MENJAUHI SIFAT IBLIS,
QARUN DAN FIRAUN
Kata Syeikh Yusuf ra :
Orang yang
berkata : “Aku lebih baik daripada
dia” sudah memainkan peranan Iblis.
Orang yang
berkata: “ Ini daripada usaha aku sendiri”
sudah memainkan peranan Qarun.
Orang yang
suka menghukum, menilai dan mencari
kelemahan orang lain sudah memainkan peranan
Firaun.
Sifat Iblis itu merasa lebih baik
daripada orang lain.
Firman Allah swt :
قَالَ
مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ
خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ ١٢
“Apakah
yang menghalang engkau daripada sujud ketika Aku perintah engkau ? Iblis
menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikan aku daripada api sedangkan
dia Engkau jadikan daripada tanah”.[1]
Sifat Qarun itu memandang
usahanya sendiri.
Firman Allah swt :
قَالَ
إِنَّمَآ أُوتِيتُهُۥ عَلَىٰ عِلۡمٍ عِندِيٓۚ
Qarun menjawab (dengan
sombong):”Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan
kepandaian yang ada padaku”[2]
Sifat Firaun itu sangat angkuh.
Firman Allah swt :
وَقَالَ
ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِ فِرۡعَوۡنَ أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوۡمَهُۥ لِيُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ
وَيَذَرَكَ وَءَالِهَتَكَۚ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبۡنَآءَهُمۡ وَنَسۡتَحۡيِۦ
نِسَآءَهُمۡ وَإِنَّا فَوۡقَهُمۡ قَٰهِرُونَ ١٢٧
Dan berkatalah pula
Ketua-ketua dari kaum
Firaun: "Adakah engkau
(wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk
melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan
meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh
anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan
hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai
(menundukkan) mereka"[3]
Sabda Nabi
saw :
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ
خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ وَلاَ يَدْخُلُ النَّارَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ
حَبَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ.
“Tidak akan masuk
syurga mereka yang ada di dalam hatinya sifat takabbur walau seberat biji sawi dan tidak akan
masuk neraka mereka yang ada di dalam
hatinya iman walau seberat biji sawi”. [4]
MENGENAL ALLAH SWT
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Sekiranya
kamu mula merasakan manisnya berhubung dengan Allah (hasil kefahaman dan
makrifahmu padaNya) nescaya kamu akan berasa pahit apabila berpisah denganNya.
Dan apabila kamu berasa manis bersama Allah, pasti kamu akan berasa pahit
apabila bersama manusia dan manisnya berpisah dengan manusia”.
“Sekafir-kafir
orang kafir, ada Tuhan yang disembah, seislam islam orang Islam tidak ada Tuhan
yang disembah, siapakah yang lebih kafir ?”
“Kenallah
Allah dengan sebenarnya dan hiduplah seperti mana kamu mahu”.
Kata Imam al Ghazzali ra :
عِشْ
مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مُفَارِقُهُ وَاعْمَلْ
مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِي بِهِ.
“Hiduplah
sesuka hati engkau kerana engkau akan mati, cintailah apa sahaja kerana engkau
akan berpisah dengannya, dan buatlah apa sahaja kerana engkau akan dibalas
mengikut amal perbuatan engkau”.
Firman Allah swt :
وَمَا قَدَرُواْ ٱللَّهَ
حَقَّ قَدۡرِهِۦ
“Dan mereka kaum Yahudi tidak
menghormati Allah dengan penghormatan yang sebenarnya (iaitu mengenal Allah
dengan sebenar-benarnya)”[5]
Abu Ali Ad Daqqaq ra berkata :
“Di antara tanda-tanda ma'rifatullah
itu adalah merasa kehebatan Allah swt, maka mereka yang bertambah ma’riffahnya
bertambahlah rasa hebatnya Allah swt”.
Ahmad al Anthoki berkata ra :
“Barangsiapa yang kenal Allah,
maka dia merasa takut padaNya”.
TANDA
KUATNYA AQIDAH SESEORANG
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Jika kamu
hendak melihat kuatnya tauhid seseorang, lihatlah pada soal rezekinya”.
Firman Allah swt :
وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡحَيِّ
ٱلَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِهِۦۚ
“Dan berserahlah engkau kepada
Allah Tuhan Yang Hidup yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujinya”[6]
Sabda Nabi saw :
لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى
اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا تُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو
خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا.
“Seandainya kalian bertawakkal
kepada Allah dengan sungguh-sungguh tawakkal kepadaNya, sungguh kalian akan
diberikan rezeki oleh Allah swt sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada
burung. Pagi hari burung tersebut keluar
dalam keadaan lapar dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang”.[7]
TANDA KEKURANGAN DAN
KESEMPURNAAN DIRI
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Barangsiapa
mula melihat dirinya sempurna, maka itulah tanda kekurangan dirinya.
Barangsiapa terus melihat dirinya perlu diperbaiki, maka telah bermulalah
kesempurnaan dirinya”.
Kata Masruq ra :
كَفَى بِالْمَرْءِ عِلْمًا أَنْ يَخْشَى اللهَ وَكَفَى
بِالْمَرْء جَهْلًا أَنْ يُعْجبَ بِعِلْمِهِ.
“Cukup seseorang itu berilmu bila
dia takut kepada Allah swt, dan cukup seseorang itu jahil bila dia merasa kagum
dengan ilmunya sendiri”
Ditanya kepada Yahya Bin Muaz :
"Bilakah seseorang iu
dianggap tawakal?" Dia menjawab "Apabila dia redha bahawa Allah swt
itu sebagai penolongnya”.
Firman Allah swt :
وَلَا
تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ
لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ ١٨
“Dan janganlah engkau memalingkan
muka engkau kerana memandang rendah kepada manusia, dan janganlah engkau
berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah swt tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.[8]
Sabda Nabi saw :
وَإِنَّ اللَّهَ أَوْحَى إِلَىَّ أَنْ تَوَاضَعُوا
حَتَّى لاَ يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ وَلاَ يَبْغِى أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ.
“Sesungguhnya Allah swt telah
mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan hati sehingga seseorang tidak
menyombongkan diri atas yang lain dan tidak berlaku zalim atas yang lain”.[9]
Sabda Nabi saw :
مَا نَقَصَ مَالُ عَبْدٍ مِنْ صَدَقَةٍ وَلاَ
ظُلِمَ عَبْدٌ مَظْلِمَةً فَصَبَرَ عَلَيْهَا إِلاَّ زَادَهُ اللَّهُ عِزًّا.
"Tidak akan berkurang harta seorang
hamba kerana sedekah, dan tidaklah seorang hamba yang dizalimi lalu ia bersabar
melainkan Allah swt akan tambahkan kemuliaannya”.[10]
Daripada Anas ra bahawasanya dia
pernah berjalan dan bertemu beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam
kepada mereka, dia berkata adalah Nabi saw pernah melakukannya".
BENAR MENUJU ALLAH SWT
Kata Syeikh Yusuf ra:
“Kejujuran
kepada Allah swt merupakan jalan yang paling hampir untuk menujuNya”.
“Setiap permulaan
akan menuju penghujungnya”.
“Sesiapa
yang mana permulaannya membakar-bakar atau menyala-nyala, maka penghujungnya
akan terang menderang”.
“Orang yang
jujur permulaan suluknya, maka Allah swt akan memuliakannya di penghujung
suluknya”.
Kata sebahagian salafussoleh :
إِذَا طَلَبْتَ اللهَ بِالصِّدْقِ
أَعْطَاكَ مِرْآةً تُبْصِرُ فِيهَا كُلَّ شَيْءٍ مِنْ عَجَائِبِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.
“Apabila engkau mencari Allah swt
dengan benar, maka Allah swt akan memberikan engkau cermin yang engkau akan
dapat melihat di dalamnya setiap sesuatu daripada keajaiban dunia dan akhirat”
Firman Allah swt:
وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ
فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٦٩
“Dan orang-orang yang
bermujahadah pada jalan Kami, Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredhaan), dan sesungguhnya Allah swt beserta orang-orang yang
berbuat baik”.[11]
Di dalam hadis Qudsi disebutkan :
وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ
إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ
بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ.
“Tidaklah hambaKu mendekatiKu
dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku
telah fardhukan ke atasnya dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu
dengan melakukan yang sunat sehingga Aku mencintainya”.[12]
Di dalam hadis Qudsi disebutkan :
وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ
تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي
أَتَيْتُهُ هَرْوَلَة.
“Kalau seseorang hamba itu
mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta, kalau dia
mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa, kalau dia
mendatangiKu dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari”.[13]
Sabda Nabi saw :
"Neraka itu dihijab oleh
syahwat dan syurga itu pula dihijab oleh perkara-perkara yang dibenci"
SIAPA MUSUH SEBENAR KITA ?
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Tidak ada musuh sesama kita, musuh kita
hanyalah syaitan yang hendak memecah belahkan kita”.
“Janganlah
kamu mengutuk syaitan kerana pada suatu ketika kamulah sahabat karibnya”.
Firman Allah swt :
يَٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ
خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨
“Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum-hakamnya dan
janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh
yang nyata bagimu”.[14]
Firman Allah swt :
ٱلشَّيۡطَٰنُ
يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُكُم بِٱلۡفَحۡشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم
مَّغۡفِرَةٗ مِّنۡهُ وَفَضۡلٗاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ ٢٦٨
Syaitan itu menjanjikan kamu
dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia
menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut), sedang
Allah swt menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan
kurniaNya, dan ingatlah Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa
meliputi pengetahuannya”.[15]
Firman Allah swt :
إِنَّمَا
ذَٰلِكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ يُخَوِّفُ أَوۡلِيَآءَهُۥ فَلَا تَخَافُوهُمۡ وَخَافُونِ
إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
“Sesungguhnya pembawa berita yang demikian itu ialah
syaitan yang bertujuan menakut-nakutkan pengikut-pengikutnya (kaum kafir
musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu
(jangan cuaikan perintaıKu), jika benar kamu orang-orang yang beriman”.[16]
Firman Allah swt :
وَٱلَّذِينَ
يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلۡيَوۡمِ
ٱلۡأٓخِرِۗ وَمَن يَكُنِ ٱلشَّيۡطَٰنُ لَهُۥ قَرِينٗا فَسَآءَ قَرِينٗا ٣٨
“Dan orang-orang yang
membelanjakan hartanya dengan memunjuk-nunjuk kepada manusia (ria’), dan mereka
tidak pula beriman kepada Allah swt, dan tidak juga beriman kepada hari
akhirat. Dan sesiapa yang mengambil syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-
buruk kawan ialah syaitan”.[17]
Sabda Nabi saw :
فَقِيهٌ وَاحِدٌ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَابِدٍ.
“Seorang faqih itu lebih ditakuti
oleh syaitan daripada seribu ahli ibadat”[18]
BAGAIMANA UNTUK MENJADI ORANG
YANG SOLEH
Kata Syeikh Yusuf ra:
Untuk menjadi orang yang soleh,
hendaklah kamu berniat di pagi-pagi hari dengan empat niat :
1.
Hendak mengerjakan semua perintah
Allah.
2.
Hendak meninggalkan segala
larangan Allah.
3.
Hendak melangsaikan segala hutang.
4.
Hendak memperbaiki keadaan dan
hubungan sesama manusia.
Firman Allah swt :
مَنۡ
عَمِلَ صَٰلِحٗا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَنُحۡيِيَنَّهُۥ
حَيَوٰةٗ طَيِّبَةٗۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواْ
يَعۡمَلُونَ ٩٧
“Sesiapa yang beramal soleh,
lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan
menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan
membalas mereka, dengan memberi pahala yang lebih daripada apa yang mereka
telah kerjakan”.[19]
Firman Allah swt :
وَأَمَّا
مَنۡ ءَامَنَ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُۥ جَزَآءً ٱلۡحُسۡنَىٰۖ وَسَنَقُولُ لَهُۥ
مِنۡ أَمۡرِنَا يُسۡرٗا
“Adapun orang yang beriman serta
beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya, dan Kami akan
perintahkan kepadanya perintah-perintah Kami yang tidak memberati”.[20]
TUJUAN KITA DIUJI
Kata Syeikh Yusuf ra:
“Untuk
mendapatkan ketulenan emas ia perlu dibakar, maka kita dibakar dengan ujian
untuk mendapatkan siapakah yang terbaik di kalangan hambaNya.”
Kata Imam al Qusyairi :
“Sari as Saqthi pernah ditanya
tentang apa itu sabar ? Ketika dia hendak menjawab soalan itu, tiba-tiba
kakinya dipatuk kala jengking berkali-kali tetapi dia tetap diam tidak
bergerak, apabila ditanya kenapa engkau tidak jauhkan daripada kaki engkau ?
maka dia menjawab “Saya malu kepada Allah swt yang hanya pandai berbicara
tentang sabar sedangkan saya tidak bersabar”.
Firman Allah swt :
الٓمٓ ١ أَحَسِبَ
ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ ٢
“Alif, Laam, Mim. Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata beriman",
sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan ?”[21]
Sabda Nabi saw :
مَا مِنْ مُسْلِمٍ ابْتَلاَهُ اللَّهُ فِي
جَسَدِهِ إِلاَّ كُتِبَ لَهُ مَا كَانَ يَعْمَلُ فِي صِحَّتِهِ.
“Tidak ada seorang Muslim yang
diuji oleh Allah swt pada tubuh badannya melainkan Allah swt akan tulis baginya
pahala sebagaimana ia beramal ketika sihat”.[22]
WAJIB MENJADI HAMBA ALLAH SWT
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Harus kamu
menjadi apa pun, tetapi wajib menjadi hamba Allah swt”
Kata Abu Ali ad Daqqaq :
“Tidak ada sesuatu yang lebih
mulia daripada penghambaan (ubudiah) dan tidak ada yang lebih sempurna bagi
orang yang beriman selain nama yang dikaitkan dengan penghambaan, kerana itu
Allah swt menyifatkan Nabi saw dengan hamba apabila diangkat ke langit pada
malam Isra’ Mi’raj”
Firman Allah swt :
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ
إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ٥٦
“Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.[23]
MANAKAH PILIHAN KAMU?
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Seandainya dunia itu emas dan
akhirat itu perak, yang manakah pilihan kamu? Sebaik-baik emas akan dibinasa,
dan seburuk-buruk perak kekal abadi. Manakah pilihan kamu?”
Kata Sayidina Ali ra :
مَثَلُ الدُّنْيَا
مَثَلُ الْحَيَّةِ لَيِّنٌ مَسُّهَا قَاتِلٌ سُمُّهَا.
“Perumpamaan
dunia itu seperti ular, lembut sentuhannya tetapi racunnya cepat membunuh”
Firman Allah swt :
أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
١ حَتَّىٰ
زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ ٢
“Kamu telah dilalaikan daripada
mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan
sebanyak-banyak (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), sehingga kamu
masuk kubur”.[24]
Firman Allah swt :
۞وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن
رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ
لِلۡمُتَّقِينَ ١٣٣
“Dan segeralah kamu kepada mengerjakan
amal-amal yang baik untuk mendapat keampuan dari Tuhan mu, dan mendapat syurga
yang luasnya melebihi langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang
bertaqwa”.[25]
Sabda Nabi saw :
بَادِرُوْا
بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا
وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحْ كَافِرًا، يَبِيْعُ دِيْنَهُ
بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا.
“Bersegeralah kalian beramal soleh sebelum kedatangan
fitnah (ujian) yang seperti potongan malam. Seseorang di pagi hari dalam
keadaan beriman namun di malam harinya
menjadi kafir, dan ada orang yang di malam
hari dalam keadaan beriman namun di pagi hari menjadi kafir. Dia menjual
agamanya dengan perhiasan dunia.”[26]
DUNIA YANG MENIPU
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Setiap kali kamu ditipu orang
pasti kamu marah kepadanya, bagaimana pula kamu tidak marah kepada dunia
walaupun telah ditipu berkali-kali olehnya”.
Kata sebahagian salafussoleh :
الدُّنْيَا كَالْمَاءِ الْمِلْحِ
كُلَّمَا ازْدَدَتْ مِنْهُ شُرْبًا ازْدَدَتْ عَطَشًا.
“Dunia itu
seperti air laut setiap kali bertambah minum maka akan bertambah dahaga”.
Kata Imam as Syafie ra :
مَنِ ادَّعَى أَنَّهُ جَمَعَ بَيْنَ حُبِّ الدُّنْيَا
وُحُبِّ خَالِقِهَا فِي قَلْبِهِ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى اللَّهِ الْفِرْيَةَ.
“Barangsiapa yang mendakwa dia
dapat menghimpunkan di dalam hatinya cinta dunia dan cinta Allah swt, maka
sungguh dia telah melakukan pembohongan yang besar kepada Allah swt”
Kata Sayidina Umar al Khattob ra
:
وَيْلٌ لِمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا أَمَلَهُ وَالْخَطَايَا
عَمَلُهُ عَظِيمُ بَطْنِهِ قَلِيلُ فِطْنَتِهِ عَالِمٌ بِأَمْرِ دُنْيَاهُ جَاهِلٌ
بِأَمْرِ آخِرَتِهِ.
“Celakah mereka yang dunia adalah
cita-citanya, dosa adalah amalannya, buncit perutnya, kurang cerdiknya, alim
pada urusan dunianya dan jahil urusan akhiratnya.”
Firman Allah swt :
زُيِّنَ
لِلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَيَسۡخَرُونَ مِنَ ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْۘ وَٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ وَٱللَّهُ
يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ ٢١٢
“Kehidupan dunia dan kemewahannya
diperhiaskan dan dijadikan amat indah pada pandangan orang-orang kafir,
sehingga mereka berlagak sombong dan memandang rendah kepada orang-orang yang
beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa dengan imannya lebih tinggi
martabatnya daripada mereka yang kafir itu pada hari kiamat kelak. Dan ingatlah,
Allah swt memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakiNya dengan tidak terkira menurut undang-undang peraturanNya)”.[27]
Firman Allah swt :
زُيِّنَ
لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ
مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ
ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمََٔابِ
١٤
“Dihiaskan dan jadikan indah
kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu
perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda bertimbun-timbun, dari emas dan
perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang
ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan ingatlah, pada sisi Allah swt ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu
Syurga”.[28]
Firman Allah swt :
وَمَا
ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَعِبٞ وَلَهۡوٞۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ
لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ٣٢
“Dan tidak dinamakan kehidupan
dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi
sesungguhmya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh
itu, tidakkah kamu mahu berfikir ?”.[29]
ANTARA BICARA DAN DIAM
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Apabila
berbicara menyenangkan anda, diamlah dan apabila diam menyenangkan anda,
berbicaralah”.
“Belajarlah
diam sebagaimana kamu belajar berbicara. Jika bicara dahulu menjadi pembimbingmu,
maka diam akan menjadi pelindungmu”.
Kata Muhammad ar Rahibi r.a :
مَنْ أَدْخَلَ فِي بَطْنِهِ فُضُولَ الطَّعَامِ أَخْرَجَ
مِنْ لِسَانِهِ فُضُولَ الْكَلَامِ.
“Barangsiapa yang memasukkan ke dalam perutnya
banyak makanan maka akan keluarlah daripada lidahnya banyak percakapan yang
sia-sia”.
Kata sebahagian salafussoleh :
“Aku mengekang mulutku selama tiga puluh tahun
sehingga tidak pernah mendengar sesuatu kecuali yang keluar dari hatiku.
Setelah itu aku mengekang hatiku selama tiga puluh tahun sehingga tidak pernah
mendengar sesuatu kecuali yang keluar dari mulutku.”
Kata Ibrahim at Taimi ra :
الْمُؤْمِنُ إِذَا أَرَادَ أَنْ
يَتَكَلَّمَ نَظَرَ فَإِنْ كَانَ كَلَامُهُ لَهُ تَكَلَّمْ وَإِنْ كَانَ عَلَيْهِ
أَمْسِكْ عَنْهُ وَالْفَاجِرُ إِنَّمَا لِسَانُهُ رسلا رسلا.
“Orang beriman itu apabila dia mahu
bercakap hendaklah ia fikir dahulu, sekiranya ia perlu bercakap maka dia boleh
bercakap, sekiranya tidak perlu hendaklah dia diam, orang yang banyak dosa itu
lidahnya banyak berkata-kata”
Sabda Nabi saw :
مَنْ يَتَوَكَّلْ
لِي مَا بَيْنَ لحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَتَوَكَّل لَهُ بِالْجَنَّةِ.
“Barangsiapa yang Allah swt peliharanya
daripada kejahatan di antara dua janggutnya (mulut) dan kejahatan di antara dua
kakinya (kemaluan) maka dia akan masuk syurga”.[30]
BELAJAR DARIPADA KESILAPAN
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Melakukan
kesalahan bukanlah sesuatu yang aib, tetapi tidak belajar daripada kesilapan
itulah perkara yang mengaibkan”.
Kata Ibn Atha’ ra :
“Taubat itu ada dua iaitu Inabah
dan Istijabah, taubat Inabah ialah taubat seorang hamba kerana takut
seksaannya, dan taubah Istijabah pula taubat seorang hamba kerana malu terhadap
kemuliaannya.”
Sabda Nabi saw :
كُلُّ ابْنِ آدَمَ
خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ.
“Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan dan
sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan itu dalah mereka yang bertaubat”.[31]
Saidina Umar al Khattab ra berkata :
حَاسِبُوا
أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا.
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan”.[32]
PERJUANGAN TIDAK AKAN DAPAT
MENGUBAH TAKDIR
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Kita boleh berkehendak, boleh merancang
sesuatu, boleh berikhtiar dan bekerja, kerana hidup memang harus demikian.
Namun jangan sampai lupa, bahawa kehendak dan perancangan kita tidak dapat
mengalahkan takdir. Betapa bersemangat kita berkobar-kobar, namun tidak akan
dapat mengatur Allah swt kerana Allah swt juga yang mengatur hambanya”.
Kata ulama’ :
الْإِجَابَةُ فِيمَا يَخْتَارُ لَكَ لَا فِيمَا تَخْتَارُ
لِنَفْسِكَ وَفِي الْوَقْتِ الَّذِي يُرِيدُ لَا فِي الْوَقْتِ الَّذِي تُرِيدُ.
“Allah swt menerima doa engkau
pada waktu yang Dia pilih untuk engkau bukannya engkau sendiri pilih untuk diri
engkau, Allah mustajabkan doa engkau pada waktu yang ia kehendaki bukannya
waktu yang engkau kehendaki”.
Sayidina Abu Bakar as Shiddiq ra sentiasa
memohon kepada Allah swt kesejahteraan tetapi dia mati keracunan.
Sayidina Umar al Khattob ra juga sentiasa
memohon kepada Allah swt kesejahteraan tetapi dia mati dibunuh ketika
sembahyang.
Sayidina Uthman ra juga sentiasa memohon kepada
Allah swt kesejahteraan tetapi dia mati dibunuh ketika membaca al Quran.
Begitu juga Sayidina Ali ra sentiasa memohon
kepada Allah swt kesejahteraan tetapi akhirnya mati dibunuh.
Firman Allah swt :
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ
أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٩
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu mengenai
sesuatu pun, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah swt, Tuhan yang
memelihara dan mentadbir seluruh alam”.[33]
BUKAKAN PINTU HATIMU
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Yang ghaib itu akhirat yang
zahir itu dunia. Bukakan pintu hati untuk melihat yang ghaib, tutupkan pintu
zahir untuk memandang yang hak. Sesiapa yang buta di dunia akan buta di akhirat”.
Kata ulama’ :
“Barangsiapa yang berusaha untuk mencapai apa
yang sudah dijamin, dan mengabaikan apa yang ditugaskan kepadanya, maka bererti
buta mata hatinya kerana sangat bodohnya ia”.
Firman Allah swt :
قُلۡ
مَتَٰعُ ٱلدُّنۡيَا قَلِيلٞ وَٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا
تُظۡلَمُونَ فَتِيلًا ٧٧
Katakanlah wahai Muhammad: "Harta benda
yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, dan akhirnya akan
lenyap, dan balasan hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang
bertaqwa kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya, dan kamu pula tidak
akan dianiaya sedikit pun".[34]
PRASANGKA
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Bersangka buruk pintu kepada
syaitan. Syaitan mengajak kepada maksiat dan
maksiat membawa ke neraka”.
“Barangsiapa yang menyintai
bahawa Allah swt menutupi kebaikan atasnya maka hendaklah dia bersangka baik
sesama manusia”.
“Bersangka baik menghasilkan
ibadah yang baik, ibadah yang baik membuahkan akhlak yang baik”.
Kata sebahagian salafussoleh ra :
“Demi Allah ! Tidak ada orang
yang bersangka baik pada Allah swt melainkan pasti Allah swt akan memberikan
kepadanya apa yang ia sangka, sebab kebaikan itu semuanya di tangan Allah swt,
maka apabila Allah swt telah memberi husnuzhan, bererti Allah swt akan memberi
apa yang disangkanya itu, maka Allah swt akan melaksanakannya”.
Firman Allah swt :
وَعَسَىٰٓ
أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡٔٗا
وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٢١٦
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia
buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semuanya itu,
sedang kamu tidak mengetahuinya”.[35]
Firman Allah swt :
فَإِن
كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡٔٗا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ
خَيۡرٗا كَثِيرٗا ١٩
“Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah
swt hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk
kamu.[36]
Firman Allah swt :
وَذَٰلِكُمۡ
ظَنُّكُمُ ٱلَّذِي ظَنَنتُم بِرَبِّكُمۡ أَرۡدَىٰكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم مِّنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ
“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu
sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu dengan sangkaan
kamu yang salah itu maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!".[37]
Firman Allah swt :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa”.[38]
Sabda
Rasulullah saw :
لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ
بِاللَّهِ الظَّنَّ
“Janganlah salah seorang di antara kamu mati melainkan ia harus
berhusnuzon pada Allah swt”[39]
Di dalam
hadis Qudsi disebutkan :
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ
ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلأٍ
ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ.
“Allah
swt berfirman: Aku mengikut sangkaan hambaKu, Aku bersamanya
ketika ia mengingatiKu, jika ia mengingatiKu saat bersendirian, Aku akan
mengingatinya dalam diriku, jika ia mengingatiKu di suatu kumpulan, Aku akan
mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).”[40]
TANDA CINTAKAN DUNIA
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Orang yang tidak mahu berbicara
soal mati sebenarnya hatinya sedang mencintai dunia”.
Kata Salman al Farisi ra :
عَجَبًا لِمُؤَمِّلِ الدُّنْيَا
وَالْمَوْتُ يَطْلُبُهُ.
“Pelek sungguh ! Orang yang bercita-cita
tinggi ketika di dunia sedangkan mati sentiasa mencarinya”.
Firman Allah swt :
كُلُّ
نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ
فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ
ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ ١٨٥
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika
itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya ia telah berjaya, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi
segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya”.[41]
Firman Allah swt :
إِنَّ
ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ
وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ
أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ ٣٤
“Sesungguhnya di sisi Allah swt pengetahuan
yang tepat tentang hari kiamat, dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui
dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim ibu yang mengandung, dan
tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok sama
ada baik atau jahat, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri
manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi
pengetahuan Nya”.[42]
Firman Allah swt :
وَلِكُلِّ
أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا
يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤
“Kemudian apabila sampai tempoh mereka,
tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula
mereka akan dapat meminta didahulukan”.[43]
HIJAB HAMBA DENGAN
ALAH SWT
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Bertanya Syeikh kepada kami:
Apakah hijab paling besar antara hamba dan Tuhannya ? Kami menjawab “dunia”. Tetapi
beliau mengatakan hijab paling besar antara hamba dan tuhannya adalah An Nafs
(diri hamba itu sendiri)”.
Kata ulama’ :
أَصْلُ كُلِّ مَعْصِيَةٍ وَغَفْلَةٍ وَشَهْوَةٍ الرِّضَا
عَنِ النَّفْسِ.
“Punca segala maksiat, lalai dan syahwat
itu adalah suka memuaskan hawa nafsu”
Firman Allah swt :
إِنَّ ٱلنَّفۡسَ
لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓء
“sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh
melakukan kejahatan”.[44]
Firman Allah swt :
وَأَمَّا مَنۡ خَافَ
مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ ٤٠
“Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia
berdiri di mahkamah Tuhannya, untuk dihitung amalnya, serta ia menahan dirinya
daripada menurut hawa nafsu”.[45]
Firman Allah swt :
يَٰٓأَيَّتُهَا
ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ ٢٧ ٱرۡجِعِيٓ
إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةٗ مَّرۡضِيَّةٗ ٢٨ فَٱدۡخُلِي فِي عِبَٰدِي ٢٩ وَٱدۡخُلِي
جَنَّتِي ٣٠
“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada
Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai lalu masuklah di kalangan hamba-hambaKu, dan masuklah ke
dalam syurgaKu.
KUNCI
Kata Syeikh Yusuf ra :
"Kunci kebahagiaan itu adalah ketenangan
hati. Memiliki ketenangan itu adalah
melalui kesabaran dan kunci kepada kesabaran adalah kasih sayang.
Kata Imam Malik ra :
مَنْ
أَرَادَ اللهُ بِهِ خَيْرًا ابْتَلَاهُ بِالْمَصَائِبِ لِيُثِيبَهُ عَلَيْهَا.
“Barangsiapa yang Allah swt mahukan kebaikan
kepadanya maka Allah swt akan ujinya dengan pelbagai musibah untuk memberinya
pahala”
Sabda
Nabi saw :
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ.
“Barangsiapa yang Allah swt mahukan kebaikan pada
dirinya, maka dia akan diuji".[46]
Firman Allah swt :
يَٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ
لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah
kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan, dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah swt supaya, kamu berjaya mencapai
kemenangan”.[47]
Firman Allah swt :
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم
بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ
وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٥
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan dengan merasai kelaparan, dan
dengan berlakunya kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.[48]
Firman Allah swt :
وَلَنَبۡلُوَنَّكُمۡ
حَتَّىٰ نَعۡلَمَ ٱلۡمُجَٰهِدِينَ مِنكُمۡ وَٱلصَّٰبِرِينَ وَنَبۡلُوَاْ
أَخۡبَارَكُمۡ ٣١
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu
(Wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami
tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang
yang sabar dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan
(benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu”.[49]
HATI BAGAIKAN
RAJA
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Hati adalah raja bagi diri seseorang, jika ia
berat kepada maksiat, jadilah ia hamba maksiat, dan jika ia berat kepada taat,
maka jadilah ia hamba Allah”.
Kata ulama’ :
الْقَلْبُ
لِهذِهِ الْأَعْضَاءِ كَالْمَلِكِ الْمُتَصَرِّفِ فِي الْجُنُودِ الَّتِي تَصْدُرُ كُلُّهَا عَنْ أَمْرِهِ وَيَسْتَعْمِلُهَا
فِيمَا يَشَاءُ فَكُلُّهَا تَحْتَ سَيْطَرَتِهِ وَقَهْرِهِ.
“Hati bagi anggota itu seperti raja yang
berkuasa ke atas tentera, yang bertindak mengikut arahannya, bekerja mengikut
apa yang ia kehendaki, semuanya di bawah perintahnya”.
Sabda Nabi saw
:
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا
صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ.
“Ketahuilah sesungguhnya di dalam hati itu ada
segumpal darah apabila baik,Maka baiklah seluruh tubuh, dan apabila
rosak,rosaklah seluruh tubuh ketahuilah ia adalah hati”.[50]
ANGAN-ANGAN HENDAK
MASUK SYURGA
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Syurga diraih dengan amalan, bukan dengan
angan- angan”.
Kata ulama’ :
الرَّجَاءُ مَا قَارَنَتْهُ عَمَلٌ وَإِلَّا فَهُوَ
أُمْنِيَّةٌ .
“Harapan itu adalah disertai dengan amal
soleh, jika tidak ia hanyalah angan-angan”.
Firman Allah swt :
وَٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِۖ هُمۡ
فِيهَا خَٰلِدُونَ
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal
soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya”.[51]
Firman Allah swt :
أَمۡ
حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَعۡلَمِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ
جَٰهَدُواْ مِنكُمۡ وَيَعۡلَمَ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٤٢
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang- orang yang
berjihad yang berjuang dengan bersungguh- sungguh di antara kamu, dan belum
lagi nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam
perjuangan)?”.[52]
Firman Allah swt :
وَمَن
يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ
فَأُوْلَٰٓئِكَ يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ وَلَا يُظۡلَمُونَ نَقِيرٗا ١٢٤
“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, di
kalangan lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk
syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya atau dikurangkan balasannya sedikit
pun”.[53]
Sabda Rasulullah saw
:
الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا
بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا ثُمَّ تَمَنَّى
عَلَى اللَّهِ.
"Orang yang cerdik itu adalah orang yang
mempersiapkan dirinya untuk menghadapi mati, dan orang yang lemah itu adalah
orang yang suka mengikut hawa nafsunya dan berangan kepada Allah swt dengan pelbagai angan-angan.[54]
TANDA DIRI DIMURKAI
ALLAH SWT
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Imam al Qarha salah seorang
imam agung dalam mazhab Hanafi berkata: Di antara tanda seseorang itu dimurkai
oleh Allah adalah dia sibukkan diri dia dengan benda yang tidak berfaedah.
Berapa banyak masa harian kita yang gunakan dengan perkara yang tidak
berfaedah?”.
Kata Hasan al Basri :
مِنْ
عَلَاَمَةِ إِعْرَاضِ اللَّهِ تَعَالَى عَنِ الْعَبْدِ اِشْتِغَالُهُ بِمَا لَا يَعْنِيهِ.
“Diantara tanda berpalingnya Allah swt daripada hamba itu adalah
dia bersibuk-sibuk atau membuang masa pada perkara yang tidak penting baginya”
Muhammad Bib Ali an Nasawi berkata :
”Seseorang yang bercakap pada perkara yang
tidak penting baginya akan mewarisi melakukan perbuatan yang tidak penting dan
perbuatannya yang tidak penting itu akan menjatuhkannya pada kedudukan yang
hina” .
Sabda Nabi saw
:
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ.
“Di
antara kebaikan Islam seseorang dia meninggalkan perkara yang tidak penting baginya”.[55]
KEPALA KEPADA SEGALA MAKSIAT
Kata Syeikh Yusuf ra:
“Rasulullah saw
tidak takut akan ancaman
musuh kepada umatnya, kerana bilangan umat adalah ramai tetapi Rasulullah saw takut
umatnya akan 'hubbun dunia' (cintakan dunia) kerana ianya 'kepala' kepada
segala maksiat”.
“Kelalaian itu pintu bagi
segala kesalahan dan nafsu itu pintu bagi segala kehinaan”.
Kata Imam al Ghazzali ra :
أَصْلُ كُلِّ خَطِيئَةٍ
حُبُّ الدُّنْيَا وَربّ شَهْوَةٍ سَاعَةً أَوْرَثَتْ أَهْلُهَا حَزنًا طَوِيلًا.
“Asal setiap
kejahatan itu adalah cinta dunia dan mengikuti hawa nafsu itu walaupun
sesaat akan mewarisi kesedihan yang berpanjangan”.
Sabda Nabi saw :
قَلْبُ الشَّيْخِ شَابٌّ عَلَى حُبِّ اثْنَتَيْنِ حُبِّ الْعَيْشِ وَالْمَالِ.
"Hati orang yang tua itu sentiasa muda
pada dua perkara iaitu cinta pada dunia dan sukakan harta”.[56]
MATI DALAM KEADAAN JUJUR
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Sesungguhnya, kalau saya
mati dalam keadaan jujur (kerana mempertahankan kebenaran) itu lebih baik
daripada saya hidup dalam keadaan penuh tipu daya”.
Firman Allah swt :
فَٱسۡتَقِمۡ
كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ
بَصِيرٞ ١١٢
“Oleh itu, hendaklah engkau wahai Muhammad sentiasa tetap teguh di
atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada engkau”.[57]
Firman Allah swt :
إِنَّ
ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ
وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ١٣
“Sesungguhnya arang-orang menegaskan
keyakinannya dengan berkata "Tuhan
kami ialah Allah" kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang benar
(dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan daripada
sesuatu yang tidak baik terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.[58]
Daripada Abu A’mrah Bin Abdullah berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah beritahulah kepadaku
akan satu perkataan yang tidak akan aku bertanya seorang pun selain engkau”, Maka
sabda Nabi saw :
قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ
فَاسْتَقِمْ.
"Katakanlah oleh engkau aku beriman dengan
Allah swt kemudian tetaplah
dengannya”.[59]
ALLAH SWT TEMPAT PERGANTUNGAN
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Janganlah bergantung kepada
ibadah, kerana kebergantungan tidak boleh kecuali hanya kepada Allah swt”.
Kata ulama’ :
“Seseorang yang bersandar kepada amal usahanya
sendiri bererti dia telah lupa kepada
kurniaan Allah swt yang telah memberinya taufiq dan hidayat, yang akhirnya akan
menyebabkannya ujub dan kagum pada dirinya sendiri, sombong dan merasa lebih
baik daripada orang lain, ini telah berlaku kepada Iblis Laknatullah”.
Firman Allah swt :
قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ
وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلۡيَفۡرَحُواْ هُوَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٥٨
Katakanlah wahai Muhammad "kedatangan
Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurniaNya dan kasih sayangNya,
maka dengan isi kandungan al Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan
dengan yang lainya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan
daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal)”[60]
Firman Allah swt :
۞قُلۡ يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ
عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ
يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ٥٣
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri dengan
perbuatan-perbuatan maksiat, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah
swt, kerana sesungguhnya Allah swt mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah
jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani .[61]
Firman Allah swt :
وَرَحۡمَتِي وَسِعَتۡ كُلَّ
شَيۡءٖۚ
“Dan rahmatku meliputi tiap-tiap sesuatu”.[62]
NIKMAT DALAM TANGISAN
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Berapa banyak kenikmatan
yang membawa kepada penyesalan dan berapa banyak pula tangisan yang membawa
kepada kegembiraan di penghujungnya”
Kata sebahagian salafussoleh :
مَنْ بَكَى خَوْفًا مِنَ النَّارِ أَعَاذَهُ اللهُ
مِنْهَا وَمَنْ بَكَى شَوْقًا إِلَى الْجَنَّةِ أَسْكَنَهُ اللهُ إِيَّاهَا.
“Barangsiapa yang takut kepada api neraka maka
Allah swt akan menjaga ia daripadanya, dan barangsiapa yang menangis kerana
rindu kepada syurga maka Allah swt akan meletakkan ia di dalamnya”.
Firman Allah swt :
يَٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٰلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُكُمۡ عَن
ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ٩
"Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda kamu dan anak-pinak kamu
daripada mengingati Allah dengan menjalankan perintahNya). Dan ingatlah,
sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi".[63]
Firman Allah swt :
إِنَّمَآ أَمۡوَٰلُكُمۡ
وَأَوۡلَٰدُكُمۡ فِتۡنَةٞۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجۡرٌ عَظِيمٞ ١٥
“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak
kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar”.[64]
Firman Allah swt :
فَلۡيَضۡحَكُواْ قَلِيلٗا
وَلۡيَبۡكُواْ كَثِيرٗا جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٨٢
“hendaklah kamu ketawa sedikit di dunia ini dan
mereka akan menangis banyak di akhirat kelak, sebagai balasan bagi apa yang
mereka telah usahakan”.[65]
KADAR DEKAT DENGAN PARA NABl
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Kedekatan seseorang dengan
para anbiya' di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini”
Sesungguhnya Allah swt akan musnahkan mana-mana
umat manusia apabila dosa terlalu banyak :
فَكُلًّا
أَخَذۡنَا بِذَنۢبِهِۦۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ أَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِ حَاصِبٗا وَمِنۡهُم
مَّنۡ أَخَذَتۡهُ ٱلصَّيۡحَةُ وَمِنۡهُم مَّنۡ خَسَفۡنَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ وَمِنۡهُم
مَّنۡ أَغۡرَقۡنَاۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيَظۡلِمَهُمۡ وَلَٰكِن كَانُوٓاْ
أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ ٤٠
“Setiap
umat manusia itu Kami binasakan dengan sebab dosa mereka sendiri, di antara
mereka ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada
yang dibinasakan dengan tempikan suara yang menggempakan bumi dan ada yang Kami
timbuskan dia di dalam bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut dan
ingatlah Allah swt tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah
yang menganiaya diri sendiri”.[66]
Firman Allah swt :
وَلۡتَكُن
مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ
وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam, dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
buruk dan keji. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang
berjaya”.[67]
Firman Allah swt :
كُنتُمۡ
خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ
عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ
لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ
١١٠
“Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik
umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah buruk dan
keji, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman. Dan
kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman sebagaimana yang
semestinya, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka, tetapi di antara mereka
ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik”.[68]
Sabda Rasulullah
saw :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ
بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ.
"Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat
kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya ia tidak
mampu hendaklah menggunakan lidahnya, sekiranya ia tidak mampu hendaklah
membenci di dalam hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman".[69]
TANDA SEPINYA HATI DAN
LEMAHNYA IMAN.
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Banyak bergurau dan bercanda
merupakan pertanda sepinya hati daripada mengagungkan Allah swt dan tanda daripada
dhaifnya iman”.
Kata Ibn Hayyan al A’bdi ra :
لَوِ اسْتَطَعْتُ أَنْ
لَا أَنَامُ لَمْ أَنَمْ مَخَافَةً أَنْ يَنْزِلَ الْعَذَابَ وَأَنَا نَائِمٌ.
“Sekiranya aku mampu untuk tidak tidur, maka
aku tidak akan tidur kerana bimbang azab Tuhan turun ketika aku sedang tidur”.
Kata ulama’ :
مِنْ
عَلَامَاتِ مَوْتِ الْقَلْبِ عَدَمُ الْحُزْنِ عَلَى مَافَاتَكَ مِنَ الْمُوَافَقَاتِ
وَتَرْكُ النَّدَمِ عَلَى مَا فَعَلَهُ مِنْ وُجُودِ الزَلَّاتِ.
“Di antara tanda-tanda matinya hati ialah dia
tidak sedih apabila dia terlepas daripada melakukan ketaatan, dan dia tidak
menyesal apabila tergelincir melakukan dosa”.
Kata Hasan al Bashri ra :
عَجَبًا لِمَنْ خَافَ
الْعِقَابَ وَلَمْ يَكُفْ، وَلِمَنَ رَجا الثَّوَابَ وَلَمْ يَعْمَلْ.
“Pelek sungguh mereka yang takut seksaan Allah
swt tetapi masih lagi melakukan maksiat, dan pelek sungguh mereka yang mahukan
pahala tetapi tidak mahu beramal”.
Sabda Rasulullah saw
:
لاَ تُكْثِرُوا الْكَلاَمَ بِغَيْرِ ذِكْرِ
اللَّهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلاَمِ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللَّهِ قَسْوَةٌ لِلْقَلْبِ
وَإِنَّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللَّهِ الْقَلْبُ الْقَاسِى.
“Janganlah kamu banyak bercakap selain
daripada ingat kepada Allah swt sesungguhnya banyak bercakap selain dari Ingat
Allah swt akan mengeraskan hati dan
manusia yang paling jauh daripada Allah itu adalah manusia yang berhati keras”.[70]
SENTIASALAH MENJAGA HUBUNGAN
HATI DENGAN ALLAH
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Orang yang selalu mempunyai
hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap
waktu”.
Kata ulama’ :
“Janganlah engkau meninggalkan zikir kepada
Allah swt sekalipun Allah swt tidak hadir di dalam hati engkau, sesungguhnya
lalai daripada ingat Allah swt itu lebih bahaya daripada kelalaian engkau
terhadap Allah swt ketika engkau berzikir, lalai ketika berzikir lebih baik
daripada lalai tidak berzikir”
Firman Allah swt :
وَٱذۡكُر
رَّبَّكَ فِي نَفۡسِكَ تَضَرُّعٗا وَخِيفَةٗ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ
وَٱلۡأٓصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَٰفِلِينَ ٢٠٥
“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam
hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar
perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan
petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai”.[71]
Firman Allah swt :
وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ
كَثِيرٗا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغۡفِرَةٗ وَأَجۡرًا عَظِيمٗا
٣٥
“Dan
orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya serta
rang-orang perempuan yang menyebut nama
Allah sebanyak-banyanyak, Allah swt telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar”.[72]
BERSEDERHANA DALAM BERIBADAT
Kata Syeikh Yusuf ra :
“Ringankan, kerana
memperbanyakkan beban itu meletihkan”.
Kata ulama’ :
“Jika seseorang itu ditetapkan oleh Allah swt
dalam sesuatu amalan atau wirid tetapi dia belum mendapat sebarang keistimewaan
daripada Allah swt, maka janganlah ia merasa remeh pemberian Tuhan itu,
sesungguhnya dia telah pun mendapat kurniaan yang besar daripada Allah swt dan
juga rahmatnya, daripada itu Allah swt akan membuka kepadanya lain-lain
kurnian”
Daripada Anas ra katanya:
Ada tiga orang yang datang ke rumah
isteri-isteri Rasulullah saw menanyakan
tentang hal bagaimana ibadahnya Rasulullah saw. Kemudian setelah mereka
diberitahu lalu seolah-olah mereka menganggap amat sedikit sahaja ibadab
mereka. Mereka lalu berkata" Ah, di manakah kita ini, maksudnya: Kita ini
jauh perbezaannya kalau dibandingkan dengan Nabi Muhammad sedangkan baginda itu
telah diampuni segala dosanya yang lampau dan yang kemudian. Seorang dari
mereka itu berkata "Adapun saya ini, maka saya bersembahyang semalam untuk
selama-lamanya" Yang lainnya berkata: Ada pun saya, maka saya berpuasa sepanjang
tahun dan tidak akan saya berbuka” Yang seorang lagi berkata: Ada pun saya,
maka saya menjauhi perempuan, maka saya tidak akan kahwin selama- lamanya.
Rasulullah saw kemudian mendatangi mereka
lalu bersabda kamu semuakah yang mengatakan demikian?. Demi Allah, sesungguhnya
saya ini adalah orang yang tertaqwa di antara kamu semua kepada Allah dan takut
kepadaNya, tetapi saya juga berpuasa dan juga berbuka, saya pun bersembahyang tetapi
juga tidur, juga saya berkahwin dengan
perempuan. Maka barangsiapa yang menolak cara perjalananku, maka ia bukanlah
termasuk dalam golonganku."[73]
[1] Surah al A’araf 12
[2] Surah al Qashos 78
[3] Surah al A’araf 127
[4] Riwayat Tirmizi (2129)
[5] Surah al
An’am ayat 91
[6] Surah al Furqan 58
[7] Riwayat Tirmizi (2344)
[8] Surah Luqman 18
[9] Riwayat Muslim (7398)
[10] Riwayat Tirmizi (2495)
[11] Surah al A’nkabut 69
[12] Riwayat Bukhari (6501)
[13] Riwayat Bukhari (7405)
[14] Surah al Baqarah 208
[15] Surah al Baqarah 268
[16] Surah Ali I’mran 175
[17] Surah an Nisa’ 38
[18] Riwayat Ibnu Majah (222)
[19] Surah an Nahli 97
[20] Surah al Kahfi 88
[21] Surah al A’nkabut 1-2
[22] Riwayat Bukhari (501)
[23] Surah az Dzariat 56
[24] Surah at Takathur 1-2
[25] Surah Ali I’mran 133
[26] Riwayat Muslim (309)
[27] Surah al Baqarh 212
[28] Surah Ali I’mran 14
[29] Surah al Ana’am 32
[30] Riwayat Tirmizi (2409)
[31] Riwayat Tirmizi (2499)
[32] Riwayat Tirmizi (2459)
[33] Surah al Takwir 29
[34] Surah an Nisa’ 77
[35] Surah al Baqarah 216
[36] Surah an Nisa’ 19
[37] Surah Fusshilat 23
[38] Surah al Hujurat 12
[39] Riwayat Muslim (7410)
[40] Riwayat Bukhari (6970)
[41] Surah Ali Imran 185
[42] Surah Luqman 34
[43] Surah al A’araf 34
[44] Surah Yusuf 53
[45] Surah an Nazia’at 40
[46] Riwayat Bukhari (5645)
[47] Surah Ali I’mran 200
[48] Surah al Baqarah 155
[49] Surah Muhammad 31
[50] Riwayat Bukhari (52)
[51] Surah al Baqarah 82
[52] Surah Ali I’mran 142
[53] Surah an Nisa’ 124
[54] Riwayat Ibn Majah (4260)
[55] Riwayat Ibn Majah (3976)
[56] Riwayat Muslim (2457)
[57] Surah Hud 112
[58] Surah al Ahqaf 13
[59] Riwayat Muslim (168)
[60] Surah Yunus 58
[61] Surah az Zumar 53
[62] Surah al A’araf 156
[63] Surah al Munafiqun 9
[64] Surah at Taghabun 15
[65] Surah at Taubah 82
[66] Surah al A’nkabut 40
[67] Surah Ali I’mran 104
[68] Surah Ali I’mran 110
[69] Riwayat Muslim (186)
[70] Riwayat Tirmizi (2593)
[71] Surah al A’raf 205
[72] Surah al Ahzab 35
[73] Riwayat Bukhari (5036)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan