Ahad, 6 September 2020

Lubab al Hadis Imam as Suyuthi

 

 

 

 

 

 

لباب الحديث

للإمام جلال الدين السيوطي r

 

٩١۱ ه

 

 

 

1

KELEBIHAN ILMU DAN ULAMA'

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: يَا ابْنَ مَسْعُوْدٍ، جُلُوْسُكَ سَاعَةً فِي مَجْلِسِ الْعِلْمِ، لاَ تَمَسُّ قَلَماً، وَلاَ تَكْتُبُ حَرْفًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ عِتْقِ أَلْفِ رَقَبَةٍ، وَنَظَرُكَ إِلىَ وَجْهِ الْعَالِمِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَلْفِ فَرَسٍ تَصَدَّقْتَ بِهَا فِي سَبِيْلِ اللهِ، وَسَلاَمُكَ عَلَى الْعَالِمِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ عِبَادَةِ أَلْفِ سَنَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w kepada Ibn Masu'd :

"Wahai Ibn Masu'd ! Sesaat engkau duduk di dalam majlis ilmu dalam keadaan tidak memegang pen dan tidak menulis walau satu huruf, maka itu lebih baik daripada engkau membebaskan hamba, dan melihat engkau kepada wajah orang alim, maka itu lebih baik daripada seribu kuda yang engkau sedekahkan di jalan Allah, dan memberi salam engkau kepada orang alim, maka itu lebih baik bagi engkau daripada  ibadah seribu tahun"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَقِيْهٌ وَاحِدٌ مُتَوَرِّعٌ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَابِدٍ مُجْتَهِدٍ جَاهِلٍ وَرَعٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Seorang yang faqih lagi wara' lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu ahli ibadah yang bersungguh-sungguh tetapi jahil wara'"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلىَ سَائِرِ الْكَوَاكِبِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kelebihan orang alim ke atas ahli ibadah seperti kelebihan bulan pada malam purnama ke atas sekalian bintang"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنِ انْتَقَلَ لِيَتَعَلَّمَ عِلْمًا غُفِرَ لَهُ قَبْلَ أَنْ يَخْطُوَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka Allah mengampunkan dosa-dosanya sebelum ia melangkah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَكْرِمُوا الْعُلَمَاءَ فَإِنَّهُمْ عِنْدَ اللهِ كُرَمَاءٌ مُكْرَمُونَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Muliakanlah ulama' sesungguhnya mereka di sisi Allah orang-orang mulia lagi dimuliakan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ نَظَرَ إِلَى وَجْهِ الْعَالِمِ نَظْرَةً فَفَرِحَ بِهَا خَلَقَ اللهُ تَعَالَى مِنْ تِلْكَ الْنَظْرَةِ مَلَكًا يَسْتَغْفِرُ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang melihat wajah orang alim walaupun sekali lihat lalu ia gembira, maka Allah s.w.t menciptakan malaikat kerana melihatnya itu untuk meminta ampun  kepadanya sehingga ke Hari Kiamat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَكْرَمَ عَالِمًا فَقَدْ أَكْرَمَنِي، وَمَنْ أَكْرَمَنِي فَقَدْ أَكْرَمَ اللهُ، وَمَنْ أَكْرَمَ اللهُ فَمَأْوَاهُ الْجَنَّةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang memuliakan orang alim maka sesungguhnya dia telah memuliakanku, dan barangsiapa yang memuliakanku maka sesungguhnya dia telah dimuliakan oleh Allah, dan barangsiapa yang telah dimuliakan oleh Allah maka tempatnya adalah di syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَوْمُ الْعَالِمِ أَفْضَلُ مِنْ عِبَادَةِ الْجَاهِلِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidur orang alim itu lebih baik daripada ibadat orang yang jahil"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ، يَعْمَلُ بهِ أَوْ لَمْ يَعْمَلْ بِهِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ أَنْ يُصَلِّيَ أَلْفَ رَكْعَةٍ تَطَوُّعًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menuntut satu bab daripada ilmu, samada dia beramal atau tidak beramal dengannya, maka itu lebih baik daripada ia solat sunat seribu rakaat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ زَارَ عَالِمًا فَكَأَنَمَّا زَارَنِي، وَمَنْ صَافَحَ عَالِمًا فَكَأَنَّمَا صَافَحَنِي، وَمَنْ جَالَسَ عَالِمًا فَكَأَنَّمَا جَالَسَنِي فِي الدُّنْيَا، وَمَنْ جَالَسَنِي فِي الدُّنْيَا أَجْلَسْتُهُ مَعِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menziarahi orang alim, dia seolah-olah telah menziarahiku, dan barangsiapa yang bersalamam dengan orang alim, maka dia seolah-olah bersalaman denganku, barangsiapa yang duduk bersama dengan orang alim, maka dia seolah-olah duduk bersama denganku di dunia, dan barangsiapa yang duduk bersama denganku di dunia, maka aku akan duduk bersama dengannya di Hari Kiamat kelak"

 

2

 KELEBIHAN KALIMAH  لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ كُلَّ يَوْمٍ لَا إلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ مِائَةَ مَرَّةٍ جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata setiap hari لَا إلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ "Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah" seratus kali, maka dia akan datang pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan wajahnya seperti bulan di malam purnama"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

Sebaik-baik zikir itu adalah لاَ اله إلاَّ الله dan sebaik-baik doa itu adalah الحَمْدُ للهِ

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَالَ اللهُ تَعَالَى لَا إلَهَ إِلاَّ اللهُ كَلَامِي وَأَنَا هُوَ، مَنْ قَالَهَا دَخَلَ حِصْنِي، وَمَنْ دَخَلَ حِصْنِي أَمِنَ مِنْ عِقَابِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Firman Allah s.w.t لا إله إلا الله adalah kalam Ku, dan Aku adalah Dia (Tuhan), maka barangsiapa yang menyebutnya dia akan masuk ke dalam penjagaan Ku, dan barangsiapa yang masuk ke dalam penjagaan Ku dia selamat daripada siksaan Ku"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَدُّوا زَكَاةَ أبْدَانِكُمْ بِقَوْلِ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ .

Sabda Nabi s.a.w :

"Tunaikanlah zakat untuk badan-badan kamu dengan berkata لاَ اله إلاَّ الله"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ خَرَجَ مِنْ فِيهِ طَائِرٌ أَخْضَرُ لَهُ جَنَاحَانِ أَبْيَضَانِ مُكَلَّلانِ بِالدُّرِّ وَالْيَاقُوتِ يَصْعَدُ إِلَى السَّمَاءِ فَيُسْمَعُ لَهُ دَوِيٌّ تَحْتَ الْعَرْشِ كَدَوِيِّ النَّحْلِ، فَيُقَالُ لَهُ اُسْكُنْ فَيَقُولُ لَا حَتَّى تَغْفِرَ لِصَاحِبِي فَيُغْفَرُ لِقَائِلِها، ثُمَّ يُجْعَلُ بَعْدَ ذَالِكَ لِلطَّائِرِ سَبْعُونَ لِسَانًا تَسْتَغْفِرُ لِصَاحِبِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ جَاءَ ذَالِكَ الطَّائِرُ يَكُونُ قَائِدَهُ وَدَلِيلَهُ إِلَى الْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata لا اله إلاَّ الله maka akan keluar daripadanya seekor burung hijau yang mempunyai dua sayap putih yang diliputi dengan mutiara dan permata naik ke langit, lalu terdengarlah suara di bawah arasy seperti suara lebah, lalu dikatakannya duduklah engkau, lalu ia berkata tidak ! Selagi engkau tidak mengampunkan dosa tuanku, lalu diampunkan dosa orang yang berkata itu, kemudian dijadikan selepas yang demikian itu kepada burung tersebut tujuh puluh lidah untuk ia minta ampun kepada tuannya sehinggalah ke Hari Kiamat, apabila berlaku Hari Kiamat burung tersebut datang menjadi pemimpin dan petunjuknya untuk ke syurga"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ إِلاَّ قَالَ اللهُ تَعَالَى صَدَقَ عَبْدِي أَنَا اللهُ لَا إِلَهَ إلاَّ أَنَا أُشْهِدُكُمْ يَا مَلائَكَتِي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ.

Sabda Nabi s.a.w :

Tidak ada seorang pun hamba yang berkata  لا اله إلاَّ الله مُحَمَّدٌ رَسُول الله  melainkan Allah berkata "Telah benar hambaku, Aku Allah tidak ada Tuhan melainkan Aku, Aku bersaksi kepada kamu wahai para malaikat Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa-dosanya itu yang terdahulu dan terkemudian"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ خَالِصًا مُخْلِصًا دَخَلَ الجَنَّةَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata لا اله إلاَّ الله dalam keadaan suci lagi ikhlas, maka dia akan masuk ke dalam syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَ أوَّلُ كَلاَمِهِ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَآخِرُ كَلامِهِ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَعَمِلَ أَلْفَ سَيِّئَةٍ إِنْ عَاشَ أَلْفَ سَنَةٍ لَا يَسْأَلُهُ اللهُ عَنْ ذَنْبٍ وَاحِدٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang awal kalamnya لا اله إلاَّ الله    dan akhir kalamnya  لا اله إلاَّ الله dan dia telah melakukan seribu kejahatan sekalipun ia hidup seribu tahun, maka dia tidak akan ditanya walaupun satu dosa"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مِنْ غَيْرِ عَجَبٍ طَارَ بِهَا طَائِرٌ تَحْتَ الْعَرْشِ، يُسَبِّحُ مَعَ الْمُسبِّحِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَيُكْتَبُ لَهُ ثَوَابُهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata لا اله إلاَّ الله walaupun tanpa kagum apa yang ia lihat dan dengar, maka beterbanganlah burung di bawah arasy, bertasbih bersama mereka yang bertasbih sehingga ke Hari Kiamat dan ditulis baginya pahala"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ مَرَّةً غُفِرَ لَهُ ذُنُوبُهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata لا اله إلاَّ الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله sekali, akan diampunkan dosa-dosanya sekalipun banyak seperti pasir di tepi pantai"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا مَرَّ الْمُؤْمِنُ عَلَى الْمَقَابِرِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ, نَوَّرَ اللهُ تِلْكَ الْقُبُورَ كُلّهَا وَغَفَرَ لِقَائِلهَا وَكَتَبَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَرَفَع لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ وَحَطَّ عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila seorang mu'min itu berjalan di kubur-kubur lalu ia berkata Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa tidak ada sekutu baginya, bagiNya kerajaan dan segala pujian, Maha Menghidupkan dan Mematikan dan Dialah yang Maha Hidup tidak mati, di tanganNya segala kebaikan, dan Dia ke atas setiap sesuatu Maha Berkuasa, maka Allah akan mencahayakan seluruh kuburnya dan Allah akan mengampunkan dosa orang yang berkata dengannya, dan Allah akan menulis baginya beribu-ribu kebaikan, dan Allah akan angkat baginya beribu-ribu kedudukan, dan akan dihapuskan baginya beribu-ribu kejahatan"

 

3

KELEBIHAN BASMALAH

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِلاَّ ذَابَ الشَّيْطَانُ كَمَا يَذُوبُ الرَّصَاصُ عَلَى النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

Tidak ada seorang pun hamba yang berkata بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ (Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) melainkan syaitan akan cair sebagaimana tembaga cair ke atas api"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ بِسْمِ الله الرَّحْمَن الرَّحِيمِ إلاَّ أمَرَ اللهُ تَعَالَى الْكِرَامَ الكَاتِبِينَ أَنْ يَكْتُبُوا فِي دِيوَانِهِ أَرْبَعَمِائَةِ حَسَنَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

Tidak ada seorang pun hamba yang berkata بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ melainkan Allah akan menyuruh dua malaikat yang mulia supaya menulis di dalam buku catatannya empat ratus kebaikan kebaikan"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَرَّةً لَمْ يَبْقَ مِنْ ذُنُوبِهِ ذَرَّةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

Tidak ada seorang pun hamba yang berkata بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  sekali, maka tidak akan kekal dosanya walaupun sebesar zarrah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَتَبَ بِسْمِ اللهِ فَجَوَّدَ تَعْظِيمًا للهِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menulis بِسْمِ اللهِ lalu ia mengelok serta mengagongkannya kerana Allah, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إذَا كَتَبَ أَحَدُكُمْ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ فَلْيَمُدَّ الرَّحْمَنُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila salah seorang di kalangan kamu menulis بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ maka luaslah kemurahan Tuhan ar Rahman ke atasnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى زَيَّنَ السَّمَاءَ بِالكَوَاكِبِ وَزَيَّنَ الْمَلائِكَةَ بِجِبْرِيلَ وَزَيَّنَ الْجَنَّةَ بِالْحُورِ وَالْقُصُورِ، وَزَيَّنَ الْأنْبِيَاءَ بِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَزَيَّنَ الْأَيَّامَ بِيَوْمِ الْجُمُعَةِ، وَزَيَّنَ اللَّيَالِي بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَزَيَّنَ الشُّهُورَ بِشَهْرِ رَمَضَانَ، وَزَيَّنَ الْمَسَاجِدَ بالْكَعْبَةِ، وَزَيَّنَ الْكُتُبَ بِالْقُرْآنِ، وَزَيَّنَ الْقُرْآنَ بِبِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghias langit dengan bintang-bintang, dan menghias para malaikat dengan Jibril, dan menghias syurga dengan bidadari dan istana-istana, dan menghias para Anbia' dengan Muhammad s.a.w, dan telah menghias hari-hari dengan hari Jumaat, dan telah menghias malam-malam dengan malam Lailatul Qadar, dan menghias bulan-bulan dengan bulan Ramadhan, dan menghiasi masjid-masjid dengan ka'bah, dan menghiasi kitab-kitab dengan al Quran, dan menghiasi al Quran dengan بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ كُتِبَ اسْمُهُ مِنَ الْأبْرَارِ وَبرِىءَ مِنَ الْكُفْرِ والنِّفَاقِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ maka ditulis namanya di kalangan orang-orang Abrar dan terlepas ia daripada kefur dan juga nifaq"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ غَفَرَ الله لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ maka Allah ampunkan dosa-dosanya yang terdahulu"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا قُمْتُمْ فَقُولُوا بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ النَّاسَ إِذَا اغْتَابُوكُمْ يَمْنَعُهُمْ الْمَلَكُ عَنْ ذَالِكَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila kamu berdiri lalu kamu berkata بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ dan وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وصَحْبِهِ وَسَلَّمَ  sekiranya ada manusia yang hendak mengumpat kamu maka mereka akan di halang oleh malaikat untuk berbuat demikian"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا جَلَسْتُمْ مَجْلِسًا فَقُولُوا بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَصَلَّى الله عَلَى سِيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ فَإنَّ مَنْ فَعَلَ ذَالِكَ وَكَّلَ اللهُ بِهِ مَلَكًا يَمْنَعَهُمْ مِنَ الْغِيبَةِ حَتَّى لَا يَغْتَابُوكُمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila kamu duduk di dalam suatu majlis, lalu kamu berkata بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ وَصَلَّى الله عَلَى سِيِّدِنا محمدٍ وَعَلى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم  maka barangsiapa yang berkata demikian Allah wakilkan baginya seorang malaikat untuk menjaganya daripada sebarang umpatan sehinggalah mereka tidak dapat mengumpat kamu"

 

4

 KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W

 

قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى عَليَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ أَلْفَ مَرَّةٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يُبَشَّرُ لَهُ بِالْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang selawat ke atasku seribu kali, dia tidak akan mati sehinggalah dia digembirakan dengan berita syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى عَليَّ صَلاةً وَاحِدَةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، وَمَنْ صَلَّى عَليَّ عَشْرًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا مِائَةً، وَمَنْ صَلَّى عَليَّ مائَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا أَلْفًا، وَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ أَلْفًا لَمْ تَمَسَّهُ النَّارُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali, dan barangsiapa yang selawat ke atasku sepuluh kali maka Allah akan berselawat ke atasnya seratus kali, dan barangsiapa yang berselawat ke atasku seratus kali maka Allah berselawat ke atasnya seribu kali, dan barangsiapa yang selawat ke atasku seribu kali maka dia tidak akan disentuh oleh api neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ نَسِيَ الصَّلاَةَ عَلَيَّ فَقَدْ أَخْطَأَ طَرِيقَ الجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barngsiapa yang lupa berselawat ke atasku maka dia telah tersalah jalan untuk ke syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ أوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya manusia yang paling utama bersamaku pada Hari Kiamat adalah mereka yang paling banyak berselawat ke atasku"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلاَتُكُمْ عَلَيَّ مَحَّاقَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Selawat kamu ke atasku adalah penghapus dosa-dosa"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ أَرْبَعِينَ مَرَّةً مَحَا اللهُ ذُنُوبَهُ كُلَّهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat empat puluh kali, maka Allah akan hapuskan segala dosa-dosanya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ دُعَاءٍ إِلَّا بَيْنَهُ وَبَيْنَ السَّماءِ حِجَابٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَيَّ ، فَإِذَا صَلَّى عَلَيَّ اِنْخَرَقَ ذَالِكَ الْحِجَابُ وَرُفِعَ الدُّعَاءُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada doa melainkan ada hijab di antara dia dan langit sehinggalah dia berselawat ke atasku, apabila dia berselawat ke atasku, akan terbukalah hijab tersebut dan naiklah doanya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي يَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ قَضَى اللهُ لَهُ مائَةَ حَاجَةٍ سَبْعِينَ مِنْهَا لِآخِرَتِهِ وَثَلاثِينَ مِنْهَا لِدُنْيَاهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku seratus kali dalam sehari, maka Allah akan tunaikan seratus hajat baginya, tujuh puluh hajat di akhirat dan tiga puluh hajat di dunia"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلَائِكَتُهُ عِشْرِينَ مَرَّةً وَلَمْ يَمُتْ حَتَّى يُبَشَّرَ بِالْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah dan para malaikat akan berselawat ke atasnya dua puluh kali dan dia tidak akan mati melainkan sehinggalah digembirakan dengan berita syurga"

 

5

 KELEBIHAN IMAN

 

قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْإِيمَانُ مَعْرِفَةٌ بالْقَلْبِ، وَقَوْلٌ بِاللِّسَانِ، وعَمَلٌ بالْأَرْكَانِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Iman itu adalah ma'rifah di dalam hati, perkataan pada lisan dan beramal dengan anggota"

 

قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْإِيمَانُ عُرْيَانٌ وَلِبَاسُهُ التَّقْوَى، وَزِينَتُهُ الْحَيَاءُ، وثَمَرَتُهُ الْعِلْمُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Iman itu tidak berpakaian, pakaiannya adalah taqwa, perhiasannya pula adalah malu, dan buahnya adalah ilmu"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada iman bagi mereka yang tidak ada amanah baginya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak sempurna iman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْإِيمَانُ فِي صَدْرِ الْمُؤْمِنِ، وَلَا يَتِمُّ الْإِيمَانُ إِلاَّ بِتَمَامِ الْفَرَائِض وَالسُّنَنِ، وَلاَ يَفْسُدُ الْإِيمَانُ إِلاَّ بِجُحُودِ الْفَرَائِضِ وَالسُّنَنِ، فَمَنْ نَقَصَ فَرِيضَةً بِغَيْرِ جُحُودٍ عُوقِبَ عَلَيْهَا، وَمَنْ أَتَمَّ الْفَرَائِضَ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Iman itu di dalam dada orang beriman, dan tidak sempurna iman itu melainkan dengan ia melaksanakan segala kefardhuan dan perkara-perkara sunat yang lain, iman tidak akan rosak melainkan mengingkari perkara-perkara fardhu dan juga sunat, maka barangsiapa yang meninggalkan perkara fardhu tanpa mengingkarinya dia akan disiksa, dan barangsiapa yang menyempurnakan perkara-perkara fardhu maka wajib baginya syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْإِيمَانُ لَا يَزِيدُ وَلَا يَنْقُصُ وَلِكنْ لَهُ حَدٌّ، أَيْ تَعْرِيفُ بِذِكْرِ أَفْرَادِ فُرُوعِ الْإِيمَانِ، فَإِنْ نَقَصَ فَفِيْ حَدِّهِ. وَأَصْلُهُ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَإِقَامُ الصَّلَاةِ، وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ، وَصَوْمُ رَمَضَانَ، وَالْحَجُّ، وَغَسْلُ الْجَنَابَةِ، فَمَنْ زَادَ فِي حَدِّهِ زَادَتْ حَسَنَاتُهُ، وَمَنْ نَقَصَ فِيهِ فَفِيهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang tetapi ia ada batas iaitu cabang-cabang bagi iman, sekiranya ia kurang maka kuranglah batas iman itu tidak iman itu sendiri, dan asal batas iman itu adalah syahadah Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya dan Muhammad itu hamba dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan Haji, mandi daripada janabah, maka barangsiapa yang bertambah pada hadnya bertambahlah segala kebaikannya, dan barangsiapa yang berkurang pada hadnya maka berkuranglah ia" Dan sepakat para Ulama' Salaf bahawa iman itu bertambah dengan amal taat dan kurang dengan maksiat

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْإِيمَانُ نِصْفَانِ، فَنِصْفٌ في الصَّبْرِ، وَنِصفٌ في الشُّكْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Iman itu dua bahagian, bahagian pertama kesabaran dan bahagian kedua adalah kesyukuran"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْإِيمَانُ قَيْدُ الْفَتْكِ لَا يَفْتِكُ مُؤْمِنٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Iman itu menghalang daripada membunuh, mu'min yang sempurna imannya tidak akan membunuh"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَلَقَ الله الْإِيمَانَ وَحَفَّهُ وَمَدَحَهُ بالسَّمَاحَةِ وَالْحَيَاءِ، وَخَلَقَ اللهُ الْكُفْرَ وَذَمَّهُ بالْبُخْلِ وَالْجَفَاءِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Allah telah mencipta iman dan Dia menghiasi serta memujinya dengan tasamuh dan juga malu, dan Allah menciptakan kufur dalam keadaan mencelanya dengan bakhil dan kotor"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ، أَمَرَ اللهُ تَعَالَى بِأَنْ يَخْرُجَ مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنَ الْإِيْمَانِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga dan ahli neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah menyuruh supaya dikeluarkan ahli neraka daripada neraka jika ada di dalam hati mereka iman sekalipun sebesar zarrah"

 

 

 

 

 

 

6

 KELEBIHAN WUDHU'

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاةِ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاةِ فَإنَّهُ يَخْرُجُ مِنْ خَطِيئَتِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berwudhu' untuk menunaikan solat lalu ia perelokkan wudhu'nya kemudia ia solat, maka keluarlah dosa-dosa kecilnya seperti hari ia lahir daripada ibunya"

 

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاةِ وَصَلَّى كَفَّرَ اللهُ ذُنُوبَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الصَّلاةِ الْأُخْرَى الَّتِي تَلِيْهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berwudhu' untuk solat, lalu ia solat, maka Allah menghapuskan dosa-dosa kecilnya di antara solat tersebut dengan solat yang berikutnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ نَامَ عَلَى وُضُوءٍ فَأَدْرَكَهُ الْمَوْتُ فِي تِلْكَ اللَّيْلَةِ فَهُوَ عِنْدَ اللهِ شَهِيدٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang tidor dalam keadaan berwudhu', lalu ia mati pada malam itu, maka dia dianggap syahid di sisi Allah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: النَّائِمُ الطَّاهِرُ كَالصَّائِمِ الْقَائِمِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang tidur dalam keadaan berwudhu' adalah seperti orang yang berpuasa di siang hari"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَوَضَّأَ عَلَى طُهْرٍ كُتِبَ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berwudhu' atas suci (memperbaharui wudhu'nya) maka ditulis baginya sepuluh kebaikan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ صَلاةَ لِمَنْ لَا وُضُوءَ لَهُ، وَلاَ وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ الله عَلَيْهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada solat bagi mereka yang tidak ada wudhu', dan tidak ada bagi mereka yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْوُضُوءُ شَطْرُ الْإِيمَانِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Wudhu' itu sebahagian daripada iman"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صِبْغَةُ الوُضُوْءِ مَرَّةٌ، فَمَنْ تَوَضَّأَ مَرَّتَيْنِ كَانَ لَهُ كِفْلَانِ مِنَ الْأَجْرِ، وَمَنْ تَوَضَّأَ ثَلَاثًا فَهُوَ وُضُوءُ الْأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Celupan wajib pada wudhu' itu adalah sekali, barangsiapa yang mencelupnya dua kali maka baginya dua jaminan pahala, dan barangsiapa yang berwudhu' tiga kali, maka itu adalah wudhu' para Nabi sebelumku"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يَقْبَلُ اللهُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوضَّأَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila kamu berhadas Allah tidak akan meneriman solat di kalangan kamu sehinggalah kamu berwudhu'"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْوُضُوءُ عَلَى الْوُضُوءِ نُورٌ عَلى نُورٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Memperbaharui wudhu' ke atas wudhu' bagaikan cahaya ke atas cahaya (semakin bercahaya orang itu)"

 

 

 

 

7

KELEBIHAN BERSIWAK

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَكْعَتَانِ بِسِوَاكٍ خَيْرٌ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً بِغَيْرِ سِوَاكٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Dua rakaat dengan dengan bersiwak (membersihkan gigi) itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa siwak"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَسَوَّكُوا فَإِنَّ السِّوَاكَ مُطَهَّرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bersihkanlah gigi kalian ! Sesungguhnya membersihkan gigi itu adalah satu kebersihan bagi mulut lagi mendapat keredhoan di sisi Tuhan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سِتَّةٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ الْحَيَاءُ والْحِلْمُ والْحِجَامَةُ والسِّواكُ والتَّعَطُّرُ وَكَثْرَةُ الأَزْوَاجِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Enam perkara di antara perkara-perkara sunat bagi para Rasul iaitu malu, lemah lembut, berbekam, bersiwak (membersihkan gigi), berwangi-wangian dan ramai isteri"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثَةٌ وَاجِبَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ الْغُسْلُ يَوْمَ الجُمُعَةِ والسِّواكُ وَمَسُّ الطِّيبِ.

Sabda Nabi s.a.w :                                                                                           

"Tiga perkara wajib (sangat dituntut) ke atas setiap muslim iaitu mandi pada hari Jumaat, membersihkan gigi, dan menyapu minyak wangi"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَيِّبُوا أَفْوَاهَكُمْ بالسِّواكِ فَإِنَّهُ طَرِيقُ الْقُرْآنِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Wangikanlah mulut-mulut kamu dengan bersiwak, sesungguhnya ia jalan ke syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَحِمَ اللهُ الْمُتَخَلِّلِينَ مِنْ أُمَّتِي فِي الْوُضُوءِ وَالطَّعَامِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Semoga Allah merahmati orang-orang yang membersihkan di kalangan umatku ketika berwudhu' dan membersihkan gigi daripada makanan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَتَخَلَّلُوا بِالْآسِ والرَّيْحَانِ والْقَصَبِ فَإنَّهُ يُورِثُ الْإكْلَةَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Janganlah kamu mencungkil gigi dengan menggunakan Aas (sejenih kayu yang berbau wangi), Raihan (setiap tumbuhan berbau wangi), dan Qashob (sejenis batang kayu), kerana ia mewarisi penyakit Iklah (penyakit menular)"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلاَةٌ بِسِواكٍ خَيْرٌ مِنْ سَبْعِينَ صَلاَةً بِغَيْرِ سِوَاكٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Solat dengan bersiwak itu lebih baik daripada tujuh puluh solat tanpa siwak"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِيْنِي بِالسِّوَاكِ حَتَّى خَشِيْتُ أَنْ يَدْرَدَنَّ أَسْنَانِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Jibril selalu menasihatiku supaya sentiasa bersiwak sehingga aku menjadi bimbang gigiku tercabut"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُمِرْتُ بِالسِّوَاكِ حَتَّى خِفْتُ عَلَى أسْنَانِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Aku diperintahkan supaya sentiasa bersiwak sehingga aku bimbang ke atas gigi-gigiku"

8

KELEBIHAN AZAN

 

قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَذَّنَ لِلصَّلاَةِ سَبْعَ سِنِينَ مُحْتَسِبًا كَتَبَ اللهُ لَهُ بَرَاءَةً مِنَ النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang azan untuk solat tujuh tahun tanpa ganjaran, maka Allah menulis baginya terlepas daripada api neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَذَّنَ ثِنْتَيْ عَشَرَةَ سَنَةً وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang azan dua belas tahun tanpa ganjaran wajib baginya syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَذَّنَ خَمْسَ صَلَوَاتٍ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang azan dalam keadaan beriman dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثَةٌ يَعْصِمُهُمُ اللهُ تَعَالَى مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ الشَّهِيدُ وَالْمُؤَذِّنُ والْمُتَوفَّى يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةَ الْجُمُعَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tiga golongan yang Allah jaga mereka daripada azab kubur iaitu syahid, muazzin dan mereka yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّداءِ والصَّفِّ الأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونُ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعِتْمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kalaulah manusia tahu betapa besarnya ganjaran azan dan ganjaran berada pada saf pertama, sekiranya mereka tidak dapat melainkan dengan cara mengundi nescaya mereka akan mengundi, dan kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala solat di awal waktu nescaya mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya, dan kalaulah mereka tahu pahala solat Isya' dan juga Subuh nescaya mereka akan mendapatkannya sekalipun dalam keadaan merangkak"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَقَبَّلَ إِبْهَامَيْهِ فَوَضَعَ عَلَى عَيْنَيْهِ وَقالَ مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةَ أَعْيُنِنَا بِكَ يَا رَسُولَ اللهِ، فَأَنَا شَفِيعُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَقَائِدُهُ إِلَى الْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mendengar azan lalu ia mencium dua ibu jarinya kemudia meletakkan pada kedua matanya, dan dia berkata مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةَ أَعْيُنِنَا بِكَ يَا رَسُولَ اللهِ "Selamat datang dengan zikir kepada Allah permata mata kami dengan sebab engkau wahai Rasulullah" Maka kelak aku akan memberi syafaat pada Hari Kiamat dan akan memimpinnya ke syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إذَا كَانَ وَقْتُ الْأَذَانِ فُتِحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَاسْتُجِيبَ الدُّعَاءُ وَإِذَا كَانَ وَقْتُ الْإِقَامَةِ لَمْ تَرُدَّ دَعْوَتُهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila sampai waktu azan maka dibukalah pintu-pintu langit dan dimustajabkan doa, dan apabila sampai waktu iqamat doa-doa tidak akan ditolak"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ عِنْدَ الأَذَانِ مَرْحَبًا بِالْقَائِلِينَ عَدْلاً، مَرْحَبًا بِالصَّلَوَاتِ وَأَهْلاً، كَتَبَ اللهُ تَعَالَى لَهُ أَلْفَ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ سَيِّئَةٍ، وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ دَرَجَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata ketika azan مَرْحَبًا بِالْقَائِلِينَ عَدْلاً، مَرْحَبًا بِالصَّلَوَاتِ وَأَهْلاً  maka Allah akan menulis baginya seribu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan, dan akan mengangkat baginya seribu `

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ سَمِعَ الْأَذَانَ وَلَمْ يَقُلْ مِثْلَ مَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ فَإنَّهُ يُمْنَعُ مِنَ السُّجُودِ يَوْمَ الْقِيَامةِ إذَا سَجَدَ الْمُؤَذِّنُونَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila seseorang itu mendengar azan dan dia tidak berkata (menjawab) sebagaimana yang dikatakan oleh muazzin, maka dia akan dihalang daripada sujud pada Hari Kiamat apabila para muazzin sujud"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثَةٌ في ظِلِّ الْعَرْشِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ إمَامٌ عَادِلٌ وَمُؤَذِّنٌ حَافِظٌ وَقَارِىءُ القُرْآنِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِائَتيْ آيَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tiga golongan yang akan berada di dalam naungan arasy pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungannya iaitu imam yang adil, muazzin yang hafiz (menjaga syariat), dan orang yang membaca dua ratus ayat al Quran pada setiap malam"

 

9

KELEBIHAN SOLAT JAMA'AH

 

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَوْصَانِي حَبِيبِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِي: "يَا أبَا هُرَيْرَةَ صَلِّ الصَّلاَةَ مَعَ الْجَمَاعَةِ وَلَوْ كُنْتَ جَالِسًا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يُعْطِيْكَ بِكُلِّ صَلاةٍ مَعَ الْجَمَاعَةِ ثَوَابَ خَمْسٍ وَعِشْرِينَ صَلاةً فِي غَيْرِ الْجَمَاعَةِ".

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata :

"Wahai kekasihku Rasulullah berilah nasihat kepadaku !" Lalu kata Nabi s.a.w "Wahai Abu Hurairah ! Solatlah engkau secara berjamaah sekalipun dalam keadaan duduk, sesungguhnya Allah s.w.t akan memberi kepada engkau pada setiap kali solat jama'ah itu pahala dua puluh lima kali ganda berbanding solat tidak berjama'ah"

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَضْلُ صَلاَةِ الْجَمَاعَةِ عَلَى صَلاةِ الرَّجُلِ وَحْدَهُ خَمْسٌ وَعِشْرُونَ دَرَجَةً وَفَضْلُ صَلاةِ التَّطَوُّعِ فِي الْبَيْتِ عَلَى فِعْلِهَا فِي الْمَسْجِدِ كَفَضْلِ صَلَاةِ الْجَمَاعَةِ عَلَى صَلَاةِ الْمُنْفَردِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kelebihan solat jama'ah ke atas solat seorang diri itu adalah dua puluh lima darjat, dan kelebihan solat sunat di rumah ke atas solat di masjid adalah seperti kelebihan solat jamaa'ah ke atas solat seorang diri"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةُ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وعِشْرِينَ دَرَجَةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Solat jama'ah itu melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الصَّلَوَاتِ عِنْدَ اللهِ تَعَالَى صَلاَةُ الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ في جَمَاعَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sebaik-baik solat di sisi Allah s.w.t itu adalah solat Subuh pada hari Juma'at secara berjam'ah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى صَلاَةَ الصُّبْحِ في الْجَمَاعَةِ ثُمَّ جَلَسَ يَذْكُرُ اللهَ تَعَالَى حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ كَانَ لَهُ سِتْرٌ مِنَ النَّارِ وَبَرِىءَ مِنَ النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat Subuh secara berjama'ah kemudian ia duduk berzikir kepada Allah s.w.t sehingga terbit matahari, maka dia mendapat perisai serta terpelihara daripada api neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:صَلاَةُ الرَّجُلِ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلاَتِهِ وَحْدَهُ خَمْسًا وَعِشْرينَ دَرَجَةً، فَإذَا صَلاَّهَا بِأَرْضٍ فُلَاةٍ فَأَتَمَّ وُضُوءَهَا وَرُكُوعَهَا وَسُجُودَهَا بَلَغَتْ صَلَاتُهُ خَمْسِينَ دَرَجَةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Seorang lelaki yang solat secara berjama'ah, melebihi dua puluh lima kali ganda berbanding solat seorang diri, jika ia solat berjama'ah di bumi yang kering kontang tidak ada air, ia sempurnakan wudhu', ruku' dan sujud maka solatnya itu sampai lima puluh darjat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَدْرَكَ الْجَمَاعَةَ أرْبَعِينَ يَوْمًا كَتَبَ اللهُ لَهُ بَرَاءَةً مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةً مِنَ النِّفَاقِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat berjama'ah selama empat puluh hari, maka Allah menulis baginya terlepas daropada api neraka dan juga sifat nifaq"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى الْبَرْدَيْنِ فِي الْجَمَاعَةِ دَخَلَ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat Bardain (solat Subuh dan Asar secara berjama'ah) maka dia akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab".

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ شَهِدَ صَلاَةَ الْجَمَاعَةِ كَتَبَ اللهُ تَعَالَى لَهُ ذَاهِبًا وَرَاجِعًا عَشْرَ حَسَنَاتٍ، وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ، وَرَفَعَ لَهُ عَشْرَ دَرَجَاتٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang hadir solat jama'ah maka Allah akan tulis baginya sepuluh kebaikan  ketika pergi dan pulang, dan Allah akan hapus baginya sepuluh kejahatan, dan mengangkat baginya sepuluh kedudukan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ صَلاَةَ لِجَارِ الْمَسْجِدِ إِلاَّ في الْمَسْجِدِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak di kira solat bagi jiran masjid melainkan ia solat di masjid"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ رَحْمَةٌ وَهِيَ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ والْفَرْقَةُ عَذَابٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Solat berjama'ah itu adalah rahmat, ia lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan berada dalam jama'ah itu satu rahmat dan berpecah itu adalah azab"

10

KELEBIHAN JUMAAT

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَيِّدُ الْأَيَّامِ يَوْمُ الْجُمُعَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Penghulu segala hari itu adalah hari Juma'at"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ كُفِّرَتْ عَنْهُ ذُنُوبُهُ وَخَطَايَاهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mandi pada hari Juma'at maka diampunkan segala dosa kecil dan kesilapannya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَتَهَا أَرْبَعَةٌ وَعِشْرُونَ سَاعَةً يَعْتِقُ اللهُ فِي كُلِّ سَاعَةٍ مِنْهَا سِتُّمِائَةِ أَلْفِ عَتِيقٍ مِنَ النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya hari Juma'at dan malamnya itu selama dua puluh empat jam Allah bebaskan pada setiap jam daripadanya enam ratus ribu ahli neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَنِصْفُ دِينَارٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur, maka hendaklah ia bersedekah sebanyak sedinar, sekiranya tiada setengah dinar"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat secara cuai, maka Allah akan tutup hatinya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِينَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali tanpa uzur, maka dia akan ditulis di kalangan orang-orang munafiq"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ مَاتَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَتَهَا رُفِعَ عَنْهُ عَذَابُ الْقَبْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mati pada hari Jumaat atau malamnya, maka dia akan terselamat daripada azab kubur"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ لِصَاحِبِهِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ أَنْصِتْ، أَوْ تَكَلَّمَ أَوْ عَبِثَ أَوْ أَشَارَ بِيَدِهِ أَوْ بِرَأْسِهِ فَقَدْ لَغَا وَمَنْ لَغَا فَلاَ جُمُعَةَ لَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa bercakap-cakap pada hari Jumaat sedangkan imam sedang berkhutbah "Diamlah engkau !" Dia bercakap, bermain-main, atau mengisyaratkan dengan tangan atau kepalanya, maka perbuatan tersebut adalah sia-sia, barangsiapa yang sia-sia maka tidak ada Jumaat baginya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: غُسْلُ يَوْمِ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib (sangat dituntut) bagi setiap mereka yang telah baligh"

 

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَدْرَكَ الْجُمُعَةِ فَلَهُ عِنْدَ الله أَجْرُ مِائةِ شَهِيدٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang dapat menunaikan solat Jumaat, maka baginya di sisi Allah pahala seratus orang syahid"

 

11

KELEBIHAN MASJID-MASJID

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمَسْجِدُ بَيْتُ كُلِّ مُؤْمِنٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Masjid itu adalah rumah bagi setiap orang mu'min"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إذا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ مُلاَزِمَ الْمَسْجِدِ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيْمَانِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa berada di masjid beribadat, maka bersaksilah kamu semua bahawa baginya iman"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَكَلَّمَ بِكَلاَمِ الدُّنْيَا فِي الْمَسْجِدِ أَحْبَطَ اللهُ عَمَلَهُ أَرْبَعِينَ سَنَةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berbual dengan urusan dunia di dalam masjid, maka Allah hapuskan amalannya empat puluh tahun"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ الْمَلاَئِكَةَ يَتَكَرَّهُونَ مِنَ الْمُتَكَلِّمِينَ فِي الْمَسْجِدِ بِكَلاَمِ اللَّغْوِ وَالْجَوْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya para malaikat amat membenci mereka yang berbual-bual di dalam masjid dengan percakapan yang sia-sia dan zalim"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: شَّرُّ الْبِقَاعِ أَسْوَاقُهَا وَخَيْرُ الْبِقَاعِ مَسَاجِدُهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Seburuk-buruk tempat adalah pasar-pasar dan sebaik-baik tempat adalah masjid-masjid"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلاَ يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila seseorang di kalangan kamu yang masuk ke dalam masjid, maka janganlah ia duduk sehinggalah ia solat sunat dua rakaat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِرْتَفَعَتِ الْمَسَاجِدُ شَاكِيَةً مِنْ أَهْلِهَا الَّذِينَ يَتكَلَّمُونَ فِيهَا بَكَلامِ الدُّنْيَا، فَتَسْتَقْبِلُهَا الْمَلَائِكَةُ فَتَقُولُ اِرْجِعِي فَقَدْ بُعِثْنَا بِهَلاَكِهِمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Masjid-masjid itu akan naik dalam keadaan mengadu tentang ahli masjid yang suka berbual tentang hal keduniaan, maka para malaikat pun berkata, pulanglah engkau kerana kami akan diutuskan untuk memusnahkan mereka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَسْرَجَ سِرَاجًا فِي الْمَسْجِدِ بِقَدْرِ مَا يَدُورُ في الْعَيْنِ لَمْ تَزَلِ الْمَلاَئِكَةُ تَسْتَغْفِرُ لَهُ مَا دَامَ ذَلِكَ الضَّوْءُ فِي الْمَسْجِدِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menyalakan pelita di dalam masjid walaupun sekadar kerlipan mata sentiasalah para malaikat meminta ampun baginya selagi mana ia bercahaya di dalam masjid"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ بَسَطَ حَصِيرًا فِي الْمَسْجِدِ لَمْ تَزَلِ الْمَلاَئِكَةُ تَسْتَغْفِرُ لَهُ مَا دَامَ ذَالِكَ الْحَصِيرُ فِي الْمَسْجِدِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Banagsiapa yang membentang tikar di dalam masjid sentiasalah para malaikat memohon ampun baginya selagi mana tikar tersebut terhampar di dalam masjid"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَخْرَجَ قَذَرَةً مِنَ الْمَسْجِدِ بِقَدْرِ مَا يَدُورُ فِي الْعَيْنِ أَخْرَجَهُ اللهُ تَعَالى مِنْ أَعْظَمِ ذُنُوبِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa membuang sampah daripada masjid walaupun sekadar apa yang berlegar pada mata, maka Allah akan keluarkan ia daripada sebesar-besar dosanya"

 

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَجْعَلُوا مَسَاجِدَكُمْ كَالطُّرُقِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Janganlah kamu menjadikan masjid-masjid kamu seperti jalan-jalan (tempat melepak)"

 

12

KELEBIHAN SERBAN

 

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْعَمَائِمُ تِيجَانُ الْعَرَبِ فَإذَا وَضَعُوا الْعَمَائِمَ وَضَعُوا عِزَّهُمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Serban adalah mahkota Arab, apabila mereka memakai serban maka mereka telah memakai kemulian mereka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَعَمَّمُوا فَإنَّ الْمَلائِكَةَ تَعَمَّمَتْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Pakailah serban kerana para malaikat memakai serban"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ تَعَالَى وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى أَصْحَابِ العَمَائِمِ يَوْمَ الجُمُعَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَرْقُ مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُشْرِكينَ الْعَمَائِمُ عَلَى الْقَلاَنِسِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Beza antara kita dan orang-orang musyrikin adalah memakai serban di atas kopiah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلَّتِ الْمَلاَئِكَةُ عَلَى الْمُتَعَمِّمِينَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Para malaikat berselawat ke atas orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَكْعَتَانِ بِعِمَامَةٍ خَيْرٌ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً بِلاَ عِمَامَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Dua rakaat dengan memakai serban adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa memakai serban"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَعَمَّمُوا فَإنَّ الشَّيَاطِينَ لاَ تَتَعمَّمُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Pakailah serban kerana syaitan-syaitan tidak memakai serban"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: العَمَائِمُ سِيمَا المَلائِكَةِ فَأَرْسِلُوهَا خَلْفَ ظُهُورِكُمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Serban itu adalah tanda bagi para malaikat (ketika di medan Badar), maka kamu lepaskanlah ia dibelakang kamu"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَسَوَّمُوا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ قَدْ تَسَوَّمَتْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Pakailah serban kerana para malaikat juga memakai serban"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَهَى عَنِ الْإِقْتِعَاطِ وَأَمَرَ بِالتَّلَحِّي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Nabi s.a.w melarang Iqtia't (memakai serban tanpa melilit di bawah dagu) dan menyuruh supaya Talahhi (melilit di bawah dagu)" Cara memakai serban seperti ini dilakukan oleh sebahagian ulama Sufi

 

13

KELEBIHAN PUASA

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَالَ الله تَعَالَى: الصَّوْمُ لِي وَأنَا أَجْزِي بِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Firman Allah s.w.t puasa itu bagi Ku dan Aku akan membalasnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُ بِهِمَا فَرْحَةٌ عِنْدَ إِفْطَارِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, gembira ketika berbuka dan gembeira ketika bertemu Tuhannya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَخُلُوفٌ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah daripada bau kasturi"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَلَيْكُمْ بِالْغَنِيمَةِ الْبَارِدَةِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا الْغَنِيمَةُ الْبَارِدَةُ؟ قَالَ: الصَّوْمُ فِي الشِّتَاءِ الْغَنِيمَةُ الْبَارِدَةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Hendaklah kamu semua Ghanimah Baridah !" Mereka bertanya "Apakah Ghanimah Baridah itu wahai Rasulullah ?" Nabi s.a.w menjawab "Berpuasa ketika musim sejuk"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ فَإذَا تَمَّ رَمَضَانُ لا يُكْتَبُ عَلَيْهِ ذَنْبٌ إلى الحَوْلِ الآخر، فإنْ مَاتَ قَبْلَ رَمَضَانَ آخَر جَاءَ يَوْمَ القيامَةِ وَلَيْسَ عَلَيْهِ ذَنْبٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan Ramadhan maka Allah ampun segala dosanya yang terdahulu dan terkemudian, apabila dia sempurna berpuasa selama sebulan maka tidak ditulis ke atasnya dosa sehinggalah ke akhir tahun, sekiranya ia mati sebelum sempurna Ramadhan maka dia akan datang pada Hari Kiamat dalam keadaan tidak berdosa (dosa kecil)"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَوْ أَذِنَ الله لِلسَّماواتِ وَالْأَرْضِ أَنْ تَتَكَلَّمَا لَقَالَتَا بُشْرى لِمَنْ صَامَ رَمَضَانَ بالجنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kalaulah Allah izin kepada langit dan bumi untuk bercakap, nescaya mereka akan berkata "Bergembiralah bagi mereka yang berpusa di bulan Ramadhan dengan syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصِّيامُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ كَجُنَّةِ أحَدِكُمْ مِنَ الْقِتَالِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Puasa itu adalah perisai daripada api neraka sebagaimana perisai kamu ketika berperang"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّائِمُ إذا أَفْطَرَ صَلَّتْ علَيْهِ المَلائِكَةُ حَتّى يَفْرَغَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang berpuasa apabila dia berbuka, para malaikat akan berselawat kepadanya sehinggalah dia selesai berbuka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِكُلِّ شَيْءٍ زَكَاةٌ وَزَكَاةُ الْجَسَدِ الصَّوْم.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi setiap sesuatu itu ada zakat dan zakat jasad itu adalah puasa"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ، وَصَمْتُهُ تَسْبِيحٌ، وَعَمَلُهُ مُضَاعَفٌ، وَدُعَاؤُهُ مُسْتَجَابٌ، وَذَنْبُهُ مَغْفُورٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidur orang yang puasa itu adalah ibadah, diamnya itu adalah tasbih, amalannya itu berganda-ganda, doanya itu mustajab, dan dosanya itu diampunkan"

 

14

KELEBIHAN SOLAT FARDHU

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بُنِيَ الْإِسْلامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَإِقَامُ الصَّلاةِ، وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ، وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Islam itu terbina atas lima perkara : Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلُّوا خَمْسَكُمْ وَزَكُّوا أَمْوَالَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَحُجُّوا بَيْتَ رَبِّكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tunaikanlah solat lima waktu, keluarkanlah zakat daripada harta-harta kamu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikahlah haji di Baitillah, nescaya kamu semua akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّلاةُ عِمَادُ الدِّينِ، فَمَنْ أَقَامَهَا فَقَدْ أَقَامَ الدِّينَ وَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ هَدَمَ الدِّينَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama dan barangsiapa yang meruntuhkannya maka dia telah meruntuhkan agama"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمَرْأَةُ إِذَا صَلَّتْ خَمْسَهَا وَزَكَّتْ مَالَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَجَّتْ بَيْتَ رَبِّهَا وَأَطَاعَتْ بَعْلَها وَأَحْصَنَتْ فَرْجَها تَدْخُلُ جَنَّةَ رَبِّهَا مِنْ أَيِّ بَابٍ شَاءَتْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Seorang perempuan apabila dia menunaikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat daripada hartanya, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitillah, mentaati suaminya, menjaga kemaluannya, maka dia akan masuk ke dalam syurga melalui pintu yang mana ia suka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِكُلِّ شَيْءٍ عَلَمٌ وَعَلَمُ الْإِيْمَانِ الصَّلاةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi setiap sesuatu itu ada tanda dan tanda bagi iman itu adalah solat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِتَّقُوا اللهَ فِي الصَّلَاةِ، اِتَّقُوا اللهَ فِي الصَّلاةِ، اِتَّقُوا اللهَ فِي الصَّلَاةِ، اتَّقُوا اللهَ فِيْمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم، اِتَّقُوا اللهَ فِي الضَّعِيفَيْنِ الْمَرْأَةِ الْأَرْمَلَةِ وَالصَبِيِّ الْيَتِيمِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan menunaikan solat, bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan menunaikan solat, bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan menunaikan solat, bertaqwalah kamu semua pada hamba yang kamu miliki, bertaqwalah kamu semua pada wanita-wanita miskin yang lemah lagi tidak ada tanggungan dan kanak-kanak yatim"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَرَكَ الصَّلاةَ مُتَعَمِّدًا فَقَدْ كَفَرَ جِهَاراً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja maka dia telah kufur secara nyata"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ، والْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَزِيَادَةُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Solat lima waktu itu adalah kafarat bagi setiap antara solat selagi ia menjauhi dosa-dosa besar, solat Jumaat antara Jumaat itu adalah kafarat di antara keduanya dan juga kafarat dosa tiga hari selepasnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ جَمَعَ بَيْنَ الصَّلاتَيْنِ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ فَقَدْ أَتَى بَابًا مِنْ أَبْوَابِ الْكَبَائِرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang jama' antara dua solat tanpa uzur maka sesungguhnya dia telah datang daripada pintu-pintu neraka"

 

15

KELEBIHAN SOLAT SUNAT

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ اِثْنَتَيْ عَشَرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat sehari semalam sebanyak dua belas rakaat, maka Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى قَبْلَ الْفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ وَقَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبعًا وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا وَأَرْبَعًا قَبْلَ الْعَصْرِ دَخَلَ الْجَنَّةَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat sebelum Subuh dua rakaat, sebelum Zohor empat rakaat, selepas Zohor empat rakaat, dan empat rakaat sebelum Asar maka dia akan masuk ke dalam syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا كَانَ كَعَدْلِ رَقَبَةٍ مِنْ بَنِي إِسْمَاعِيلَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat sebelum Zohor empat rakaat, maka baginya pahala seperti membebaskan hamba di kalangan Bani Ismail"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى رَكْعَتَينِ فِي خَلاَءٍ لَا يَرَاهُ إِلَّا اللهُ وَالْمَلَائِكَةُ كُتِبَ لَهُ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat dua rakaat di dalam bilik yang tidak ada sesiapapun yang memandangnya melainkan Allah dan para malaikat, maka akan ditulis baginya bebas daripada api neraka"

 

وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يُصَلِّي فِي بَيْتٍ مُظْلِمٍ بِرُكُوعٍ تَامٍّ وَسُجُودٍ تَامٍّ إِلَّا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ بِلَا حِسَابٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada seorang pun hamba yang solat sunat di dalam rumah yang gelap dengan ruku' dan sujud yang sempurna melainkan wajib baginya syurga tanpa hisab"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ بِحَيْثُ لَا تَرَاهُ النَّاسُ فَقَدْ بَرِىءَ مِنَ النِّفَاقِ وَالْكُفْرِ وَالبِدْعَةِ وَالضَّلَالَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat empat rakaat dalam keadaan manusia tidak melihatnya, maka dia akan terlepas daripada sifat nifaq, kufur, bida'h dan juga sesat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat empat rakaat sebelum Asar maka Allah akan haramkannya daripada api neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ كُتِبَتَا فِي عِلِّيِّيْنَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat dua rakaat selepas maghrib sebelum ia bercakap-cakap maka dua rakaat tersebut akan ditulis di dalam i'lliyyin (daftar kebaikan)"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ بَعْدَ الْعِشَاءِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ فَكَأَنَّمَا أَدْرَكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat empat rakaat selepas Isyak sebelum dia bercakap-cakap, maka dia seolah-seolah telah mendapat malam Lailatul Qadar di Masjidil Haram"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ ورَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ وَبَنى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَغَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوبَهُ كُلَّهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang solat sunat Dhuha dua belas rakaat dalam keadaan beriman dan mengharapkan pahala di sisi Allah, maka Allah akan menulis baginya beribu-ribu kebaikan dan Allah akan menghapuskan baginya beribu-ribu kejahatan, dan Allah akan angkat baginya beribu-ribu kedudukan, dan Allah akan membina baginya sebuah rumah  di dalam syurga, dan Allah akan mengampunkan segala dosa kecilnya"

 

16

KELEBIHAN ZAKAT

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الزَّكَاةُ قَنْطَرَةُ الْإِسْلَامِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Zakat itu adalah jambatan untuk mengukuhkan Islam"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الزَّكَاةُ طُهْرُ الْإِيْمَانِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Zakat itu menyucikan iman"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يَقْبَلُ اللهُ الْإِيْمَانَ إلاَّ بِالزَّكَاةِ وَلَا إِيْمَانَ لِمَنْ لاَ زَكَاةَ لَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Allah tidak menerima iman melainkan dengan zakat, dan tidak ada iman bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: حَصِّنُوا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ وَدَاوُوا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ وأَعِدُّوا لِلْبَلاءِ الدُّعَاءَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Peliharalah harta-harta kamu dengan zakat, rawatilah penyakit kamu dengan sedekah dan hadapilah ujian dengan doa"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ما هَلَكَ مَالٌ فِي بَرٍّ وَلَا بَحْرٍ إِلاَّ بِمَنْعِ الزَّكَاةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidaklah harta itu binasa di darat atau di laut melainkan mereka yang enggan membayar zakat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا إِيْمَانَ لِمَنْ لاَ صَلاَةَ لَهُ وَلَا صَلاَةَ لِمَنْ لَا زَكَاةَ لَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada iman bagi mereka yang tidak solat, dan tidak ada solat bagi mereka yang tidak memnegeluarkan zakat"

 

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طَهِّرُوا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bersihkanlah harta-harta kamu dengan zakat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَنْ وَجَبَتْ عَلَيْهِ الزَّكَاةُ فَلَمْ يَدْفَعْهَا فَهُوَ فِي النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang telah wajib baginya zakat tetapi dia enngan memngeluarkan zakat maka dia akan ke neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا خَيْرَ فِي مَالٍ لَا يُزَكَّى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada kebaikan pada harta yang tidak dikeluarkan zakat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ مَنَعَ الزَّكَاةَ مَنَعَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ حِفْظَ الْمَالِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang enggan mengeluarkan zakat, maka Allah akan halang dia daripada menjaga harta"

 

17

KELEBIHAN SEDEKAH

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّدَقَةُ تَمْنَعُ مِيْتَةَ السُّوءِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sedekah itu menghalang mati dalam keadaan suu'l Khatimah"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَدَقَةُ السِّرِّ تُطْفِىءُ غَضَبَ الرَّبِّ وَصَدَقَةُ الْعَلاَنِيَةِ جُنَّةٌ مِنَ النَّار.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sedekah dalam keadaan tersembunyi memadamkan api kemarahan Tuhan dan sedekah dalam keadaan terbuka adalah perisai daripada syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّدَقَةُ تَسُدُّ سَبْعِيْنَ بَابًا مِنَ السُّوءِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِتّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Takutlah kamu akan api neraka sekalipun bersedekah dengan sebelah buah tamar, jika kamu tidak mampu bercakaplah dengan perkara yang baik"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَسْتَحْيُوا مِنْ إِعْطَاءِ الْقَلِيلِ، فَإنَّ الْحِرْمَانَ أَقَلُّ مِنْهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Janganlah kamu malu sekalipun sedekah dengan sedikit kerana jika tidak mampu sedekah dengan banyak berilah sedikit"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ نَهَرَ سَائِلاً نَهَرَتْهُ الْمَلَائِكَةُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menherdik orang yang meminta-minta maka para malaikat akan mengherdik dia di Hari Kiamat kelak"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَهْرُ الْحُورِ الْعِينِ قَبْضَةُ التَّمْرِ وَفَلْقُ الْخُبْزِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Mahar bidadari itu adalah sedekah segenggam tamar dan juga belahan roti"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا نَقَصَ مَالٌ مِنْ صَدَقَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Harta tidak akan berkurang kerana bersedekah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّدَقَةُ شَيُءٌ عَظِيمٌ قَالَهَا ثَلَاثًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sedekah itu sesuatu yang sangat besar, lalu Nabi s.a.w mengulangi sebanyak tiga kali"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّدَقَةُ تَرُدُّ الْبَلاَءَ وَتُطَوِّلُ الْعُمْرَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sedekah itu menolak bala dan memanjangkan umur"

 

18

KELEBIHAN MEMBERI SALAM

 

قال النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: السَّلامُ قَبْلَ الْكَلاَمِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Berilah salam sebelum bercakap"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ بَدَأَ بِالْكَلَامِ قَبْلَ السَّلامِ فَلاَ تُجِيبُوهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang bercakap sebelum memberi salam maka tidak perlulah kamu menjawabnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ بَدَأَ بِالسَّلَامِ فَهُوَ أَوْلَى بِاللهِ وَرَسُولِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mula memberi salam maka dialah yang lebih utama sejahtera daripada Allah dan Rasulnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: السَّلامُ مِنْ أسْمَاءِ الله تَعَالَى وَضَعَهُ الله في الأَرْضِ فَأَفْشُوهُ، فإنَّ الرَّجُلَ المُسْلِمَ إذا مَرَّ بِقَوْمٍ فَسَلَّمَ عَلَيْهِمْ فَرَدُّوا عَلَيْهِ كَانَ لَهُ عَلَيْهِمْ فَضْلُ دَرَجَةٍ بِتَذْكِيرهِ إيَّاهُمُ السَّلامُ، فَإِنْ لَمْ يَرُدُّوا عَلَيْهِ رَدَّ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُمْ وَأَطْيَبُ}.

Sabda Nabi s.a.w :

"As Salam itu adalah di antara nama-nama Allah s.w.t, Allah meletakkannya di bumi maka sebarkanlah ia, sesungguhnya seorang lelaki muslim apabila ia berjalan di khalayak ramai lalu ia memberi salam dan mereka menjawabnya, adalah baginya ke atas mereka satu kelebihan sebab meingingatkan mereka dengan salam, sekiranya mereka tidak menjawab, maka salamnya itu dijawab oleh orang yang lebih baik daripada mereka iaitu para malaikat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِاللهِ مَنْ بَدَأَهُمْ بِالسَّلامِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya manusia yang lebih Allah utamakan itu adalah mereka yang mula memberi salam"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَأْسُ التَّوَاضُعِ الْإِبْتِدَاءُ بالسَّلامِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Asas rendah diri itu adalah dengan memberi salam"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ أَقْرَبُهُمَا إِلَى اللهِ تَعَالَى مَنْ بَدَأَ بِالسَّلامِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila dua orang muslim bertemu, maka yang paling dekat dengan Allah s.w.t itu adalah yang mula-mula memberi salam"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إذَا دَخَلْتُمْ فِي مَجْلِسٍ فَسَلِّمُوا وَإِذَا خَرَجْتُمْ فَسَلِّمُوا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila kamu masuk ke dalam sesuatu majlis dan keluar daripada sesuatu majlis maka berilah salam"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلامِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang paling kedekut itu adalah mereka yang kedekut untuk memberi salam"

 

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: السَّلامُ تَحِيَّةٌ لِمِلَّتِنَا وَأَمَانٌ لِذِمَّتِنَا، قَالَ اللهُ تَعَالَى: "وإذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا".

Sabda Nabi s.a.w :

"Salam itu adalah ucapan penghormatan dalam agama kita dan satu kesejahteraan untuk perlindungan kita, kata Allah s.w.t "Apabila kamu menyampaikan ucapan penghormatan sampaikanlah dengan ucapan yang sangat baik atau jawab dengan jawaban yang lebih baik"

 

19

KELEBIHAN BERDOA

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Doa itu adalah otak ibadah"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ تَعَالى يُحِبُّ الْمُلِحِّينَ في الدُّعَاءِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya Allah s.w.t amat menyukai orang-orang yang bersungguh dalam berdoa"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada sesuatu pun yang lebih mulia bagi Allah s.w.t daripada doa"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ اللهُ تَعَالَى يَا عَبْدِي أَنَا عِنْدَ ظَنِّكَ وَأَنَا مَعَكَ إذَا دَعَوْتَنِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kata Allah s.w.t wahai hamba Ku, Aku di sisi sangkaan engkau dan aku bersama engkau apabila engkau berdoa kepadaku"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لَمْ يَدْعُ اللهَ تَعَالَى يَغْضَبْ عَلَيْهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah nescaya Allah akan marah kepadanya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَرْكُ الدُّعَاءِ مَعْصِيَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Meninggalkan doa itu adalah maksiat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ وَعِمَادُ الدِّينِ وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Doa itu adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ مُسْتَجَابَةٌ وَإِنْ كَانَ فَاجِرًا فَفُجُورُهُ عَلَى نَفْسِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Doa orang yang dizalimi mustajab, sekalipun ia orang yang zalim, maka zalimnya itu kembali ke atas dirinya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهَا تُحْمَلُ عَلَى الْغَمَامِ، يَقُولُ اللَّهُ وَعِزَّتِي وَجَلَالِي لَأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Takutlah kalian akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya ia ditanggung di atas gumpalan awan, kata Allah demi kemulian dan keagungan Ku, nescaya Aku akan menolong engkau sekalipun engkau jauh"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِتَّقُوا دَعْوَةَ المَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا، فَإنَّه لَيْسَ دُونَهَا حِجَابٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Takutlah kalian akan doa orang yang dizalimi sekalipun ia kafir, sesungguhnya doa tersebut tidak ada hijab"

 

20

KELEBIHAN ISTIGHFAR

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ وَدَوَاءُ الذُّنُوبِ الْاسْتِغْفَارُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi setiap penyakit itu ada penawar, dan penawar bagi segala dosa itu adalah Istighfar"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِكُلِّ شَيْءٍ حِلْيَةٌ وَحِلْيَةُ الذُّنُوبِ الْإِسْتِغْفَارُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi setiap sesuatu itu ada perhiasan, dan perhiasan bagi segala dosa kecil itu adalah Istighfar"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنِ اسْتَغْفَرَ غَفَرَ اللهُ لَهُ وَإِنْ كَانَ فَارًّا مِنَ الزَّحْفِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang beristighfar, maka Allah akan mengampunkannya sekalipun dia dalam keadaan telah separuh lari daripda medan perang"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَصَرَّ مَنِ اسْتَغْفَرَ وَإِنْ عَادَ فِي الْيَوْمِ سَبْعِينَ مَرَّةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar tanpa had, maka segala dosa kecilnya akan dihapuskan sekalipun ia berulang tujuh puluh kali"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنِ اسْتَغْفَرَ بَعْدَ الذُّنُوبِ غَفَرَ الله لَهُ فَهُوَ لَهَا كَفَّارَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang beristighfar selepas melakukan dosa, maka Allah akan ampunkan, dan Allah baginya kafarat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَثُرَ عَلَى أَحَدِكُمْ الذُّنُوبُ فَلْيَطْلُبِ الْمَغْفِرَةَ بِالْإِسْتِغْفَارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila seseorang di kalangan kamu banyak dosa, maka hendaklah dia menuntut maghfirah dengan beristighfar"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إذَا كَثُرَتْ ذُنُوبُ أَحَدِكُمْ فَلْيَسْتَغْفِرِ اللهَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila banyak dosa-dosa di kalangan kamu, maka hendaklah dia beristighfar"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْإِسْتِغْفَارُ يَأكُلُ الذُّنُوبَ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ الْيَابِسَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Istighfar itu memakan dosa-dosa kecil sebagaimana api memakan kayu yang kering"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَثْرَةُ الْإسْتِغْفَارِ تَجْلُبُ الرِّزْقَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Banyak beristighfar itu mendatangkan rezki"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَكْثِرُوا مِنَ الْإسْتِغْفَارِ، فَمَنْ أَكْثَرَ مِنْهُ جَعَلَ اللهُ لَهُ مِنْ كُلِّ غَمٍّ وَهَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِن حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Perbanyakkanlah kalian semua dengan beristighfar, maka barangsiapa yang banyak beristighfar, maka Allah jadikan baginya daripada setiap kesedihan dan kegelisahan dengan kelapangan, dan Allah memberinya rezki dengan tidak terkira"

 

21

KELEBIHAN BERZIKIR

 

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ذِكْرُ اللهِ عَلَمُ الْإِيْمَانِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ وَحِصْنٌ مِنَ الشَّيْطَانِ وَحِرْزٌ مِنَ النِّيْرَانِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Zikrullah itu adalah lambang keimanan, bebas daripada sifat nifaq, terjaga daripda syaitan dan terpelihara daripada api neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ الخَفِيُّ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sebaik-baik zikir itu adalah tersembunyi"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَشَدُّ الأَعْمَالِ ثَلاَثٌ ذِكْرُ اللهِ تَعَالَى عَلَى كُلِّ حَالٍ وَمُوَاسَاةُ الْأَخِ مِنْ مَالِكَ وَإِنْصَافُ الْفَقِيرِ الْبَائِسِ مِنْ نَفْسِكَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Amalan yang amat berat itu tiga ; Berzikir kepada Allah pada setiap keadaan, menolong saudara engkau daripda harta engkau, dan engkau menjadi khadam pada mereka yang amat memerlukan bantuan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَلاَمَةُ حُبِّ اللهِ حُبُّ ذِكْرِ اللهِ وَعَلامَةُ بُغْضِ اللهِ بُغْضُ ذِكْرِ الله عَزَّ وَجَلَّ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tanda cinta Allah itu adalah dia cinta zikir kepada Allah, dan tanda benci Allah itu adalah dia benci daripada zikir kepada Allah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِكَايَةً عَنِ الله تَعَالى: أَنَا مَعَ عَبْدِي إِذَا ذَكَرَنِي وَتَحَرَّكَتْ بِي شَفَتَاهُ.

Sabda Nabi s.a.w menceritakan satu hikayat daripada Allah :

"Aku bersama hamba Ku apabila dia mengingati Ku dan bergerak bibirnya bersama Ku"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ذِكْرُ اللهِ تَعَالَى بِالْغَدَاةِ والْعَشِيِّ أَفْضَلُ مِنْ ضَرْبِ السُّيُوفِ فِي سَبِيلِ اللهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Berzikir kepada Allah s.w.t di waktu pagi dan petang itu lebih baik daripda berlawan pedang di jalan Allah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sebaik-baik zikir itu adalah  لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ "Tidak ada Tuhan melainkan Allah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اُذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا خَامِلاً، قِيْلَ: وَمَا الذِّكْرُ الْخَامِلُ؟، قَالَ: الذِّكْرُ الْخَفِيُّ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Berzikirlah kamu semua dalam keadaan khamil ! lalu Rasulullah s.a.w di tanya "Apakah yang dimaksudkan dengan zikir khamil ? Sabda Nabi s.a.w "Zikir secara tersembunyi"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الْعِبَادِ دَرَجَةً عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الذَّاكِرُونَ اللهَ كَثِيرًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sebaik-baik kedudukan hamba di sisi Allah pada Hari Kiamat kelak adalah orang-orang yang banyak berzikir"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خَيْرُ الذِّكْرِ الذِّكْرُ الخَفِيُّ، وَخَيْرُ الْعِبَادَةِ أَخَفُّهَا، وَخَيْرُ الرِّزْقِ مَا يَكْفِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sebaik-baik zikir itu adalah zikir khafi, dan sebaik-baik ibadah itu yang mampu dilakukan pada kemampuan, dan sebaik-baik rezki itu adalah yang mencukupi"

 

 

22

KELEBIHAN TASBIH

 

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ما عَلَى الأَرْضِ رَجُلٌ يَقُولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَسُبْحَانَ اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ إِلاَّ غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زُبَدِ الْبَحْرِ}.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada seorangpun yang berkata "Tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, dan Maha Suci Allah, dan tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melain dengan pertolongan Allah" melainkan diampunkan dosa-dosanya sekalipun banyak seperti pasir ditepian pantai"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زُبَدِ الْبَحْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata "Maha suci Allah dan pujian bagiNya" seratus kali dalam sehari, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun banyak seperti pasir ditepian pantai"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سُبْحَانَ الله نِصْفُ الْمِيزَانِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ مِلْءُ الْمِيزَانِ، وَاللهُ أَكْبَرُ مِلْءُ السَّماَوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ لَيْسَ دُونَهَا سِتْرٌ وَلَا حِجَابٌ حَتَّى تَخْلُصَ إِلَى رِبِّها عَزَّ وَجَلَّ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kalimah سُبْحَانَ الله  Maha suci Allah itu separuh timbangan,  الحَمْدُ لله memenuhi timbangan, الله أَكْبَرُ    memenuhi seluruh langit dan bumi,     لا إله إلا الله  tidak ada di antaranya tirai ataupun didinding sehinggalah sampai kepada Tuhannya Azzawajalla"  

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ هَلَّلَ مِائَةً وَسَبَّحَ مِائَةً وَكَبَّرَ فَإِنَّهُ خَيْرٌ مِنْ عَشْرِ رِقَابٍ يَعْتِقُهَا وَسَبْعِ بَدَنَاتٍ يَنْحَرُهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mengucapkan Tahlil seraus kali, Tasbih seratus kali, Takbir seratus kali, maka itu lebih baik baginya daripada membebaskan sepuluh orang hamba dan tujuh bahagian badan untuk sembelihan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ مَرَّةً وَاحِدَةً كَتَبَ اللهُ لَهُ مِائَةَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ مِائَةَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ مِائَةَ أَلْفِ دَرَجَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata سُبْحَانَ الله والحَمْدُ لله ولا اله إلا الله وَالله أَكْبَرُ ولا حَوْلَ وَلاَ قُوَّة إلا بالله العَلي العظيم sekali, maka Allah akan menulis baginya seratus ribu kebaikan dan menghapuskan seratus ribu kejahatan, dan Allah mengangkat baginya seratus ribu kedudukan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللهِ إِلَى آخِرِهَا تَنَاثَرَتْ عَنْهُ الْخَطَايَا والذُّنُوبُ كَتَنَاثُرِ أَوْرَاقِ الشَّجَرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata سُبْحَانَ الله hingga akhir maka beterbanganlah segala kesilapan dan dosa-dosanya sebagaimana beterbangan daun-daun pokok"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ غُرِسَتْ لَهُ بِهَا شَجَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata سُبْحَانَ رَبي العَظيم maka ditanam baginya dengan sebab ucapan tersebut akan sebuah pokok di syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى غَفَرَ اللهُ لَهُ وَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkata سُبْحانَ رَبي الأعْلَى  maka Allah akan ampunkan dosa-dosa baginya dan akan memasukkannya ke dalam syurga"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: التَّسْبِيحُ يَجْلِبُ الرِّزْقَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tasbih itu mendatangkan rezki"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Dua kalimah yang amat ringan  ke atas lidah, amat berat di atas timbangan, amat disukai oleh Tuhan ar Rahman iaitu kalimah سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ الله العَظِيمِ

 

23

KELEBIHAN TAUBAT

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: التَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ، وَالْمُسْتَغْفِرُ مِنَ الذَّنْبِ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَيْهِ كَالْمُسْتَهْزِىءِ بِرَبِّهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang bertaubat daripada dosa itu seperti orang yang tidak ada dosa, dan orang yang beristighfar daripada dosa sedangkan dia masih melakukannya dia seperti memperolokkan Tuhan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: النَّدَمُ تَوْبَةٌ وَالتَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لاَ ذَنْبَ لَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Menyesal itu adalah taubat, dan orang yang bertaubat daripda dosa seperti orang yang tidak ada dosa baginya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ شَيْءٍ أَحَبُّ إِلَى اللهِ تَعَالَى مِنْ شَابٍّ تَائِبٍ وَمَا مِنْ شَيْءٍ أَبْغَضُ إِلَى اللهِ تَعَالَى مِنْ شَيْخٍ مُقِيمٍ عَلَى مَعَاصِيهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada sesuatupun yang lebih Allah suka daripada pemuda yang bertaubat, dan tidak ada sesuatupun yang lebih Allah s.w.t benci daripada orang tua yang masih melakukan maksiat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِكُلِّ شَيْءٍ حِيْلَةٌ وَحِيْلَةُ الذُّنُوبِ التَّوْبَةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi setiap sesuatu itu ada penghapus dan penghapus dosa itu adalah taubat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِكُلِّ شَيْءٍ دَوَاءٌ وَدَوَاءُ الذُّنُوبِ التَّوبَةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi setiap sesuatu itu ada penawar dan penawar bagi segala dosa itu adalah taubat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: التَّوْبَةُ تَهْدِمُ الْحَوْبَةَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Taubat itu meruntuhkan kesilapan"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: تُوبُوا إِلَى اللهِ فَإِنِّي أَتُوبُ إلَيْهِ كُلَّ يَوْمٍ مائَةَ مَرَّةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, kerana aku  bertaubat kepadaNya seratus kali sehari"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: تُوبُوا إِلَى اللهِ وَلاَ تَيْأَسُوا فَإنَّ الْيَأْسَ كُفْرٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bertaubatlah kamu semua kepada Allah dan janganlah kamu berputus asa mengharap rahmatNya kerana putus asa itu adalah kufur"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَجِّلُوا بِالتَّوْبَةِ قَبْلَ الْمَوْتِ وَعَجِّلُوا بِالصَّلاةِ قَبْلَ الْفَوْتِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bersegeralah untuk bertaubat sebelum mati dan bersegeralah untuk solat sebelum habis waktu"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تُوبُوا إِلَى رَبِّكُمْ قَبْلَ أَنْ تَمُوتُوا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bertaubatlah kalian semua kepada Tuhan sebelum kalian mati"

 

24

KELEBIHAN FAQIR

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْفَقْرُ أَزْيَن عَلَى الْمُؤْمِنِ مِنَ الْعِذَارِ الْحَسَنِ عَلَى خَدِّ الْفَرَسِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Faqir yang menjadi hiasan orang beriman itu lebih baik daripda tali kekang kuda yang baik di atas pipi kuda"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْفَقْرُ شَيْنٌ عِنْدَ النَّاسِ وَزَيْنٌ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kefaqiran itu adalah aib bagi manusia dan hiasan di sisi Allah pada Hari Kiamat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: حُبُّ الْفُقَرَاءِ مِنْ أَخْلَاقِ الْأَنْبِيَاءِ وَبُغْضُ الْفُقَرَاءِ مِنْ أَخْلاَقِ الفَرَاعِنَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Cinta kepada orang-orang yang faqir itu adalah akhlak para Nabi dan benci kepada mereka adalah akhlak orang yang sombong"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِكُلِّ شَيْءٍ مِفْتَاحٌ وَمِفْتَاحُ الْجَنَّةِ حُبُّ الْمَسَاكِينِ وَالْفُقَرَاءِ لِصَبْرِهِمْ هُمْ جُلَسَاءُ اللهِ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi setiap sesuatu itu ada kunci, dan kunci syurga itu adalah cinta kepada orang-orang miskin dan faqir, kerana kesabaran mereka itu, mereka akan duduk bersama orang-orang yang duduk bersama Allah di Hari Kiamat kelak"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ الْفَقِيرَ الْمُتَعفِّفَ أَبَا الْعِيَالِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya Allah s.w.t amat menyukai hambanya yang faqir lagi ketua keluarga yang menjaga daripda perkara haram dan meminta-minta"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْفَقْرُ أَمَانَةٌ فَمَنْ كَتَمَهُ كَانَ عِبَادَةً وَمَنْ بَاحَ بهِ فَقَدْ قَلَّدَ إِخْوَانَهُ الْمُسْلِمِينَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Faqir itu adalah amanah, barangsiapa yang menyembunyikannya maka itu adalah ibadah, dan barangsiapa yang membuka kefaqirannya maka dia telah menyusahkan saudara Islamnya yang lain"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: طُوبَى لِلْفُقَرَاءِ وَالضُّعَفَاءِ مِنْ أُمَّتِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Berbahagialah orang-orang faqir dan orang-orang susah di kalangan umatku"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْفَقْرُ كَرَامَةٌ مِنْ كَرَامَاتِ اللهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kefaqiran itu adalah kemulian di antara kemulian-kemulian Allah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَضْلُ الْفَقِيرِ عَلَى الْغَنِيِّ كَفَضْلِي عَلَى جَمِيعِ خَلْقِ اللهِ تَعَالَى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kelebihan orang faqir ke atas orang kaya adalah seperti kelebihanku ke atas sekalian makhluk Allah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ شَيْءَ يُعْطِيْهِ اللهُ مِثْلُ الْفَقْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada sesuatu kemuliaan yang Allah berikan seumpama yang Allah berikan kepada orang yang faqir"

 

25

KELEBIHAN NIKAH

 

قَالَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: التَّزْوِيجُ بَرَكَةٌ وَالْوَلَدُ رَحْمَةٌ فَأَكْرِمُوا أَوْلاَدَكُمْ فَإِنَّ كَرَامَةَ الْأَوْلَادِ عِبَادَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Berkahwin itu membawa berkat dan anak pula membawa rahmat, maka muliakanlah anak-anak kamu kerana memuliakan anak-anak itu adalah ibadah"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: النِّكَاحُ سُنَّتِي فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Nikah itu sunnahku, maka barangsiapa yang berpaling daripada mengikut sunnahku (dengan mengambil jalan yang haram) maka dia bukan di kalanganku"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْحَرَائِرُ صَلاحُ الْبَيْتِ وَالْإِمَاءُ فَسَادُ الْبَيْتِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Berkahwin dengan perempuan-perempuan yang merdeka itu mendamaikan rumah dan perempuan-perempuan hamba merosakkan rumah"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ أرَادَ أَنْ يَلْقَى اللهَ طَاهِرًا مُطَهَّرًا فَلْيَتَزَوَّجْ الْحَرَائِرَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang ingin bertemu Allah dalam keadaan suci lagi disucikan maka berkahwinlah dengan perempuan-perempuan merdeka"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: اِلْتَمِسُوا الرِّزْقَ بالنِّكَاحِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Berpeganglah pada rezki dengan berkahwin"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ تَزَوَّجَ فَقَدْ أُعْطِي نِصْفَ الْعِبَادَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berkahwin maka dia telah diberi separuh ibadah"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: شِرَارُكُمْ عُزَّابُكُمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Seburuk-buruk di kalangan kamu adalah yang bujang tidak mahu berkahwin"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: شِرَارُكُمْ عُزَّابُكُمْ وَأَرَاذِلُ مَوْتَاكُمْ عُزَّابُكُمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Seburuk-buruk dan mati dalam terhina di kalangan kamu adalah yang bujang tidak mahu berkahwin"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: شِرَارُكُمْ عُزَّابُكُمْ, رَكْعَتَانِ مِنْ مُتَأَهِّلٍ خَيْرٌ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً مِنْ غَيْر مُتَأَهِّلٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Seburuk-buruk di kalangan kamu adalah yang bujang tidak mahu berkahwin, dan solat dua rakaat oleh mereka yang berkahwin itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat mereka yang tidak berkahwin"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَا أَطْعَمْتَ زَوجَتَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Segala makanan yang engkau berikan kepada isteri engkau itu, maka itu bagi engkau dikira sedekah"

 

26

KERASNYA AZAB ZINA

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الزِّنَى يُورِثُ الفَقْرَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Zina itu mewarisi kefaqiran"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: زِنَى الْعَيْنَيْنِ النَّظَرُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Zina mata itu adalah melihat perkara yang haram"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: النَّظَرُ إِلَى النِّسَاءِ الْأَجْنَبِيَّاتِ مِنَ الْكَبَائِرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Melihat perempuan-perempuan ajnabi itu di antara dosa-dosa besar"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: زِنَى الرِّجْلَيْنِ الْمَشْيُ وَزِنَى الْيَدَيْنِ الْبَطْشُ وَزِنَى الْعَيْنَيْنِ النَّظَرُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Zina kaki itu adalah melangkah, zina tangan adalah menyentuh, dan zina dua mata itu adalah melihat"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ :زَنْيَةٌ وَاحِدَةٌ تُحْبِطُ عَمَلَ سَبْعِينَ سَنَةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sekali berzina membatalkan pahala amalan yang telah dilakukan selama tujuh puluh tahun"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَا مِنْ ذَنْبٍ بَعْدَ الشِّرْكِ عَظْمٌ عِنْدَ اللهِ مِنْ نُطْفَةٍ وَضَعَهَا رَجُلٌ فِي رَحِمٍ لَا يَحِلُّ لَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada dosa yang lebih besar di sisi Allah selain seorang lelaki yang meletakkan air maninya di dalam rahim yang tidak halal baginya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ لِأَهْلِ النَّارِ صَيْحَةٌ مِنْ نَتَنِ رِيحِ فَرْجِ الزَّانِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya bagi penduduk neraka itu ada tempikan daripada bau busuk angin kemaluan orang berzina"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ :الْغِنَى والزِّنَى لَا يَجْتَمِعَانِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kekayaan dan penzina tidak akan berkumpul"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: تَرْكُ الزِّنى يُورِثُ الْغِنَى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Meninggalkan zina mewarisi kekayaan"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ زَنَى زُنِيَ بِهِ وَلَوْ بِحِيطَانِ دَارِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berzina maka akan dizina dengannya sekalipun dijaga di dalam kampongnya (tidak dapat tidak dia mesti dihukum ketika di dunia)

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ زَنَى باِمْرَأَةٍ فَتَحَ اللهُ عَلَيْهِ فِي قَبْرِهِ ثَمَانِيَةَ أَبْوَابٍ مِنَ النَّارِ يَخْرُجُ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ عَقَارِبُ وَحَيَّاتٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang berzina dengan seorang perempuan maka Allah akan buka di dalam kuburnya lapan puluh pintu daripada api neraka, yang akan keluar daripada pintu-pintu tersebut banyak kala jengking dan ular sehinggalah ke Hari Kiamat

27

KERASNYA AZAB LIWAT

 

قَالَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ قَبَّلَ غُلاَمًا بِشَهْوَةٍ عَذَّبَهُ اللهُ تَعَالَى فِي النَّارِ أَلْفَ سَنَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mencium budak lelaki dengan syahwat, maka Allah akan mengazabnya di dalam api neraka seribu tahun"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لَوِ اغْتَسَلَ اللُّوْطِيُّ بِمَاءِ الْبَحْرِ لَمْ يَجِىءْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَّا جُنُبًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kalaulah kaum Luth (orang yang meliwat) itu mandi dengan air laut sekalipun, dia tidak akan datang pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan junub jua"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ قَبَّلَ غُلَامًا بِشَهْوَةٍ أُلْجِمَ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mencium budak lelaki dengan syahwat, maka dia akan dikekang dengan kekangan api neraka"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ مَسَّ غُلَامًا بِشَهْوَةٍ لَعَنَهُ اللهُ وَالْمَلاَئِكَةُ وَالنَّاسُ أَجْمَعُونَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menyentuh budak lelaki dengan syahwat, maka Allah, para malaikat dan seluruh manusia akan melaknatnya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ أَدْخَلَ قُبُلَهُ فِي دُبُرِ امْرَأَةٍ بَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهُوَ أَنْتَنُ مِنَ الْجَحِيفَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang memasukkan kemaluannya ke dalam dubur isterinya, maka Allah akan membangkitkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan lebih busuk daripda bangkai"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إِذَا أَتَى الرَّجُلُ الرَّجُلَ فَهُمَا زَانِيَانِ، وَإِذَا أَتَتِ الْمْرأَةُ الْمَرْأَةَ فَهُمَا زَانِيَتانِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila seorang lelaki  mendatangi lelaki maka itu adalah zina, dan apabila seorang perempaun mendatangi seorang perempuan maka itu juga zina"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ قَبَّلَ غُلَامًا بِشَهْوَةٍ فَكَأَنَّمَا زَنَى مَعَ أُمِّهِ سَبْعِينَ مَرَّةً وَمَنْ زَنَى مَعَ أُمِّهِ مَرَّةً وَاحِدَةً، فَكَأَنَّمَا قَتَلَ سَبْعِينَ نَبِيًّا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mencium budak lelaki dengan syahwat, maka dia seolah-olah telah berzina dengan ibunya sendiri tujuh puluh kali, dan barangsiapa yang telah berzina dengan ibunya sekali, maka dia seolah-olah telah membunuh tujuh puluh orang Nabi a.s"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ لاَطَ فِي غُلاَمٍ أَصْبَحَ فِي قَبْرِهِ خِنْزِيرًا.

 

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meliwat seorang budak lelaki maka dia akan berubah menjadi babi di dalam kuburnya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إِذَا لُمِسَ الْغُلَامُ اِهْتَزَّ الْعَرْشُ وَقَالَتْ السَّمَاوَاتُ: يَا رَبَّنَا أَأُمِرْنَا نَخْطَفُهُ وَقَالَتِ الْأَرْضُ: يَا رَبَّنَا أَأُمِرْنَا نَبْلَعُهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila seorang budak lelaki itu disentuh dengan syahwat, maka bergegarlah arasy, lalu langit berkata "Wahai Tuhan kami apakah kami diperintahkan menyambar mereka" dan berkata bumi "Wahai Tuhan kami apakah kami diperintahkan untuk menelan mereka"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لاَ تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَسْتَاهِهِنَّ فَإِنَّ اللهَ لَا يَسْتَحْيِ مِنَ الْحَقِّ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Janganlah kamu mendatangi kaum perempuan pada dubur-dubur mereka, sesungguhnya Allah tidak malu menyatakan kebenaran"

 

28

LARANGAN MINUM ARAK

 

قَالَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا لَمْ يَشْرَبْهَا فِي الْآخِرَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang minum arak di dunia, maka dia tidak akan meminumnnya di akhirat"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ مُمْسِيًا أَصْبَحَ مُشْرِكًا وَمَنْ شَرِبَهَا مُصْبِحًا أَمْسَى مُشْرِكًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang minum arak pada waktu petang paginya ia musyrik, dan barangsiapa yang meinum arak pada waktu pagi petangnya ia musyrik"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْخَمْرُ أُمُّ الْخَبَائِثِ فَمَنْ شَرِبَهَا لَمْ تُقْبَلْ صَلَاتُهُ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، فَإِنْ مَاتَ وَهِيَ فِي بَطْنِهِ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Arak itu ibu segala kerosakan, maka barangsiapa yang meminumnya tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari, sekiranya ia mati sedangkan arak itu masih ada di dalam perutnya maka ia mati dalam keadaan jahiliah"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْخَمْرُ جِمَاعُ الإِثْمِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Arak itu menghimpunkan segala dosa"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: شَارِبُ الْخَمْرِ مَلْعُونٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Peminum arak itu dilaknat"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: شَارِبُ الْخَمْرِ كَعَابِدِ اللَّاتِ والعُزَّى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Peminum arak seperti penyembah patung Lata dan U'zza

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ تَعَالَى عَلَى أَنْبِيَائِهِ وَمَنْ سَلَّمَ عَلَى شَارِبِ الْخَمْرِ أَوْ صَافَحَهُ أَحْبَطَ اللهُ تَعَالَى عَمَلَهُ أَرْبَعِينَ سَنَةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang minum arak maka dia telah kufur dengan apa yang Allah turunkan kepada para NabiNya, dan barangsiapa yang menyerahkan arak pada peminum arak atau bersalaman dengannya, maka Allah akan membatalkan amalan yang ia telah lakukan selama empat puluh tahun"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لَا يَجْتَمِعُ الْخَمْرُ وَالْإِيْمَانُ فِي قَلْبٍ اِمْرِىءٍ أَبَدًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Arak dan Iman tidak berhimpun di dalam hati seseorang selama-lamanya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ حَتَّى يُزِيلَ عَقْلَهُ يَأتِيهِ الشَّيْطَانُ فِي دُبُرِهِ أَرْبَعِينَ مَرَّةً كَمَا يَأْتِي الرَّجُلُ اِمْرَأَتَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang minum arak sehingga hilang akalnya maka syaitan akan datang pada duburnya empat puluh kali sebagaimana suami mendatnagi isterinya"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لَعَنَ اللهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا ومُبْتَاعَهَا وعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَها وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَآكِلَ ثَمَنِهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Allah melaknat arak, peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang minta diperahkan, pembawanya, orang yang dibawakan arak kepadanya dan orang yang makan hasil daripada arak"

 

29

KELEBIHAN MEMANAH

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ رَمَى سَهْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ كَمَنْ أَعْتَقَ رَقَبَةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang melontar anak panah di jalan Allah dia mendapat ganjaran seperti orang yang membebaskan hamba"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَلِّمُوا أَوْلاَدَكُمْ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ بِالسِّهامِ وَالْمَرْأَةَ الْمِغْزَلَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Ajarkanlah anak-anak kalian berenang, melontar panah, dan menjahit"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الرَّمْيُ عَلَى الْغَرَضِ كَالرَّمْيِ عَلَى الْجِهَادِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Melontar panah ke atas sasaran seperti melontar panah ke atas musuh di medan jihad"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ يَرُدُّ السَّهْمَ عَلَى الْمَرْمَى مِنَ الْغَرَضِ كَانَ لَهُ قَدْرٌ أَجْرِ عَتْقِ رَقَبَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang melontar anak panah ke atas musuh tepat pada sasaran, adalah baginya ganjaran membebaskan hamba"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَرَكَ الرَّمْيَ بَعْدَ التَّعْلِيمِ فَقَدْ تَرَكَ سُنَّةً مِنْ سُنَّتِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meninggalkan memanah selepas ia belajar maka sesungguhnya dia telah meninggalkan satu sunnah daripada sunnahku"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ عُلِّمَ الرَّمْيُ ثُمَّ تَرَكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang diajarkan padanya memanah kemudian ia tinggalkan, maka dia bukanlah di kalangan kami"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَرَكَ الرَّمْيَ فَلْيَرْتَمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meninggalkan memanah maka hendaklah ia mempelajarinya semula"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَعَلَّم الرَّمْيَ ثُمَّ تَرَكَهُ فَقَدْ عَصَانِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang belajar memanah kemudian dia meninggalkannya maka dia telah derhaka kepadaku"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ رَمَى بِسَهْمٍ فِي سَبِيلِ اللهِ أَصَابَ أَوْ أَخْطَأَ كَانَ لَهُ عَتْقُ رَقَبَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang melontar panah di jalan Allah samada kena musuh atau tersalah maka baginya pahala membebaskan hamba"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَعَلَّمُوا الرَّمْيَ فَإِنَّ مَا بَيْنَ الْهَدَفَيْنِ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ لِلرَّامِي فِي سَبِيلِ اللهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Pelajarilah memanah kerana sesungguhnya di antara dua sasaran, adalah taman di antara taman-taman syurga bagi pemanah di jalan Allah"

 

30

KELEBIHAN BERBUAT BAIK

KEPADA DUA IBU BAPA

 

قَالَ النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رِضَا الرَّبِّ فِي رِضَا الْوَالِدِ، وَسَخَطُ اللهِ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Redho Tuhan itu pada keredhoan ibu ayah, dan kemurkaan Allah itu pada kemurkaan ibu ayah"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: بِرُّوا آبَاءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ وَعِفُّوا تَعِفَّ نِسَاؤُكُمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Buat baiklah kepada ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu, dan jagalah kaum perempuan di kalangan kamu daripada zina"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ أَصْبَحَ وَلَهُ أَبَوَانِ رَاضِيَانِ عَنْهُ أَوْ أَحَدُهُمَا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَمَنْ أَمْسَى وَلَهُ أَبْوَانِ سَاخِطَانِ عَلَيْهِ أَوْ أَحَدُهُمَا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang di waktu pagi diredhoi oleh ibu ayahnya ataupun salah seorang daripadanya maka dibuka baginya pintu-pintu syurga, dan barangsiapa yang diwaktu petang dimurkai oleh ibu ayahnya atau salah seorang mereka maka akan dibuka baginya pintu-pintu neraka"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إِذَا كُنْتَ فِي الصَّلَاةِ فَدَعَاكَ أَبُوكَ فَأَجِبْهُ وَإِنْ دَعَتْكَ أُمُّكَ فَأَجِبْهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila engkau solat, lalu ayah engkau berdoa kepada engkau maka termakbullah doanya, dan apabila ibu engkau mendoakan engkau maka termakbullah doanya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ آذَى وَالِدَيْهِ أَوْ آذَى أَحَدَهُمَا يَدْخُلُ النَّارَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menyakiti kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya maka dia akan masuk ke dalam api neraka"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ حِكَايَةً عَنِ الله تَعَالَى: قُلْ لِلْبَارِّ لِوَالِدَيْهِ اِعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإنَّ اللهَ يَغْفِرُ لَكَ.

Sabda Nabi s.a.w dalam hikayat daripda Allah :

"Katalah olehmu akan kepada mereka yang melakukan kebaikan kepada ibu bapanya, buatlah apa yang kau mahu lakukan, sesungguhnya Allah mengampunkan engkau"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بِرُّ الْوَالِدَيْنِ كَفَّارَةٌ لِلْكَبَائِرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Buat baik kepada kedua ibu bapa itu adalah kafarat bagi dosa-dosa besar"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ وَضَعَ طَعَامًا طَيِّبًا فِي بَيْتِهِ وَأَكَلَهُ دُونَ وَالِدَيْهِ حَرَمَهُ اللهُ تَعَالَى لَذِيذَ طَعامِ الْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meletakkan makanan yang baik di dalam rumahnya, lalu ia makan tanpa kedua ibu bapanya makan, maka Allah akan haramkan kelazatan makanan syurga"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ بَاتَ شَبْعَانًا رَيَّانًا وَأَحَدُ وَالِدَيْهِ جَوْعَانٌ أوْ عَطْشَانٌ حَشَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ جَوْعَاناً وَعَطْشَانًا وَلَمْ يَسْتَحِ اللهُ تَعَالَى مِنْ عَذَابِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang tidur malam dalam keadaan kenyang dan tidak dahaga sedangkan kedua ibu bapanya dalam keadaan lapar dan dahaga, maka Allah akan himpunkan ia pada Hari Kiamat dalam keadaan lapar dan dahaga, dan Allah tidak akan mengurangkan azab terhadapnya pada Hari Kiamat kelak"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ رَفَع يَدَهُ لِيَضْرِبَ أَحَدَ وَالِدَيْهِ غُلَّتْ يَدُهُ يَومَ الْقِيَامَةِ إِلَى عُنُقِهِ مَشْلُولَةً, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَإِنْ ضَرَبَهُمَا قَالَ: تُقْطَعُ يَدُهُ قَبْلَ أنْ يَجُوزَ عَلَى الصِّرَاطِ وَتَضْرِبُهُ الْمَلَائِكَةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mengangkat tangannya untuk memukul salah seorang daripada kedua ibu bapanya, maka akan dirantai tangannya  ke leher dalam keadaan lumpuh pada Hari Kiamat" Mereka bertanya "Ya Rasulullah sekiranya ia memukul kedua-duanya?" Sabda Nabi s.a.w "Akan dipotong tanganya itu sebelum ia melepasi titian Sirat dan ia akan dipukul oleh para malaikat"

 

31

KELEBIHAN MENDIDIK ANAK-ANAK

 

قَالَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدَهُ أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada hadiah oleh seorang ayah kepada anaknya yang lebih baik daripda memberinya didikan yang baik"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لَأَنْ يُؤَدِّبَ الرَّجُلُ وَلَدَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَتَصَدَّقَ بِصَاعٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya seorang lelaki yang mendidik anaknya dengan adab yang baik, itu lebih baik daripda ia bersedekah setiap hari dengan timbangan makanan"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: أَكْرِمُوا أَوْلَادَكُمْ وَأَحْسِنُوا آدَابَهُمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Muliakanlah anak-anak kamu dan didiklah mereka dengan adab yang baik"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ أَرَادَ أنْ يَرْغُمَ حَاسِدَهُ فَلْيُؤَدِّبْ وَلَدَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mahu dihilangkan sifat dengkinya itu maka didiklah anaknya dengan adab yang baik"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: النَّظَرُ إلى وَجْهِ الْأَوْلادِ بِشُكْرٍ كَالنَّظَرِ إِلَى وَجْهِ نَبِيِّهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Melihat wajah anak-anak dengan penuh kesyukuran seperti melihat wajah Nabi s.a.w"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: أَكْرِمُوا أَوْلاَدَكُمْ فَإِنَّ كَرَامَةَ الْأَوْلادِ سِتْرٌ مِنَ النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Muliakanlah anak-anak kamu kerana memuliakan anak-anak itu adalah dinding daripada api neraka"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْأَوْلَادُ حِرْزٌ مِنَ النَّارِ وَالْأَكْلُ مَعهُمْ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَكَرَامَتُهُمْ جَوَازٌ عَلَى الصِّرَاطِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Anak-anak itu adalah perisai daripada api neraka, dan makan bersama dengan mereka itu adalah terlepas daripada api neraka, dan memuliakan mereka itu dapat melepasi titian Sirat"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: أَكْرِمُوا أَوْلَادَكُمْ فَإِنَّ مَنْ أَكْرَمَ أَوْلاَدَهُ أَكْرَمَهُ اللهُ فِي الْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Muliakanlah anak-anak kamu, kerana barangsiapa yang memuliakan anak-anaknya, maka Allah akan memuliakannya di syurga"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إِنَّ فِي الْجَنَّةِ دَارًا يُقَالُ لَهَا دَارُ الْفَرَحِ لَا يَدْخُلُهَا إِلاَّ مَنْ فَرَّحَ الصِّبْيَانَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya di syurga ada sebuah rumah yang dinamakan namanya itu 'Rumah Gembira', tidak masuk di dalamnya melainkan mereka yang selalu gembirakan kanak-kanak"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إنَّ في الْجَنَّةِ دَارًا يُقَالُ لَهَا دَارُ الْفَرَحِ لاَ يَدْخُلُهَا إِلَّا مَنْ فَرَّحَ يَتَامَى الْمُؤمِنِينَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya di syurga ada sebuah rumah yang dinamakan namanya itu 'Rumah Gembira', tidak masuk di dalamnya melainkan mereka yang selalu gembirakan anak-anak yatim daripada orang-orang beriman"

 

32

KELEBIHAN MERENDAH DIRI

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَوَاضَعَ لِلَّهِ رَفَعَهُ اللهُ، وَمَنْ تَكَّبَرَ وَضَعَهُ اللهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang merendah diri maka Allah akan angkat kedudukannya, dan barangsiapa yang takabbur maka Allah akan merendahkannya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ آدَمِيٍّ إِلاَّ وَفِي رَأْسِهِ سِلْسِلَتَانِ: سِلْسِلَةٌ فِي السَّمَاءِ السَّابِعَةِ وَسِلْسِلَةٌ في الْأَرْضِ السَّابِعَةِ، فَإذَا تَوَاضَعَ رَفَعَهُ اللهُ بِالسِّلْسِلَةِ إِلَى السَّماءِ السَّابِعَةِ، وَإذَا تَجَبَّرَ وَضَعَهُ اللهُ بِالسِّلْسِلَةِ إِلَى الْأَرْضِ السَّابِعَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada di kalangan anak Adam itu melainkan di kepalanya ada dua rantai : Satu rantai di langit yang ke tujuh dan satu rantai di bumi yang ke tujuh, apabila ia merendah diri maka Allah akan mengangkatnya dengan rantai tersebut hingga ke langit ke tujuh, dan apabila dia merasa besar diri maka Allah akan merendahkannya dengan rantai tersebut hingga ke bumi yang ke tujuh"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إذَا رَأيْتُمُ الْمُتَوَاضِعِينَ فَتَوَاضَعُوا لَهُمْ وَإِذَا رَأَيْتُمُ الْمُتَكَبِّرِينَ فَتَكَبَّرُوا عَلَيْهِمْ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila kamu melihat orang-orang yang merendah diri maka merendah dirilah kamu semua kepada mereka, dan apabila kamu melihat orang-orang yang angkuh sombong maka sombonglah kamu dengan mereka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَوَاضَعُوا مَعَ الْمُتَوَاضِعِينَ، فَإِنَّ التَّوَاضُعَ مَعَ الْمُتَوَاضِعِينَ صَدَقَةٌ وَتَكَبَّرُوا مَعَ الْمُتَكَبِّرِينَ، فَإِنَّ التَّكَبُّرَ مَعَ الْمُتَكَبِّرِينَ صَدَقَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Merendah dirilah kamu bersama orang-orang yang merendah diri, kerana merendah diri bersama orang-orang yang merendah diri itu adalah sedekah, dan sombonglah kamu terhadap orang-orang yang sombong, kerana sombong terhadap mereka itu juga dikira sedekah"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: تِهْ عَلَى التُّيّاهِ فَإنَّ التِّيه على التّيَّاهِ صَدَقَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sombonglah kamu pada mereka yang sombong, kerana sombong pada mereka itu dikira sedekah"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَأْسُ التَّوَاضُعِ أَنْ يَبْتَدِىءَ بِالسَّلامِ عَلَى مَنْ لَقِيَهُ مِنَ الْمُسْلِمينَ فِي الْمَجَالِسِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Asas merendah diri itu adalah memberi salam kepada mereka yang ia jumpa di kalangan kaum Muslimin di dalam majlis-majlis"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: التَّوَاضُعُ مَعَانِدُ الشّرَفِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sifat merendah diri membawa kemuliaan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْكَرَمُ التَّقْوَى وَالشَّرَفُ التَّوَاضُعُ وَالْيَقِينُ الغِنَى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kemuliaan itu pada ketaqwaan, dan kehormatan itu pada kerendahan diri, dan keyakinan itu pada kekayaan (orang yang yakin dengan rezki dia kaya)"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُلُّ ذِي نِعْمَةٍ مَحْسُودٌ صَاحِبُها إِلاَّ التَّوَاضُعُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Setiap orang yang mendapat nikmat, akan ada orang yang dengki melainkan orang yang merendah diri"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: التَّوَاضُعُ مِنْ أَخْلَاقِ الْأَنْبِيَاءِ وَالتَّكَبُّرُ مِنْ أَخْلَاقِ الْكُفَّارِ وَالْفَرَاعِنَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Rendah diri itu di antara sifat para Anbia', dan sifat takabbur itu di antara sifat orang-orang kafir dan sombong"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَكبَّرَ عَلَى الْفُقَرَاءِ لَعَنَهُ اللهُ وَمَنْ تَكَبَّرَ عَلَى الْعُلَمَاءِ أَخْزَاهُ الله.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang sombong kepada orang-orang faqir nescaya dia akan dilaknat oleh Allah, dan barangsiapa yang sombong kepada ulama' nescaya dia akan dihina oleh Allah"

 

33

KELEBIHAN DIAM

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْعَافِيَةُ عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ تِسْعَةٌ في الصَّمْتِ والْعَاشِرُ في الْعُزْلَةِ عَنِ النَّاسِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sejahtera itu sepuluh bahagian, sembilan pada diam, dan yang kesepuluh pada menyendiri daripada manusia"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لِكُلِّ شَيْءٍ نَجَاسَةٌ وَنَجَاسَةُ اللِّسَانِ الْبَذَاءَةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bagi setiap sesuatu itu ada najis dan najis lidah itu adalah bercakap kotor"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَمَتَ نَجَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang banyak diam itu maka dia selamat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سُكُوتُ الْعَالِمِ شَيْنٌ، وَكَلاَمُهُ زَيْنٌ وَكَلامُ الْجَاهِلِ شَيْنٌ وَسُكُوتُهُ زَيْنٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Diam orang alim itu adalah aib, dan kalamnya itu adalah perhiasan, dan kalam orang jahil pula adalah aib dan diamnya itu adalah perhiasan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَصْلُ الْإِيمَانِ السُّكُوتُ إلاَّ عَنْ ذِكْرِ اللهِ تَعَالَى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Asal iman itu adalah diam melainkan untuk berzikir kepada Allah s.w.t"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّمْتُ زَيْنٌ لِلْعَالِمِ وَسِتْرٌ لِلْجَاهِلِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Diam itu hiasan bagi orang alim dan dinding bagi orang jahil"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَمْ مِنْ كَلِمَةٍ سَلَبَتْ نِعْمَةً وَكَمْ مِنْ كَلَمِةٍ جَلَبَتْ نَقْمَةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Berapa banyak kalimah yang telah menafikan nikmat dan berapa banyak pula kalimah yang mendatangkan kebencian"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَخْرَسَ لِسَانَهُ لَمْ يَسْتَحِقُّ أَحَدٌ مُهِمَّاتِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mendiamkan lidahnya maka tidak ada seorangpun yang berhak ada kepentingan dengannya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْحِكْمَةُ عَشَرَةُ أجْزَاءٍ تِسْعَةٌ مِنْهَا فِي الْعُزْلَةِ وَوَاحِدٌ فِي الصَّمْتِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Hikmah itu sepuluh bahagian, sembilan daripadanya itu pada uzlah (mengasingkan diri daripada manusia) dan satu pada banyak diam"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصَّمْتُ حُكْمٌ وَقَلِيلٌ فَاعِلُهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Diam itu adalah hikmah tetapi sedikit yang mampu melakukannya"

 

34

KELEBIHAN KURANG MAKAN, TIDUR DAN REHAT

 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاثَةٌ تُورِثُ قَسْوَةَ الْقَلْبِ حُبُّ النَّوْمِ وَحُبُّ الرَّاحَةِ وَحُبُّ الْأَكْلِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tiga perkara yang mewarisi hati yang keras; Suka tidur, suka berehat, dan suka makan"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ شَبِعَ في الدُّنْيَا جَاعَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ جَاعَ فِي الدُّنْيَا شَبِعَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang banyak kenyang di dunia maka dia akan berlapar di akhirat, dan barangsiapa yang banyak berlapar di dunia maka dia akan kenyang pada Hari Akhirat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَكَلَ فَوْقَ الشَّبْعِ فَقَدْ أَكَلَ الْحَرَامَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang makan lebih kekenyangan maka sesungguhnya dia telah makan haram"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَيِّدُ الْعَمَلِ الْجُوعُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Ketua amalan itu adalah lapar"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْجُوعُ مُخُّ الْعِبَادَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Lapar itu adalah otak ibadah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَحْيُوا قُلُوبَكُمْ بِقِلَّةِ الضَّحِكِ وَقِلَّةِ الشَّبَعِ وَطَهِّرُوهَا بِالْجُوعِ تَصْفُو وَتَرِقُّ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Hidupkanlah hati-hati kamu dengan kurang ketawa dan kurang kenyang, dan bersihkanlah ia dengan lapar nescaya ia akan suci dan lembut"

 

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَقْرَبُكُمْ مِنِّي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُكُمْ جُوعًا وَتَفكُّرًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat kelak adalah mereka yang paling berlapar dan selalu bertafakkur"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَثُرَ طَعَامُهُ كَثُرَ عَذَابُهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang makan banyaklah azabnya"

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا صِحَّةَ مَعَ كَثْرَةِ النَّوْمِ وَلَا صِحَّةَ مَعَ كَثْرَةِ الْأَكْلِ وَلاَ شِفَاءَ بِحَرَامٍ}.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada kesihatan bersama banyak tidur, banyak makan dan tidak ada penawar pada benda haram"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الصُّبْحَةُ تَمْنَعُ الرِّزْقَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidur selepas Subuh itu menghalang rezki"

 

35

KELEBIHAN KURANG KETAWA

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَثْرَةُ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Banyak ketawa itu mematikan hati"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الضَّحِكُ فِي الْمَسْجِدِ ظُلْمَةٌ فِي الْقَبْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Ketawa di dalam masjid itu menjadikan kubur gelap"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ ضَحِكَ قَهْقَهَةً فَقَدْ نَسِيَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang ketawa berdekah-dekah, maka sesungguhnya dia akan lupa satu bab daripda ilmu"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ ضَحِكَ قَهْقَهَةً فَقَدْ مَجَّ مِنَ العَقْلِ مَجَّةً.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang ketawa berdekah-dekah maka muntahlah apa yang berada di dalam akalnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ ضَحِكَ كَثِيرًا فِي الدُّنْيَا بَكَى كَثِيرًا فِي الْآخِرَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang banyak ketawa di dunia maka dia akan banyak menangis di akhirat"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ ضَحِكَ قَهْقَهَةً لَعَنَهُ الْجَبَّارُ وَمَنْ ضَحِكَ كَثِيرًا اِسْتَحَقَّ بِهِ النَّارَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang ketawa berdekah-dekah maka dia akan dilaknat oleh Tuhan al Jabbar, dan barangsiapa yang banyak ketawa maka berhaklah baginya api neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَثُرَ ضَحِكُهُ كَثُرَ خَطَؤُهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang banyak ketawa maka banyaklah salahnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَثُرَ ضَحِكُهُ يَسْتَخِفُّ بِهِ النَّاسُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang banyak ketawa maka dia akan dihina oleh manusia"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ حَتَّى يَضْحَكَ بِهَا جُلَسَاءُهُ عَذَّبَهُ اللهُ تَعَالَى فِي النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang bercakap dengan satu kalimah supaya orang-orang yang duduk di sekelilingnya ketawa maka Allah akan mengazabnya di dalam neraka"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ضَحِكُ الْأَنْبِيَاءِ تَبَسُّمٌ، وَضَحِكُ الشَّيْطَانِ قَهْقَهَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Ketawa para Nabi itu adalah senyum dan ketawa syaitan itu adalah berdekah-dekah"

 

36

KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT

 

قَالَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: عُودُوا الْمَرِيضَ وَاتْبَعُوا الْجَنَازَةَ تُذَكِّرُكُمُ الْآخِرَةَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Ziarahilah orang sakit dan iringilah jenazah kerana ia mengingatkan kamu semua akan kematian"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَائِدُ الْمَرِيضِ يَمْشِي فِي مَخْرَفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang menziarahi orang sakit akan berjalan di taman syurga sehinggalah ia pulang"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: عِيَادَةُ الْمَرِيضِ أَوَّلَ يَوْمٍ فَرِيْضَةٌ وَمَا بَعْدَهَا سُنَّةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Menziarahi orang sakit pada hari pertama adalah fardhu dan selepasnya itu adalah sunat"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لَا تَجِبُ عِيَادَةُ الْمَرِيضِ إِلاَّ بَعْدَ ثَلاَثةِ أَيَّامٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak dituntut sangat-sangat untuk menziarahi orang sakit melainkan selepas tiga hari"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ عَادَ مَرِيضًا صَالِحًا خَرَجَ مَعَهُ سَبْعُونَ مَلَكًا يَسْتَغْفِرُونَ لَهُ، وَيَخْرُجُونَ مِنْ بَيْتِ الْمَرِيضِ مَعَهُ وَيَدْخُلُونَ إِلَى بَيْتِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menziarahi orang sakit yang soleh, maka keluarlah tujuh puluh malaikat bersamanya beristighfar baginya, dan para malaikat itu keluar daripada rumah pesakit bersamanya dan masuk ke rumahnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menziarahi orang sakit maka sentiasalah dia berada di taman syurga"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: عَائِدُ الْمَرِيضِ يَخُوْضُ فِي رَحْمَةِ اللهِ تَعَالَى فَإِذَا جَلَسَ عِنْدَهُ اِنْغَمَسَ فِيهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang menziarahi orang sakit, dia akan masuk ke dalam rahmat Allah s.w.t, apabila ia duduk di sisi pesakit tersebut tenggelamlah ia di dalam rahmatNya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: عَدَمُ عِيَادَةِ الْمَرِيضِ أَشَدُّ عَلَيْهِ مِنْ مَرَضِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak menziarahi orang sakit itu lebih berat ke atasnya daripada sakitnya itu"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْعِيَادَةُ فَوَاقُ نَاقَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kadar waktu ziarah orang sakit itu sekadar susuan anak unta (ziarah jangan terlalu lama)"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: وَمِنْ تَمَامِ عِيَادَةِ الْمَرِيضِ أَنْ يَضَعَ أَحَدُكُمْ يَدَهُ عَلَى وَجْهِهِ أَوْ عَلَى يَدِهِ فَيَسْأَلُهُ كَيْفَ هُوَ وَتَمَامُ تَحِيَّتِكُمْ بَيْنَكُمُ الْمُصَافَحَةُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Di antara adab yang baik ketika ziarah orang sakit itu dengan meletakkan tangan kamu di atas muka mereka atau di atas tangan mereka, lalu bertanya bagaimana keadaan kamu, dan sempurnakan penghormatan di antara kamu dengan bersalaman"

 

37

KELEBIHAN MENGINGATI MATI

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْمَوْتُ جِسْرٌ يُوصِلُ الْحَبِيبَ إِلَى الْحَبِيبِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Mati itu adalah jambatan yang menyampaikan kekasih kepada kekasih"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْمَوْتُ أَرْبَعٌ مَوْتُ الْعُلَمَاءِ وَمَوْتُ الْأَغْنِيَاءِ وَمَوْتُ الْفُقَرَاءِ وَمَوْتُ الْأُمَرَاءِ, فَمَوْتُ الْعُلَمَاءِ ثُلْمَةٌ فْي الدِّينِ وَمَوْتُ الْأَغْنِيَاءِ حَسَرَةٌ وَمَوْتُ الْفُقَرَاءِ رَاحَةٌ وَمَوْتُ الْأُمَرَاءِ فِتْنَةٌ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Mati itu empat ; Mati para ulama', mati para orang kaya, mati para fuqara' dan mati para pemimpin. Maka mati para ulama' itu adalah rekahan pada agama, mati orang kaya itu saru kesedihan, mati para fuqara' itu satu istirehat, dan mati para umara' itu adalah ujian"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إنَّ أَوْلِيَاءَ اللهِ لَا يَمُوتُونَ وَإِنَّمَا يَنْتَقِلُونَ مِنْ دَارٍ إِلَى دَارٍ أُخْرَى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya para wali Allah itu mereka tidak mati, hanyasanya mereka berpindah dari sebuah negeri ke negeri yang lain"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: نِعْمَ الْمَوْتُ رَاحَةُ الْمُؤْمِنِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sebaik-baik mati itu satu kerehatan bagi orang beriman"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَوْتُ الْعُلَمَاءِ ظُلْمَةٌ فِي الدِّينِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Matinya ulama' itu satu kegelapan di dalam agama"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِه أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila mati anak Adam itu maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah jariah atau ilmu yang ia manfaatkan atau anak yang soleh"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: اُذْكُرُوا هَاذِمَ اللَّذَّاتِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا هَاذِمُ اللَّذَّاتِ؟، قَالَ: الْمَوْتُ الْمَوْتُ الْمَوْتُ ثَلاَثا

Sabda Nabi s.a.w :

"Perbanyakkanlah kamu dengan mengingati pemutus segala kelazatan !" Mereka bertanya "Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan pemutus segala kelazatan ?" Jawab Nabi s.a.w " Mati, mati, mati"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَعُدَّ نَفْسَكَ مِنْ أَهْلِ الْقُبُورِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Jadilah kamu ketika di dunia seperti orang yang mengembara atau orang yang melalui jalan dan hitunglah diri kamu di kalangan ahli kubur"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إِذَا مَاتَ الْعَالِمُ بَكَتْ عَلَيْهِ أَهْلُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ سَبْعِينَ يَوْمًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila matinya orang alim maka menangislah penduduk langit dan bumi selama tujuh puluh hari"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ لَمْ يَحْزَنْ لِمَوْتِ الْعَالِمِ، فَهُوَ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ قَالَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang tidak sedih dengan matinya orang alim, maka dia adalah munafik, munafik, munafik"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إِذَا مَاتَ الْمَيِّتُ تَقُولُ الْمَلَائِكَةُ مَا قَدَّمَ وَيَقُولُ النَّاسُ مَا خَلَّفَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila matinya seorang mayat, lalu para malaikat bertanya apakah amalan yang ia tinggalkan ? Dan manusia pula bertanya apakah harta yang ia tinggalkan"

 

38

KELEBIHAN MENGINGATI KUBUR DAN AHLINYA

 

قَالَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْقَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النَّارِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kubur itu merupakan satu taman daipada taman-taman syurga dan adakalanya menjadi lubang di antara lubang-lubang neraka"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْمُؤْمِنُ فِي قَبْرِهِ فِي رَوْضَةٍ خَضْرَاءَ وَيُوَسَّعُ لَهُ قَبْرُهُ سَبْعِينَ ذِرَاعًا وَيُضِيءُ حَتَّى يَكُونَ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang mu'min yang berada di dalam kuburnya itu berada dalam satu taman hijau dan diperluaskan kuburnya itu tujuh puluh hasta, dan diberikan cahaya sehingga kuburnya menjadi seperi bulan pada malam purnama"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لَوْ أنَّ بَنِي آدَمَ عَلِمُوا كَيْفَ عَذَابُ الْقَبْرِ مَا نَفَعَهُمُ الْعَيْشُ فِي الدُّنْيَا فَتَعَوَّذُوا بِاللهِ الْكَرِيمِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ الْوَخِيمِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kalaulah anak Adam tahu keadaan azab kubur akan apa yang memberi manfaat kepada mereka oleh kehidupan di dunia, nescaya mereka akan meminta perlindungan kepada Allah yang Maha Mulia daripda azab kubur yang amat dasyat itu"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَمُرُّ بِقَبْرِ رَجُلٍ كَانَ يَعْرِفُهُ فِي الدُّنْيَا فَيُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِلَّا عَرَفَهُ وَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلامَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada seorang pun hamba yang melalui sebuah kubur yang ia kenali tuan kubur tersebut ketika di dunia, lalu ia menyampaikan salam melainkan Allah akan beritahu kepadanya dan dia menjawab salam hamba yang masih hidup tersebut"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَا مِنْ مُسْلِمٍ مَرَّ بِقَبْرٍ مِنْ مَقَابِرِ الْمُسْلِمِينَ إِلَّا قَالَ لَهُ أَهْلُ الْقُبُورِ يَا غَافِلُ لَوْ عَلِمْتَ مَا نَعْلَمُ لَذَابَ لَحْمُكَ عَلَى جَسَدِكَ وَدَمُكَ عَلَى بَدَنِكَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada seorangpun Muslim yang lalu di sebuah kubur di antara kubur-kubur kaum Muslimin yang lain melainkan ahli kubur akan berkata "Wahai orang yang lalai ! Kalaulah engkau tahu apa yang kami tahu nescaya cairlah daging engkau dari jasad engkau dan mengalirlah darah engkau dari badan engkau"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا وُضِعَ فِي الْقَبْرِ وَأُقْعِدَ وَقَالَ أَهْلُهُ وأَقْرِبَاؤُهُ وأَحِبَّاؤُهُ وَأَبْنَاؤُه وَاسَيِّدَاهُ وَاشَرِيفَاهُ وَاأَمِيرَاهُ, قَالَ لَهُ الْمَلَكُ: اِسْمَعْ مَا يَقُولُونَ أَنْتَ كُنْتَ سَيِّدًا وَأَنْتَ شَرِيفًا وَأَنْتَ أَمِيرًا قَالَ الْمَيِّتُ: يَا لَيْتَهُمْ لَمْ يَكُونُوا فَيَضْغَطُهُ ضَغْطَةً تَخْتَلِفُ بِهَا أَضْلاَعُهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sesungguhnya seorang yang beriman apabila ia diletakkan di dalam kubur dan didudukkan, lalu berkatalah ahli keluarganya, kaum kerabatnya, para kekasihnya, anak-anaknya 'Wahai Tuan ! Wahai orang yang mulia ! Wahai pemimpin !' lalu malaikat berkata kepada mayat tersebut "Dengarlah apa yang mereka kata kepada engkau, engkau tuan, engkau orang mulia, engkau pemimpin" Lalu mayat berkata "Wahai kamu semua yang masih hidup ! Kamu tidak tahu bahawa ada mayat yang dihimpit sehingga rapat tulang rusuknya !"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: قَالَ اللهُ تَعَالَى يَا عِيسَى كَمْ مِنْ وَجْهٍ صَبيحٍ وَبَدَنٍ صَحِيحٍ وَلِسَانٍ فَصِيحٍ غَدًا بَيْنَ أَطْبَاقِ النِّيرَانِ يَصِيحُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Firman Allah s.w.t kepada Nabi Isa, berapa wajah yang cantik, tubuh badan yang sihat, lidah yang fasih esok berada ditingkatan-tingkatan api neraka, maka itu semua adalah benar"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْقَبْرُ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ وآخِرُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الدُّنْيا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kubur itu adalah tempat tinggal pertama di antara tempat-tempat tinggal akhirat, dan ia adalah tempat tinggal terakhir di antara tempat-tempat tinggal dunia"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الْقَبْرُ مَنْزِلٌ لاَ بُدَّ فِيهِ مِنَ النُّزُولِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kubur itu adalah tempat tinggal yang tidak dapat tidak mesti tinggal di dalamnya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ, يُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللهُ إلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila matinya salah seorang kamu maka akan ditunjukkan tempat tinggalnya pagi petang, sekiranya ia di kalangan ahli syurga maka dia di kalangan ahli syurga, sekiranya ia di kalangan ahli neraka maka dia di antara ahli neraka, maka dikatakan baginya inilah tempat duduk engkau sehingga Allah membangkitkan engkau kepadaNya pada Hari Kiamat"

 

 

 

 

39

LARANGAN MERATAP KEMATIAN

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: النِّيَاحَةُ عَمَلٌ مِنْ أَعْمَالِ الْجَاهِلِيَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Meratap kematian itu adalah amalan di antara amalan-amalan orang-orang Jahiliah"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ فَعَلَ النِّيَاحَةَ عَدُوٌّ لِلَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meratap-ratap kematian maka dia akan menjadi musuh Allah, para malaikat dan seluruh manusia"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَجِيءُ النَّائِحَةُ يَوْمَ الْقِيَامةِ تَنْبَحُ كَنَبْحِ الْكَلْبِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang meratap-ratap kematian pada Hari Kiamat kelak dia akan datang dalam keadaan menyalak-nyalak seperti anjing menyalak"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: تَجِيءُ النَّائِحَةُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَعْثَاءَ غَبْرَاءَ عَلَيْهَا جِلْبَابٌ مِنْ نَارٍ وَتَضَعُ يَدَهَا عَلَى رَأْسِهَا وَتَقُولُ وَا وَيْلاَهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang meratap-ratap kematian pada Hari Kiamat kelak dia akan datang dalam keadaan kusut masai berdebu, di atasnya jilbab daripada api neraka, dan diletakkan tangannya di atas kepalanya lalu dikatakan kepadanya wahai si celaka !"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَعَنَ اللهُ النَّائِحَةَ وَالْمُسْتَمِعَةَ وَالْحَالِقَةَ وَالْخَارِقَةَ وَالشَّاقَّةَ وَالسَّالِغَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ وَالسَّلْطَاءَ والمَرْطَاءَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Allah melaknat orang-orang yang meratap, memperdengarkan ratapan, mencukur kepala kerana ditimpa musibah, mengoyak pakaian, memotong baju, menampar wajah, bertatu, tukang buat tatu, orang yang ditatukan, orang yang menjerit-menjerit, dan orang yang mencabut rambutnya kerana ditimpa musibah"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ نَاحَ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ كُتِبَ اسْمُهُ فِيْ دِيْوَانِ الْمُنَافِقينَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang meratap ketika ditimpa musibah, maka ditulis namanya dalam senarai orang-orang munafiq"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: صَوْتَانِ مَلْعُونَانِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِزْمَارٌ عِنْدَ نِعْمَةٍ وَرَنَّةٌ عِنْدَ مُصِيبَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Dua suara yang dilaknat di dunia dan di akhirat iaitu suara sruling atau trompet ketika mendapat nikmat dan suara teriakan ketika ditimpa musibah"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَنْ خَرَقَ بِيَدِهِ جَيْبًا أَوْ خَدَشَ خَدًّا أَوْ ضَرَبَهُ أَوْ نَاحَ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ كَانَ عَاصِيًا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang mengoyak poket bajunya dengan tangannya atau menampar pipinya, atau memukul pipinya, atau menjerit-jerit ketika ditimpa musibah, maka dia telah derhaka kepada Allah dan Rasulnya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَطْرَحَ شَعْرَ رَأْسِهَا عِنْدَ الْمُصِيبَةِ فَإِنْ طَرَحَتْ شَعْرَ رَأْسِهَا، كَتَبَ اللهُ لَهَا بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَيَّةً عَلَى أَعْضَائِهَا يَوْمَ الْقَيَامِةِ، وَكَانَتْ مِمَّنْ عَصَى اللهُ وَلَعَنَهَا اللهُ وَالْمَلَائِكَةُ وَالْأَنْبِيَاءُ وَالنَّاسُ أَجْمَعُونَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak halal (haram) bagi seseorang perempuan mencabut rambut di kepalanya ketika ditimpa musibah, sekiranya ia melakukan demikian, maka Allah akan menulis bagi setiap rambutnya itu hidup atas angota-anggotanya pada Hari Kiamat, dan dia di kalangan orang-orang yang derhaka kepada Allah, dan Allah, para malaikat, para Nabi, dan seluruh manusia akan melaknatnya"

 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Bukanlah di kalangan kami mereka yang menampar pipi, mengoyak baju dan berteriak dengan teriakan Jahiliah"

 

40

KELEBIHAN BERSABAR KE ATAS MUSIBAH

 

قَالَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sabar itu adalah ketika mula-mula ditimpa musibah"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: لَوْ كَانَ الصَّبْرُ رَجُلاً لَكَانَ رَجُلاً كَرِيمًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Kalaulah seorang lelaki itu bersabar nescaya dia adalah lelaki yang mulia"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إذَا أَحَبَّ اللهُ عَبْدًا اِبْتَلاَهُ بِبَلاءٍ لاَ دَوَاءَ لَهُ، فَإنْ صَبَرَ اِجْتَبَاهُ، وَإِنْ رَضِيَ اِصْطَفَاهُ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila Allah mencintai seseorang hamba itu, maka Dia akan mengujinya dengan ujian yang tidak ada penawar baginya, sekiranya ia dapat bersabar maka Allah telah memilihnya, sekiranya ia redho maka Allah amat mencintainya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: مَا تَجَّرَعَ عَبْدٌ جُرْعَةً أَفْضَلُ عِنْدَ اللهِ مِنْ جُرْعَةِ غَيْظٍ كَظَمَهَا اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ تَعَالَى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak ada tegukan seorang hamba yang lebih baik di sisi Allah daripada tegukan marah yang ia tahan kemarahan tersebut semata-mata kerana mengharapkan pandangan Allah s.w.t"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الصَّبْرُ وَصِيَّةٌ مِنْ وَصَايَا اللهِ تَعَالَى فِي أَرْضِهِ، مَنْ حَفِظَهَا نَجَا، وَمَنْ ضَيَّعَهَا هَلَكَ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sabar itu adalah satu wasiat di antara wasiat-wasiat Allah s.w.t di buminya, maka barangsiapa yang menjaganya dia selamat, dan barangsiapa yang menghilangkannya dia binasa"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: أَوْحَى اللهُ تَعَالَى إِلَى مُوسَى بنِ عمْرَانِ عَلَيْهِمَا السَّلامُ يَا مُوسَى مَنْ لَمْ يَرْضَ بِقَضَائِي وَلَمْ يَصْبِرْ عَلَى بَلَائِي وَلَمْ يَشْكُرْ نَعْمَائِي فَلْيَخْرُجْ مِنْ بَيْنَ أَرْضِي وَسَمَائِي وَلْيَطْلُبْ لَهُ رَبًّا سِوَائِي.

Sabda Nabi s.a.w :

"Allah s.w.t  mewahyukan kepada Musa Bin I'mran a.s "Wahai Musa ! Barangsiapa yang tidak redho dengan ketentuanku dan tidak bersabar atas ujianku, dan tidak bersyukur atas nikmatku, maka hendaklah dia keluar daripada bumi dan langit Ku, dan hendaklah ia cari Tuhan selain Ku"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الصَّبْرُ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ بِتِسْعِمِائَةِ دَرَجَةٍ.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sabar ketika ditimpa musibah itu mendapat sembilan ratus darjat"

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: صَبْرُ سَاعَةٍ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sabar sesaat itu lebih baik daripada dunia dan seisinya"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: الصَّبْرُ عَلَى أَرْبَعَةِ أَوْجُهٍ: صَبْرٌ عَلَى الْفَرَائِضِ، وَصَبْرٌ عَلَى الْمُصِيبَةِ، وَصَبْرٌ عَلَى أَذَى النَّاسِ، وَصَبْرٌ عَلَى الْفَقْرِ. فَالصَّبْرُ عَلَى الْفَرَائِضِ تَوْفِيقٌ، وَالصَّبْرُ عَلَى الْمُصِيبَةِ مَثُوبَةٌ، وَالصَّبْرُ عَلَى أَذَى النَّاسِ مَحَبَّةٌ، وَالصَّبْرُ عَلَى الْفَقْرِ رِضَا اللهِ تَعَالَى.

Sabda Nabi s.a.w :

"Sabar itu empat keadaan ; Sabar dalam melakukan perkara-perkara fardhu, sabar ke atas musibah, sabar atas gangguan manusia, dan sabar atas kefaqiran. Maka sabar dalam melakukan perkara-perkara fardhu itu adalah taufiq, dan sabar atas musibah itu mendapat pahala, dan sabar atas gangguan manusia itu adalah mahabbah, dan sabar atas kefaqiran itu adalah redho Allah s.w.t"

 

وَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ: إذَا حَدَثَ عَلَى عَبْدٍ مُصِيبَةً فِي بَدَنِهِ أَوْ مَالِهِ أَوْ وَلَدِهِ فَاسْتَقْبَلَ ذَالِكَ بِصَبْرٍ جَمِيلٍ اِسْتَحْيَا اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنْ يَنْصِبَ لَهُ مِيزَانًا أَوْ يَنْشُرَ لَهُ دِيوَانًا.

Sabda Nabi s.a.w :

"Apabila Allah menimpakan musibah ke atas seorang hamba pada tubuh badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu ia hadapi demikian itu dengan penuh kesabaran, maka Allah merasa malu pada Hari Kiamat untuk menimbangnya atau menyebarkan keaibannya"

 

Terj: Mohd Faiz Abdullah

 

والله أعلم

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ باب رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم  إلى السماء الدنيا NABI SAW MIMPI DIBAWA KE LANGIT DUNIA   ...