dah itu membinasakan lagi
melemahkan, dan menyebabkan bermacam-macam penyakit dan menghilangkan kekuatan
muda dan kemanisannya, dan sekarang sekalian thobib itu apabila mengubat orang
dipantangkannnya daripada macam-macam makanan, dan disuruhnya sedikit akan
makan supaya senang dari sakit.
Dan sesungguhnya telah masyhur
pada orang-orang yang menguji suatu akan dapat kesihatan itu daripada ketiadaan
kenyang makan, dan sekali makan yang ditamak padanya oleh orang yang tamak,
lalu kenyang ia mendatang ia akan malas pada badan, dan bergerak barang yang
tidak zahir daripada apa-apa penyakit di dalam badan.
8
DUA NIKMAT
YANG DISIA-SIAKAN
عَنِ
ابْنِ عَبَّاسٍ h قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِg :نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ
مِنَ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ. رواه الترمذي
(٦٤۱۲)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Ibn Abbas ra katanya, bahawa Nabi saw telah bersabda “Dua nikmat yang merupakan di antara
nikmat-nikmat Allah swt yang maha besar itu sering dirugikan dan disia-siakan
oleh ramai manusia iaitu nikmat kesihatan badan dan kelapangan (iaitu kosong
daripada kerja dunia, kosong hati, kosong daripada banyak berfikir dan kosong
daripada sibuk berbimbang)”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Kesihatan
badan itu sebetulnya satu ni’mat yang besar bagi manusia. Begitu lapangan yakni
kosong diri daripada apa fikiran dan kosong daripada kerja dunia itu pun satu
nikmat yang besar jua. Kerana dengan sungguhnya ketiadaan sihat badan itu
menyusahkan bagi seorang yang bersifat dengan dia pada pada kehidupannya dan ibadahnya.
Maka apabila ada cukup sihat dan a’fiat
pada badan dapatlah dicapai apa kerja sama ada kerja dunia dan ibadah yang jadi
bekal di akhirat. Adapun kelapangan diri
daripada kerja-kerja dunia itu, payah orang yang ada lepas daripadanya.
Kerana
seorang yang ada macam-macam hal pada dirinya daripada hal kehidupan dunia dan
beranak beristeri, beribu dan berbapa, bersanak saudara banyak dan berkaum
keluarga tentulah tidak lepas dirinya daripada memikirkan halnya di antara yang
tersebut itu. Dan hal diri daripada kerja dunia pun demikian juga menjadikan
bimbang hati.
Dan nafsu kerja itu menjadikan bimbang
dirinya daripada lainnya. Maka apabila kosong dan tak ada pada seseorang itu
kebimbangan diri daripada kerja-kerja dan fikiran hal kehidupan kerana diri dan
anak isteri dan lainnya, maka jadilah ia satu ni’mat besar pula.
Sesungguhnya banyak orang ada mempunyai
cukup kesihatan dan ada berpeluangan yang kosong daripada fikir dan kosong
daripada kerja kehidupan dunianya. Tetapi kesihatan badannya dan kelapangannya
itu seperti dijualnya kepada pekerjaan yang tiada berfaedah atau kepada yang
kurang faedah.
Maka jadilah rugi orang yang demikian itu
dan terbilang ia di dalam orang yang kurang aqal dan tiada aqal yang sempurna.
Inilah yang telah diingatkan oleh Nabi kita Muhammad saw.
Sesungguhnya
badan manusia digunakan pada perkara rugi dan sia-sia. Bermula tempat jadi rugi
dan sia-sia kesihatan badan manusia itu banyak adanya dan macam-macam kaifiat
merugikannya. Maka hendaklah seorang yang berfikir dan beraqal sempurna itu
menjauhkan daripadanya.
Setengah
daripadanya itu iaitu kesihatan badan dan kelapangannya yang digunakan kepada
mengerjakan haram, atau mengerjakan yang tiada berfaedah seperti duduk diam
istirehatkan diri, main-main di kedai kopi, atau duduk melihat main-mainan bola
dan lumba kuda dan lainnya.
Maka ialah merugikan kesihatannya dan
waktunya kepada yang tiada berharga dunianya dan akhiratnya, bahkan bala kepada
diri jua. Maka janganlah merugikan kesihatan diri dan kelapangan yang berharga
itu kepada yang demikian, bahkan lekas-lekas gunakan kepada yang berfaedah pada
dunianya dan akhiratnya, iaitu sediakan diri bagi ibadat di samping sihat dan
a’fiat.
Dan hadapkan kelapangan dirimu kepada yang
berfaedah dan yang terpuji kepada akhirat supaya tiada jadi sesal dirimu
apakala datang sakit atau apalaka datang beberapa kemasyghulan hati.
9
MENGINGATI
MATI
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ h
قَالَ :قَالَ
رَسُولُ اللهِ g: أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي
الْمَوْتُ.
رواه الترمذي (۲۳۰۷)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu
Hurairah ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Perbanyakkanlah oleh mu
mengingati pemutus kesedapan iaitu mati”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Siapakah orang yang lupakan mati, boleh dikatakan
setiap-tiap waktu orang-orang tahukan dirinya mati. Boleh dikatakan setiap-tiap
waktu orang-orang tahukan dirinya mati. Al Jawab, sungguhnya semua orang tahu
akan dirinya mati, dan yakin ia akan tidak siapa kekal di dalam dunia ini.
Tetapi sungguh pun tahu selalu ia lalai tidak ingat ia akan kematiannya.
Lalainya itu yakni selalu lupa ia akan dirinya boleh
mati dalam ia segar segak. Lalainya itu selalu lupa ia akan dirinya apakala
mati ia di mana-mana waktu putuslah daripada kesedapan dunia ini. Lalai ia akan
dirinya apakala mati tentulah berjumpa, imma (sama ada) senang sentosa dalam
kubur atau azab sengsaranya.
Tidaklah ia fikirkan dirinya tidak ada bekal kemudian
daripada mautnya. Bahkan sentiasa ia di dalam lalainya menghimpun dunia dan
bersedap-sedap cara dunia sahaja. Maka yang demikian itulah diberi jaga oleh
Nabi saw iaitu jangan lalai dengan dunia dan bersedap-sedap dengan barang yang
tiada kekal dan sebentar jua di dalamnya. Hendaklah berhadap kepada
mempersediakan bekal kita tinggal di negeri yang kekal.
Maka ubat supaya mahu bersedia kepada mmepersediakan
bekal tinggal di negeri yang kekal itu ialah berbanyak-banyak ingat-ingatkan
mati dan apa yang jadi kemudian daripada mati sebagaimana yang telah dipesan
oleh Nabi saw.
10
HINANYA
DUNIA
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ hقَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِg : لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ
اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ. رواه الترمذي (۲۳۲۰)
Diriwayatkan daripda seorang sahabat Nabi saw namanya Sahal Bin Sa’ad katanya, bahawa
Nabi saw bersabda “Jikalau adalah dunia ini menyamai kemuliaannya dan
kebaikannya di sisi Allah swt akan satu sayap nyamuk nescaya tidak diberi Tuhan
akan orang kafir itu minum seteguk air daripadanya tetapi dengan sebab hinanya
dan busuk kejinya diberilah akan kafir itu banyak-banyak daripadanya, sampai
berpindah ke negeri akhirat tidak merasai lagi ia akan apa suatu lain daripada
azab semata-mata”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Sesungguhnya dunia ini
keji sangat dan busuk amat hina yang tiada terkirakan di sisi Allah Ta’ala. Dan
akhirat itu yang termulia dan terpandang baik. Maka tidak diketahui kehinaan
dan kekejian dunia ini melainkan kemudian daripada mengetahui hakikatnya dan
dzat dunia itu apa ia sebagaimana yang diterangkan hakikat dunia dan dzatnya
oleh Imam al Ghazzali di dalam Ihya’.
Bila engkau ketahui akan hakikatnya itu, maka engkau
ketahuilah dunia itu dikutuk dikeji akan dia, kerana dunia itulah ia merosakkan
kita manusia, kena perdaya dengan sebab elok zahirnya dan bagusnya. Semuanya
orang mencita akan dia, tetapi jarang orang yang mendapat dunia dan limpah
mewah padanya melainkan dibinasakannya, maka itulah sebabnya dunia itu keji dan
busuk.
Tiada seorang daripada
Anbia’ dan Aulia’ Allah bergantung kepadanya dan tiada mereka itu menghabiskan
himmahnya padanya dan tiada diambil mereka itu melainkan kadar yang menolong
bagi ibadatnya kepada Allah Ta’ala.
Sanya tersebut di dalam Ihya’
Ulumiddin, telah berkata Saidina Ali ra :
Hanyasanya dunia itu enam perkara,
yang dimakan, yang diminum, yang dipakai, yang ditunggang, yang diperisterikan,
dan yang dicium.
Maka yang lebih mulia daripada
makanan itu madu lebah, maka ialah air manis terbit dari mulut lebah.
Dan semulia-mulia minuman itu air,
maka air itu bersamaan punyanya oleh orang baik dan orang jahat.
Dan semulia-mulia yang
diperisterikan itu perempuan, maka ialah dipertemukan jalan kencing dalam jalan
kencing. Demi Allah perempuan itu bersegak-segak ia sehabis-habis segak, dan
yang dikehendaki daripada perempuan itu sekeji-keji barangnya.
Dan sebaik-baik yang dicium itu
kasturi, maka ialah darah kijang.
Dan sebaik-baik tunggangan itu kuda,
maka di atasnya kematian anak laki-laki.
Dan sebaik-baik pakaian itu sutera
maka iaitu sarang ulat.
Maka cubalah tilik kejinya dunia ini.
11
ORANG
FAQIR MASUK SYURGA
LEBIH
AWAL DARIPADA ORANG KAYA
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله g: فُقَرَاءُ الْمُهَاجِرِينَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ قَبْلَ
أَغْنِيَائهمْ بِخَمْسِمِائَةِ سَنَةٍ. رواه
الترمذي (۲۳٥۱)
Diriwayatkan daripda seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Said al Khudri ra katanya,
bahawa Nabi saw bersabda “Orang-orang faqir di kalangan Muhajirin akan masuk
syurga lima ratus tahun sebelum orang-orang kaya di kalangan mereka”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Orang-orang muhajir
itu ialah orang yang pindah dari negerinya ditinggalkannya tanah airnya dan
kampungnya dan hartanya dan rumahnya dan saudara-maranya, berpindah duduk
bersama Nabi saw tinggal di negeri Madinah.
Sesungguhnya hidup
miskin itu dipuji syara’ kita. Apabila seorang yang demikian itu redha dan
sukakan yang demikian kerana benci akan dunia oleh hinanya. Dan sukakan yang
demikian supaya tenang hatinya berhadap kepada ibadat akan Allah Ta’ala dengan
tiada apa suatu yang memberi bimbangnya kerana telah diterangkan dahulu siapa
ada dunia di dalam tangannya, nescaya dibimbangkannya daripada berbuat ibadat,
dan kembali memeliharanya dan menjaganya dan mengurusnya, maka habislah waktu
beribadat itu diambilnya.
Dengan kerana itulah
Rasulullah saw sukakan dirinya miskin, sebagai tersebut di dalam hadis berdoa
ia kepada Tuhan akan dirinya miskin:
“Ya Tuhanku, hidupkan olehmu akan
daku hal keadaannya aku orang miskin, yakni tiada apa suatu ada padaku, dan
matikan olehMu akan daku hal keadaannya aku itu orang yang miskin, dan
kumpulkan daku di dalam sidang jama’ah orang-orang miskin pada Hari Qiamat”.
12
TEGAHAN
TERLAMPAU MEMUJI
عَنْ أَبِى مَعْمَرٍ hقَالَ: قَامَ رَجُلٌ فَأَثْنَى عَلَى أَمِيرٍ مِنَ الأُمَرَاءِ
فَجَعَلَ الْمِقْدَادُ يَحْثُو فِي وَجْهِهِ التُّرَابَ وَقَالَ: أَمَرَنَا
رَسُولُ اللَّهِ g أَنْ
نَحْثُوَ
فِى وُجُوهِ الْمَدَّاحِينَ التُّرَابَ. رواه مسلم (٧٦۹٧)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abi Ma’mar ra katanya, “Seorang lelaki telah bangun untuk memuji seorang
pemimpin, lalu al Miqdad menghamburkan pasir ke mukanya dan dia berkata
“Rasulullah saw menyuruh kami menghamburkan pasir ke wajah-wajah orang yang
terlampau memuji”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Memuji orang itu ialah menyebut dan mengenang dengan
lidah akan sifat yang elok bagi seorang yang dipuji, sama ada sifatnya itu
secara tabi’i atau bukannya tabi’i. Lawan puji itu cela, dan lawan memuji itu
mencela.
Maka memuji itu ditegah oleh syara’ kita pada
setengah-setengah tempat, seperti memuji dengan panjang lebar dan banyakkan
menyebut sifat kepujian, atau dipuji itu memberi jatuh bala dan fitnah ke atas
yang kena puji apabila didengarnya, kerana boleh jadi sombong dan hairan akan
diri ia dan seumpama yang demikian.
Adapun orang yang tidak ditakuti atasnya yang demikian
itu kerana seumpama taqwanya, dan tinggi aqalnya dan pengetahuannya, maka tiada
tegah pada memujinya di mukanya, itu pun selama tiada apa padanya
melampau-lampau, bahkan jika ada membanyakkan puji berhasil maslahat baik
seperti merajinkan dia berbuat baik dan membanyak-banyakkan ia memperbuatnya
atau mengekal ia atasnya atau menurut orang akan perbuatannya, nescaya sunat pula
dipuji akan dia.
13
KURANGKAN
KETAWA
عَنْ أَبِي ذَرٍّ h قَالَ: قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِg
: إِنِّي أَرَى مَا لَا تَرَوْنَ وَأَسْمَعُ مَا لَا
تَسْمَعُونَ أَطَّتِ السَّمَاءُ وَحَقَّ لَهَا أَنْ تَئَطَّ مَا فِيْهَا مَوْضِعُ
أَرْبَعِ أَصَابِعَ إِلَّا وَمَلَكٌ وَاضِعٌ جَبْهَتَهُ سَاجِدًا لِلّهِ وَاللهِ
لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا
وَمَا تَلَذَّذْتُمْ بِالنِّسَاءِ عَلَى الْفَرْشِ وَلَخَرَجْتُمْ إِلىَ
الصَّعُدَاتِ تَجْأَرُونَ إِلَى اللهِ لَوَدِدْتُ أَنِّي لَوْ كُنْتُ شَجَرَةً تُعْضَدُ.
رواه الترمذي (۲۳١۲)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Zar ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Aku pernah melihat suatu perkara yang tidak
pernah dilihat oleh kamu semua dan aku pernah mendengar suatu perkara yang
tidak pernah didengar oleh kamu semua, langit telah melandut dan layaklah ia
melandut kerana terdapat ramainya malailat di dalamnya sehingga ia menjadi
begitu, tidak ada tempat dilangit selebar empat
jari pun kecuali terdapat malaikat yang meletakkan dahinya bersujud kepada
Allah swt, demi Allah kalaulah kamu semua mengetahui apa yang aku ketahui
nescaya kamu akan sedikit ketawa dan akan banyak menangis, dan kamu semua pasti
tidak mahu bersedap-sedap dengan isteri-isteri kamu di atas tempat tidur, dan
kamu semua pasti akan keluar belari-lari ke sana kemari menangis kepada
Allah swt sekiranya dilepaskan daripada
azab, sesungguhnya aku suka mempunyai sepohon pokok kayu yang ditebang”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Boleh kita katakan
kebanyakkan manusia ini tinggal di dalam lalai, tiada ingat akan kebesaran
Allah Ta’ala yang wajib atas manusia itu tunduk menjunjung apa suruhanNya
segenap waktu. Sebab pun lalai itu kerana jahil akan hakikat kebesaran Tuhan
dan tidak tahu betapa Tuhan memberi seksa orang-orang salah daripada menurut
jalannya. Maka sudahlah manusia itu duduk sebagai di dalam sukacita sentiasa.
Terperasankan akan
dirinya tiada apa akan berhubung dengan tuntutan Tuhan. Tetapi jikalau manusia
itu mengetahui sebenar-benar pengetahuan akan kebesaran Tuhan dan tinggi
kekuasaanNya menyeksa orang yang berdosa, tentulah tidak senang hati dan tidak
luput satu masa daripada dukacitakan diri takut jatuh di dalam seksa Tuhan dan
balasanNya di atas orang yang bantah apa tuntutanNya.
Bila sekalian kamu
ketahui akan yang demikan dengan khabar Nabi saw, maka fikirlah olehmu betapa
kebesaranNya dan betapa hebahNya Allah Ta’ala itu hingga tiada lapang sebesar
tangan di atas langit melainkan jadi tempat sujud malaikat. Dan pula langit itu
bukannya alam yang kecil, bahkan ia satu alam yang sangat besar dan luas, tiada
yang mengetahuinya melainkan Allah Ta’ala.
Tetapi
sebab pun sekalian kamu tiada menangis dan berdukacita dan jadi banyak tertawa
dan sukacita kerana terdinding mata sekalian kamu dan pendengar daripada yang
dilihat dan didengar oleh Nabi saw.
14
MENIPU
DUNIA DENGAN AGAMA
عن أَبي
هُرَيْرَةَ hيَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِg : يَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ
يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنَ
اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ
الذِّئَابِ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَبِى يَغْتَرُّونَ أَمْ عَلَىَّ
يَجْتَرِئُونَ فَبِى حَلَفْتُ لأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً
تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا. رواه الترمذي
(۲٤۰٤)
Diriwayatkan daripda seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Hurairah berkata ia, bahawa Nabi saw bersabda “Akan keluar pada
akhir zaman orang yang menipu daya dunia dengan agama, mereka memakai bagi
manusia itu kulit kambing yang lembut (sebagai kiasan lemah lembut kelakuan
mereka itu), lidah mereka itu lebih
manis daripada gula, dan hati mereka itu seperti hati serigala, kata Allah
Azzawajalla “Adakah dengan agama aku menipu daya mereka itu akan dunia,
diperbuat rupa taat dan takut kepada aku, tidak sekali-kali mereka itu demikian
bahkan buat berani dan tiada sopan mereka itu atasku, maka dengan namaku dan
kebesaranku bersumpah aku, demi aku bangkitkan atas orang-orang itu daripada
mereka itu fitnah yang biarkannya dan dijadikannya orang-orang berakalnya dan
yang pintar-pintar dan cukup pandainya daripada mereka itu tiada tahu
melepaskan dengan sebab tercengan-cengang tiada tahu buat apa.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah dunia ini yakni mata benda
dunia dan kesedapannya itu fitnah yang besar ke atas manusia, dengan sebab
manisnya dan elok rupanya terpedaya semua orang sama ada berilmu atau jahil,
beraqal atau bodoh, kecil atau besar.
Hingga orang yang ada beragama
tertipu daya olehnya, maka dengan sebab
sedap dunia itu dipandang dengan mata, maka orang berilmu dan beragama
mencapainya dengan ilmu dan agamanya dan ada setengah orang mencapai dunia itu
dengan agama. Diperbuat dirinya memakai cara pakaian orang yang tidak mahu
dunia dan mulutnya cukup manis, lemah dan lembut rupa kelakuannya, memberi
nasihat orang dan mengajar orang dan memasukkan mestika embun di dalam dada
orang, dan kelakuan rupanya tidak ada yang lebih daripadanya tetapi di dalam
hatinya lapar kepada dunia, tidak cukup mata benda dan harta yang ada
kepadanya.
Maka berhelah ia menambahnya dengan
agamanya dan wara’nya itu. Beberapa banyak harta dalam tangannya dan kesedapan
ia menghimpun jua dan berkehendak jua, tidak keluar sekali-kali harta daripada
tangannya kepada jalan yang disuruh Allah, bahkan ia sendiri mahu harta dan
menerima daripada orang dan mahukan bersedap-sedapa dunia dan kemegahannya.
Tiadalah ia berzakat dan
bersedekah wajib dan sunat dan tiada ia menyempurnakan apa yang fardu dengan
hartanya itu. Maka orang-orang yang demikian itu diturunkan Allah bala ke
atasnya tiada siapa tahu melepaskan akan bala yang diturunkan itu.
15
BANYAK
BERCAKAP
عَنِ ابْنِ عُمَرَ hقَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ g : لَا تُكْثِرُوا الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِ
اللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ قَسْوُةٌ لِلْقَلْبِ
وَإِنَّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ الْقَلْبُ الْقَاسِي.
رواه الترمذي (۲٤١١)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Ibn Umar ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Janganlah kamu banyak bercakap lain daripada
ingat kepada Allah swt, kerana banyak bercakap lain daripada ingat kepada Allah
swt itu mengeraskan hati, dan orang yang paling jauh daripada Allah swt itu
adalah orang yang paling keras hatinya”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Bercakap banyak di sini ialah percakapan lain daripada zikrullah, seperti
berbual dan bercerita, berhikayat dengan segala taulan dan orang-orang, dan
cerita hikayat dan sembangan ialah semata-mata bersuka-suka dan mencari tertawa
dan lalai daripada mengerjakan yang berfaedah.
Maka jikalau seorang itu mengeluarkan hikayatnya
supaya memberi suka orang dan memberi tertawa tidak dapat tiada hikayatnya itu
banyak karut dan tiada berfaedah akan sebagai faedah akhirat.
Maka jadilah orang yang demikian itu membanyakkan
bercakap lain daripada zikrullah. Adapun jikalau berbual bercakap banyak pada
zikrullah seperti muzakarah hukum-hukum syara’ atau berhikayat yang betul dan
sebenarnya berlaku dan dihikayatkan itu atas jalan ambil iktibar bagi diri dan
taulan yang mendengar, maka iaitu masuk dalam zikrullah, manakala ambil iktibar
atas jalan akhirat. Tetapi jikalau ambil iktibar kerana dunia dan jahat, maka
iaitu tidak keluar daripada tegah syara’.
Bermula bercakap dengan lain daripada zikrullah itulah
bercakap dengan apa cakap yang bukannya jalan taat kepada Allah Ta’ala seperti
berbualkan apa kesedapan dunia dan berbualkan apa penyuka hati dan pelalainya.
Adapun bercakap akan zikrullah itu iaitu percakapan perkara taat dan ibadat
seperti mengajar dan belajar dan mengaji dan membaca al Quran dan memberi
nasihat, dan berbualkan jalan mengambil I’tibar dan pengajaran dan mengucap
tasbih dan tahlil, dan menyuruh orang dengan berbuat baik dan menegah orang
dengan berbuat jahat, dan menaik saksi yang haq, dan memberi khabar akan ahwal
maslahat dunia yang penolong akhirat dan khabar yang menolakkan mudharat yang
akan berlaku, maka semuanya itu masuk di dalam zikrullah, kerana setengahnya
wajib dan dan setengahnya sunat dan setengahnya harus dicakapkan itu dengan
izin daripada syara’.
Maka siapa bercakap ia dengan barang yang diizin
syara’ dapatlah kebajikan daripadanya pada dunianya dan akhiratnya dan tiada
berdosa dan memberi mudharat akan anggota-anggota dan badan sendiri, sebagai
yang telah dikhabarkan di dalam beberapa hadis yang telah lalu.
Semua perkara salah itu banyak jadi dengan sebab
cakap. Sungguh pun lidah itu kecil anggotanya tetapi amat besar bahayanya.
Dengan kerana itu dilarang oleh syara’ membanyakkan cakap itu. Dan lagi pula
membanyakkan cakap dengan lain daripada zikrullah itu mengeraskan hati.
Maka dia tidak mahu menerima pengajaran agama dan suka
kepada menurut hawa nafsu dan tinggal berbimbang dengan yang lain daripada yang
disuruh Allah dan tiada ingat akan Tuhan.
Maka apabila ditegur oleh seorang yang beragama akan
tabiatnya yang menyalahi ia pada syara’, melawan ia dan tidak menerimanya
dibangkangnya diperbuatnya lebih-lebih lagi daripada yang dilarang itu,
seolah-olahnya menjadikan dia bertambah kelam lagi hatinya dengan sebab yang
baik itu. Dan jadilah seorang yang lebih jauh daripada rahmat Allah dengan
sebab hatinya yang keras itu.
Maka jadilah apa nasihat orang tidak memberi bekas dan
tidak memberi faedah, dan jadi lalai ia dengan leteran lidahnya jua, tidak
fikir ia pada amal yang soleh, dan banyak-banyak ia tidak ingatkan Allah.
16
UMUR UMAT NABI MUHAMMAD SAW
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ hقَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ g :عُمرُ أُمَّتِي مِنْ سَتِّيْنَ سَنَةً إِلَى سَبْعِينَ
سَنَةً. رواه
الترمذي (۲۳١١)
Diriwayatkan daripada seorang
sahabat Nabi saw namanya Abu Hurairah ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Umur umatku lebih
kurang 60 hingga 70 tahun”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Sesungguhnya kita manusia ini tiada syak semuanya
mati, muda pun mati, tua pun mati. Sekiranya dipanjang Allah akan umur
seseorang itu lebih daripada tujuh puluh tahun, maka yang demikian itu tidak
dibilang akan dia banyak ada, bahkan yang banyak ada di dalam kebiasaan dilihat
dengan mata kepala iaitulah mati di dalam antara umur enam puluh tahun dan
tujuh puluh tahun seperti yang telah disebut di dalam hadis Nabi saw.
Diriwayatkan di dalam Sohih al Bukhari bahawa Nabi saw bersabda :
“Tidak boleh kata apa salah Allah oleh seorang yang telah dilewatkan
Allah akan ajalnya sampai enam puluh tahun yakni siapa yang telah dipanjangkan
Tuhan umurnya enam puluh tahun pada
halnya tiada beramal juga akan amal yang soleh, dan tiada ada taufiq, dan tiada
berperangai dengan perangai yang baik-baik, maka tiada hajat yang diterima
baginya di sisi Tuhan, kerana Allah Ta’ala sudah panjangkan umurnya dan
dilanjutkan hidupnya, maka tiada beramal dengan amal yang soleh, maka uzurnya
tidak diterima lagi”.
17
BERSEGERA
MELAKUKAN AMAL SOLEH
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ hقَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ g:
بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنظُرُونَ اِلاَّ فَقْرًا مَنْسِيًا اَوْ
غِنًى مُطْغِيًا اَو مَرَضًا مُفْسِدًا اَو هَرَمًا مُفْنِدًا اَو مَوتًا
مُجْهِزًا اَوِ الدَّجَالَ فَشَرُّ غَاِئبٍ
يُنْتَظَرُ اَوِ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ اَدْهى وَاَمَرُّ. رواه الترمذي
(۲۳۰٦)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Hurairah ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Segeralah kamu
berbuat baik sebelum datang tujuh perkara, tiada yang kamu tunggu kecuali fakir
yang melalaikan dirimu, atau kekayaan yang menyesatkan, atau sakit yang
membinasakan, atau lanjut usia yang menyusahkan, atau mati yang menghabisi
riwayat, atau dajjal, atau hari kiamat, justeru hari kiamat itu lebih berat dan
sangat sulit”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Beramal ibadah itu hendak segera
sediakan akan jadi bekal akhirat simpang belum tiba masa yang tujuh ke atas
diri kita. Maka apabila kena salah satu
daripada tujuh perkara ke atas diri seseorang itu sudahlah tidak terbuatnya
amal ibadah lagi. Dengan kerana itu sangat dipesan oleh Nabi saw dan diberinya
jaga ke atas umatnya, hendaklah segerakan beramal itu.
Sesungguhnya papa yang melupakan
amal ibadat itu ialah papa yang menghabiskan segala fikirmu dan memalingkan
himmah kamu daripada berbuat ibadat, dan menambah-nambahkan padamu susah dan
lemah dan was-was dan taqsir pada haq Allah Ta’ala.
Maka faqir yang melupakan kepada
menunaikan sembahyang dan bersedekah dan tertanam ia di dalam dadamu akan tamak
kepada dunia dan sayang akan harta dan suka menghimpunnya. Dengan kerana itu
lupa kamu akan segala amal ibadat dan huquq Allah Ta’ala.
Dan sesungguhnya kaya yang
menyesatkan itu menjadikan seorang yang bersifat demikian itu tidak dapat ia
berbuat ibadat. Maka sebelum sampai kepada diri seseorang itu oleh kaya yang
demikian, hendaklah lekas hambat kepada berbuat ibadat serta mahu berlindung
kepada Allah Ta’ala daripada yang demikian itu. Maka bila masa diberi Tuhan
akan daku akan dunianya, gunakanlah kepada taatnya dan jauhkan daripada
menggunakan kepada maksiatnya. Janganlah engkau turutkan hawa nafsumu kepada
menggunakan harta itu kepada apa yang ditegah Allah Ta’ala. Jangan buatkan
judi, jangan buatkan berzina, jangan buatkan minum arak, jangan buatkan
menolong dan membantu orang berbuat maksiat, jangan buangkan hartamu, jangan
buat apa-apa maksiat kaki dan tangan dan mata dan telinga dan mulut dan hati
dengan dia.
Dan sakit yang membinasakan diri
itu sangatlah banyaknya. Manusia itu apakala kena sedikit sakit, lemahlah ia
daripada apa-apa kerja, dan pada masa itu jikalau ingat mahu berbuat ibadat
dengan sungguhnya sekali pun. Tetapi peluang sihat yang lalu itu sudah luput, maka
rugilah ia.
Dan tua merenta itu tidak upaya
berbuat ibadat lagi. Maka sebelum sampai diri kepada tua merenta itu hendaklah
kuatkan diri daripada berbuat ibadat, janganlah sia-siakan mudamu kepada yang
kurang faedah bagi akhirat atau tidak berfaedah baginya kerana yang demikian
itu menyesalkan diri dengan tiada buat faedah.
Dan mati itu memutuskan daripada
amal ibadat. Maka sebelum datang maut itu lekaslah hambat kepada mengerjakan
ibadat itu. Dan ingatlah akan dirimu tiada lepas daripada mati, dan mati itu
tiadalah tentu masanya, tua pun mati, muda pun mati, tengah segar segak pun ada
mati, sakit pun mati, maka berhadaplah kamu kepada beramal.
Dan Dajjal itu ibu ahli fitnah
dan cukup kuat berbuat bohong, sihir dan menyesatkan orang. Maka itulah sebab
diberi ingat Nabi saw hendaklah lekas berbuat ibadat sebelum zahir Dajjal yang
sehabis-habis pandai berbuat fitnah itu.
Dan Qiamat itu huru-hara yang
keras, sehinggakan orang-orang yang dipasar pun tiadak dapat lagi berjumpa anak
isteri di rumah, dan sekiranya orang perempuan bunting teranak-anaklah ia
dengan sebab huru-hara tunggang balik dunia ini, maka pesan Nabi saw lekas
hambat kepada berbuat ibadat akan jadi bekal kemudian daripada mati.
18
PENDEK
ANGAN-ANGAN
عَنِ ابْنِ عُمَرَ hقَالَ:
أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ g بِمَنْكِبِي فَقَالَ: كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ
غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَعُدَّ نَفْسَكَ فِى أَهْلِ الْقُبُورِ. فَقَالَ
لِى ابْنُ عُمَرَ إِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تُحَدِّثْ نَفْسَكَ بِالْمَسَاءِ وَإِذَا
أَمْسَيْتَ فَلاَ تُحَدِّثْ نَفْسَكَ بِالصَّبَاحِ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ قَبْلَ
سَقَمِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ قَبْلَ مَوْتِكَ فَإِنَّكَ لاَ تَدْرِى يَا عَبْدَ
اللَّهِ مَا اسْمُكَ غَدًا. رواه الترمذي (۲۳۳۳)
Diriwayatkan daripada seorang
sahabat Nabi saw namanya Abdullah Ibn Umar ra katanya, Nabi saw telah memeggang
bahuku dan bersabda “Jadilah engkau di dunia ini bagaikan orang yang berdagang
atau melalui sebuah perjalanan, dan hitungkan diri engkau masuk dalam bilangan
ahli kubur, maka Nabi saw berkata kepadaku “Wahai Ibn Umar apabila berpagi-pagi
engkau, maka jangan engkau kata di dalam hatimu hidup sampai petang hari, dan
apabila perpetang engkau, maka jangan engkau kata di dalam hatimu hidup sampai
ke pagi, dan gunakanlah waktu sihat engkau sebelum datang sakit, dan gunakanlah
masa hidup engkau sebelum datang kematian, sesungguhnya engkau tidak tahu wahai
Abdullah apa nama engkau esok”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Tak usahlah kira-kira
dan agak-agak akan panjang umur engkau itu, kerana yang demikian itu selalu
jadi kira-kira dan agak-agakan bohong. Dan pula menjadikan diri kuat berbimbang
kepada dunia bagi mengambil kesedapan dan kesukaan di dalam masa hayat itu
serta menghimpunnya kerana demikian itu banyak-banyak, dan tinggal bimbang akan
bekal akhirat dengan sebabnya.
Dengan kerana itulah
sangat-sangat dipesan oleh syara’ kita biar jangan panjang angan-angan dan
jadikan diri tinggal di dalam dunia ini umpama tinggal orang yang berdagang
diri di negeri orang, apakala telah sempurna yang dikehendaki, maka terus
pulang, atau serupa orang yang mengembara tiada menempuh satu tempat melainkan
kadar mengambil bekal jua.
Sesungguhnya menuntuk
bekal akhirat itu hendaklah dengan bersungguh hati. Itulah yang disuruh oleh
syara’ kita. Hendaklah ada halnya di
dalam masa hayatnya seumpama orang dagang yang meninggalkan tanah air supaya
menyempurna apa fardu baginya dengan berdagang diri kemudian kembali ke tanah
air. Atau jadikan halnya seperti orang yang melalui jalan.
Maka jadilah sepotong
hadis ini asal pada memecutkan atas suruh lapangkan hati daripada dunia dan
tinggalkan dia dan hinakan. Dan padakan dengan apa ada dan apa yang didapat di
tangan.
Dan kata Imam an
Nawawi ra “Jangan mereng hati kepada dunia dan jangan jadikan dia tempat
tinggal, dan jangan katakan pada dirimu akan kekal di dalam dunia ini. Dan juga
jangan bergantung hati daripada dunia itu dengan barang yang tiada bergantung
dengan dia oleh orang yang berdagang diri pada bukan tanah airnya”.
Dan kata Imam al
A’qlami ra “Beramallah kamu akan apa yang berfaedah kemudian daripada
matimu, dan segerakan pada hari-hari engkau di dalam kesihatan beramal dengan
amal yang soleh. Kerana sakit itu apabila datang ia, nescaya tertegah engkau
daripada beramal. Maka ditakutkan atas orang yang melampau-lampau pada yang
demikian itu bahawa sampai ia ke akhirat dengan tiada bekalan. Dan apabila
sakit ia, nescaya menyesal ia atas meninggalkan beramal. Pada halnya sudah
lemah ia dengan sebab sakitnya, maka tiada berfaedah menyesal itu”.
Dan berkata Imam al
Hifni ra “Sebab disuruh jadi seperti orang berdagang kerana hal orang yang
berdagang itu tiada tetap dan tiada tenang hatinya. Bahkan sentiasa hatinya
mahu pulang ke tanah airnya. Maka iaitu sungguhnya ia pergi berdagang itu
supaya ia mendapatkan bagi ahlinya apa yang disukainya di tanah airnya. Maka
demikianlah mu’min itu, sayugianya bersegera ia pada menuntut yang berfaedah di
tanah airnya yang kekal ialah negeri akhirat. Kerana siapa berbimbang di dalam
masa perdagangannya itu dengan main-main dan tiada apa di dapatnya, nescaya
kembali ia kepada ahlinya dan tanah airnya dengan tiada berkelabaan
(keuntungan). Maka hidup ia serta mereka itu di dalam rumah dan penat lelah.
Maka demikian juga siapa berbimbang dengan dunia, dengan hawa nafsuya, nescaya
kembali ke akhirat dengan di dapatnya yang memberi mudharat akan dia
semata-mata”.
19
UJIAN HARTA PADA UMAT MUHAMMAD
SAW
عَنْ كَعْبِ بْنِ عِيَاضٍ h قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ g يَقُولُ: إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ
فِتْنَةٌ وَفِتْنَةُ أُمَّتِي الْمَالُ. رواه
الترمذي (۲۳۳٦)
Diriwayatkan
daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Ka’ab
Bin I’yadh katanya, aku pernah mendengar Nabi saw bersabda
“Sesungguhnya bagi setiap umat itu ada ujiannya dan ujian bagi umatku ini
adalah harta”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Sesungguhnya harta itu bala bagi seseorang yang
memiliknya. Kerana ia adalah sebab yang menjadikan seorang itu kena dera dan
kena seksa Tuhan. Bahkan bermacam-macam-macam bala di dunia ini dengan
sebabnya.
Dengan kerana itulah diberi ingat oleh Tuhan di dalam
al Quran dan dikhabarkannya pada kita akan bahawasanya harta itu fitnah, yakni
bala bagi kita. Dan juga Nabi kita saw pun berkhabarkan yang demikian itu.
Kata Imam al Ghazzali ra di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin bahawa bala
harta pada agama itu tiga macam :
Pertamanya : Harta itu menarik ia kepada
maksiat.
Keduanya : Harta itu menarik ia kepada bersedap-sedap pada
segala yang diharuskan.
Maka inilah awal daripada segala darjat, maka manakala
kuasa yang empunya harta itu mencapai roti syair (gandum) dan memakai kain kasar
dan meninggalkan segala kelazatan makanan sebagaimana ada kuasa atasnya Nabi
Allah Sulaiman as pada kerajaannya kemudian, maka dipereloknya ahwalnya iaitu
bahawa bersedap-sedap ia dengan dunia dan dibiasakannya dirinya atasnya.
Maka jadilah bersedap-sedap itu kebiasaannya di
sisinya, dan kekasih yang tiada tersebarkannya daripadanya. Maka menarik akan
dia setengah daripadanya kepada setengah. Maka apabila bersangatan ia berjinak
ia dengan dia, boleh jadi tiada kuasa ia sampai kepadanya dengan usaha halal,
maka dimasukkannya segala syubhat, dan mengarung ia di dalam bersegan-segan
malu serta manusia, dan berbuat bohong dan nifaq, dan sekalian perangai yang
hodoh supaya berperaturan baginya pekerjaan dunianya, dan mudah baginya
bersedap-sedapnya.
Kerana siapa banyak hartanya tentulah banyak hajatnya
kepada orang, dan siapa berhajat kepada orang tak dapat tiada buat muka-muka
dan buat derhaka akan Allah pada menuntut keredhaanya. Maka jika sekiranya
sejahtera seorang yang berharta itu daripada bala yang pertama tadi, maka tiada
sejahtera ia daripada bala ini sekali-kali.
Dan tiada sejahtera ia daripada berhajat kepada
makhluk yang memberangsangkan perseteruan dan pertaulan dan jadi berlaku atas
daripada itu oleh hasad dan riya’ dan takabbur dan bohong dan umpat dan acuman
dan lainnya daripada segala maksiat yang tertentu dengan hati dan lidah.
Dan tiada sunyi daripada melampaui kepada sekalian
tubuh badan. Maka sekalian yang demikian itu lazim daripada celaka harta, dan
berhajat kepada memeliharanya dan memperbaikkannya.
Yang ketiganya : Ialah yang tiada lepas
daripadanya oleh seseorang iaitu melalaikan oleh memperbaikkan ahwal hartanya
daripada zikir akan Allah. Maka tiap-tiap barang yang memberi barang bimbang
seorang hamba daripada zikirkan Allah, maka ialah orang yang rugi.
20
SALING
BERKASIH KERANA ALLAH SWT
عَنْ
مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ hقَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ g يَقُولُ: قَالَ اللهُ عَزَّ وَ جَلَّ:
الْمُتَحَابُّونَ فِي جَلَالِي لَهُمْ مَنَابِرُ مِنْ نُورٍ يَغْبِطُهُمُ
النَّبِيُّونَ وَالشُّهَدَاءُ. رواه الترمذي (۲۳۹۰)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Muaz Bin Jabal ra berkata ia, aku mendengar bahawa Nabi saw bersabda
bahawa Allah swt berfirman “Orang-orang yang berkasih sayang kerana keagonganKu
bagi mereka itu minbar-minbar daripada cahaya yang amat dicemburui oleh para
Nabi dan syuhada’”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Hendaklah seseorang itu kasih sama-sama saudaranya
yang Islam kerana Allah, yakni kerana ia seorang yang taqwa dan taat kepada
Allah Ta’ala, bukannya kasih akan saudara sama Islam itu sebab budinya atau
supaya ia berbudi dan dapat balasan dunia daripadanya. Demikianlah seorang
dengan seorang saudaranya sama Islam itu. Maka orang yang demikian dapat martabat tinggi daripada Allah Ta’ala
sebagaimana tersebut di dalam hadis Nabi saw.
Adalah faham pada sepotong hadis ini seolah-olahnya
dua orang yang berkasih-kasih itu lebih martabatnya daripada Nabi-nabi dan
syuhada’. Maka dijawab oleh ulama’ : Adalah Allah Ta’ala jadikan hambanya yang
dikasihNya beberapa balasan baik yang ada pada setengahnya. Maka mencinta oleh
orang yang tidak ada padanya balas yang pada orang lainnya itu supaya ada
terkumpul semua balasan itu padanya, jikalau ada padanya yang lebih-lebih
sekalipun.
21
CINTA BERTEMU ALLAH SWT
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ h قَالَ :قَالَ
رَسُولُ اللهِ g : مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللهِ أَحَبَّ اللهُ لِقَاءَهُ
وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللهِ كَرِهَ اللهِ لِقَاءَهُ. رواه
الترمذي (١۰٨٧)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Ubadah Bin Shomit katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda “Sesiapa yang suka berjumpa dengan
Allah swt, maka Allah swt juga suka berjumpa dengannya dan sesiapa yang benci
berjumpa dengan Allah swt maka Allah swt juga benci berjumpa dengannya”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Bermula makna suka jumpa Tuhan, nescaya suka Tuhan jumpanya itu,
tidaklah maknanya sukakan mati. Bahkan seseorang yang sukakan dirinya panjang
hayatnya, dan tidak sukakan maut itu tidak dikeji syara’, kerana dengan dialah
boleh menambah-nambahkan ibadah kepada Allah Taala dan mencarikan bekalan
akhirat yang banyak.
Barangsiapa tabiatnya dan nasibnya suka berjumpa
rahmat Tuhan pada waktu matinya, nescaya Tuhan pun suka jumpa akan dia dengan
rahmatNya dan ni’matNya.
Dan pada waktu mati itu, jikalau kafir, nescaya
ditunjukkan Tuhan neraka daripada apinya yang bernyala-nyala dan sulanya dan
ular kalanya dan belenggunya dan rantai-rantainya dan sekalian seksa yang di
dalam neraka itu. Maka pada waktu bencilah ia akan mati, sebagai hendak lari
pada melihat yang demikian itu. Maka tiadalah faedahnya menyesal lagi kerana
tiada diterima Allah Ta’ala lagi.
Demikianlah jua seolah-olahnya sebagai tabiat kafir
itu sengaja bencikan mati oleh terpandang azab dan dera yang pedih itu, maka
Tuhan pun benci kepadanya, yakni tidak memandang Ia dengan rahmat.
22
DUNIA
SEPERTI EMPAT GOLONGAN MANUSIA
عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنَّمَارِيُّ hأَنَّهُ
سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ g يَقُولُ:
ثَلَاثَةٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ: قَالَ مَا
نَقَصَ مَالُ عَبْدٍ مِنْ صَدَقَةٍ, وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ مَظْلَمَةً فَصَبَرَ
عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عِزًّا, وَلَا فَتَحَ
عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ بَابَ فَقْرٍ أَوْ
كَلِمَةً نَحْوَهَاوَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا
فَاحْفَظُوهُ: قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرعَبْدٍ رَزَقَهُ
اللَّهُ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ
وَيَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِوَعَبْدٍ
رَزَقَهُ اللَّهُ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا فَهُوَ صَادِقُ النِّيَّةِ
يَقُولُ لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ
فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌوَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا
فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَلَا
يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَخْبَثِ
الْمَنَازِلِوَعَبْدٍلَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ
لَوْ أَنَّ لِي مَالًا
لَعَمِلْتُ فِيهِ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَوِزْرُهُمَا سَوَاء. رواه
الترمذي (۲٤۹٥)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Kabsyah al Anmari ra, bahwa dia mendengar Rasulullah saw bersabda: Tiga
perkara aku bersumpah terhadap ketiganya, dan aku akan mengatakan satu
perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Baginda bersabda:
• Harta
seorang hamba itu tidak akan berkurang kerana sedekah.
•
Seseorang hamba yang dizalimi dengan kezaliman, lalu dia bersabar terhadap
kezaliman itu Allah akan menambahkan kemuliaan kepadanya.
•
Tidaklah seorang hamba membuka pintu permintaan, kecuali Allah membukakan pintu
kefakiran, atau kalimat seperti itu.
Dan aku
akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Bagibda bersabda:
Sesungguhnya dunia itu untuk 4 orang:
• Hamba
yang Allah berikan rezki kepadanya berupa harta (dari jalan yang halal) dan
ilmu (agama Islam), kemudian dia bertaqwa kepada Tuhannya pada rezki itu (harta
dan ilmu), dia berbuat baik kepada kaum keluarganya dengan rezkinya, dan dia
mengetahui hak bagi Allah padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang
paling utama di sisi Allah swt.
• Hamba
yang Allah swt berikan rezki kepadanya berupa ilmu, namun dia tidak memberikan
rezki berupa harta, dia memiliki niat yang baik. Dia mengatakan: “Seandainya
aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan si fulan (orang pertama
yang melakukan kebaikan itu)”.
Maka dia
dibalas dengan niatnya yang baik, pahala keduanya (orang pertama dan kedua)
sama.
• Hamba
yang Allah swt berikan rezki kepadanya berupa harta, namun Allah swt tidak
memberikan rezki kepadanya berupa ilmu, kemudian dia berbuat sesuka hati dengan
hartanya dengan tanpa ilmu. Dia tidak bertaqwa kepada Robbnya padanya, dia
tidak berbuat baik kepada kerabatnya dengan hartanya, dan dia tidak mengetahui
hak bagi Allah swt padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling
buruk di sisi Allah swt.
• Hamba
yang Allah swt tidak memberikan rezki kepadanya berupa harta dan ilmu, kemudian
dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti
perbuatan si fulan (dengan orang ketiga yang melakukan keburukan itu)”. Maka
dia dibalas dengan niatnya, dosa keduanya sama.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Siapa-siapa ada berharta, lalu ia bersedekah dan
menderma, janganlah I’tiqadkan bersedekah dan menderma wang dan harta kepada
yang mustahaknya itu menjadikan kurang ia pada hakikatnya. Hanya pada zahir
mata kepala harta itu kurang tetapinya pada hakikatnya Tuhan berkatkan dan
Tuhan sempurnakan dengan pahala. Tetapi dengan syarat jangan bersedekah dan
menderma itu kerana riya’ dan suma’h, dan jangan pula diikut dengan bangkitan.
Maka yang demikian itu hilang berkatnya dan tidaklah berpahala lagi.
Dan sabar zalim orang itu bertambah kemuliaan seperti
kalau orang binasakan hartamu, maka janganlah ambil marah sampai mahu berpukul
berbedal. Patut beri maaf kepada yang mengaku dirinya salah atau tiada mengaku,
dan jangan taruh dendam di dalam hati. Maka barangsiapa bertabiat yang demikian
itu, nescaya Allah Ta’ala tambah muliakan dia di dalam dunia ini, dan dikata
orang dia orang yang baik, kerana dizalim orang, lalu dimaafkannya dan tiada
ambil peduli akan kesalahannya.
Dan janganlah seseorang itu mengajar diri minta
sedekah dan minta pertolongan apa-apa pada makhluk. Kerana yang demikian itu
mengajar diri berperangai dengan perangai tidak baik. Kerana apabila dikerjakan
minta sedekah dan minta tolong, nescaya rasa sedap dan mendapat sedekah dan
pertolongan itu dengan tiada susah dan penat diri. Dengan kerana itu sudahlah
nafsu itu cenderong kepadanya tiap-tiap masa. Maka apabila diturut seperti
kehendak nafsu seperti demikian itu, tetaplah Allah Ta’ala jadikan seorang yang
demikian di dalam sentiasa berhajat apa yang dalam tangan orang, dan berhajat
kepada tolongnya hingga jikalau kaya sekalipun, dan jika ada mampu bagi cukup
sihat a’fiat dan pandai bekerja sekalipun. Maka sudahlah orang yang demikian
itu keji kerana ia bersifat keji, dan hina ia di mata segala orang.
Dan seorang yang diberi Allah Ta’ala akan dia ilmu dan
harta. Maka ilmunya itu diamalkannya sembahyang dan berzikir ia, dan mengerja
ia akan barang yang disuruh Allah Ta’ala dan dijauhkannya barang yang ditegah
Allah. Dan hartanya digunakannya kepada memberi nafqah orang yang wajib atas
dirinya, dan dihubungkannya dirinya dengan ibu bapa sanak saudaranya dengan
hartanya iaitu ditolongnya kesusahan mereka itu dengan hartanya atau
disedekahkannya. Dan digunakannya membayar zakat dan haji, maka mereka itu
diberi darjat yang tinggi oleh Allah Ta’ala.
Dan seorang yang berilmu serta tiada harta itu
pengajaran yang baik dengan isyarat Nabi kita saw. Iaitu apabila seorang itu
ada mempunyai ilmu tetapi tiada berharta yakni tinggal di dalam faqir, maka
hendaklah ia mengamalkan ilmunya serta betulkan niat. Mengamalkan ilmu ialah
mengerjakan segala yang difardhukan, dan segala yang disuruhnya serta
menjauhkan segala yang ditegahnya sebagai di dalam ilmu itu. Dan betulkan niat
apakah Tuhan kurnia harta, nescaya aku perbuat apa yang disuruh Allah dan aku
buat seperti perbuatan orang yang berilmu iaitu menghubungkan rahim dengannya,
dan menunaikan apa yang difardhukan Allah Ta’ala pada harta itu daripada
sedekah wajib dan zakat dan lainnya, dan berniat sentiasa mahu berbuat
kebajikan pada harta itu. Maka siapa yang ada niatnya demikian itu, dapat
darjat ia, dan mendapat pahala seperti orang memperbuat amal yang diniatkan
suka memperbuat sepertinya itu.
Dan berharta serta tiada berilmu itulah yang selalu
menjadikan orang demikian sehina-hina darjat diberi Allah Ta’ala. Kerana tiada
tahu ia menggunakan hartanya kepada yang disukai Allah Ta’ala. Bahkan
digunakannya kepada jalan hawa nafsunya, bersuka-suka ia dengan minum arak, dan
melihat wayang, dan membuat riba’ dan berjudi dan bersedap-sedap dan
bersuka-suka dengan orang jahat membuang harta pada bukan tempatnya. Maka
dapatlah ia darjat sekeji-keji di dalam neraka.
Dan sungguhnya orang yang jahil serta tidak berharta
itulah orang-orang yang banyak menjadi jahat dan menjadi orang kutuk-kutuk.
Kerana jahil itu menyesatkan dan tidak berharta itu menjahatkan. Maka dengan
kerana tidak ada ia berilmu itu, sentiasalah ia di dalam maksiat kerana tiada
tahu ia menolak dirinya dan menyimpangkannya daripada kejahatan itu. Apabila
dilihatnya orang jahat bersuka-suka dengan hartanya pada maksiat dan jalan hawa
nafsu, ia pun ingin dan suka yang demikian itu. Maka ia pun berkata : Jikalau
sekiranya aku ada harta pasti aku akan bersuka-suka dengan hartaku seperti orang itu.
Maka sudahlah niatnya itu pada mengerjakan perkara
haram. Maka pada hukum syara’ apabila seorang itu berniat membuat jahat seperti
orang yang buat jahat dan maksiat itu, maka berdosalah ia sama dengan dosa
orang yang berubatnya.
23
RIA’ DAN SUMA’AH
عَنْ
أَبِي سَعِيد الْخُدْرِي hقَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: مَنْ يُرَاءِ
يُرَاءِ
اللهُ بِهِ وَمَنْ يُسَمِّعْ يُسَمِّعِ اللهُ بِهِ. رواه
ابن ماجه (٤۲۰۷)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Said ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Barang siapa yang berpura-pura dalam melakukan
amal ketaatan supaya dilihat atau didengar oleh manusia nescaya Allah swt akan
zahirkan niatnya yang busuk itu di akhirat kelak”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah riya’ dan sum’ah ini luas babnya boleh lihat dengan cukup
keterangannya yang lanjut dan terang di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin karangan
Imam al Ghazzali ra.
Maka riya’ itu memperlihatkan amal kepada orang supaya dapat nama
dan darjat pada mulut dan I’tiqad orang, dan sum’ah itu iaitu memberi dengar
akan orang akan baik amal dan bagusnya.
Maka kedua-dua perkara itu ditegah oleh syara’ kita, kerana
pekerjaan yang demikian itu menipu pada hakikatnya, dan adalah amal itu
dituntut buat dengan ikhlas dan hening jernih hati bagi Allah semata-mata,
tiba-tiba dijadikan yang disuruh itu kepada yang ditegah.
Maka siapa-siapa bertabiat demikian itu, nescaya diberi malu Allah
Ta’ala di negeri akhirat.
24
SABAR
ATAS UJIAN
عَنْ أَنَسٍ hقَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: إِذَا أَرَادَ اللَّهُ
بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوبَةَ فِى الدُّنْيَا وَإِذَا أَرَادَ
اللَّهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَفَّى بِهِ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ. وَبِهَذَا الإِسْنَادِ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم
قَالَ: إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا
أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ
السَّخَطُ.
رواه الترمذي (۲۳۹٦)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Anas Bin Malik katanya, Rasulullah
saw bersabda “Apabila Allah berkehendak dengan hambanya itu kebaikan, maka
disegerakan baginya dera di dalam dunia, dan apabila Allah menghendaki dengan
hambanya itu kejahatan, maka Allah swt akan menahan dosanya itu sehingga
disempurnakan baginya pada hari kiamat, dan dengan sanad ini daripada Nabi saw
bersabda “Sesungguhnya besar balasan itu bersama besar ujian, dan sesungguhnya
Allah swt apabila mencintai akan suatu kaum itu akan menguji mereka, maka
barangsiapa yang redho baginya redho, dan siapa yang marah maka baginya marah”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Sabar atas bala itu
satu perkara yang penting atas tiap-tiap orang melainkan orang yang kuat iman
dan yakinnya kepada Allah Ta’ala. Maka jikalau seorang itu sakit dirinya atau
anak isterinya, nescaya susahlah hatinya tiadalah ia tahu buat apa kerana keluh
kesahnya dan tiada senang hatinya melainkan mendatangkan rampus (tidak sopan)
dan bebal dan sebagainya.
Demikianlah apa bala
yang kena ke atas seorang yang kurang iman itu tiada sabar, dan jikalau seorang
itu sedikit amat imannya ataupun kafir ia, selalulah berlaku membunuh diri
dengan sebab sedikit bala diturunkan Allah ke atasnya seperti yang banyak kita
dengar berlakunya di dalam surat khabar dan seumpamanya.
Maka orang ini tiada
berbahagia ia di dunia dan di akhirat. Adapun orang mu’min yang kuat sabar ia
atas apa bala yang diturunkan Allah ke atasnya dan berharap oa pada Tuhan akan
datang kelepasannya dan kelapangan hati daripadanya, dan dii’tiqadkannnya Tuhan
membanyakkan rahmat ke atasnya dan membanyakkan khair (kebaikan) baginya, dan
menerima pahala sabarnya daripada Tuhan pada hari akhirat dan terhapus dosanya
sebagaimana tersebut di dalam hadis Nabi saw.
Sesungguhnya, manusia
itu tiada lepas daripada salah kepada Tuhan melainkan Anbia’ dan Mursalin. Maka
tiap-tiap orang yang salah itu mustahak seksa ke atasnya. Dan manusia yang
beruntung baik itu diseksa Allah daripada dunia ini iaitu diturunkannya bala
terkadang pada dirinya atau pada anaknya atau pada isterinya atau pada hartanya
atau lainnya supaya seksa Tuhan itu mengkifarah ia akan dosanya yang
diperbuatnya.
Sekiranya Allah Ta’ala
turunkan bala itu ke atas orang yang tiada berdosa seperti Nabi-nabi dan
pesuruh-pesuruh Allah dan diturunkannya ke atas orang-orang yang taat, maka
iaitu menambahkan darjatnya kerana sabarnya dan membanyakkan pahalanya dengan
bala yang diturunkan Allah ke atasnya itu. Maka di sisi orang yang taat akan
Allah apabila mendengarkan banyak pahala diberi Tuhan atas bala yang
diturunkan, maka jangan pula seorang yang taat pinta bala kepada Tuhan pula,
kerana tiada tahu akan bala yang diturunkan Tuhan itu, entah tiada terkuasakan
menanggungnya, maka menjadi orang murka Tuhan pula.
25
DIAM
DARIPADA BERKATA-KATA
عَنْ سُفْيَانَ بْنَ عَبْدِ اللهِ
الثَّقَفِيَّ hقَالَ:
قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ حَدِّثْنِي بِأَمْرٍ أَعْتَصِمُ بِهِ قَالَ: قُلْ رَبِّيَ اللَّهُ، ثُمَّ اسْتَقِمْ
قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا أَكْثَرُ مَا تَخَافُ عَلَيَّ ؟ فَأَخَذَ رَسُولُ
اللهِ gبِلِسَانِ
نَفْسِهِ، ثُمَّ قَالَ: هَذَا. رواه ابن ماجه
(۳۹٧۲)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Sufyan Bin Abdullah as Thaqafi ra katanya, aku
pernah bertanya “Ya Rasulallah beritahulah kepadaku suatu perkara yang boleh
aku berpegang dengannya” Kata Nabi saw “Katakanlah olehmu Tuhanku adalah Allah
kemudian tetaplah dengannya” Aku berkata “Ya Rasulallah apakah perkara yang
paling engkau takut ke atasku?” Lalu Nabi saw memegang lidahnya dan berkata
“Ini !.”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Memberi taufiq akan kami dan dikau oleh Allah Ta’ala,
sesungguhnya bahaya lidah itu amat besarnya. Maka tiada jalan lepas daripada
bahayanya melainkan dengan diam daripada berkata-kata apa-apa yang tiada baik
dan yang ditegah syara’, maka kerana itulah diam itu dipuji oleh syara’ kita
dan dipecutnya atasnya.
Dan dikeluarkan oleh Imam al Ghazzali ra di dalam kitabnya Ihya’
Ulumiddin, katanya, sabda Nabi saw :
“Tiada betul iman seorang hamba itu hingga betul hatinya, dan tiada
betul benar hati seorang itu hingga betul benar lidahnya, dan tiada masuk
syurga seseorang itu yang tiada aman oleh jirannya daripada kejahatannya”.
26
MASA
SEMAKIN CEPAT
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ hقَالَ:
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ g
: لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونَ السَّنَةُ
كَالشَّهْرِ وَيَكُونَ الشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ وَتَكُونَ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ
وَيَكُونَ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ وَتَكُونَ السَّاعَةُ كَالْضَرْمَةِ بِالنَّارِ.
رواه الترمذي (۲۳۳۲)
Diriwayatkan
daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Anas Bin Malik ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Tidak akan terjadi hari Kiamat hinggalah
masa semakin singkat, maka jadilah setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan
seminggu, seminggu bagaikan sehari,
sehari bagaikan sejam, dan sejam bagaikan maraknya api”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Sesungguhnya ini satu perkara yang dikhabarkan oleh
Nabi kita Muhammad saw. Ada berlaku ia pada zaman kita ini, dan jadi pula
perkara yang zahir ini satu daripada alamat hampir kiamat. Kerana tiap-tiap
masa pada kita telah berasa pendek hari kita ini, pada halnya iaitu dua puluh
empat jam jua pada kira-kiranya di dalam sehari, tetapi telah berbelas-belas tahun
atau berpuluh-puluh tahun umur kita sebagai tidak berasa jua habisnya. Dan
semua orang bercakap kena apa rasa kita sekarang hari kita seolah-olah jadi
pendek sebagai tersebut di dalam hadis Nabi saw.
Kata setengah ulama’ adalah sebab jadi rasa-rasa pendek
hari kita itu dan rasa-rasa lekas habisnya kerana adalah kita itu duduk di
dalam kesusahan dan kepicikan hal ehwal dunia yang bertimpa-timpa, seperti
seorang ada berumah dan anak isteri.
Apakala bangun ia daripada tidurnya pada pagi hari
sudah laki-laki itu turun belikan barang-barang makanan isterinya dan
orang-orang di rumahnya. Sudahlah habis beberapa jam di situ dengan tiada sedar
ke sana ke mari kemudian daripada itu dipegang apa kerja lain daripada kerja
yang pasti pula.
Sebelum habis datang pula kerja lain hingga
bertimpa-timpa tiada sedar hari pun sudah malam dan kerja belum habis.
Tiba-tiba dilihat kerja yang dibuat itu tiada nampak kehasilannya yang didapati
hingga habis seminggu tidak berasa lamanya dan dikira-kiranya dapat sedikit
natijahnya hingga demikian itulah jadi sebulan itu rasa seminggu, dan
sebagaimana yang disebut di dalam hadis Nabi saw.
Kata setengah ulama’ pula adalah sebab jadi rasa-rasa
pendek hari kepada kita ialah kerana telah banyak milik harta dunia, dan
berserabut hal ehwal mahu bersedap-sedap atau duduk dalam kesedapan, lalai
dengan main dan bersuka-suka memboroskan harta itu.
Dengan kerana itu tidak sedar siang kalau ada
bersedap-sedap dalam malam hari, dalam tak sedar malam kalau ada bersuka-suka
itu pada siang hari.
27
KELEBIHAN
MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ hقَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: لَا يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ
خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ وَلَا يَجْتَمِعُ
غُبَارٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ. رواه الترمذي
(۱٦۳۳)
Diriwayatkan daripda seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Hurairah ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Tidak akan
masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah swt sampai susu bisa kembali ke kantung susu dan tidak berhimpun debu
pada jalan Allah swt dan juga asap neraka jahannam”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Takutkan Allah Ta’ala yakni hebah akan kebesarannya
atau takut akan Allah, yakni azabNya. Maka tidak takut seorang akan Allah
Ta’ala itu melainkan dengan fikir dan tilik dan pandang akan betapa kebesaran
Allah Ta’ala, seperti Nabi kita takutkan Allah kerana telah dilihatnya akan
sekalian malaikat sujud kepadanya dan sekalian kayu dan batu dilihatnya sujud
dan didengarnya memuji Tuhan.
Maka sujud malaikat dan kayu dan batu kepada Allah
Ta’ala kerana takut sekaliannya itu kepadanya. Dan mengucap tasbih dan memuji
malaikat dan kayu dan batu akan Tuhan itu ialah semata-mata kerana Allah
Ta’ala. Sekalian yang demikian itu menunjukkan atas kebesaran Allah Ta’ala yang
tiada mengatasinya.
Apakala seoarang yang dhaif dapat melihat seperti yang
demikian itu dengan mata kepalanya, betapalah tidak takut dan tidak hebah
kepadanya. Dengan kerana itu bersungguh-sungguh pula berbuat ibadah kepadanya
seperti Nabi kita saw itu.
Adapun kita umat Muhammad saw yang tiada sampai kepada
martabat Nabi saw dapat melihat dengan mata seperti yang di atas itu boleh juga
kita dapat jalan lain takutkan Allah Ta’ala dan haibahkan kebesaranNya, iaitu
dengan fikir dan tilik pandang makhluk yang zahir di hadapan mata kepala kita.
Seperti kita fikirkan betapa langit, betapa bumi dan barang yang di atasnya
daripada laut dan darat. Dan laut itu berisi dengan berbagai-bagai-bagai benda
yang tiada terhitung namanya. Dan juga di darat beberapa banyak pula yang tiada
atau hitung namanya duduk di atasnya.
Maka orang yang berfikiran selapis kemudian daripada
selapis dan tadabbur dengan halusnya, tentulah datang ajaib di dalam hatinya
dan tahu dengan yakinnya betapa kebesaran Allah oleh semua perkara itu. Dan
betapa pula semua itu dijadi oleh Allah bagi manusia semuanya. Alangkah besar
rahmat Tuhan yang tiada upaya seorang syukur kepadaNya.
Sepatutnya syukur dan menjunjung suruhan dan sujud
kepadanya dan taubat daripada apa kesalahan tiap-tiap waktu. Maka sekarang
tiada berupaya yang demikian, maka seperti berkesalahan seorang yang demikian
itu istimewa pula seorang yang tahu dirinya ada buat terang-terang kesalahan
kepada Allah Ta’ala, di dalam ia berfikiran kebesaran Allah, dan tinggi kekuasaanNya
serta ia ada berkesalahan lalu takut akan Allah, dan azabNya dan taubat ia
sampai menangis dirinya mintakan ampun Tuhan, dan jauh daripada seksaNya.
Orang yang demikian itu tidak masuk neraka
sekali-kali, kerana menangis takutkan Tuhan itu sebagai dindingnya.
Maka di dalam pemergiannya kepada perang fisabilillah
itu terkena debu di kakinya atau di badannya di jalan perang itu atau apa suatu
yang menyakitkan atau menyusahkan seorang yang pergi perang di jalannya dan
tempat perangnya.
Maka itu pun sudah jadi pelepas dirinya daripada
neraka, kerana tidak Tuhan azab akan dia dengan sebab ia telah berazab pergi
perang fisabilillah. Maka jikalau mati seorang yang demikian itu di dalam
perangnya, maka berganda-ganda lagi dapat pahala syahid kepadanya.
28
TAWAKKAL
KEPADA ALLAH SWT
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ hقَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g:لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُوْنَ عَلَى اللهِ حَقَّ
تَوَكُلِّهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا تُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ
بِطَانًا.
رواه الترمذي (۲۳٤٤)
Diriwayatkan daripda seorang sahabat Nabi saw namanya Umar al Khattob ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Sesungguhnya
kalaulah kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah swt nescaya kamu akan diberi
rezki sebagaimana burung yang mendapat rezki, mereka terbang dalam keadaan
lapar, dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Tawakal atas Allah Ta’ala itu ertinya bergantung
atasNya serta menyerahkan apa pekerjaan padaNya kerana percayakan Allah Ta’ala
itu yang mentadbirkannya.
Maka jikalau seorang itu ada tabiatnya yang demikian
itu ialah orang yang kuat imannya dan yakinnya kepada Allah Ta’ala, maka
tiadalah apa bimbang di dalam hatinya dan tiada keluh kesah ia apa yang
dikehendaknya, kerana telah ia berusaha dan menyerah ia akan usahanya kepada
Allah Ta’ala yakni bergantung hatinya kepada Allah mentadbirkan dan memberi
atau tidak memberi oleh Allah seperti kehendaknya kalau seorang yang tawakal
itu menuntut rezeki dengan senang hati dan tenang fikirnya, ia mendapatnya,
misalnya seorang itu berhajat ia kepada rezeki padi akan jadi makanannya dan
makanan anak isterinya, maka ia pun berusaha berbendang atau bersawah dan
berladang.
Maka dari awal ia berbendang dan bersawah itu hatinya
bergantung pada Alah Ta’ala yang memberi rezeki dan kuat percayanya kepadanya,
tidak bergantung ia pada kerjanya dan usahanya mendatangkan rezeki yang
dikehendaknya itu, hanya ia bekerja dan berusaha itu mendatangkan asbab, tetapi
kuat yakin hatinya akan kerjanya dan usahanya itu tiada memberi bekas memboleh
dapat apa yang dikehendaknya pada rezekinya itu, bahkan yang memberi bekas dan
menjadikan dan mentadbirkan sebagai kehendaknya itu ialah Allah Ta’ala.
Maka tiba di sini tidak apa daripada dirinya melainkan
usaha, dan menjadikan ia dapat padi itu Allah Ta’ala, maka dengan kerana kuat
yakinnya dan percayanya kepada Allah yang menjadikan ia dapat rezeki itu, maka
sentiasa bergantung hatinya pada Allah yakni sentiasa tawakkalnya atas Allah
Ta’ala.
29
BERSAHABAT
DENGAN ORANG YANG BERIMAN
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ hأَنَّهُ
سَمِعَ رَسُولَ اللهِ
g يَقُولُ:
لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ. رواه
ابو داود (٤٨۳٤)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Said ra sesungguhnya dia mendengar daripada Nabi saw bersabda
“Janganlah kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan janganlah
memakan makanan kamu melainkan orang yang bertaqwa”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah syara’ kita memecutkan kita biar mencari taulan itu ialah
taulan yang mukmin yang kamil, kerana mukmin yang sempurna imannya itu tiada ia
mengerjakan barang yang ditegah Allah Ta’ala bahkan sentiasa ia di dalam
menjunjung apa suruh Tuhannya, maka jadilah kamu menurut akan dia yang demikian
itu apabila bertaulan dengan dia, dan bertabiat kamu seperti tabiatnya, dan
bertambah berkat hidup kamu dengan sebabnya. Dan jangan kamu bertaulan dengan
kafir, kerana kafir itu memimpin kamu kepada kufurnya, dan juga jangan
bartaulan dengan orang maksiat kerana orang yang maksiat itu orang yang jahat, maka jadi jahat kamu
sepertinya.
Sesungguhnya syara’ kita telah menyuruh kita apabila mahu berjamu
makan apa makanan, hendaklah dijamu orang yang takut akan Allah Ta’ala, kerana
orang yang takut akan Allah itu iaitu orang yang menjunjung apa suruh Allah.
Maka apabila dijamu akan dia makan, jadilah orang yang menjamu itu menolong
atasnya memperbuat taat kepada Allah Ta’ala, kerana dengan makanan itu jadi
kuat ia berbuat ibadat dan taat. Bersalahan menjamu orang yang fasiq dan ahli maksiat, maka menolong akan dia berbuat maksiat dengan kuat kerana menjadi
kuat atas demikian dengan makanan yang dijamu itu. Kata ulama’: Adalah yang
tertentu pada menjamu orang yang takut akan Allah itu ialah pada jamuan walimah
berkahwin dan apa jamuan yang tertentu.
30
BAHAYA
BERCAKAP
عَنْ أُمِّ حَبِيْبَةَ
iزَوْجِ النَّبِيِّ g: عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
كُلُّ كَلاَمِ ابْنِ ادَمَ عَلَيْهِ
لاَ لَهُ إِلاَّ اْلأَمْرُ
بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيُ عَنِ
الْمُنْكَر وَذِكْرُ اللهِ. رواه الترمذي (۳۹٧٤)
Diriwayatkan daripada Ummu Habibah ra isteri Nabi saw,
bahawa Nabi saw bersabda “Tiap-tiap
perkataan anak cucu Adam adalah bencana ke atasnya, bukan manfaat baginya,
kecuali mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan
mengingati Allah swt”.
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Sesungguhnya lidah itu banyak kebinasaannya. Tersebut
di dalam Ihya’ Ulumiddin begini ringkasnya :
Pertamanya : Bercakap-cakap pada barang yang tiada berfaedah padamu.
Keduanya : Berlebih-lebih cakap lebih daripada kadar hajat itu tiada baik.
Ketiganya : Mengarung di dalam sia-sia yakni bercakap di dalam maksiat seperti
dihikayatkan segala hal ehwal orang-orang perempuan dan yang dipajak-pajak
arak, dan bercakap akan hal orang-orang yang di tempat jahat, dan hal ehwal
kesedapan orang-orang kaya, dan kekerasan raja-raja dan kelakuan mereka itu
yang dikeji dan hal ehwalnya yang dibenci.
Keempatnya : Bala lidah itu ialah bertengkar dan bertegang leher. Telah berkata
Malik Bin Anas ra “Bertegang-tegang leher itu mengeraskan hati dan mempusakai
berdendam di dalam dada. Maka bertegang-tegang leher itu ialah membakang cakap
orang lain dengan menzahirkan cacat padanya dengan tidak apa tali-malinya
dengan dia suatu kehendak lain daripada menghinakan orang lain itu dan
menzahirkan kebagusan dirinya. Dan bertengkar-tengkar itu ialah rencana daripada perkara yang bergantung dengan
menzahirkan mazhab-mazhab dan taqrirnya.
Kelimanya : Bala lidah itu ialah berbantah-bantahan, maka berbantah-bantahan itu
berkeras-keras cakap supaya boleh dapat harta dengan dia atau dapat hak yang
dimaksudnya. Maka iaitu ada kalanya dari mulanya atau membangkang.
Keenamnya : Bala lidah itu ialah menggaruk-garukkan bunyi suara di dalam bercakap
yang cukup dengan merahang-rahang dan buat fasih dan beratur cakapnya dan buat
bacar mulut dan celupar semacam orang bijak bercakap.
Ketujuhnya : Bala lidah itu ialah busuk mulut dan pencarut, pemaki. Maka terbitnya
itu daripada jahat perangai dan busuk hati.
Kelapannya : Bala lidah itu ialah suka melaknat binatang atau orang-orang.
Kesembilannya : Bala lidah itu ialah suka bernyanyi dan pantun seloka dan bersyair
apa-apa yang dikeji dan bohong.
Kesepuluhnya : Bala lidah itu ialah suka bergurau.
Kesebelasnya : Bala lidah itu suka main-mainkan orang dan mengejek-ngejek, dan
menzahirkan keaiban orang dan memberi nampak kekejian sifatnya dengan
menyuka-nyuka tertawakannya, dan terkadang dengan dihikayatkan perbuatan orang
itu dan dikatakan, dan terkadang dengan isyarat dan gonjak genyit.
Kedua belasnya : Suka lidah itu mengembangkan dan siarkan rahsia.
Ketiga belasnya : Suka berjanji bohong kerana lidah itu selalu suka lekas berjanji
kemudian dirinya terkadang sudah tiada peluang menyempurnakannya, maka jadilah
janji itu menyalahinya, maka itulah setengah daripada alamat munafiq.
Keempat belasnya : Iaitu bohong pada cakap dan suka bersumpah-sumpah, maka ialah daripada
sekeji-keji barang yang berdosa dan sejaha-jahat barang yang keji.
31
BERCAKAP
DENGAN TUJUAN SUPAYA ORANG LAIN KETAWA
عَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ
أَبِيْهِ عَنْ جَدِّهِ hقَالَ: سَمِعْتُ
النَّبِيَّ
g
يَقُولُ:
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالْحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ فَيَكْذِبُ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ. رواه
أبو داود (٤۹۹۲)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Bahz Bin Hakim, katanya
daripada ayahnya daripada datuknya katanya ia mendengar Rasulullah saw bersabda
“Celakalah bagi orang yang bercerita
dengan cerita yang bohong supaya orang lain ketawa, celakalah baginya,
celakalah baginya”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah cakap yang mentertawakan orang itu banyak macam
kelakuannya. Boleh dengan hikayat jenaka yang mentertawakan, boleh hikayat
bohong yang membawakan orang-orang tertawa. Dan boleh dilakukan dengan apa
kelakuan herotkan bibir, dan kenyut genyit dan macam laku jenaka yang
mentertawakan. Maka semua cakap dan bualan yang demikian itu ditegah oleh
syara’ kita.
Istimewa pula seperti setengah orang yang menceritakan
suatu dalam bualnya yang mahu mentertawakan orang itu dibuatnya dirinya sengau
dan herot bibir dan kecilkan mata atau rupa menegangkan leher dan
mempermacam-macamkan bunyi suara kerana mengajukan orang yang mahu diumpat, dan
dikata nista ke atasnya.
Maka semua itu bertambah-tambah haramnya dan berdosa
orang yang memperbuat demikian itu.
Celaka bagi orang ini kerana neraka akan jadi
tempatnya, diseksa akan dia oleh Allah Ta’ala kadar dosa bohong yang
diperbuatnya itu.
32
MANUSIA
YANG PALING KUAT BERIBADAH
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ hقَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ g: مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ
الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ ؟ فَقَالَ
أَبُوْ هُرَيْرَةَ : فَقُلْتُ: أَنَا يَا رَسُولَ اللهِ, فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ
خَمْسًا وَقَالَ اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَارْضَ بِمَا
قَسَمَ اللهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ
مُؤْمِنًا وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَلَا
تُكْثِرْ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ.
رواه الترمذي (۲٤٧٥)
Diriwayatkan daripada seorang
sahabat Nabi saw namanya Abu
Hurairah ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda: Siapakah yang mahu mengambil
segala kalimah ini kemudian mengamalkannya atau mengajarkannya kepada seseorang
yang kemudian diamalkan ? Abu Hurairah berkata: Saya Nabi, lalu Nabi saw
memegang tanganku dan menghitung sampai lima, dan Nabi saw bersabda: “Takutlah
engkau pada beberapa perkara yang diharamkan, maka engkau akan menjadi manusia
yang paling kuat beribadah, hendaklah engkau redha dengan kadar rezki yang
diberikan oleh Allah swt kepada engkau, maka engkau akan menjadi manusia yang
paling kaya, perelokkanlah hubungan dengan jiran tetangga, maka engkau akan
jadi seorang mukmin, bagilah manusia suka apa yang engkau suka dilakukan pada
diri engkau, maka engkau akan jadi seorang Muslim, dan jangan engkau banyak
ketawa, kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Takutkan segala yang diharamkan oleh syara’ itu ialah
maknanya menjauhkan dirimu daripada mengerjakan segala yang diharamkanNya. Maka
apa jua yang ditegah oleh syara’ mengerjakannya dan memperbuatnya baik pun
haram besar atau haram kecil semuanya engkau tidak engkau perbuat. Dan perkara
yang diharamkan oleh syara’ itu sangat banyaknya. Maka apakala engkau jauhkan
semuanya daripada mengerjakannya dan memperbuatnya betapalah tidak bernama kamu
orang yang sekuat-kuat beribadat kepada Allah Ta’ala, bahkan sungguhnya
engkaulah bernama orang yang kuat beribadat.
Sesungguhnya syara’ kita sangat memecut akan seorang
Muslim yang faqir miskin, jangan keluh kesah di atas faqirnya. Dan disuruhnya
sudikan apa yang dibahagikan Allah Ta’ala bagimu. Yakni apa yang diberi Allah
padamu daripada harta itu jangan mengeluhkan dan susahkan sedikit dan tidak
cukup, bahkan syukur padaNya, sama ada diberinya banyak atau sedkit daripada
dunia kamu itu.
Maka apabila engkau turut nafsu kepada memenuhkan
kehendaknya pada duniamu, nescaya menjadikan kamu kepada susah fikir dan badan
manakala tidak penuh kehendaknya dan membawa kepada tidak redha apa yang diberi
Tuhan. Bahkan tiap-tiap diberinya pada duniamu rasa-rasa sedikit jua dan tidak
memadakan. Hanya setiap-tiap waktu terasakan itu tidak ada dan ini tidak ada.
Tetapi jikalau engkau padakan dirimu dan engkau katakan apa yang tidak ada itu
tidak dharuri, nescaya senang fikirmu dan badanmu dan mahulah kamu syukur
kepada Allah Ta’ala dan mahu sabar dengan ikhlasnya apabila kena kepayahan. Dan
jadi berasa kaya di dalam hatimu jikalau faqir miskin dirimu sekali pun.
Dan setengah daripada baik yang diperbuat bagi jiran
itu ialah menolong akan dia apa susahnya, dan berberi-beri apa ada daripada
makanan, dan pergi lihat apa sakitnya, dan sukakan ada waktu ia mendapat
kesukaan, dan hiburkan dia pada waktu dapat kedukacitaan.
Dan sukakan Muslim apa yang suka bagi diri sendiri
seperti sihat a’fiat dan sukakan senang sentosa, sukakan berilmu dan cukup taat
kepada Allah Ta’ala dan lainnya daripada kebaikan.
Dan janganlah banyak ketawa kerana ia mempusakai keras
hati dan kelam dan benak tiada mahu menerima apa pengajaran dan nasihat yang
baik dan tiada takut pula akan akhirat.
33
MEMBERITAHU
KASIH PADA SAUDARA YANG KITA KASIHI
عَنِ
الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِيكَرِبَ hقَالَ:
قَالَ رَسُولُ الله
g : إِذَا أَحَبَّ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ
فَلْيُعْلِمْهُ إِيَّاهُ
. رواه
الترمذي (۲۳۹۲)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Miqdam Bin Ma’dikarib ra katanya,
Rasulullah saw bersabda “Apabila seseorang di kalangan kamu mengasihi
saudaranya maka beritahulah kepadanya bahawa kamu mengasihinya”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah syara’ kita menyuruh akan seorang yang apabila
kasih akan saudaranya sama-sama Islam itu akan memberi khabar pada saudaranya
itu akan dia kasih kepadanya, supaya suka orang yang mendengar akan dia kasih
akan kawannya, dan boleh jadi berhubung-hubung kasih pula dengan lainnya, dan
pula jadi suka suka hati orang yang dijadikan saudara itu mendengar demikian
itu.
Maka beritahu olehmu akan dia kepadanya, katakan
kepadanya aku kasihkan engkau kerana aku ketahui itu orang yang baik lagi soleh
dan taqwa dan sebagainya.
34
HILANG
PANDANGAN MATA
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ hقَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ: g إِنَّ اللهَ يَقُولُ إِذَا أَخَذْتُ كَرِيْمَتَيْ
عَبْدِي فِي الدُّنْيَا لَمْ يَكُن لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةَ.
رواه الترمذي (۲٤۰۰)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Anas Bin Malik ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda “Sesungguhnya Allah swt
berfirman, sekiranya Aku mengambil dua kemuliaan hambaKu di dunia ini serta ia
redha maka tidak adalah balasan baginya melainkan syurga di akhirat kelak”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah dua mata itu sebesar-besar nikmat yang
dikurniai Allah Ta’ala bagi seorang yang mu’min, kerana dengan mata itulah
dapat memandang beberapa ni’mat yang lain pula, boleh memandang segala tanda
keesaan Allah Ta’ala mana yang boleh dipandang dengan mata, boleh memandang
dengan mata segala barang yang menyukakan hati, boleh senang belajar apa suatu
pada guru dengan memandang mata, boleh dapat nama bagus kepada sekalian makhluk
kerana tiada buta mata.
Dan apabila buta sudahlah keji rupa dipandang oleh
manusia dan membawa kepada dihina mereka itu dan diperlecehnya, dan boleh
diusiknya dan dipermain-mainnya.
Dan banyak faedah dua mata akan sebagai faedah besar
yang tiada terbilangkan. Dengan kerana itulah apabila telah buta seorang itu,
maka iaitu telah diturunkan satu bala besar kepadanya, sekurang-kurangnya payah
berjalan di atas muka bumi dengan tidak berpimpin.
Maka siapa sabar atas dirinya pada pemberian Tuhan
itu, maka tidak dibalas Allah Ta’ala kepadanya melainkan syurga jua.
Dan barangsiapa yang menjaga pandangan mata maka
diberi Allah Ta’ala akannya kesedapan dalam beribadat dan bermunajat.
35
MENYESAL
SELEPAS MATI
عَنْ جَابِرٍ hقَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِg : يَوَدُّ أَهْلُ الْعَافِيَةِ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِيْنَ يُعْطَى أَهْلُ الْبَلَاءِ الثَّوَابَ لَوْ أَنَّ
جُلُودَهُمْ كَانَتْ قُرِضَتْ فِي الدُّنْيَا بِالْمَقَارِيضِ. رواه
الترمذي (۲٤۰۲)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Jabir ra katanya, bahawa Nabi saw bersabda
“Orang-orang yang sehat tanpa diuji ketika hidup di dunia di Hari Kiamat kelak
berharap alangkah bagusnya jika kulit-kulit mereka dihiris-hiris dengan alat
pengiris kerana melihat orang yang diuji
oleh Allah swt diberi pahala”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Menyesal itu berlaku ia dahulu daripada mati dan
kemudian daripada mati. Tetapi menyesal dahulu daripada mati itu boleh
dibuatkan iktibar dan pengajaran apa-apa yang telah dijadikan menyesal itu.
Adapun menyesal di akhirat itu ialah menyesal kemudian daripada mati, tidaklah
dapat dijadikan iktibar dan pengajaran bagi diri kerana negeri akhirat itu
bukannya negeri beramal bahkan negeri tempat mengambil balasan baik dan jahat
jua.
Dan menyesal di sana itu ada bermacam-macam-macam rupa
sesalnya, ada yang menyesalkan dirinya kurang daripada amalan, dan ada yang
menyesal akan diri tidak beramal, dan ada yang menyesalkan diri tidak masuk
Islam dan lain-lainnya daripasa sesalan itu.
Sungguhnya telah lalu dikhabarkan bahawasanya di
negeri akhirat itu ada bermacam-macam kesesalan orang, dan telah dikhabarkan
dahulu akan satu dalil yang menunjukkan kesesalan orang di negeri akhirat itu.
36
MEMELIHARA
LIDAH
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ hقَالَ:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ مَا النَّجَاةُ ؟ قَالَ أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ
وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ وَأَبْكِ عَلَى خَطِيْئَتِكَ. رواه
الترمذي (۲٤۰٦)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya U’qbah Bin A’mir ra katanya, aku bertanya kepada Nabi saw “Ya
Rasulallah apakah itu kelepasan ? Jawab Nabi saw “Peliharalah lidahmu,
luaskanlah rumahmu dan tangisilah segala dosamu”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Lidah itu boleh dikatakan dia seperti seperti senjata
yang tajam, bahkan ia lebih tajam daripada senjata. Maka apabila digunakan dia
nescaya memberi bekas ia sebagaimana memberi bekas senjata, kerana tiap-tiap
senjata itu bila dipakai akan dia seperti pedang diparangkan, dan seperti
senapang ditembakkan, dan seperti busur dipanahkan, nescaya melukai ia begitu
juga mulut apabila dilepaskan dia, mencakap mencela dan mengumpat berkata-kata
dan meleter-leter yang tiada faedahnya, nescaya memberi bekas ia ke dalam hati
orang, dan boleh menjadi kepada fitnah dan berbunuh-bunuh dengan sebab lidah
itu.
Sebagai pula tabiat lidah itu suka ia bererak-gerak
dengan suara umpat dan keji dan berkata-kata yang sia-sia. Maka jadi daripada
umpat dan keji dan berkata yang sia-sia beberapa maksiat dan fitnah yang jadi
membinasakan orang yang dikeji diumpat dan membinasakan orang yang mengeji dan
mengumpat.
Dengan kerana itu tiada jalan lepas daripada
kebinasaan itu lain daripada jangan digerakkan lidah itu melainkan kepada
zikrullah dan berkata akan perkataan yang berfaedah, perkataan yang tiada
menyakiti orang, dan perkataan yang tiada menyakiti diri sendiri, dan
berkata-kata yang lain daripada zikrullah itu biar kemudian daripada telah
difikirkan bagus atau tidak memperkatakannya, jika bagus dan baik natijahnya
dan elok muslihatnya diperkatakan dan jika tidak baik maka jangan diperkatakan.
Itulah sebabnya syara’ kita sangat memecut akan seseorang itu biar
memelihara lidahnya daripada memperkatakan yang sia-sia dan membawa kepada
kebinasaan itu.
Dan lagi pula hendaklah melapangkan engkau oleh rumah
engkau, yakni rumah kamu itu tidak menjadikan kamu sempit hati dan keluh kesah
duduk di dalamnya. Maka menjadikan rumah itu tidak menyempitkan hati dan keluh
kesah itu iaitulah daripadamu, iaitu biar biasa dirimu duduk di rumah dengan
berbimbang akan perkara yang disuruh Allah dan yang diizinkannya, tidaklah dengan
sentiasa keluar pergi bercampur gaul dengan orang yang tidak ada cakapnya
kepada jalan akhirat bahkan kepada dunia sahaja, dan orang yang tidak ada
kelakuannya menaikkan himmah kamu kepada ibadat dan taat.
Maka apabila engkau itu dijadikan oleh rumah engkau
tidak sempit hatimu dan tidak keluh kesah duduknya, bahkan sentiasa kamu duduk
di rumah dengan beribadat dan mengerjakan penolongnya dan tidak bercampur gaul
dengan orang-orang jahat, nescaya selamat dirimu melainkan keluar dari rumah
engkau itu kerana mengajar dan belajar dan menghubung akan rahim dan
sebagainya, maka iaitu tiada apa yang keluar itu.
Dan apabila ada kesalahan engkau dan berdosa kepada
Allah dan makhluknya, hendaklah engkau tangis akan dosamu itu. Maka menangis
engkau itu tentulah datang sebabnya daripada sesal akan perbuatan kamu
yang memberi kamu berdosa, dan pada
waktu menangis itulah kamu taubat kepada Allah Ta’ala minta ampun dosa kamu dan
berlindung dengannya daripada seksanya.
Dan datangkan apa syarat taubat yang bertali-mali dengan
makhluk yang kamu zalim kepadanya, seperti memulangkan atau minta halalkan apa
barang yang haknya dilakukan dengan salah itu dan sebagainya, maka apabila ada
engkau perbuat dirimu yang demikian itu, nescaya selamat dirimu daripada
keseksaan dunia dan akhirat.
37
KEHIDUPAN NABI SAW BERSAMA PARA ISTERINYA
عَنْ مَسْرُوقٍ hقَالَ:
دَخَلْتُ عَلَى عَائِشَةَ فَدَعَتْ لِي بِطَعَامٍ وَقَالَتْ مَا أَشْبَعَ مِنْ
طَعَامٍ فَأَشَاءَ أَنْ أَبْكِيَ إِلَّا بَكَيْتُ قَالَ قُلْتُ لِمَ ؟ قَالَتْ
أَذْكُرُ الْحَالَ الَّتِي فَارَقَ عَلَيْهَا رَسُولُ اللهِ g الدُّنْيَا وَاللهِ مَا شَبِعَ مِنْ خُبْزٍ وَلَحْمٍ مَرَّتَيْنِ
فِي يَوْمٍ. رواه الترمذي (۲۳٥٦)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Masruq ra katanya “Pernah suatu ketika aku bertemu dengan isteri Nabi
saw A’isyah ra, lalu beliau menjemputku untuk makan” Kata A’isyah “Aku tidak
pernah makan sehingga kenyang sehingga aku hampir menangis” Kata Masruq “Kenapa
begitu?” Kata A’isyah “Apa yang aku tahu Nabi saw memisahkan dirinya dengan
dunia, demi Allah Nabi saw tidak pernah kenyang makan daripada roti dan daging
sehingga dua kali sehari”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Adalah kehidupan Nabi Muhammad saw itu tidaklah ia
duduk di dalam dunia ini dengan isterinya dan isi rumahnya dengan bersenang
diri dan bermewah-mewah makan minum, dan bersedap-sedap pada apa kenikmatan
dunia sebagai hidup orang-orang kaya, sedangkan orang yang berharta banyak yang
mencukupkan sekalian kelengkapan rumah dan alat perkakas bersedap-sedap.
Bahkan hidup Nabi saw itu atas kira ada rumah tempat
berteduh daripada sejuk, dan panas dan berlindung daripada mata sekalian yang
memandang sahaja, bukannya berumah tinggi, cukup dengan hamparan permaidani
yang bagus-bagus dan sebagainya.
Dan makanan Nabi saw dengan sekalian isterinya itu pun
tidak juga bersedap-sedap dengan macam-macam masak-masakan daripada gulai rebus
dan rendang panggang daging, dan sayur-sayuran dan lainnya.
Hanya dimakan roti dengan apa-apa ada atau dimakan
roti sahaja, tidaklah pernah ia makan daging dua kali sehari, dan tidak pula ia
berhalus-halus pada masak daging itu jikalau ada daging, iaitu direbus dimakan
airnya dengan roti, demikian juga isterinya.
Dan selalulah Nabi kita saw dan sekalian isterinya
tiada kenyang makan kerana tidak ada makanan itu bersimpan seperti orang zaman
kita ini, sekiranya ada cadang simpan setahun atau kurang, maka tidak lama
habislah yang disimpan itu kerana menjamu dan sedekahkan orang yang faqir
miskin, hingga jadi selalu lapar Nabi saw dan sekalian isterinya itu dan
tinggal di dalam kesempitan makanan.
Sungguhpun begitu cukup sabar sekalian isteri Nabi saw
atas kelaparan, dan sempit makan itu tidaklah mereka itu menuntut dan menyusah
Nabi saw.
38
DUNIA PENJARA ORANG BERIMAN SYURGA BAGI ORANG KAFIR
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ hقَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ g: الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ
الْكَافِرِ. رواه مسلم (٧٦۰٦)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Hurairah ra katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda “Dunia itu
adalah penjara orang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Orang mu’min itu sangatlah sukacitanya ia mendengarkan
balasannya dari sisi Tuhan iaitu syurga. Maka berkehendak ia mendapatkannya,
tetapi tidaklah ia boleh mendapatkannya melainkan dengan mati dahulu. Dan mati
itu tiada dapat dengan kehendak sendiri melainkan menanti masa kehendak Tuhan,
dengan kerana itu sudahlah jadi dunia ini penjara bagi mu’min tidak dapat
mencapai syurga melainkan apabila dimatikan oleh Tuhan.
Dan orang kafir itu di sinilah syurganya kerana dalam
dunia ini ia mendapat bersuka hati dan bersenang-senang diri daripada azab
Allah. Adapun di negeri akhirat jadi tempat azabnya dan deranya, itulah
sebabnya dikatakan dunia ini syurganya.
Tersebut di dalam Ithaf as Sadah al Muttaqin, dunia itu
penjara orang mukmin dengan nisbah kepada barang yang disediakan bagi mu’min
itu di dalam akhirat daripada nikmat yang berkekalan. Dan syurga orang kafir
dengan kepada barang yang lagi akan datang di akhirat kelak, baginya azab
jahanam.
Kata setengah ulama’:
Bermula dunia itu penjara orang mukmin kerana orang yang mukmin itu
ditegah akan dia daripada menurutkan apa keinginannya yang diharamkan. Maka
tatkata tertegah nafsunya daripada segala yang diharamkan itu, maka
seolah-olahnya dunia ini penjara. Dan orang yang kafir itu tidak tertegah hawa
nafsunya, jadilah seolah-olahnya dunia ini syurganya.
Dan kata setengah daripada arifin :
Dunia itu penjara orang mukmin jika ada berasa pada dirinya kesempitan,
lalu menuntut ia akan lepas daripada dunia itu ke negeri akhirat supaya jadi
berbahagia ia. Maka siapa tiada berasa kesempitan sebagai ia di dalam penjara,
bahkan berasa lapang pada dirinya menuntut ia akan kekal di dunia ini pada
halnya tiada akan kekal ia, maka jadi cela ia.
39
PANJANG USIA DALAM
KETAATAN
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُسْرٍ hأَنَّ
أَعْرَابِيًّا قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ ؟ قَالَ: مَنْ طَالَ
عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ. رواه الترمذي
(۲۳۹۲)
Diriwayatkan
daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abdullah Bin Busr bahawasanya seorang Arab Badawi telah
bertanya kepada Rasulullah saw, dia berkata Ya Rasulullah siapakah manusia yang
paling beruntung nasibnya di akhirat kelak? Jawab Rasulullah saw “Manusia yang
paling beruntung nasibnya di akhirat kelak adalah yang panjang umurnya dan baik
amalannya ketika hidup di dunia”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Sesungguhnya
besar tuah seorang yang panjang umurnya serta tinggal di dalam taat kepada
Allah Ta’ala, dan jadilah sebaik-baik manusia, dan tiada berbuat jahat daripada
apa yang ditegah Allah.
Maka
taat ia akan Allah Ta’ala iaitu apa yang disuruh Allah daripada segala yang
wajib dan sunat, itulah yang dikerjakannya menurut segala waktunya dan
kelapangannya.
Dan
siapa yang berumur panjang dan tinggal ia di dalam sepanjang umurnya itu mengerjakan
barang yang ditegah Allah dan tiada diperbuatnya barang yang disuruh Allah,
maka inilah orang yang celaka di negeri akhirat.
40
SESEORANG
AKAN BERSAMA DENGAN APA YANG IA CINTAI
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ hأَنَّهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ
اللَّهِ g
فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَتَى قِيَامُ
السَّاعَةِ ؟ فَقَامَ النَّبِيُّ gإِلَى الصَّلَاةِ فَلَمَّا قَضَى صَلَاتُهُ
قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ قِيَامِ السَّاعَةِ ؟ فَقَالَ الرَّجُلُ أَنَا يَا
رَسُولَ اللهِ قَالَ مَا أَعْدَدْتَ لَهَا ؟ قَالَ :يَا رَسُولَ اللهِ مَا أَعْدَدْتُ لَهَا كَبِيرَ صَلَاةٍ
وَلَا صَوْمٍ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ أَوْ أَنْتَ
مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ,فَمَا رَأَيْتُ فَرِحَ الْمُسْلِمُونَ
بَعْدَ الْإِسْلَامِ فَرَحَهُمْ بِهَذَا. رواه الترمذي
(۲۳٨٥)
Daripada Anas ra berkata “Seorang Arab Badwi telah datang berjumpa
dengan Nabi saw dan berkata “Ya Rasulullah bilakah kiamat akan berlaku? Apabila
Nabi saw selesai solat baginda pun bertanya siapakah yang bertanya tentang
bilakah kiamat akan berlaku sebentar tadi? Kata lelaki itu “Saya Ya Rasulullah”
Kata Nabi saw “Apakah persediaan engkau menghadapinya? Dia berkata “Ya Rasulallah
aku tidaklah banyak melakukan persediaan seperti banyak melakukan solat sunat
atau pun puasa sunat melainkan aku amat mencintai Allah swt dan juga Rasulnya”
Kata Nabi saw “Seseorang itu akan bersama dengan apa yang ia cintai atau kamu
akan bersama dengan orang yang kamu cintai, kata Anas
“Aku tidak pernah melihat kaum muslimin sangat gembira lebih daripada
kegembiraan mereka pada saat itu”
Ketahuilah kiranya ya saudaraku !
Semua orang dalam dunia ini dan dalam akhirat ia
berserta dengan kekasihnya, yakni hatinya tiada lepas daripada sayangkan yang
dikasihnya. Sekiranya seseorang itu kasihkan harta, maka hatinya tiada lepas
daripada harta-harta. Dan jika sekiranya ia kasihkan perempuan, maka hatinya
tiada lepas daripada perempuan.
Dan jika sekiranya seseorang itu kasihkan ilmu dan
amal, maka hatinya dan kelakuannya kepada ilmu dan amal. Dan jika sekiranya
seseorang itu kasihkan Allah dan RasulNya, nescaya tiada lepas hatinya dan
gerak gerinya kepada Allah dan RasulNya.
Maka semuanya itu ada belaka dengan rupanya dan
natijahnya, iaitu orang yang kasih akan harta itu apa jua jalan yang
mendatangkan harta dihimpunkannya, sama ada dengan usaha tulang qudrat atau
dengan bijak kira, begitu juga orang yang kasihkan perempuan iaitu apa jua yang
mendatangkan senang hati perempuannya dan jauh marahnya itulah yang dibuat
supaya tiada rosak hati perempuan yang dikasihnya dan tiada pula bercerai
dengan dia.
Dan orang yang kasihkan amal dan ilmu pun demikian itu
juga iaitu apa juga jalan untuk menambahkan ilmunya sama ada dengan muthola’ah
atau dengan menghafaz atau dengan mendengar syarah guru atau dengan jalan
membaca kitab-kitab semuanya dibuatnya belaka supaya jangan ilmunya hilang.
Dan orang yang kasihkan amal itu pula tidak ia tahu
diam, mulutnya membaca yang berfaedah dunia akhirat, tangannya bekerja dengan
tiada berhenti. Berjalan ada kerja, berdiri ada kerja, duduk ada kerja, tidur
ada kerja, hingga lenanya di dalam tidurnya itu pun tiada lepas daripada
mendapat balasan baik dan pahala daripada Allah Ta’ala, dan aqalnya bekerja.
Tidaklah lepas daripada tiga perkara yang
digunakannya, tidak pun lidah, tidak pun tangan qudratnya, tidak pun aqal
fikir. Maka itulah orang yang kasihkan amal tetapi aqal yang sempurna kasih ia
akan amal ibadat, dan aqal yang tidak sempurna itu kasih dan suka ia menurut
apa kehendak dan kemahuan hawa nafsunya.
Tinggal lagi orang yang kasihkan Allah dan Rasulullah
saw iaitulah orang yang tidak lepas hatinya rindu dendam hendak bersama-samanya
dan hendak melihat wajahnya. Sentiasalah ia rindu dan asyik akan Allah dan
RasulNya itu hingga dijaganya dengan sungguhnya akan apa suruh Allah dan
Rasulullah saw, dan dengan sungguhnya menjauh ia akan tegah Allah dan
Rasulullah saw supaya tidak putus kasih Tuhan dan RasulNya kepadanya pula, dan minta
ia kepada Allah dengan bersungguh hati akan melihat wajahnya di dalam negeri
akhirat, tidaklah putus hatinya rindu dan dendam sebagaimana seorang itu dengan
kekasihnya. Demikianlah dikatakan orang yang menjadi akan Allah dan Rasulullah
itu kekasihnya.
Demikianlah hal tiap-tiap orang di dalam dunia ini,
tiap-tiap waktu dan saat, ia dengan kekasihnya yakni hatinya tidak lepas
daripada sayangkan kekasih, dan masing-masingnya ada dengan kekasih itu, tetapi
tiada lebih baik dan lebih manfaat daripada kasihkan Allah dan RasulNya.
Diambil daripada Kitab Bahrul Mazi jilid 16 oleh Syeikh Idris al Marbawi.
Susunan : Mohd Faiz Abdullah
والله أعلم
وصلى الله على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
والحمد لله رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan