Himpunan kisah-kisah
Mu’jizat Rasulullah g
AL IMAM JALALUDDIN AS SUYUTHI
911 هـ
1. AIR KELUAR
DARIPADA JARI-JARI NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Anas Bin Malik ra, adalah Nabi
g pernah meletakkan tangannya ke dalam sebuah bekas, kata Anas
:
أَنْظُرُ إِلَى الْمَاءِ يَنْبُعُ مِنْ بَيْنِ
أَصَابِعِهِ
Aku lihat air keluar memancar daripada jari-jari Nabi g
Para sahabat dapat berwudhu’ dengan air itu, bilangan mereka
di antara 70 hingga 80 orang. (Riwayat Bukhari, Khasais Kubra jld 1 hlm 61)
2.
SAYIDINA ALI
RA SAKIT MATA
Diriwayatkan daripada Sayidina Sahal
Bin Saad ra, sebelum peperangan Khaibar, Nabi g berkata
kepada Sayidina Ali ra :
لأُعْطِيَنَّ الرَّايَةَ رَجُلاً يَفْتَحُ
اللَّهُ عَلَى يَدَيْهِ.
Akanku berikan panji ini kepada
seseorang yang Allah akan berikan kemenangan pada dua tangannya !
Nabi g bertanya di
manakah Ali ? Para sahabat menjawab dia sakit mata ya Rasulallah, Nabi g memanggilnya
dan meludah sedikit pada dua matanya dan berdoa, maka sembuhlah matanya
seolah-olah tidak ada apa-apa. (Riwayat Bukhari, Khasais Kubra jld 1 hlm 423)
3. MELURUSKAN
KAKI YANG PATAH
Diriwayatkan daripada al Barra’ ra, bahawasanya setelah Sayidina
Abdullah Bin Atik ra dapat membunuh Abu Rafi’, lalu ia turun dari tangga
rumahnya, beliau telah jatuh tersemban ke tanah sehingga betisnya patah. Beliau
menceritakan hal ini kepada Nabi g. Baginda g pun bersabda :
ابْسُطْ رِجْلَكَ
! فَبَسَطْتُ
رِجْلِي فَمَسَحَهَا فَكَأَنَّهَا لَمْ أَشْتَكِهَا قَطّ.
Luruskanlah kaki engkau !
Maka aku pun meluruskannya, lalu baginda g mengusapnya, kaki aku seolah-olah tidak sakit
sekali-kali. (Riwayat Bukhari, Khasais Kubra jld 1 hlm 396)
4. KAKI SALAMAH
BIN AL AKWA’ RA TERCEDERA
Diriwayatkan daripada Sayidina Yazid
Bin Abi U’baid ra, aku melihat kesan tetakan pada betis Salamah ra, aku berkata
wahai Abu Muslim bagaimana betis engkau terkena tetakan ini ? Beliau berkata,
aku terkena tetakan ketika peperangan Khaibar, manusia berkata Salamah telah
tercedera.
فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ g فَنَفَثَ
فِيهِ ثَلاَثَ نَفَثَاتٍ فَمَا اشْتَكَيْتُهَا حَتَّى السَّاعَة.
Maka aku
berjumpa Nabi g, lalu baginda g meniupnya
tiga kali, maka aku tidak lagi merasa sakit sehinggalah sekarang. (Riwayat Bukhari,
Khasais Kubra jld 1 hlm 429)
5. UMAYYAH BIN
KHALAF DIBUNUH
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud ra bahawasanya Saad
ra pernah berkata kepada Umayyyah Bin Khalaf, sesungguhnya aku pernah mendengar
Nabi g akan membunuh engkau, dia bertanya benarkah ? Saad menjawab,
ya !
وَاللهِ مَا يَكْذِبُ مُحَمَّدٌ إِذَا حَدَّثَ.
Demi Allah ! Muhammad tidak berbohong
apabila dia bercakap.
Apabila dia pulang ke rumah, dia memberitahu isterinya bahawa
Nabi g akan membunuhnya, isterinya berkata “Demi Allah ! Muhammad
tidak berbohong apabila dia bercakap”. Ketika perang Badar, dia menjerit tidak
mahu keluar berperang kerana sangat takut. Abu Jahal berkata kepadanya “Engkau
mesti keluar kerana engkau orang yang paling mulia di dalam lembah ini” Apabila
dia masuk ke dalam medan peperangan Badar, Nabi g berjaya membunuhnya. (Riwayat Bukhari, Khasais Kubra jld 1
hlm 325)
6. ABU HURAIRAH
RA DAN SUSU
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah ra, bahawasanya
suatu hari aku tersangat lapar kerana tidak makan beberapa hari, aku berjumpa
dengan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar al Khattab ra di tepi jalan dengan
harapan mereka dapat memberiku sedikit makanan, tetapi mereka berlalu pergi.
Apabila aku bertemu Nabi g, maka Nabi g pun tersenyum dan mengajakku ke rumahnya. Di dalam rumah
Nabi g ada secawan susu, isterinya memberitahu ia adalah hadiah
kepadanya. Maka Nabi g menyuruh aku supaya memanggil semua
Ahli Suffah untuk datang meminumnya. Aku harap, aku sempat meminumnya walaupun
sedikit. Maka semua Ahli Suffah dapat meminumnya sedangkan ia hanya secawan,
akhirnya Nabi g memberikan susu itu kepada aku, dan
aku meminumnya sehingga kenyang dan akhirnya Nabi g juga meminumnya, kata Nabi g:
أَهْلُ الصُّفَّةِ
أَضْيَافُ الإِسْلاَمِ لاَ يَأْوُونَ إِلَى أَهْلٍ وَلاَ مَالٍ وَلاَ عَلَى أَحَدٍ
إِذَا أَتَتْهُ صَدَقَةٌ بَعَثَ بِهَا إِلَيْهِمْ
Ahli Suffah itu adalah para tetamu Islam yang tidak
bergantung hidup kepada ahli keluarga, harta atau seseorang, apabila ada
sedekah berilah kepada mereka. (Riwayat Bukhari, Khasais Kubra jld 2 hlm 76)
7. BULAN
TERBELAH DUA
Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah Bin Masu’d ra, ketika
mana kami bersama Nabi g bulan telah terbelah dua, maka
sebahagian bulan itu berada di atas bukit dan sebahagian lagi di sebelah yang
lain, kata Nabi g :
اشْهَدُوا !
Bersaksilah kamu semua wahai orang-orang musyrikin.
Di dalam riwayat yang lain, bahawasanya penduduk Mekkah telah
meminta daripada Nabi g bukti kerasulannya, maka mereka
telah melihat bulan terbelah dua kali. (Riwayat Bukhari, Khasais Kubra jld hlm 205)
8. KAKI KAMBING
BERCAKAP
Diriwayatkan daripada Sayidina Urwah
ra, setelah peperangan Khaibar, Nabi g telah
dihadiahkan oleh seorang perempuan Yahudi yang bernama Zainab Binti al Harith
daging kambing, dia bertanya para sahabat bahagian apakah yang paling Nabi g suka ? Mereka
berkata bahagian kaki. Maka dia meletakkan racun yang banyak pada kaki dan bahu
kambing itu. Setelah dimasak Nabi g dan juga
Bisyr Bin al Barra’ ra pun makan, tiba-tiba Nabi g berkata :
ارْفَعُوا أَيْدِيَكُمْ فَإِنَّ كَتِفَ الشَّاةِ تُخْبِرُنِي أَنْ قَدْ
بُغِيَتْ فِيهَا
Angkatlah tangan kamu kerana sesungguhnya bahu kambing
ini memberitahu aku yang ia telah diracun.
(Riwayat Thobrani)
Di dalam riwayat yang lain Nabi g bertanya
“Adakah kamu telah meracun kambing ini ? mereka berkata ya ! Nabi g bertanya
kenapa kamu melakukan demikian ?” mereka berkata :
أَرَدْنَا إِنْ كُنْتَ كَاذِبًا نَسْتَرِيحُ وَإِنْ
كُنْتَ نَبِيًّا لَمْ يَضُرَّكَ.
Kami mahu menguji engkau, jika engkau
pembohong maka kami dapat berehat, jika engkau adalah Nabi maka daging beracun
itu tidak dapat memudharatkan engkau. (Riwayat Bukhari, Khasais Kubra jld 1 hlm
430)
9.
AIR SEDIKIT MENJADI
BANYAK
Diriwayatkan daripada Sayidina Imran
Bin Husain ra, bahawasanya kami pernah bersama Nabi g dalam satu
perjalanan, kami semua kehabisan bekalan air sedangkan waktu itu air
sangat jauh dari kami. Lalu kami bertemu seorang wanita yang membawa sedikit
air. Kami bertanya di mana ada air ? Dia berkata, jaraknya sehari semalam
perjalanan. Mereka menyuruhnya berjumpa Nabi g, Lalu Nabi g mengusap kantung air milik wanita
tersebut. Kemudian para sahabat yang kehausan itu minum. Jumlah mereka 40
orang. Setelah puas minum, mereka mengisi kantung air masing-masing sampai
penuh juga. Kata Nabi g kepada perempuan itu
:
اذْهَبِى فَأَطْعِمِى
هَذَا عِيَالَكِ وَاعْلَمِى أَنَّا لَمْ نَرْزَأْ مِنْ مَائِكِ.
Pulanglah, dan gunakanlah bekalan ini untuk keluargamu,
ketahuilah bahawa kami tidak mengurangkan air yang engkau bawa!
Ketika wanita itu menemui keluarganya, ia berkata
"Sesungguhnya aku telah bertemu manusia yang paling pandai ilmu sihir di
muka bumi, atau mungkin dia benar seorang Nabi sebagaimana yang ia akui.
Setelah itu Allah c memberi hidayah kepada perempuan itu
dan juga penduduk kampungnya. (Riwayat Muslim, Khasais Kubra jld 2 hlm 68)
10. API SYAITAN
TERPADAM
Diriwayatkan daripada Sayidina Abdur Rahman Bin Khanbash ra,
beliau ditanya bagaimana cara Nabi g menghadapi tipu daya syaitan. Maka dia berkata, sesungguhnya
syaitan pernah turun beramai-ramai daripada sebuah bukit dan lembah untuk
mengganggu Nabi g, seekor syaitan (Ifrit) telah
membawa api untuk membakar Nabi g, lalu Jibril as datang dan mengajarnya doa, wahai Muhammad
bacalah doa ini :
أَعُوذُ بِوَجْهِ اللهِ
الْكَرِيمِ وَكَلِمَاتِهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلاَ
فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَمِنْ
شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ
وَالنَّهَارِ وَمِنْ شَرِّ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا
يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ.
Maka Nabi g membacanya sehingga semua api
syaitan itu terpadam dan mereka dapat dikalahkan oleh Allah swt. (Riwayat
Nasaie, Khasais Kubra jld 1 hlm 230)
11. MENYAPU BUDAK
YANG GILA
Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas ra, bahawasanya ada
seorang perempuan membawa anaknya kepada Nabi g, ia berkata anaknya ditimpa penyakit gila, anaknya suka
mengambil makanan kemudian merosakannya, kata Ibnu Abbas ra:
فَمَسَحَ رَسُولُ اللَّهِ gصَدْرَهُ وَدَعَا فَثَعَّ ثَعَّةً فَخَرَجَ مِنْ
جَوْفِهِ مِثْلُ الْجَرْوِ الأَسْوَدِ فَشُفِيَ.
Nabi g menyapu dada budak itu dan
mendoakannya, tiba-tiba budak itu muntah dan keluarlah dari dalam perutnya
seperti haiwan kecil yang hitam, tidak lama kemudian ia pun sembuh. (Riwayat
Ahmad, Khasais Kubra jld 2 hlm 109)
12. ABU JAHAL
MELIHAT PARIT API
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah ra, sesungguhnya
Abu Jahal pernah hendak memijak tengkuk Nabi g ketika Nabi g sedang sembahyang, tiba-tiba Abu
Jahal berundur ke belakang, maka kawan-kawannya bertanya, kenapa engkau
berundur ? Dia menjawab “Sesungguhnya aku telah melihat parit yang penuh dengan
api dan juga sayap. Kata Nabi g:
لَوْ دَنَا مِنِّي لَاخْتَطَفَتْهُ الْمَلَائِكَةُ عُضْوًا
عُضْوًا.
Kalaulah dia dekat dengan aku, maka malaikat akan potong dia
sehingga anggotanya terpisah berasingan. (Riwayat Ahmad, Khasais Kubra, jld 1
hlm 207)
13. NABI g MENCEKEK SYAITAN
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah ra, bahawasanya
Ifrit telah meludah Nabi g yang sedang bersembahyang supaya
Nabi g memutuskan sembahyangnya, lalu Nabi mencekek Ifrit itu
tetapi kata Nabi g :
لَوْلاَ مَا كَانَ مِنْ دَعْوَةِ أَخِي سُلَيْمَانَ
لأَصْبَحَ مَرْبُوطًا تَنْظُرُونَ إِلَيْهِ.
Kalaulah bukan kerana doa saudarakau Nabi Sulaiman as (Surah
Shood 35) nescaya aku mengikatnya supaya
manusia dapat melihatnya. (Riwayat Nasaie, Khasais Kubra jld 2 hlm 109)
Dalam riwayat yang lain, Nabi g masuk ke dalam rumahnya, tiba-tiba ada seekor syaitan di
belakang pintu, maka Nabi g mencekeknya sehingga dapat merasa
sejuk lidahnya, kata Nabi g:
لَوْلَا دَعْوَة الْعَبْدِ الصَّالِحِ لَأَصْبَح مَرْبُوطًا
يَرَاهُ النَّاسُ.
Kalau bukan kerana doa hamba yang soleh (Sulaiman as) nescaya
aku mengikatnya sehingga manusia dapat melihatnya. (Riwayat Thobrani, Khasais
Kubra jld 2 hlm 110)
14. POKOK
BERJALAN KEPADA NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Umar al Khattob ra bahawa,
ketika mana Nabi g disakiti oleh orang-orang musyrikin,
Nabi g telah berdoa :
اللَّهُمَّ أَرِنِي الْيَوْمَ آيَةً لَا أُبَالِي
مَنْ كَذَّبَنِي بَعْدَهَا.
Ya Allah ! perlihatkanlah kepadaku hari ini suatu tanda yang
aku tidak akan perduli orang yang mendustakan aku selepas ini !
Maka Nabi g memanggil sebatang pokok di sebuah
lembah, lalu bumi pun terbelah, pokok itu bergerak dan berdiri di hadapan Nabi g, ia memberi salam kepada Nabi g dan Nabi g menyuruhnya supaya kembali ke
tempatnya yang asal. Kata Nabi g :
مَا أُبَالِي مَنْ كَذَّبَنِي بَعْدَهَا مِنْ قَوْمِي.
Aku tidak memperdulikan kaumku yang mendustakan aku selepas
ini. (Riwayat Bazzar, Khasais Kubra jld 1 hlm 199)
15. KELUAR SUSU
DARIPADA KAMBING JANTAN
Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah Bin Masu’d ra, ketika aku masih
kecil, aku telah menggembala kambing
U’qbah Bin Abi Mui’t, tiba-tiba Nabi g datang bersama Abu Bakar as Siddiq ra kerana lari daripada
orang-orang musyrikin, kata Nabi g kepada aku “Wahai budak ! Adakah engkau ada susu yang boleh
beri kami minum ?” Aku berkata “Aku hanya menjaga kambing-kambing ini, aku tak
mampu beri kamu berdua minum” Kata Nabi g “Adakah engkau ada kambing jantan ?” Aku berkata ya ! Apabila
aku membawa kambing jantan tersebut Nabi g mendoakannya dan keluarlah susu, lalu mereka berdua minum
dan memberi aku minum susu tersebut. Aku datang kepada Nabi g dan berkata “Ya Rasulallah ! Ajarkanlah aku al Quran” maka
kata Nabi g kepada aku :
إِنَّكَ
غُلَامٌ مُعَلِّمٌ !
Sesungguhnya engkau adalah budak yang
akan menjadi guru.
Maka aku belajar daripada Nabi g 70 surah tanpa perantaraan yang tidak ada seorang pun yang
dapat mencabutnya daripada aku. (Riwayat Thoyalisi, Khasais Kubra jld 1 hlmn
200)
16. ISTERI ABU
JAHAL TIDAK DAPAT MELIHAT NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas ra, sesungguhnya
isteri Abu Lahab Ummu Jamil (namanya al Au’ra’ atau Urwa yang juga kakak Abu
Sufyan) telah keluar daripada rumahnya
untuk menyakiti Nabi g, maka Abu Bakar as Siddiq ra
berkata, ya Rasulallah ! Isteri Abu Lahab datang dan aku bimbang dia akan
menyakiti engkau. Tetapi kata Nabi g dia tidak akan mampu melihat aku. Apabila isteri Abu Lahab
datang dia bertanya kepada Abu Bakar as Siddiq ra, di mana sahabat engkau ?
Lalu ia pun pulang. Kata Abu Bakar as Siddiq ra, ya Rasulallah ! Dia tidak
melihat engkau. Maka kata Nabi g :
كَانَ بَيْنِي
وَبَيْنَهَا مَلَكٌ يَسْتُرُنِي بِجَنَاحِهِ حَتَّى ذَهَبَتْ.
Di antara aku dan di antara dia ada malaikat yang menutup aku
dengan sayapnya sehinggalah dia pulang. (Riwayat Abu Ya’la, Khasais Kubra jld 1
hlm 208)
17. TERBAKAR DI
DALAM RUMAH
Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas ra, bahawasanya ada
seorang lelaki daripada Yahudi, apabila dia mendengar suara azan memanggil
orang-orang beriman, dia telah menghina Nabi g dan dia berkata :
احْرِقِ
اللهُ الْكَاذِبَ !
Semoga Allah membakar pembohong itu !
Apabila khadamnya masuk ke dalam rumah membawa api kecil, api
itu telah terpercik di dalam rumah, sehingga rumahnya terbakar dan lelaki
Yahudi itu mati dibakar api di dalam rumahnya sendiri. (Riwayat Baihaqi,
Khasais Kubra jld 1 hlm 323)
18. JIN MASUK ISLAM
Diriwayatkan daripada Sayidina
Abdullah Bin Masu’d ra, bahawa Nabi g pernah
membawa aku pergi ke sebuah tempat untuk bertemu dengan kumpulan jin, Nabi g telah membuat
garisan kepada aku dan Nabi g pesan kepada aku :
لَا تَبْرَحُ
حَتَّى أَرْجِعُ إِلَيْكَ.
Janganlah
engkau melebihi garisan ini sehingga aku pulang.
Nabi g tidak datang
sehinggalah hampir waktu Subuh. Kata Nabi g “Sesungguhnya
aku diutuskan kepada bangsa jin”. Aku bertanya, suara apakah ini ya Rasulallah
? Kata Nabi g “Ini adalah
suara bangsa jin ketika mereka menyeru aku dan mereka semua telah memeluk
Islam”. (Riwayat Abu Nuaim, Khasais Kubra jld 1 hlm 231)
19. KANTUNG KURMA
ABU HURAIRAH RA
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah ra, aku pernah
bersama Nabi g dan juga sahabat-sahabat yang lain
dalam satu musafir, kami semua sangat lapar, Nabi g tanya kepada aku apa yang aku ada, maka aku jawab mizwad
(kantung yang ada beberapa biji buah kurma), lalu Nabi g menyentuhnya dan berdoa beberapa biji buah kurma yang ada di
dalamnya, semua para sahabat dapat memakannya, kata Nabi g :
يَا أَبَا هُرَيْرَةَ ! إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَأْخُذَ مِنْهُ شَيْئًا فَادْخُلْ
يَدَكَ فِيهِ وَلَا تَكُفُّهُ
!
Wahai Abu Hurairah ! Jika engkau mahu memakannya, maka
masukkanlah tangan ke dalam kantung ini dan janganlah engkau tuang keluar.
Aku dapat memakan buah kurma itu sehingga zaman Abu Bakar as
Siddiq ra, Umar al Khattab ra dan sehingga pembunuhan Uthman ra, kurma itu
tidak habis sehingga ia dicuri. (Riwayat Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 81)
20. KIJANG
BERCAKAP DENGAN NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Zaid Bin Arqam ra, aku pernah
berjalan bersama Nabi g, ketika Nabi g melintas khemah seorang Arab Badwi, terdapat seekor kijang
yang sedang diikat, kijang itu tiba-tiba berkata “Ya Rasulallah ! Sesungguhnya
Arab badwi ini telah menangkap aku, sedangkan aku mempunyai dua anak kecil di
hutan, susu aku telah penuh, dia masih belum menyembelih aku sehingga aku dapat
berehat, dan dia tidak melepaskan aku untuk aku menyusukan anak aku”. Maka kata
Nabi g:
إِنْ تَرَكْتُكِ تَرْجِعِينَ ؟ قَالَتْ: نَعَمْ إِلَّا عَذَّبَنِي اللهُ تَعَالَى
عَذَابَ الْعشَّار.
Sekiranya aku melepaskan engkau, adakah engkau akan kembali
semula ? Kijang itu menjawab “Ya ! Sekiranya aku tidak kembali maka aku akan
diazab oleh Allah swt sebagaimana pencuri zakat diazab”
Tidak lama kemudian, kijang itu datang semula dan
menjilat-menjilat, Nabi g mengikatnya, Nabi g mahu membeli kijang itu daripada Arab Badwi itu, tetapi
beliau menghadiahkannya kepada Nabi g, kemudian Nabi g melepaskan kijang itu berlari-lari ke hutan. Aku (Zaid)
melihat kijang itu berlari-lari sambil menyebut لا إله إلا الله محمد رسول الله . (Riwayat Baihaqi, Khasais Kubra jld
2 hlm 95)
21. DHOB BERCAKAP
DENGAN NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Umar al Khattab ra, seorang
Arab Badwi telah menangkap seekor dhob dan meletakkannya di dalam lengan baju,
apabila dia bertemu dengan Nabi g, dia bertanya siapa lelaki ini ? Para sahabat menjawab ini
adalah Rasulullah g, dia mahu membunuh Nabi g, dan Umar al Khattab ra cuba bangun untuk membunuhnya, lalu
Nabi bertanya kepada dhob yang ditangkapnya itu. Siapa yang engkau sembah wahai
dhob ? Maka dhob itu menjawab “Aku menyembah Tuhan yang arashNya di langit dan di bumi kerajaanNya, di laut jalanNya, di syurga rahmatNya,
di neraka seksaanNya”. Maka siapa aku wahai dhob ? Dia menjawab :
أَنْتَ رَسُولُ
رَبِّ الْعَالَمِينَ وَخَاتَمُ النَّبِيِّينَ قَدْ أَفْلَحَ مَنْ صَدَّقَكَ وَقَدْ
خَابَ مَنْ كَذَّبَكَ.
Engkau adalah Rasul daripada Tuhan sekalian alam, penutup
para Nabi, berjayalah orang yang membenarkan engkau, rugilah orang yang
mendustakan engkau.
Maka Arab Badwi itu pun masuk Islam. (Riwayat Thobrani,
Khasais Kubra jld 2hlm 100)
22. TIDAK BERADAB
KETIKA MENDENGAR UCAPAN NABI g
Diriwayatkan daripada Abdur Rahman Bin Abu Bakar ra,
bahawasanya al Hakam Bin Abi al A’sh tidak beradab ketika dia mendengar Nabi g bersabda, dia telah bermain-main dengan mukanya dan mengejek
Nabi g, maka Nabi g mendoakannya :
كُنْ كَذَلِكَ ! فَلَمْ
يَزَلْ يَخْتَلِجُ حَتَّى مَاتَ.
Jadilah muka engkau seperti itu ! Semenjak itu mukanya
sentiasa bergerak-gerak sehinggalah dia mati. (Riwayat Baihaqi, Khasais Kubra
jld 2 hlm 122)
23. MENIPU ATAS
NAMA NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah Bin al Harith ra,
bahawasanya ada seorang lelaki bernama Judjad al Jundai’e telah pergi ke Yaman,
dia telah suka kepada seorang perempuan lalu ia berkata “Nabi menyuruh kamu
supaya memberikan perempuan itu kepada aku !” Mereka berkata “Kami telah
berjanji dengan Nabi g tidak berzina” Lalu mereka utuskan
orang supaya bertanya kepada Nabi g benarkah demikian, Nabi g sangat marah dan mengutuskan Ali Bin Abi Tholib ra untuk
membunuhnya, kata Nabi g :
ائْتِهِ فَإِنْ وَافَقْتَهُ حَيًّا فَاقْتُلْهُ وَإِنْ وَجَدْتَهُ مَيِّتًا
فَأَحْرِقْهُ بِالنَّارِ
!
Pergilah engkau membunuh Judjad, sekiranya ia telah mati,
bakarlah mayatnya.
Ketika Judjad keluar pada suatu malam untuk mencari air, dia
telah dipatuk ular sehingga mati. (Riwayat Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm
121)
24. SERIGALA
BERCAKAP
Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Umar ra, bahawasanya ada
seorang penggembala kambing yang sedang menggembala kambingnya tiba-tiba datang
seekor serigala menangkap kambingnya, penggembala itu terkejut dan terlompat
dan dia cuba mencabut kambingnya daripada mulut serigala itu. Kata serigala itu
:
أَمَّا تَتَّقِي
اللهَ تَعَالَى أَنْ تَمْنَعَنِي طَعْمَةً أَطْعَمَنِيهَا اللهُ تَعَالَى تَنْزَعُهَا
مِنِّي !
Takutlah kamu kepada Allah, janganlah engkau menghalang
makanan yang Allah telah beri kepada aku dengan merampasnya daripada mulut aku
!
Penggembala itu sangat terkejut kerana serigala bercakap.
Kata serigala itu “Mahukah engkau aku tunjukkan perkara yang lebih
menghairankan daripada percakapanku ini ? Sesungguhnya Rasulullah g berada di kebun kurma, memberitahu para sahabatnya tentang
peristiwa orang-orang terdahulu dan terkemudian”. Maka pengembala itu
cepat-cepat pergi berjumpa Nabi g menceritakan halnya dan kemudian ia masuk Islam. (Riwayat
Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 103
25. BURUNG
MENGADU KEPADA NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah Bin Masu’d ra,
bahawasanya kami pernah bermusafir bersama Nabi g, kami melalui sebuah pokok, di atasnya ada seekor anak
burung, lalu kami mengambilnya. Ibu burung itu telah terbang dan mengadu halnya
kepada Nabi g, kata Nabi g kepada kami :
مَنْ فَجَعَ هَذِهِ
بِفَرْخَيْهَا ؟ قُلْنَا نَحْنُ قَالَ: رُدُّوهُمَا مَوْضِعَهُمَا ! فَرَدَدْنَاهُمَا.
Siapa yang telah menyakiti burung ini ? Kembalikan semula
anak-anaknya di tempatnya, kemudian kami pun meletakkannya semula. (Riwayat
Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 105)
26. SAFINAH RA
BERTEMU SINGA
Diriwayatkan daripada Sayidina Safinah ra, bahawasanya aku
pernah menaiki kapal dilautan, kapalku telah dipukul ombak sehingga pecah, aku
memegang sebatang papan sehingga aku terdampar di tepi pantai, ada seekor singa
yang berada di hutan itu, maka aku berkata kepadanya :
يَا أَبَا الْحَارِث أَنَا سَفِينَةُ مَوْلَى
رَسُولِ اللهِ
!
Wahai Abu Harith ! Sesungguhnya aku adalah maula Rasulullah.
Lalu singa itu menggoyangkan ekornya sehingga dia berdiri di
tepiku, dia berjalan bersama aku di tepi jalan, kemudian dia berkumat kamit dan
meninggalkan aku.
27. BURUNG
MENYAMBAR KHUF NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas ra, adalah Nabi g apabila ingin membuang hajat, baginda akan pergi ke tempat
yang jauh, suatu hari Nabi g keluar untuk membuang hajat, lalu
Nabi g duduk di bawah pokok dan mencabut dua khufnya, setelah itu
Nabi memakai semula khufnya, tiba-tiba datang seekor burung menyambar khufnya
dan membawanya terbang ke langit, kemudian jatuh daripadanya seekor ular hitam,
kata Nabi g:
هَذِهِ كَرَامَةٌ أَكْرَمَنِي اللهُ بِهَا.
Ini adalah satu kemuliaan yang Allah berikan kepada aku. (Riwayat
Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 108)
28. MAKANAN ABU
AYYUB RA
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Ayyub ra, bahawa aku
pernah memasak makanan untuk menjemput Nabi g dan juga Abu Bakar as Siddiq ra makan, makanan yang aku
masak hanya cukup untuk dua orang, maka kata Nabi g kepadaku :
اذْهَبْ فَادْعُ لِي ثَلَاثِينَ مِنْ أَشْرَافِ الْأَنْصَارِ.
Pergilah
engkau, dan jemputlah tiga puluh pembesar Anshor untuk makan.
Aku merasa berat kerana makanan itu hanya sedikit dan aku
tidak mampu untuk menambahnya. Maka Nabi g menyuruh aku memanggil mereka, apabila mereka hadir, Nabi g menyuruh aku hidangkan dan mereka semua dapat makan, Nabi g menyuruh supaya aku menjemput lagi pembesar Asnhor untuk
makan, semua mereka 180 orang. Mereka makan sehingga kenyang dan sebelum pulang
mereka berbai’ah dengan Nabi g. (Riwayat Thobrani, Khasais Kubra
jld 2 hlm 75)
29. NABI g MENGALAHKAN RUKANAH
Diriwayatkan daripada Sayidina Ishaq Bin Yasar ra,
bahawasanya Nabi g pernah berkata kepada Rukanah
seorang ahli gusti yang sangat kuat “Masuk Islamlah engkau wahai Rukanah !”
Maka kata Rukanah, sekiranya aku tahu apa yang engkau kata itu benar, maka aku
akan masuk Islam” Kata Nabi g:
أَرَأَيْتَ إِنْ صَرَعْتُكَ أَتَعْلَمُ أَنَّ ذَلِكَ حَقٌّ
قَالَ نَعَمْ.
Apa pendapat engkau jika aku berlawan dengan engkau, sehingga
engkau tahu apa yang aku bawa adalah benar ? Dia berkata ya !
Maka Nabi g berlawan dengannya sehingga dia
kalah tiga kali perlawanan, Kata Rukanah “Ini adalah sihir ! Aku tidak pernah
melihat seumpama ini sekali-kali, demi Allah tidaklah aku miliki daripada
diriku sesuatu pun ketika Rasulullah g meletakkan badanku ke tanah. (Riwayat Baihaqi, Khasais Kubra
jld 2 hlm 212)
30. ANAK BATU
BERTASBIH DI TAPAK TANGAN NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Zar ra, bahawasanya aku
pernah duduk bersama Nabi g, Abu Bakar as Siddiq ra, Umar al Khattab
ra dan juga Uthman ra, Nabi g mengambil tujuh biji batu dan
meletakkannya pada tapak tangan, tiba-tiba anak batu itu bertasbih, ia berbunyi
seperti bunyi lebah, apabila Nabi g meletakkannya di tanah, batu-batu itu pun diam, apabila Nabi
g meletakkan di tangan Abu Bakar as Siddiq ra ia bertasbih
semula, apabila ia letak ke tanah, batu itu diam, kemudian Nabi g meletakkannya di tangan Umar al Khattab ia bertasbih semula,
apabila ia letak ke tanah, batu itu diam kemudian Nabi g meletakkannya ke tangan Uthman Bin Affan ra ia bertasbih
semula apabila ia letak ke tanah, batu itu diam, kata Nabi g :
هَذِهِ
خِلَافَة نُبُوَّة !
Mereka ini adalah Khilafah Nubuwwah. (Riwayat Bazzar, Khasais
Kubra jld 2 hlm 124)
31. UNTA BERSUJUD
PADA NABI g
Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir ra, ketika mana kami
bersama Nabi g ada seekor unta yang telah lari
daripada tuannya, ia datang kepada Nabi g dan sujud kepadanya. Nabi g bertanya, siapa tuan unta ini ? Kata seorang pemuda ia milik
kami. Nabi g bertanya apa hal sebenarnya. Dia
berkata “Kami telah membela unta ini selama 20 tahun, apabila dia telah tua
kami mahu menyembelihnya untuk kami bahagikan dagingnya kepada khadam-khadam
kami. Nabi g berkata “Juallah unta ini kepada aku
!” Mereka berkata, kami hadiahkan unta ini kepada engkau ya Rasulallah. Maka
kata Nabi g :
فَأَحْسِنُوا إِلَيْهِ حَتَّى يَأْتِيَهُ أَجَلُهُ.
Buatlah
kebaikan kepada unta ini sehingga ia mati. (Riwayat Baihaqi, Khasais Kubra jld
2 hlm 58)
32. PARA MALAIKAT
HADIR PEPERANGAN BADAR
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Waqid al Laithi ra,
sesungguhnya aku pernah menghadiri peperangan Badar, ketika aku bertempur
dengan seorang tentera kafir musyrikin, aku cuba memancungnya, tiba-tiba
kepalanya jatuh, sedangkan pedang aku belum sampai ke lehernya, maka aku tahu
ada orang selainku yang memancungnya.
Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Burdah Bin Niyar ra,
setelah selesai peperangan Badar, aku membawa tiga kepala tentera kafir
musyrikin, aku meletakkannya di hadapan Nabi g , aku berkata :
يَا رَسُولَ
اللهِ أَمَّا رَأْسَانِ فَقَتَلْتُهُمَا وَأَمَّا الثِّالِثُ فَإِنِّي رَأَيْتُ رَجُلًا
أَبْيَضُ طَوِيلًا ضَرَبَهُ فَأَخَذْتُ رَأْسَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ g ذَاكَ فُلَانٌ مِنَ الْمَلَائِكَةِ.
Ya Rasulallah ! Aku hanya memancung dua kepala sahaja, adapun
kepala yang ketiga, aku melihat seorang lelaki berpakaian putih yang tinggi
memancung kepalanya, maka aku ambil kepalanya” Kata Nabi g “Lelaki yang demikian itu adalah malaikat”. (Riwayat
Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 333)
33. AN NADHAR
MAHU MEMBUNUH NABIg
Diriwayatkan daripada Sayidina Urwar Bin az Zubair ra,
bahawasanya an Nadhar ingin membunuh Nabi g, dia telah melihat Nabi g keluar seorang diri untuk suatu hajat ketika tengah hari
yang panas, apabila Nabi g telah jauh an Nadhar berkata “Aku
tidak akan sekali-kali mendapatinya seorang diri seperti ini, aku mesti
membunuhnya” apabila dia cuba menghampiri Nabi g, ia pun cepat-cepat pulang ke rumahnya dalam keadaan
ketakutan. Apabila ia bertemu Abu Jahal, Abu Jahal bertanya dari mana engkau ?
kata an Nadhar :
اتَّبِعْتُ مُحَمَّدًا رَجَاءً
أَنْ أَغْتَالَهُ وَهُوَ وَحْدَهُ فَإِذَا أَسْوَدُ تَضْرِبُ بِأَنْيَابِهَا عَلَى
رَأْسِي فَاتِحَة أَفْوَاهَهَا فَذَعَرْتُ مِنْهَا وَوَلَّيْتُ رَاجِعًا.
Aku mengikuti Muhammad untuk membunuhnya ketika ia seorang
diri, tiba-tiba ada seekor ular hitam dengan taringnya membuka mulutnya, maka
aku takut dan aku kembali semula.
Kata Abu Jahal “Ini adalah sebahagian sihirnya !” (Riwayat
Abu Nuaim, Khasais Kubra jld 1 hlm 215)
34. LELAKI BUTA DAPAT MELIHAT SEMULA
Diriwayatkan
daripada Sayidina Uthman Bin Hanif ra, bahawasanya ada seorang lelaki buta
datang berjumpa Nabi g, beliau berkata ya Rasulallah !
Doakanlah supaya Allah menyembuhkan mata saya. Kata Nabi g “Sekiranya
engkau mahu, aku akan berdoa, dan sekiranya engkau mahu, engkau bersabar, maka
itu lebih baik bagi engkau” Beliau berkata, doakanlah. Maka Nabi g menyuruhnya
berwudhu’ dengan baik, sembahyang dua rakaat dan menyuruhnya berdoa dengan doa
ini :
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّيك مُحَمَّدٍ نَبِيِّ
الرَّحْمَةِ يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي فَيَجْلِي لِي عَنْ بَصَرِي
اللَّهُمَّ شَفِّعْه فِيَّ نَبِيِّي وَشَفِّعْنِي فِي نَفْسِي.
Ya Allah !
Aku mohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh kepada Engkau dengan kemuliaan Nabi
Engkau Muhammad Nabi rahmah, sesungguhnya aku bertawajuh dengan engkau kepada
Tuhanku, cerahkanlah mataku, ya Allah sembuhkanlah mataku dan diriku.
Kata Uthman, demi Allah ! Belum lagi orang ramai berganjak dari tempat mereka
dan orang yang buta itu pergi, maka dia sudah dapat melihat semula. (Riwayat
Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 300)
35. SAFINAH
SEPERTI KAPAL
Diriwayatkan daripada Sayidina Said Bin Jumhan ra, aku bertanya Safinah
siapa nama engkau ? Dia berkata “Aku tidak akan memberitahu nama aku,
Rasulullah g telah menamakan aku dengan
Safinah (kapal)” aku bertanya kenapa Nabi g menamakan engkau Safinah ? Dia berkata “Suatu masa
Nabi g dan para sahabat keluar
bersama-sama, barang-barang sangat banyak dan sangat berat, maka kata Nabi g bentangkanlah kain ke tanah,
maka aku pun bentangkan, maka ia meletakkan barang-barang ke atasnya, kemudian
ia letakkannya ke atas belakang aku” Kata Nabi g:
احْمِلْ! مَا أَنْتَ إِلا سَفِينَةٌ.
Bawalah ia kerana tidaklah engkau melainkan Safinah (engkau mampu
membawanya kerana kekuatan engkau seperti kapal)
Kata Safinah “Hari ini jika diletakkan barang di belakang aku sekalipun
sebarat lima ekor unta, maka tidaklah berat ke atas aku”. (Riwayat Thobrani,
Khasais Kubra jld 2 hlm 114)
36. MATA QATADAH
TERCEDERA
Diriwayatkan daripada Sayidina Qatadah ra, bahawasanya ketika peperangan
Uhud, mataku telah terkena anak panah sehingga ia jatuh ke pipi, aku
memegangnya dengan tanganku dan aku berjalan kepada Nabi g, apabila Nabi g melihat aku, maka mengalirlah
air matanya, Nabi g mendoakan mataku :
اللَّهُمَّ قِ
قَتَادَةَ كَمَا وَقَي نَبِيَّكَ بِوَجْهِهِ فَاجْعَلْهَا أَحْسَنُ عَيْنَيْهِ.
Ya Allah ! sembuhkanlah Qatadah sebagaimana Engkau sembuhkan Nabi
Engkau, jadikanlah kedua matanya sebaik-baik mata.
Tidak lama kemudian matanya sembuh dan sangat cerah. (Riwayat Thobrani,
Khasais Kubra jld 1 hlm 366)
37. BUDAK TIDAK
BOLEH BERJALAN
Diriwayatkan daripada Sayidina Usamah Bin Zaid ra, bahawasanya kami
pernah musafir bersama Nabi g untuk menunaikan haji, sampai
di ar Rauha’, Nabi g telah melihat seorang perempuan
yang membawa anaknya, apabila perempuan itu menghapiri Nabi g ia berkata “Ya Rasulallah !
Anakku ini tidak mampu berdiri semenjak kecil sehinggalah hari ini” Lalu Nabi g mengambilnya dan meletakkan
budak itu di hadapannya kemudian Nabi g meludah ke dalam mulutnya dan berkata :
أُخْرُجْ يَا عَدُوَ اللهِ فَإِنِّي رَسُولُ
اللهِ.
Keluarlah
wahai musuh Allah ! Sesungguhnya aku adalah Rasulullah.
Kemudian Nabi g menyerahkan
budak itu kepada ibunya, kata Nabi g ambillah ia,
dia tidak ada apa-apa. (Riwayat Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 56)
38. BUDAK YANG BUTA
Diriwayatkan
daripada Saidatina Ummu Jundab ra berkata, “Aku pernah melihat
Nabi g pada waktu
Jamrah al Aqabah. Nabi g melempar batu dan para sahabat
yang lain pun melakukannya. Setelah selesai Nabi g kembali, tiba-tiba
ada seorang perempuan sambil membawa anaknya yang bisu datang kepada Nabi g lalu
berkata, “Wahai Rasulullah, ini anakku yang sedang mendapat bala, dia tidak
boleh bercakap.” Nabi g meminta sebuah bekas yang
diperbuat daripada batu yang di dalamnya ada air. Setelah itu Nabi g
memegangnya, meludah ke dalamnya dan berdoa. Nabi g mengulanginya
sekali lagi, kata Nabi :
اسْقِيهِ وَاغْسِلِيهِ فِيهِ !
Berilah
budak ini minum dan mandikanlah ia dengannya.
Akhirnya
anak itu sembuh, malah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. (Riwayat
Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 60)
39. NABI g BERCAKAP DENGAN KELDAI
Diriwayatkan
daripada Sayidina Muaz Bin Jabal ra, setelah peperangan Khaibar, dibawa datang
kepada Nabi g seekor
keldai hitam, lalu keldai itu berdiri di hadapan Nabi g, Nabi g bertanya
siapa nama engkau ? keldai itu menjawab :
أَنَا عَمْرُو بْنُ فُلَان كُنَّا سَبْعَةُ إِخْوَةٍ كُلُّنَا رُكِبْنَا الْأَنْبِياَءُ
وَأَنَا أَصْغَرُهُمْ وَكُنْتُ لَكَ فَمَلَكَنِي رَجُلٌ مِنَ الْيَهُودِ فَكُنْتُ
إِذَا ذَكَرْتُكَ كَبَأت بِهِ فَيُوجِعُنِي ضَرْبًا فَقَالَ النَّبِيُّg: فَأَنْتَ يَعْفُور.
Nama aku
Amru Bin Fulan (riwayat lain Yazid Ibnu Syihab), aku ada tujuh saudara
(keturunan), semua kami ditunggang oleh para Nabi, aku yang paling kecil, aku
sekarang milik engkau, dahulu aku dimiliki seorang Yahudi, apabila aku menyebut
engkau, maka dia akan memukul aku, maka kata Nabi mulai sekarang nama engkau
adalah Ya’fur. (Riwayat Abu Nuaim, Khasais Kubra jld 2 hlm 100)
40. TONGKAT BERCAHAYA
Diriwayatkan daripada Sayidina Anas Bin Malik ra, bahawasanya Ubbad Bin
Bisyr dan juga Usaid Bin Hudhair ra bertemu Nabi kerana suatu hajat, apabila
malam semakin gelap,
فَمَشَى
كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا فِي ضَوْءِ عَصَاهُ حَتَّى بَلَغَ أَهْلَهُ.
Maka mereka pun pulang dengan membawa
tongkat yang bercahaya sehingga dapat bertemu dengan ahli keluarga mereka. (Riwayat
Baihaqi, Khasais Kubra jld 2 hlm 124)
Terj : Mohd Faiz Abdullah
2 Muharram 1441- 5 September 2019
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan