بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
1
DARAH
MUSLIM ITU TERPELIHARA
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ
سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ، أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ أَشْرَفَ يَوْمَ الدَّارِ،
فَقَالَ: أَنْشُدُكُمُ اللَّهَ، أَتَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلَّا بِإِحْدَى
ثَلَاثٍ: زِنًا بَعْدَ إِحْصَانٍ، أَوْ
ارْتِدَادٍ بَعْدَ إِسْلَامٍ، أَوْ قَتْلِ نَفْسٍ بِغَيْرِ حَقٍّ فَقُتِلَ بِهِ ،
فَوَاللَّهِ مَا زَنَيْتُ فِي جَاهِلِيَّةٍ وَلَا فِي إِسْلَامٍ، وَلَا
ارْتَدَدْتُ مُنْذُ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
وَلَا قَتَلْتُ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ فَبِمَ تَقْتُلُونَنِي.؟ ) حَسَنٌ (
Daripada
Abi Umamah Bin Sahal Bin Hunaif, bahawasanya Uthman Bin A’ffan menjenguk
daripada rumahnya, maka ia berkata “Aku tanya sekalian kamu dengan nama Allah,
adakah kamu semua tahu bahawa Rasulullah SAW bersabda, tidak halal darah
seseorang Muslim itu melainkan dia melakukan salah satu daripada tiga perkara ;
Berzina selepas ia berkahwin atau murtad selepas ia memeluk Islam, atau ia
membunuh nyawa orang lain tanpa sebenar, maka dengan sebab itu dia boleh
dibunuh, maka demi Allah aku tidak berzina ketika zaman Jahiliah dan juga
Islam, dan aku tidak pernah murtad semenjak aku mengaku Islam kepada Rasulullah
SAW, dan aku tidak pernah membunuh satu nyawa yang diharamkan oleh Allah, maka
dengan sebab apa kamu ingin membunuhku ?
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah
huru-hara dan gempar yang besar itu adalah pergaduhan dan pertengkaran sehingga
terjadinya berbunuh-bunuhan. Kerana itu syara’ mengingatkan tidak boleh
menumpahkan darah seseorang Muslim melainkan dengan salah satu sebab yang ia
lakukan.
Bermulanya
peristiwa pembunuhan Saidina Uthman RA, maka dengan sebab itu berlaku pula
peperangan yang hebat di antara Saidatina Asyah RA isteri Nabi SAW dengan
Saidina Ali RA, juga di antara Saidina Mua’wiyah RA.
Seseorang
Muslim hanya dibenarkan hukum bunuh padanya sekiranya ia melakukan salah satu
perkara yang tiga, iaitu berzina dan telah berkahwin, atau bunuh orang yang
tidak bersalah atau murtad daripada Islam.
Sungguhpun
Saidina Uthman RA menasihati orang-orang yang ingin membunuhnya dengan pelbagai
nasihat, tetapi tidak juga lembut hati mereka. Sehingga mereka naik ke
rumah-rumah jiran Saidina Uthman RA yang terbuka pintunya dan dapat membunuh
Saidina Uthman serta beberapa lagi yang bersamanya. Maka terbunuhlah Saidina
Uthman itu dengan zalimnya.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan.
2
LARANGAN
MENGHALAKAN SENJATA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَشَارَ عَلَى
أَخِيهِ بِحَدِيدَةٍ لَعَنَتْهُ المَلَائِكَةُ. (حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ)
Daripada
Abi Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang menghalakan besi
kepada saudaranya nescaya ia dilaknat oleh malaikat”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Janganlah
bergurau dengan saudara-saudara dengan apa-apa besi yang tajam atau tumpul
kerana bergurau dengan cara yang demikian dilarang oleh syara’. Syara’ tidak
membenarkan bermain-main dengan mengacu besi untuk mengugut dan menakut untuk
melihat berani pemarah orang.
Kemungkinan
tersalah hala, maka dilangsungkan oleh syaitan dengan mengenai kawan kamu oleh senjata
kamu itu. Maka larangan syara’ itu adalah haram.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sohih lagi gharib.
3
LARANGAN
MEMBERI PEDANG BERHUNUS
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: نَهَى
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُتَعَاطَى السَّيْفُ
مَسْلُولًا. (حَسَنٌ غَرِيبٌ)
Daripada
Jabir berkata, bahawa Rasulullah SAW melarang saling memberi pedang dalam
keadaan terhunus”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah
pedang itu satu senjata yang masyhur digunakan zaman-berzaman, kerana ia
senjata yang lama, senjata yang tajam, digunakakan ketika peperangan dan banyak
faedahnya. Maka syara’ melarang bergurau senda dengan menghunuskan pedang
kerana bimbang tercilap hingga menyebabkan luka. Syara’ juga melarang saling
memberi senjata seperti pedang, pisau atau keris dalam keadaan ia terhunus
kerana ada bahaya padanya.
Kemungkinan
tersalah pegang atau tersalah hunus mungkin menyebabkan luka. Oleh kerana
itulah syara’ melarang melakukan demikian. Sekiranya hendak memberikan pedang
pada seseorang, maka berikan pedang itu dalam keadaan di dalam sarungnya.
Di
dalam Sohih Muslim, Nabi SAW mengingtkan bahawa jangan mengahalakan pedang
kepada saudaranya, kerana bahawasanya tidak diketahui barangkali syaitan
melemparkan dari tangannya, lalu kena pada saudaranya itu, maka jatuhlah ia ke
dalam api neraka.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib.
4
ORANG
YANG SOLAT SUBUH BERADA DI DALAM PELIHARAAN ALLAH
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ فَلَا يُتْبِعَنَّكُمُ اللَّهُ
بِشَيْءٍ مِنْ ذِمَّتِهِ. (حَسَنٌ غَرِيبٌ)
Daripada
Abi Hurairah, bahawa daripada Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang solat Subuh
secara berjamaa’h, maka dia berada di dalam peliharaan Allah SWT, maka jangan
menurut kamu oleh Allah SWT dengan sesuatu daripada zimmahnya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Seseorang
yang taat kepada Allah SWT itu adalah hamba yang dikasihiNya lagi hampir
kepadaNya. Dia berkelebihan daripada hamba yang tidak taat dan dia hamba yang
berada di dalam naungan Allah SWT. Tidak ada orang yang boleh membuat angkara
kepadanya melainkan dia mendapat salah yang besar kerana mengganggu orang yang
berada di dalam naungan Allah SWT. Maka Allah SWT akan mewajibkan azab atas
orang yang membuat azab itu.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib.
5
HENDAKLAH
BERSAMA JAMA’AH ULAMA’
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَدُ اللَّهِ
مَعَ الجَمَاعَةِ. (حَسَنٌ غَرِيبٌ)
Daripada
Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Tangan Allah SWT itu bersama jama’ah
ulama’”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Pertolongan
Allah SWT itu bersama dengan jama’ah ulama’ yang bersetentangan fikir dan
ijtihad. Syara’ menyuruh kita supaya jangan memisahkan diri daripada jama’ah
ulama’, kerana ulama’ itu tidak berhimpun untuk berfikir atau berijtihad pada
perkara yang salah.
Makna
jama’ah ulama’ di sini tiap-tiap ulama’ yang berjalan di atas sunnah Nabi SAW
dan cukup taqwa dan taat di dalam masa hayat seseorang yang semasanya.
Sedikit
kemusykilan di dalam hadis ini tentang kalimah tangan. Maka ada dua kelompok
ulama’ yang berselisih faham dalam perkara ini :
Kata
Salaf : Setiap kalimah di dalam al Quran atau hadis yang
memberi kesamaran maka itu bukan zahir maknanya. Allah SWT sahaja yang
mengetahui hakikat makna tangan itu. Tidak sepatutnya kita mengharung mencari
maksud kalimah yang kesamaran itu, kerana bimbang jatuh ke dalam salah.
Kata
khalaf : Setiap kalimah di al Quran atau hadis yang memberi
kesamaran maka itu boleh kita takwil makna yang layak dengannya. Kerana Nabi
SAW itu orang Arab dan Nabi SAW orang
yang paling bijak di antara yang paling bijak.
Dan
Nabi SAW mengingatkan supaya jangan berseorangan diri kerana berseorangan diri
itu mudah disesatkan oleh syaitan.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib.
6
SURUH
KEBAIKAN LARANG KEMUNGKARAN
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ
اليَمَانِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَالَّذِي
نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ
أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ
تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ. (حَسَنٌ)
Daripada
Huzaifah Bin al Yaman, bahawa daripada Nabi SAW bersabda “Demi diriku yang
berada di dalam tanganNya, sesungguhnya kamu diperintahkan supaya menyuruh
orang lain berbuat kebaikan dan melarang kemungkaran, atau hampir Allah utuskan
ke atas sekalian kamu seksa dan dera daripadanya. Kemudian kalian semua berdoa
kepadaNya memohon rahmat dan keampunan, maka tidaklah dimustajabkan bagi
kalian”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Kebajikan
itu ialah setiap perkara yang disuruh oleh Allah SWT melakukannya, dan ia
banyak, dimasyhurkan orang dengan taat. Dan setiap yang dilarang oleh Allah SWT
itu adalah maksiat, lagi perkara yang jahat dan mungkar.
Menyuruh
pada perkara yang ma’ruf dan melarang pada perkara yang mungkar itu adalah satu
perkara yang amat besar manfaatnya. Bermula menyuruh orang ramai melakukan perkara
yang disuruh Allah SWT itu ialah :
-
Menyuruh
mereka melakukan setiap apa yang difardhukan oleh Allah SWT daripada ibadat
badan dan harta seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji.
-
Suruh
menuntut segala fardhu ain dan fardhu kifayah.
-
Suruh
yang muda hormatkan yang tua dan yang tua kasihakan yang muda.
-
Suruh
menziarahi ibu bapa dan kaum kerabat.
-
Suruh
berkasih-kasih dengan memberi hadiah dan membuat jamuan
Maka
ini adalah di antara ibadat dan taat dan kebajikan yang disuruh oleh Allah SWT.
Adapun
melarang orang ramai melakukan maksiat itu seperti :
-
Melarang
orang berbuat zina, makan riba, minum arak dan main judi.
-
Marahkan
orang tidak mahu menuntut yang fardhu ain, dan tidak mahu ke masjid.
-
Marahkan
orang yang sombong, suka bergaduh, suka buat fitnah atau suka mengadu domba.
-
Marah
orang yang suka bercakap lucah atau mencarut.
-
Marah
kepada orang yang bakhil atau tamak.
-
Menegur
orang yang sukakan dunia dan tinggalkan akhirat.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan.
7
PEMIMPIN
DIBUNUH
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ
اليَمَانِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَالَّذِي
نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتُلُوا إِمَامَكُمْ،
وَتَجْتَلِدُوا بِأَسْيَافِكُمْ، وَيَرِثَ دُنْيَاكُمْ شِرَارُكُمْ. (حَسَنٌ)
Daripada
Huzaifah Bin al Yaman lagi tempat simpan rahsianya, bahawa Rasulullah SAW
bersabda “Demi Tuhan yang diriku dan jiwaku di dalam tangan qudratNya, kiamat
tidak akan berlaku melainkan setelah kamu membunuh pemimpin-pemimpin kamu, dan
berpancung-pancung kamu dengan pedang, dan orang-orang jahat mewarisi dunia
kamu”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Sesungguhnya
di antara sebesar-besar maksiat dan fitnah yang berlaku setelah kewafatan Nabi
SAW adalah membunuh pemimpin-pemimpin kaum Muslimin. Perkara ini telah dikhabarkan
oleh nabi SAW sebelum wafatnya sebagai mu’jizat baginya.
Maka
apa yang disebut oleh Nabi SAW itu benar-benar berlaku di mana khalifah pertama
yang dibunuh itu adalah Saidina Umar al Khattob, kemudia Saidina Uthman,
kemudian Saidina Ali sehinggalah ke hari ini. Iaitu apabila dilantik pemimpin
kaum Muslimin itu , maka tidak berapa lama kemudian dibunuh oleh mereka dan
dilantik orang lain pula. Maka itu maksiat yang amat besar kerana menyalahi
hukum syara’. Maka berlakulah perang sesama kaum Muslimin menuntut hak,
sehingga ramai di kalangan kaum Muslimin terbunuh.
Sesungguhnya
Nabi SAW telah mengatakan bahawa di akhir zaman dunia ini diperintah oleh
orang-orang yang hina di kalangan kaum Muslimin. Dibunuhnya pemimpin yang baik
dan naiklah mereka untuk memerintah. Mempusakai dunia dan harta-hartanya
setelah dirampasnya kerajaan. Maka semua itu adalah mungkar dan fitnah yang
jadi setelah kewafatan Nabi SAW.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan.
8
JIHAD
YANG PALING AFDHAL
عَنْ
أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الْجِهَادِ كَلِمَةَ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ.
(حَسَنٌ)
Daripada Abi Said al Khudri, bahawa Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya di
antara sebesar-besar jihad yang paling utama ialah bercakap benar di hadapan pemerintah
yang zalim iaitu sultan yang menghukum mengikut hawa nafsunya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah
yang dimaksudkan sultan di dalam hadis ini ialah mereka yang mendapat kuasa
memerintah negeri. Dan zalim itu adalah berbuat aniaya seperti menghukum dengan
tidak sebenar atau mengambil haq-haq orang lain dengan cara yang bertentangan
syara’.
Maka
sesiapa yang berani mengatakan yang haq dan menerangkan padanya perkara yang
dikehendakki syara’ maka dia dianggap melakukan jihad yang besar. Jikalau apa
yang ia terangkan itu menyebabkan dia dibunuh nescaya ia mati dalam keadaan
syahid. Dan jika ia hidup maka hidupnya itu dalam keadaan sa’id iaitu
bahagia.
Seseorang
yang menolak mudharat ke atas semua Muslimin dan jadilah ia seolah-olah perisai
mereka daripada mengenai kezaliman pemerintah kepada orang lain. Maka dia
mendapat pahala yang amat besar di sisi Allah SWT.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan
9
BULAN
TELAH TERBELAH
عَنْ
ابْنِ عُمَرَ قَالَ: انْفَلَقَ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: اشْهَدُوا. (حَسَنٌ صَحِيحٌ)
Daripada
Ibn Umar berkata, bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW dan turun
bulan itu ke bumi, maka sabda Rasulullah SAW kepada sekalian kafir yang meminta
bulan itu terbelah “Naik saksilah sekalian kamu atas kerasulanku dan
mu’jizatkuini kerana telah berlaku barang yang telah sekalian kamu pinta itu”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Bahawa
terbelahnya bulan itu adalah satu di antara mu’jizat Nabi kita Muhammad SAW,
dan terbelahnya bulan itu berlaku ketika zaman Nabi SAW kerana dipinta oleh
orang kafir untuk membuktikan kerasulannya.
Kata
az Zarqani di dalam Syarah Mawahib ad Diniah, telah ijma’ oleh segala mufassir
dan Ahli Sunnah tentang peristiwa berlakunya belah bulan ini, dikuatkan lagi
pleh Allah SWT apabila mengkhabarkannya di dalam al Quran.
Bulan
yang terbelah itu turun di atas gunung
Kata
Qasthalani di dalam Mawahib ad Diniyyah, telah berlaku terbelahnya bulan
menjadi dua ketika zaman Rasulullah SAW, satu daripadanya turun di atas gunung,
dan satu daripadanya turun di atas gunung, dan satu lagi beredar ditempat lain.
Maka sabda Nabi SAW “Naik saksilah sekalian kamu atas kerasulanku dan
mu’jizatku ini atas berlaku barang yang
kalian pinta”
Bulan
masuk ke dalam baju
Kata
Qasthalani RA, cerita yang mengatakan bulan yang terbelah itu telah masuk ke
dalam belah baju leher Nabi SAW itu adalah palsu dan tidak ada asalnya. Kata
Imam Nawawi di dalam al Fatawa cerita tersebut adalah palsu, bahkan yang
betulnya bulan yang terbelah itu, satu daripadanya zahir di atas gunung dan
sebelah lagi beredar ditempat lain dari tempat belahnya.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih
10
ORANG
YANG KELUAR DARIPADA AGAMANYA
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَخْرُجُ
فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ أَحْدَاثُ الأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الأَحْلَامِ،
يَقْرَءُونَ القُرْآنَ، لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَقُولُونَ مِنْ قَوْلِ
خَيْرِ الْبَرِيَّةِ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ
الرَّمِيَّةِ. (حَسَنٌ صَحِيحٌ)
Daripada
Abdullah Bin Masu’d berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar di
akhir zaman satu kaum yang muda umurnya dan yang jahat akalnya, mereka membaca
al Quran tetapi tidak melebihi tulang selangka mereka, mereka berkata daripada
perkataan sebaik-baik makhluk, mereka keluar sesat daripada agama sebagaimana
keluarnya anak panah daripada tempat tembusnya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah
makna keluar dari agama di sini ialah keluar daripada melazimkan diri berjalan
sebagaimana yang dikehendakki oleh agama. Adalah sepotong hadis ini merupakan
mu’jizat Nabi SAW kerana telah dikhabarkan apa yang akan berlaku setelah
kewafatannya.
Maka
makna membaca al Quran tetapi tidak melebihi tulang selangka adalah amalannya
tidak diterima Allah SWT. Setengah ulama’ lain mengatakan apa yang dibacanya
itu tidak sampai ke hati, tidak diambil pengajaran dan tidak diamalkannya.
Banyak
orang yang menjadikan al Quran itu sebagai tangkal sahaja di rumah, tidak
dibaca dan kalau dibaca juga bukanlah niatnya untuk ibadat tetapi untuk
bermegah-megah dalam berlagu-lagu sehingga menjadi haram hukumnya.
Nabi
SAW mengatakan perangai orang muda akhir zaman bercakap mereka itu dengan
percakapan sebaik-baik makhluk. Maknanya mereka membaca al Quran, berzikir,
berdoa dan sebagainya tetapi perangai dan tingkah lakunya bertentangan dengan
syara’.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
11
NEGERI SYAM
عَنْ قُرَّةَ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا فَسَدَ
أَهْلُ الشَّامِ فَلَا خَيْرَ فِيكُمْ، لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
مَنْصُورِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ . (حَسَنٌ صَحِيحٌ)
Daripada Qurrah
berkata, sabda Nabi SAW “Apabila binasa penduduk Syam, maka tidak ada lagi
kebaikan di kalangan kamu, akan ada satu kumpulan di kalangan umatku yang akan
sentiasa ditolong, mereka tidak akan dimudhoratkan oleh golongan yang tidak
bersama mereka sehingga ke hari kiamat”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah negeri
Syam yang masyhur pada hari ini disebut sebagai Syiria. Ia sebuah negeri yang tua,
cukup besar dan makmur. Di sana terdapat banyak makam anbia’, para sahabat,
ulama’ dan aulia’. Negeri ini zaman-berzaman di bawah takluk raja-raja yang
besar, hinggalah sampai zahir agama Islam lalu Arab memiliki negeri Syam itu,
diambil dengan perang daripada perintah Rom. Nabi SAW telah memuliakan negeri
Syam sebagai yang termasyhur di dalam Tarikh dan memuliakan penduduknya. Dengan
mulianya Syam dan penduduknya maka mulialah orang Arab setelah kewafatan Nabi
SAW.
Sesungguhnya ada
satu golongan di kalangan umat Muhammad SAW yang sentiasa menang sehingga ke
hari kiamat.
Sebahagian
ulama’ mengatakan golongan manshurin itu adalah ahli hadis kerana mereka
berpegang dengan jalan Nabi SAW.
Sebahagian
ulama’ mengatakan golongan manshurin itu adalah golongan yang membela agamanya,
iaitu dengan menolak hujah-hujah mereka yang melakukan bida’ah yang sesat
dengan berpandukan al Quran, Sunnah Rasul, ijma’ dan qias.
Dan berkata
sebahagian ulama’ mereka adalah golongan yang menghadapkan diri dan memutuskan
dirinya untuk beribadat dan tidak mempedulikan dunianya.
Maka sekalian
orang yang tersebut pada keterangan di atas itulah yang disabdakan oleh nabi
kita Muhammad SAW.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
12
JANGAN
KAMU MENJADI KAFIR MEMANCUNG ANTARA SATU SAMA LAIN
عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا
تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ. (حَسَنٌ
صَحِيحٌ)
Daripada
Ibn Abbas berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Jangan jadi kafir sekalian
kamu setelah kewafatanku dengan sebab murtad, maka jika kamu menjadi kafir,
nescaya akan dipenggal oleh orang-orang Islam akan leher kamu yang murtad itu”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Telah
berlaku antara berbunuh-bunuhan antara orang-orang Arab setelah kewafatan Nabi
SAW. Setengahnya berbunuh-bunuhan kerana mereka murtad . Maka dengan kerana
mereka murtad, mereka diperintah oleh Saidina Abu Bakar Khalifah Rasulullah SAW
supaya diperangi dan ada sebahagian mereka yang masuk Islam semula.
Sebahagian
umat Islam yang lain ada yang berpancung-pancungan sesama Islam kerana
berselisihan ijtihad seperti yang berlaku di antara tentera Saidina Ali dan
Saidina Mua’wiyah RA.
Sebahagian
umat Islam yang lain berpancung-pancungan dengan sebab dunia dan berebut-rebut
kebesaran. Maka perkara ini telahpun diperingatkan oleh Nabi SAW sebelum
kewafatnnya.
Sebahagian
ulama’ memahami hadis ini dengan maksud, jangan kamu menjadi kafir setelah
kewafatan Nabi SAW dengan sebab menghalalkan darah saudara kamu yang lain
dengan bukan jalan yang diizinkan oleh Allah SWT.
Sebahagian
ulama’ memahami hadis ini dengan maksud, jangan kamu mengikut perangai
orang-orang kafir setelah kewafatanku, tiada berbelas-belas kasihan sesama
Muslimin dan tidak mempedulikan hak-hak mereka. Maka apabila kemu berperangai
seperti demikian, nescaya akan berpancung-pancung sesama kalian, maka menjadi
binasa antara kamu.
Maka
semua keterangan yang tersebut itu berlaku sehingga ke zaman kita ini.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
13
ORANG YANG DUDUK LEBIH BAIK DARIPADA BERDIRI
عن سَعْدِ بْنِ
أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ: عِنْدَ
فِتْنَةِ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ: أَشْهَدُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ فِتْنَةٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ
مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي خَيْرٌ مِنَ
السَّاعِي. قَالَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ دَخَلَ عَلَيَّ بَيْتِي وَبَسَطَ يَدَهُ
إِلَيَّ لِيَقْتُلَنِي؟ قَالَ: كُنْ كَابْنِ آدَمَ. (حَسَنٌ)
Daripada Saad Bin
Abi Waqqas berkata, ketika berlakunya peristiwa fitnah terhadap Saidina Uthman
Bin Affan, aku bersaksi bahawa Rasulullah SAW bersabda “Suatu masa kelak akan berlaku fitnah, pada waktu
itu orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, dan orang yang
berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih
baik daripada orang yang berlari” Katanya lagi “Apa pandangan engkau sekiranya
ada orang yang masuk ke dalam rumahku lalu menyorong tangannya untuk membunuhku
?” Kata Nabi SAW “ Jadilah engkau seperti anak Adam”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Ulama’ mengatakan
makna fitnah di sisni adalah berlaku berbunuh-bunuhan dan berperang sesama
Islam. Maka fitnah yang awal-awal berlaku itu adalah pembunuhan Saidina Uthman
RA yang telah dibunuh oleh beberapa orang daripada Mesir.
Sesungguhnya
apabila berlaku pembunuhan Saidina Uthman RA itu, ramai yang duduk campur haul bercakap tadbirkan jalan
huru-hara, maka dia mendapat bahaya dosa. Tetapi ringan sedikit dosanya jika dibandingkan
dengan mereka yang cuba mewujudkan huru-hara.
Maka orang yang
berniat melakukan huru-hara lebih ringan dosanya daripada orang yang berjalan.
Orang yang berjalan untuk melakukan huru-hara lebih ringan dosanya daripada
orang yang melakukan huru-hara.
Kata ulama’ itu
adalah perumpamaan Nabi SAW terhadap darjat dosa mereka yang yang terlibat
denga huru-hara, maka siapa yang tidak terlibat maka dia terlepas daripda dosa.
Kata Imam
Qasthalani di dalam Irsyad as Sari pada mensyarahkan hadis ini, dosa-dosa
mereka yang terlibat dengan huru-hara itu pelbagai tingkat ;
-
Orang yang cuba
membangkitkan huru-hara
-
Orang yang
berdiri untuk mewujudkan segala sebabnya
-
Orang yang
terlibat menyertai huru-hara
-
Orang yang ada
serta duduk melihatnya ia tidak berbunuh-bunuhan
Maka yang
terbaiknya janganlah ia hampiri fitnah itu dan mengelakkan diri daripadanya.
Hukum
berbunuh-bunuhan sesama Muslimin
Kata Imam an
Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim, ulama’ berbeza pendapat tentang mereka
yang berbunuhan sesama Muslimin.
1.
Segelintir ulama’
berpendapat tidak boleh berbunuhan sesama Muslimin, sekiranya ada Muslim yang
masuk ke dalam rumahnya untuk membunuhnya, tidak harus ia mempertahankan
dirinya. Serahkan dirinya jua jika hendak dibunuh, maka bunuhlah. Maka ini
pandangan Abu Bakrah sahabat Nabi SAW.
2.
Kata Ibn Umar tidak harus berbunuhan sesama Muslimin, tetapi
jika qasadnya itu untuk menolak dan mempertahankan dirinya, maka hukumnya
adalah harus.
Kata Abu Isa at Tirmidzi bermula
hadis ini hasan.
14
FITNAH
TERLALU BANYAK
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَادِرُوا
بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ
مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ
دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا. (حَسَنٌ
صَحِيحٌ)
Daripada Abu
Hurairah RA, bahwa Nabi SAW berkata, bersegeralah kamu dengan mengerjakan amal
ibadat kepada Allah SWT yang akan menjadi bekal kamu di akhirat, bersegera
dahulu daripada fitnah-fitnah yang akan zahir seperti sepotong-sepotong malam
yang kelam, sehingga boleh jadi pada paginya dia mu’min, dan pada petangnya
kafir, dan pada petangnya beriman, dan pada paginya kafir, dijual agamanya
dengan sebab semata-mata benda daripada dunia”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Nabi SAW telah
mengkhabarkan bahawa akan terjadi banyak fitnah setelah kewafatannya, dan
fitnah itu menyebabkan payah manusia untuk keluar daripadanya, bahkan ramai
manusia yang terlibat dengannya.
Kata Nabi SAW
bersungguh-sungguhlah sekalian sahabatku dalam mengerjakan amal ibadat sebagai
bekal di negeri akhirat sebelum sampai sekalian kamu masuk ke dalam fitnah.
Maka apabila kamu terlibat dengan fitnah itu, sudah tentulah ia akan
memasyghulkan (menyebukkan) kamu daripada melakukan amal ibadat.
Sesungguhnya
fitnah itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mu’min pada waktu pagi dan
kafir pada waktu petang. Seperti ia tahu riba itu haram, lalu ia halalkan untuk
memakannya maka itu menjadikannya kafir, kemudia dia mengucap sebagaimana
I’tiqad kaum Muslimin maka jadi Islam ia. Maka semua itu boleh menyebabkan dia
kafir pada waktu pagi dan beriman semula pada waktu petang.
Sesungguhnya
fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman boleh menyebabkan seseorang itu
menjual agamanya semata-mata kerana untuk mendapatkan habuan dunia, seperti
mahukan jawatan tertentu atau kedudukan tertinggi maka dilanggarnya hukum-hakam
syariat.
Kata Imam Nawawi
dalam mensyarahkan hadis ini, hendaklah kita berlumba dan bersegera dalam
melakukan amal soleh sebelum datangnya keuzuran dan kemasyghulan, dan fitnah
yang bertimbun-timbun sehingga tidak dapat lagi berbuat ibadat.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
15
IBADAT KETIKA
HURU-HARA
عن مَعْقِلِ بْنِ
يَسَارٍ، رَدَّهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْعِبَادَةُ
فِي الْهَرْجِ كَالهِجْرَةِ إِلَيَّ. (حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ(
Daripada Ma’qil
Bin Yasar, ia mengembalikan hadis ini kepada Nabi SAW dengan bersabda “Ibadat
ketika huru-hara itu besar pahalanya seperti berhijrah kepadaku”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Huru-hara dan
pelbagai fitnah itu akan banyak berlaku setelah kewafatan Nabi SAW. Ini kerana
kurang orang yang memberi nasihat kepada kaum Muslimin supaya tidak saling
berbunuh-bunuhan dan sedikit pula orang yang mendengarnya. Maka disebabakan
kejahilan mereka itu serta kuatnya mereka berhadap kepada dunia dan berpaling
daripada melakukan ibadah, maka jadilah mereka itu saling berbunh-bunuhan dan
melakukan huru-hara.
Dengan sebab
mereka hidup di dalam kejahilan tidak tahu jalan bersatu dan tidak tahu hidup
secara muafakat sebagaimana yang disuruh Allah SWT, sehingga terjadi berbunuhan
sesama sendiri.
Sesungguhnya
tabiat manusia itu apabila ia diuji dengan kesempitan dan keadaan huru-hara,
maka mereka akan sebuk dengannya sehingga ia lupa daripada melakukan ibadat.
Mereka menangguh melakukan ibadat sehingga keadaan menjadi tenang barulah
mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati. Tetapi apabila bala itu telah
hilang mereka akan makin bertambah lupa dalam melakukan ibadat, sedangkan
melakukan amal ibadah ketika keadaan kesempitan dan huru-hara itu besar
ganjarannya.
Nabi SAW
mengibaratkan mereka yang melakukan amal ibadat ketika keadaan tersebut
dengan mendapat ganjaran seperti
berhijrah ketika hayatnya.
Umat Islam
berperang sesama sendiri
Sesungguhnya ini
di antara mukjizat Nabi SAW, kerana sebelum kewafatan Nabi SAW, baginda
dikhabarkan bahawa umatnya akan berbunuhan sesama sendiri. Jikalau kita teliti
di dalam sejarah semenjak dahulu, umat Islam saling berperang sesama sendiri
sehinggalah sekarang.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih lagi gharib.
16
PATAHKAN
ANAK PANAH KAMU
عَنْ أَبِي مُوسَى، عَنِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ فِي الفِتْنَةِ: كَسِّرُوا
فِيهَا قَسِيَّكُمْ، وَقَطِّعُوا فِيهَا أَوْتَارَكُمْ، وَالْزَمُوا فِيهَا
أَجْوَافَ بُيُوتِكُمْ، وَكُونُوا كَابْنِ آدَمَ. (حَسَنٌ غَرِيبٌ)
Daripada
Abi Musa, bahawa daripada Nabi SAW bersabda tentang berlakunya fitnah “Patahkan
anak panak kalian, potong tali pada busarnya, lazimkam diri kalian dengan duduk
di rumah, dan jadilah kalian seperti anak Adam”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Sebelum
kewafatan Nabi SAW, baginda telah mengkhabarkan bahawa akan berlaku banyak
perbalahan setelah kewatafannya. Perbalahan itu menyebabkan saling
berbunuh-bunuhan sesama umat Islam dengan sangat banyak.
Nabi
SAW memesan apabila berlakunya keadaan demikian sebaik-baiknya jangan terlibat
atau masuk campur. Bahkan jikalau ada senjata di rumah hendaklah dibinasakan
dan hendaklah duduk di rumah sahaja.
Apabila
ada orang yang datang untuk membunuh kamu kerana menuduh engkau penfitnah atau
sebagainya, maka hendaklah engkau menjadi seperti anak Adam iaitu Habil. Habil
apabila dirinya ingin dibunuh oleh saudaranya, dia mengatakan “Jika kamu ingin
membunuh aku, aku tidak mahu membunuh kamu, dan aku tidak akan melawan, kerana
aku takut kepada Allah SWT membunuh seorang Islam yang tidak diizinkan oleh
syara’, dan darahku ini akan ku tuntut di hadapan Allah SWT yang adil di
akhirat kelak”
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib.
17
TANDA
BERHAK MENERIMA BALA
عَنْ عِمْرَانَ بْنِ
حُصَيْنٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فِي هَذِهِ
الأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ: يَا
رَسُولَ اللَّهِ، وَمَتَى ذَاكَ؟ قَالَ: إِذَا ظَهَرَتِ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ
وَشُرِبَتِ الْخُمُورُ. (غَرِيبٌ)
Daripada
I’mran Bin Husain, bahawa Nabi SAW besabda “Pada umat ini akan berlaku telan
bumi, ditukarkan rupa menjadi binatang dan rejam dari langit” Maka kata seorang
lelaki di kalangan kaum Muslimin “Ya Rasulullah ! Bilakah perkara itu akan berlaku
? Jawab Nabi SAW “Apabila telah zahir ramainya penyanyi-penyanyi wanita,
alat-alat muzik bertali dan arak diminum secara berleluasa”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Di
akhir zaman akan berlaku telan bumi dan ditukarkan rupa asli seperti menjadi
rupa kera, beruk dan babi. Allah SWT mengubah mereka kerana perbuatan mereka yang
melampau-lampau melakukan maksiat. Maka di dalam hadis ini Nabi SAW
mengkhabarkan tentang tanda-tanda bilakah umat Muhammad ini layak menerima bala
daripada Allah SWT.
Ramainya
penyanyi wanita
Adalah
perkara ini amat disukai oleh ramai orang. Tidak ada satu majlis keramaian
melainkan dihabiskan masa dengan berhibur dengan penyanyi-penyanyi perempuan
dan juga para penarinya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak
semata-mata untuk menjemput orang perempuan untuk menyanyi dan menari. Itulah
yang banyak berlaku di zaman kita ini.
Alat-alat
bunyian
Adalah
alat-alat bunyian amatlah berkembang dan amat disukai oleh orang pada masa
kini. Pelbagai alat muzik seperti gambus dan biola, mereka berkata ianya tidak
haram. Tidak ada sekali-kali hadis di mana-mana kitab pun yang menunjukkan
harus alat-alat bunyian itu. Janganlah terpedaya akan perkataan yang mengatakan
halal gambus dan biola itu. Pada zaman ini banyak orang menggunakan alat-alat
bunyian itu, maka itu tanda layak diturunkan bala.
Arak
diminum secara berleluasa
Apabila
arak diminum secara berleluasa maka berhaklah umat itu diturunkan bala. Arak
diminum di serata tempat, di segenap kampong. Arak diberikan dengan pelbagai
nama sehingga orang terkeliru membezakannya. Maka hendaklah saudara berjaga-jaga
kerana setiap yang memabukkan itu adalah arak dan arak tetap haram walaupun
minum hanya setitik. Dan tidak harus juga minum sebagai ubat bahkan ia
mendatangkan mudharat dan ibu segala kejahatan (Ummul Khabais).
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini gharib.
18
KIAMAT
ITU BAGAIKAN JARI TELUNJUK DAN JARI TENGAH
عَنْ
أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بُعِثْتُ
أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ. )حَسَنٌ
صَحِيحٌ(
Daripada
Anas berkata, sabda Rasulullah SAW “Dibangkitkan aku menjadi Rasul dan dizahirkan kiamat seperti dua jari ini, maka
mengisyaratkan oleh Abu Daud guru bagi Mahmud Bin Ghailan dengan jari telunjuk
dan jari tengah, maka tiada berlebihan salah satunya atas yang lain”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Bahawasanya
dunia ini sangat tua umurnya dan hampir binasa. Sebagaimana manusia itu apabila
ia sehabis-habis tua maka akan binasalah ia. Demikianlah banyak hadis yang
menunjukkan bahawa tidak jauh renggang antara kebangkitan Nabi Muhammad SAW dan
hari kiamat itu.
Jikalau
ada orang bertanya “Mengapa kiamat masih belum berlaku sebagaimana yang
disabdakan oleh Nabi SAW, bukankah kiamat dan kebangkitan Nabi SAW sebagai Nabi
itu satu tanda yang amat hampir, maka sekarang telah lebih daripada seribu
tahun kiamat masih belum berlaku, maka bagaimanakah sabda Nabi SAW itu ?
Jawabnya
: Sesungguhnya telah dimisalkan oleh Nabi SAW tentang
zahirnya kiamat dan zahir kerasulannya itu dengan jari telunjuknya dan jari
tengahnya. Maka antara jari telunjuk dan jari tengah itu ada sedikit lebih jari
tengah berbanding jari telunjuk. Bermakna umur dunia untuk binasa sangat-sangat
hampir. Maka di sini tidak ada siapa yang tahu baki umur dunia itu adakah lagi
100 tahun atau 200 tahun atau 1000 tahun. Maka umur dunia itu telah dihitung
oleh ulama’ Tarikh, tetapi banyak perselisihan di antara mereka. Maka yang
sebetulnya tidak ada siapa yang tahu berapa umur dunia ini sebenarnya dan
tinggal berapa lagi baki untuk binasa melainkan Allah SWT , wallahua’alam.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
19
PEPERANGAN
TURKI
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا
تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا نِعَالُهُمُ الشَّعَرُ، وَلَا
تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ
الْمُطْرَقَةُ. )حَسَنٌ
صَحِيحٌ(
Daripada
Abi Hurairah, bahasanya Nabi SAW berkata “Kiamat tidak akan berlaku sehingga
kamu semua memerangi satu kaum yang adalah kasut mereka itu daripada bulu, dan
kiamat tidak akan berlaku juga sehinggalah kamu semua memerangi satu kaum yang
wajah mereka seperti perisai berlapis”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah
Turki itu pada zaman sebelum para sahabat mendapat negeri itu ialah kafir. Ada
di kalangan mereka yang tidak ada agama, ada yang menyembah berhala dan ada
yang beragama Yahudi. Ghalibnya mereka itu memakai pakaian bulu dan setengahnya
dengan bulu yang tebal.
Sebelum
kewafatan Nabi SAW, baginda telah mengkhabarkan bahawa umat Islam akan
memerangi Turki dan dapat menawannya, maka semuanya itu benar-benar berlaku.
Sebahagian
orang-orang Turki itu memintal bulu-bulu binatang untuk dibuat kasut dan juga
pakaian. Muka mereka itu bulat dan lebar, penuh daging pada pipi dan hebat
tubuhnya.
Orang-orang
Turki pada zaman dahulu sangat kuat tubuhnya dan sangat berani,
walaubagaimanapun dapat dikalahkan oleh orang Arab dan dapat ditawan negeri
mereka itu.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
20
HILANG
KERAJAAN KISRA
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: إِذَا هَلَكَ كِسْرَى فَلَا كِسْرَى بَعْدَهُ، وَإِذَا هَلَكَ قَيْصَرُ
فَلَا قَيْصَرَ بَعْدَهُ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتُنْفَقَنَّ كُنُوزُهُمَا
فِي سَبِيلِ اللَّهِ. )حَسَنٌ
صَحِيحٌ(
Daripada
Abi Hurairah berkata, bahawa Nabi SAW bersabda “Apabila binasa Kisra maka tidak
ada lagi Kisra selepasnya, dan apabila binasa Qaishar maka tidak ada lagi
Qaishar selepasnya, dan demi diriku yang berada di dalam tanganNya pasti kamu
akan menafqah perbendaharaan keduanya di jalan Allah”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Kisra
itu adalah gelaran bagi raja-raja besar yang memerintah Parsi (Iran),
sebagaimana Qaishar adalah gelaran bagi raja-raja besar yang memerintah Rom.
Najasyi pula adalah gelaran bagi setiap raja yang memerintah Habsyah. Maka
semua raja-raja itu memerintah turun-temurun.
Pada
zaman Nabi SAW tidak ada di dalam dunia ini raja yang lebih besar daripada Raja
Kisra dan Raja Qaishar. Di antara dua raja ini sentiasa bermusuh-musuhan dan
bergiliran kalah dan menang antara kedua mereka.
Kata
Imam Syafie’, setelah orang Quraisy semuanya memeluk Islam, mereka bimbang
tidak dapat lagi bermusafir ke negeri yang berada di bawah perintah Qaishar dan
Kisra, kerana barangkali menyalahi mereka itu dan melanggar akan hukum-hukam
Islam.
Oleh
kerana mereka bimbang melanggar hukum Islam di dalam negeri kafir itu, lalu
mereka bertanya kepada Nabi SAW apakah hukumnya. Apabila Nabi SAW mendengar
perkara tersebut, Nabi SAW mengatakan bahawa apabila musnah kerajaan Kisra dan
Qaishar maka tidak ada lagi mereka selepas itu.
Dengan
pertolongan Allah SWT kerajaan Kisra dan Qaishar dapat dihentam oleh para
sahabat Nabi SAW di antara tahun 12 sampai tahun 21 hijrah. Semenjak itu kaum
Muslimin tidak bimbang lagi untuk memasuki Syam dan Baghdad. Baghdad menjadi
ibu negeri bagi pemerintahan Bani al A’bbas turun-temurunnya di situ, begitu
juga Syam menjadi ibu negeri bagi pemerintahan Bani Umayyah, dan menjadi tempat
tinggal kamum Muslimin sehingga ke hari ini.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
21
KURUN
YANG KETIGA
عَنْ عِمْرَانَ بْنِ
حُصَيْنٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ: خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ
يَلُونَهُمْ، ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِهِمْ قَوْمٌ يَتَسَمَّنُونَ وَيُحِبُّونَ
السِّمَنَ يُعْطُونَ الشَّهَادَةَ قَبْلَ أَنْ يُسْأَلُوهَا.
Daripada I’mran
Bin Husain berkata, aku telah mendengar daripada Nabi SAW “Sebaik-baik manusia
itu adalah kurunku, iaitu orang-orang Islam yang berada dalam 100 tahun selepas
dibangkitkan aku menjadi Rasul, kemudian mereka yang selepas kurun pertama,
kemudian mereka yang datang selepas kurun kedua, kemudian datang selepas itu
satu kaum yang mendakwa apa yang ada pada diri (seperti apabila bercakap dengan
orang iapun membesarkan bualnya itu kerana ingin menuntut gah), dan mereka suka
akan gemuk, dan mereka memberikan saksi sebelum dipinta”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Bermula
kurun itu maknanya 100 tahun dan setiap 100 tahun itu dipanggil kurun. Maka
telah masyhur semenjak kebangkitan Nabi SAW sehingga sekarang telah berlalu 13
kurun setengah, kerana sewaktu saya menulis pada suthur (perenggan) ini dalam
tahun 1359 H-1938 M, ataupun dikatakan kita pada kurun ke 14.
Kurun
yang pertama itu ialah kurun para sahabat, kurun yang kedua adalah kurun para
tabi’en dan kurun yang ketiga pula adalah kurun tabi’ut tabi’en.
Selepas
kurun ini akan ada satu kaum yang suka membesarkan diri apabila berbual,
seperti berkata “Aku ada kebun yang luas, bapaku orang yang ternama, aku ada
kenalan orang-orang besar”. Atau dia berkata kepada taulannya yang jahil “Aku
mempunyai kebun yang banyak, aku ada rumah kedai dan gudang, anak-anakku
semuanya berpelajaran tinggi, isteriku sangat taat kepadaku dan sebagainya”
Kemudian
kata Nabi kita SAW akan ada satu kaum yang suka akan gemuk, iaitu satu kaum
yang suka mencarikan hal supaya gemuk dan tambun dirinya, dan senang lenang
dengan makan-minum yang sedap, dan pakaian yang cantik-cantik, dan tempat tidur
yang lembut, dan mempunyai pelbagai kemegahan.
Kata
Nabi SAW mereka memberi saksi sebelum dipinta, iaitu tidak ada siapa yang
meminta kepadanya untuk menjadi saksi terhadap sesuatu perkara, tiba-tiba
dengan sendirinya dia datang menjadi saksi dengan suka hatinya dan berbohong,
adakalanya dia bersumpah sedangkan tidak ada siapa yang menyuruhnya bersumpah,
bahkan dia sendiri yang bersumpah bohong kerana ingin mencapai hajat tertentu.
22
IMAM-IMAM YANG SESAT
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا أَخَافُ عَلَى
أُمَّتِي الْأَئِمَّةَ المُضِلِّينَ، قَالَ: وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الحَقِّ
ظَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ يَخْذُلُهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ. )حَسَنٌ صَحِيحٌ(
Daripada
Thauban berkata, sabda Nabi SAW “Hanyasanya aku takut ke atas umatku
pemimpin-pemimpin yang menyesatkan”Dia berkata, Nabi SAW bersabda lagi
“Sentiasa ada satu golongan di kalangan umatku yang berada di atas kebenaran
kerana berpegang pada agama dalam keadaan mereka itu menang, tidak ada yang
dapat memudharatkan mereka itu oleh orang yang tidak menyertai mereka
sehinggala datang perintah Allah SWT (hari kiamat).
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Bermula
makna imam di sini adalah raja-raja, khalifah, sultan dan lainnya. Apabila
mereka itu jahil akan segala hukum syara’ serta memerintah menurut hawa nafsu
dan meninggalkan ulama’-ulama’, maka mereka itulah yang amat ditakuti. Mereka
itu amat bahaya pada agama dan maslahah am daripadanya. Mereka itu adalah
pemimpin-pemimpin yang menyesatkan.
Pemerintah
yang menyesatkan
Pernah
berlaku pada zaman Imam Ahmad Bin Hanbal menjadi gempar tentang masalah al
Quran, adakah ia qadim atau makhluq ?. Maka ulama’-ulama’ besar lagi mujtahidin
dan muhaddithin seperti Imam Ahmad Hanbal dan Imam Syafie’ dan lainnya
mengatakan al Quran itu adalah qadim. Dan ulama’-ulama’ pengampu pemerintah
yang zalim mengatakan al Quran itu makhluq.
Maka
dengan sebab kejahilan pemerintah yang cenderong kepada ulama’ yang ia kasihi,
iapun memaksa semua rakyatnya berkata bahawa al Quran itu makhluq. Sehingga
memaksa para ulama’ lain berkata demikian. Apa lagi orang-orang yang lemah
hatinya dan lebih takut ia daripada Allah SWT menurut sebagaimana yang
dikehendaki oleh pemerintah. Maka mudahlah pemerintah itu menyesatkan orang.
Walaubagaimanapun
ulama’ yang mujtahid lagi takut kepada Allah SWT tidak sekali-kali mengubah
ijtihad dan apa yang ada pada pengetahuan mereka, bahkan mereka tetap
beri’tiqad dan berkata bahawa al Quran itu adalah qadim sebagaimana berkerasnya
Imam Ahmad. Lalu diperintahkan supaya Imam Ahmad dipenjara dan disiksa sehingga
dia berkata al Quran itu makhluq.
Imam
Ahmad tetap dengan pendiriannya bahawa al Quran itu qadim bukannya makhluq,
sehinggalah raja pada masa itu mati digantikan dengan raja yang baru, beliau
dibebaskan dan dapat mengajar seperti biasa.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
23
TEGAH
MEMAKI ANGIN
عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَسُبُّوا
الرِّيحَ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مَا تَكْرَهُونَ فَقُولُوا: اللَّهُمَّ إِنَّا
نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا
أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ وَشَرِّ مَا فِيهَا
وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ. ) حَسَنٌ صَحِيحٌ (
Daripada Ubai
Bin Ka’ab berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Janganlah ada di kalangan
kalian yang memaki angin kerana ia salah satu daripada makhluk Allah SWT, maka
apabila kalian melihat akan barang yang kalian tidak suka seperti angin bertiup
panas, maka berdoalah, ya Allah kami memohon daripada kebajikan angin ini dan
kebajikan apa yang ada padanya, dan kebajikan apa yang disuruh dengannya, dan
kami berlindung denganMu daripada kejahatan angin yang datang ini, dan kejahatan
yang ada padanya, dan kejahatan apa yang disuruh padanya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Bahawasanya
ingin itu adalah makhluk Allah SWT sebagaimana kita juga makhluk Allah SWT.
Maka angin itu menurut sebagaimana perintah Tuhannya. Sebagaimana kehendaknya,
bertiup kuat dengan perintah Allah SWT, bertiup lembut dengan perintah Allah
SWT, bertiup ke utara, ke selatan, ke timur, ke barat, semuanya dengan kehendak
Allah SWT.
Bertiup
sebentar, berhenti tiupnya sebentar dengan kehendak Allah SWT. Bila kita
ketahui semua tiupnya itu dengan
kehendak Allah SWT, maka tidaklah sepatutnya kita menyumpah menyerapah
apabila ditimpa mudharat dengan sebab angin itu, kerana ia ditegah oleh syara’.
Bahka kita disuruh berdoa kepada Allah SWT akan kebajikan yang ada pada angin
dan berlindung daripada kemudharatannya.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih
24
SABAR
DI ATAS AGAMA
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَأْتِي عَلَى
النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ. )غَرِيبٌ(
Daripada
Anas Bin Malik berkata, bahawa Nabi SAW bersabda “Akan ada satu zaman ke atas
manusia mereka bersabar di atas agamanya seperti orang yang menggengam bara
api”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Zaman
kita pada hari ini adalah suatu zaman yang amat penuh dengan pelbagai fitnah
atas agama, samada pada ibadat, mua’malat atau lainnya. Sekiranya seseorang itu
tidak mendapat kurnia dan taufiq daripada Allah SWT berpegang atas agamanya
nescaya dia tidak ada kesempatan baginya untuk beribadat kerana sibuk dalam
urusan dunianya, mengumpul harta untuk kaya, bersuka ria menurut hawa nafsu
bersama teman handai. Dan jika tidak dengan taufiq daripada Allah SWT tentulah kehidupannya itu semuanya haram dan
syubhat kerana mendapatkan makan minumnya dan pakaiannya dengan tipu dan
bohong, memakan harta orang lain dengan jalan yang haram, mendapat harta secara
riba, duduk di dalam rumah yang haram, berjalan pada tempat yang haram dan
pergi datang semuanya dengan haram.
Walaubagaimapun
orang yang kuat berpegang atas agamanya itu akan bersabar dan ditahan dirinya
daripada segala yang haram dengan bersungguh hati.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini gharib.
25
MENOLONG
ORANG YANG DIZALIMI
عَنْ أَنَسٍ، عَنِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا، قُلْنَا: يَا
رَسُولَ اللَّهِ، نَصَرْتُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ أَنْصُرُهُ ظَالِمًا ؟ قَالَ: تَكُفُّهُ عَنِ الظُّلْمِ،
فَذَاكَ نَصْرُكَ إِيَّاهُ. )حَسَنٌ صَحِيحٌ(
Daripada
Anas, bahawa daripada Nabi SAW bersabda “Hnedaklah kamu menolong saudaramu yang
melakukan kezaliman atau yang dizalimi” Lalu kami bertanya “Ya Rasulullah, aku
telah menolongnya yang dizalimi itu, maka bagaimana maksud aku perlu
menolongnya yang melakukan kezaliman ?” Maka jawab Nabi SAW “Hendaklah engkau
menahannya daripada melakukan kezaliman, maka itulah pertolonganmu kepadanya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Zalim
itu adalah daripada bahasa Arab bermaksud berbuat aniaya, dan mazlum juga
daripada bahasa Arab bermaksud yang kena aniaya. Maka jikalau seseorang itu
mengambil harta orang lain atas jalan yang menyalahi syara’, maka yang
mengambil itu dinamakan zalim dan yang kena ambil hartanya itu dinamakan
mazlum.
Sesungguhnya
syara’ menyuruh kita supaya menolong saudaranya yang dizalimi. Dan syara’ juga
menyuruh kita menegah orang yang berbuat zalim daripada melakukan kezaliman. Ia
wajib atas seorang yang mengetahuinya, seperti seorang yang mahu mencuri, maka
wajib bagi mereka yang tahu ia ingin mencuri menegah dan menasihatinya.
Dan
jika kita tahu seseorang mahu berzina, maka orang yang ingin berzina itu zalim
atas dirinya, maka wajib atas orang yang tahu melarangnya dan memberi takut ia
dengan azab Allah SWT.
Dan
jika seseorang itu mahu memukul dan membunuh, maka wajib atas orang yang
mengetahui melarangnya dengan nasihat atau dengan ugut bahawa dia akan dihukum
balas bunuh.
Demikianlah
rupa kelakuan menolong orang yang berbuat zalim itu disuruh syara’ kita.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
26
PERGI
DATANG DI PINTU-PINTU SULTAN
عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ
سَكَنَ الْبَادِيَةَ جَفَا، وَمَنْ اتَّبَعَ الصَّيْدَ غَفَلَ، وَمَنْ أَتَى أَبْوَابَ
السُّلْطَانِ افْتَتَنَ. )حَسَنٌ
غَرِيبٌ(
Daripada
Ibn Abbas, bahawa daripada Nabi SAW bersabda “Siapa yang tinggal di darat iaitu
tinggal jauh daripada bergaul dengan orang lain nescaya kasar perangainya, dan
siapa yang terlalu suka berburu nescaya lalai ia daripada ibadat, dan siapa
yang mendatangi pintu-pintu sultan nescaya jatuh ia ke dalam fitnah yakni
maksiat”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Berdampingan
dengan sultan itu pada asalnya tidak salah pada syara’ melainkan ia
berdampingan dengan tujuan dunia, nama dan pangkat. Adapun ia berdampingan
kerana ingin meninggikan agama atau ingin melarangnya berbuat zalim, maka ia
disuruh pergi datang kepada sultan itu. Walaubagaimanapun Nabi SAW telah
memberi peringatan, bahawa tidak dapat tidak dia pasti akan terkena fitnah.
Orang
yang tinggal jauh di hulu-hulu dan jauh daripada manusia lain akan menjadikan
kasar perangainya. Sekiranya bercakap dengan orang tua-tua tidak pandai
bercakap dengan lemah-lembut. Sekiranya ia datang terus masuk tanpa meminta
izin, bercakap dengan bahasa yang kasar, sambil berdiri dan gopoh. Mencelah
orang ini dengan tiada beza tua dan muda. Sebab yang demikian itu adalah mereka
sedikit campur gaul dengan orang-orang yang baik dan mempelajari adab yang
mulia.
Bagi
yang suka berburu hendaklah diingat akan pesanan Nabi SAW. Apabila berburu
janganlah lalai daripada melakukan ibadat, jangan ditinggalkan solat atau
melewatkannya kerana berburu itu. Maka dengan kerana berburu itu banyak
melalaikan orang daripada melakukan ibadat.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib.
27
LARANGAN
MENGGANGGU MUSLIM YANG LAIN
عَنْ يَزِيدَ بْنِ السَّائِبِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لَا يَأْخُذْ أَحَدُكُمْ عَصَا أَخِيهِ لَاعِبًا أَوْ جَادًّا، فَمَنْ
أَخَذَ عَصَا أَخِيهِ فَلْيَرُدَّهَا إِلَيْهِ. )حَسَنٌ غَرِيبٌ(
Daripada
Yazid Bin as Saib berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Jangan seseorang
kamu mengambil tongkat saudaranya bermain-main mentertawakan orang atau
bersunguh-sungguh dengan mengugut orang supaya takut, maka barangsiapa yang
mengambil tongkat saudaranya hendaklah ia pulangkannya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Hendaklah
seseorang itu bergaul dengan saudaranya dengan kelakuan yang baik dan tidak
mencari jalan yang boleh menimbulkan kemarahan. Tidak harus mengusiknya
berlebih-lebihan seperti diambil duit saudaranya ketika ia tidur kemudian
disembunyikan supaya terkejut apabila ia bangun, dan susah hatinya kerana
duitnya hilang, apabila ia sedar engkau pulangkan kembali duitnya.Maka semua
gurauan yang berlebihan itu boleh menjadi haram kerana demikian itu menyusahkan
hati saudara sesama Islam dan mendatangkan marahnya, dan kemungkinan boleh
menyebabkan pergaduhan dan bermaki-makian. Kata Abu Isa at Tirmidzi bermula
hadis ini hasan lagi gharib.
28
TELAN
BUMI
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَكُونُ فِي آخِرِ هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ
وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ، قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَهْلِكُ وَفِينَا
الصَّالِحُونَ؟ قَالَ: نَعَمْ إِذَا ظَهَرَ الْخُبْثُ. )غَرِيبٌ(
Daripada A’isyah
berkata, sabda Rasulullah SAW “Akan berlaku di akhir zaman peristiwa telan
bumi, manusia bertukar rupa menjadi binatang dan rejam kerana maksiat terlalu
banyak” Aku bertanya “Ya Rasulullah, adakah kami akan binasa sekiranya di
kalangan kami ada orang-orang soleh ?” Jawab Nabi SAW “Ya ! Apabila zahirnya
kejahatan”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah telan
bumi itu di antara azab yang besar yang Allah SWT turunkan ke atas manusia
sebelum azab di akhirat. Allah SWT pernah menguji kaum terdahulu dengan telan
bumi. Umat Muhammad SAW juga akan diuji dengan telan bumi tetapi ringan
sedikit. Apabila maksiat terlalu banyak di suatu tempat, maka Allah akan
timpakan azab telan bumi yang akan mengenai penduduk ditempat itu tidak kira
baik ataupun jahat.
Sesungguhnya,
apabila di dalam suatu negeri itu telah dipenuhi dngan maksiat, maka Allah SWT
akan menurunkan bala kepada penduduk tersebut. Bala yang mengena tidak mengira
orang yang soleh atau tidak, semuanya akan mengena.
Mungkin yang
dimaksudkan oleh Nabi SAW manusia berubah menjadi rupa binatang adalah perangai
manusia itu sendiri yang seperti binatang. Dan rejam banyak berlaku kerana
maksiat zina terlalu banyak. Maka apabila Allah SWT menurunkan bala meratai
semua penduduk yang ada, nau’zubillah.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini gharib.
29
ZAHIR
IMAM MAHDI
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ قَالَ: خَشِينَا أَنْ يَكُونَ بَعْدَ
نَبِيِّنَا حَدَثٌ فَسَأَلْنَا نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ: إِنَّ فِي أُمَّتِي الْمَهْدِيَّ يَخْرُجُ يَعِيشُ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا
أَوْ تِسْعًا ـ زَيْدٌ الشَّاكُّ ـ قَالَ: قُلْنَا: وَمَا ذَاكَ؟ قَالَ: سِنِينَ
قَالَ: فَيَجِيءُ إِلَيْهِ رَجُلٌ فَيَقُولُ: يَا مَهْدِيُّ أَعْطِنِي
أَعْطِنِي قَالَ: فَيَحْثِي لَهُ فِي
ثَوْبِهِ مَا اسْتَطَاعَ أَنْ يَحْمِلَهُ.
) حَسَنٌ
(
Daripada Abi
Said al Khudri berkata “Kami bimbang akan berlaku huru-hara selepas kewafatan
Nabi SAW, maka pada waktu itu siapa imam kami yang akan memimpin Islam, lalu
kami bertanya kepada Nabi SAW “Ya Rasulullah ! Jikalau berlaku hura-hara
selepas kewafatanmu, maka siapakah imam yang akan memimpin kaum Muslimin ? Lalu
dijawab Nabi SAW “Sesungguhnya di kalangan umatku ada ada seorang yang mendapat
petunjuk yang namanya sama seperti namaku, dia akan mentadbir lima atau tujuh atau
sembilan” Zaid dalam keraguan, beliau bertanya apakah maksud yang demikian ?
Kata Nabi SAW “Tahun, maka nanti akan datang seorang lelaki kepadanya dengan
berkata “Wahai Mahdi ! Berilah kepadaku harta, berilah kepadaku harta yang ada
kepadamu supaya aku belanjakan” Kata Nabi SAW “Lalu Mahdi pun mengambil harta
di dalam bajunya sekadar sehabis kuasa lelaki itu membawanya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah Imam
Mahdi yang namanya seperti nama Nabi SAW, akan zahir ketika di penghujung
dunia. Maka zahirnya Imam Mahdi itu menandakan kiamat amat hampir berlaku.
Tetapi kita tidak tahu bilakah ia akan zahir.
Kata ulama’ Imam
Mahdi itu adalah keturunan Nabi SAW melalui Saidina Hasan Bin Ali, dan setengah
mengatakan daripada Saidina Hasan. Adalah Mahdi itu namanya sebagaimana nama
Nabi kita iaitu Muhammad Bin Abdullah.
Imam Mahdi
mentadbir kaum Muslimin
Sesungguhnya
tidak syak lagi bahawa Imam Mahdi akan zahir di akhir zaman untuk memimpin kaum
Muslimin dalam menghadapi orang-orang kafir. Beliau memimpin kaum Muslimin
berpandukan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Tempoh Imam Mahdi mentadbir
pula berdasarkan hadis adalah lima, tujuh atau sembilan tahun. Beliau mentadbir
dengan penuh keadilan dan kemakumuran.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan.
30
ZAHIR
BEBERAPA DAJJAL SEBELUM KIAMAT
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى
يَنْبَعِثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلَاثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ
أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ. ) حَسَنٌ صَحِيحٌ (
Daripada Abi
Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan berlaku kiamat sehingga
bangkit beberapa Dajjal yang amat pembohong yang hampir tiga puluh bilangannya,
semuanya mengaku sebagai utusan Allah”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Bahawasanya
Dajjal itu ada dua jenis : Pertamanya, Dajjal yang pembohong iaitu bukan
sebenarnya Dajjal, hanya kelakuannya sahaja seperti Dajjal. Kedua, Dajjal yang
sebenarnya iaitu Dajjal yang akan keluar di akhir zaman yang mengaku dirinya
Tuhan.
Maka sebelum
terbitnya Dajjal yang sebenar itu akan keluar 30 Dajjal yang akan mengaku
sebagai pesuruh Allah SWT. Mereka itu akan keluar setelah diutuskan Nabi SAW.
Di akhir hayat
Nabi SAW, zahir seorang lelaki disebelah Yaman yang bernama Musailimah al
Kazaab yang telah mengaku sebagai Nabi dan seorang lagi yang mengaku sebagai
Rasul yang bernama Sujah. Maka tidak akan berlaku kiamat sehingga keluarnya
hapir 30 Dajjal sebelum keluarnya Dajjal sebenar yang akan dibunuh oleh Nabi
Isa AS.
Pernah berlaku
pada zaman guruku Syeikh Muhammad as Samaluthi yang mengajar di masjid Saidinan
Husain di Kaherah, seorang telah mempunyai sedikit ilmu tetapi akalnya telah
rosak. Maka dia telah mengaku sebagai Nabi sehingga orang ramai menjadi gempar.
Lalu mereka melaporkan hal ini kepada
seorang ulama’ yang amat alim yang bernama Syeikh al A’dawi. Beliau
menasihati lelaki tersebut supaya bertaubat. Disuruhnya lelaki tersebut mengaku
wali sahaja kerana ramai yang tidak mempercayai dia Nabi, kerana tidak ada lagi
Nabi setelah kewafatan Nabi SAW.
Setelah itu lelaki
itu pun mengaku dirinya wali pula. Tidak berapa lama kemudian dia mengaku kembali
yang dirinya adalah Nabi. Maka orang ramai mengadu kepada Syeikh al A’dawi,
kata beliau “Tidak ada cara lain melainkan dera ubatnya”. Beliau berkata :
÷É9ô¹$$sù $yJx. uy9|¹ (#qä9'ré& ÏQ÷yèø9$# z`ÏB È@ß9$#
“Sabarlah
kamu sebagaimana sabar Nabi-nabi terdahulu yang menanggung sabar di atas bala
besar seperti ini”[1]
Maka orang ramai
pun memukulnya sehingga mati.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
31
TANDA-TANDA AKAN
KELUARNYA DAJJAL
عَنْ ابْنِ
عُمَرَ قَالَ: قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي
النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ، ثُمَّ ذَكَرَ الدَّجَّالَ
فَقَالَ: إِنِّي لَأُنْذِرُكُمُوهُ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَ
قَوْمَهُ وَلَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنِّي سَأَقُولُ لَكُمْ فِيهِ
قَوْلًا لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ: تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ
اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ . قَالَ الزُّهْرِيُّ: وَأَخْبَرَنِي عُمَرُ بْنُ
ثَابِتٍ الأَنْصَارِيُّ، أَنَّهُ أَخْبَرَهُ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ يَوْمَئِذٍ لِلنَّاسِ وَهُوَ يُحَذِّرُهُمْ فِتْنَتَهُ: تَعْلَمُونَ أَنَّهُ
لَنْ يَرَى أَحَدٌ مِنْكُمْ رَبَّهُ حَتَّى يَمُوتَ وَإِنَّهُ مَكْتُوبٌ بَيْنَ
عَيْنَيْهِ: كَافِرٌ، يَقْرَأُهُ مَنْ كَرِهَ عَمَلَهُ. ) حَسَنٌ صَحِيحٌ (
Daripada Ibn Umar
RA berkata, Rasulullah SAW pernah berdiri di kalangan manusia, lalu baginda
memuji Allah dengan apa yang layak baginya, kemudian baginda menyebut tentang
Dajjal, kata Nabi SAW “Sesungguhnya aku ingin mengingatkan kamu semua tentang
suatu perkara yang semua para Nabi akan mengingatkan kaumnya, sesungguhnya Nabi
Nuh pernah mengingatkan kaumnya, dan tetapi aku akan menyebut sesuatu yang
belum pernah disebut oleh Nabi-nabi terdahulu kepada kaumnya. Hendaklah kamu
tahu bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah SWT tidak buta”
Kata az Zuhri, Umar Bin Thabit al Anshori mengkhabarkan kepadaku, sebahagian
sahabat Nabi SAW mengkhabarkan kepadanya, bahawa Nabi SAW pada suatu hari
mengingatkan kepada manusia tentang bahanya fitnah Dajjal, dengan bersabda
“Hendaklah kamu tahu bahawa, kamu semua tidak akan melihat Allah SWT
sehinggalah mati, dan tertulis di antara
dua matanya itu kafir, ia dapat dibaca oleh setiap mereka yang membenci
perbuatannya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Apabila keluarnya
Dajjal kelak, maka dia sangatlah menyesatkan manusia. Dajjal akan menyesatkan manusia
dengan semata-mata pembohongannya dan juga harta-hartanya. Orang-orang Mu’min
akan dapat mengenal Dajjal dengan begitu mudah, samada yang dapat membaca
ataupun yang tidak pandai membaca kerana pada Dajjal itu ada beberapa tanda
seperti buta sebelah matanya dan tertulis kafir di antara dua matanya.
Sesungguhnya
Dajjal itu sangat kuat dalam menyesatkan manusia, maka pada ketika itu
janganlah kalian semua takut dan gentar kepadanya. Kuatkanlah iman kamu, dan
ingatlah segala pembohongannya, dan segala kemungkarannya itu hendaklah kamu
bantahi kerana semuanya itu adalah ujian daripada Allah SWT. Dajjal itu tidak
mampu melakukan apa-apa melainkan dengan kehendak Allah SWT jua. Tenanglah hati
kalian, janganlah peduli ia berkata dirinya Allah dan apa jua dakwaannya.
Maka barangsiapa
yang tidak mempercayainya, dapatla ia membaca tulisan antara dua matanya dengan
taufiq daripda Allah SWT sakalipun dia tidak pandai membaca. Dan sesiapa yang
mempercayai segala pembohongan Dajjal, dia tidak akan mampu membaca sekalipun
dia pandai membaca kerana tidak dapat taufiq daripda Allah SWT.
Kaum Muslimin
menyerang orang-orang Yahudi
Wahai saudaraku !
Apabila hampirnya kematian Dajjal, maka Nabi Isa AS akan turun untuk
membunuhnya. Pada waktu itu orang-orang Yahudi sangat banyak menjadi pengikut
Dajjal. Maka Nabi Isa AS akan memimpin kaum Muslimin untuk memerangi Dajjal dan
orang-orang Yahudi.
Orang-orang
Yahudi hanya ada dua pilihan samada menerima Islam atau leher mereka akan
dipancung dengan pedang. Maka larilah mereka, sehingga ada di kalangan mereka
yang bersembunyi di balik batu atau pokok, lalu berkata “Hai Muslim ! Datanglah
engkau ke sini kerana ada Yahudi bersembunyi di belakangku”.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
32
DARI
MANA KELUARNYA DAJJAL
عَنْ أَبِي
بَكْرٍ الصِّدِّيقِ قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: الدَّجَّالُ يَخْرُجُ
مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ، يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ
كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الْمَجَانُّ الْمُطْرَقَةُ ) حَسَنٌ غَرِيبٌ
(
Daripada Abi Bakar as Shiddiq berkata, Rasulullah SAW
telah menceritakan kepada kami dengan bersabda “Dajjal akan keluar daripada
bumi di Masyriq, dikatakan tempatnya itu adalah Khurasan, dia akan diikuti oleh
beberapa kaum seolah wajah mereka itu seperti perisai yang berlapis”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Dajjal itu ada
tempat mula zahirnya. Nabi SAW memberitahu tempatnya itu di Khurasan (Iran).
Daripada situlah ia mula menjajah bumi sehingga ia sampai ke Baitul Maqdis, ia
akan dibunuh di sana.
Nabi SAW tahu
Dajjal akan keluar di sebelah Khurasan bukanlah kerana Nabi SAW pernah pergi ke
sana atau mendengar tentangnya. Bahkan Nabi SAW tahu dengan petunjuk Allah SWT
jua. Dan Khurasan itu adalah ibu negeri bagi benua Parsi (Iran).
Apabila Dajjal
keluar, ia akan diikuti oleh kaum yang bulat mukanya dan tebal kulitnya serta
timbul rupa daging mukanya dan tegap-tegap tubuhnya.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib.
33
KELUAR
DAJJAL
عَنْ أَبِي
عُبَيْدَةَ بْنِ الجَرَّاحِ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ بَعْدَ نُوحٍ إِلَّا
قَدْ أَنْذَرَ الدَّجَّالَ قَوْمَهُ وَإِنِّي أُنْذِرُكُمُوهُ, فَوَصَفَهُ لَنَا
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: لَعَلَّهُ سَيُدْرِكُهُ
بَعْضُ مَنْ رَآنِي أَوْ سَمِعَ كَلَامِي, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَكَيْفَ
قُلُوبُنَا يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: مِثْلُهَا، يَعْنِي اليَوْمَ، أَوْ خَيْرٌ. ) حَسَنٌ غَرِيبٌ
(
Daripada Abi
U’badah Bin al Jarrah berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tidak ada
Nabi setelah Nabi Nuh melainkan dia akan memperingatkan kaumnya tentang
bahayanya Dajjal, dan sesungguhnya aku mengingatkan kamu semua tantangnya” Lalu
Rasulullah SAW menyifatkannya yang sebelah matanya buta dan mata sebelah lagi
seperti bulat tersembur, mengaku Tuhan, Nabi SAW bersabda lagi “Dajjal itu
sangat hampir masanya untuk dia keluar, kemungkinan orang ang melihatku akan
berjumpa dengannya atau orang yang mendengar kalamku” Mereka berkata, ya
Rasulullah bagaimana hati kami pada ketika itu ?, maka jawab Nabi SAW “Iman
kamu seperti ini juga atau lebih kuat lagi kerana iman yang kuat yang telah
tahu akan segala pembohongannya itu akan melawan dan membantahinya”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Bahawasanya
Dajjal itu adalah manusia seperti kita. Allah SWT menamakannya Dajjal kerana ia
bermaksud manusia yang sangat pembohong di muka bumi ini. Dajjal itu adalah
kalimah daripada Bahasa Arab yang bermaksud manusia yang sangat pembohong.
Bohongnya Dajjal itu apabila dia mengaku dirinya Allah, mengaku dirinya boleh
menghidupkan dan mematikan, mengaku boleh menjadikan apa sahaja, tetapi semua
dakwaannya itu adalah bohong semata-mata. Adalah semua yang berlaku itu dengan
kuasa Allah SWT. Allah SWT zahirkannya untuk menguji hamba-hambanya yang beriman
dan yang tidak beriman.
Apabila
keluarnya Dajjal, maka dia akan membuat kacau bilau dan huru-hara di atas muka
bumi dengan mengaku sebagai Tuhan. Dia mengajak semua manusia mengikutinya, dan
dia akan menunaikan kehendak mereka yang mengikutinya.
Sekiranya ada di
kalangan pengikutnya berkata “Aku mahu engkau turunkan hujan” Maka Dajjal akan
turunkan hujan, dan sekiranya ada yang berkata “Aku mahu bertemu dengan kedua
ibu bapaku yang telah mati” Maka Dajjal akan segera pertemukan. Semua yang
mereka dapat adalah seperti sihir jua.
Semua para Nabi
itu mengingatkan kaumnya, bahawa suatu masa kelak Allah SWT akan keluarkan
Dajjal yang amat besar fitnahnya kerana dia mnegaku Tuhan. Dan pada waktu itu
Allah SWT menguji manusia dengan kelaparan, maka manusia yang tidak mampu
menahan kelaparan dan tiada iman di dalam dadanya itu dengan mudah mengikut
Dajjal. Adapun orang-orang beriman dan kuat sabarnya akan dibantu oleh Allah
SWT daripada fitnah Dajjal.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib.
34
DAJJAL
TIDAK DAPAT MASUK MADINAH
عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَأْتِي الدَّجَّالُ المَدِينَةَ فَيَجِدُ
المَلَائِكَةَ يَحْرُسُونَهَا فَلَا يَدْخُلُهَا الطَّاعُونُ وَلَا الدَّجَّالُ
إِنْ شَاءَ اللَّهُ. (صَحِيحٌ)
Daripada Anas
Bin Malik berkata, sabda Rasulullah SAW “Dajjal akan datang ke Madinah, lalu ia
mendapati para malaikat sedang menjaganya, maka tho’un dan Dajjal tidak dapat
masuk ke dalamnya, jika izin Allah”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Dajjal itu akan
pergi ke seluruh bumi samada kediaman, kampong dan negeri untuk menyesatkan
manusia. Dia mendakwa dirinya Tuhan, diajaknya seluruh manusia untuk percaya
kepadanya. Hanyasanya dia tidak dapat masuk ke dalam negeri Makkah, Madinah, Baitul
Maqdis dan juga Bukit Tsaur.
Dajjal cuba
masuk ke dalam negeri Madinah, apabila ia sampai ke hadapan pintu Madinah, dia
mendapati para malaikat menjaganya dengan pedang yang terhunus. Oleh kerana itu
ia menjadi takut dan beralih ke negeri Syam.
Kebanyakan
pengikut Dajjal daripada negeri Parsi
Di dalam hadis yang lain Nabi SAW mengatakan
وَالكُفْرُ
مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ
“Dan kebanyakan yang menjadi
kufur itu adalah daripada sebelah Timur”
Adalah sebelah timur itu
nisbah kepada negeri Makkah dan Madinah, iaitu negeri Parsi (Iran). Negeri
Parsi itu banyak yang kufur datang daripadanya kerana di sana ramai orang-orang
Majusi, menyembah matahari, bulan, bintang dan binatang. Di sana juga ramai
orang-orang Syiah yang menyeleweng daripada al Quran dan as Sunnah. Maka sebab-sebab
kufur itu banyak yang datang dari sana dan Dajjal akan keluar dari sana.
Tenang hati bagi mereka yang
mengembala
Apabila berlaku
huru-hara, maka mereka yang sangat tenang hatinya itu adalah mereka yang
mengembala. Di bawanya hidup-hidupannya itu ke padang-padang rumput, sambil
melakukan ibadat, dan susu ternakannya itu menjadi makanannya. Sabda Nabi SAW :
وَالسَّكِينَةُ
لِأَهْلِ الغَنَمِ
“Dan
tenang hati bagi mereka yang mengembala kambing”[2]
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan.
35
TURUN NABI
ISA IBN MARYAM
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيُوشِكَنَّ
أَنْ يَنْزِلَ فِيكُم ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا، فَيَكْسِرُ الصَّلِيبَ، وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيرَ،
وَيَضَعُ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيضُ الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ. (حَسَنٌ
صَحِيحٌ)
Daripada Abi
Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Demi diriku yang berada di dalam
kekuasaannya, sangatlah hampir turun di kalangan kamu Isa Ibn Maryam untuk
berhukum dengan penuh keadilan, ia akan mematahkan salib, membunuh babi
(menghapuskan kemungkaran), mengambil jizyah pada orang kafir, dan harta akan
melimpah ruah sehingga tida ada seorang pun yang layak menerima sedekah”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Hadis di atas
jelas menunjukkan bahawa di akhir zaman Nabi Isa AS akan turun ke bumi
memerintah dengan sehabis-habis adil. Baginda akan memerintah sebagaimana khalifah-khalifah
terdahulu. Menjalankan agama dan mengembangkannya tanpa mengubah sedikitpun
syariat Nabi Muhammad SAW.
Turunnya Nabi
Isa AS itu bukanlah turun menjadi Nabi tetapi menjadi imam bagi kaum Muslimin.
Zaman pemerintahan Nabi Isa AS bumi menjadi tenang dan cukup makmur.
Sehinggakan dikatakan serigala yang ganas itu boleh menjadi teman bagi
biri-biri. Itu bagi menandakan sangat adilnya pemerintahan Nabi Isa AS.
Semasa turunya
itu tidak ada orang kafir yang mencium nafasnya itu melainkan mati. Maka Nabi
Isa AS sendiri akan menghapuskan segala kemungkaran, mematahkan salib,
merobohkan gereja, memecahkan berhala, membunuh segala babi dan segala
kemungkaran yang lain.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
36
NABI ISA MEMBUNUH DAJJAL
عن مُجَمِّع بْنِ جَارِيَةَ الأَنْصَارِيَّ
يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: يَقْتُلُ
ابْنُ مَرْيَمَ الدَّجَّالَ بِبَابِ لُدٍّ. (حَسَنٌ
صَحِيحٌ)
Daripada
Mujammi’ Bin Jariah al Anshori berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
“Ibn Maryam akan membunuh Dajjal di Baitul Maqdis”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Banyak hadis
–hadis yang lalu telah menyatakan apabila Dajjal keluar kelak dia akan dibuhuh
oleh Nabi Allah Isa Bin Maryam. Maka tidak harus kita ingkar kerana hal yang
demikian terang di dalam hadis yang sohih.
Dajjal akan
dibunuh di suatu tempat bernama Bad Lud, iaitu satu kampong yang hampir dengan
Baitul Maqdis.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
37
KELUAR
YA’JUJ DAN MA’JUJ
عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ قَالَتْ: اسْتَيْقَظَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ نَوْمٍ مُحْمَرًّا
وَجْهُهُ وَهُوَ يَقُولُ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يُرَدِّدُهَا ثَلَاثَ
مَرَّاتٍ وَيْلٌ لِلْعَرَبِ مِنْ شَرٍّ قَدْ اقْتَرَبَ، فُتِحَ الْيَوْمَ مِنْ
رَدْمِ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مِثْلُ هَذِهِ وَعَقَدَ عَشْرًا، قَالَتْ زَيْنَبُ:
قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ؟ قَالَ: نَعَمْ،
إِذَا كَثُرَ الْخُبْثُ. (حَسَنٌ صَحِيحٌ)
Daripada Zainab
Binti Jahsyin berkata, pernah Rasululullah SAW terbangun daripada tidur dalam
keadaan muka yang merah dan mengucap Lailahaillah, diulangnya tiga kali,
kemudian berkata, celaka bagi Arab daripada bala, sesungguhnya amat hampir ia,
telah terbuka dan tembus pada hari ini tutupan Ya’juj dan Ma’juj seumpama ini
dan disimpulnya sepuluh (ditunjukkan dengan tangannya rupa bulat seperti
sifar)” Tanya Zainab “Ya Rasulullah ! Adakah kami akan binasa sekiranya di
kalangan kami ramai orang-orang soleh ? Jawab Nabi SAW “Ya ! Apabila maksiat
terlalu banyak”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Adalah Ya’juj
dan Ma’juj itu dua kaum di kalangan manusia jua tetapi mereka itu sangat celaka
dan jahat di muka bumi ini. Pada masa sekarang mereka tersembunyi daripada
hakikat manusia dan juga tempatnya. Di dalam surah al Kahfi Allah SWT ada
menceritakan kisah Ya’juj dan Ma’juj dengan raja besar Iskandar Zulqarnain.
Para ulama’
mengatakan Raja Zulqarnain adalah di kalangan wali-wali Allah. Beliau menjadi
raja memerintah bumi ini seperti Nabi Sulaiman AS, dan dijajahinya Timur hingga
ke Barat. Maka apabila ia sampai bersama bala tenteranya di antara dua bukit di
sebelah Kutub Utara di sana, ia mendapati satu kaum yang bahasanya tidak dapat
difahami oleh sesiapa melainkan dirinya sahaja dengan ilham daripada Allah SWT.
Maka mereka
mengadu kepada Zulqarnain bahawa di belakang gunung itu ada kaum Ya’juj dan
Ma’juj yang amat suka melakukan kerosakan ke atas penduduk di sini. Mereka
meminta supaya dibuat penghadang supaya Ya’juj dan Ma’juj tidak dapat keluar.
Setelah itu Zulqarnain cuba meninjau keadaan yang dikatakan tentang Ya’juj dan
Ma’juj itu. Tiba-tiba didapatinya mereka itu pelbagai rupa yang pelek-pelek.
Ada yang sangat besar, ada yang bertelinga besar sehingga boleh dibuat hamparan
dan selimut, dan bilangan mereka itu sangat banyak bagaikan semut yang melata
di bumi.
Akhirnya
Zulqarnain bersama para tentera dan juga penduduk di situ membuat tembok
penghadang yang kukuh daripada leburan tembaga untuk menghadang mereka keluar.
Setelah itu Ya’juj dan Ma’juj cuba untuk keluar, tetapi mereka tersekat. Mereka
usaha menggalinya setiap hari sehingga sekarang dan telah tembus sedikit.
Kata ulama’
sebab dikhususkan kepada Arab adalah bukanlah binasa itu tidak kena pada yang
bukan Arab tetapi mudharat Ya’juj dan Ma’juj lebih besar kepada orang Arab
sehingga mereka lari ke gunung-gunung.
Setiap hari
mereka berusaha memecahkan tembok tembaga itu, sehingga berlubang sedikit,
mereka pun pulang. Apabila mereka datang esok dengan kuasa Allah SWT, tembok
yang telah berlubang sedikit itu menjadi seperti asal semula. Sehingga pada
suatu masa yang dikehendaki oleh Allah SWT, tembok itu akan pecah, maka mereka
akan keluar mengamuk, memusnahkan dan makan apa sahaja di bumi.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
38
KIAMAT
TIDAK AKAN BERLAKU SEHINGGA KELUAR API DARI PIHAK NEGERI HIJAZ
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَتَخْرُجُ نَارٌ مِنْ
حَضْرَمَوْتَ أَوْ مِنْ نَحْوِ بَحْرِ حَضْرَمَوْتَ قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ تَحْشُرُ
النَّاسَ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: عَلَيْكُمْ
بِالشَّامِ. (حَسَنٌ
غَرِيبٌ صَحِيحٌ )
Daripada
Abdullah Bin Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda “Suatu masa kelak akan
keluar api dari Hadhramaut atau dari pihak Hadhramaut, yang akan menghimpun
manusia sebelum hari kiamat” Mereka bertanya ya Rasulullah apa yang engkau
ingin suruh kami ? Jawab Nabi SAW “Lazimlah (pindah) kamu ke negeri Syam”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Bermula negeri
Hijjaz itu adalah negeri Makkah dan Madinah dan juga sekelilingnya (Saudi
Arabia). Api yang akan keluar kelak adalah dari pulau Arab, sebagaimana yang
telah disebut di dalam hadis yang lain bahawa ia keluar dari akhir negeri A’dn.
Maka apabila api
itu keluar, tidak ada seorang pun yang mampu tinggal di dalam rumahnya. Bahkan
mereka akan berangkat dengan barang-barang dari satu kampong kepada satu
kampong menuju ke negeri Syam, kerana di sana tidak ada api.
Apabila mereka
berhenti tidur malam atau tidur tengah hari, maka api itu berhenti menghalau
mereka. Setelah mereka bangun daripada tidur mereka berjalan menuju ke negeri
Syam. Nabi SAW telah memesan bahawa hendaklah kalian pindah ke sana sebelum
kalian dihalau dan hendaklah kalian tinggal di Syam itu, kerana negeri Syam itu
tempat orang berhimpun setelah dihalaunya.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib lagi sahih.
39
BINATANG BUAS, BATU DAN KAYU BERCAKAP
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَالَّذِي
نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُكَلِّمَ السِّبَاعُ الْإِنْسَ،
وَحَتَّى تُكَلِّمَ الرَّجُلَ عَذَبَةُ سَوْطِهِ وَشِرَاكُ نَعْلِهِ وَتُخْبِرَهُ
فَخِذُهُ بِمَا أَحْدَثَ أَهْلُهُ مِنْ بَعْدِهِ. (حَسَنٌ غَرِيبٌ)
Daripada Abi
Said al Khudri berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Demi diriku yang berada
di dalam kekuasaannya, kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas akan
bercakap dengan manusia, dan sehingga hujung tongkat seorang lelaki dan juga tali
kasut bercakap dengannya, dan sehingga pahanya memberitahu apa yang dilakukan
oleh isterinya ketika ia tiada”
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Di antara
tanda-tanda kiamat itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Isa at Tirmizi di dalam Sunannya. Di antaranya itu adalah binatang
buas bercakap dengan manusia dengan bahasa yang dapat difahami bagi yang
mendengarnya. Dan di dalam riwayat ulama’ muhaddithin yang lain menyebutkan,
kayu dan batu pun akan berkata-kata. Maka itu semua adalah alamat kiamat amat
hampir.
Dan adalah Nabi
Sulaiman AS itu diberikan kelebihan dapat bercakap dengan burung Hud-hud. Kisah
ini kita dapat lihat di dalam al Quran pada surah an Naml.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi gharib.
40
MATAHARI
TERBIT DARI BARAT
عَنْ
أَبِي ذَرٍّ قَالَ: دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ حِينَ غَابَتِ الشَّمْسُ وَالنَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ، فَقَالَ: يَا أَبَا ذَرٍّ، أَتَدْرِي
أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ؟ قَالَ: قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: فَإِنَّهَا
تَذْهَبُ تَسْتَأْذِنُ فِي السُّجُودِ فَيُؤْذَنُ لَهَا وَكَأَنَّهَا قَدْ قِيلَ
لَهَا اُطْلُعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ فَتَطْلُعُ مِنْ مَغْرِبِهَا قَالَ: ثُمَّ
قَرَأَ وَذَلِكَ مُسْتَقَرٌّ لَهَا. (حَسَنٌ صَحِيحٌ)
Daripada Abi
Dzar berkata, aku masuk ke dalam masjid ketika terbenamnya matahari, ketika itu
Nabi SAW sedang duduk, lalu Nabi SAW berkata “Wahai Abu Dzar ! Tahukah kamu
kemanakah perginya matahari ini ? Aku berkata, Allah dan Rasulnya lebih
mengetahui, kata Nabi SAW “Sesungguhnya matahari itu pergi meminta izin pada
Tuhannya untuk sujud, lalu diizinkan baginya, dan sesungguhnya dikatakan
baginya “Terbitlah engkau dari pihak engkau datang, beliau berkata, kemudian Nabi
SAW membaca akan ayat al Quran “Dan itulah tempat baginya, kata Abu Isa, dan
demikian itu adalah bacaan Abdullah Bin Mas’ud
Ketahuilah
wahai saudaraku !
Terbitnya
matahari itu adalah satu tanda bahawa kiamat itu sangat hampir. Kerana sesuatu
itu apabila berubah daripada aturan biasa maka itu menunjukkan hampir binasa.
Contohnya tubuh kita, pada mulanya kuat dan gagah tetapi apabila sering
sakit-sakit, lemah, sesak nafas, maka itu menunjukkan mahu binasa lebih-lebih
lagi apabila umur semakin tua. Demikianlah alam ini, apabila berubah ia
daripada aturannya maka ia menunjukkan mahu binasa, sebagaimana adat
kebiasaannya matahari terbit daripada timur terbenam di barat, tiba-tiba Allah
SWT ubah terbit dari barat dan terbenam di timur.
Kata ulama’,
setelah matahari tidak terbit beberapa lama, maka manusia menjadi gempar
melainkan mereka yang hina-dina. Apakala sempurna tiga malam matahari tidak
terbit, maka Allah SWT menyuruh ia terbit daripada barat. Apabila manusia
melihat ia terbit dari barat, maka tahulah manusia bahawa kiamat sangat hampir,
maka menangislah ahli langit dan bumi. Manusia melihat cahaya matahari dan
bulan tidak seperti kebiasaannya lagi. Maka pada hari itu tidak berguna
menangis lagi.
Kata
Abu Isa at Tirmidzi bermula hadis ini hasan lagi sahih.
Diringkaskan daripada
kitab Bahrul Mazi jilid ke 15 oleh Syeikh Idris al Marbawi.
Susunan
: Mohd Faiz Abdullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan