بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
KISAH
ASHABUL UKHDUD
RINGKASAN
KISAH DAN TAFSIRAN AYAT-AYATNYA[1]
Syeikh
Abdul Karim Zaidan
1. ALLAH S.W.T MENYEBUT KISAH INI DI
DALAM AL QURAN
Firman Allah s.w.t :
﴿قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ (4) النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ (5)
إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ (6) وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ
شُهُودٌ (7) وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ
الْحَمِيدِ (8) الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ﴾
4.
Celakalah kaum yang menggali parit, 5. (Parit) api yang penuh dengan bahan
bakaran,6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,7. Sambil
mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.8. Dan
mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan
kerana orang-orang itu beriman kepada Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha
Terpuji!9. Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah),
Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.[2]
Allah s.w.t
melaknat golongan yang menggali parit, menghimpun orang-orang yang beriman dan
membakar mereka di dalam lubang api. Mereka telah memaksa orang-orang yang
beriman agar meninggalkan agama Islam, oleh kerana orang-orang yang beriman
enggan meninggalkan agama Islam mereka telah menggali parit dan dinyalakan api
sambil duduk di sekelilingnya. Jika mereka tidak mahu kembali kepada agama asal
mereka semua akan dicampakkan ke dalam api tersebut. Firman Allah s.w.t “(Mereka
dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya” iaitu Allah s.w.t melaknat
orang-orang kafir yang duduk di sekitar parit api tersebut untuk menyaksikan
orang-orang beriman akan dibakar di dalamnya. Firman Allah s.w.t “Dan mereka
tidak marah menyeksa orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang
itu beriman kepada Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji” bagi
orang-orang kafir tidak ada kesalahan yang paling besar di sisi mereka
melainkan beriman kepada Allah s.w.t, sedangkan Allah s.w.t yang memiliki
segala apa yang ada di langit serta bumi, dan tidak ada apa yang tersembunyi
bagiNya.[3]
2. KESIMPULAN
KISAH ASHABUL UKHDUD
Imam Muslim
meriwayat di dalam sohihnya tentang kisah Ashabul Ukhdud :
عَنْ صُهَيْبٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :كَانَ مَلِكٌ فِيمَنْ
كَانَ قَبْلَكُمْ وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ فَلَمَّا كَبِرَ قَالَ لِلْمَلِكِ إِنِّى
قَدْ كَبِرْتُ فَابْعَثْ إِلَىَّ غُلاَمًا أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ. فَبَعَثَ
إِلَيْهِ غُلاَمًا يُعَلِّمُهُ فَكَانَ فِى طَرِيقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ
فَقَعَدَ إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلاَمَهُ فَأَعْجَبَهُ فَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ
مَرَّ بِالرَّاهِبِ وَقَعَدَ إِلَيْهِ فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ فَشَكَا
ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ فَقَالَ إِذَا خَشِيتَ السَّاحِرَ فَقُلْ حَبَسَنِى
أَهْلِى. وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ فَقُلْ حَبَسَنِى السَّاحِرُ. فَبَيْنَمَا هُوَ
كَذَلِكَ إِذْ أَتَى عَلَى دَابَّةٍ عَظِيمَةٍ قَدْ حَبَسَتِ النَّاسَ فَقَالَ
الْيَوْمَ أَعْلَمُ آلسَّاحِرُ أَفْضَلُ أَمِ الرَّاهِبُ أَفْضَلُ فَأَخَذَ
حَجَرًا فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَمْرُ الرَّاهِبِ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ
أَمْرِ السَّاحِرِ فَاقْتُلْ هَذِهِ الدَّابَّةَ حَتَّى يَمْضِىَ النَّاسُ.
فَرَمَاهَا فَقَتَلَهَا وَمَضَى النَّاسُ فَأَتَى الرَّاهِبَ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ
لَهُ الرَّاهِبُ أَىْ بُنَىَّ أَنْتَ الْيَوْمَ أَفْضَلُ مِنِّى. قَدْ بَلَغَ مِنْ
أَمْرِكَ مَا أَرَى وَإِنَّكَ سَتُبْتَلَى فَإِنِ ابْتُلِيتَ فَلاَ تَدُلَّ عَلَىَّ
. وَكَانَ الْغُلاَمُ يُبْرِئُ الأَكْمَهَ وَالأَبْرَصَ وَيُدَاوِى النَّاسَ مِنْ
سَائِرِ الأَدْوَاءِ فَسَمِعَ جَلِيسٌ لِلْمَلِكِ كَانَ قَدْ عَمِىَ فَأَتَاهُ
بِهَدَايَا كَثِيرَةٍ فَقَالَ مَا هَا هُنَا لَكَ أَجْمَعُ إِنْ أَنْتَ
شَفَيْتَنِى فَقَالَ إِنِّى لاَ أَشْفِى أَحَدًا إِنَّمَا يَشْفِى اللَّهُ فَإِنْ
أَنْتَ آمَنْتَ بِاللَّهِ دَعَوْتُ اللَّهَ فَشَفَاكَ. فَآمَنَ بِاللَّهِ
فَشَفَاهُ اللَّهُ فَأَتَى الْمَلِكَ فَجَلَسَ إِلَيْهِ كَمَا كَانَ يَجْلِسُ
فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ مَنْ رَدَّ عَلَيْكَ بَصَرَكَ قَالَ رَبِّى. قَالَ وَلَكَ
رَبٌّ غَيْرِى قَالَ رَبِّى وَرَبُّكَ اللَّهُ. فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ
يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ عَلَى الْغُلاَمِ فَجِىءَ بِالْغُلاَمِ فَقَالَ لَهُ
الْمَلِكُ أَىْ بُنَىَّ قَدْ بَلَغَ مِنْ سِحْرِكَ مَا تُبْرِئُ الأَكْمَهَ
وَالأَبْرَصَ وَتَفْعَلُ وَتَفْعَلُ . فَقَالَ إِنِّى لاَ أَشْفِى أَحَدًا
إِنَّمَا يَشْفِى اللَّهُ. فَأَخَذَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُعَذِّبُهُ حَتَّى دَلَّ
عَلَى الرَّاهِبِ فَجِىءَ بِالرَّاهِبِ فَقِيلَ لَهُ ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ.
فَأَبَى فَدَعَا بِالْمِئْشَارِ فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِى مَفْرِقِ رَأْسِهِ
فَشَقَّهُ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ثُمَّ جِىءَ بِجَلِيسِ الْمَلِكِ فَقِيلَ لَهُ
ارْجِعْ عَنْ دِينِكَ. فَأَبَى فَوَضَعَ الْمِئْشَارَ فِى مَفْرِقِ رَأْسِهِ
فَشَقَّهُ بِهِ حَتَّى وَقَعَ شِقَّاهُ ثُمَّ جِىءَ بِالْغُلاَمِ فَقِيلَ لَهُ ارْجِعْ
عَنْ دِينِكَ. فَأَبَى فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالَ
اذْهَبُوا بِهِ إِلَى جَبَلِ كَذَا وَكَذَا فَاصْعَدُوا بِهِ الْجَبَلَ فَإِذَا
بَلَغْتُمْ ذُرْوَتَهُ فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلاَّ فَاطْرَحُوهُ
فَذَهَبُوا بِهِ فَصَعِدُوا بِهِ الْجَبَلَ فَقَالَ اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا
شِئْتَ. فَرَجَفَ بِهِمُ الْجَبَلُ فَسَقَطُوا وَجَاءَ يَمْشِى إِلَى الْمَلِكِ
فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ قَالَ كَفَانِيهِمُ اللَّهُ.
فَدَفَعَهُ إِلَى نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالَ اذْهَبُوا بِهِ فَاحْمِلُوهُ
فِى قُرْقُورٍ فَتَوَسَّطُوا بِهِ الْبَحْرَ فَإِنْ رَجَعَ عَنْ دِينِهِ وَإِلاَّ
فَاقْذِفُوهُ. فَذَهَبُوا بِهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا
شِئْتَ.فَانْكَفَأَتْ بِهِمُ السَّفِينَةُ فَغَرِقُوا وَجَاءَ يَمْشِى إِلَى
الْمَلِكِ فَقَالَ لَهُ الْمَلِكُ مَا فَعَلَ أَصْحَابُكَ قَالَ كَفَانِيهِمُ
اللَّهُ. فَقَالَ لِلْمَلِكِ إِنَّكَ لَسْتَ بِقَاتِلِى حَتَّى
تَفْعَلَ مَا آمُرُكَ بِهِ. قَالَ وَمَا هُوَ قَالَ تَجْمَعُ النَّاسَ فِى صَعِيدٍ
وَاحِدٍ وَتَصْلُبُنِى عَلَى جِذْعٍ ثُمَّ خُذْ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِى ثُمَّ
ضَعِ السَّهْمَ فِى كَبِدِ الْقَوْسِ ثُمَّ قُلْ بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ
الْغُلاَمِ. ثُمَّ ارْمِنِى فَإِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ
قَتَلْتَنِى. فَجَمَعَ النَّاسَ فِى صَعِيدٍ وَاحِدٍ وَصَلَبَهُ عَلَى جِذْعٍ
ثُمَّ أَخَذَ سَهْمًا مِنْ كِنَانَتِهِ ثُمَّ وَضَعَ السَّهْمَ فِى كَبِدِ
الْقَوْسِ ثُمَّ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلاَمِ. ثُمَّ رَمَاهُ فَوَقَعَ
السَّهْمُ فِى صُدْغِهِ فَوَضَعَ يَدَهُ فِى صُدْغِهِ فِى مَوْضِعِ السَّهْمِ
فَمَاتَ فَقَالَ النَّاسُ آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلاَمِ آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلاَمِ
آمَنَّا بِرَبِّ الْغُلاَمِ.فَأُتِىَ الْمَلِكُ فَقِيلَ لَهُ أَرَأَيْتَ مَا
كُنْتَ تَحْذَرُ قَدْ وَاللَّهِ نَزَلَ بِكَ حَذَرُكَ قَدْ آمَنَ النَّاسُ.
فَأَمَرَ بِالأُخْدُودِ فِى أَفْوَاهِ السِّكَكِ فَخُدَّتْ وَأَضْرَمَ النِّيرَانَ
وَقَالَ مَنْ لَمْ يَرْجِعْ عَنْ دِينِهِ فَأَحْمُوهُ فِيهَا. أَوْ قِيلَ لَهُ
اقْتَحِمْ. فَفَعَلُوا حَتَّى جَاءَتِ امْرَأَةٌ وَمَعَهَا صَبِىٌّ لَهَا
فَتَقَاعَسَتْ أَنْ تَقَعَ فِيهَا فَقَالَ لَهَا الْغُلاَمُ يَا أُمَّهِ اصْبِرِى
فَإِنَّكِ عَلَى الْحَقِّ .
Daripada Shuhaib ra. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Pada masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang
ahli sihir, ketika ahli sihir itu telah tua ia berkata kepada raja: "Kini
aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, kerana itu hantarkanlah kepadaku
seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir" Maka raja
berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihirnya, sedang di
tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat
seorang ulama’ (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pemuda itu singgah di
tempat ulama’ untuk mendengarkan
pengajiannya, langsung ia tertarik dengan ajaran ulama’ itu sehingga jika ia
terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali
ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada
ulama’. Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir katakanlah
aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakanlah: Aku
ditahan oleh ahli sihir. Setelah beberapa lama kemudian itu, sewaktu hendak
pergi, tiba-tiba di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang ramai
tidak berani melintasi tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku
akan mengetahui yang mana lebih baik di sisi Allah apakah ajaran ulama’ atau
ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil seketul batu dan berdoa "Ya
Allah jika ajaran ulama’ itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu
supaya orang ramai dapat lalu lalang di tempat ini". Lalu dilemparkanlah
batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira kerana
dapat menggunakan kembali jalan itu. Maka ia langsung memberitakan kejadian itu
kepada ulama’, maka berkatalah ulama’ itu kepadanya : "Kelak mungkin kamu
akan diuji, maka jika diuji jangan sampai memberi tahu tentangku".
Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta, sopak dan pelbagai macam
penyakit yang berat-berat pada semua orang. Ada seorang pembesar dalam majlis
raja dan dia telah buta kerana sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada
seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi
kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "Sembuhkanlah
aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa sahaja yang kamu suka". Jawab
pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang
menyembuhkan hanya Allah Azzawajalla, jika engkau mahu beriman kepada Allah
s.w.t, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan engkau". Maka
langsung dia beriman kepada Allah s.w.t dan didoakan oleh pemuda dan seketika
itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t. Kemudian ia kembali ke majlis raja
sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja "Hai fulan siapakah yang
menyembuhkan matamu" Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)". Raja bertanya:
"Aku?". Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu
Allah". Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain
aku?" Jawabnya "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah". Maka
disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja
itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu. Maka segera dipanggil
pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat
menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit" Jawab
pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya
semata-mata Allah Azzawajalla". Raja itu pun bertanya "Adakah
aku?", "Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu
"Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?" Jawab pemuda "Ya,
Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah". Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya
sehingga terpaksa dia menunjukkan pada ulama’ yang mengajarnya. Maka dipanggil
ulama’ dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi dia tetap bertahan dan
tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan
digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya. Kemudian kembali
pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam),
tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya
pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk
meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak akan
dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan
ditawarkan kepadanya untuk mengubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu.
Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah
selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendakMu)".
Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan
mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika
ditanya: "Manakah orang-orang yang membawamu?". Jawabnya: "Allah
s.w.t yang menyelesaikan urusan mereka". Lalu pemuda itu diperintah untuk
dibawa ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan
padanya jika ia mahu mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut
dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma
ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya
dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja
"Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?" Jawabnya: "Allah
yang menyelesaikan mereka". Kemudian pemuda itu berkata kepada raja
"Engkau tidak akan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku
maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku" Raja bertanya: "Apakah
perintahmu?" Jawab pemuda: "Engkau kumpulkan semua orang di suatu
lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, kemudian engkau ambil anak
panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi
Rabbil ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian engkau lepaskan
anak panah itu, maka dengan itu engkau dapat membunuhku". Maka semua usul
pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai
pelipisnya (bahagian di antara dahi dan telinga) pemuda itu, ia mengusap dengan
tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata:
"Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhan pemuda itu)".
Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahawa semua rakyat telah beriman
kepada Tuhan pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang
banyak ini. Maka raja memerintahkan supaya di setiap jalan digali parit dan
dinyalakan api, dan setiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang
agamanya, jika ia telap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya
kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu. Maka ramai orang-orang yang beriman dimasukkan ke
dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang membawa bayinya yang
masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk
dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti
agama kerana sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba
anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah wahai ibuku kerana
engkau sedang mempertahankan yang hak.[4]
3. MEMBUNUH PARA KEKASIH ALLAH S.W.T SEDANGKAN
MEREKA MENGAJAK LEPADA TAUBAT
Firman Allah s.w.t :
﴿إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ
لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ﴾
“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan
bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang
perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan
beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan
beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).[5]
Orang-orang kafir menyeksa orang-orang yang
beriman kerana tetapnya Iman mereka dan tidak mahu kembali kepada agama asal.
Mereka tidak mahu bertaubat ke atas apa yang mereka lakukan terhadap
orang-orang yang beriman dengan mencampak ke dalam parit api, maka kelak mereka
akan mendapat balasan yang amat pedih di dalam api neraka jahannam. Adapun
mereka orang-orang yang beriman yang diseksa akan dimasukkan ke dalam syurga. Kata Hasan al
Basri :
انْظُرُوا إِلَى هَذَا الْكَرَمِ وَالْجُودِ، قَتَلُواْ أَوْلِيَاءَهُ
وَهُوَ يَدْعُوهُمْ إِلَى التَّوْبَةِ وَالرَّحْمَةِ
“Lihatlah
kepada kemurahan hati dan dermawan ini, mereka telah membunuh para kekasih
Allah s.w.t sedangkan mereka mengajak kepada taubat dan rahmat”[6]
PENGAJARAN-PENGAJARAN
BAGI
PENDAKWAH DARIPADA KISAH ASHABUL UKHDUD[7]
1. MENGHIBURKAN HATI PARA PENDAKWAH DENGAN
SEGALA AZAB YANG DITIMPA OLEH UMAT SEBELUM MEREKA
Sesungguhnya orang-orang yang dicampakkan
ke dalam parit api adalah orang-orang yang tidak berdosa melainkan mereka
adalah orang-orang yang beriman, sebagaimana firman Allah s.w.t :
﴿وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ
الْحَمِيدِ﴾
“Dan mereka tidak marah dan menyeksakan
orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada
Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji![8]
Ini menunjukkan Iman
dan orang yang beriman itu boleh menyebabkan mereka mendapat siksaan daripada
orang-orang kafir lebih-lebih lagi pemerintah yang kafir. Kebiasaannya
orang-orang kafir tidaklah mereka setakat memaksa orang-orang yang beriman
keluar daripada agama Islam, malah mereka sanggup membunuh, menyeksa dan berseronok
sambil menyaksikan orang-orang yang beriman diseksa. Sejarah telah menguatkan
makna hakikat ini sebagai sunnah Ilahi. Segala perkara yang kami sebutkan ini
bakal mendedahkan orang-orang yang beriman kepada seksaan orang-orang kafir
kerana pendakwah itu menyeru kepada Allah s.w.t dan mereka bakal akan mendapat
tentangan yang besar daripada musuh-musuh Islam.
Maka tidak ada
cara lain kepada para pendakwah melainkan bersabar di atas ujian ini. Mereka hendaklah
sentiasa mengingati bahawa umat dahulu lebih teruk diseksa kerana menyebarkan
Islam pada manusia. Mereka perlu menjadikan kisah ini sebagai penambah semangat
dalam berdakwah.
Telah datang di
dalam tafsir al Qurthubi tentang tafsiran ayat-ayat ini : Kata para ulama’ kita
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberitahu kepada orang-orang yang beriman
tentang ayat ini, tentang apa yang menimpa pada orang-orang yang beriman
sebelum mereka dengan pelbagai kesusahan. Nabi s.a.w telah menceritakan pada
mereka tentang kisah seorang pemuda supaya mereka bersabar ke atas segala apa
yang bakal menimpa mereka dengan pelbagai seksaan, supaya menjadi seperti
pemuda ini yang bersabar dalam mempertahankan kebenaran, bersungguh-sungguh
menzahirkan kebenaran dan dakwahnya, manusia masuk ke dalam Islam bersama
dengan orang yang masih muda dan kesabaran yang amat tinggi. Begitu juga seorang
ulama’ bersabar dalam berpegang kepada kebenaran sehingga digergaji kepalanya,
dan demikian jugalah banyak di kalangan manusia yang beriman dengan Allah s.w.t
serta meningkatkan Iman di dalam hati mereka, mereka bersabar ketika dicampak
ke dalam api dan tidak kembali kepada agama asal.[9]
2. SEKSAAN
ADAKALANYA BOLEH MENYEBABKAN PENDAKWAH MEMBUKA RAHSIA
Kami melihat di
dalam kisah ini bahawa, ulama’ yang mengajarkan agama Islam kepada pemuda itu
telah berkata “Sesungguhnya engkau akan diuji, jika engkau diuji maka janganlah
engkau memberitahu tentangku”. Akibat pelbagai tekanan dan seksaan yang
dikenakan ke atas pemuda tersebut akhirnya dia terpaksa memberitahu orang yang telah
mengajarnya. Sesungguhnya syara’ tidak mengharuskan bagi orang yang terpaksa
untuk menyelamatkan dirinya daripada dibunuh dengan membunuh orang lain. Pemuda
tersebut telah menunjukkan gurunya menyebabkan dia juga dibunuh kerana seksaan
yang dikenakan ke atasnya tidak mampu lagi ditahan.
Maka ke atas
pendakwah dan gerakan Islam itu tidak boleh mereka memberitahu nama-nama
pemimpin mereka lebih-lebih lagi ketika waktu lemah dan tidak mampu menahan
seksaan. Sebagaimana keadaan pemuda itu. Sesungguhnya ketika mereka berada di
dalam keadaan yang lemah tidak mampu menahan seksaan, mereka hendaklah
menyembunyikan pemimpin-pemimpin mereka. Para pendakwah tidak boleh
menceritakan sebarang maklumat tentang mereka. Adapun di dalam keadaan yang
lain tidak mengapa mereka memberitahu kepada manusia supaya mereka bertambah
penerimaan kepada jamaah Islam.
3. MENGAMBIL BERAT
TERHADAP PEMUDA
Kami melihat di
dalam kisah ini, bahawa pemuda itu dikehendakki oleh raja yang kafir supaya pergi
belajar dengan ahli sihir yang telah tua. Ketika dalam perjalanan dia telah
bertemu dengan seorang ulama’ lalu ia duduk bersamanya, mendengar nasihatnya
dan akhirnya dia beriman dengan apa yang telah diajarkan oleh ulama’ tersebut.
Maka ke atas
pendakwah itu mereka hendaklah mengajak para pemuda dan mengambil berat tentang
mereka, mendidik mereka dengan ajaran Islam, memberi kefahaman kepada mereka
tentang matlamat hidup dan apa yang boleh mereka sumbangkan pada agama.
Sesungguhnya pemuda hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan. Hati mereka
perlulah dibersihkan dan diisi dengan kebenaran.
Sesungguhnya
kami telah menceritakan tentang kisah Ashabul Kahfi, mereka adalah para pemuda
yang penuh di dalam hati dengan kebenaran. Mereka berani berhadapan dengan
pemimpin yang zalim untuk menyampaikan kebenaran. Sebagaimana ahli sihir yang
kafir mengambil berat pada pemuda yang akan mewarisi kerja syiriknya, maka para
pendakwah perlulah lebih-lebih lagi mengambil berat pada pewaris mereka di
kalangan anak muda, supaya tidak ada lagi matlamat pada mereka melainkan
keredhaan Allah s.w.t, membela Islam dan meninggikan kalimahnya, dan mereka
hendaklah menjadi contoh yang baik pada semua pemuda.
4.
ADAKAH APA YANG DILAKUKAN OLEH PEMUDA TERSEBUT BOLEH DIKIASKAN?
Di dalam kisah ini, pemuda itu telah berkata
kepada raja yang kafir “"Engkau tidak akan
dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau
akan dapat membunuhku" Raja bertanya: "Apakah perintahmu?" Jawab
pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung
aku di atas tiang, lalu engkau ambil anak panah milikku ini dan engkau letakkan
di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan
pemuda ini), kemudian engkau lepaskan anak panah itu, maka dengan itu engkau
dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan
ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan
tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata:
"Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman dengan Tuhan pemuda itu)".
Kisah ini menunjukkan pemuda ini telah
menawarkan dirinya untuk dibunuh supaya manusia dapat melihat tentang Islam
yang dibawanya adalah agama yang benar dan Allah s.w.t adalah Tuhan Pencipta
Alam bukannya raja. Pemuda ini telah berjaya apa yang ingin dilakukannya.
Sekiranya ia adalah jalan untuk mati syahid adakah ia diharuskan kepada para
pendakwah atau seseorang Muslim itu untuk menawarkan dirinya dibunuh ? Adakah
ia akan dianggap membunuh diri sendiri atau dianggap syahid di jalan Allah
s.w.t ? Adakah mendatangkan kebaikan pada syara’ sebagaimana yang ia telah
lakukan ?.
Jawapannya adalah jelas, niat pemuda tersebut
adalah untuk menzahirkan pembohongan raja yang kafir kerana mendakwa sebagai
Tuhan dan memalingkan manusia daripada menyembah Allah s.w.t, sedangkan pemuda
itu tidak ada pilihan lain melainkan dengan cara ini. Dia adalah satu-satunya
orang yang beriman tidak ada sesiapa yang boleh menolongnya di kalangan manusia
yang lain pada waktu itu, lalu ia bangun dan berjihad di jalan Allah s.w.t, dan
harus berjihad di jalan Allah s.w.t dengan mendedahkan dirinya untuk terbunuh
sekiranya perbuatan tersebut dapat
menolong agama Allah s.w.t, menguatkan keazaman orang-orang yang beriman. Telah
datang di dalam hadith bahawa Nabi s.a.w bersabda :
سَيِّدُ
الشُّهدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَلِّب وَ رَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ
فَأَمَرَهُ وَ نَهَاهُ فَقَتَلَهُ
“Penghulu para syuhada’ itu adalah Hamzah Bin
Abd Muthalib dan juga lelaki yang berkata benar di hadapan raja yang zalim,
menyuruhnya melakukan kebaikan dan melarangnya melakukan kezaliman yang boleh
menyebabkannya dibunuh”[10]
Perbuatan pemuda ini yang berani berkata benar
di hadapan raja yang zalim adalah jihad. Dia melakukan tindakan ini kerana amat
menyangka manusia akan beriman dengannya, dan ternyata semua manusia beriman
setelah mendengar raja menyebut “Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini”
sewaktu hendak membunuhnya. Maka harus ke atas seorang Muslim itu melakukan
sesuatu tindakan yang boleh mendedahkannya dibunuh, apabila dia yakin
tindakannya itu mendatangkan banyak kemaslahatan pada kaum Muslimin seluruhnya.
Hadith yang telah kami sebutkan jelas menunjukkan perkara ini. Allah s.w.t
telah mengumpamakannya di dalam al Quran :
﴿وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ
اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ﴾
“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan
dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah s.w.t pula amat
belas-kasihan akan hamba-hambanya.[11]
Adalah
sebahagian para sahabat itu diseksa di hadapan Nabi s.a.w. Diriwayatkan oleh al
Khallal dengan sanadnya daripada Umar al Khattab r.a bahawa ada seorang lelaki
telah menghadapi musuh dengan seorang diri, maka kata manusia “Dia telah
bertemu dengan kebinasaan” Kata Umar r.a “Tidak, tetapi dia adalah di antara
orang yang Allah s.w.t sebut “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan
dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat
belas-kasihan akan hamba-hambanya.”[12]
5. KEBENCIAN ORANG-ORANG
KAFIR TERHADAP KEIMANAN ORANG-ORANG ISLAM
Orang-orang
kafir itu amat benci kepada keimanan orang-orang yang beriman, Allah s.w.t
menceritakannya di dalam al Quran :
﴿وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ
الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ﴾
“Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang
yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji![13]
Begitulah
sifat-sifat orang kafir setiap zaman lebih-lebih lagi golongan pemerintah yang
kafir lagi zalim, firman Allah s.w.t :
﴿وَمَا أَرْسَلْنَا فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا
إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ﴾
“Dan Kami
tidak mengutus kepada sesebuah negeri seseorang Rasul pemberi amaran melainkan
orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata:
"Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan
membawanya".[14]
Mutrafun di dalam ayat ini bermaksud golongan yang memiliki kekuasaan,
kekayaan dan kedudukan, mereka menentang para Rasul Allah s.w.t dengan
menyatakan kekufuran mereka dan dengan rasa bangga menyatakan tidak akan
mengikut ajaran para Rasul. Orang-orang kafir itu akan menggunakan kuasa mereka
untuk menyekat dakwah Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh Firaun dan
pengikut-pengikutnya pada setiap zaman dan tempat.
Maka para
pendakwah itu hendaklah memahami perkara ini, bahawa mereka bukanlah sentiasa
berada di dalam keadaan yang selesa. Al Quran telah menceritakan tentang apa
yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap Nabi s.a.w dan para sahabatnya.
Tidak perlulah mereka merasa hairan atau terkejut apabila kelak nanti
menghadapinya daripada puak kebatilan kepada ahli kebenaran. Para pendakwah
hendaklah tahu kadar kesesatan di dalam diri golongan yang sesat, dengan
kedegilan mereka dan kekejamannya, sebagaimana mereka sanggup membakar
orang-orang yang beriman di dalam parit api. Orang-orang kafir itu berusaha
sedaya-upaya menakutkan orang-orang yang beriman dengan kekejaman pemimpin
mereka yang zalim lebih-lebih lagi pada para pendakwah untuk memecahkan mereka
daripada beriman dengan dakwahnya, oleh kerana itu mereka perlu mempertahan dakwah
Islam daripada di kalahkan, firman Allah s.w.t :
﴿وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ
دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا﴾
“Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa
memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau
mereka sanggup (melakukan yang demikian)”[15]
Ayat ini
menunjukkan bahawa orang-orang kafir akan sentiasa setiap masa memusuhi
orang-orang yang beriman dan mereka tidak akan berputus asa sehinggalah
orang-orang beriman berpaling daripada Islam. Kalimah Hatta di dalam ayat
ini bermakna Ta’lil iaitu mereka orang-orang kafir memerangi kamu kerana
mahu memalingkan kamu daripada Islam.[16]
Begitulah orang-orang kafir dan ahli kebatilan memerangi orang-orang yang
beriman, mereka akan menggunakan apa sahaja cara supaya dapat menahan kebenaran
dan dakwah Islam. Di antara cara-cara lain lagi adalah dengan menginfakkan
harta untuk membeli cercaan, memberi sewa kepada puak kebatilan untuk
memalsukan hakikat-hakikat kebenaran dan menghiasi kata-kata dusta dengan
tulisan atau ceramah, Allah s.w.t berfirman :
﴿إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا
عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ
يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ﴾
“Sesungguhnya
orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi
(manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta
yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula
mereka dikalahkan dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam
neraka jahanam”[17]
Permusuhan
orang-orang kafir terhadap orang-orang beriman tidak terhad kepada itu sahaja,
bahkan mereka akan bertindak dengan lebih melampau lagi. Adakalanya mereka
mempunyai dasar keimanan tetapi mereka telah tenggelam di dalam kebenaran dan
kebencian kepada para pendakwah. Adakalanya juga terhimpun di dalamnya Iman dan
kufur, taat dan maksiat, dan permusuhan kepada orang-orang beriman. Oleh itu
para pendakwah hendaklah memahami bahawa mustahil mereka dapat berdakwah tanpa
sebarang tentangan kepada orang-orang kafir dan penguasa yang zalim di kalangan
orang-orang Islam sendiri.
Terj : Mohd Faiz
Abdullah
[1] Al Mustafad min Qasas al Quran, Dr Abd Karim Zaidan, hlm 389
[2] Surah al Buruj 4-9
[3] Ibn Kathir (juzu’ 4 hlm 492)
[4] Riwayat Muslim (7703)
[5] Surah al Buruj 10
[6] Ibn Kathir (juzu’ 4 hlm 496)
[7] Al Mustafad min Qasas al Quran, Dr Abd Karim Zaidan, hlm 392
[8] Surah al Buruj 8
[9] Al Qurthubi (juzu’ 20
hlm 293)
[10] Riwayat Hakim (4884)
[11] Surah al Baqarah 207
[12] Majmu’ al Fatawa (juzu’ 25 hlm 279)
[13] Surah al Buruj 8
[14] Surah as Saba’ 34
[15] Surah al Baqarah 217
[16] Al Kasysyaf (juzu’ 1 hlm 259)
[17] Surah al Anfaal 36
Tiada ulasan:
Catat Ulasan