MATAN
SAFINATUN NAJA
Syeikh Salim Bin Abdullah as Syafei
1271 H - 1840 M
Syeikh Salim Bin Abdullah
1271 H - 1840 M
Beliau adalah
al A’llamah al Mua’llim al Qadhi as Siasi al Faqih as Syeikh Salim Bin Abdullah
Bin Saad Bin Abdullah Bin Sumair al Hadhrami as Syafei. Dilahirkan di kampung
Zi Ashbah salah sebuah kampung di Hadhramaut. Dididik dan ditarbiah semenjak
kecil oleh ayahnya al A’llamah al Mua’llim Abdullah Bin Saad Bin Sumair.
Beliau digelar
al Mua’llim kerana tekun membaca al-Quran dan mendalaminya. Istilah Mua’llim
adalah bagi orang-orang Hadhramaut yang selalu bersibuk-sibuk dengan membaca
al-Quran.
Adalah
ahlussolah itu sentiasa berzikir dan membaca Kitab Allah s.w.t. Syeikh Ahmad al
Hadhrami menyebut bahawa beliau pernah mengkhatamkan bacaan al-Quran ketika
tawaf di Masjidil Haram.
Beliau telah
menuntut ilmu-ilmu syariah dengan bapanya dan juga kebanyakan ulama’-ulama’
yang berada di Hadhramaut pada kurun ke 13 Hijrah.
Di antara karangan-karangannya adalah :
1. Safinatun Naja.
2. Al Fawaid al Jaliah.
Beliau wafat
di Betawi di negeri Jawa, Indonesia pada tahun 1271 H. Semoga Allah s.w.t
menempatkannya bersama dengan para kekasihNya di akhirat kelak.
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
الْحَمْدُ
لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلَى أُمُوْرِ الدّنْيَا
وَالدِّيْنِ وَصَلَّى اللهُ وَسَلّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ
وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian
alam, dan denganNya kami meminta pertolongan di dalam melaksanakan
perkara-perkara keduniaan dan agama. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad
penutup para Nabi, ahli keluarganya dan juga seluruh para sahabatnya, dan tidak
ada daya juga upaya melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.
(فصل)
Rukun
Islam
أَرْكَانُ الْإِسْلَامِ خَمْسَةٌ:
شَهَادَةُ أَن لَّاإِلَهَ
إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا
رَّسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلَاةِ، وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ، وَصَوْمُ رَمَضَانَ،
وَحَجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلًا.
Bermula rukun
Islam itu 5:
1. Bersaksi
bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.
2. Mendirikan
solat 5 waktu.
3. Mengeluarkan
zakat.
4. Berpuasa
di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan
Haji bagi mereka yang mampu pergi kepadanya.
(فصل)
Rukun Iman
أَرْكَانُ
الْإِيْمَانِ سِتَّةٌ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ،
وَرُسُلُهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ،
وَبِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ مِنَ اللهِ تَعَالَى.
Bermula
rukun Iman itu 6:
1. Beriman
kepada Allah s.w.t.
2. Beriman
kepada para malaikat.
3. Beriman
kepada kitab-kitabNya.
4. Beriman
kepada para Rasul.
5. Beriman
kepada Hari Akhirat.
6. Beriman
kepada segala taqdir baik dan buruk adalah dari Allah s.w.t.
(فصل)
Makna Kalimah
لاإله إلاالله
وَمَعْنَى
لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ: لَا مَعْبُوْدَ بِحَقٍّ فِي
الْوُجُوْدِ إِلَّا اللهُ.
Dan bermula
makna kalimah لاإله إلاالله adalah:
Tidak ada yang layak disembah dengan sebenar-benarnya pada wujud melainkan
Allah s.w.t semata-mata.
(فصل)
Alamat-alamat Baligh
عَلَامَاتُ الْبُلُوْغِ ثَلَاثٌ:
تَمَامُ خَمْسَ عَشَرَةَ سَنَةً فِي الذَّكَرِ وَالْأُنْثَى،
وَالْإِحْتِلَامُ فِي الذَّكَرِ وَالْأُنْثَى لِتِسْعِ سِنِيْنَ، وَ الْحَيْضُ فِي
الْأُنْثَى لِتِسْعِ سِنِيْنَ.
Bermula alamat-alamat
baligh (cukup umur bagi seseorang) itu 3:
1.
Sempurna umur 15
tahun bagi lelaki dan perempuan.
2.
Mimpi keluar mani
bagi lelaki dan perempuan ketika berumur 9 tahun ke atas.
3.
Keluar haid bagi
perempuan ketika berumur 9 tahun ke atas.
(فصل)
Syarat-syarat Istinja’ Menggunakan Batu
شُرُوْطُ إِجْزَاءِ الْحَجَرِ ثَمَانِيَةٌ:
أَنْ يَكُوْنَ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، وَأَنْ يُنْقِيَ الْمَحَلَّ، وَأَلَّا يَجِفَّ
النَّجَسُ، وأَلَّا يَنْتَقِلَ، وَلَا يَطْرَأَ عَلَيْهِ آخَرُ، وَألَّا يُجَاوِزَ صَفْحَتَهُ وَحَشَفَتَهُ ،
وَألَّا يُصِيْبَهُ مَاءٌ، وَأَنْ تَكُوْنَ الْأَحْجَارُ طَاهِرَةً.
Bermula syarat-syarat
untuk bersuci dengan menggunakan batu itu 8:
1.
Hendaklah menggunakan
3 ketul batu.
2.
Hendaklah
membersihkan pada tempat najis.
3.
Hendaklah najis itu
belum kering.
4.
Hendaklah najis
tidak berpindah-pindah.
5.
Hendaklah najis
tidak bercampur dengan najis yang lain.
6. Hendaklah
najis tidak melebihi permukaan punggung dan muncung zakar atau faraj.
7.
Hendaklah najis
tidak terkena air.
8.
Hendaklah batu yang
bersih.
(فصل)
Fardhu-fardhu
wudhuk
فُرُوْضُ الْوُضُوْءِ سِتَّةٌ: الْأَوَّلُ:
النِّيَةُ، الثَّانِي: غَسْلُ الْوَجْهِ، الثَّالِثُ: غَسْلُ الْيَدَيْنِ مَعَ
الْمِرْفَقَيْنِ، الرَّابِعُ: مَسْحُ شَيْءٍ مِنَ الرَّأْسِ، الْخَامِسُ: غَسْلُ
الرِّجْلَيْنِ مَعَ الْكَعْبَيْنِ، السَّادِسُ: التَّرْتِيْبُ.
Bermula fardhu-fardhu
wudhuk itu 6:
1.
Niat.
2.
Membasuh muka.
3.
Membasuh kedua
tangan sehingga siku.
4.
Menyapu sedikit
pada bahagian kepala.
5.
Membasuh kedua kaki
sehingga buku lali.
6.
Tertib.
(فصل)
Niat
النِّيَّةُ:
قَصْدُ الشَّيْءِ مُقْتَرِنًا بِفِعْلِهِ، وَمَحَلُّهَا الْقَلْبُ
وَالتَّلَفُّظُ بِهَا سُنَّةٌ، وَوَقْتُهَا عِنْدَ غَسْلِ أَوَّلِ جُزْءٍ مِنَ
الْوَجْهِ، وَالتَّرْتِيْبُ أَلَّا يُقَدَّمَ عُضْوٌ عَلَى عَضْوٍ.
Niat adalah qasad sesuatu tujuan yang disertai
dengan perbuatan, dan tempatnya di hati dan sunat melafazkannya, dan waktunya
ketika kali pertama membasuh sebahagian daripada muka. Tertib itu pula adalah
tidak mendahulukan sesuatu anggota di atas anggota yang lain (mengikut
turutan).
(فصل)
Air
Pada Nisbah Sedikit Dan Banyak
الْمَاءُ قَلِيْلٌ وَكَثِيْرٌ: فَالْقَلِيْلُ
مَادُوْنَ الْقُلَّتَيْنِ، وَالْكَثِيْرُ قُلَّتَانِ فَأَكْثَرُ. الْقَلِيْلُ
يَتَنَجَّسُ بِوُقُوْعِ النَّجَاسَةِ فِيْهِ وَإِنْ لَمْ يَتَغَيَّرْ. وَالْمَاءُ
الْكَثِيْرُ لَا يَتَنَجَّسُ إِلَّا إِذَا تَغَيَّرَ طَعْمُهُ أَوْ لَوْنُهُ أَوْ
رِيْحُهُ.
Bermula
Air pada nisbah sedikit dan banyak:
Air
yang sedikit itu adalah yang kurang daripada 2 kolah.
Air
yang banyak pula adalah yang lebih daripada 2 kolah.
Air
yang sedikit menjadi air yang bernajis apabila jatuh najis ke dalamnya sekalipun
ia tidak berubah.
Air
yang banyak pula tidaklah menjadi air yang bernajis apabila jatuh najis ke dalamnya melainkan telah berubah salah satu
sifatnya iaitu rasa, warna atau baunya.
(فصل)
Perkara-perkara
Yang Mewajibkan Mandi
مُوْجِبَاتُ الْغُسْلِ سِتَّةٌ: إِيْلَاجُ
الْحَشَفَةِ فِي الْفَرَجِ وَخُرُوْجِ الْمَنِيِّ وَالْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ
وَالْوِلَادَةِ وَالْمَوْتِ.
Bermula perkara-perkara
yang mewajibkan mandi itu 6:
1.
Tenggelamnya kepala
zakar di dalam faraj.
2.
Keluar mani.
3.
Keluar haid.
4.
Keluar nifas.
5.
Melahirkan anak.
6.
Mati.
(فصل )
Fardhu Mandi
فُرُوْضُ
الْغُسْلِ اِثْنَانِ: النِّيَةُ، وَتَعْمِيْمُ الْبَدَنِ بِالْمَاءِ.
Bermula fardhu mandi itu 2:
1.
Niat.
2.
Meratakan air keseluruh badan.
(فصل)
Syarat-syarat Sah Wudhuk
شُرُوْطُ الْوُضُوْءِ عَشَرَةٌ: الْإِسْلَامُ،
وَالتَّمْيِيْزُ، وَالنَّقَاءُ عَنِ الْحَيْضِ، وَالنِّفَاسِ، وَعَمَّا يَمْنَعُ
وُصُوْلَ الْمَاءِ إِلَى الْبَشَرَةِ، وَأَلَّا يَكُوْنَ عَلَى الْعُضْوِ مَا
يُغَيِّرُ الْمَاءَ وَالْعِلْمُ بِفَرْضِيَّتِهِ وَأَلَّا يَعْتَقِدَ فَرْضًا مِنْ
فُرُوضِهِ سُنَّةً وَالْمَاءُ الطُّهُوْرُ، وَدُخُوْلُ الْوَقْتِ، وَالْمُوَالَاةُ
لِدَائِمِ الْحَدَثِ.
Bermula syarat-syarat sah wudhuk itu 10:
1.
Islam.
2. Tamyiz (tahap umur yang mampu membezakan di
antara baik dan buruk).
3.
Suci daripada haid dan nifas.
4.
Bersih daripada barang yang menghalang air sampai ke kulit.
5.
Jangan ada atas anggotanya barang yang boleh mengubah air.
6.
Mengetahui dengan fardhunya.
7. Janganlah ia mengi’tiqad akan salah satu fardhu
daripada segala fardhunya itu sunat.
8.
Air yang bersih.
9.
Masuk waktu.
10.
Berturut-turut bagi orang yang sentiasa berhadas.
(فصل)
Perkara-perkara Yang Membatalkan Wudhuk
نَوَاقِضُ الْوُضُوْءِ أَرْبَعَةُ
أَشْيَاءَ: (الْأَوَّلُ) الْخَارِجُ مِنْ أَحَدِ السَّبِيْلَيْنِ مِنْ قُبُلٍ أَوْ
دُبُرٍ, رِيْحٌ أَوْ غَيْرُهُ إِلَّا الْمَنِيَّ، (الثَّانِي ) زَوَالُ الْعَقْلِ
بِنَوْمٍ أَوْ غَيْرِهِ إِلَّا نَوْمَ قَاعِدٍ مُمَكِّنٍ مَقْعَدتُهُ مِنَ
الْأَرْضِ، (الثَّالِثُ) إلْتِقَاءُ بَشَرَتَيْ رَجُلٍ وَامْرَأَةٍ كَبِيْرَيْنِ أَجْنَبِيَيْنِ
مِنْ غَيْرِ حَائِلٍ، (الرَّابِعُ ) مَسُّ قُبُلِ الآدَمِيِّ أَوْ حَلْقَةِ
دُبُرِهِ بِبَطْنِ الرَّاحَةِ أَوْ بُطُوْنِ الْأَصَابِعِ.
Bermula perkara-perkara yang membatalkan wudhuk
itu 4 perkara:
1.
Keluar sesuatu daripada salah satu jalan, qubul atau dubur seperti
angin dan sebagainya melainkan mani.
2.
Hilang akal dengan sebab tidur atau sebagainya melainkan tidur dalam
keadaan duduk yang tetap papan punggungnya di atas permukaan bumi.
3.
Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi yang kedua-duanya
dewasa tanpa berlapik.
4.
Menyentuh zakar anak Adam atau bulatan duburnya dengan tapak tangan
atau tapak segala jarinya
(فصل)
Perkara-perkara
Yang Haram Dilakukan Ketika Tiada Wudhuk
مَنِ انْتَقَضَ وُضُوؤُهُ حَرُمَ
عَلَيْهِ أَرْبَعَةُ أَشْيَآءَ: الصَّلاَةُ وَالطَّوَافُ وَمَسُّ الْمُصْحَفِ
وَحَمْلُهُ. وَيَحْرُمُ عَلَى اْلْجُنُبِ سِتَّةُ أَشْيَآءَ: الصَّلَاةَ
وَالطَّوَافُ وَمَسُّ الْمُصْحَفِ وَحَمْلُهُ وَاللُّبْثُ فِيْ الْمَسْجِدِ
وَقِرَآءَةُ الْقُرْآنِ. وَيَحْرُمُ بِالْحَيْضِ عَشَرَةُ أَشْيَاءَ: الصَّلَاةُ
وَالطَّوَافُ وَمَسُّ الْمُصْحَفِ وَحَمْلُهُ وَاللُّبْثُ فِي الْمَسْجِدِ
وَقِرَآءَةُ الْقُرْآنِ وَالصَّوْمُ
وَالطَّلَاقُ وَالْمُرُوْرُ فِي الْمَسْجِدِ إِنْ خَافَتْ تَلْوِيْثَهُ وَالْاِسْتِمْتَاعُ
بِمَا بَيْنَ السُّرَّةِ وَالرُّكْبَةِ.
Barangsiapa yang terbatal wudhuknya maka haram ke
atasnya 4 perkara:
1.
Solat.
2.
Tawaf.
3.
Menyentuh mushaf.
4.
Menanggung mushaf.
Dan haram ke atas orang yang berjunub itu 6 perkara:
1.
Solat.
2.
Tawaf.
3.
Menyentuh mushaf.
4.
Menanggung mushaf.
5.
Duduk di dalam masjid.
6.
Membaca al Quran.
Dan haram ke atas wanita yang dalam keadaan haid
itu 10 perkara:
1.
Solat.
2.
Tawaf.
3.
Menyentuh mushaf.
4.
Menangung mushaf.
5.
Duduk di dalam masjid.
6.
Membaca al Quran.
7.
Berpuasa.
8.
Bercerai.
9.
Lalu di dalam masjid jika takut ia mencemarkan masjid.
10.
Bersedap-sedap di antara pusat dan lutut.
(فصل)
Sebab-sebab Diharuskan Tayammum
أَسْبَابُ التَّيَمُّمِ ثَلَاثَةٌ: فَقْدُ
الْمَآءِ، وَالْمَرَضُ، وَالْاِحْتِيَاجُ إِلَيْهِ لِعَطْشِ حَيَوَانٍ مُحْتَرَمٍ وغَيْرُ الْمُحْتَرَمِ سِتَّةٌ: تَارِكُ الصَّلَاةِ
وَالزَّانِي الْمُحْصَنُ
وَالْمُرْتَدُّ وَالْكَافِرُ الْحَرْبِيُّ وَالْكَلْبُ الْعَقُوْرُ وَالْخِنْزِيْرُ.
Sebab-sebab diharuskan tayammum itu 3:
1.
Tiada air.
2.
Sakit.
3.
Perlu kepada air kerana memberi minum
kepada haiwan yang dihormati.
Dan bermula yang tidak dihormati itu 6:
1.
Orang yang meninggalkan solat.
2.
Orang yang berzina.
3.
Orang yang murtad.
4.
Kafir harbi.
5.
Anjing yang menyerang.
6.
Babi.
(فصل)
Syarat-syarat Tayammum
شُرُوْطُ التَّيَمُّمِ عَشَرَةٌ: أَنْ
يَكُوْنُ بِتُرَابٍ وَاَنْ يَكُوْنَ التُّرَابُ طَاهِرًا وَأَلَّا يَكُوْنَ
مُسْتَعْمَلًا وَلَا يُخَالِطُهُ دَقِيْقٌ وَنَحْوُهُ وَأَنْ يَقْصِدَهُ وَأَنْ
يَمْسَحَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ بِضَرْبَتَيْنِ وَأَن يُزِيْلَ النَّجَاسَةَ أَوَّلًا
وَأَنْ يَجْتَهِدَ فِيْ اْلقِبْلَةِ قَبْلَهُ وَأَنْ يَكُوْنَ التَّيَمُّمُ بَعْدَ
دُخُوْلِ الْوَقْتِ وَأَنْ يَتَيَمَّمَ لِكُلِّ فَرْضٍ.
Bermula syarat-syarat tayammum itu 10:
1.
Hendaklah menggunakan tanah.
2.
Hendaklah menggunakan tanah yang bersih.
3.
Tidak boleh menggunakan tanah yang telah digunakan.
4.
Tanah tidak boleh bercampur dengan tepung atau sebagainya.
5.
Hendaklah berniat untuk bertayammum.
6.
Hendaklah menyapu wajah dan kedua tangannya dengan dua tepukan.
7.
Menghilangkan najis terlebih dahulu.
8.
Berijtihad pada qiblat sebelum bertayammum.
9.
Hendaklah bertayammum selepas masuk waktu.
10.
Hendaklah bertayammum setiap kali masuk waktu fardhu.
(فصل)
Fardhu-fardhu Tayammum
فُرُوْضُ التَّيَمُّمِ خَمْسَةٌ: الأَوَّلُ:
نَقْلُ التُّرَابِ، الثَّانِي: النِّيَّةُ، الثَّالِثُ: مَسْحُ الْوَجْهِ،
الرَّابِعُ: مَسْحُ الْيَدَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ، الَخَامِسُ: التَّرْتِيْبُ
بَيْنَ الْمُسْحَتَيْنِ.
Bermula fardhu-fardhu tayammum itu lima perkara:
1.
Memindahkan debu tanah.
2.
Niat.
3.
Menyapu muka.
4.
Menyapu dua tangan sehingga kedua siku.
5.
Tertib di antara dua sapuan.
(فصل)
Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum
مُبْطِلَاتُ
التَّيَمُّمِ أَرْبَعَةٌ: مَا أَبْطَلَ الْوُضُوءَ وَالرِّدَّةُ وَتَوَهُّمُ الْمَآءِ
إِنْ تَيَمَّمَ لِفَقْدِهِ.
Bermula perkara-perkara yang membatalkan tayammum
itu 3:
1.
Setiap perkara yang membatalkan wudhuk.
2.
Murtad.
3.
Dia menyangka telah ada air jika dia bertayammum kerana tiada air.
(فصل)
Perkara-perkara Yang Suci Daripada Segala Najis
الَّذِي يَطْهُرُ مِنْ النَّجَاسَاتِ
ثَلَاثَةٌ: الْخَمْرُ إِذَا تَخَلَّلَتْ
بِنَفْسِهَا. وَجِلْدُ الْمَيْتَةِ إِذَا دُبِغَ وَمَا صَارَ حَيَوَانًا.
Bermula perkara-perkara yang suci daripada segala
najis itu 3:
1.
Arak apabila ia berubah menjadi cuka dengan sendirinya.
2.
Kulit bangkai apabila telah disamak.
3.
Najis yang berubah menjadi haiwan (seperti berubah menjadi ulat).
(فصل)
Jenis-jenis Najis
النَّجَاسَاتُ ثَلَاثَةٌ: مُغَلَّظَةٌ وَمُخَفَّفَةٌ
وَمُتَوَسِّطَةٌ. الْمُغَلَّظَةُ: نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيْرِ وَفَرْعِ
أَحَدِهِمَا. والْمُخَفَّفَةُ: بَوْلُ الصَّبِيِّ الَّذِي لَمْ يَطْعَمْ غَيْرَ
اللَّبَنِ وَلَمْ يَبْلُغْ الْحَوْلَيْنِ. وَالْمُتَوَسِّطَةُ: سَآئِرُ
النَّجَاسَاتِ.
Bermula najis-najis
itu 3 bahagian; Mughallazah (berat), Mukhaffafah (ringan) dan Mutawassithah
(sederhana).
1.
Mughallazah itu adalah najis anjing dan babi dan pecahan salah satu
daripadanya.
2.
Mukhafafah itu adalah kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan
selain meminum susu dan belum sampai umur dua tahun.
3.
Mutawassithah adalah semua najis selain daripada najis-najis yang di
atas.
(فصل)
Cara-cara Membersihkan Najis
الْمُغَلَّظَةُ: تَطْهُرُ بِسَبْعِ غَسَلَاتٍ
بَعْدَ إِزَالَةِ عَينِهَا، إِحْدَاهُنَّ بِتُرَابٍ. وَاْلمخَفَّفَةُ: تَطْهُرُ
بَرَشِّ الْمَاءِ عَلَيْهَا مَعَ الْغَلَبَةِ وَإِزَالَةِ عَيْنِهَا. وَالْمتَوَسِّطَةُ
تَنْقَسِمُ إِلَى قِسْمَيْنِ: عَيْنِيَّةٍ وَحُكْمِيَّةٍ. الْعَيْنِيَّةُ: الَّتِي
لَهَا لَوْنٌ وَرِيْحٌ وَطَعْمٌ فَلَا بُدَّ مِنْ إِزَالَةِ لَوْنِهَا وَرِيْحِهَا
وَطَعْمِهَا. وَالْحُكْمِيَّةُ: الَّتِي لَا لَوْنَ لَهَا وَلَا رِيْحَ
وَلَاطَعْمَ لَهَا يَكْفِيكَ جَرْيُ اْلماءِ عَلَيْهَا.
·
Mughallazah: Hendaklah dibersihkan dengan tujuh kali basuhan selepas
menghilangkan ainnya, salah satunya dengan tanah.
·
Mukhaffah: Dibersihkan dengan sekadar renjisan air ke atasnya bersama
sapuan dan dihilangkan ain najisnya.
·
Mutawassitah: Terbahagi kepada dua bahagian; Aini dan Hukmi:
i.
Aini: Najis yang mempunyai warna, bau dan rasa, dan tidak dapat tidak
hendaklah dihilangkan kesemuanya.
ii.
Hukmi: Najis yang tidak mempunyai warna, bau dan juga rasa, maka
memadailah sekadar melalukan air ke atasnya.
(فصل)
Haid
أَقَلُّ الْحَيْضِ: يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ
وَغَالِبُهُ سِتَّةٌ أَوْ سَبْعٌ وَأَكْثَرُهُ خَمْسَةَ
عَشَرَ يَوْمًا بِلَيَالِيهَا. أَقَلُّ الطُّهْرِ بَيْنَ الْحَيْضَتَيْنِ خَمْسَةَ
عَشَرَ يَوْمًا وَغَالِبُهُ أَرْبَعَةٌ وَعِشْرُوْنَ يَوْمًا أَوْ ثَلَاثَةٌ
وَعِشْرُوْنَ يَوْمًا وَلَاحَدَّ لِأَكْثَرِهِ .أَقَلُّ النِّفَاسِ مَجَّةُ
وَغَالِبُهُ أَرْبَعُوْنَ يَوْمًا وَأَكْثُرُهُ سِتُّونَ يَوْمًا.
Bermula sekurang-kurang haid: Sehari semalam.
Kebiasaannya: Enam atau tujuh hari.
Paling lama: 15 hari 15 malam.
Sekurang-kurang suci di antara dua haid adalah 15
hari, dan kebiasaannya adalah 24 atau 23 hari, dan tidak ada had bagi
sempadannya.
Sekurang-kurang nifas adalah sekelip mata, dan
kebiasaannya adalah 40 hari, dan paling lama adalah 60 hari.
(فصل)
Keuzuran Solat
أَعْذَارُ الصَّلَاةِ
اِثْنَانِ: النَّوْمُ وَالنِّسْيَانُ.
Bermula
keuzuran solat itu 2 : Tidur dan terlupa.
(فصل)
Syarat-syarat Sah Solat
شُرُوْطُ
الصَّلَاةِ ثَمَانِيَةٌ: طَهَارَةُ الْحَدَثَيْنِ وَالطَّهَارَةُ عَنِ
النَّجَاسَةِ فِي الثَّوْبِ وَالْبَدَنِ
وَالْمَكَانِ وَسِتْرُ الْعَوْرَةِ وَاسْتِقْبَالُ الْقِبْلَةِ وَدُخُوْلُ
الْوَقْتِ وَالْعِلْمُ بِفَرْضِيَّتِهِ وَأَلَّا يَعْتَقِدَ فَرْضًا مِنْ فُرُوْضِهَا
سُنَّةً وَاجْتِنَابُ الْمُبْطِلَاتِ. الْأَحْدَاثُ اِثْنَانِ: أَصْغَرُ
وَأَكْبَرُ. فَالْأَصْغَرُ مَا أَوْجَبَ الْوُضُوْءَ. وَالْأَكْبَرُ مَا أَوْجَبَ
الْغُسْلَ.
Bermula syarat-syarat sah solat itu 8:
1.
Suci daripada hadas kecil dan besar.
2.
Bersih daripada najis pada pakaian, badan dan tempat.
3.
Menutup aurat.
4.
Menghadap qiblat.
5.
Masuk waktu.
6.
Mengetahui dengan fardhu-fardhunya.
7.
Tidak boleh ia beri’tiqad akan suatu fardhu daripada fardhu-fardhu itu
sunat.
8.
Menjauhi segala yang membatalkan solat.
Bermula hadas itu 2:
1.
Hadas kecil: Wajib berwudhuk.
2.
Hadas besar: Wajib mandi.
(فصل)
Batas-batas
Aurat
الْعَوْرَاتُ أَرْبَعٌ: عَوْرَةُ الرَّجُلِ
مُطْلَقًا وَالْأَمَةِ فِي الصَّلَاةِ: مَا بَيْنَ السُّرَّةِ وَالرُّكْبَةِ. وَعَوْرَةُ الْحُرَّةِ فِي الصَّلَاةِ: جَمِيعُ بَدَنِهَا
مَا سِوَى الْوَجْهِ وَالْكَفَّيْنِ وَعَوْرَةُ الْحُرَّةِ وَالْأَمَةِ عِنْدَ الْأَجَانِبِ:
جَمِيعُ الْبَدَنِ وَعِنْدَ مَحَارِمِهَا وَالنِّسَاءِ: مَا بَيْنَ السُّرَّةِ وَالرُّكْبَةِ.
Bermula batas-batas aurat itu 4:
1.
Aurat lelaki dan hamba perempuan di dalam solat itu adalah di antara
pusat dan lutut.
2.
Aurat wanita merdeka di dalam solat adalah sekalian badannya melainkan
wajah dan kedua tapak tangan.
3.
Aurat wanita merdeka dan hamba perempuan di hadapan lelaki ajnabi
adalah sekalian badan.
4.
Aurat wanita merdeka dan hamba perempuan di hadapan wanita dan mahram
mereka adalah di antara pusat dan lutut.
(فصل)
Rukun-rukun Solat
أَرْكَانُ الصَّلَاةِ سَبْعَةَ عَشَرَ:
الْأَوَّلُ النِّيَّةِ ،الثَّانِي تَكْبِيْرَةُ اْلإِحْرَامِ، الثَّالِثُ
الْقِيَامُ عَلَى الْقَادِرِ فِي الْفَرْضِ، الرَّابِعُ قِرَاءَةُ الْفَاتِحَةِ،
الْخَامِسُ الرُّكُوْعُ، السَّادِسُ الطُّمَأْنِيْنَةُ فِيْهِ، السَّابِعُ
الإِعْتِدَالُ، الثَّامِنُ الطُّمَأْنِينَةُ فِيْهِ، التَّاسِعُ السُّجُوْدُ
مَرَّتَيْنِ، الْعَاشِرُ الطُّمَأْنِينَةُ فِيْهِ، الْحَادِي عَشَرَ الْجُلُوْسُ
بَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ، الثَّانِي عَشَرَ الطُّمَأنِينَةُ فِيْهِ، الثَّالِثُ
عَشَرَ التَّشَهُّدُ الأَخِيرُ، الرَّابِعُ عَشَرَ الْقُعُوْدُ فِيْهِ، الْخَامِسُ
عَشَرَ: الصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْهِ، الْسَّادِسُ
عَشَرَ السَّلاَمُ، السَّابِعُ عَشَرَ التَّرْتِيْبُ.
Bermula rukun-rukun sembahyang itu 17:
1.
Niat.
2.
Takbiratul Ihram.
3.
Berdiri bagi yang mampu.
4.
Membaca al Fatihah.
5.
Ruku’.
6.
Thoma’ninah.
7.
I’tidal.
8.
Thoma’ninah.
9.
Sujud dua kali.
10.
Thoma’ninah.
11.
Duduk di antara dua sujud.
12.
Thoma’ninah.
13.
Membaca tahiyyat akhir.
14.
Duduk.
15.
Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w.
16.
Memberi salam.
17.
Tertib.
(فصل)
Peringkat Niat
النِّيَّةُ ثَلَاثُ دَرَجَاتٍ: إِنْ
كَانَتِ الصَّلَاةُ فَرْضًا وَجَبَ قَصْدُ الْفِعْلِ وَالتَّعْيِيْنُ
وَالْفَرْضِيَّةُ وَإِنْ كَانَتْ نَافِلَةً مُؤقَّتَةً كَرَاتِبَةٍ اَوْ ذَاتَ
سَبَبٍ وَجَبَ قَصْدُ الْفِعْلِ وَالتَّعْيِيْنُ، وَاِنْ كَانَتْ نَافِلَةً
مُطْلَقَةً وَجَبَ قَصْدُ اْلفِعْلِ فَقَطْ. الْفِعْلُ: أُصَلِّي وَالتَّعْيِينُ:
ظُهْرًا أَوْ عَصْرًا وَالْفَرْضِيَّةُ: فَرْضًا.
Bermula niat itu 3 peringkat:
1.
Sekiranya solat itu adalah solat fardhu maka wajiblah ia niatkan
perbuatan solat, dan menentukan solat seperti subuh/zohor/asar/maghrib/isya’,
dan wajib menyebut fardhunya.
2.
Sekiranya solat itu adalah solat sunat yang ada waktunya atau yang
mempunyai sebab, maka wajiblah ia niatkan perbuatan solat dan menyatakan
solatnya.
3.
Dan sekiranya ia adalah solat sunat mutlaq (yang tiada waktunya) maka
wajiblah ia berniat untuk melakukan solat.
Fi’il (perbuatan): Seperti aku sembahyang.
Ta’yin (menentukan): Seperti menentukan solat
zohor atau asar.
Fardhiah: Iaitu menyebut fardhunya.
(فصل)
Syarat-syarat Takbiratul Ihram
شُرُوْطُ تَكْبِيْرَةِ الْإِحْرَامِ:
سِتَّةَ عَشَرَ أَنْ تَقَعَ حَالَةَ اْلقِيَامِ فِيْ اْلفَرْضِ وَأَنْ تَكُوْنَ
بِالْعَرَبِيَّةِ وَأَنْ تَكُوْنَ بِلَفْظِ الْجَلَالَةِ وَبِلَفْظِ أَكْبَرُ
وَالتَّرْتِيْبُ بَيْنَ اللَّفْظَيْنِ وَأَلَّا يَمُدَّ هَمْزَةَ الْجَلَالَةِ
وَعَدَمَ مَدِّ بَاءِ أَكْبَرُ وَأَلَّا يُشَدِّدَ الْبَاءَ وَأَلَّا يَزِيْدَ وَاوًا سَاكِنَةً أَوْ مَتَحَرِّكَةً بَيْنَ الْكَلِمَتَيْنِ،
وَأَلَّا يَزِيْدَ وَاوًا قَبْلَ الْجَلَالَةِ وَأَلَّا يَقِفَ بَيْنَ كَلِمَتِيِ
التَّكْبِيْرِ وَقْفَةً طَوِيْلَةً وَلَا قَصِيْرَةً، وَأَنْ يَسْمَعَ نَفْسُهُ
جَمِيْعَ حُرُوْفِهَا وَدُخُوْلُ اْلوَقْتِ فِي الْمؤَقَّتِ وَإِيْقَاعُهَا حَالَ
الْإِسْتِقْبَالِ وَأَلَّا يُخِلَّ بِحَرْفٍ مِنْ حُرُوْفِهَا وَتَأْخِيْرُ
تَكْبِيْرَةِ اْلمأْمُوْمِ عَنْ تَكْبِيْرَةِ اْلإِمَامِ.
Bermula syarat-syarat takbiratul ihram itu 16:
1.
Jatuhnya takbiratul ihram itu ketika berdiri pada solat fardhu.
2.
Hendaklah menggunakan Bahasa Arab.
3.
Hendaklah dengan lafaz Allah Jalalah dan lafaz Akbar (Maha Besar).
4.
Mengikut tertib di antara dua lafaz.
5.
Tidak boleh ia (orang yang bersolat itu) memanjangkan bunyi huruf
hamzah pada kalimah Allah Jalalah.
6.
Tidak boleh ia memanjangkan bunyi huruf ba’ pada kalimah Akbar.
7.
Tidak boleh ia mentasydidkan huruf ba’.
8.
Tidak boleh ia menambah huruf wau yang sakin atau berbaris di antara
dua kalimah.
9.
Tidak boleh ia menambah huruf wau sebelum kalimah Allah Jalalah.
10.
Tidak boleh ia diam di antara dua kalimah Takbir dengan diam yang
panjang atau pendek.
11.
Hendaklah ia mendengar sekalian huruf lafaz Allahu Akbar.
12.
Hendaklah telah masuk waktu solat yang ditentukan.
13.
Hendaklah jatuh takbiratul ihram itu pada ketika menghadap qiblat.
14.
Tidak boleh ia merosakkan satu daripada huruf-hurufnya.
15.
Hendaklah ma’mun melewatkan takbiratul ihramnya selepas takbiratul ihram
imam.
(فصل)
Syarat-syarat al-Fatihah
شُرُوْطُ الْفَاتِحَةِ عَشَرَةٌ: التَّرْتِيْبُ
وَالْمُوَالَاةُ وَمُرَاعَاةُ تَشْدِيْدَاتِهَا وَأَلَّا يَسْكُتَ سَكْتَةً
طَوِيْلَةً وَلَا قَصِيْرَةً يَقْصُدُ
قَطْعَ اْلقِرَآءَةِ وَقِرَآءَةِ كُلِّ آيَاتِهَا وَمِنْهَا الْبَسْمَلَةُ
وَعَدَمُ اللَّحْنِ اْلمخِلِّ بِالْمَعْنَى وَأَنْ تَكُوْنَ حَالَةَ اْلقِيَامِ
فِي اْلفَرْضِ، وَأَنْ يَسْمَعَ نَفْسُهُ الْقِرَآءَةَ وَأَلَّا يَتَخَلَّلَهَا
ذِكْرٌ أَجْنَبِيٌّ.
Bermula syarat-syarat al Fatihah itu 10:
- Tertib.
- Berturut-turut.
- Memelihara segala huruf-hurufnya.
- Memelihara segala tasydidnya.
- Tidak boleh ia diam yang panjang.
- Tidak boleh ia diam yang pendek yang sengaja
yang boleh memutuskan bacaannya.
- Tidak boleh berlaku kesalahan yang jelas
yang boleh merubah maknanya.
- Hendaklah dalam keadaan berdiri pada solat
fardhu.
- Hendaklah ia mendengar akan bacaan al
Fatihahnya.
- Tidak boleh ia selangi dengan zikir yang
lain.
(فصل)
Tasydid al-Fatihah
تَشْدِيْدَاتُ الْفَاتِحَةِ أَرْبَعَ عَشَرَةَ: بِسْمِ اللهِ فَوْقَ اللَّامِ، الرَّحْمنِ
فَوْقَ الرَّاءِ، الرَّحِيْمِ فَوْقَ الرَّاءِ، الْحَمْدُ لِلّهِ فَوْقَ لَامِ الْجَلَالَةِ،
رَبُّ الْعَالَمِيْنَ فَوْقَ الْبَاءِ، الرَّحْمنِ فَوْقَ الرَّاءِ، مَالِكِ يَوْمِ
الدِّيْنِ فَوْقَ الدَّالِ، إِيَّاكَ نَعْبُدُ فَوْقَ الْيَاءِ، إِيَّاكَ
نَسْتَعِيْنُ فَوْقَ الْيَاءِ، اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ فَوْقَ
الصَّادِ، صِرَاطَ الَّذِيْنَ فَوْقَ اللَّامِ، أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ
الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّيْن فَوْقَ الضَّادِ وَاللَّامِ.
Bermula tasydid-tasydid pada bacaan surah al
Fatihah itu 14:
- Di atas huruf Lam pada kalimah بسم الله
- Di atas huruf Ra’ pada kalimah الرَّحمن
- Di atas huruf Ra’ pada kalimah الرَّحيم
- Di atas huruf Lam al Jalalah pada kalimah الحمد لله
- Di atas huruf Ba’ pada kalimah ربُّ العالمين
- Di atas huruf Ra’ pada kalimah الرَّحمن
- Di atas huruf Ra’ pada kalimah الرَّحيم
- Di atas huruf Dal pada kalimah مالك يوم الدِّين
- Di atas huruf Ya’ pada kalimah إيَّاك نعبد
- Di atas huruf Ya’ pada kalimah إيَّاك نستعين
- Di atas huruf Shod pada kalimah اهدنا الصِّراط المستقيم
- Di atas huruf Lam pada kalimah صراط الَّذين
- Di atas huruf Dhod pada kalimah الضَّالِّين
- Di atas huruf Lam pada kalimah الضَّالِّين
(فصل)
Sunat Mengangkat Tangan
يُسَنُّ رَفْعَ الْيَدَيْنِ فِي
أَرْبَعَةِ مَوَاضِعَ: عِنْدَ تَكْبِيْرَةِ الْإِحْرَامِ وَعِنْدَ الرُّكُوعِ
وَعِنْدَ الْإِعْتِدَالِ وَعِنْدَ الْقِيَامِ مِنَ التَّشَهُّدِ الْأَوَّلِ.
Bermula perkara perkara-perkara yang disunatkan
mengangkat tangan itu pada 4 tempat:
- Ketika takbiratul ihram.
- Ketika ruku’.
- Ketika I’tidal.
- Ketika bangun daripada tasyahhud awal.
(فصل)
Syarat-syarat Sujud
شُرُوطُ السُّجُوْدِ سَبْعَةٌ: أَنْ يَسْجُدَ
عَلَى سَبْعَةِ أَعْضَآءٍ وَأَنْ تَكُوْنَ جَبْهَتُهُ مَكْشُوْفَةً وَالتَّحَامُلُ
بِرَأْسِهِ وَعَدَمُ الْهَوِىِّ لِغَيْرِهِ
وَأَلَّا يَسْجُدَ عَلَى شَيْءٍ يَتَحَرَّكُ بِحَرَكَتِهِ وَارْتِفَاعُ
أَسَافِلِهِ عَلَى أَعَالِيهِ وَالطُّمَأْنِيْنَةُ فِيْهِ. وَأَنْ يَقُولَ فِي سُجُودِهِ: سُبْحَانَ اللهِ مِلْء الْمِيزَانِ وَ مَبْلَغ
الْعِلْمِ وَ مُنْتَهَى الرِّضْوَانِ وَ زِنَة الْعَرْشِ. أَعْضَآءُ السُّجُودِ سَبْعَةٌ:
الْجَبْهَةُ وَبُطُونِ الْكَفَّيْنِ وَالرُّكْبَتَانِ وَبُطُوْنُ الأَصَابِعِ
وَالرِّجْلَيْنِ.
Bermula syarat-syarat sujud itu 7:
- Hendaklah sujud di atas tujuh anggota.
- Hendaklah dahinya itu terbuka.
- Tekan sedikit dengan kepalanya.
- Tidak ia turun selain kerana hendak sujud.
- Tidak boleh ia sujud di atas sesuatu yang
bergerak dengan sebab gerakannya.
- Mengangkat bahu melebihi kepalanya.
- Mesti diam pada ketika sujud. Dan sunat dia
berkata :
سُبْحَانَ اللهِ مِلْء الْمِيزَانِ وَ
مَبْلَغ الْعِلْمِ وَ مُنْتَهَى الرِّضْوَانِ وَ زِنَة الْعَرْشِ
Bermula anggota sujud itu
tujuh:
- Dahi.
- Dua Tapak tangan.
- Dua lutut.
- Tapak-tapak jari
kaki.
- Dua kaki.
(فصل)
Tasydid Pada Tasyahhud
تَشْدِيْدَاتُ التَّشَهُّدِ
إِحْدى وَعِشْرُونَ: خَمْسٌ فِي
أَكْمَلِهِ وَسِتَّ عَشَرَةَ فِي أَقَلِّهِ: التَّحِيَّاتُ عَلَى التَّاءِ وَالْيَاءِ،
الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَواتُ عَلَى الصَّادِ، الطَّيِّبَاتُ عَلَى الطَّاءِ
وَالْيَاءِ، لِلّهِ عَلَى لَامِ
الْجَلَالَةِ، السَّلَامُ عَلَى السِّينِ، عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ عَلَى
اْليَاءِ وَالنُّونِ وَالْيَاءِ، وَرَحْمَةُ اللهِ عَلَى لَامِ الْجَلَالَةِ،
وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَى السِّيْنَ، عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ الله عَلى
لَامِ الجَلَالَةِ، الصَّالِحِينَ عَلَى الصَّادِ، أَشْهَدُ أَنْ لَّاإِلهَ عَلَى
لَامِ ألِفِ، إِلَّا اللهُ عَلَى لَامِ أَلِفِ وَلَامِ الْجَلَالَةِ، وَأَشْهَدُ
أَنَّ عَلَى النُّوْنِ، مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ عَلى مِيْمِ مُحَمَّدًا وَعَلَى
الرَّاءِ وَعَلَى لَامِ الْجَلَالَةِ.
Bermula
segala tasydid pada Tasyahhud itu 21 perkara pada kesempurnaannya dan 16
sekurang-kurangnya:
1.
Tasydid pada huruf ta’ pada kalimah التّحيات
2.
Tasydid pada huruf ya’ pada kalimah التّحيات
3.
Tasydid pada huruf shod pada kalimah الصّلوات
4.
Tasydid pada huruf tha’ pada kalimah الطّيبات
5.
Tasydid pada huruf ya’ pada kalimah الطيّبات
6.
Tasydid pada huruf lam al Jalalah pada kalimah
لله
7.
Tasydid pada huruf sin pada kalimah السّلام
8.
Tasydid pada huruf ya’ pada kalimah أيّها
9.
Tasydid pada huruf nun pada kalimah النّبي
10. Tasydid pada huruf ya’
pada kalimah النبيّ
11. Tasydid pada huruf lam al
Jalalah pada kalimah الله
12. Tasydid pada huruf sin
pada kalimah السّلام
13. Tasydid pada huruf lam al
Jalalah pada kalimah الله
14. Tasydid pada huruf shod
pada kalimah الصّالحين
15. Tasydid pada huruf lam
alif pada kalimah أن لّاإله
16. Tasydid pada huruf lam
alif pada kalimah إلّا
17. Tasydid pada huruf lam al
Jalalah pada kalimah الله
18. Tasydid pada huruf nun
pada kalimah أشهد أنّ
19. Tasydid pada huruf mim
pada kalimah محمّدا
20. Tasydid pada huruf ra’
pada kalimah محمدا رّسول
الله
21. Tasydid pada huruf lam al
Jalalah pada kalimah الله
(فصل)
Sekurang-kurang
Tasydid
تَشْدِيْدَاتُ أَقَلِّ الصَّلَاةِ
عَلَى النَّبِيِّ أَرْبَعٌ: اللّهُمَّ عَلَى اللَّامِ وَالْمِيْمِ، صَلِّ عَلَى
اللَّامِ، عَلَى مُحَمَّدٍ عَلَى اْلمِيمِ.
Bermula sekurang-kurang tasydid itu 4:
1.
Tasydid pada huruf lam pada kalimah اللّهم
2.
Tasydid pada huruf mim pada kalimah اللهم
3.
Tasydid pada huruf lam pada kalimah صلّ
4.
Tasydid pada huruf mim pada kalimah محمّد
(فصل)
Sekurang-kurang Lafaz Salam
أَقَلُّ
السَّلَامِ: السَّلامُ عَلَيْكُمْ تَشْدِيدُ السَّلَامِ عَلَى السِّيْنِ.
Bermula sekurang-kurang lafaz salam itu adalah السلام عليكم
Dan hendaklah
tasydid pada huruf sin pada kalimah السلام
(فصل)
Waktu-waktu Solat Fardhu
أَوْقَاتُ الصَّلَاةِ خَمْسٌ: أَوَّلُ
وَقْتِ الظُّهْرِ زَوَالُ الشَّمْسِ ، وَآخِرُهُ مَصِيْرُ ظِلِّ الشَيْءِ مِثْلَهَ
غَيْرَ ظِلِّ اْلإِسْتِوَاءِ، وَأَوَّلُ وَقْتِ الْعَصْرِ إِذَا صَارَ ظِلُّ كُلِّ
شَيْءٍ مِثْلَهُ وَزَادَ قَلِيْلًا، وَآخِرُهُ غُرُوبُ الشَّمْسِ. وَأَوَّلُ
وَقْتِ الْمَغْرِبِ غُرُوْبُ الشَّمْسِ وَآخِرُهُ غُرُوبُ الشَّفَقِ الْأَحْمَرِ،
وَآخِرُهُ طُلُوعُ الْفَجْرِ الصَّادِقِ
وَآخِرُهُ طُلُوعُ الشَّمْسِ. الْأشْفَاقُ ثَلَاثَةٌ: أَحْمَرُ وَأَصْفَرُ
وَأَبْيَضُ. الْأَحْمَرُ مَغْرِبٌ وَالْأَصْفَرُ وَالْأَبْيَضُ عِشَآءٌ.
وَيُنْدَبُ تَأخِيرُ صَلَاةِ الْعِشَآءِ إِلَى أَنْ يَغِيبَ الشَّفَقُ الْأَصْفَرُ
وَالْأَبْيَضُز
Bermula waktu-waktu solat
itu 5:
1.
Masuk waktu zohor itu adalah dengan
tergelincirnya matahari dan akhir waktunya adalah apabila bayang-bayang sesuatu
benda itu menjadi sama sepertinya.
2.
Masuk waktu asar itu adalah apabila
bayang-bayang sesuatu benda itu sama sepertinya dan bertambah sedikit, dan
akhir waktu asar itu adalah apabila tenggelamnya matahari.
3.
Masuk waktu maghrib itu adalah apabila
tenggelamnya matahari dan akhir waktunya apabila tenggelamnya mega merah.
4.
Masuk waktu isya’ itu adalah apabila
tenggelamnya mega merah dan akhir waktunya adalah apabila terbitnya fajar
sodiq.
5.
Masuk waktu subuh itu adalah apabila terbitnya
fajar sodiq dan akhir waktunya apabila terbitnya matahari.
Bermula mega itu 3
keadaan:
- Mega merah.
- Mega kuning.
- Mega putih.
Mega merah itu pada waktu
maghrib dan mega kuning dan putih itu pula pada waktu isya’. Dan disunatkan
juga melewatkan solat isya’ sehingga hilangnya mega kuning dan putih.
(فصل)
Waktu-waktu Yang Diharamkan Solat
تَحْرُمُ الصَّلَاةُ الَّتِي لَيْسَ
لَهَا سَبَبٌ مُتَقَدِّمٌ وَلَا مُقَارِنَ فِي خَمْسَةِ أَوْقَاتٍ: عِنْدَ
طُلُوْعِ الشَّمْسِ حَتَّى تَرْتَفِعَ قَدْرَ
رُمْحٍ وَعِنْدَ الْإِسْتِوَاءِ فِيْ غَيْرِ يَوْمِ الْجُمُعَةِ حَتَّى تَزُوْلَ،
وَعِنْدَ الْإِصْفِرَارِ حَتَّى تَغْرُبَ وَبَعْدَ صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى
تَطْلُعَ الشَّمْسُ وَبَعْدَ صَلَاةِ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ.
Bermula haramnya solat yang tidak ada baginya sebab yang terdahulu dan
yang tidak ada beserta apa-apa itu pada 5 waktu:
- Ketika matahari
terbit sehinggalah ia tinggi sekadar segalah.
- Ketika rembang
matahari (matahari berada di tengah-tengah) melainkan hari Jumaat
sehinggalah ia tergelincir.
- Ketika matahari
kekuningan sehinggalah ia tenggelam.
- Selepas solat subuh
sehinggalah terbit matahari.
- Selepas solat asar sehinggalah
tenggelam matahari.
(فصل)
Diam Di Dalam Solat
سَكْتَاتُ الصَّلَاةِ سِتَّةٌ: بَيْنَ
تَكْبِيْرَةِ الإِحْرَامِ وَدُعَاءِ الْإِفْتِتَاحِ وَالتَّعَوُّذِ، وَبَيْنَ الْفَاتِحَةِ
وَالتَّعَوُّذِ، وَبَيْنَ آخِرِ الْفَاتِحَةِ وَآمِيْنَ، وَبَيْنَ آمِيْنَ وَالسُّوْرَةِ،
وَبَيْنَ السُّوْرَةِ وَالرُّكُوْعِ.
Bermula segala diam di
dalam solat itu 6:
- Di antara takbiratul
ihram dan doa iftitah.
- Di antara doa iftitah dan ta’awwuz.
- Di antara ta’awwuz
dan al Fatihah.
- Di antara akhir al
Fatihah dan bacaan amin.
- Di antara bacaan amin
dan bacaan surah.
- Di antara bacaan
surah dan ruku’.
(فصل)
Thoma’ninah
الأَرْكَانُ الَّتِي تَلْزَمُهُ
فِيْهَا الطُّمَأْنِينَةُ أَرْبَعَةٌ: الرُّكُوْعُ وَالْإِعْتِدَالُ وَالسُّجُودُ
وَالْجُلُوْسُ بَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ. الطُّمَأْنِيْنَةُ هِيَ: سُكُونٌ بَعْدَ
حَرَكَةٍ بِحَيْثُ يَسْتَقِرُّ كُلُّ عُضْوٍ مَحَلُّهُ بِقَدْرِ سُبْحَانَ اللهِ.
Bermula segala rukun yang
mesti ada padanya thoma’ninah itu 4:
- Ruku’.
- I’tidal.
- Sujud.
- Duduk di antara dua
sujud.
Bermula thoma’ninah itu
adalah diam selepas bergerak dengan tetap setiap anggota pada tempatnya dalam
kadar bacaan Subhanallah.
(فصل)
Sebab-sebab Sujud Sahwi
أَسْبَابُ سُجُودِ السَّهْوِ
أَرْبَعَةٌ: الْأَوَّلُ تَرْكُ بَعْضٍ مِنْ أَبْعَاضِ الصَّلَاةِ أَوْ بَعْضِ
الْبَعْضِ، الثَّانِي فِعْلُ مَا يُبْطِلُ عَمْدُهُ وَلَايُبْطِلُ سَهْوُهُ إِذَا فَعَلَهُ
نَاسِيًا، الثَّالِثُ نَقْلُ رُكْنٍ قَوْلِيٍّ إِلَى غَيْرِ مَحَلِّهِ، الرَّابِعُ
إِيْقَاعُ رُكْنٍ فِعْلِيٍّ مَعَ اِحْتِمَالِ الزِّيَادَةِ.
Bermula sebab-sebab sujud
sahwi itu pada 4 perkara:
- Meninggalkan
sebahagian daripada sunat-sunat aba’ad di dalam solat, atau setengah
daripada setengah sunat aba’ad seperti doa qunut.
- Melakukan perkara-perkara yang boleh
membatalkan solat jika sengaja dan tidak batal jika terlupa seperti
bercakap yang sedikit atau makan yang sedikit.
- Memindahkan rukun
qauli pada bukan tempatnya seperti terbaca surah al Fatihah ketika ruku’.
- Jatuh rukun fi’li
serta diihtimal lebih seperti ia ragu-ragu adakah telah ruku’ atau belum
maka hendaklah ia ruku’ dan sunat ia sujud sahwi.
(فصل)
Sunat-sunat Aba’adh
أَبْعَاضُ الصَّلَاةِ سَبْعَةٌ: التَّشَهُّدُ
الْأَوَّلُ وَقُعُوْدُهُ وَالصَّلَاهُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فِيْهِ، وَالصَّلَاهُ عَلَى الْآلِ في التَّشَهُّدِ الأَخِيْرِ،
وَالْقُنُوْتُ، وَقِيَامُهُ وَالصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَآلِهِ فِيْهِ.
Bermula sunat-sunat
aba’adh itu 7 perkara:
- Tasyahhud awal.
- Duduk tasyahhud.
- Selawat ke atas Nabi
s.a.w ketika tasyahhud awal.
- Selawat ke atas ahli
keluarga Nabi s.a.w di dalam tasyahhud akhir.
- Doa qunut.
- Berdiri ketika
membaca doa qunut.
- Selawat ke atas Nabi
s.a.w dan ahli keluarganya ketika qunut.
(فصل)
Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat
تَبْطُلُ الصَّلَاةُ بِأَرْبَعَ
عَشَرَةَ خَصْلَةً: بِالْحَدَثِ وَبِوُقُوْعِ
النَّجَاسَةِ إِنْ لَمْ تُلْقَ حَالًا مِنْ غَيْرِ حَمْلٍ، وَانْكِشَافِ
العَوْرَةِ إِنْ لَمْ تُسْتَرْ حَالًا، وَالنُّطْقِ بِحَرْفَيْنِ أَوْ حَرْفٍ
مُفْهِمٍ عَمْدًا، وَبِالْمُفَطِّرِ عَمْدًا، وَبِالْأَكْلِ الْكَثِيْرِ نَاسِيًا،
أَوْ ثَلَاثِ حَرَكَاتٍ مُتَوَالِيَاتٍ وَلَوْ سَهْوًا وَالْوَثْبَةِ الْفَاحِشَةِ
وَالضَّرْبَةِ الْمُفْرِطَةِ، وَزِيَادَةِ رُكْنٍ فِعْلِيٍّ عَمْدًا،
وَالتَّقَدُّمِ عَلَى إِمَامِهِ بِرُكْنَيْنِ فِعْلِيَّيْنِ، وَالتَّخَلُّفِ
بِهِمَا بِغَيْرِ عُذْرٍ، وَنِيَّةِ قَطْعِ الصَّلَاةِ، وَتَعْلِيْقِ قَطْعِهَا
بِشَيْءٍ وَالتَّرَدُّدُ فِي قَطْعِهَا.
Bermula segala yang membatalkan
solat itu 14 perkara:
- Dengan sebab berlaku
hadas kecil atau besar.
- Jatuh najis
sekiranya ia tidak dibuang pada ketika itu tanpa ditanggung.
- Terbuka aurat dan
jika tidak ditutup pada ketika itu.
- Bercakap dengan dua
atau satu huruf yang boleh difahami secara sengaja.
- Makan sedikit dengan
sengaja.
- Makan banyak dalam
keadaan terlupa.
- Bergerak tiga kali
berturut-turut sekalipun terlupa.
- Lompatan yang keji.
- Pukulan yang keras.
- Menambah rukun fi’li
secara sengaja.
- Mendahului imam
dengan dua rukun fi’li.
- Ketinggalan dua ruku
fe’li tanpa keuzuran.
- Berniat memutuskan
solat atau menggantungkan untuk memutuskannya dengan sebab sesuatu.
- Ragu-ragu di dalam
memutuskan solat.
(فصل)
Perkara-perkara Yang Mesti Diniatkan Imam
الَّذِي يَلْزَمُ فِيْهِ نِيَّةُ
الإِمَامَةِ أَرْبَعٌ: الْجُمُعَةُ وَالْمُعَادَاةُ وَالْمَنْذُوْرَةُ جَمَاعَةً
وَالْمُتَقَدَّمَةُ فِي الْمَطَرِ.
Bermula perkara-perkara
yang mesti diniatkan ketika menjadi imam itu 4:
- Solat Jumaat.
- Solat 5 waktu yang
diulangkan.
- Solat jama’ah yang
dinazarkan.
- Solat jama’ taqdim
pada ketika hujan
(فصل)
Syarat-syarat
Mengikut Imam
شُرُوطُ
اْلقُدْوَةِ أَحَدَ عَشَرَ: أَلَّا يَعْلَمَ بُطْلَانَ صَلَاةِ إِمَامِهِ بِحَدَثٍ
أَوْ غَيْرِه، وَأَلَّا يَعْتَقِدَ وُجُوبَ قَضَائِهَا عَلَيْهِ وَأَلَّا يَكُوْنَ
مَأْمُوْمًا وَلَا أُمِّيًّا وَأَلَّا يَتَقَدَّمَ عَلَي إِمَامِهِ فِي
الْمَوْقِفِ وَأَنْ يَعْلَمَ انْتِقَالَاتِ إِمَامِهِ وَأَنْ يَجْتَمِعَا فِي
مَسْجِدٍ أَوْ فِي ثَلَثِ مِائَةِ ذِرَاعٍ تَقْرِيْبًا وَأَنْ يَنْوِيَ الْقُدْوَةَ
أَوِ الْجَمَاعَةَ وَأَنْ يَتَوَافَقَ نَظْمُ صَلَاتَيهِمَا وَأَلَّا يُخَالِفَهُ
فِيْ سُنَّةٍ فَاحِشَةِ اْلمخَالَفَةِ وَأَنْ يُتَابِعَهُ.
Bermula syarat-syarat mengikut imam itu 11:
- Tidak boleh ia menyangka solat imam itu
batal dengan sebab hadas atau lainnya.
- Tidak boleh ia beri’tiqad akan wajib qada’
solat atas imam.
- Tidak boleh ia mengikut seseorang yang
menjadi ma’mun kepada seseorang imam.
- Tidak boleh ma’mum yang baik bacaannya
mengikut imam yang jelek bacaannya.
- Tidak boleh kedudukan ma’mum itu mendahului
kedudukan imam.
- Hendaklah ma’mum mengetahui perpindahan
rukun imam.
- Hendaklah solat di masjid atau sesuatu
tempat yang jauhnya ia dan imam lebih kurang 300 hasta.
- Hendaklah ia berniat mengikut imam atau
solat berjama’ah.
- Hendaklah rukun solat mereka berdua sama,
maka tidak boleh ma’mum solat fardhu kepada imam yang solat jenazah.
- Tidak boleh ma’mum menyalahi imam pada perkara
sunat yang keji seperti imam sujud tilawah tetapi ma’mun tidak
mengikutnya.
- Hendaklah ma’mum mengikut imam pada tempat, perbuatan
dan takbiratul ihram.
(فصل)
Bentuk-bentuk
Qudwah
صُوَرُ الْقُدْوَةِ تِسْعٌ: تَصِحُّ
فِيْ خَمْسٍ: قُدْوَةُ رَجُلٍ بِرَجُلٍ وَقُدْوَة ُامْرَأَةٍ بِرَجُلٍ وَقُدْوَةُ
خُنْثَى بِرَجُلٍ وَقُدْوَةُ امْرَأَةٍ بِخُنْثَى وَقُدْوَةُ امْرَأَةٍ
بِامْرَأَةٍ، وَتَبْطُلُ فِي أَرْبَعٍ: قُدْوَةُ رَجُلٍ بِامْرَأَةٍ وَقُدْوَةُ
رَجُلٍ بِخُنْثَى وَقُدْوَةُ خُنْثَى بِامْرَأَةٍ, وَقُدْوَةُ خُنْثَى بِخُنْثَى
Bermula segala bentuk qudwah itu 9;
Sah mengikut pada 5 keadaan:
- Sah lelaki mengikut lelaki.
- Sah perempuan mengikut lelaki.
- Sah khunsa mengikut lelaki.
- Sah perempuan mengikut khunsa.
- Sah perempuan mengikut perempuan.
Batal mengikut pada 4 keadaan:
- Batal lelaki mengikut perempuan.
- Batal lelaki mengikut khunsa.
- Batal khunsa mengikut perempuan.
- Batal khunsa mengikut khunsa.
(فصل)
Syarat-syarat Jama’ Taqdim
شُرُوْطُ جَمْعِ التَّقْدِيْمِ
أَرْبَعَةٌ: الْبَدَاءَةُ بِالْأُوْلَى وَنِيَّةُ الْجَمْعِ وَالْمُوَالَاةُ
بَيْنَهُمَا وَدَوَامُ الْعُذْرِ إِلَى الْإِحْرَامِ
بِالثَّانِيَّةِ.
Bermula syarat-syarat
jama’ taqdim itu 4 perkara:
1. Memulakan dengan solat yang diawal seperti
hendaklah solat zohor dahulu apabila jama’ taqdim dengan asar.
2. Niat untuk melakukan solat jama’.
3. Berturut-turut di antara dua solat, maka tidak
boleh memisahkan di antara dua solat ini dengan waktu yang panjang.
4. Berkekalan uzur sehingga takbiratul ihram yang
kedua.
(فصل)
Syarat-syarat Jama’ Ta’khir
شُرُوْطُ جَمْعِ التَّأْخِيْرِ
إِثْنَانِ: نِيَّةُ التَّأخِيْرِ وَقَدْ بَقِيَ مِنْ وَقْتِ الْأُوْلَى
مَايَسَعُهَا وَدَوَامُ الْعُذْرِ إِلَى تَمَامِ الثَّانِيَةِ.
Bermula syarat-syarat jama’ ta’khir itu 2:
- Niat menta’khirkan di
dalam waktu yang masih berbaki di dalam waktu yang awal.
- Berkekalan uzur sehingga sempurna solat yang
kedua.
(فصل)
Syarat-syarat Qasar
شُرُوْطُ الْقَصْرِ سَبْعَةٌ: أَنْ
يَكُوْنَ سَفَرُهُ مَرْحَلَتَيْنِ وَأَنْ
يَكُوْنَ مُبَاحًا وَالْعِلْمُ بِجَوَازِ الْقَصْرِ وَنِيَّةُ القَصْرِ عِنْدَ
الْإِحْرَامِ وَأَنْ تَكُونَ الصَّلَاةُ رُبَاعِيَّةً وَ دَوَامُ السَّفَرِ
إِلَى تَمَامِهَا وَأَلَّا يَقْتَدِيَ بِمُتِمٍّ فِيْ جُزْءٍ مِنْ
صَلَاتِهِ.
Bermula syarat-syarat qasar
itu 7:
- Hendaklah jarak
perjalanan musafirnya itu dua marhalah.
- Hendaklah tujuan
musafir yang diharuskan oleh syara’.
- Hendaklah ia tahu
kaifiat solat qasar.
- Niat qasar ketika
takbiratul ihram.
- Hendaklah solat yang 4
rakaat.
- Berkekalan perjalanannya
sehingga sempurna solat.
- Tidak boleh ia
mengikut orang yang solat sempurna sekalipun sebahagian daripada solatnya.
(فصل)
Syarat-syarat Solat Jumaat
شُرُوْطُ الْجُمُعَةِ سِتَّةٌ: أَنْ
تَكُوْنَ كُلُّهَا فِيْ وَقْتِ الظُّهْرِ وَأَنْ تُقَامَ فِيْ خِطَّةِ الْبَلَدِ
وَأَنْ تُصَلَّي جَمَاعَةً وَأَنْ يَكُوْنُوْا أَرْبَعِيْنَ أَحْرَارًا ذُكُورًا
بَالِغِيْنَ مُسْتَوْطِنِيْنَ وَأَنْ لَا تَسْبِقَهَا وَلَا تُقَارِنَهَا جُمُعَةٌ
فِي تِلْكَ الْبَلَدِ وَأَنْ يَتَقَدَّمَهَا خُطْبَتَانِ.
Bermula syarat-syarat solat
Jumaat itu 6:
- Hendaklah semua ahli
jamaah itu di dalam waktu zohor.
- Didirikan di dalam
batasan negeri.
- Hendaklah solat secara
berjamaah.
- Hendaklah mereka itu
40 orang lelaki yang merdeka lagi baligh dan bermastautin di negeri itu.
- Tidak didahului atau
disertai oleh Jumaat yang lain di dalam negeri yang sama.
- Hendaklah didahului
dengan dua khutbah.
(فصل)
Rukun-rukun Dua Khutbah
أَرْكَانُ الْخُطْبَتَيْنِ خَمْسَةٌ:
حَمْدُ اللهِ فِيْهِمَا وَالصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فِيْهِمَا وَالْوَصِيَّةُ بِالتَّقْوَى فِيْهِمَا وَقِرَآءَةُ آيَةٍ
مِنَ الْقُرْآنِ فِي إِحْدَاهُمَا وَالدُّعَآءُ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فِي الْأَخِيرَةِ.
Bermula rukun-rukun dua
khutbah itu 5:
- Memuji Allah s.w.t
pada keduanya.
- Selawat ke atas Nabi
s.a.w pada keduanya.
- Wasiat dengan taqwa
pada keduanya.
- Membaca sebahagia
daripada ayat al Quran pada salah satu daripadanya.
- Berdoa kepada seluruh
kaum muslimin dan muslimat di akhir khutbah.
(فصل)
Syarat-syarat Dua Khutbah
شُرُوْطُ الخُطْبَتَيْنِ عَشَرَةٌ: الطَّهَارَةُ
عَنِ الْحَدَثَيْنِ الْأَصْغَرِ وَالْأَكْبَرِ وَالطَّهَارَةُ عَنِ النَّجَاسَةِ
فِي الثَّوْبِ وَالْبَدَنِ وَالْمَكَانِ وَسِتْرُ الْعَوْرَةِ وَالْقِيَامِ عَلَى
الْقَادِرِ وَالْجُلُوْسِ بَيْنَهُمَا فَوْقَ طُمَأْنِيْنَةِ الصَّلَاةِ وَالْمُوَالَاةُ
بَيْنَهُمَا وَبَيْنَ الصَّلَاةِ وَأَنْ تَكُوْنَ بِالْعَرَبِيَّةِ وَأَنْ
يَسْمَعَهَا أَرْبَعون وَأَنْ تَكُوْنَ
كُلُّهَا فِي وَقْتِ الظُّهْرِ.
Bermula syarat-syarat dua
khutbah itu 10:
- Suci daripada hadas
kecil dan besar.
- Suci daripada najis
pada pakaian, badan dan tempat.
- Menutup aurat.
- Berdiri ke atas orang
yang mampu.
- Duduk di antara dua
khutbah lama sedikit daripada thoma’ninah.
- Berturut-turut di
antara dua khutbah.
- Berturut-turut di
antara dua khutbah dan solat.
- Hendaklah kedua-duanya
menggunakan Bahasa Arab.
- Hendaklah didengar
oleh 40 orang.
- Hendaklah semuanya
berada di dalam waktu zohor.
(فصل)
Perkara
Yang Diwajibkan Ke Atas Mayat
الّذِي
يَلْزَمُ لِلْمَيِّتِ أَرْبَعُ خِصَالٍ: غُسْلُهُ وَتَكْفِيْنُهُ وَالصَّلَاةُ
عَلَيْهِ وَدَفْنُهُ.
Bermula yang diwajibkan ke
atas mayat itu 4 perkara:
1. Memandikannya.
2. Mengkafankannya.
3. Menyembahyangkannya.
4. Mengebumikannya.
(فصل)
Sekurang-kurang Dan Sesempurna Memandikan Mayat
أَقَلُّ الْغُسْلِ: تَعْمِيْمُ
بَدَنِهِ بِالْمَآءِ. وَأَكْمَلُهُ أَنْ يَغْسِلَ سَوْءَتَيْهِ وَأَنْ يُزِيْلَ
الْقَذْرَ مِنْ أَنْفِهِ وَأَنْ يُوَضِّئَهُ وَأَنْ يَدْلُكَ بَدَنَهُ بِالسِّدْرِ
وَأَنْ يَصُبَّ الْمَآءَ عَلَيْهِ ثَلَاثًا.
Bermula sekurang-kurang
mandi pada mayat itu adalah meratakan air keseluruh badannya.
Dan sempurnanya itu adalah:
·
Membasuh qubul dan duburnya.
·
Menghilangkan kekotoran pada hidungnya.
·
Mengambil air sembahyang untuknya.
·
Menggosok badannya dengan daun bidara.
·
Menuangkan air ke atasnya sebanyak tiga kali.
(فصل)
Sekurang-kurang Dan Sesempurna Mengkafankan Mayat
أَقَلُّ الْكَفَنِ: ثَوْبٌ يَعُمُّهُ،
وَأَكْمَلُهُ لِلرَّجَالِ ثَلَاثُ لَفَآئِفَ، وَلِلْمَرْأَةِ قَمِيْصٌ وَخِمَارٌ
وَإِزَارٌ وَلَفَافَتَانِ.
Bermula sekurang-kurang
kafan itu adalah satu kain yang boleh menutup mayat itu.
Dan sempurnanya bagi lelaki
adalah tiga kain balutan, dan bagi perempuan itu adalah sehelai baju, tudung,
kain dan dua kain balutan.
(فصل)
Rukun-rukun Solat Jenazah
أَرْكَانُ
صَلَاةِ الْجَنَازَةِ سَبْعَةٌ: الْأَوَّلُ النِّيَّةُ، اَلثَّانِي أَرْبَعُ تَكْبِيْرَاتٍ، الثَّالِثُ الْقِيَامُ
عَلَى الْقَادِرِ، الرَّابِعُ قِرَآءَةُ الْفَاتِحَةِ، الْخَامِسُ
الصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ الثَّانِيَّةِ، السَّادِسُ الدُّعَاءُ لِلْمَيِّتِ بَعْدَ الثَّالِثَةِ، السَّابِعُ السَّلَامُ.
Bermula rukun-rukun solat
jenazah itu 7:
- Niat.
- Empat kali takbir.
- Berdiri ke atas orang
yang mampu.
- Membaca al Fatihah.
- Selawat ke atas Nabi
s.a.w selepas takbir yang kedua.
- Doa ke atas mayat.
- Salam.
(فصل)
Sekurang-kurang Dan Sesempurna Kubur
أَقَلُّ الْقَبْرِ:حُفْرَةٌ تَكْتُمُ
رَائِحَتَهُ وَتَحْرُسُهُ مِنَ السِّبَاعِ. وَأَكْمَلُهُ
قَامَةٌ وَبَسْطَةٌ، وَيُوْضَعُ خَدُّهُ عَلَى التُّرَابِ وَيَجِبُ تَوْجِيْهُهُ
إِلَى الْقِبْلَةِ.
Bermula sekurang-kurang luas
kubur itu adalah lubang yang boleh menutup baunya dan terpelihara daripada binatang
buas.
Dan sesempurnanya lubang
itu setinggi orang dewasa yang berdiri (empat hasta) dan lebarnya separuh
hasta, dan meletakkan pipinya di atas tanah, dan wajib menghadapkannya ke arah
qiblat.
(فصل)
Perkara-perkara
Yang Perlu Digali Semula Mayat Daripada Kuburnya
يُنْبَشُ الْمَيِّتُ لِأَرْبَعِ
خِصَالٍ: لِلْغُسْلِ إِذَا لَمْ يَتَغَيَّرْ وَلِتَوْجِيْهِهِ إِلَى الْقِبْلَةِ
وَلِلْمَالِ إِذَا دُفِنَ مَعَهُ وَالْمَرْأَةُ إِذَا دُفِنَ جَنِيْنُهَا
وَأَمْكَنَتْ حَيَاتُهِ.
Bermula yang perlu digali semula mayat daripada
kuburnya itu 4 perkara:
- Kerana untuk memanadikannya apabila
dikebumikan tanpa mandi dan masih tidak berubah.
- Kerana untuk menghadapkannya ke arah qiblat.
- Kerana untuk mengambil harta apabila
dikebumikan bersamanya.
- Kerana untuk menyelamatkan bayi di dalam
kandungan seorang mayat perempuan jika ia masih hidup.
(فصل)
Meminta Tolong di Dalam Berwudhuk
الْإِسْتِعَانَاتُ أَرْبَعُ خِصَالٍ: مُبَاحَةٌ
وَخِلَافُ الْأُوْلَى وَمَكْرُوْهَةٌ وَوَاجِبَةٌ فَالْمُبَاحَةُ هِيَ تَقْرِيْبُ
الْمَاءِ، وَخِلَافُ الْأُوْلَى هِيَ صَبُّ الْمَاءِ عَلَى نَحْوِ الْمُتَوَضِّئِ، وَالْمَكْرُوْهَةُ هِيَ لِمَنْ يَغْسِلُ أَعْضَاءَهُ،
وَالْوَاجِبَةُ هِيَ لِلْمَرِيْضِ عِنْدَ الْعَجْزِ.
Bermula segala meminta tolong dalam berwudhuk itu 4
perkara:
- Harus: Meminta tolong dibawakan air untuknya
berwudhuk.
- Menyalahi yang utama: Meminta tolong supaya
dituangkan air kepadanya untk berwudhuk.
- Makruh: Meminta tolong supaya dibasuhkan air
pada anggota wudhuknya.
- Wajib: Meminta tolong oleh orang tua yang
sakit untuk berwudhuk.
(فصل)
Harta-harta Yang Wajib Dikeluarkan Zakat
الْأَمْوَالُ الَّتِي تَلْزَمُ فِيْهَا الزَّكَاةُ
سِتَّةُ أَنْوَاعٍ: النَّعَمُ وَالنَّقْدَانِ وَالْمُعَشَّرَاتُ وَأَمْوَالُ
التِّجَارَةِ وَالرِّكَازُ وَالْمَعْدِنُ.
Bermula harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat
itu 6 jenis:
- Binatang-binatang ternakan (daripada unta,
lembu dan kambing).
- Emas dan perak seperti rantai emas.
- Tanaman (seperti tamar, anggur, beras, gandum dan
jagung).
- Harta-harta hasil perniagaan.
- Harta galian yang didapati di dalam bumi
(seperti harta karun).
- Harta yang dapat dikeluarkan daripada sesuatu
tempat (seperti emas dan mineral).
(فصل)
Wajib Puasa Ramadhan
يَجِبُ صَوْمُ رَمَضَانَ بِأَحَدِ
أُمُوْرِ خَمْسَةٍ: (أَحَدُهَا ) بِكَمَالِ شَعْبَانَ ثَلَاثِيْنَ يَوْمًا
(وَثَانِيْهَا) بِرُؤْيَةِ الْهِلَالِ فِي حَقِّ مَنْ لَمْ يَرَاهُ وَاِنْ كَانَ
فَاسِقًا (وَثَالِثُهَا) بِثُبُوْتِهِ فِي حَقِّ مَنْ لَمْ يَرَهُ بِعَدْلِ
شَهَادَةٍ (وَرَابِعُهَا) بِإِخْبَارِ عَدْلٍ رِوَايَةٍ مَوْثُوْقٍ بِهِ سَوَاءٌ
وَقَعَ فِي الْقَلْبِ صِدْقُهُ أَمْ لَا أَوْ غَيْرَ مَوْثُوْقٍ بِهِ إِنْ وَقَعَ
فِي الْقَلْبِ صِدْقُهُ (وَخَامِسُهَا) بِظَنِّ دُخُوْلِ رَمَضَانَ
بِالْإِجْتِهَادِ فِيْمَن اشْتَبَهَ عَلَيْهِ ذَلِكَ.
Bermula wajib puasa Ramadhan itu dengan salah satu
daripada 5 perkara berikut:
- Sempurna 30 hari pada bulan Sya’ban.
- Dengan kelihatan anak bulan pada hak mereka
yang melihatnya sekalipun dia orang yang fasiq.
- Dengan tsabitnya kelihatan anak bulan pada hak
mereka yang tidak melihatnya dengan sebab adil penyaksian.
- Melalui riwayat yg adil lagi dipercayai sama
ada diyakini dengan hati atau pun tidak, atau melalui riwayat yang tidak
dipercayai sekiranya ia diyakini oleh hati.
- Berijtihad dengan sangka masuknya Ramadhan
pada mereka yang tersamar atas yang demikian itu.
(فصل)
Syarat-syarat Sah Puasa
شَرُوطُ
صِحَّتِهِ أَرْبَعَةُ أَشْيَاءَ: إِسْلاَمٌ وَعَقْلٌ وَنَقَاءٌ مِنْ نَحْوِ حَيْضٍ
وَعِلْمٌ بِكَوْنِ الْوَقْتِ قَابِلَا لِلصَّوْمِ.
Bermula syarat-syarat sah puasa itu 4 perkara:
- Islam.
- Akal.
- Suci daripada haid.
- Tahu waktu yang boleh berpuasa iaitu bukan
daripada hari-hari yang diharamkan berpuasa seperti hari Raya Aidilfitri.
(فصل)
Syarat-syarat Wajib Puasa
شُرُوطُ
وُجُوْبِهِ خَمْسَةُ اَشْيَاءَ: اِسْلَامٌ وَتَكْلِيْفٌ وَإِطَاقَةٌ وَصِحَّةٌ
وَإِقَامَةٌ.
Bermula syarat-syarat wajib
puasa itu 5 perkara:
- Islam.
- Taklifi.
- Mampu untuk berpuasa.
- Sihat.
- Tidak musafir.
(فصل)
Rukun-rukun Puasa
أَرْكَانُهُ ثَلَاثَةُ أَشْيَاءَ: نِيَّةٌ
لَيْلًا لِكُلِّ يَوْمٍ فِي الْفَرْضِ وَتَرْكُ مُفْطِرٍ ذَاكِرًا مُخْتَارًا
غَيْرَ جَاهِلٍ مَعْذُوْرٍ وَصَاِئمٌ.
Bermula rukun-rukun
puasa itu 3 perkara:
1. Niat pada waktu malam pada setiap hari puasa yang
fardhu.
2. Meninggalkan segala yang membatalkan puasa dalam
kedaan ingat yang ada pilihan lagi tidak jahil yang diuzurkan seperti makan,
minum, bersetubuh dan sebagainya.
3. Orang yang berpuasa.
(فصل)
Wajib Qadha’ Serta Kafarat Dan Ta’zir
يَجِبُ مَعَ الْقَضَاءِ لِلصَّوْمِ الْكَفَّارَةُ
الْعُظْمَى وَالتَّعْزِيْرُ عَلَى مَن أَفْسَدَ صَوْمَهُ فِي رَمَضَانَ يَوْمًا
كَامِلًا بِجِمَاعِ تَامٍّ آثِمٍ بِهِ لِلصَّوْمِ.
Dan wajiblah
qadha’ ke atas orang yang sengaja merosakkan puasanya di siang hari bulan
Ramdhan dengan membayar kafarah serta dikenakan ta’zir dengan sebab ia
bersetubuh yang berdosa.
وَيَجِبُ مَعَ
الْقَضَاءِ الْإِمْسَاكُ لِلْصَّوْمِ فِي سِتَّة
ِمَوَاضِعَ:)الأَوَّلُ(
فِي رَمَضَانَ لَا فِي غَيْرِهِ عَلَى مُتَعَدٍّ بِفِطْرِهِ، )وَالثَّانِي(
عَلَى تَارِكِ الِنّيَّةِ لَيْلَا فِي الْفَرْضِ، (وَالثَّالِثُ)
عَلَى مَنْ تَسَحَّرَ ظَانًّا بَقَاءَ اللَّيْلِ فَباَنَ خِلَافُهُ أَيْضًا،(وَالرَّابِعُ)
عَلَى مَنْ اَفْطَرَ ظَانًّا الْغُرُوْبَ فَبَانَ خِلَافُهُ اَيْضًا، )وَالْخَامِسُ(
عَلَى مَنْ بَانَ لَهُ يَوْمَ ثَلَاثِيْنَ مِنْ شَعْبَانَ أَنَّهُ مِنْ رَمَضَانَ،
)وَالسَّادِسُ( عَلَى مَنْ سَبَقَهُ مَاءُ الْمُبَالَغَةِ
مِنْ مَضْمَضَةٍ وَاِسْتِنْشَاقٍ.
Wajib menahan diri bagi orang yang berpuasa di
bulan Ramadhan tidak kerana lainnya (seperti puasa qadha’ atau nazar) daripada
makan beserta qadha’ puasanya pada 6 tempat:
- Sengaja tidak berpuasa di bulan Ramadhan tidak
mengapa pada bulan yang lain.
- Orang yang meninggalkan niat pada waktu malam.
- Orang yang tersilap bersahur dalam keadaan ia
menyangka masih malam sedangkan hari telah siang.
- Orang yang tersilap berbuka sedangkan ia
menyangka matahari telah terbenam.
- Telah nyata baginya 30 sya’ban sedangkan hari
tersebut adalah 1 Ramadhan.
- Orang yang batal puasanya kerana berlebih-lebihan
ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung.
(فصل)
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
يَبْطُلُ الصَّوْمُ: بِرِدَّةٍ
وَحَيْضٍ وَنِفَاسٍ أَوْ وِلاَدَةٍ وَجُنُوْنٍ وَلَوْ لَحْظَةً وَبِإِغْمَاءٍ
وَسُكْرٍ تَعَدَّى بِهِ إِنْ عَمَّا جَمِيْعَ النَّهَارِ.
Bermula perkara-perkara yang membatalkan puasa itu
adalah:
- Murtad.
- Haid.
- Nifas.
- Melahirkan anak.
- Gila walaupun sekejap.
- Pitam.
- Mabuk dengan sengaja sekalipun sepanjang hari.
(فصل)
Bermula Keadaan-keadaan Tidak Berpuasa Di Dalam Bulan
Ramadhan
الْإِفْطَارُ فِي رَمَضَانَ أَرْبَعَةُ
اَنْوَاعٍ: وَاجِبٌ كَمَا فِي الْحَائِضِ وَالنُّفَسَاءِ، وَجَائِزٌ كَمَا فِي
الْمُسَافِرِ وَالْمَرِيْضِ وَلاَكُمَا فِي الْمَجْنُوْنِ، وَمُحَرَّمٌ كَمَنْ
أَخَّرَ قَضَآءَ رَمَضَانَ مَعَ تَمَكُّنِهِ حَتَّى ضَاقَ الْوَقْتُ عَنْهُ.
Bermula keadaan-keadaan tidak berpuasa di dalam
bulan Ramadhan itu 4 jenis:
- Wajib: Tidak berpuasa bagi wanita yang haid
dan nifas.
- Harus: Tidak berpuasa bagi orang yang musafir
dan sakit.
- Tidak wajib dan tidak harus: Tidak berpuasa seperti
orang yang gila.
- Haram: Tidak berpuasa seperti orang yang wajib
ia mengqadha’kan puasa tetapi ia tidak mengqadha’kannya sehingga masa
menjadi sempit.
(فصل)
Bahagian-bahagian Tidak Berpuasa
وَأَقْسَامُ الْإِفْطَارِ أَرْبَعَةٌ
أَيْضًا : مَا يَلْزَمُ فِيْهِ الْقَضَآءُ وَالْفِدْيَةُ وَهُوَ اِثْنَانِ: الْأَوَّلُ
الْإِفْطَارُ لِخَوْفٍ عَلَى غَيْرِهِ، وَالثَّانِي الإِفْطَارُ مَعَ تَأْخِيْرِ
قَضَآءِ مَعَ إِمْكَانِهِ حَتَّى يَأْتِيَ رَمَضَانُ آخَرُ، وَثَاِنيهَا
مَايَلْزَمُ فِيهِ الْقَضَاءُ دُوْنَ الْفِدْيَةُ وَهُوَ يَكْثُرُ كَمَغْمى
عَلَيْهِ، وَثَالِثُهُمَا مَا يَلْزَمُ فِيْهِ الْفِدْيَةُ دُوْنَ الْقَضَاءِ
وَهُوَ شَيْخٌ كَبِيْرٌ، وَرَابِعُهَا لَا وَلَا وَهُوَ الْمَجْنُوْنَ الَّذِيْ
لَمْ يَتَعَدَّ بِجُنُوْنِهِ.
Bermula bahagian-bahagian tidak berpuasa itu 4:
- Yang wajib diqadha’ dan dibayar fidyah itu dua:
i.
Tidak berpuasa kerana sesuatu seperti ibu yang mengandung bimbang ke
atas anak di dalam kandungannya.
ii.
Tidak berpuasa dan melewatkan mengqadha’nya sekalipun mampu sehingga datang
Ramadhan yang lain, maka wajiblah ia qadha’ dan membayar fidyah.
- Yang wajib diqadha’ tanpa membayar fidyah
iaitu banyak seperti orang yang pengsan.
- Yang wajib dibayar fidyah tanpa diqadha’
seperti orang tua yang lemah.
- Yang tidak wajib diqadha’ dan tidak wajib dibayar
fidyah seperti orang gila yang tidak sengaja dengan gilanya.
(فصل)
Perkara-perkara
Yang Tidak Membatalkan Puasa Daripada Perbuatan Yang Sampai Ke Dalam Rongga
اَلّذِي لَا يُفَطِّرُ مِمَّا يَصِلُ
إِلَى الْجَوْفِ سَبْعَةُ أَفْرَادٍ: مَا يَصِلُ إِلَى الْجَوْفِ بِنِسْيَانٍ أَوْ
جَهْلٍ أَوْ إِكْرَاهٍ وَبِجَرَيَانِ
رِيْقٍ بِمَا بَيْنَ أَسْنَانِهِ وَقَدْ عَجَزَ عَنْ مَجِّهِ لِعُذْرِهِ وَمَا
وَصَلَ إِلَى الْجَوْفِ وَكَانَ غُبَارَ طَرِيْقٍ، وَمَا وَصَلَ إِلَيْهِ وَكَانَ
غَرْبَلَةَ دَقِيْقٍ، أَوْ ذُبَابًا طَآئِرًا أَوْ نَحْوَهُ.
Bermula perkara-perkara yang tidak membatalkan
puasa daripada perbuatan yang sampai ke dalam rongga itu 7:
- Apa yang sampai ke dalam rongga secara terlupa.
- Atau jahil.
- Atau terpaksa.
- Air ludah yang mengalir di antara giginya dan
ia lemah daripada sentiasa meludahnya.
- Apa yang masuk ke dalam rongga sedangkan ia
adalah debu jalanan.
- Apa yang masuk ke dalam rongga sedangkan ia
adalah seorang pengayak tepong.
- Lalat atau seumpama dengannya yang terbang
masuk ke dalam rongganya.
وَاللهُ
اَعْلَمُ بِالصَّوَابِ نَسْأَلُ اللهَ الْكَرِيْمَ بِجَاهِ نَبِيِّهِ الْوَسِيْمَ،
أَنْ يُخْرِجَنِي مِنَ الدُّنْيَا مُسْلِمًا، وَوَالِدَيَّ وَأَحِبَّائِي وَمَنْ
إِلَيَّ انْتَمَى، وَاَنْ يَغْفِرَ لِي
وَلَهُمْ مُقْحَمَاتٍ وَلَمَمًا ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ بْنِ
عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَلِّبِ بْنِ هَاشِمِ بْنِ عَبْدِ مَنَافٍ رَسُوْلِ
اللهِ إِلَى كَآفَّةِ الْخَلْقِ رَسُوْلِ الْمَلَاحِمِ ،حَبِيْبِ اللهِ الْفَاتِحِ
الْخَاتِمِ، وَآلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. تَمَّ بعَوْنِ اللهِ
تَعَالَى مَتْنُ سَفِيْنَةُ النَّجَا.
Dan bermula Allah s.w.t itulah yang Maha Mengetahui
dengan segala yang benar, kami mohon kepadaNya dengan kemulian NabiNya yang
mulia supaya mengeluarkanku daripada dunia dalam keadaan Islam, juga ibu
bapaku, para kekasihku dan mereka yang
percaya kepadaku, dan semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosaku juga mereka
akan segala dosa-dosa besar juga kecil. Dan selawat ke atas Saidina Muhammad
Bin Abdullah Bin Abd Mutholib Bin Hasyim Bin Abd Manaf Pesuruh Allah yang
paling banyak diuji daripada sekalian Rasul, lagi sebagai kekasih Allah pembuka
dan penutup, serta selawat ke atas ahli keluarganya serta sekalian para
sahabatnya, dan segala pujian bagi Allah s.w.t sekalian alam. Maka telah sempurnalah dalam mengarang kitab
Safinatun Naja ini dengan pertolongan Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan