Sabtu, 9 Januari 2021

Terjemahan Matan Aqidah at Thohawiyah متن العقيدة الطحاوية

 


 


متن

العقيدة الطحاوية

الإمام  ابو جعفر الطحاوي

321 H

 

Susunan

Syeikh Hazim al Kilani

Syeikh Muhammad Abdul Qadir

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 


Isi Kandungan

 

Ketuhanan                                                                               

Allah swt itu maha Kaya sedangkan kita

sangat berhajat kepadanya                                                    

Perbuatan hamba adalah ciptaan Allah

dan usaha daripada hamba                                                    

Taklif dengan apa yang mampu                                             

Allah swt tidak seperti makhluk                                             

Beriman dengan al Quran al Karim                                      

Melihat Allah swt adalah benar                                             

Beriman dengan Arasy dan Kursi                                           

Beriman dengan ilmu Allah swt                                             

Segala amal perbuatan itu tergantung

pada kesudahannya                                                                

beriman dengan qadha’ dan qadar                                        

Kita beriman dengan Luh dan Qalam                                    

Beriman dengan kenabian Nabi Muhammad saw                             

Beriman dengan Isra’ dan Mi’raj                                           

Beriman dengan para Malaikat, Nabi-nabi

dan Kitab-kitab langit                                                                         

Sami’yyat                                                                                

Beriman dengan Hari Kiamat dan

peristiwa-peristiwa yang berlaku padanya                            

Beriman dengan telaga, syafaat dan perjanjian                    

Beriman dengan syurga dan neraka                                      

Ta’rif Iman                                                                             

Masalah-masalah di dalam I’tiqad dan

petunjuk jalan daripada Ahli Sunah wal Jama’ah                  

Ahlul Kabair di kalangan orang-orang beriman        

tidak kekal di dalam neraka                                                   

Wajib taat kepada para pemerintah                                     

Wajib menunaikan Haji dan berjihad sehingga        

ke Hari Kiamat                                                                        

Mengikuti Ahli Sunnah wal Jama’ah                                      

Tidak boleh membenarkan tukang ramal

dan tukang tilik                                                                       

Mencintai para sahabat Nabi saw                                         

Para Anbia’ lebih mulia daripada para Aulia’                                    

Sesungguhnya agama di sisi Allah swt adalah Islam             


IMAM JA’FAR AT THOHAWI

Beliau adalah Ahmad Bin Muhammad Bin Salamah Abu Ja’far at Thohawi. Berasal daripada Thoha sebuah kampung di Mesir. Beliau adalah ahli Hadis, Fiqh dan Tauhid. Pada peringkat awalnya beliau mendalami Fiqh mazhab Syafie dengan bapa saudaranya Imam al Muzani kemudian belajar pula dengan Imam Ahmad Bin Abi Imran sehingga alim dalam mazhab Hanafi. Beliau banyak mengembara ke Baitul Maqdis, Ghazzah, Asqalan dan Damsyik untuk mendengar hadis Nabi s.a.w. Di sana beliau belajar dengan Imam Abu Hazim.

 Setelah itu beliau pulang ke Mesir dan menjadi salah seorang ulama’ dalam mazhab Hanafi. Antara kitab-kitab karangan beliau adalah Syarah Ma’ani al Athar, Musykilul Athar, Ikhtilaful Fuqaha’, al Muhktasar fil Fiqh, Ahkamul Quran, al Washoya, dan aqidah yang masyhur iaitu Aqidah Thohawiyah. Beliau wafat pada tahun 321 H dan dikebumikan di Mesir.

Sekiranya terjemahan ini ada kesilapan haraplah tuan-tuan perbetulkan untuk kebaikan bersama.

 

 

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الإلهيات

Ketuhanan

إِنّ اللهَ وَاحِدٌ لَا شَريكَ لَهُ

Sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang esa, tidak ada sekutu bagiNya.

حَيٌّ لَا يَمُوتُ قَيُّومٌ لَا يَنَامُ

Dia hidup tidak akan mati, berdiri dengan sendiri dan tidak pernah tertidur.

قَدِيمٌ بلِاَ ابْتِدَاءَ دَائِمٌ بِلَا انْتِهَاءَ

Dia sedia ada tanpa ada permulaan, senantiasa ada tanpa ada kesudahan.

لَا يَفْنَى وَلَا يَبيِدُ

Dia tidak akan binasa dan tidak akan musnah.

وَلَا يَكُونُ إِلّا مَا يُريدُ

Dan tidak akan berlaku sesuatu melainkan apa yang Dia kehendaki.

مَا زَالَ بِصِفَاتِهِ قَدِيمًا قَبْلَ خَلْقِهِ

Sentiasa qadim dengan sifat-sifatNya sebelum ada makhlukNya

لَمْ يَزْدَدْ بِكَوْنِهِمْ شَيْئًا, لَمْ يَكُنْ قَبْلهُمْ مِنْ صِفَاتِهِ

Sifat-sifatnya itu tidak bertambah dengan sebab kewujudan mereka sesuatu pun, kerana segala sifatNya itu tidak ada permulaan seperti zatNya.

وَكَمَا كَانَ بِصِفَاتِهِ أَزَلِيًّا كَذَلِكَ لَا يَزَالُ عَلَيْهَا أَبَدِيًا

Sebagaimana Dia bersifat azali maka Dia juga bersifat abadi.

لَيْسَ بَعْدَ خَلْقِ الْخَلْقِ اسْتَفَادَ اسْمَ الْخَالِقِ وَلَا بِإِحْدَاثِ الْبَرِيَّةِ اسْتَفَادَ اسْمَ الْبَارِي

Tidaklah sesudah menciptakan makhluq lalu Dia baru dinamakan al Khaliq, dan tidak pula sesudah mengadakan ciptaan lalu baru Dia dinamakan al Baari.

لَهُ مَعْنَى الرُّبُوبِيَّة وَلَا مَرْبُوبَ وَمَعْنَى الْخَالِقِيَّة وَلَا مَخْلُوقَ

Dia memiliki sifat rububiyah (mentadbir) dan bukan ditadbir, dan Dia memiliki sifat mencipta dan bukan dicipta.

وَكَمَا أَنَّهُ مُحْيِيُ الْمَوْتَى بَعْدَ مَا أَحْيَاهُمْ اسْتَحَقَّ هَذَا الْاسْمَ قَبْلَ إِحْيَائِهِمْ كَذَلِكَ اسْتَحَقَّ اسْمَ الْخَالِقِ قَبْلَ إِنْشَائِهِمْ

Dan bahawasanya Dia berhak dengan nama maha menghidupkan yang mati sebelum dia menghidupkan mereka, demikian juga Dia berhak dengan nama  maha pencipta sebelum menciptakan mereka.

ذَلِكَ بِأَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَكُلُّ شَيْءٍ إِلَيْهِ فَقِيرٌ وَكُلُّ أَمْرٍ عَلَيْهِ يَسِيرٌ لَا يَحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ ﴿لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Demikian itu kerana bahawasanya Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan setiap sesuatu itu amat berhajat kepadanya, dan setiap perkara itu mudah bagiNya, dan Dia tidak berhajat kepada sesuatu pun “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya dan Dia maha mendengar lagi maha melihat).

وَلَا شَيْءَ يُعْجِزُهُ

Dan tidak ada sesuatu pun yang mampu melemahkanNya.

وَلَا إلِهَ غَيْرُهُ

Dan tidak ada Tuhan selainNya.

خَالِقٌ بِلَا حَاجَةَ رَازِقٌ بِلَا مُؤْنَةَ

Maha menciptakan tanpa berhajat kepada ciptaanNya, maha memberi rezki tanpa kesusahan

مُمِيتٌ بِلَا مَخَافَةَ بَاعِثٌ بِلَا مَشَقَّةَ

Maha mematikan tanpa rasa takut, maha membangkitkan tanpa kesukaran.

الله هو الغني ونحن الفقراء إليه :

Allah swt itu maha Kaya sedangkan kita sangat berhajat kepadanya

وَيَمْلِكُ كُلَّ شَيْءٍ وَلاَ يَمْلِكُهُ شَيْءٌ

Dan Dia memiliki dan menguasai segala sesuatu namun tidak ada sesuatupun yang menguasaiNya.

وَلاَ غِنَى عَنِ اللهِ تَعَالى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَمَنِ اسْتَغْنَى عَنِ اللهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ، فَقَدْ كَفَرَ وَصَارَ مِنْ أَهْلِ الحَيْنِ

Dan tidak ada sesuatu pun yang tidak memerlukan Allah swt, barangsiapa merasa tidak perlu kepada Allah swt maka ia telah kafir dan akan menjadi di kalangan orang-orang yang binasa .

خَلَقَ الْخَلْقَ بِعِلْمِهِ

Dia telah menciptakan makhluq dengan ilmuNya.

وَقَدَّرَ لَهُمْ أَقْدَارًا

Dan dia telah menetapkan ketetapan-ketetapan bagi makhluqNya.

وَضَرَبَ لَهُمْ آجَالًا

Dan Dia telah menetapkan ajal bagi setiap makhluqnya.

وَلَمْ يَخْفَ عَليهِ شَيْءٌ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَهُمْ وَعَلِمَ ما هُمْ عَامِلُونَ قَبْلَ أنْ يَخْلُقَهُمْ

Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi ke atasNya sebelum sesuatu itu diciptakan dan Dia maha mengetahui apa yang akan dibuat oleh makhluqNya walaupun makhluq itu belum diciptakan.

وأَمَرَهُمْ بِطَاعَتِهِ ونَهَاهُمْ عَنْ مَعْصِيتِهِ

Dan Dia memerintahkan makhluq untuk taat kepadaNya dan melarang mereka daripada melakukan maksiat kepadaNya.

وَكُلُّ شَيْءٍ يَجْرِي بِتَقْدِيرِهِ وَمَشِيئَتِهِ، وَمَشِيئَتُهُ تَنْفُذُ

Dan segala sesuatu berjalan sesuai dengan ketetapan dan kehendakNya, kehendakNya pasti akan terlaksana.

لَا مَشِيئَةَ لِلْعِبَادِ، إِلَّا مَا شَاءَ لَهُمْ، فَمَا شَاءَ لَهُمْ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ

Seorang hamba tidak akan berkehendak kecuali jika Dia menghendakinya, maka segala yang Dia kehendaki pasti akan berlaku dan segala apa yang Dia tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku.

يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ، وَيَعْصِمُ وَيُعَافِي فَضْلًا وَيُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ، وَيَخْذُلُ وَيَبْتَلِي عَدْلًا

Dan Dia memberi petunjuk kepada siapa saja yang Dia kehendaki, lalu Dia menjaganya sebagai sebuah kurnian dan Dia  menyesatkan siapa saja yang Dia kehendaki, lalu Dia menyiksanya sebagai sebuah keadilan.

وَكُلُّهُمْ يَتَقَلَّبُونَ فِي مَشِيئَتِهِ، بَيْنَ فَضْلِهِ وَعَدْلِهِ

Dan setiap mereka berbolak-balik di dalam kehendakNya di antara kurnian dan keadilanNya.

أفعال العباد خلق الله وكسب من العباد :

Perbuatan hamba adalah ciptaan Allah swt  dan usaha daripada hamba

وَالْخَيْرُ وَالشَّرُّ مُقَدَّرَانِ عَلَى الْعِبَادِ

Kebaikan dan keburukan adalah taqdir atas hamba-hamba Allah (baik dan buruk semuanya daripada Allah swt)

وَالِاسْتِطَاعَةُ الَّتِي يَجِبُ بِهَا الْفِعْلُ مِنْ نَحْوِ التَّوْفِيقِ الَّذِي لَا يَجُوزُ أَنْ يُوصَفَ الْمَخْلُوقُ بِهِ، فَهِيَ مَعَ الْفِعْلِ

Kemampuan yang dengannya suatu perbuatan diwajibkan, yang mana hal itu merupakan taufiq daripada Allah dan manusia tidak boleh disifatkan dengan kemampuan memberikan taufiq tersebut, maka kemampuan yang seperti ini ada bersama-sama dengan perbuatan.

وَأَمَّا الِاسْتِطَاعَةُ مِنْ جِهَةِ الصِّحَّةِ وَالْوُسْعِ وَالتَّمَكُّنِ وَسَلَامَةِ الْآلَاتِ فَهِيَ قَبْلَ الْفِعْلِ، وَبِهَا يَتَعَلَّقُ الْخِطَابُ، وَهُوَ كَمَا قَالَ تَعَالَى﴿لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Adapun kemampuan dari sigi kesihatan, kelapangan, peluang, dan sejahtera anggota, maka kemampuan yang demikian ini ada sebelum perbuatan, yang terkait dengannya firman Allah swt “Allah swt tidaklah akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya” (al Baqarah : 276).

وَأَفْعَالُ الْعِبَادِ خَلْقُ اللَّهِ، وَكَسْبٌ مِنَ الْعِبَادِ

Dan perbuatan-perbuatan manusia merupakan ciptaan Allah swt dan usaha daripada manusia.

التكليف بما يطاق :

Taklif dengan apa yang mampu

وَلَمْ يُكَلِّفْهُمُ اللَّهُ تَعَالَى إِلَّا مَا يُطِيقُونَ، وَلَا يُطِيقُونَ إِلَّا مَا كَلَّفَهُمْ وَهُوَ تَفْسِيرُ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Dan Allah swt tidak membebankan mereka kecuali dengan apa yang mereka mampu melakukannya, dan tidaklah mereka sanggup melakukannya kecuali Allah tidak membebankan mereka, inilah tafsir “Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah swt”.

نَقُولُ: لَا حِيلَةَ لِأَحَدٍ، وَلَا حَرَكَةَ لِأَحَدٍ، وَلَا تَحَوُّلَ لِأَحَدٍ عَنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِلَّا بِمَعُونَةِ اللَّهِ، وَلَا قُوَّةَ لِأَحَدٍ عَلَى إِقَامَةِ طَاعَةِ اللَّهِ وَالثَّبَاتِ عَلَيْهَا إِلَّا بِتَوْفِيقِ اللَّهِ

Kita katakan bahawa tidak ada daya, gerakan, ataupun usaha untuk menghindari maksiat kecuali dengan pertolongan Allah swt, dan tidak ada kekuatan bagi seorang pun untuk taat kepada Allah swt dan tetap dalam ketaatan tersebut kecuali dengan taufiq Allah swt.

وَكُلُّ شَيْءٍ يَجْرِي بِمَشِيئَةِ اللَّهِ تَعَالَى وَعِلْمِهِ وَقَضَائِهِ وَقَدَرِهِ

Dan setiap sesuatu itu berjalan sesuai dengan kehendak, ilmu, qadha’, dan qadarNya.

غَلَبَتْ مَشِيئَتُهُ الْمَشِيئَاتِ كُلَّهَا، وَغَلَبَ قَضَاؤُهُ الْحِيَلَ كُلَّهَا

KehendakNya mengalahkan segala kehendak yang lain, qadha’Nya  mengalahkan segala daya.

يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ غَيْرُ ظَالِمٍ أَبَدًا

Allah swt melakukan sesuatu sesuai dengan kehendakNya, dan Dia tidak pernah berlaku zalim selama-lamanya.

تَقَدَّسَ عَنْ كُلِّ سُوءٍ وَحَيْنٍ، وَتَنَزَّهَ عَنْ كُلِّ عَيْبٍ وَشَيْنٍ: ﴿لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

Maha suci Allah daripada segala keburukan dan binasa, dan maha suci Allah daripada segala kecacatan dan kelemahan “Dia tidak akan ditanya tentang apa yang Dia buat, namun manusialah yang akan ditanya” (Al Anbiya’ : 23)

 

ليس كمثله شئ :

Allah swt tidak seperti makhluk

وَهُوَ مُتَعَالٍ عَنِ الْأَضْدَادِ وَالْأَنْدَادِ

Dan Dia maha tinggi daripada lawan dan tandingan

لَا رَادَّ لِقَضَائِهِ، وَلَا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ، وَلَا غَالِبَ لِأَمْرِهِ

Tidak ada sesuatu pun yang boleh menolak ketetapanNya dan tidak ada yang boleh menghalang hukum-hukamNya dan tidak ada yang boleh melawan perintahNya.

وَلَا شَيْءَ مِثْلَهُ

Dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.

لَا يُشْبِهُ الْأَنَامُ وَلَا تَبْلُغُهُ الْأَوْهَامُ وَلَا تُدْرِكُهُ الْأَفْهَامُ

Dan tidak ada satu makhluq pun yang  menyerupaiNya, dan Dia tidak dapat dijangkau dengan sangkaan, tidak dapat dicapai dengan pemahaman akal.

وَتَعَالَى عَنِ الْحُدُودِ وَالْغَايَاتِ، وَالْأَرْكَانِ وَالْأَعْضَاءِ وَالْأَدَوَاتِ، لَا تَحْوِيهِ الْجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ

Dan Allah swt itu maha tinggi daripada menerima segala batas, ada pengakhiran, ada organ, anggota, atau perlu alat bantu, Dia tidak diliputi oleh arah yang enam sebagaimana sekalian makhluq (atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang)

واللهُ يَغْضَبُ وَيَرْضَى لاَ كَأحَدٍ مِنَ الوَرَى

Dan Allah swt bersifat dengan marah dan ridha, tetapi tidak sebagaimana seorang makhluq.

وَمَنْ وَصَفَ اللَّهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِي الْبَشَرِ، فَقَدْ كَفَرَ مَنْ أَبْصَرَ هَذَا اعْتَبَرَ وَعَنْ مِثْلِ قَوْلِ الْكُفَّارِ انْزَجَرَ وَعَلِمَ أَنَّ اللَّهَ بِصِفَاتِهِ لَيْسَ كَالْبَشَرِ

Barangsiapa mensifatkan Allah swt dengan salah satu sifat maknawi manusia maka ia telah kafir, dan barangsiapa yang mengetahui hal ini maka ia akan mengambil ibrah, menjauhi seruan orang-orang kafir, dan tahu bahawa sifat-sifatNya tidaklah seperti manusia.

وَمَنْ لَمْ يَتَوَقَّ النَّفْيَ وَالتَّشْبِيهَ، زَلَّ وَلَمْ يُصِبِ التَّنْزِيهَ

Barangsiapa tidak menjaga diri daripada penafian ataupun menyerupakan Allah swt dengan makhluq maka ia akan tergelincir dan tidak benar mensucikan Allah swt di dalam hatiNya.

فَإِنَّ رَبَّنَا جَلَّ وَعَلَا مَوْصُوفٌ بِصِفَاتِ الْوَحْدَانِيَّةِ، مَنْعُوتٌ بِنُعُوتِ الْفَرْدَانِيَّةِ، لَيْسَ فِي مَعْنَاهُ أَحَدٌ مِنَ الْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya Tuhan kita yang maha mulia dan maha tinggi disifatkan dengan sifat keesaan, tidak ada satu ciptaanNya pun yang terkandung dalam maknanya.

وَلَا تَثْبُتُ قَدَمُ الْإِسْلَامِ إِلَّا عَلَى ظَهْرِ التَّسْلِيمِ وَالِاسْتِسْلَامِ

Dan tidaklah tetap tapak kaki seorang Islam itu melainkan atas dasar penyerahan diri dan tunduk patuh kepadaNya.

فَمَنْ رَامَ عِلْمَ مَا حُظِرَ عَنْهُ عِلْمُهُ، وَلَمْ يَقْنَعْ بِالتَّسْلِيمِ فَهْمُهُ، حَجَبَهُ مَرَامُهُ عَنْ خَالِصِ التَّوْحِيدِ، وَصَافِي الْمَعْرِفَةِ، وَصَحِيحِ الْإِيمَانِ فَيَتَذَبْذَبُ بَيْنَ الْكُفْرِ وَالْإِيمَانِ، وَالتَّصْدِيقِ وَالتَّكْذِيبِ، وَالْإِقْرَارِ وَالْإِنْكَارِ، مُوَسْوِسًا تَائِهًا، شَاكًّا، لَا مُؤْمِنًا مُصَدِّقًا، وَلَا جَاحِدًا مُكَذِّبًا

Barangsiapa yang berusaha untuk mengetahui hal-hal yang dilarang untuk ia ketahui, dan fikirannya tidak mahu merasa cukup dengan cara berserah diri, maka usahanya itu akan menghalanginya daripada kemurnian Tauhid, kejernihan ma’rifat, keimanan yang sohih, sehingga ia pun terombang-ambing antara kekafiran dan keimanan, antara membenarkan dan mendustakan, antara kesaksian dan pengingkaran, ia pun diliputi was-was dan keraguan, tidak beriman dengan sebenar-benar iman namun tidak pula mendustakan dengan sebenar-benar pendustaan.

الإيمان بالقرآن الكريم :

Beriman dengan al Quran al Karim

وَأنَّ الْقُرْآنَ كَلَامُ اللَّهِ، مِنْهُ بَدَا بِلَا كَيْفِيَّةٍ قَوْلًا، وَأَنْزَلَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَحْيًا، وَصَدَّقَهُ الْمُؤْمِنُونَ عَلَى ذَلِكَ حَقًّا، وَأَيْقَنُوا أَنَّهُ كَلَامُ اللَّهِ تَعَالَى بِالْحَقِيقَةِ

Dan al Quran ialah kalam Allah swt, tanpa harus ditanya bagaimana hakikat kalam itu, dan Allah swt telah menurunkannya kepada RasulNya sebagai wahyu, orang-orang yang beriman telah membenarkan akan kebenarannya, dan mereka meyakini bahwa al Quran ialah kalam Allah swt secara hakiki.

لَيْسَ بِمَخْلُوقٍ كَكَلَامِ الْبَرِيَّةِ

Dan al Quran bukan makhluq sebagaimana pendapat sebahagian manusia.

فَمَنْ سَمِعَهُ فَزَعَمَ أَنَّهُ كَلَامُ الْبَشَرِ فَقَدْ كَفَرَ، وَقَدْ ذَمَّهُ اللَّهُ وَعَابَهُ وَأَوْعَدَهُ بِسَقَرَ حَيْثُ قَالَ تَعَالَى: ﴿سَأُصْلِيهِ سَقَرَ  فَلَمَّا أَوْعَدَ اللَّهُ بِسَقَرَ لِمَنْ قَالَ: ﴿إِنْ هَذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ عَلِمْنَا وَأَيْقَنَّا أَنَّهُ قَوْلُ خَالِقِ الْبَشَرِ، وَلَا يُشْبِهُ قَوْلَ الْبَشَرِ.

Barangsiapa yang mendengar al Quran lalu menganggap bahawa ia adalah kalam manusia maka ia telah kafir, dan Allah swt telah mengancamnya dengan neraka Saqar, Allah berfirman, ”Akan Aku lemparkan ia ke dalam neraka Saqar” (Al Muddassir : 26), Allah swt mengancam dengan neraka Saqar atas orang yang mengatakan: ”Sesungguhnya al Quran ini hanyalah perkataan manusia” (Al Muddassir : 25) maka kita pun tahu dan yakin bahawa al Quran merupakan ucapan Pencipta manusia, al Quran sama sekali tidak menyerupai ucapan manusia.

حرمة الحوض في ذات الله والجدال في دين الله وقرآنه :

Haram terlalu membincangkan zat Allah swt dan berdebat di dalam agama Allah dan al Quran

وَلَا نَخُوضُ فِي اللَّهِ، وَلَا نُمَارِي فِي دِينِ اللَّهِ وَلَا نُجَادِلُ فِي الْقُرْآنِ، وَنَشْهَدُ أَنَّهُ كَلَامُ رَبِّ الْعَالَمِينَ نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ

Kita tidak boleh berbincang secara mendalam tentang hakikat Allah swt, kita tidak boleh bertengkar pada agama Allah swt, kita tidak boleh berbantah-bantahan tentang al Quran, kita bersaksi bahwa al Quran ialah kalam Tuhan semesta alam yang dibawa oleh Ruhul Amin (Jibril as).

فَعَلَّمَهُ سَيِّدَ الْمُرْسَلِينَ مُحَمَّدًا g وَهُوَ كَلَامُ اللَّهِ تَعَالَى لَا يُسَاوِيهِ شَيْءٌ مِنْ كَلَامِ الْمَخْلُوقِينَ

Lalu Jibril mengajarkannya kepada Nabi Muhammad saw, al Quran ialah kalam Allah swt, tidak ada ucapan makhluq yang boleh menandinginya.

وَلَا نَقُولُ بِخَلْقِهِ، وَلَا نُخَالِفُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ

Kita tidak boleh mengatakan al Quran itu makhluq, dan kita tidak boleh mengingkari ijma’ para ulama kaum muslimin.

وَمَنْ وَصَفَ اللَّهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِي الْبَشَرِ، فَقَدْ كَفَرَ مَنْ أَبْصَرَ هَذَا اعْتَبَرَ وَعَنْ مِثْلِ قَوْلِ الْكُفَّارِ انْزَجَرَ وَعَلِمَ أَنَّ اللَّهَ بِصِفَاتِهِ لَيْسَ كَالْبَشَرِ

Barangsiapa mensifatkan Allah swt dengan salah satu sifat maknawi manusia maka ia telah kafir, dan barangsiapa yang mengetahui hal ini maka ia akan mengambil ibrah, menjauhi seruan orang-orang kafir, dan tahu bahawa sifat-sifatNya tidaklah seperti manusia.

رؤية الله حق :

Melihat Allah swt adalah benar

وَالرُّؤْيَةُ حَقٌّ لِأَهْلِ الْجَنَّةِ، بِغَيْرِ إِحَاطَةٍ وَلَا كَيْفِيَّةٍ، كَمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ رَبِّنَا: ﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ وَتَفْسِيرُهُ عَلَى مَا أَرَادَ اللَّهُ تَعَالَى وَعَلِمَهُ،

Dan dapat melihat Allah swt itu adalah benar dan nyata bagi penduduk syurga, tanpa harus memperinci dan membahaskan kaifiyatnya, sebagaimana yang disebutkan dalam al Quran “Wajah-wajah mereka pada hari itu cerah dan gembira kerana mereka dapat melihat Tuhan mereka” (Al Qiyamah : 22-23). Hakikat tafsir ayat tersebut adalah sebagaimana yang dikehendaki dan diketahui oleh Allah swt sendiri.

وَكُلُّ مَا جَاءَ فِي ذَلِكَ مِنَ الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ g فَهُوَ كَمَا قَالَ، وَمَعْنَاهُ عَلَى مَا أَرَادَ، لَا نَدْخُلُ فِي ذَلِكَ مُتَأَوِّلِينَ بِآرَائِنَا وَلَا مُتَوَهِّمِينَ بِأَهْوَائِنَا،

Dan juga setiap yang dinyatakan oleh hadis-hadis Nabi saw yang sohih, jadi maknanya adalah sesuai dengan maksud Allah swt sendiri, kita tidak perlu mentakwilnya mengikut fikiran kita atau dengan cara menduga-duga atas dasar hawa nafsu kita.

فَإِنَّهُ مَا سَلِمَ فِي دِينِهِ إِلَّا مَنْ سَلَّمَ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَلِرَسُولِهِ gوَرَدَّ عِلْمَ مَا اشْتَبَهَ عَلَيْهِ إِلَى عَالِمِهِ

Tidak ada yang akan selamat dalam agamanya kecuali mereka yang menyerahkan kepada Allah Azza wajalla dan RasulNya saw serta menyerahkan permasalahan-permasalahan mutasyabihat kepada yang mengetahuinya.

وَلَا يَصِحُّ الْإِيمَانُ بِالرُّؤْيَةِ لِأَهْلِ دَارِ السَّلَامِ لِمَنِ اعْتَبَرَهَا مِنْهُمْ بِوَهْمٍ، أَوْ تَأَوَّلَهَا بِفَهْمٍ، إِذْ كَانَ تَأْوِيلُ الرُّؤْيَةِ، وَتَأْوِيلُ كُلِّ مَعْنًى يُضَافُ إِلَى الرُّبُوبِيَّةِ بِتَرْكِ التَّأْوِيلِ، وَلُزُومَ التَّسْلِيمِ، وَعَلَيْهِ دِينُ الْمُسْلِمِينَ

Dan tidak sah beriman dengan ru’yah bagi penduduk syurga dengan didasarkan kepada dugaan atau dengan didasarkan kepada takwil dengan fikiran, hal ini kerana mentakwilkan ru’yah dan juga mentakwilkan segala hal yang berhubungan dengan Rububiyah adalah salah, sebaliknya kita harus meninggalkan takwil dan berserah padaNya, demikianlah agama kaum Muslimin.

وَمَنْ لَمْ يَتَوَقَّ النَّفْيَ وَالتَّشْبِيهَ، زَلَّ وَلَمْ يُصِبِ التَّنْزِيهَ فَإِنَّ رَبَّنَا جَلَّ وَعَلَا مَوْصُوفٌ بِصِفَاتِ الْوَحْدَانِيَّةِ، مَنْعُوتٌ بِنُعُوتِ الْفَرْدَانِيَّةِ، لَيْسَ فِي مَعْنَاهُ أَحَدٌ مِنَ الْبَرِيَّةِ

Barangsiapa tidak menjaga diri daripada penafian ataupun menyerupakan Allah swt dengan makhluq maka ia akan tergelincir dan tidak benar mensucikan Allah swt di dalam hatiNya. Sesungguhnya Tuhan kita yang maha mulia dan maha tinggi disifatkan dengan sifat keesaan, tidak ada satu ciptaanNya pun yang terkandung dalam maknaNya.

الإيمان بالعرش والكرسي :

Beriman dengan Arasy dan Kursi

وَالْعَرْشُ وَالْكُرْسِيُّ حَقٌّ، وَهُوَ مُسْتَغْنٍ عَنِ الْعَرْشِ وَمَا دُونَهُ، مُحِيطٌ بِكُلِّ شَيْءٍ وَفَوْقَهُ، وَقَدْ أَعْجَزَ عَنِ الْإِحَاطَةِ خَلْقَهُ.

Dan Arasy dan kursi adalah benar,  tetapi tidaklah Dia berhajat kepada arasy ataupun yang lainnya, Dia menguasai segala sesuatu dan mengatasinya, sementara makhluq tidak mampu menguasai.

الإيمان بعلم الله :

Beriman dengan ilmu Allah swt

وَقَدْ عَلِمَ اللَّهُ تَعَالَى فِيمَا لَمْ يَزَلْ عَدَدَ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ، وَعَدَدَ مَنْ يَدْخُلُ النَّارَ جُمْلَةً وَاحِدَةً، فَلَا يُزَادُ فِي ذَلِكَ الْعَدَدُ وَلَا يُنْقُصُ مِنْهُ

Dan sesungguhnya Allah swt maha mengetahui berapa jumlah yang masuk syurga dan berapa yang masuk neraka, dan bilangan-bilangan tersebut tidak akan bertambah ataupun berkurang.

وَكَذَلِكَ أَفْعَالُهُمْ فِيمَا عَلِمَ مِنْهُمْ أَنْ يَفْعَلُوهُ

Dan juga segala perbuatan mereka Allah swt mengetahui segala apa yang mereka lakukan.

وَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ

Dan setiap manusia akan dipermudahkan ke arah yang sudah Dia  tentukan.

الأعمال بالخواتيم :

Segala amal perbuatan itu tergantung pada kesudahannya

وَالْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ وَالسَّعِيدُ مَنْ سَعِدَ بِقَضَاءِ اللَّهِ، وَالشَّقِيُّ مَنْ شَقِيَ بِقَضَاءِ اللَّهِ

Dan segala amal perbuatan itu tergantung pada kesudahannya  dan orang yang bahagia ialah orang yang bahagia dengan ketentuan Allah swt, demikian pula orang yang celaka ialah orang yang celaka dengan ketentuan Allah swt.

الإيمان بالقضاء والقدر :

Beriman dengan qadha’ dan qadar

وَأَصْلُ الْقَدَرِ سِرُّ اللَّهِ تَعَالَى فِي خَلْقِهِ لَمْ يَطَّلِعْ عَلَى ذَلِكَ مَلَكٌ مُقَرَّبٌ، وَلَا نَبِيٌّ مُرْسَلٌ

Dan asal taqdir itu adalah rahsia Allah swt pada makhluqNya yang tidak dapat diketahui oleh malaikat muqarrabin atau para RasulNya sekalipun

وَالتَّعَمُّقُ وَالنَّظَرُ فِي ذَلِكَ ذَرِيعَةُ الْخِذْلَانِ، وَسُلَّمُ الْحِرْمَانِ، وَدَرَجَةُ الطُّغْيَانِ، فَالْحَذَرَ كُلَّ الْحَذَرِ مِنْ ذَلِكَ نَظَرًا وَفِكْرًا وَوَسْوَسَةً،

Dan cuba mengkaji secara mendalam tentang taqdir merupakan keburukan, larangan, dan tindakan melampaui batas, kerana itu jauhilah sejauh-jauhnya fikiran dan bisikan yang demikian itu.

فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى طَوَى عِلْمَ الْقَدَرِ عَنْ أَنَامِهِ، وَنَهَاهُمْ عَنْ مَرَامِهِ، كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ ﴿لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

Sesungguhnya Allah swt menyembunyikan ilmu taqdir daripada manusia, Dia melarang manusia untuk terlalu berfikir, sebagaimana firmanNya dalam al Quran  Dia tidak akan ditanya tentang apa yang Dia perbuat akan tetapi merekalah yang akan ditanya” (Al-Anbiya’ : 23)

فَمَنْ سَأَلَ: لِمَ فَعَلَ؟ فَقَدْ رَدَّ حُكْمَ الْكِتَابِ، وَمَنْ رَدَّ حُكْمَ الْكِتَابِ كَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ.

Barangsiapa bertanya (mempertikaikan) “Mengapa Allah swt berbuat begini ?” maka ia telah menentang hukum al Quran dan barangsiapa menentang hukum al Quran maka ia termasuk di kalangan orang-orang yang kafir.

 

 

 

نؤمن باللوح والقلم :

Kita beriman dengan Luh dan Qalam

وَنُؤْمِنُ بِاللَّوْحِ وَالْقَلَمِ، وَبِجَمِيعِ مَا فِيهِ قَدْ رُقِمَ

Dan hendaklah kita beriman dengan wujudnya Luh dan Qalam beserta apapun yang terkandung di dalamnya.

فَلَوِ اجْتَمَعَ الْخَلْقُ كُلُّهُمْ عَلَى شَيْءٍ كَتَبَهُ اللَّهُ تَعَالَى فِيهِ )يعني في اللوح( أَنَّهُ كَائِنٌ لِيَجْعَلُوهُ غَيْرَ كَائِنٍ لَمْ يَقْدِرُوا عَلَيْهِ

Sekiranya seluruh makhluq bersepakat untuk meniadakan sesuatu yang Allah swt telah menulisnya ada, maka mereka tidak akan mampu sekali-kali melakukannya.

وَلَوِ اجْتَمَعُوا كُلُّهُمْ عَلَى شَيْءٍ لَمْ يَكْتُبْهُ اللَّهُ تَعَالَى فِيهِ لِيَجْعَلُوهُ كَائِنًا لَمْ يَقْدِرُوا عَلَيْهِ

Dan sekiranya seluruh makhluq bersepakat untuk mengadakan sesuatu yang Allah swt telah menulisnya tidak ada maka mereka juga tidak akan  mampu sekali-kali melakukannya.

جَفَّ الْقَلَمُ بِمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَا أَخْطَأَ الْعَبْدَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيبَهُ، وَمَا أَصَابَهُ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَهُ

Qalam telah kering dakwatnya pada menuliskan segala yang akan terjadi sampai Hari Kiamat, dan sesuatu taqdir yang tidak ditulis kepada hamba itu tidak akan menimpanya, dan apa yang telah ditetapkan akan menimpa seseorang hamba itu tidak pernah tersilap.

وَعَلَى الْعَبْدِ أَنْ يَعْلَمَ أَنَّ اللَّهَ قَدْ سَبَقَ عِلْمُهُ فِي كُلِّ كَائِنٍ مِنْ خَلْقِهِ

Seorang hamba harus memahami bahwa ilmu Allah swt telah mendahului pada tiap-tiap yang ada daripada makhluqNya.

فَقَدَّرَ ذَلِكَ تَقْدِيرًا مُحْكَمًا مُبْرَمًا، لَيْسَ فِيهِ نَاقِضٌ وَلَا مُعَقِّبٌ، وَلَا مُزِيلٌ وَلَا مُغَيِّرٌ، وَلَا نَاقِصٌ وَلَا زَائِدٌ مِنْ خَلْقِهِ فِي سَمَاوَاتِهِ وَأَرْضِهِ

Ia telah menetapkannya sebagai taqdir yang teguh, tidak ada yang boleh menghalang, menghapus, ataupun mengubahnya, ketetapan-ketetapan tersebut berlaku pada setiap makhluqNya di langit dan bumi, tanpa sedikit pun berkurang atau bertambah.

وَذَلِكَ مِنْ عَقْدِ الْإِيمَانِ وَأُصُولِ الْمَعْرِفَةِ وَالِاعْتِرَافِ بِتَوْحِيدِ اللَّهِ تَعَالَى وَرُبُوبِيَّتِهِ كَمَا قَالَ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ ﴿وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا، وَقَالَ تَعَالَى ﴿وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ قَدَرًا مَقْدُورًا

Dan yang demikian ini merupakan simpulan iman, usul ma’rifat, dan pengakuan terhadap mentauhidkan Allah swt dan rububiyahNya, Allah swt berfirman, “Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu lalu Dia menetapkan taqdirnya” (Al Furqan : 2). Dia juga berfirman, ”Urusan Allah swt merupakan ketetapan yang telah ditetapkan” (Al Ahzab : 38).

فَوَيْلٌ لِمَنْ صَارَ لِلَّهِ تَعَالَى فِي الْقَدَرِ خَصِيمًا، وَأَحْضَرَ لِلنَّظَرِ فِيهِ قَلْبًا سَقِيمًا

Maka celakalah orang yang memusuhi taqdir Allah swt dan menghadirkan pada pemerhatiannya dengan hati yang sakit.

لَقَدِ الْتَمَسَ بِوَهَمِهِ فِي فَحْصِ الْغَيْبِ سِرًّا كَتِيمًا، وَعَادَ بِمَا قَالَ فِيهِ أَفَّاكًا أَثِيمًا

Ia menduga-duga perkara ghaib tanpa dasar dan juga menambah-nambahnya dengan perkara-perkara yang menimbulkan dosa.

فَهَذَا جُمْلَةُ مَا يَحْتَاجُ إِلَيْهِ مَنْ هُوَ مُنَوَّرٌ قَلْبُهُ مِنْ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ تَعَالَى، وَهِيَ دَرَجَةُ الرَّاسِخِينَ فِي الْعِلْمِ

Maka ini satu himpunan apa yang diperlukan oleh mereka yang diterangkan hatinya di kalangan para kekasih Allah swt dan ia adalah darjat orang orang-orang yang mendalam di dalam ilmu.

لِأَنَّ الْعِلْمَ عِلْمَانِ: عِلْمٌ فِي الْخَلْقِ مَوْجُودٌ، وَعِلْمٌ فِي الْخَلْقِ مَفْقُودٌ، فَإِنْكَارُ الْعِلْمِ الْمَوْجُودِ كُفْرٌ، وَادِّعَاءُ الْعِلْمِ الْمَفْقُودِ كُفْرٌ، وَلَا يَثْبُتُ الْإِيمَانُ إِلَّا بِقَبُولِ الْعِلْمِ الْمَوْجُودِ، وَتَرْكِ طَلَبِ الْعِلْمِ الْمَفْقُودِ.

Kerana Ilmu itu ada dua : Ilmu yang maujud (ada) pada makhluk dan ilmu yang mafqud (tidak ada) pada makhluk, maka mengingkari ilmu yang maujud bererti kafir, dan mendakwa ada ilmu yang mafqud itu juga kafir, Iman tidaklah ditetapkan kecuali atas dasar menerima ilmu yang maujud dan tidak menuntut ilmu mafqud.

النبوات :

الإيمان بنبوة النبي محمد g

Beriman dengan kenabian Nabi Muhammad saw

وَأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ الْمُصْطَفَى وَنَبِيُّهُ الْمُجْتَبَى وَرَسُولُهُ الْمُرْتَضَى

Dan bahawasanya Muhammad saw adalah hambaNya yang terpilih, nabiNya yang mulia, dan rasulNya yang diredhai.

وَأَنَّهُ خَاتَمُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِمَامُ الْأَتْقِيَاءِ وَسَيِّدُ الْمُرْسَلِينَ وَحَبِيبُ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan bahawasanya baginda merupakan penutup para Nabi, pemimpin orang-orang bertaqwa, penghulu para rasul, dan kekasih Tuhan semesta alam.

وَكُلُّ دَعْوَى النُّبُوَّةِ بَعْدَهُ فَغَيٌّ وَهَوًى

Dan setiap pengakuan kenabian setelah baginda adalah tipu daya dan bohong belaka.

وَهُوَ الْمَبْعُوثُ إِلَى عَامَّةِ الْجِنِّ وَكَافَّةِ الْوَرَى، بِالْحَقِّ وَالْهُدَى، وَبِالنُّورِ وَالضِّيَاءِ

Dan baginda diutuskan kepada sekalian bangsa jin dan manusia, dengan membawa kebenaran, petunjuk, cahaya, dan sinaran.

الإيمان بالإسراء والمعراج :

Beriman dengan Isra’ dan Mi’raj

وَالْمِعْرَاجُ حَقٌّ، وَقَدْ أُسْرِيَ بِالنَّبِيِّ g وَعُرِجَ بِشَخْصِهِ فِي الْيَقَظَةِ، إِلَى السَّمَاءِ, ثُمَّ إِلَى حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الْعُلَا وَأَكْرَمَهُ اللَّهُ بِمَا شَاءَ، وَأَوْحَى إِلَيْهِ مَا أَوْحَى، ﴿مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى فَصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الْآخِرَةِ وَالْأُولَى

Dan peristiwa Mi’raj itu adalah benar dan nyata, Nabi saw  telah diperjalankan dan dinaikkan ke langit dalam keadaan jaga, lalu ke tempat yang maha tinggi yang dikehendaki oleh Allah swt, Allah swt telah memuliakan Nabi saw dengan apa yang Ia kehendaki, Allah swt telah mewahyukan kepada baginda: ”Tidaklah hatinya berbohong tentang apa yang ia lihat”. Selawat dan salam atas baginda di akhirat dan di dunia.

الإيمان بالملائكة والنبيين والكتب السماوية :

Beriman dengan para Malaikat, Nabi-nabi dan Kitab-kitab langit

وَنقُولُ: إِنَّ اللَّهَ اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا، وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا، إِيمَانًا وَتَصْدِيقًا وَتَسْلِيمًا

Dan kita katakan dengan penuh keimanan, pembenaran, dan penerimaan bahwa sesungguhnya Allah swt telah mengambil Nabi Ibrahim as sebagai kekasih dan Dia telah berbicara secara langsung kepada Nabi Musa as.

 

 

 

 

السمعيات

Sami’yyat

وَنُؤْمِنُ بِالْمَلَائِكَةِ وَالنَّبِيِّينَ وَالْكُتُبِ الْمُنَزَّلَةِ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَنَشْهَدُ أَنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْحَقِّ الْمُبِينِ.

Dan hendaklah kita beriman dengan para malaikat, para nabi, dan kitab-kitab suci yang diturunkan kepada mereka, kita bersaksi bahawasanya para Nabi berada di atas kebenaran yang terang.

وَنُؤْمِنُ بِالْكِرَامِ الْكَاتِبِينَ فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ جَعَلَهُمْ عَلَيْنَا حَافِظِينَ

Dan hendaklah kita beriman kepada malaikat-malaikat yang mulia yang sentiasa mencatat kerana sesungguhnya Allah swt telah menjadikan mereka sebagai penjaga atau pengawas kita.

وَنُؤْمِنُ بِمَلَكِ الْمَوْتِ الْمُوَكَّلِ بِقَبْضِ أَرْوَاحِ الْعَالَمِينَ وَبِعَذَابِ الْقَبْرِ لِمَنْ كَانَ لَهُ أَهْلًا

Dan hendaklah kita beriman dengan malaikat maut yang ditugaskan untuk mencabut ruh setiap manusia, dan beriman kepada azab kubur yang akan ditimpakan kepada para penghuni kubur yang derhaka.

وَنُؤْمِنُ بَسُؤَالِ مُنْكَرٍ وَنَكِيرٍ فِي قَبْرِهِ عَنْ رَبِّهِ وَدِينِهِ وَنَبِيِّهِ عَلَى مَا جَاءَتْ بِهِ الْأَخْبَارُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ g وَعَنِ الصَّحَابَةِ رِضْوَانُ اللَّهِ عَلَيْهِمْ .

Dan hendaklah kita beriman kepada soalan Munkar dan Nakir dalam kubur, tentang Tuhannya, agamanya, dan Nabinya, sebagaimana disebutkan dalam banyak riwayat daripada Rasulullah saw dan para sahabat radhiyallahu ‘anhum.

وَالْقَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النِّيرَانِ

Dan kubur itu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka.

وَنُؤْمِنُ بِأَشْرَاطِ السَّاعَةِ: مِنْ خُرُوجِ الدَّجَّال، ونُزُولِ عِيسَى ابنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلامُ مِنَ السَّمَاءِ، وَنُؤْمِنُ بِطُلُوعِ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَخُرُوجِ دَابَّةِ الأَرْضِ مِنْ مَوْضِعِهَا.

Dan hendaklah kita beriman dengan tanda-tanda Hari Kiamat seperti keluarnya Dajjal, turunnya Nabi Isa Ibn Maryam as dari langit, terbitnya matahari dari arah barat, dan keluarnya binatang bumi dari tempatnya.

الإيمان بيوم القيامة وما فيه من المشاهد :

Beriman dengan Hari Kiamat dan peristiwa-peristiwa yang berlaku padanya

وَنُؤْمِنُ بِالْبَعْثِ وَجَزَاءِ الْأَعْمَالِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالْعَرْضِ وَالْحِسَابِ وَقِرَاءَةِ الْكِتَابِ وَالثَّوَابِ وَالْعِقَابِ وَالصِّرَاطِ وَالْمِيزَانِ

Dan hendaklah kita beriman dengan hari kebangkitan, pembalasan amal di Hari Kiamat, dan didedahkan amal di dunia, perhitungan, dibacakan kitab catatan, pahala dan siksa, titian shirat, dan timbangan.

الإيمان بالحوض والشفاعة والميثاق :

Beriman dengan telaga, syafaat dan perjanjian

وَالْحَوْضُ الَّذِي أَكْرَمَهُ اللَّهُ تَعَالَى بِهِ غِيَاثًا لِأُمَّتِهِ حَقٌّ

Dan telaga yang Allah swt telah memuliakan Nabi saw dengannya sebagai pertolongan bagi umatnya, adalah benar .

وَالشَّفَاعَةُ الَّتِي ادَّخَرَهَا لَهُمْ حَقٌّ كَمَا رُوِيَ فِي الْأَخْبَارِ

Dan syafaat yang dilimpahkan kepada umatnya adalah benar, sebagaimana diriwayatkan dalam banyak hadis.

 

الإيمان بالجنة والنار :

Beriman dengan syurga dan neraka

وَالْجَنَّةُ وَالنَّارُ مَخْلُوقَتَانِ، لَا تَفْنَيَانِ أَبَدًا وَلَا تَبِيدَانِ فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى خَلَقَ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ قَبْلَ الْخَلْقِ

Dan syurga dan neraka merupakan dua makhluq yang tidak akan musnah atau binasa, dan sesungguhnya Allah swt telah menciptakan syurga dan neraka sebelum penciptaan manusia.

وَخَلَقَ لَهُمَا أَهْلًا فَمَنْ شَاءَ مِنْهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ فَضْلًا مِنْهُ، وَمَنْ شَاءَ مِنْهُمْ إِلَى النَّارِ عَدْلًا مِنْهُ وَكُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا قَدْ فُرِغَ لَهُ، وَصَائِرٌ إِلَى مَا خُلِقَ لَهُ

Dan Allah swt telah menciptakan penghuni bagi keduanya, barangsiapa yang Dia berkehendak maka ia dapat masuk syurga itu adalah daripada kurnianNya, dan barangsiapa yang Dia berkehendak masuk ke dalam neraka itu itu adalah daripada keadilanNya, setiap orang akan berbuat sebagaimana yang telah Allah swt tetapkan baginya.

تعريف الإيمان :

Ta’rif Iman

وَالْإِيمَانُ: هُوَ الْإِقْرَارُ بِاللِّسَانِ وَالتَّصْدِيقُ بِالْجَنَانِ

Iman ialah iqrar (mengaku) dengan lisan dan tashdiq (membenarkan) dengan hati.

مسائل في الاعتقاد ومعالم طريق أهل السنة والجماعة:

Masalah-masalah di dalam I’tiqad dan petunjuk jalan daripada Ahli Sunah wal Jama’ah

وَالْإِيمَانُ: هُوَ الْإِيمَانُ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ وَحُلْوِهِ وَمُرِّهِ مِنَ اللَّهِ تَعَالَى

Dan Iman itu meliputi iman kepada Allah swt, para malaikatNya, kitab-kitab suciNya, rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan qadar (ketentuan) daripada Allah swt, yang baik ataupun yang buruk, yang manis ataupun yang pahit.

وَالْمِيثَاقُ الَّذِي أَخَذَهُ اللَّهُ تَعَالَى مِنْ آدَمَ وَذُرِّيَّتِهِ حَقٌّ

Dan janji yang telah diambil oleh Allah swt atas Adam as dan keturunannya adalah benar.

وَنَحْنُ مُؤْمِنُونَ بِذَلِكَ كُلِّهِ، لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ، وَنُصَدِّقُهُمْ كُلَّهُمْ عَلَى مَا جَاءُوا بِهِ

Dan hendaklah kita beriman dengan semua yang demikian itu, kita tidak boleh membeza-bezakan para Rasul dan kita wajib membenarkan segala yang mereka bawa.

وَجَمِيعُ مَا صَحَّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ g مِنَ الشَّرْعِ وَالْبَيَانِ كُلُّهُ حَقٌّ

Dan segala berita yang datang secara sohih daripada Rasulullah saw, daripada hukum syariat ataupun penjelasan-penjelasan, semuanya adalah benar.

وَلَا يَخْرُجُ الْعَبْدُ مِنَ الْإِيمَانِ إِلَّا بِجُحُودِ مَا أَدْخَلَهُ فِيهِ.

Seorang hamba tidaklah keluar dari iman kecuali kerana melakukan hal-hal yang mengeluarkannya daripada iman.

وَالْإِيمَانُ وَاحِدٌ وَأَهْلُهُ فِي أَصْلِهِ سَوَاءٌ وَالتَّفَاضُلُ بَيْنَهُمْ بِالْخَشْيَةِ وَالتُّقَى وَمُخَالَفَةِ الْهَوَى وَمُلَازَمَةِ الْأَوْلَى

Dan Iman itu tunggal, setiap orang yang beriman pada asalnya adalah sama, yang mulia di antara mereka adalah yang paling takut kepada Allah swt dan tinggi ketaqwaannya, sentiasa melawan hawa nafsu, dan teguh dalam ketaatan.

وَالْمُؤْمِنُونَ كُلُّهُمْ أَوْلِيَاءُ الرَّحْمَنِ وَأَكْرَمُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَطْوَعُهُمْ وَأَتْبَعُهُمْ لِلْقُرْآنِ

Dan setiap mukmin adalah para kekasih Tuhan yang maha penyayang, dan  yang paling mulia di antara mereka di sisi Allah swt adalah yang paling taat dan yang paling mengikuti al Quran.

وَلَا نَقُولُ: لَا يَضُرُّ مَعَ الْإِيمَانِ ذَنْبٌ لِمَنْ عَمِلَهُ, نَرْجُو لِلْمُحْسِنِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ، وَيُدْخِلَهُمُ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِهِ

Dan kita tidak boleh mengatakan bahawa perbuatan dosa tidak merosakkan iman pelakunya, kita berharap agar Allah swt mengampunkan kesalahan orang-orang beriman yang berbuat ihsan dan memasukkan mereka ke dalam syurga dengan rahmatNya.

وَلَا نَأْمَنُ عَلَيْهِمْ وَلَا نَشْهَدُ لَهُمْ بِالْجَنَّةِ وَنَسْتَغْفِرُ لِمُسِيئِهِمْ وَنَخَافُ عَلَيْهِمْ وَلَا نُقَنِّطُهُمْ

Dan tidaklah kita mengatakan mereka selamat, dan tidak pula kita menjamin mereka akan masuk syurga, kita mohon diampunkan atas dosa-dosa mereka, kita amat takut atas dosa-dosa mereka dan kita tidak pernah meremehkannya.

وَالْأَمْنُ وَالْإِيَاسُ يَنْقُلَانِ عَنْ مِلَّةِ الْإِسْلَامِ وَسَبِيلُ الْحَقِّ بَيْنَهُمَا لِأَهْلِ الْقِبْلَةِ.

Dan sikap merasa aman daripada kena seksa  dan berputus asa daripada rahmat Tuhan merupakan sikap yang menyimpang daripada Islam, sikap dan perilaku yang benar ialah sikap para ahli kiblat yang berada di antara keduanya (pertengahan)

 

 

 

 

أهل الكبائر من المؤمنين لا يخلدون في النار :

Ahlul Kabair di kalangan orang-orang beriman tidak kekal di dalam neraka

وَأَهْلُ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ  gفِي النَّارِ لَا يُخَلَّدُونَ، إِذَا مَاتُوا وَهُمْ مُوَحِّدُونَ وَإِنْ لَمْ يَكُونُوا تَائِبِينَ بَعْدَ أَنْ لَقُوا اللَّهَ عَارِفِينَ مُؤْمِنِينَ وَهُمْ فِي مَشِيئَتِهِ وَحُكْمِهِ

Dan orang-orang yang melakukan dosa besar di kalangan umat Muhammad saw yang masuk neraka tidak kekal di dalamnya sekiranya mereka mati dalam keadaan bertauhid, sekalipun mereka belum sempat bertaubat atas dosa-dosa tersebut, sesudah mereka menemui Allah swt dalam keadaan ma’rifat atau beriman kepadaNya maka nasib mereka adalah sesuai dengan kehendak dan hukumNya.

إِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ وَعَفَا عَنْهُمْ بِفَضْلِهِ كَمَا ذَكَرَ عَزَّ وَجَلَّ فِي كِتَابِهِ: ﴿وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Jika Dia berkehendak maka Dia akan mengampunkan mereka dengan kurniaanNya, sebagaimana firmanNya di dalam al Quran “Dan Dia akan mengampunkan dosa apa pun selain syirik bagi siapa yang Dia kehendaki” (An Nisaa’ : 48)

وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ فِي النَّارِ بِعَدْلِهِ، ثُمَّ يُخْرِجُهُمْ مِنْهَا بِرَحْمَتِهِ وَشَفَاعَةِ الشَّافِعِينَ مِنْ أَهْلِ طَاعَتِهِ ثُمَّ يَبْعَثُهُمْ إِلَى جَنَّتِهِ

Sebaliknya, jika Dia berkehendak maka Dia akan mengazab mereka di dalam neraka atas dasar keadilanNya, lalu Dia keluarkan mereka daripada neraka tersebut dengan rahmatNya atau syafaat orang-orang yang diberi kesempatan untuk memberi syafaat di antara ahli ketaatan, kemudian Dia akan memindahkan mereka ke dalam syurgaNya.

وَذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى تَوَلَّى أَهْلَ مَعْرِفَتِهِ، وَلَمْ يَجْعَلْهُمْ فِي الدَّارَيْنِ كَأَهْلِ نُكْرَتِهِ الَّذِينَ خَابُوا مِنْ هِدَايَتِهِ، وَلَمْ يَنَالُوا مِنْ وَلَايَتِهِ اللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ الْإِسْلَامِ وَأَهْلِهِ ثَبِّتْنَا عَلَى الْإِسْلَامِ حَتَّى نَلْقَاكَ بِهِ

Dan yang demikian ini kerana Allah swt menjaga orang-orang yang ma’rifat kepadaNya, dan Dia tidak akan memperlakukan mereka, di dunia dan di akhirat, sebagaimana perlakuanNya kepada orang-orang ingkar yang tidak mendapatkan hidayahNya dan tidak pula mendapatkan perlindungan daripadaNya, ya Allah ! Yang menjaga Islam dan pengikutnya! Tetapkanlah kami di atas Islam sehingga kami menemui Engkau dengan membawa Islam.

وَنَرَى الصَّلَاةَ خَلْفَ كُلِّ بَرٍّ وَفَاجِرٍ مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ، وعَلَى مَنْ مَاتَ مِنْهُمْ

Dan kita memandang bahawa solat itu sah dilakukan dibelakang imam yang sangat taat beragama ataupun yang selalu melakukan dosa asalkan dia di kalangan ahli kiblat, solat juga mesti dilakukan terhadap kedua golongan tersebut apabila meninggal dunia.

وَلَا نُنَزِّلُ أَحَدًا مِنْهُمْ جَنَّةً وَلَا نَارًا، وَلَا نَشْهَدُ عَلَيْهِمْ بِكُفْرٍ وَلَا بِشِرْكٍ وَلَا بِنِفَاقٍ، مَا لَمْ يَظْهَرْ مِنْهُمْ شَيْءٌ مِنْ ذَلِكَ، وَنَذَرُ سَرَائِرَهُمْ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى

Dan kita tidak meletakkan satu pun di kalangan mereka di syurga atau neraka, dan kita tidak boleh mengatakan mereka sebagai kafir, musyrik, atau munafiq, kecuali setelah nampak bukti yang jelas menunjukkan hal yang demikian itu, adapun hati mereka kita serahkan kepada Allah swt.

وَنُسَمِّي أَهْلَ قِبْلَتِنَا مُسْلِمِينَ مُؤْمِنِينَ، مَا دَامُوا بِمَا جَاءَ بِهِ النَّبِيُّ g مُعْتَرِفِينَ، وَلَهُ بِكُلِّ مَا قَالَ وَأَخْبَرَ مُصَدِّقِينَ.

Dan kita menyebut para ahli kiblat kita sebagai kaum muslimin dan mukminin, sepanjang mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan setiap yang diucapkan dan diberitakan oleh baginda saw.

وَلَا نَرَى السَّيْفَ عَلَى أَحَدٍ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ  gإِلَّا مَنْ وَجَبَ عَلَيْهِ السَّيْفُ.

Dan tidak boleh kita memandang bahawa pedang itu boleh diarahkan kepada seorang pun di kalangan umat Muhammad saw kecuali kepada orang-orang yang wajib diperangi.

وجوب طاعة الأئمة والولاة :

Wajib taat kepada para pemerintah

وَلَا نَرَى الْخُرُوجَ عَلَى أَئِمَّتِنَا وَوُلَاةِ أُمُورِنَا وَإِنْ جَارُوا، وَلَا نَدْعُو عَلَيْهِمْ، وَلَا نَنْزِعُ يَدًا مِنْ طَاعَتِهِمْ،

Dan kita tidak boleh khuruj (memberontak) terhadap para pemerintah, sekalipun mereka itu zalim, tetapi kita juga tidak menyeru untuk menyokong kezaliman mereka, dan kita tidak mencabut tangan daripada ketaatan kepada mereka.

وَنَرَى طَاعَتَهُمْ مِنْ طَاعَةِ اللَّهِ عز وجل فَرِيضَةً، مَا لَمْ يَأْمُرُوا بِمَعْصِيَةٍ، وَنَدْعُو لَهُمْ بِالصَّلَاحِ وَالْمُعَافَاةِ

Dan ketaatan terhadap pemimpin merupakan sebahagian daripada ketaatan terhadap Allah swt adalah wajib, sepanjang mereka tidak memerintahkan kemaksiatan, dan kita sentiasa berdoa agar mereka memperbaiki diri dan terpelihara

وجوب الحج والجهاد إلى يوم القيامة :

Wajib menunaikan Haji dan berjihad sehingga ke Hari Kiamat

وَالْحَجُّ وَالْجِهَادُ مَاضِيَانِ مَعَ أُولِي الْأَمْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ، بَرِّهِمْ وَفَاجِرِهِمْ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ، لَا يُبْطِلُهُمَا شَيْءٌ وَلَا يَنْقُضُهُمَا

Haji dan Jihad itu tidak disyaratkan pemerintah kaum Muslimin itu seorang yang adil atau zalim, berkekalan kefardhuannya sehingga ke Hari Kiamat, tidak ada yang membatalkan keduanya oleh sesuatu pun.

 

اتباع أهل السنة والجماعة :

Mengikuti Ahli Sunah wal Jama’ah

وَنَتَّبِعُ السُّنَّةَ وَالْجَمَاعَةَ، وَنَجْتَنِبُ الشُّذُوذَ وَالْخِلَافَ وَالْفُرْقَةَ

Dan hendaklah kita mengikuti ahli Sunnah wal Jama’ah dan menjauhkan diri daripada keanehan, khilaf, dan pecah belah.

وَنَرَى الجَمَاعَةَ حَقًّا وَصَوَابًا، وَالْفُرْقَةَ زَيْغاً وَعَذَاباً.

Kita memandang bahawa jamaah adalah yang benar, sementara berpecah adalah sesat.

وَنُحِبُّ أَهْلَ الْعَدْلِ وَالْأَمَانَةِ، وَنُبْغِضُ أَهْلَ الْجَوْرِ وَالْخِيَانَةِ

Dan kita mencintai orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan dan menunaikan amanah, dan membenci orang-orang yang suka melakukan dosa dan khianat.

وَنَقُولُ: اللَّهُ أَعْلَمُ فِيمَا اشْتَبَهَ عَلَيْنَا عِلْمُهُ

Kita katakan : Allah swt lebih tahu dengan ilmuNya tentang segala sesuatu yang masih samar-samar bagi kita.

وَنَرَى الْمَسْحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ فِي السَّفَرِ وَالْحَضَرِ، كَمَا جَاءَ فِي الْأَثَرِ

Kita mengatakan bahawa menyapu dua khuf adalah harus ketika musafir atau bermukim sebagaimana yang disebutkan dalam hadis.

وَفِي دُعَاءِ الْأَحْيَاءِ وَصَدَقَاتِهِمْ مَنْفَعَةٌ لِلْأَمْوَاتِ

Doa dan sedaqah orang-orang yang masih hidup bermanfaat bagi yang telah meninggal dunia.

واللهُ تَعالَى يَسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ وَيَقْضِي الحَاجَاتِ

Dan Allah swt adalah Tuhan yang mengkabulkan doa, dan menunaikan segala hajat.

 

 

 

 

لا يجوز تصديق الكهنة والعرافين :

Tidak boleh membenarkan tukang ramal dan tukang tilik

وَلَا نُصَدِّقُ كَاهِنًا وَلَا عَرَّافًا

Dan kita tidak boleh mempercayai tukang ramal atau tukang tilik.

وَلَا مَنْ يَدَّعِي شَيْئًا يُخَالِفُ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ وَإِجْمَاعَ الْأُمَّةِ

Dan kita tidak boleh membenarkan siapa sahaja yang mendakwa sesuatu yang menyalahi al Qur’an, as Sunnah, dan Ijma’ ulama’.

حب أصحاب النبي g :

Mencintai para sahabat Nabi saw

وَنُحِبُّ أَصْحَابَ رسُولِ الله g، وَلاَ نُفْرِطُ في حُبِّ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَلاَ نَتَبَرَّأُ مِنْ أَحَدٍ مِنْهُمْ، وَنُبْغِضُ مَنْ يُبْغِضُهُمْ، وَبِغَيْرِ الْخَيْرِ يَذْكُرُهُمْ، وَلَا نُذْكُرُهُمْ إِلاَّ بِخَيْرٍ, وَحُبُّهُمْ دِينٌ وإيمَانٌ وإحْسَانٌ وَبُغْضُهُمْ كُفْرٌ ونِفَاقٌ وطُغْيَانٌ.

Dan hendaklah kita mencintai para sahabat Rasulullah saw, kita tidak bersikap melampau dalam mencintai salah seorang daripada mereka, demikian pula kita tidak mengingkari terhadap salah seorang daripada mereka, dan kita membenci siapa pun yang membenci mereka dan mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada mereka, dan kita tidak akan menyebut mereka kecuali dengan sesuatu yang baik, mencintai mereka merupakan perintah agama, iman, dan ihsan, sebaliknya membenci mereka merupakan kekufuran, nifaq, dan melampaui batas.

وَنُثْبِتُ الْخِلَافَةَ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ g أَوَّلًا لِأَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ h تَفْضِيلًا لَهُ وَتَقْدِيمًا عَلَى جَمِيعِ الْأُمَّةِ ثُمَّ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ h ثُمَّ لِعُثْمَانَ h ثُمَّ لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ h   وَهُمُ الْخُلَفَاءُ الرَّاشِدُونَ وَالْأَئِمَّةُ الْمَهْدِيُّونَ

Dan kita menetapkan khalifah selepas Rasulullah saw yang pertamanya adalah Abu Bakar as Shiddiq ra atas dasar mengutamakan dan mendahulukan beliau terhadap sekalian umat, kemudian Umar Bin al Khatthob ra, kemudian Uthman Bin Affan ra, dan akhirnya Ali Bin Abi Tolib ra, mereka adalah khulafa’ rasyidun dan aimmah mahdiyyun (para imam yang diberi petunjuk)

وَإِنَّ الْعَشَرَةَ الَّذِينَ سَمَّاهُمْ رَسُولُ اللَّهِ g وَبَشَّرَهُمْ بِالْجَنَّةِ، نَشْهَدُ لَهُمْ بِالْجَنَّةِ عَلَى مَا شَهِدَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ g وَقَوْلُهُ الْحَقُّ

Sesungguhnya sepuluh orang yang disebutkan oleh Rasulullah saw diberi khabar gembira dengan syurga, maka kita menetapkan pula syurga untuk mereka sebagaimana kesaksian Rasulullah saw dan perkataannya adalah benar.

 

وَهُمْ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَطَلْحَةُ وَالزُّبَيْرُ وَسَعْدٌ وَسَعِيدٌ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ وَأَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ وَهُوَ أَمِينُ هَذِهِ الْأُمَّةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ أَجْمَعِينَ

Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Tholhah, az Zubair, Sa’ad, Sa’id, Abdur Rahman Bin A’uf, Abu Ubaidah Bin Jarrah, mereka semua adalah orang-orang terpercaya pada umat ini, semoga keredhaan Allah swt tercurah atas mereka.

وَمَنْ أَحْسَنَ الْقَوْلِ فِي أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ g، وَأَزْوَاجِهِ الطَّاهِرَاتِ مِنْ كُلِّ دَنَسٍ، وَذُرِّيَّاتِهِ الْمُقَدَّسِينَ مِنْ كُلِّ رِجْسٍ، فَقَدَ بَرِئَ مِنَ النِّفَاقِ

Dan barangsiapa yang baik perkataannya tentang para sahabat Rasulullah saw, para isteri baginda saw yang disucikan daripada segala kotoran, dan keturunan baginda yang disucikan daripada segala kotoran, maka ia telah bebas daripada nifaq.

وَعُلَمَاءُ السَّلَفِ مِنَ السَّابِقِينَ، وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ التَّابِعِينَ أَهْلُ الْخَيْرِ وَالْأَثَرِ، وَأَهْلُ الْفِقْهِ وَالنَّظَرِ، لَا يُذْكَرُونَ إِلَّا بِالْجَمِيلِ، وَمَنْ ذَكَرَهُمْ بِسُوءٍ فَهُوَ عَلَى غَيْرِ السَّبِيلِ.

Dan para ulama salaf yang terdahulu ataupun yang sesudahnya di kalangan para tabi’en merupakan ahli kebaikan dan ahli Hadis, ahli Fiqh dan ahli Tauhid, mereka tidak disebut kecuali dengan kebaikan, barangsiapa yang menyebutkan mereka dengan keburukan maka ia telah terkeluar dari jalan yang benar.

 

 

الأنبياء أفضل من الأولياء :

Para Anbia’ lebih mulia daripada para Aulia’

وَلَا نُفَضِّلُ أَحَدًا مِنَ الْأَوْلِيَاءِ عَلَى أَحَدٍ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ السَّلَام، وَنَقُولُ: نَبِيٌّ وَاحِدٌ أَفْضَلُ مِنْ جَمِيعِ الْأَوْلِيَاءِ

Dan tidaklah kita lebih memuliakan para wali ke atas para Nabi a’laihimussalam, kita katakan : Seorang Nabi lebih mulia daripada  semua para wali.

وَنُؤْمِنُ بِمَا جَاءَ مِنْ كَرَامَاتِهِمْ، وَصَحَّ عَنِ الثِّقَاتِ مِنْ رِوَايَاتِهِمْ

Dan hendaklah kita beriman dengan karamah para wali dan kita juga mensohihkan riwayat yang diriwayatkan oleh orang-orang yang thiqah di kalangan mereka.

آمَنَّا بِذَلِكَ كُلِّهِ، وَأَيْقَنَّا أَنَّ كُلًّا مِنْ عِنْدِهِ

Kita beriman terhadap yang demikian itu dan kita yakin bahawa segala sesuatu adalah berasal daripada sisiNya.

إن الدين عند الله الإسلام :

Sesungguhnya agama di sisi Allah swt ialah Islam

وَدِينُ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَاحِدٌ، وَهُوَ دِينُ الْإِسْلَامِ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ﴿إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَقَالَ تَعَالَى ﴿وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا.

Dan agama Allah swt di bumi dan di langit adalah satu sahaja, iaitu Islam, Allah swt berfirman ,“Sesungguhnya Din di sisi Allah swt ialah Islam” (Ali Imran : 19). Dan firmanNya lagi, “Dan Aku telah ridha Islam sebagai Din bagi kalian” (al Maidah : 3)

وَهُوَ بَيْنَ الْغُلُوِّ وَالتَّقْصِيرِ وَبَيْنَ التَّشْبِيهِ وَالتَّعْطِيلِ وَبَيْنَ الْجَبْرِ وَالْقَدَرِ وَبَيْنَ الْأَمْنِ وَالْيَأْسِ

Dan ia di antara sikap pertengahan antara ghuluw (berlebih-lebihan) dan taqshir (kelalaian), antara tasybih (menyerupakan) dan ta’thil (pengingkaran), antara jabariyah dan qadariyah, antara merasa aman dan putus asa.

فَهَذَا دِينُنَا وَاعْتِقَادُنَا ظَاهِرًا وَبَاطِنًا، وَنَحْنُ بَرَآءُ إِلَى اللَّهِ مِنْ كُلِّ مَنْ خَالَفَ الَّذِي ذَكَرْنَاهُ وَبَيَّنَّاهُ

Maka inilah agama dan keyakinan kita, zahir dan batin, kita berlepas tangan kepada Allah swt daripada siapapun yang menyalahi apa yang kita sebutkan dan kita terangkan.

وَنَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى أَنْ يُثَبِّتَنَا عَلَى الْإِيمَانِ، وَيَخْتِمَ لَنَا بِهِ، وَيَعْصِمَنَا مِنَ الْأَهْوَاءِ الْمُخْتَلِفَةِ، وَالْآرَاءِ الْمُتَفَرِّقَةِ، وَالْمَذَاهِبِ الرَّدِيَّةِ، مِثْلَ الْمُشَبِّهَةِ وَالْمُعْتَزِلَةِ وَالْجَهْمِيَّةِ وَالْجَبرِيَّةِ وَالْقَدَرِيَّةِ وَغَيْرِهِمْ، مِنَ الَّذِينَ خَالَفُوا السُّنَّةَ وَالْجَمَاعَةَ، وَحَالَفُوا الضَّلَالَةَ، وَنَحْنُ مِنْهُمْ بَرَآءٌ، وَهُمْ عِنْدَنَا ضُلَّالٌ وَأَرْدِيَاءُ وَبِاللَّهِ الْعِصْمَةُ وَالتَّوْفِيقُ.

Dan sama-sama kita memohon kepada Allah swt agar meneguhkan kita dalam iman, mencabut nyawa kita dalam iman, dan menjaga kita daripada hawa nafsu yang menyimpang, daripada pemikiran-pemikiran yang menyimpang daripada aliran-aliran yang ditolak seperti Musyabbihah, Mu’tazilah, Jahmiyah, Jabariyah, Qadariyah, dan lain-lain yang menyalahi ahli Sunnah wal Jama’ah yang berada di jalan kesesatan, terhadap mereka itu, kita berlepas tangan di sisi kita, mereka itu tertolak, dan dengan pertolongan Allah swt itu mendapat penjagaan dan taufiq.

Diterjemahkan oleh : Mohd Faiz Bin Abdullah

4 Jan 2021 – 20 Jamadil Awwal 1422

 

 

 

تم بعون الله والله أعلم

 


  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ باب رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم  إلى السماء الدنيا NABI SAW MIMPI DIBAWA KE LANGIT DUNIA   ...