بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ
1
BERLINDUNG
DARIPADA AZAB KUBUR
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h
قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ g يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ
مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ
الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ. (رواه البخاري ٢۸٢٣)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Anas Bin Malik ra katanya, adalah Nabi saw sentiasa berdoa “Ya Allah
sesungguhnya aku mohon perlindungan dengan Mu daripada menjadi orang yang lemah,
malas, pengecut, dan nyanyuk, dan aku mohon berlindung dengan Mu daripada
fitnah hidup dan mati, dan aku mohon berlindung dengan Mu daripada azab kubur”.
2
MAYAT ITU MENDENGAR
أَنَّ
ابْنَ عُمَرَ k أَخْبَرَهُ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ g عَلَى أَهْلِ الْقَلِيبِ فَقَالَ وَجَدْتُمْ
مَا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا فَقِيلَ لَهُ تَدْعُو أَمْوَاتًا فَقَالَ مَا
أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لاَ يُجِيبُونَ. (رواه البخاري ١٣٧۰)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abdullah Bin Umar ra bahawa Nabi saw telah pergi ke tempat Ahlul
Qalib iaitu sebuah telaga yang di dalamnya ada mayat orang-orang kafir Quraish
lalu menyeru “Adakah kamu semua telah menemui apa yang telah dijanjikan oleh
Tuhan kamu itu benar ? Maka para sahabat bertanya adakah tuan menyeru
orang-orang yang telah mati ? maka kata Nabi saw “Kamu tidaklah lebih mendengar
daripada mereka (mereka lebih mendengar daripada kamu) hanyasanya mereka tidak
mampu menjawab”.
3
DOA SEBELUM SALAM
عَنْ عَائِشَةَ
i زَوْجِ النَّبِيِّ g
أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ g كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ
الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ
الْمَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ .(رواه
البخاري ٨٣٢)
Diriwayatkan daripada isteri Nabi saw namanya Aisyah
ra, adalah Nabi saw selalu berdoa di dalam sembahyang
sebelum salam “Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada azab kubur, dan aku
berlindung dengan Mu daripada fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Mu
daripada fitnah hidup dan mati, ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada dosa
dan bebanan hutang”.
4
MATI TIDAK MENSYIRIKKAN ALLAH SWT
عَنْ أَبِي ذَرٍّ h قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ
g
قَالَ لِي جِبْرِيلُ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِكَ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا
دَخَلَ الْجَنَّةَ، أَوْ لَمْ يَدْخُلِ النَّارَ قَالَ وَإِنْ زَنَى وَإِنْ
سَرَقَ. (رواه البخاري ٣٢٢۱)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abu Zar ra, bahawa Nabi saw bersabda, Jibril
berkata kepada aku, “Barangsiapa yang mati di kalangan umat engkau dalam
keadaan tidak mensyirikkan Allah swt walau dengan sesuatu pun maka dia akan
masuk syurga, atau dia tidak akan masuk neraka sekalipun dia berzina dan
sekalipun dia mencuri”.
5
ORANG
KAFIR BENCI KEMATIAN
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ h
عَنِ
النَّبِيِّ g
قَالَ: مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ، وَمَنْ كَرِهَ
لِقَاءَ اللهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ قَالَتْ عَائِشَةُ، أَوْ بَعْضُ أَزْوَاجِهِ
إِنَّا لَنَكْرَهُ الْمَوْتَ قَالَ: g لَيْسَ ذَاكَ
وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ بُشِّرَ بِرِضْوَانِ اللهِ
وَكَرَامَتِهِ فَلَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا أَمَامَهُ فَأَحَبَّ
لِقَاءَ اللهِ وَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ
بُشِّرَ بِعَذَابِ اللهِ وَعُقُوبَتِهِ فَلَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَهَ إِلَيْهِ مِمَّا
أَمَامَهُ كَرِهَ لِقَاءَ اللهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ. (رواه البخاري
٦٥۰٧)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
U’badah Bin as Shomit ra, bahawa Nabi
saw bersabda “Barangsiapa yang suka bertemu Allah swt maka Allah swt suka
bertemu dengannya, dan barangsiapa yang benci bertemu Allah swt maka Allah swt
juga benci bertemu dengannya” kata A’isyah ra atau sebahagian isterinya,
sesungguhnya kami benci akan kematian, kata Nabi saw “Bukanlah demikian tetapi
orang mu’min itu apabila datangnya kematian maka dia mendapat berita gembira
dengan keredhaan Allah swt dan kemuliaannya, tidak ada sesuatu yang amat ia
suka daripada apa yang berada di hadapannya, maka dia suka bertemu Allah swt
dan Allah swt suka bertemu dengannya, dan sesungguhnya orang kafir apabila
datangnya kematian, dia mendapat berita gembira dengan azab Allah swt dan
siksaannya, maka tidak ada sesuatu yang amat ia benci daripada apa di
hadapannya, maka dia benci bertemu Allah swt dan Allah swt juga benci bertemu
dengannya”.
6
MATA
MELIHAT SESUATU
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ h يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: أَلَمْ تَرَوا الإِنْسَانَ إِذَا مَاتَ شَخَصَ بَصَرُهُ
؟ قَالُوا بَلَى. قَالَg : فَذَلِكَ
حِينَ يَتْبَعُ بَصَرُهُ نَفْسَهُ. (رواه مسلم ٢١٧١)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw
bersabda “Tidakkah kamu semua melihat seseorang manusia apabila
ia mati, matanya seperti melihat sesuatu, kata mereka benar Rasulullah, maka
kata Nabi saw “Itu adalah kerana matanya mengikuti rohnya keluar
7
MATI ITU BEREHAT
عَنْ
أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ h أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ g مُرَّ عَلَيْهِ بِجَنَازَةٍ فَقَالَg
: مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ
مِنْهُ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ
؟ فَقَالَ g : الْعَبْدُ
الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ
يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ. (رواه مسلم ٢٢٤٥)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abi Qatadah Bin Rib’e ia menceritakan
bahawa seorang jenazah telah dibawa lalu di hadapan Nabi saw, lalu baginda
berkata “Dia berehat dan direhatkan daripadanya, lalu para sahabat bertanya
wahai Rasulullah apa yang dimaksudkan dengan dia berehat dan direhatkan
daripadanya ?, kata Nabi saw “Orang beriman itu dia berehat daripada kesusahan
dunia dan hamba yang berdosa itu manusia lain, negeri, pokok dan juga binatang
berehat daripadanya”.
8
MAYAT YANG DIPUJI DENGAN KEBAIKAN
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ مُرَّ بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِىَ
عَلَيْهَا خَيْرٌ فَقَالَ نَبِىُّ اللَّهِ g وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ. وَمُرَّ
بِجَنَازَةٍ فَأُثْنِىَ عَلَيْهَا شَرٌّ فَقَالَ نَبِىُّ اللَّهِ g وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ. فَقَالَg: مَنْ أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ خَيْرًا
وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ وَمَنْ أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ شَرًّا وَجَبَتْ لَهُ
النَّارُ أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِى الأَرْضِ أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِى
الأَرْضِ أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِى الأَرْضِ. (رواه مسلم ٢٢٤٣)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Anas Bin
Malik ra katanya “Seorang jenazah ingin dikebumikan, maka manusia ramai
memujinya dengan kebaikan” Sabda Nabi saw “Wajibla ia, wajibla ia, wajibla ia”
dan seorang jenazah lain pula ingin dikebumikan maka ramai manusia
mengatakannya dengan kejahatan” maka sabda Nabi saw “Wajibla ia, wajibla ia, wajibla
ia”, sabda Nabi saw “Jenazah yang kamu puji ke atasnya dengan kebaikan maka
wajiblah baginya syurga, dan jenazah yang kamu puji ke atasnya dengan kejahatan
maka wajiblah ke atasnya neraka, kamu adalah saksi-saksi bagi Allah swt di
bumi, kamu adalah saksi-saksi bagi Allah swt di bumi, kamu adalah saksi-saksi
bagi Allah swt di bumi”.
9
MOHONLAH
KEAMPUNAN
عَنْ
عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ h
قَالَ كَانَ النَّبِىُّ g إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ
عَلَيْهِ فَقَالَ:
g
اسْتَغْفِرُوا لأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ. (رواه أبو داود ٣٢٢٣)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Uthman Bin Affan ra berkata ia adalah
Nabi saw apabila telah selesai mengkebumikan seseorang Nabi saw akan berdiri di
tepi kuburnya dan berkata “Mohonlah keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah
supaya dia dapat menjawab kerana sesungguhnya dia sedang ditanya”.
10
MATI SEPERTI KELDAI
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ h يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ g يَقُولُ: إِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا
وَلاَ أُحِبُّ مَوْتًا كَمَوْتِ الْحِمَارِ. قِيلَ وَمَا مَوْتُ الْحِمَارِ ؟ قَالَ
g: مَوْتُ الْفَجْأَةِ . (رواه الترمذي ٩٩٦)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abdullah ra bahawa aku mendengar Nabi
saw bersabda “Sesungguhnya nyawa orang beriman apabila keluar akan
meleleh peluhnya dan aku tidak suka mati seperti keldai, para sahabat bertanya
bagaimana keldai mati ? maka sabda Nabi saw “Mati mengejut”
11
DUA PINTU
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g: مَا مِنْ مُؤْمِنٍ إِلاَّ وَلَهُ بَابَانِ
بَابٌ يَصْعَدُ مِنْهُ عَمَلُهُ وَبَابٌ يَنْزِلُ مِنْهُ رِزْقُهُ فَإِذَا مَاتَ
بَكَيَا عَلَيْهِ. (رواه الترمذي ٣٢٢٥)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Anas Bin Malik ra, bahawa Nabi saw
bersabda “Tidak ada orang beriman yang mati melainkan baginya
dua pintu, satu pintu akan naik amalan daripadanya dan satu pintu akan turun rezki
daripadanya, maka apabila ia mati, maka menangislah pintu-pintu itu ke atasnya”
12
PENGHALANG AZAB KUBUR
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ k قَالَ ضَرَبَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِىِّ g
خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لاَ يَحْسِبُ أَنَّهُ
قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ
الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا فَأَتَى النَّبِىَّ g فَقَالَ g هِىَ الْمَانِعَةُ هِىَ الْمُنْجِيَةُ
تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ. (رواه الترمذي ٣۱٣٣)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Ibn Abbas ra berkata ia, beberapa orang
sahabat Nabi saw telah membuat khemah, mereka tidak sedar di bawah itu ada
kubur, dan mereka mendengar orang di dalam kubur itu membaca Surah al Mulk
sehingga habis, maka mereka bertanya kepada Nabi saw akan hal yang demikian
itu, sabda Nabi saw “Sesungguhnya Surah al Mulk itu adalah penghalang dan
penyelamat, yang akan menyelamatkan seseorang yang selalu membacanya ketika
hidup daripada azab kubur”.
13
DIBUNUH
PERUT
عَنْ
خَالِدِ بْنِ عُرْفُطَةَ الْعُذْرِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ g يَقُولُ: مَنْ قَتَلَهُ بَطْنُهُ لَمْ
يُعَذَّبْ فِي قَبْرِهِ. (رواه الترمذي ۱۰٦٤)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Khalid Bin U’rfuthoh al U’zri ra berkata
ia, aku mendengar Nabi saw bersabda “Barangsiapa yang mati dibunuh
perut (ditimpa penyakit di dalam badan) maka dia selamat daripada azab kubur”.
14
AMALAN YANG MENYEGERAKAN MASUK KE SYURGA
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ h
قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ g:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ
يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلاَّ أَنْ يَمُوتَ. (رواه النسائي
٩۸٤٨)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abu Umamah ra, bahawa Nabi saw bersabda
“Barangsiapa yang membaca ayatul Kursi setiap kali selepas solat lima
waktu maka tidak ada yang akan menghalangnya daripada masuk syurga melainkan
mati”.
15
KUBUR AWAL PERSINGGAHAN
عَنْ هَانِئٍ مَوْلَى عُثْمَانَ h
قَالَ: كَانَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ يَبْكِي حَتَّى
يَبُلَّ لِحْيَتَهُ، فَقِيلَ لَهُ : تَذْكُرُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ، وَلاَ
تَبْكِي، وَتَبْكِي مِنْ هَذَا ؟ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللهِ g
قَالَ: إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنَازِلِ الآخِرَةِ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ، فَمَا
بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ، وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ، فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ
مِنْهُ قَالَ: وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ: مَا رَأَيْتُ
مَنْظَرًا قَطُّ إِلاَّ وَالْقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ. (رواه ابن ماجة
٤٢٦٧)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Hani’ maula Uthman berkata, adalah
Uthman Bin A’ffan ra apabila ia berdiri di kawasan kubur maka ia akan menangis
sehingga basah janggutnya, maka dikatakan kepadanya engkau mengingati syurga
dan neraka sehingga menangis ? dia berkata Nabi saw bersabda “Sesungguhnya
kubur ialah tempat persinggahan pertama untuk ke akhirat, sekiranya ia selamat
daripadanya maka selepas itu urusannya akan menjadi mudah, sekiranya ia tidak
selamat daripadanya maka selepas itu urusannya akan menjadi lebih payah, kata
Nabi saw lagi “Aku tidak pernah melihat pemandangan yang lebih dasyat daripada
kubur”.
16
TUTUP
MATA MAYAT
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ h
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ g:
إِذَا حَضَرْتُمْ مَوْتَاكُمْ، فَأَغْمِضُوا الْبَصَرَ فَإِنَّ الْبَصَرَ يَتْبَعُ
الرُّوحَ، وَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تُؤَمِّنُ عَلَى مَا قَالَ
أَهْلُ الْبَيْتِ. (رواه ابن ماجة ١٤٤٥)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Syaddad Bin Aus ra, bahawa Nabi saw
bersabda “Apabila kamu menghadiri orang-orang yang mati di
kalangan kamu, maka tutuplah matanya, kerana mata akan terbuka mengikuti ruhnya
yang keluar, dan doakanlah ia dengan kebaikan, kerana para malaikat mengaminkan
apa yang disebut oleh ahli keluarganya”
17
MENYAPU AIR KE MUKA
عَنْ عَائِشَةَ i
قَالَتْ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ g وَهُوَ يَمُوتُ, وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ، فَيُدْخِلُ
يَدَهُ فِي الْقَدَحِ، ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِالْمَاءِ, ثُمَّ يَقُولُ:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ. (رواه ابن ماجة ۱٦٢٣)
Diriwayatkan daripada isteri Nabi saw namanya Aisyah ra berkata, aku melihat
Nabi saw yang hampir wafat, di sisinya ada bekas air, lalu baginda
memasukkannya ke dalam bekas itu dan menyapu air ke mukanya, kemudian berkata
“Ya Allah bantulah aku menghadapi sakaratul maut”
18
ORANG-ORANG
YANG CERDIK
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ k، أَنَّهُ قَالَ: كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللهِ g، فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ،
فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ g، ثُمَّ قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ
أَفْضَلُ ؟ قَالَ: أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، قَالَ: فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ؟
قَالَ: أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا، وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ
اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ. (رواه ابن ماجة ٤۲٥٩)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abdullah Bin Umar ra berkata, aku
bersama dengan Nabi saw, lalu datang seorang lelaki di kalangan Anshor, ia
memberi salam kepada Nabi saw kemudian bertanya “Ya Rasulallah siapakah orang
beriman yang terbaik ? maka kata Nabi saw “Yang paling terbaik akhlaknya” dia
bertanya lagi siapa orang mu’min yang paling cerdik ? kata Nabi saw “Yang
paling banyak mengingati mati dan banyak melakukan persiapan untuk mati, maka
mereka itulah orang-orang yang cerdik”.
19
PEMUTUS KELAZATAN DUNIA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ h
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ g:
أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَادِمِ اللَّذَّاتِ، يَعْنِي الْمَوْتَ. (رواه ابن ماجة
٤۲٥۸)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw
bersabda “Perbanyakkalah oleh kamu semua dengan mengingati
pemutus segala kelazatan iaitu mati”.
20
DUA
PERKARA DIBENCI ANAK ADAM
عَنْ
مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍh أَنَّ النَّبِيَّ g قَالَ: اثْنَتَانِ
يَكْرَهُهُمَا ابْنُ آدَمَ: يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَالْمَوْتُ خَيْرٌ لِلْمُؤْمِنِ
مِنَ الْفِتْنَةِ، وَيَكْرَهُ قِلَّةَ الْمَالِ، وَقِلَّةُ الْمَالِ أَقَلُّ
لِلْحِسَابِ.(رواه أحمد ٢٣٦٧٤)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Mahmud Bin Labid ra, bahawa Nabi saw
bersabda “Dua
perkara yang amat dibenci oleh anak Adam iaitu, benci ia akan kematian
sedangkan mati itu lebih baik bagi orang beriman daripada fitnah, dan benci ia
akan kurang harta sedangkan kurang harta itu akan meringankan hisabnya di
akhirat kelak”.
21
TANDA
MATI HUSNUL KHATIMAH
عَنْ
بُرَيْدَةَ h أَنَّهُ عَادَ أَخًا لَهُ فَرَأَى جَبِينَهُ
يَعْرَقُ فَقَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ g
يَقُولُ: الْمُؤْمِنُ يَمُوتُ بِعَرَقِ الْجَبِينِ .(رواه أحمد
٢٣۰٩٧)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Buraidah ra bahawa ia
menziarahi saudaranya yang sedang sakit lalu, meninggal dunia, maka ia lihat di
dahi saudaranya itu keluar peluh dan berkata Allahuakbar aku telah mendengar
bahawa Nabi saw bersabda “Orang beriman itu mati dengan keluarnya peluh di
dahi”.
22
MAYAT KENAL ORANG YANG HIDUP
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ h
أَنَّ النَّبِيَّ g قَالَ: إِنَّ الْمَيِّتَ يَعْرِفُ مَنْ يَحْمِلُهُ
وَمَنْ يُغَسِّلُهُ وَمَنْ يُدَلِّيهِ فِي قَبْرِهِ. (رواه أحمد ۱۱۰۱۰)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abu Said al Khudri ra bahawa Nabi saw bersabda “Sesungguhnya mayat itu
mengenali orang yang membawanya dan memandikannya dan orang yang menyambutnya
di dalam kubur”.
23
MATI
HARI JUMAAT
عَنْ
عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو k قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ g: مَنْ مَاتَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ
لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وُقِيَ فِتْنَةَ الْقَبْرِ.(رواه أحمد ٦٦٤٦)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abdullah Bin Amru, bahawa Nabi saw bersabda “Barangsiapa yang mati pada hari
Jumaat atau pada malam Jumaat maka selamat ia daripada azab kubur”.
24
TULANG RUSUK BERSELISIH
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ g قَالَ: إِنَّ الْعَبْدَ
إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ، وَتَوَلَّى عَنْهُ أَصْحَابُهُ حَتَّى إِنَّهُ لَيَسْمَعُ
قَرْعَ نِعَالِهِمْ، أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيُقْعِدَانِهِ، فَيَقُولاَنِ لَهُ: مَا
كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ لِمُحَمَّدٍ g فَأَمَّا الْمُؤْمِنُ فَيَقُولُ: أَشْهَدُ
أَنَّهُ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ، فَيُقَالُ: انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِ،
فَقَدْ أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا فِي الْجَنَّةِ، قَالَ رَسُولُ اللهِ g: فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا قَالَ رَوْحٌ فِي
حَدِيثِهِ: قَالَ قَتَادَةُ: فَذَكَرَ لَنَا أَنَّهُ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ
سَبْعُونَ ذِرَاعًا، وَيُمْلأُ عَلَيْهِ خُضْرًا إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ ثُمَّ
رَجَعَ إِلَى حَدِيثِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: وَأَمَّا الْكَافِرُ
وَالْمُنَافِقُ، فَيُقَالُ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟
فَيَقُولُ لاَ أَدْرِي. كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ، فَيُقَالُ لَهُ: لاَ
دَرَيْتَ وَلاَ تَلَيْتَ، ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَاقٍ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً
بَيْنَ أُذُنَيْهِ، فَيَصِيحُ صَيْحَةً فَيَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ غَيْرُ
الثَّقَلَيْنِ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ: يَضِيقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ، حَتَّى تَخْتَلِفَ
أَضْلاَعُهُ. (رواه أحمد ۱٢۲٧١)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Anas Bin Malik ra, bahawa Nabi saw bersabda
“Sesungguhnya seseorang hamba apabila diletakkan di dalam kuburnya, lalu
para sahabatnya pun pulang, maka sungguh ia amat mendengar hentakan kasut-kasut
mereka, lalu datanglah dua malaikat dan mendudukkannya, kata kedua malaikat itu
“Apa yang
ingin engkau katakan tentang lelaki ini iaitu Muhammad saw ?” adapun orang beriman akan berkata “Aku naik saksi
bahawa Nabi Muhammad itu hamba Allah dan pesuruhnya, maka dikatakan kepadanya
lihatlah tempat duduk engkau di dalam api neraka” Maka Allah swt tukarkan bagi
engkau tempat duduk di dalam syurga, sabda Nabi saw “Maka si mati akan melihat
kedua-duanya (iaitu syurga dan neraka)” kata Qatadah: Nabi saw menyebut kepada kami bahawa “Diluaskan
kuburnya tujuh puluh hasta, dipenuhi ke atasnya tumbuhan hijau (nikmat yang
banyak) sehinggalah hari kebangkitan” Adapun orang kafir dan orang munafiq akan
berkata “Aku
tidak kenal, aku hanya berkata apa yang orang ramai katakan” kemudian ia dipukul dengan pemukul besi di antara dua
telinganya, maka ia menjerit dengan dengan kuat sehingga dapat didengar oleh
sesiapa yang berada di situ melainkan jin dan manusia, dan disempitkan kuburnya
sehingga berselisih tulang rusuknya”.
25
DIUTUS DUA ULAR
عَنْ عَائِشَةَ i
أَنَّ رَسُولَ اللهِ g قَالَ: يُرْسَلُ عَلَى الْكَافِرِ حَيَّتَانِ: وَاحِدَةٌ
مِنْ قِبَلِ رَأْسِهِ، وَأُخْرَى مِنْ قِبَلِ رِجْلَيْهِ، تَقْرِضَانِهِ قَرْضًا،
كُلَّمَا فَرَغَتَا عَادَتَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. (رواه أحمد ۲٥۲٣۰)
Diriwayatkan daripada isteri Nabi saw namanya Aisyah
ra bahawa Nabi saw bersabda “Orang kafir akan dihantar dua ekor
ular, satu di sebelah kepalanya dan satu lagi di sebelah kakinya, ular-ular itu
sentiasa menggigitnya, ia terus menggigit sehingga ke hari Qiamat”.
26
SEGALA AMALAN DIBENTANGKAN KEPADA MAYAT
عن أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ g:
إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَائِرِكُمْ مِنَ
الأَمْوَاتِ، فَإِنْ كَانَ خَيْرًا اسْتَبْشَرُوا بِهِ، وَإِنْ كَانَ غَيْرَ
ذَلِكَ، قَالُوا: اللَّهُمَّ لاَ تُمِتْهُمْ، حَتَّى تَهْدِيَهُمْ كَمَا
هَدَيْتَنَا. (رواه أحمد ۱۲۰٧٦)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Anas Bin Malik ra, bahawa Nabi saw bersabda
“Sesungguhnya segala amalan kamu dibentangkan ke atas
ahli keluarga kamu yang telah meninggal dunia, sekiranya amalan itu baik,
mereka sangat gembira dengannya, sekiranya amalan kamu buruk, mereka akan berdoa
“Ya Allah janganlah matikan mereka sehingga Engkau beri hidayah kepada mereka
sebagaimana Engkau beri hidayah kepada kami”.
27
WAKTU TERBAIK UNTUK MATI
عَنْ
حُذَيْفَةَ بْن الْيَمَانِ h
قَالَ: أَسْنَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى g
إِلَى صَدْرِي فَقَالَ: مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللَّهُ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ, خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ
صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ،
وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ
الْجَنَّةَ. (رواه أحمد ٢٣٣٧٢)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Huzaifah Bin al Yaman ra berkata “Aku menyandarkan dadaku kepada
Nabi saw baginda berkata barangsiapa yang berkata لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ Kerana mengharapkan pandangan Allah swt
maka dia akan dimatikan dengannya dan akan dimasukkan ke dalam syurga, dan
barangsiapa yang berpuasa satu hari kerana mengharapkan pandangan Allah swt maka
dia akan dimatikan dengannya dan akan dimasukkan ke dalam syurga, dan
barangsiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mengharapkan pandangan Allah
swt maka dia akan dimatikan dengannya dan akan dimasukkan ke dalam syurga”.
28
LARI
DARIPADA MATI
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ h
عَنِ النَّبِيّ g
: لَوْ أَنَّ
رَجُلًا هَرَبَ مِنْ رِزْقِهِ كَهَرَبِهِ مِنَ الْمَوْتِ، لَأَدْرَكَهُ رِزْقُهُ
كَمَا يُدْرِكُهُ الْمَوْتُ. (رواه البيهقي ١١٤٨)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat
Nabi saw namanya Jabir Bin Abdullah ra bahawa Nabi saw bersabda “Kalaulah
seorang lelaki itu lari daripada rezkinya seperti ia lari daripada kematian
nescaya ia akan mendapat rezki sebagaimana mati mendapatnya”.
29
CEPATKAN KEBUMI
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مِهْرَانَ h:
أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ أَوْصَى عِنْدَ مَوْتِهِ أَنْ لاَ تَضْرِبُوا عَلَى
قَبْرِى فُسْطَاطًا، وَلاَ تَتْبَعُونِى بِمِجْمَرٍ، وَأَسْرِعُوا بِى أَسْرِعُوا
بِى فَإِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ g يَقُولُ: إِذَا وُضِعَ الْمُؤْمِنُ عَلَى سَرِيرِهِ يَقُولُ
قَدِّمُونِى قَدِّمُونِى، وَإِذَا وُضِعَ الْكَافِرُ عَلَى سَرِيرِهِ قَالَ يَا
وَيْلَتَاهُ أَيْنَ تَذْهَبُونَ بِى. (رواه البيهقي ٧۰٩٣)
Diriwayatkan daripada
seorang sahabat Nabi saw namanya Abdurrahman Bin Mihran ra, bahawa
Abu Hurairah ra telah mewasiatkan ketika ia hampir mati “Janganlah kamu
letakkan khemah di atas kuburku dan janganlah kamu ikuti jenazah aku dengan
bakaran api kerana ia perbuatan jahiliah, dan hendaklah kamu percepatkan
pengkebumian aku, kerana aku telah mendengar bahawa Nabi saw bersabda “Apabila
orang beriman itu diletakkan di atas hamparannya maka ia akan berkata
percepatkan aku, percepatkan aku, dan apabila orang kafir diletakkan di atas
hamparannya maka ia akan berkata, alangkah celakanya, ke mana kamu mahu membawa
aku”.
30
SUKA MENGADU
DOMBA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ h عَنْ رَسُولِ اللَّهِ g أَنَّهُ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ فَأَخَذَ سَعَفَةً أَوْ
جَرِيدَةً فَشَقَّهَا فَجَعَلَ إِحْدَاهُمَا عَلَى أَحَدِ الْقَبْرَيْنِ،
وَالشُّقَّةُ الْأُخْرَى عَلَى الْقَبْرِ الْآخَرِ. قَالَ ابْنُ وَهْبٍ: أَرَى
سُئِلَ عَنْ فَعْلَتِهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ g : رَجُلٌ كَانَ لَا يَتَّقِي مِنَ الْبَوْلِ وَامْرَأَةٌ
كَانَتْ تَمْشِي بَيْنَ النَّاسِ بِالنَّمِيمَةِ فَانْتَظَرَ بِهِمَا الْعَذَابُ
إِلَى يَوْمِ القيامة. (رواه البيهقي ١۰٣)
Diriwayatkan daripada
seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Hurairah ra, bahawa Nabi
saw berjalan melalui dua buah kubur lalu Nabi saw mengambil pelepah tamar yang
masih basah lalu membelahnya dan meletakkannya ke atas salah satu kubur dan
sebelah lagi di atas kubur yang lainnya, kata Ibn Wahab aku melihat baginda
ditanya kenapa melakukan demikian, maka kata Nabi saw, “Lelaki di dalam kubur
ini sedang disiksa kerana tidak membersihkan kencingnya, dan perempuan dalam
kubur ini pula disiksa kerana selalu berjalan di antara manusia dengan mengadu
domba, maka azab sedang menunggu mereka sehingga ke hari Qiamat”.
31
99 EKOR TINNIN
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ h
أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ g قَالَ: الْمُؤْمِنُ فِي قَبْرِهِ فِي رَوْضَةٍ خَضْرَاءَ
وَيَرْحُبُ قَبْرُهُ سَبْعِينَ ذِرَاعًا، وَيُنَوَّرُ لَهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ
الْبَدْرِ، أَتَدْرُونَ فِيمَا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ ﴿فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ أَعْمَى﴾ أَتَدْرُونَ مَا الْمَعِيشَةُ الضَّنْكُ ؟
قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: عَذَابُ الْكَافِرِ فِي قَبْرِهِ،
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهُ لَيُسَلَّطُ عَلَيْهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ
تِنِّينًا، أَتَدْرُونَ مَا التِّنِّينُ ؟ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ حَيَّةً لِكُلِّ
حَيَّةٍ تِسْعَةُ رُءُوسٍ يَنْفُخُونَ فِي جِسْمِهِ وَيَلْسَعُونَهُ
وَيَخْدُشُونَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. (رواه البيهقي ٦٨)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat
Nabi saw namanya Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda “Orang
beriman di dalam kuburnya berada di dalam taman hijau dan diluaskan kuburnya
tujuh puluh hasta, dan diberi cahaya di dalam kuburnya seperti bulan pada malam
purnama, adakah kamu tahu maksud ayat al Quran “Sesungguhnya baginya kehidupan
yang sengsara dan Kami akan himpunkan dia dalam keadaan buta” adakah kamu tahu
apa itu kehidupan yang sengsara ? para sahabat berkata Allah dan Rasulnya lebih
mengetahui, sabda Nabi saw “Iaitu azab yang dikenakan kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang melawan Allah swt di
dalam kuburnya, demi diriku yang berada di dalam genggamannya sesungguhnya
orang kafir itu akan dibelit oleh 99 ekor Tinnin, adakah kamu tahu apa itu
Tinnin ? Tinnin ialah ular, setiap ekor daripadanya ada sembilan kepala yang
akan membelit badannya, mematuknya dan akan merobek-robeknya sehinggalah ke
hari Qiamat”.
32
SENTIASA
MENZIARAHI KUBUR
عَنْ أَبِي ذَرٍّ h
قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ g:
زُرِ الْقُبُورَ تَذَكَّرْ بِهَا الْآخِرَةَ، وَاغْسِلِ الْمَوْتَى فَإِنَّ
مُعَالَجَةَ جَسَدِهِ مَوْعِظَةٌ بَلِيغَةٌ، وَصَلِّ عَلَى الْجَنَائِزِ لَعَلَّ
ذَلِكَ أَنْ يُحْزِنَكَ، فَإِنَّ الْحَزِينَ فِي ظِلِّ اللهِ يَتَعَرَّضُ كُلَّ
خَيْرٍ. (رواه الحاكم ١٣٩٥)
Daripada seorang sahabat Nabi saw namanya Abu Zar ra katanya,
bahawa Nabi saw telah berkata kepadaku “Selalulah engkau menziarahi kubur
kerana ia mengingatkan akan akhirat, dan mandikanlah mayat kerana ia merawat
jasad dan peringatan yang menyampaikan, dan sembahyanglah ke atas jenazah
mudah-mudahan ia menyedihkan engkau, kerana sedih dalam naungan Allah swt itu
mendorong kepada setiap kebaikan”.
33
ZIKIR NABI YUNUS AS
عَنْ سَعْدِ
بْنِ أَبِي وَقَّاص h أَنَّ النَّبِيّ g
قَالَ: هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى اسْمِ اللهِ الْأَعْظَمِ
دُعَاءُ يُونُسَ ﴿ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ
الظَّالِمِينَ﴾ فَأَيُّمَا مُسْلِم دَعَا بِهَا فِى مَرَضِهِ أَرْبَعِينَ مَرَّةً
فَمَاتَ فِى مَرَضِهِ ذَلِكَ أَعْطَى أَجْرَ شَهِيدٍ وَإِنْ بَرَأَ بَرَأَ مَغْفُورًا
لَهُ. (رواه الحاكم ١۸٦٥)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Saad Bin Abi Waqqash ra bahawa Nabi saw bersabda “Mahukah
kamu aku tunjukkan nama Allah yang maha agong yang telah dibaca oleh Nabi Yunus
as, doa itu ialah لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ
مِنَ الظَّالِمِينَ maka
mana-mana Muslim yang membacanya ketika ia sakit empat puluh kali, lalu ia mati
dalam sakitnya itu, maka Allah swt akan kurniakan ganjaran syahid kepadanya dan
dia terlepas daripada api neraka serta mendapat keampunan daripada Allah swt”.
34
SURAH
UNTUK DIRINGANKAN KEMATIAN
عَنْ
أَبِي الدَّرْدَاءِ وَأَبِي ذَرٍّ k قالا: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ g مَا مِنْ مَيِّتٍ يَمُوتُ فَيُقْرَأُ عِنْدَهُ يس إلَّا هَوَّنَ اللَّهُ
عَلَيْهِ.
(رواه الديلمي
٦۰۹٩)
Diriwayatkan
oleh dua orang sahabat Nabi saw namanya Abu Darda’ dan juga Abu Zar ra bahawa
Nabi saw bersabda “Tidak ada seseorang yang hampir mati lalu dibacakan di
sisinya Surah Yasin melainkan Allah swt akan meringankan ia mati”.
35
ZIKIR YANG TIDAK DIMAKAN API NERAKA
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ k
قَالَا قَالَ رَسُولُ اللهِ g: مَنْ قَالَ عِنْدَ
مَوْتِهِ (لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا
قُوَّةَ إلَّا بِاَللَّهِ) لَا تَطْعَمُهُ النَّارُ أَبَدًا .(رواه
الطبراني ٢٩٥۸)
Diriwayatkan daripada dua orang sahabat Nabi saw
namanya Abu Said dan Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda “Barangsiapa
yang banyak berkata ketika ia hampir nak mati لَا إلَهَ
إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِاَللَّهِ maka api neraka tidak akan memakannya selama-lamanya”.
36
BACAKAN
AYAT AL QURAN
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ k يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ g يَقُولُ: إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَلا
تَحْبِسُوهُ, وَأَسْرِعُوا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ, وَلْيُقْرَأْ عِنْدَ رَأْسِهِ
بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ, وَعِنْدَ رِجْلَيْهِ بِخَاتِمَةِ الْبَقَرَةِ فِي
قَبْرِهِ. (رواه الطبراني ١٣٤٣۸)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abdullah Bin Umar ra bahawa aku mendengar Nabi saw bersabda “Apabila mati
seseorang di kalangan kamu maka janganlah kamu lewat mengkebumikannya tanpa
uzur dan bersegeralah membawanya ke kuburnya, dan hendaklah dibaca dikepalanya
Surah al Fatihah dan di sisi dua kakinya penutup Surah al Baqarah setelah
dimasukkan ke dalam kubur”.
37
SABAR BERTEMU MUSUH
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ h
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g:
مَنْ لَقِيَ الْعَدُوّ فَصَبَرَ حَتَّى يُقْتَلَ أَوْ يَغْلِبَ لَمْ يُفْتَنْ فِي
قَبْرِهِ. (رواه الطبراني ٣۹٨٧)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abu Ayyub al Anshori ra bahawa Nabi saw bersabda “Barangsiapa
yang bertemu musuh dan dia bersabar dengan kezalimannya sehingga dia dibunuh
maka dia akan selamat daripada azab kubur”.
38
PERKARA YANG BERMANFAAT UNTUK MAYAT
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ h
عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ g
قَالَ: أَرْبَعَةٌ تَجْرِي عَلَيْهِمْ أُجُورُهُمْ بَعْدَ الْمَوْتِ: مَنْ مَاتَ
مُرَابِطًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَمَنْ عَلِمَ عِلْمًا أُجْرِيَ لَهُ أَجْرُهُ
مَا عَمِلَ بِهِ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَجْرُهَا يَجْرِي لَهُ مَا جَرَتْ،
وَرَجُلٌ تَرَكَ وَلَدًا صَالِحًا، فَهُوَ يَدْعُو لَهُ. (رواه
الطبراني ٧٧٣٧)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Abu Umamah al Bahili ra bahawa Nabi saw bersabda “Empat perkara
yang akan mengalir pahala selepas mati iaitu; Mereka yang mati kerana menjaga
perbatasan di jalan Allah, orang yang tahu akan suatu ilmu dan ia beramal
dengan ilmunya pahalanya terus mengalir, dan orang yang berwaqaf dengan suatu
waqaf maka pahalanya juga terus mengalir, dan seseorang yang mempunyai anak yang
soleh yang sentiasa mendoakannya”.
39
PENGHAPUS
DOSA
عَنْ أَنَسِ
بْنِ مَالِكٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g
أَكْثِرُوا ذِكْرَ الْمَوْتِ فَإِنَّهُ يُمَحّصُ الذُّنُوبَ
ويُزَهِّدُ فِي الدُّنْيا فَإِنْ ذَكرْتُمُوهُ عِنْدَ الْغِنَى هَدَمَهُ وإنْ ذَكَرْتُمُوهُ
عِنْدَ الفَقْرِ أَرْضَاكُمْ بِعَيْشِكُمْ. (رواه ابن أبي الدنيا ١٤۰١)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Anas Bin Malik ra bahawa Nabi saw bersabda “Perbanyakkalah
oleh kamu sekalian akan ingat mati, kerana ia akan menghapuskan dosa, dan
menjadikan kamu zuhud di dunia, sekiranya kamu sentiasa ingat mati ketika kaya
maka ia akan meruntuhkan keinginan kamu kepada dunia, dan sekiranya kamu
sentiasa ingat mati ketika kamu faqir maka ia akan menyebabkan kamu sentiasa redha
dengan kehidupan”.
40
ZUHUD YANG PALING AFDHAL
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ h قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ g
أفْضَلُ الزُّهْدِ في الدُّنْيا ذِكْرُ المَوْتِ
وأفْضَلُ العِبادَةِ التَّفَكُّرُ فَمَنْ أثْقَلَهُ ذِكْرُ الْمَوْتِ وَجَدَ
قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ (رواه الديلمي
۱٤٤۱)
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw namanya
Anas Bin Malik ra bahawa Nabi saw bersabda “Zuhud yang
paling afdhal di dunia adalah sentiasa ingat mati, dan ibadah yang paling
afdhal adalah ingat mati, dan tafakur
yang paling afdhal adalah ingat mati, maka barangsiapa yang banyak ingat mati
kuburnya akan menjadi taman daripada taman-taman syurga”.
40 Hadis tentang alam kubur
diambil daripada Kitab Syarah as Shudur Imam as Suyuti
Terj : Mohd Faiz Abdullah
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan