Ahad, 8 November 2020

 

رسالة جواهر البديعة

Risalah Jawahirul Badi’ah pada bicara segala najis yang dimaaf

 

 Risalah najis yang dimaaf dan najis yang tidak dimaaf. Karangan Tuan Muhammad Yasin bin Tuan Muhammad Toha

الحمد لله الذي بعث محمدا صلى الله عليه وسلم رحمة للعالمين وجعل دينه مبنيا على التسهيل والتخفيف على المكلفين

Ertinya: Bermula segala puji kembali bagi Allah, yang telah membangkit ia akan nabi s.a.w rahmat bagi sekalian alam dan menjadi ia akan agamanya itu diperbuat akan dia atas kemudahan dan ringan atas sekalian mukallaf.

ولم يجعل علينا في الدين من حرج وجعل مع العسر اليسر والفرج

Dan tiada jadi ia atas kita pada agama itu daripada kepayahan dan jadi ia beserta payah itu akan mudah dan luas.

وجعل أمته على أربعة مذاهب اختلاف الأعمال والعلماء وجعل التوبة إزالة لذنوبهم كإزالة نجاستهم بالماء

 

Dan telah menjadi ia akan  umatnya itu atas empat mazhab yang ikhtilaf bersalahan pada segala pekerjaan amal dan ikhtilaf pula pada segala ulama dan jadi ia akan taubat itu menghilangkan segala dosa mereka itu seperti menghilangkan najis mereka itu dengan air.

ليكون ذلك رحمة لهذه الأمة كما في الحديث : اختلاف أمتي رحمة

Supaya adalah yang demikian itu jadi bagi ini umat seperti bara yang di dalam hadis, “bermula ikhtilaf umat ku itu jadi rahmat”

(yakni) adalah ikhtilaf antara segala mazhab dan antara segala ulama pada segala pekerjaan amal akhirat atau segala perkerjaan amal kehidupan di dalam dunia dengan beberapa bagi itu rahmat jua.

والصلاة والسلام على سيدنا محمد صاحب الشفاعة للمذنبين وعلى اله وصحبه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين

Dan rahmat Allah taala dan selamatnya atas penghulu kita nabi Muhammad yang mempunyai syafaat bagi segala orang yang berdosa dan atas keluarganya, sahabatnya dan segala yang mengikut mereka itu dengan kebijikan hinggat hari kiamat.

أما بعد فهذه رسالة مهمة في بيان النجاسات المعفوة عما يشق على الأمة

 Adapaun kemudian daripada itu, maka inilah suatu risalah yang sangat dicita pada menyatakan segala najis yang dimaaf orang daripada barang yang masyaqqah ia di atas ini umat.

جعلها الله خالصة لوجهه الكريم الغفار بجاه سيدنا محمد المصطفى المختار

 Mudah-mudahan dijadikan akan dia oleh Allah taala tulus ikhlas bagi zatnya yang mulia  lagi amat mengampun akan segala dosa hambanya dengan kemegahan penghulu kita nabi Muhammad yang bersih lagi dipilih.

 (maka barang siapa) melihat ia dalam risalah ini dan segala risalah yang lain daripada segala terjemah fakir akan barang yang tersalah yang tiada dimuafakat dengan segala perkataan ulama maka  hendaklah ia membetul akan dia dengan kerana Allah taala supaya tiada jadi berpanjangan kesalahan dan kecederaan itu dan telah haraplah fakir akan demikian itu.

(باب النجاسات وإزالتها)

Ini suatu pada menyatakan segala najis dan menghilangkan dia.

(dan bermula) tiap-tiap yang keluar daripada dubur dan qubul itu najis seperti tahi dan kencing, dan darah dan nanah, dan mazi iaitu air yang putih lagi cair keluar ia dengan tiada syahwat yang kuat tatkala tunduk syahwat, dan wadi iaitu yang putih lagi keruh keluar ia daripada kemah(kencing) tatkala memikul akan sesuatu yang berat daripada kanak-kanak dan baligh bersalahan mazi tertentu ia pada yang baligh kerana keluar ia jadi daripada syahwat, melainkan mani daripada anak adam atau binatang yang lain daripada anjing dan babi, maka iaitu suci tetapi sunat akan dibasuh akan dia, supaya keluar daripada khilaf bagi setengah ulama yang berkata ia dengan najis mani itu, tetapi yang muktamad pada mazhab kita syafie itu suci ia dan najis pada mazhab hanafi.

 

(dan) tiada najis tahi dan kencing dan darah yang keluar daripada nabi saw dan demikian lagi daripada segala anbia’ maka bersuci mereka itu daripadanya kerana tanzih beri bersih jua bukan kerana najis, dan tiada masuk ke dalam neraka oleh orang yang meminum ia daripada darahnya atau air kencingnya yang mulia seperti barang yang tersebut di dalam hadis.

 

(dan) najis segala tahi dan kemah daripada segala binatang yang halal atau yang haram maka wajib dibasuh akan dia.

 

(dan kata) sheikh istakhri dan sheikh ruyani dengan suci dari segala tahi dan kencing daripada segala binatang yang halal dimakan akan dia, dan ini muafakat dengan mazhab imam Maliki dan imam Ahmad bin Hanbal dan Hanafi.

 

( dan kata) saidina Ali r.a tiada mengapa dengan sebab kemah unta dan tiap-tiap barang yang dimakan orang akan  dagingnya.

 

(dan bermula) segala binatang suci melainkan babi dan anjing, dan jika beranak oleh keduanya dengan binatang yang suci sekalipun najis jua, dan jika  adalah ia seperti rupa anak adam maka iaitu suci pada sheikh Ramli, dan najis yang dimaaf pada sheikh ibnu Hajar, maka harus baginya jadi imam sembahyang dan masuk ia ke dalam masjid dan menyentuh akan dia serta basuh dan tiada menajis akan suatu.

 

(dan) suci anjing ahlul kahfi dan masuk ia ke dalam syurga.

 

(dan) najis air susu daripada binatang yang tiada dimakan orang akan dagingnya seperti air susu kucing, dan harimau, dan himar, dan lainnya.

 

(dan kata) sheikh istakhri dengan suci air susu himar.

(dan kata) abu sa’labah al-khashni tiada sampai kepada kami daripada segala susu himar oleh suatu hanya ditegah oleh nabi saw daripada memakan dagingnya jua.

 

(dan bermula) sekalian bangkai itu najis dengan sekalian suku-sukunya dan jika daripada binatang yang tiada baginya dan darah sekalipun najis seperti lipan dan semut, dan masuk di dalam kata bangkai itu sembelihan kafir dan orang yang di dalam ihram pada segala binatang yang haram memburu atasnya jua, bersalahan pada binatang yang jinak sepeti kambing dan lembu, dan jadi bangkai dengan sebab disembilh dengan kuku dan tulang dan harus dimakan akan sembelihan kafir kitabi yang berpegang ia dengan kitabnya.

 

melainkan bangkai anak adam dan ikan dan belalang, maka iaitu suci lagi halal dimakan akan dia samada dibunuh akan dia dan jika putus beberapa kerat atau mati ia dengan sendirinya sekalipun, melainkan anak adam maka haram dimakan akan dia kerana dihormati pada syarak.

 

(dan tersebut) di dalam  busyra al-karim maka barang yang bercerai ia daripada anak adam atau daripada ikan atau belalang, maka iaitu suci, atau daripada yang lainnya maka iaitu najis seperti bangkainya melainkan fa’rah (tikus) kasturi yang bercerai ia pada waktu hidup ibunya dan jikalau adalah ia dengan ikhtimar sekalipun suci, intaha.

 

(dan demikian lagi) suci kasturi yang bercerai ia kemudian daripada mati ibunya jika jadi kasturi itu dahulu daripada matinya,dan jika bercerai ia dahulu daripada mati atau kemudian daripadanya tetapi belum jadi kasturi maka iaitu najis.

 

(dan) suci bulu yang bercerai ia daripada binatang yang halal pada waktu hidupnya bersalahan yang lain daripada bulunya seperi tanduk dan kuku dan daging, maka iaitu najis dengan sebab ketiadaan sembelihan pada syarak.

 

(masalah) suci mayat kafir dan haram dimakan akan dia seperi mayat Islam jua dihormati pada syarak kerana firman Allah taala

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ

“Dan sesungguhnya telah kami mulia akan anak adam”

 

(dan makna) mulia itu tiada hukum dengan  najis  dengan sebab matinya Islam atau kafir.

 

(Dan)  adapun firman Allah taala

إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ

Ertinya "hanyasanya segala kafir itu najis"

 

(maka) dikehendaki dengan najis itu iktikad mereka itu didalam hati wajib kita jauhkan daripadanya seperti najis, bukan najis badan mereka itu samaada pada waktu hidup atau mati, inilah qaul yang muktamad.

 

(dan) pada mazhab Hanafi najis mayat anak adam dan iaitu satu qaul bagi imam syafie dan suci ia dengan mandi akan dia melainkan anbia’ dan syuhada’ maka keduanya itu suci.

 

SEGALA NAJIS YANG DIMAAF

 

(fasal)  ini suatu fasal pada menyatakan segala najis yang dimaaf, dan iaitu itu tiap-tiap darah dan nanah daripada anak adam atau daripada yang lainnya jika ada sedikit ia pada uruf tiada ia mengapa dan mengerjakan sembahyang umpamanya serta najis yang sedikit itu tiada wajib membasuh akan dia kerana dimaaf daripadanya.

 

(dan) kadar sedikit pada uruf itu kembali kepada kebanyakkan manusia.

(dan kata) setengah kadar sedikit itu besar kuku maka jika lebih daripadanya banyak hukumnya, dan wajib dibasuh akan dia kerana tiada maaf.

 

(dan kata) setengah jika dilihat akan dia daripada ketiadaan taammul dan tilik maka iaitu banyak hukumnya.

 

(dan jika) syak ia pada najis ini banyakkah atau sedikitkah maka dihukumkan atasnya dengan sedikit.

 

(dan jika) kena najis yang dimaaf itu beberapa tempat daripada kain dan jikalau dihimpun akan dia nescaya banyak pada uruf, maka dihukum atasnya sedikit daripadanya pada imam Haramain dan sheikh ramli dan lain daripada keduanya, dan dihukum banyak pada sheikh mutawalli dan imam Ghazali dan lain daripada keduanya.

 

(dan) dimaaf daripada darah kutu anjing dan tuma dan pijat dan tahi lalat dan tahi kelawar dan kemahnya dan sekalian tahi binatang yang masyaqqah dan payah kita pelihara daripadanya seperti tahi cicak dan tahi kasi bukbuk dan ulat, jika kering ia.

 

(dan) didalam Fathul Mu’in dan hasyiahnya, dan kemah dan tahi kelawar pada tempat dan demikian lagi pada kain dan badan, dan jika banyak sekalipun kerana sukar pelihara padanya, tiada difaraq (beza) antara basah dan kering yakni dimaaf kerana umum balwa.

 

(dan) dimaaf daripada barang yang kering daripada tahinya segala burung pada tempat ambil umum balwa, dan qadiah yakni cenderung hati Nawawi kalam majmuk itu, dimaaf padanya kain dan badan pula, dan iaitu dhaif yakni.

 

(dan tersebut) di dalam kitab Hayatul Hayawan dimaafkan darah kutu anjing, jika sedikit pada kain dan badan, kerana umum balwa dan sukar pelihara daripadanya, dengan syarat bukan dengan perbuatan seperti dibunuh akan dia pada kain atau pada badan, dan yang muktamadnya itu dimaaf jua.

 

(dan) dimaaf pula darah kutu anjing banyak atas qaul yang asah pada muhaqqiqin seperti barang yang dikata akan dia oleh imam Nawawi sama ada bertabur dengan peluh atau tiada, intaha.

 

(dan) telah bersalah-salahan ulama pada barang yang apabila memakai oleh seorang akan kain yang ada padanya darah umpama kutu anjing dan badannya basah, maka kata sheikh mutawalli harus, dan kata sheikh Abu ‘ala as-sinjji, tiada harus kerana tiada hajat kepada melumur najis itu kepada badannya, dan dengan dia dijazam oleh muhib at-thobari, dan boleh ditanggungkan kalam yang pertama itu, atas barang yang apabila adalah basah itu dengan sebab air wuduk atau mandi yang matlub kerana masyaqqah memelihara daripadanya seperti barang yang jika adalah basah itu dengan peluh, dan ditanggungkan akan kalam yang kedua itu atas yang lain daripada demikian itu, dan sayugianya bahawa dihubungkan air wuduk itu air yang gugur tatkala minumnya atau daripada makanan, intiha Iqnaq.

 

(dan kata) Rasyidi dan dihubungkan dengan air bersuci wuduk itu dengan air mawar kerana bahawasanya dimaksud pada syarak istimewa pula segala waktu yang matlub padanya, seperti hari jumaat dan dua hari raya, tetapi iaitu terlebih aula dengan dimaaf daripada banyak yang tersebut itu, intaha Hasyiah Fathul Mu’in.

 

(dan tersebut) di dalam Hamish Iqnaq dihubungkan pula dengan air mandi kerana bersih badan dan kerana bersejuknya.

 

(masalah) jikalau seorang menanggung ia akan kain darah kutu anjing atau dihampar dan disembahyang atasnya atau dipakai akan dia atas kain yang lain lebih daripada kadar hajat atau dibunuh akan dia pada kainnya atau pada bandannya atau dipicit akan kudil umpanya atau barang yang berpindah ia daripada segala darah daripada tempatnya kepada tempat yang lain adakah dimaaf atau tiada?

 

(maka) dijawab bahawasanya daripada yang demikian itu jika sedikit pada uruf dimaaf, dan jika banyak maka tiada maaf.

(dan) murad dengan tempatnya itu barang yang ghalib mengalir dan menitik kepadanya, maka apabila mengalir darah daripada pahanya kepada lututnya maka iaitu tempatnya bersalahan, jika mengalir ia daripadanya turun ia kepada tangannya, maka bahawasanya tiada dimaaf melainkan sedikit jua, kerana keluar daripada kata tempatnya.

 

( dan kata) setengah murad tempat itu barang yang ghalib mengalir darah kepadanya, dan barang yang bertemu akan dia daripada kain pada tempat yang berbetulan dengan dia, dan barang yang lebih ia atas yang demikian itu, bukan tempatnya.

 

( dan kata) setengah murad dengan tempatnya itu, tempat yang mengenai akan dia pada waktu keluar, dan tetap ia padanya, dan barang yang bertemu akan dia daripada kain, maka jika tiada tetap ia seperti turun ia daripada kepala, dan padahal tiada tetap ia pada tempatnya hingga turun Ia sampai kepada kaki, maka iaitu dibilangkan pada tempatnya atas ini qaul tiada pada qaul yang dahulu, maka barang yang dihukumkan pada tempatnya itu, dimaaf daripadanya sedikitnya atau banyaknya, dan barang yang bukan dihukumkan pada tempatnya itu, dimaaf daripadanya sedikit jua.

 

(dan jika) banyak darah kutu anjing pada kain hingga jadilah kain itu merah, maka  kata sheikh Istakhri tiada maaf daripadanya kerana nadirnya(jarang).

 

(dan kata) Jami’ul Ashab dimaaf daripadanya kerana dihubungkan dengan ghalib.

( dan kata) Sheikh Jumairi telah diithlaq oleh ashab kita Syafie, dengan dimaaf daripada sedikit daripada sekalian darah, melainkan Sheikh Mutawalli diistisna’kan (dikecualikan) daripada yang demikian itu darah anjing dan babi, kerana berkuat ia dengan mughallazah najis keduanya.

 

(dan) dimaaf najis yang tiada kelihatan oleh mata yang mu’tadil dan jika ada daripada najis mughallazah sekalipun, dan jika ada kena beberapa tempat yang bercerai-cerai, dan jika dihimpun akan dia, nescaya kelihatan, maka dimaaf daripadanya, jika sedikit daripada uruf tetapi yang lain daripada mughallazah.

(dan) dimaaf daripada darah yang keluar ia daripada hidung dan mata dan telinga, jika sedikit pada uruf, inilah yang dimuktamad sheikh Ibnu Hajar.

(dan kata) Sheikh Jamal iaitulah yang patut, dengan muhasin as-syariah yakni hukum syariat, bersalahan bagi sheikh Ramli, maka tiada maaf samada banyak atau sedikit, kerana bercampur ia dengan ajnabi,  dan iaitu dhaif.

(masalah) jika berdarah oleh hidung di dalam sembahyang atau tiada?(maka dijawab) oleh setengah ulama dengan bahawasanya tiada batal, dan jika kena badan sekalipun jika sedikit pada uruf.

(dan jika) berdarah ia dahulu daripadanya maka jika diharapkan putusnya sebelum habis waktunya, maka dinanti akan dia, dan jika tiada diharapkan putusnya sebelum habis waktu sah, maka hendaklah dibasuhkan akan dia kemudian disumbat di dalamnya seumpama kapas, seperti seorang yang salasul baul(kencing tak lawas), inilah yang muktamad.

 

(dan kata) setengah dinantikan akan dia hingga putus darah dan jika keluar waktunya sekalipun kerana diqiaskan masalah ini dengan membasuh kain yang mutanajjis boleh ditakkhir akan sembahyang hingga bahawa membasuh ia akan dia, dan jika keluar waktunya sekalipun, dan qaul ini dhaif pada masalah bedarah hidung, dan muktamad pada membasuh kain, kerana kuasa bagi kita menghilangkan najis daripada asalnya, maka lazimlah menghilangkan dia, dan jika keluar waktunya sekalipun, bersalahan pada masalah berdarah hidung, tiada kuasa menghilangkan dia, maka kerana itulah tiada boleh menanti putusnya, dan wajib kita sembahyang serta memelihara akan dia daripada keluarnya.

 

(dan) sah sembahyang  seorang yang berdarah gusinya dahulu daripada membasuh akan mulutnya, jika tiada ia menelankan air liurnya, kerana bahawasanya najis yang dimaafkan.

 

(dan jika) berdarah dengan sebab lintah  atau pacat maka seperti berdarah hidung, maka jikaada waktu itu luas serta diharapkan akan berhenti keluarnya, maka dinanti akan dia, maka wajib dipeliharakan dia keluarnya dengan diikat akan dia dengan tali umpamanya, dan sembahnyang dengan dia.

 

(dan jika) seorang sembahyang ia serta lintah dan pacat maka sah sembahyangnya, kerana suci keduanya pada waktu hidup, dan tiada sah dihilangkan dia menanggung najis, melainkan jika ada pada tempat anggota wuduk, mkata tiada sah kerana air tiada sampai ia kepada tempat yang dilekat hinggap itu, wallahu’alam bissawab. 

 

(dan jika) seorang memasak ia akan tangannya yang ada najis yang dimaaf  ke dalam bejana air  atau benda yang cair, maka iaitu dimaaf pada Sheikh Ramli, dan tiada maaf pada Sheikh Hafni dan Sheikh Ibnu Hajar, melainkan jika terlupa ia maka dimaaf.

 

(dan) dimaaf sedikit daripada darah yang ajnabi dan iaitu datang ia daripada yang lain, dan mengenai akan umpama kain atau badan dan seperti darah daripada dirinya keluar ia daripada tangan kanan dan berpindah ia kepada tangan kiri, maka barang yang berpindah ia kepada tangan kiri itu dinamai akan dia ajnabi nagham bahkan yang berpindah daripada luka itu kepada barang yang  betulan daripada kain bukan ia daripada ajnabi, intaha Bushra al-Karim, yakni dimaaf dan jika kena akan kain serta banyak sekalipun.

 

(dan) air yang keluar ia daripada mulut orang yang tidur itu najis, jika berubah bau busuk atau kuning warnanya, tetapi dimaaf jika sedikit, bagi orang yang tiada kena bala dengan dia, dan banyak, dimaaf bagi orang yang kena bala dengan dia, sekira-kira sedikit masa yang sunyi ia daripadanya, dan jika ada pada kainnya atau lain daripadanya sekalipun, dan jika yakin keluar ia daripada mulutnya bukan daripada maidah(perut), maka iaitu suci, dan demikian lagi jika syak ia maka tiada wajib membasuh akan dia.

 

(dan) telah menyebut oleh Ibnu al-‘Imad akan tiga qaul, air yang keluar ia daripada mulut orang  yang tidur.

(pertama) suci mutlaqan.

(kedua) najsi mutlaqan.

(ketiga) tafsil.

Maka jika keluar ia daripada maidah maka iaitu najis dan jika keluar ia daripada mulut maka iaitu suci dan inilah yang muktamad.

 

(dan kata) setengah ulama jika tidur ia atas seumpama sekira-kira tinggi kepalanya maka iaitu suci seperti air liurnya dan suci balgham (kahak) yang keluar ia daripada kepala atau dada.

 

(dan) dimaaf daripada barang yang tinggal atas segala perut dan perca daripada kerabu

Kemudian daripada bersungguh-sungguh pada menyucikan dia, dan jika dibasuh akan dia dengan air kapur, maka iaitu terlebih baik kerana bersih putih dan elok di mata.

 

(masalah) jika seorang rebus ia akan umpama daging air kencing umpamanya, kemudian dibasuh akan dia adakah memadai atau tiada?

 

(maka) dijawab bahawasanya demikian itu memadai dengan dibasuh pada zahirnya dan dimaaf pada batinnya.

 

(dan kata) setengah ulama jika direbus dimasak akan daging yang basah dengan air najis itu tiada masak ia ke dalamnya kerana basah daging itu maka memadalah dibasuh akan dia pada zahirnya jua.

 

(dan) dimaaf daripada darah orang yang istihadhah dan salasulbaul, dan tiada wajib oleh keduanya oleh qada sembahyang kemudian daripadanya, dan wajib atas keduanya bersuci daripadanya pada tiap-tiap waktu, dan kain cawatan dan dibuang akan kapas yang melumur ia dengan darahnya dan dibubuh kepadanya akan kapas yang lain.

 

(dan) dimaaf daripada segala tahi burung pada segala masjid umpamanya, jika masyaqqah memelihara daripadanya kerana terlampau banyak seperti di dalam negeri mekah dan tiada wajib atas kita menghalau akan dia daripadanya kerana tahinya.

 

(furu’) dan setengah daripada barang yang umum balwa itu najis pada segala tempat tawaf daripada tahi burung, dan telah dipilih oleh jamaah daripada mutaakhirin lagi muhaqqiqim akan bahawasanya dimaaf daripadanya, dan dimaaf pula daripada barang yang berlumur pada segala pintu Masjidilharam dengan tanah pada waktu hujan, dan waktu orang haji banyak.

 

(dan kata) Sheikh Abu al-Marwazi bermula perkara yang apabila picik dan sukar ia nescaya diluas akan dia.

 

(dan) bahawasanya tempat tawaf zaman Nabi saw dan pada zaman segala sahabatnya dan orang yang kemudiannya atas ini hal, dan tiada menegah oleh seorang daripada tawaf kerana yang dimikian itu, dan tiada menyuruh dengan menyucikan akan tempat ini dan tiada menyuruh pula dengan mengulangkan tawaf itu kerana yang demikian itu.

 

(dan kata) Sheikh Ibnu al-Jamal barang yang berkata akan dia itu iaitulah yang muktamad, dan berlaku atasnya oleh ulama mutaakhirun seperti Ibnu Rif’ah dan Subki dan Azraie, tetapi tempat maaf itu jangan ada basah salah suatu daripada dua pihak atau kering tetapi jangan disahaja memijak akan  dia.

 

( dan) dimaaf daripada segala tahi burung yang sudah binasa ia pada jalan tempat wuduk,    dan tiada baginya bekas najis itu, jika tiada boleh dipaling kepada jalan yang lain daripadanya kerana masyaqqah.

 

(dan) dimaaf daripada tanah jalan raya yang diyakin akan najisnya, dengan syarat binasa ain najis itu, dan lagi sedikit pada uruf, dan jika daripada najis mughallazah sekalipun kerana masyaqqah.

 

( dan kata) ba’dhuhum (sebahagian mereka ) iaitulah yang muktamad istimewa pula pada tempat yang banyak padanya anjing, dan jika berjalan seorang dengan tiada berkasut, dan jika basah kedua kakinya sekalipun pada waktu ketiadaan hujan, dan seperti tanah air lumpur sama ada kena oleh demikian jalan raya atau daripada seorang mengenai akan dia, dimaaf jua.

 

(dan  kata) Sheikh Ramli apabila berjalan seorang pada jalan raya yang diyakin akan najis, da n mengenai akan dia, dan berjalan ia pada tempat yang lain pula, maka berlumur ia daripadanya, maka bahawasanya dimaaf juga pada yang kedua.

 

(dan kata) Ibnu Qasim adalah yang dimaaf pada keduanya itu jika ada bukan ia daripada masjid, dan jika tiada maka tiada maaf, kerana wajib dipeliharakan dia daripada segala najis.

 

(dan kata) Sheikh Salim Syabsyiri  dam Sheikh Barmawi, dimmaf daripada barang yang terbang daripada tanah jalan raya daripada belakang anjing, kerana masyaqqah peliharanya.

 

(dan kata) Zarkasyidan Barmawi dimaaf sedikit daripadanya yang lekat pada kaki, apabila berjalan ia dengan tiada berkasut.

 

(dan tersebut) di dalam Fathul Mu’in, dan jikalau ada bekas kaki anjing dan babi pada jalan, dan jika umum jalan sekalipun tiada maaf, atas qaul yang muktamad.

 

(dan kata) Zarkasyi ihtimal maaf, dan telah difatwa oleh guru aku pada jalan yang tiada tanah dengan dia hanya tahi anak adam dan tahi anjing dan tahi segala binatang, maka sesungguhnya telah mengenai akan dia oleh hujan, berkata ia dimaaf kerana masyaqqah dengan sebab keadaannya umum rata segala tempat berjalan, intaha Sheikh Mali Bari.

 

( dan kata) Qurtubi tiada khilaf bahawasanya babi itu haram, melainkan bulunya harus dibuat jahit umpama kasut dengan dia.

 

(dan kata) Imam Nawawi r.a, tiada bagi kami dalil atas najisnya, bal muqtada al-Mazhab(yakni cenderung) suci seperti harimau dan tikus, dan sesungguhnya telah diceritakan orang akan bahawasanya seorang laki-laki bertanya ia akan Nabi saw, daripada menjahit dengan bulunya, maka sabda ia tiada mengapa dengan demikian itu.

 

(dan kata) Sheikh Nasrul Maqdisi, tiada harus menyapu atas khauf yang dijahit akan dia dengan bulunya, dan tiada sah sembahyang di dalamnya, dan jika dibasuh akan dia tujuh kali  sekalipun, kerana tanah dan air itu tiada boleh sampai keduanya kepada segala tempat jahitan yang mutanajjis itu.

 

(kata) Imam Nawawi dan yang disebut oleh Sheikh Nasrn itu iaitulah yang masyhur.

 

(dan kata) Sheikh Quffal di dalam Syahrah Talkhis, aku Tanya akan Sheikh Aba Zaid daripadanya,   maka berkata ia bermula perkara picik diluaskan, maka sah sembahyang padanya, intaha Hayatul Hayawan juzuk yang pertama.

 

(dan kata) Sheikh Abdul Wahab as-Sye’rani telah berkata oleh guruku r.a, dan adapun babi itu maka tiada sampai akan kami oleh suatu daripada Rasulullah saw, hanya telah menegah ia daripada memakan dagingnya tiada lainnya.

 

(dan kata) Abu Qilabah apabila kering oleh bumi yang najis, jadi suci ia, intiha Kasyfu al-Ghummah.

 

(dan) dimaaf air yang jatuh daripada pancur atau seumpamanya daripada segala rumah seperti di dalam negeri Mekah dan Jeddah, jika tiada najisnya maka yang terlebih aula jangan kita soal daripada air itu, sucikah atau tiada.

(dan) telah dijazam oleh Imam Nawawi dengan suci segala pancur yang disyakkan pada najisnya, na’am jikalau tahqiq oleh najisnya dimaaf daripadanya.

 

(dan) dimaaf daripada daki atau daripada tanah jalan raya atau sedikit daripada tanah kubur yang dibongkar akan dia atau habuk najis yang lekat ia pada kasut, dan jikalau mengenai ia akan kain sekalipun, dimaaf jua.

 

(dan) telah difatwa oleh Sheikh Zaiyadi dengan dimaaf habuk najis atas roti yang dibakar orang dengan api daripada seumpama tahi unta, dan jika kuasa ia atas yang suci sekalipun.

 

(dan) difatwa oleh Ibnu Solah dengan suci segala kertas yang dikerjakan dan dihamparkan akan dia, hal keadaannya basah atas kota yang dibuat akan dia dengan habok najis.

 

(dan kata) setengah daripada guru hamba,  najis rumah di dalam negeri mekah kerana dibuat orang akan dia daripada tanah najis tahi tiada boleh disentuh akan dia  dengan tangan yang basah.

 

(dan kata) Ali Syubramulsi dan seumpama kertas itu segala kain dan seumpanya daripada segala yang dijemur atasnya, dimaaf seperti barang yang dimaaf daripada bata yang dibuat orang akan dia daripada campuran dengan najis, dan jika buat hamparan bumi masjid sekalipun, dan harus disembahyang atasnya, dan berjalan atasnya, serta basuh kaki tiada mengapa.

 

(dan) ditanya orang Sheikh Zaiyadi daripada bab segala ibriq dan seumpamanya yang dibuat orang akan dia dengan campuran najis, dijawab ia dengan suci dan sah jua.

 

(dan kata) Khatib Syarbini harus menanggung akan roti yang dibakar atas api umpama tahi itu di dalam sembahyang, bersalahan dengan Sheikh Ramli.

 

(dan) dimaaf air yang terpercik daripada telaga yang mutanajjis atau pada tempat mandi yang lain daripada telaga.

 

(dan) tiada haru s dipeijak di dalam masjid  dengan kasut yang mutanajjis dan jika ada tanggal akan dia oleh manusia sekalipun kerana tiada hilang hormat dan mulia pada Allah Taala.

 

(ketahui) oleh mu akan bahawasanya segala najis yang dimaaf itu atas tiga bahagi.

(pertama) dimaaf pada kain dan pada air, dan iaitu najis yang tiada kelihatan oleh mata yang mu’tadil(mata kasar).

(kedua) dimaaf pada kain dan badan tiada pada air, dan iaitu sedikit daripada darah dan nanah.

(ketiga) dimaaf pada air dan benda yang cair tiada pada kain dan badan, dan iaitu bangkai yang tiada mengalir darah seperti cicak, dan yang tiada  baginya darah seperti lipas dank ala dan semut dan lainnya.

 

(dan kata) Quffal, dan orang yang mengikut akan dia pada katanya suci segala bangkai yang tiada mengalir darahnya kerana ketiadaan darah yang membusuk akan dia seperti mazhab Imam Maliki dan Hanafi, sah sembahyang sertanya, dan iaitu dhaif.

 

(dan telah) difatwa oleh Hafiz Ibnu Hajar Asqalani, dengan sah sembahyang apabila menanggung oleh orang yang sembahyang itu akan bangkai lalat, jika ada pada tempat itu masyaqqah memelihara daripadanya kerana sangat banyak.

 

(dan) dinaqal orang daripada Sheikh Hafni dan Sheikh Azizi, bahawasanya seorang jika mendapat ia kemudian daripada selesai sembahyangnya akan kulat kutu pada lipatan serban atau pada jahitan kain, nescaya tiada wajib mengulangi akan dia kerana tiada diberati dengan periksa tilik pada tiap-tiap kali sembahyang, dan berkata oleh keduanya iaitu lah yang muktamad.

 

(dan bermula) segala syarat bagi maaf daripada najis dengan nisbah bagi sembahyang itu tiga syarat.

(pertama) jangan ada air campur ia dengan ajnabi daripada ketiadaan darurat.

(kedua) jangan ada dengan perbuatan.

(ketiga) bahawa adalah  ia pada kain dan badan.

 

(maka jika) bercampur ia dengan suatu yang lain, maka tiada maaf, dan jika sedikit sekalipun atas qaul yang muktamad.

 

(dan kata) setengah ulama dimaaf jika sedikit ia kerana masyaqqah.

 

(dan jika) keluar darah atau nanah itu dengan perbuatan seperti dibunuh akan nyamuk atau pijat atau dipicit akan bisul, maka tiada.

 

(tetapi) yang muktamad dimaaf, bersalahan banyak.

 

(dan bermula) syarat bagi maaf najis yang banyak pada uruf itu dengan empat syarat.

(pertama) jangan ada dengan perbuatan.

(kedua) jangan bercampur ia dengan  ajnabi.

(ketiga) jangan lampau ia daripada tempat keluarnya yang ghalib berlumur dengan dia.

(keempat) jangan berpindah ia daripada tempat keluarnya kepada tempat yang lain.

 

(maka jika) dengan perbuatan atau lampau ia daripada tempat keluarnya atau datang ia daripada yang ajnabi, maka tiada maaf melainkan sedikit jua, wallahu’alam bissawab.

 

(dan jika) sembahyang seorang dengan najis yang tiada maaf daripadanya hal keadaannya lupa atau jahil dengan dia, maka jika diketahui akan dia di dalam sembahyang maka wajib diputus akan dia dan bersuci ia daripadanya, dan dimulai lain jika ada waktu, dan jika habis maka wajib atasnya oleh qada, inilah yang muktamad,  dan qaul qadim bagi Imam Syafie tiada wajib qada, dan dirajih akan dia oleh Imam Nawawi di dalam majmuk dan iaitu dhaif.

 

(dan kata) fakir tiada harus memberi fatwa dengan qaul qadim ini melainkan amal bagi diri jua pada waktu masyaqqah, seperti sakit atau takut ketinggalan daripada segala kawan di dalam perjalanan umpamanya.

 

(dan jika) syak ia adakah najis ini dahulu daripada sembahyang atau kemudian daripadanya, maka tiada wajib qada, bersalahan jika yakin akan dia, dan syak, pada menghilang akan dia dahulu daripada sembahyang, maka wajib diulangi akan dia kerana asalnya tiada suci daripadanya.

 

(dan) dimaaf sedikit daripada bulu najis yang lain daripada anjing dan babi, pada hak orang yang lain daripada tukang gunting dan tuannya seperti bulu himar dan baghal dan gajah, dan dimaaf banyak pada hak tuannya dan yang menggunting akan dia, maka yang sedkit itu dua bulu, dan yang banyak itu lebih daripada dua bulu, seperti tiga empat pada nisbah bagi sembahyang, dan tiada maaf pada air, dan iaitulah yang muktamad.

 

(dan kata) setengah jemaah pula pada air, dan iaitu daif.

 

(dan kata) Sheikh Jili dan jika dikerat akan bulu yang satu  jadi empat kerat, maka iaitu seperti bulu yang satu jua, pada qaul yang asah.

 

(dan) pada masalah bulu itu atas empat qaul.

(pertama) suci sekalinnya.

(kedua) suci sekaliannya melainkan bulu  anjing dan babi.

(ketiga) najis sekaliannya.

(keempat) najis sekaliannya melainkan bulu anak adam, dan iaitulah yang mazhab.

 

(dan) dimaaf daripada segala mulut binatang yang suci, dan anggota anak adam, dan atasnya najis apabila dijilat atau diselam akan dia ke dalam air yang kurang daripada dua kolah atau di dalam segala benda yang cair dengan  syarat kemudian daripada ghaibnya, serta hilang najis padanya, dan jika tiada ghaib ia maka najis air itu.

 

(dan) dimaaf daripada segala binatang yang lain daripada anak adam, dengan sebab jatuh di dalam air yang sedikit atau di dalam segala benda yang cair, maka tiada menajis ia akan dia.

 

(dan) dimaaf pula daripada segala bekas kaki binatang seperti kucing dan ayam, apabila berjalan ia di atas tikar atau seumpanya di dalam masjid atau rumah, dan jika basah kakinya sekalipun, kerana sukar pada memeliharakan daripadanya.

 

(dan kata) Zarkasyi dan jikalau burung ia di dalam air dan diberak ia  di dalamnya atau meminum ia daripadanya, dan atas mulutnya najis, dan padahal tiada bercerai ia daripada mulutnya, maka iaitu dimaaf kerana sukar memelihara daripadanya.

 

(dan) dimaaf daripada tahi ikan di dalam air, jika tiada berubah sama ada sedikit air itu atau banyak, dengan syarat jangan dibubuh akan dia di dalam umpama telaga itu, kerana bermain-main dengan melihat akan dia, maka jika dibubuh akan dia ke dalamnya  kain bermain-main dan bersuka seperti barang yang telah jatuh sekarang ini daripada membubuh akan umpama ikan kaloi di dalam telaga atau kolah, maka iaitu tiada dimaaf jika air itu kurang daripada dua kolah.

 

(dan) harus diminum akan madu yang dibuat oleh ibunya akan tempatnya dengan umpama tahi lembu.

 

(dan jika) seorang memerah ia akan susu, maka kena air  susu oleh suatu daripada tahinya atau kencingnya dengan sebab digerak ekornya atau tubuhnya pada waktu memerah akan dia, maka iaitu dimaaf kerana masyaqqah, dan jika kena najis itu kemudian daripada perah atau dahulu daripadanya atau syak ia, maka tiada dimaaf.

 

(dan) dimaaf daripada tahi yang dilumur akan dia pada bina susunya kerana menegah ia akan anaknya daripada menghisap akan dia ganti daripada sukum akan mulutnya.

 

(dan kata) di dalam Nihayah dimaaf daripada barang yang terbang ia daripada air liurnya yang mutanajjis, dan jika diminum ia akan air yang sedikir, dan jika yang menguku ia akan rumputnya sekalipun.

 

(dan)

 

 m/s 33

(dan) dimaaf sedikit daripada asap yang naik ia dengan wasitah (perantara) api yang diumpama tahi lembu dan kambing atau kayu yang mutanajjis.

 

(dan kata) Sheikh Azizi dan setengah daripada mudarat itu barang yang hasil asap pada waktu masak, dan masalah ini banyak jatuh pada kita sekarang ini, maka jaga oleh mu.

 

(dan harus) kita mengkeringkan layu rakan kain dengan api yang najis kerana api yang menyala itu suci bersalahan asap dan baranya, maka najis keduanya.

 

(dan harus) dipakai akan kain yang mutanajjis dengan syarat ketiadaan basah salah suatu kerana masyaqqah dipeliharakan daripada najis pada tiap-tiap hari,tetapi tiada harus dibawa masuk akan dia ke dalam masjid kerana tempat yang mulia.

 

(dan kata) Ibnu al-I’mad wajib menghilangkan  najis dengan bersegera pada beberapa surah setengah daripadanya masjid, dan setengah daripadanya apabila mutanajjis akan kain orang yang lainnnya atau keluar ia daripada mayat kemudian daripada mandinya, atau sahaja melumur ia akan badannya dengan najis, atau tiada sahaja tetapi picik waktu oleh waktu sembahyang demikian lagi wasyam apabila disahaja dengan dia pada badannya, intaha Nuzhah al-Majalis.

 

(dan) dimaaf sedikit daripada ghubar debu najis pada jalan raya yang diyakin akan najisnya kerana masyaqqah pada kainnya dan badannya, dan jika  ada daripada tahi unta  umpamanya sekalipun tiada mudharat, dan jika basah anggotanya atau kainnya, dimaaf jua.

 

(dan) ditanya orang akan Sheikh Ibnu Hajar adakah dimaaf daripada barang yang mengenai akan susu orang yang menyusu daripada air liur kanak-kanak yang najis dengan sebab muntah atau dimakan najis atau tiada maaf, maka dijawabnya dan dimaaf orang daripada mulut kanak-kanak, dan jika tahqiq akan najisnya sekalipun, dab seperti mulut kanak-kanak itu mulut orang gila.

 

(dan) dimaaf bagi ibu bapanya itu mencium akan kanak-kanak yang mutanajjis itu atas jalan kasih, maka tiada wajib menyucikan mulutnya.

 

(dan kata)  setengah harus pula mencium akan kanak-kanak itu, bagi yang lain daripada ibu bapanya.

 

(dan harus) bagi ibunya memakai ia akan kain yang dipakai akan dia di dalam peliharaan kanak-kanak bawa sembahyang dan kain anaknya, jika tiada tahqiq ia akan najisnya.

 

(dan) pada mazhab Imam Maliki, harus bagi ibunya memakai ia  akan kain anaknya yang kena air kencingnya atau tahinya bawa sembahyang dengan dia, atau dengan anaknya, daripada ketiadaan percik kemahnya.

 

(dan) pada mazhab kita Syafie, jika ditahqiq ia akan najisnya, maka tiada maaf, dan jika syak ia kembali kepada asal dan iaitu suci.

 

(masalah) jika kena kain oleh kemah anaknya dan masyaqqah atas ibunya membasuh akan dia atau tiada dapat ia akan kain yang suci atau dapat, tetapi pada hajatnya kepada waktu sejuk, nescaya harus dimaaf pada yang demikian itu baginya.

 

(dan)  ibarat qadi seperti barang yang dikata oleh Imam Subki akan bahawasanya Sheikh Hulaimi, telah mengisyarat ia kepada bahawasanya Nabi saw hanya sanya menaggung ia akan Umamah binti Abi al-‘As di dalam sembahyang itu kerana menyatakan ia akan maaf daripada segala kain kanak-kanak, dan adapun orang yang menanggung ia akan yang demikian itu atas bahawasanya disuci oleh mereka itu akan segala kainnya dan badannya daripada segala najis itu, maka iaitu bersalahan bagi yang zahir daripada segala kelakuan ahwal segala kanak-kanak dan segala hukum syarak itu diperbuat orang atas yang ghalib, intaha.

 

(dan kata) Sheikh Abdul Wahab as-Sya’rani di dalam kitabnya Kashful Ghummah, dan adalah Nabi saw dan segala sahabatnya memikul bawa oleh mereka itu akan segala kanak-kanak yang tiada mumaiyiz di dalam sembahyang sama ada mereka itu laki-laki atau perempuan.

 

(kata) Abu Hurairah r.a dan banyaklah kami serta Rasulullah saw, maka datang oleh Hasan atau Husin maka melompat oleh keduanya atas belakang Nabi saw, maka apabila angkat ia akan kepalanya diambil ia akan keduanya daripada belakangnya, dan dihantar ia akan keduanya atas bumi, maka apabila kembali ia kembali oleh keduanya hingga selesai Nabi saw daripada sembahyangnya, dan adalah Saidina Hasan ra banyaklah naik ia di atas belakang Nabi saw dan padahal ia di dalam sujud, maka dipanjang oleh Nabi saw akan sujud kerananya, dan bersabda ia “ aku benci akan bahawa aku segera hingga selesai ia akan hajatnya dan kenyang ia daripada bermain-main”, intaha Kasyful Ghummah.

 

(yakni) adalah Nabi saw itu menyatakan bagi segala umatnya dengan harus dan maaf daripada segala pakaian kanak-kanak dan badannya, yang tiada yakin akan najis.

 

(dan jika) menanggung oleh orang yang sembahyang akan orang yang beristinja’ ia dengan batu atau memegang ia akan dia, nescaya batal sembahyangnya seperti bergantung oleh kanak-kanak yang belum berkhatan akan kain atau badan orang sembahyang, jika ada najis di bawah pelepahnya.

 

(dan) tiada sah sembahyang orang yang menanggung ia akan binatang yang ada pada duburnya naji, atau disembelih yang dibasuh akan tempat sembelihan itu, dan tiada suci akan perutnya daripada tahi, atau bangkai yang suci seperti anak adam dan ikan dan belalang, bersalahan pada waktu hidup tiada mengapa kerana tiada dihukum akan dia dengan najis.

 

(dan) tiada sah sembahyang orang yang memegang ia akan tali yang suci yang diikat akan dia pada lahir umpama anjing, bersalahan dipijak dibawah kakinya, maka sah seperti dihamparkan sejadah di atas najis atau atas kerusi yang ada najis atasnya, dan jika bergerak ia sekalipun, kerana tiada dihukum  menanggung akan dia.

 

(masalah) dan jika seorang menanggung ia akan orang yang ada padanya najis yang dimaaf, seperti darah kutu anjing dan benda yang cair di dalamnya bangkai yang tiada mengalir darah, maka tiada sah sembahyangnya seperti menanggung akan orang yang belum berkhatan jua.

 

(dan) dimaaf pada padi yag kena najis daripada tahi dan kencing lembu dengan sebab dibuat mengeret akan dia dengan dia seperti adat orang tua-tua yang dahulu.

 

(dan kata) di dalam majmuk di ambil daripada Sheikh Abi Mansur bahawasanya dimaaf daripada barang yang tahqiq    akan kena kemah lembu yang mengeret.

 

(dan kata) Sheikh Abdul Wahan di dalam Kasyful Ghummah, dan adalah Nabi saw mengharus ia bagi segala badwi gembala unta pada ketiadaan membasuh daripada sekalian air kencing unta dan lembu dan kambing, kerana masyaqqah pada demikian itu atas sekalian mereka itu.

 

(dan) dimaaf ada pada umpama padi yang kena najis daripada babi seperti bendang orang yang di tepi hutan kerana yang demikian itu masyaqqah daripada pelihara daripadanya, melainkan jika yang kena tahinya jua dengan ainnya tiada binasa ia dengan tanah lumpur umpamanya jika binasa ia maka dimaaf.

 

(dan jika) kencing seorang di dalam air yang banyak seperti sungai, mak terpercik naik air kencing itu, maka kena suatu daripada kainnya atau badannya, maka iaitu najis tiada dimaaf, dan masalah ini jatuh atas segala orang yang di tepi sungai pada ghalibnya kerana jamban mereka itu di atas rakit.

 

(dan jika) dilontar oleh seorang akan tahi kering di dalam sungai maka naik air atas suatu daripada kerana kuat lontar itu, maka tiada menajis ia akan dia.

 

(masalah) tersebut di dalam Ihya’ pada awal juzuk yang pertama, barangsiapa sembahyang  ia kemudian melihat ia atas kainnya najis, maka yang terlebih baiknya itu diqada’ akan dia, tiada wajib, dan jika melihat ia akan  najis ditengah sembahyang, maka hendaklah dilontar ia dengan kain itu, dan sempurna akan dia, dan yang terlebih itu maka hendaklah dimulai lain sembahyang itu, dan asal masalah ini diambil daripada citra mencabut kasut tatkala dikhabar oleh Jibril kepada Nabi saw dengan bahawasanya atas kedua kasut itu najis, maka bahawasanya Nabi saw tiada mulai lain akan sembahyang itu.

 

(dan harus) disembahyang dengan kasut yang ada najis yang dimaaf padanya, dan jika ada najis yang berjirim maka hendaklah dicalit akan dia dengan bumi dan sembahyang dengan dia.

 

(dan kata) Imam Nawawi di dalam Majmuknya apabila mengenai akan khuf atau kasut oleh najis, maka digosok akan dia dengan bumi dan hilang ainnya dan tinggal bekasnya, maka ditilik jika ada najis itu basah tiada harus disembahyang dengan dia dengan tiada khilaf, kerana bertabur ia daripada tempatnya kepada tempat yang lain daripada segala suku-suku kasut yang suci, dan jika ada kering ia atas khuf itu maka digosok akan dia, maka iaitu najis dengan tiada khilaf,

 

Dan tetapi adakah dimaaf atau tiada? Maka iaitu dua qaul, dan yang muktamad itu sah sembahyang dengan ia, dan iaitu atas qaul jaded bagi Imam Syafie, dan sah sembahyang dengan dia atas qaul qadim, dan iaitu dhaif.

 

(dan kata) Imam Rafi’e yang dimaaf pada qaul qadim itu dengan beberapa syarat:

(pertama) adalah najis itu berjirim yang lekat dengan khuf itu dan jika umpama kain tiada memadai digosok akan dia dengan apa jua hanya samada kering ia atau basah.

(kedua) digosok akan dia itu pada waktu kering, maka tiada memadai pada waktu basah qat’an.

(ketiga) hasil kena najis itu dengan berjalan daripada ketiadaan sahaja dipijak akan dia, maka jika disahaja melumur akan dia, maka iaitu wajib membasuh akan dia qat’an, dan tiada difara’ antara sedikit najis itu atau banyak, kerana diqiaskan atas kain apabila mengenai akan ia oleh najis yang sedikit, maka bahawasanya dimaaf daripadanya dengan tiada membasuh akan dia, dan demikian lagi pada kasut dimaaf dengan tiada sapu dan tiada gosok akan dia.

 

(dan tersebut)  di dalam Hayatul Hayawan adalah najis yang  disapu akan dia oleh Nabi saw itu darah yang sedikit lagi yang dimaaf daripadanya, dan hanya dikerjakan oleh Nabi alaihissolatuwassalam akan yang demikian itu kerana tanazzuh ia daripada segala najis, dan jika ada dimaaf ia sekalipun.

 

(dan) adalah yang dimaaf pada masalah ini nisbah bagi sembahyang dan seumpanya, dan tiada maaf bagi dengan ittifaq ulama jika jatuh kasut yang tersebut itu di dalam air yang kurang daripada dua kolah atau di dalam benda yang cair seperti orang yang istinja’ ia dengan umpama batu.

 

(dan) dimaaf daripada tahi binatang yang jadi ia di dalam air atau tahi ulat yang ada pada seumpama daun kelapa dan daun pinang atau tahi tikus yang sukar dipelihara akan dia jatuh ke dalam telaga atau bejana dengan syarat tiada berubah ia dengan dia.

 

(dan) telah dibahas oleh Sheikh Fuzari akan maaf daripada tahi tikus yang kering di dalam benda yang cair atau air atau lainnya jika umum balwa.

 

(dan) di dalam Fathul Mu’in dan tiada dimaaf daripada tahi tikus dan jika ada kering ia sekalipun ‘alal aujah tetapi telah difatwa oleh guru aku Ibnu Ziyad seperti setengah daripada mutaakhirin itu dengan maaf daripadanya apabila umum balwa dengan dia seperti umum pada tahi segala burung, intaha, dan yang demikian itu nisbah bagi sembahyang, adapun nisbah bagi air maka iaitu dimaaf seperti barang yang telah maklum.

 

(dan kata) Ali Syubra Munsi atas Sheikh Ramli barang yang berlaku adat daripada jatuh najis daripada tahi tikus dan seumpama di dalam segala bajana air yang disediakan akan dia pada segala rumah atau diambil akan suatu bejana air buat istinja’ kemudian didapatinya dalamnya akan tahi tikus kemudian daripada selesai istinja’ itu, maka iaitu dimaaf jua, dan kebanyakkan rumah di Jawi ini umum balwa dengan tahi kasi dan ulat atap dan tahi cicak dan tahi lipas, mak dimaaf daripadanya pada sembahyang dan air jika kering ia wallahuallam bissawab.

 

(furu’) bermula telur di dalam perut bangkai itu atas tiga qaul:

(pertama) suci ia jika ada keras sekira-kira jika diperamkan dia nescaya jadi anak, seperti barang yang dikata oleh Sheikh Mawardi dan Ruyani dan Shashi dan Ibnu Qattan dan Abi Fayadh dan sekalian Jumhur ulama dan iaitulah yang muktamad.

(kedua) suci mutlaqan seperti Mazhab Hanafi.

(ketiga) najis mutlaqan seperti Mazhab Imam Maliki kerana dahulu daripada bercerai itu suku-sukunya, dan tiada khilaf akan bahawasanya telur yang diambil daripada bangkai itu najis, maka wajib dibasuh akan dia dan yang diambil akan dia pada waktu hidupnya itu najis atas qaul yang muktamad, maka tiada wajib membasuh akan dia.

 

(dan) halal dimakan telur daripada segala binatang, dan jika ada bangsa yang tiada dimakan akan dagingnya sekalipun, atas qaul yang muktamad seperti telur buaya dan biawak dan kura-kura, dan jika halus sekalipun jika tiada membawa ia kepada mudharat.

 

(dan kata) setengah ulama telur ular tiada harus dimakan.

 

(masalah) adakah harus dimakan akan telur yang berubah ia jadi darah dan busuk baunya?

(maka) dijawab dengan bahawasanya haram kerana jadi najis, dan jika berubah ia dengan sebab diperam akan dia oleh ibunya dan bercampur dengan kuningnya dan tiada busuk, maka halal dimakan kerana sucinya dan dibawa akan dia di dalam sembahyang pun sah, bersalahan yang berubah ia hingga busuk dan iaitu tiada sah.

 

(dan jika) bercampur hingga jadi darah dan tiada busuk , maka dua qaul bagi Imam Nawawi di dalam kitabnya Tanqih Qaul, yang pertama berkata ia suci dan  qaul kedua najis, dan yang muktamad itu jika berubah ia jadi darah dan bercampur ia dengan putihnya dan kuningnya dan tiada busuk, maka halal, inilah masalah telur kemuruk yang masyhur pada segala lidah kita sekarang ini, wallahualam bissawab.

 

(masalah) jika dipecah oleh seorang akan telur maka jadi anak di dalamnya dengan sempurna kejadian tetapi belum lagi ditiup akan roh padanya, maka iaitu halal dimakan, jika ada telur itu daripada binatang yang halal, maka jika sudah ditiup akan roh, maka tiada halal kerana bangkainya atau daripada binatang yang haram, maka tiada halal jika dapat anak di dalamnya.

 

(masalah) jika jatuh lalat atau semut di dalam belanga umpama gulai atau bubur, dan hancur oleh segala suku-sukunya, maka tiada haram dimakan akan dia, dan jika sekira-kira jadi melewati oleh nafsu, maka haram seperti banyak di dalamnya, inilah yang ……(ms 36)

 

(dan kata) setengah ulama jika jatuh di dalam seekor daripada segala bangkai yang tiada mengalir darahnya maka halal, dan jika lebih daripadanya maka haram.

 

(masalah) jika jatuh di dalam belanga makanan oleh suku-suku daripada anak adam, adakah harus dimakan bendanya itu atau tiada?

(Maka) jawabnya dengan bahawasanya haram dimakan akan dia kerana dihormati pada syarak, bukan najis  atas Imam Ghazali.

 

(dan kata) Imam Nawawi  di dalam Muhazab qaul yang sahih lagi mukhtar, tiada haram dimakan akan yang demikian benda yang dimasak itu kerana sudah mustahlik di dalamnya, maka iaitu seperti kemah dan lainnya, apabila jatuh ia di dalam air yang dua kolah maka bahawasanya harus memakai akan dia kerana sudah binasa seperti tiada.

 

(dan tersebut) di dalam Hayatul Hayawan pada juzu’ yang kedua, dan apabila mati katak di dalam air yang sedikit, kata Imam Nawawi jika kita kata atas qaul yang tiada dimakan akan dia nescaya jadi najis air itu dengan tiada khilaf, dan telah dihikayat oleh Sheikh Mawardi pada najisnya itu dua qaul, pertama  najis seperti segala najis yang lain, dan kedua dimaaf daripadanya seperti darah kutu anjing, dan yang muktamad itu qaul yang pertama, intaha.

 

(dan jika) jatuh di dalam benda yang cair oleh najis seperti darah kutu anjing sedikit atau banyak, maka tiada harus dimakan akan dia, dan jikalau banyak benda yang cair itu hingga berapa kolah sekalipun, kerana najis ia dengan sebab yang demikian itu.

 

(dan jika) jatuh bangkai yang mengalir darah di dalam benda yang cair seperti minyak atau lainnya, maka najis ia kerana ditanyai orang akan Nabi saw daripada tikus mati ia di dalam minyak, maka bersabda ia “……..”m/s 37 yakni jika ada beku ia maka buang oleh sekalian kamu akan dia dan barang yang kelilingnya, dan jika ada cair ia maka jangan hamper oleh sekalian kamu akan dia.

 

(yakni) jika  ada minyak itu cair, maka haram dimakan akan dia tetapi harus diambil manfaat dengan dia seperti buat pasang pelita dengan dia pada tempat yang lain daripada segala masjid dan rumah bagi orang yang lainnya, maka bahawasanya haram pada tempat keduanya itu, dan seumpamanya   dian  daripada lemak yang najis seperti lemak himar dan harimau dan gajah.

 

(dan kata) guru Sheikh Abdul Wahab As-sya’rani ra tiada sampai kepada kami oleh suatu pada menajiskan yang lain daripada minyak daripada segala benda yang cair dengan sebab mati tikus dan seumpamanya, dan jika sekira-kira ada nescaya dihubung akan dia di sini, yakni jika ada dalil atas menajis ia akan yang lain daripada minyak nescaya dihubung akan dia dengan dalil ini oleh Nabi saw, dan atas ini qaul luas bagi kita yang kepayahan, maka harus ditaqlid akan dia, wallahu’alam bissawab.

 

(masalah) haram dipasang akan pelita dengan minyak gas di dalam masjid kerana keji baunya bukan najis kerana bahawasanya ia keluar daripada bumi seperti barang yang telah difatwa kepada fakir oleh Sheikh Umar Sham yang alim besar lagi wara’ lagi menghina ia akan dirinya.

 

(dan adapun) barang yang berlaku oleh adat orang sekarang ini daripada memasang ia akan pelita minyak gas di dalam segala masjid itu, maka iaitu  tiada zahir, bagi fakir yang dungu barang kali ada qaul daripada ulama yang mengharuskan atas yang demikian itu atau dapat akan fatwanya, wallahuallam.

 

(dan setengah) daripada bau yang keji itu minyak hitam yang dipakai orang   akan dia pada perahu dan segala titi papan, wallahualam.

 

(dan jika) dilontar oleh seorang akan binatang yang tiada mengalir oleh darahnya pada waktu hidupnya maka tiada mudharat mutlaqan, atau bangkai yang jadi ia daripada suatu benda yang cair umpamanya seperti barang yang zahir daripada kalam Sheikh Ibnu Hajar.

 

(dan) zahir daripada kalam Sheikh Ramli jika dilontar orang akan dia pada waktu hidup tiada membari mudharat sama ada jadi ia daripadanya atau tiada sama ada mati ia di dalamnya kemudian daripadanya atau tiada, jika tiada berubah ia dan jika dilontar akan dia hal keadaan yang mati nescaya mudharat ia samada jadi ia daripadanya atau tiada, dan jika jatuh ia dengan sendirinya tiada mudharat mutlaqan, yakni sama ada hidup ia atau mati, maka dimaaf daripadanya seperti barang yang dimaaf jatuh ia dengan sebab angin.

 

(dan kata)  Balqini tiada memberi mudharat melontar akan ia mutlaqan, bahkan bangkai yang tersebut itu suci ia pada jama’ perhimpunan ulama’ dan padanya itu luas.

 

(dan) tiada member mudharat jika dilontar kerana hajat seperti melontar seorang akan daging yang ada darah atasnya atau ulat yang mati di dalamnya hendak membuat akan gulai kerana masyaqqah daripada membuang akan dia daripadanya tetapi harus dimakan serta ulatnya, maka hendaklah dibuang akan dengan senduk atau camca, dan dimaaf daripada bekasnya kerana masyaqqah pada membasuh akan dia dengan sebab berulang beberapa kali pada mencedok akan dia.

 

(dan) dimaaf daripada umpama tahi ayam dan tahi tikus di dalam padi, kerana sukar pelihara daripadanya pada ghalib bekas padi kita tetapi dibuang akan dia daripada barang yang mudah jua, Wallahuallam.

 

(dan) dimaaf daripada alat cuka dan buah kayu ghalib berulat dan ulat atau bubuk di dalam lampu dan beras umpamanya dan harus serta dimakan ulatnya serta jadi ia daripadanya melainkan bubuk tiada harus, kerana bahawasanya ia tiada jadi daripadanya tetapi jika sukar pada membuang daripadanya, maka harus seperti semut jua.

 

(dan harus) dihubung akan tulang yang patah dengan tulang najis maka tiada boleh dicari akan tulang yang suci yang lain daripada anak adam dan jika ada kafir sekalipun kerana dihormati pada syarak atau tiada dihormati seperti tulang kafir harbi dan murtad, maka haram jua, dan sah sembahyang dirinya dan sah pula jadi imam atas qaul yang muktamad.

 

(dan jika) dapat ikhtiar akan tulang yang suci lagi patut bagi tampal yang patah itu maka dihubung akan dia dengan tulang najis, maka tiada sah sembahyangnya kerana taqsirnya.

(dan kata) Sheikh Madabighi maka jika tiada patut tulang anak Adam, maka didahulukan tulanh kafir harbi seperti murtad kemudian tulang kafir zimmi, kemudian tulang Islam, maka tafsil ini ahsan.

 

(masalah) apa had yang wajib dituntut akan tulang yang suci itu?

(maka kata) Shubramulsi sayugianya bahawasanya diiktibarkan dengan barang dikata oleh sekalian mereka itu pada belajar seumpama fatihah dan jikalau ada dengan musafir ia yang lebih daripada masafah al-Qasar sekalipun, maka sayugianya bahawasanya demikian jua di sini.

 

(masalah) harus menghubung akan telinga atau anggota yang putus seperti tangan umpamanya dengan sebab dipancuung akan dia atau qaul yang muktamad.

 

(dan kata) setengah ulama’ tiada harus kerana najis darahnya pada tempat potong itu seperti najis yang ajnabi dan iaitu dhaif kerana najis yang ajnabi itu dimaaf daripadanya jika sedikit seperti barang yang telah engkau ketahui dahulu.

 

(dan kata) Sheikh ‘Atiah jika seorang menghubung ia akan rambutnya dengan najis maka haram mutlaqan, dan jika dengan yang suci maka jika daripada anak Adam jikalau daripada hak dirinya sekalipun haram mutlaqan, dan jika ada daripada yang lain daripada anak Adam, maka iaitu haram dengan  ketiadaan izin daripada suaminya, dan harus dengan izin suaminya.

 

(dan harus) dibuat akan gigi daripada tulang yang suci atau dibubuh giginya balik yang sudah dicerai ia daripadanya.

 

(dan harus) pula dibuat akan gigi atau dihubung akan hidung atau hujung anak jari yang terpotong daripada emas dan perak, dan jikalau dapat boleh yang lain daripada keduanya sekalipun tiada mengapa samaada laki-laki atau perempuan, dan jikalau ada daripada tiap-tiap tangan sekalipun, harus yang lain daripada dewasa jadi ibu tangan dan tiada harus dibuang lebih daripada satu ruas.

 

(masalah) apa hukum wasyam(tatu) yang dikerjakan akan dia oleh setengah daripada orang Islam pada setengah negeri jadi tanda pada mukanya atau pada tangannya dengan warna seperti air tarum, maka iaitu haram lagi tiada sah sembahyang dengan dia jika dikerja akan dia pada waktu baligh lagi dengan sukanya.

 

(dan jika) dikerja akan dia pada masa kanak-kanak dan gila, maka tiada wajib menghilang akan dia dan sah sembahyang dengan dia kerana dimaaf.

 

(dan) washam itu iaitu dicucuk akan kulitnya dengan jarum hingga berdarah kemudian dibubuh padanya iaitu akan nilah umpamanya kemudian nyata zahir suratan padanya seperti yang ghalib yang jatuh oleh yang demikian itu pada orang hindu pada dahinya dan nasrani pada tangannya dan pada setengah daripada orang mesir atau sham, dan iaitu wajib dihilang akan dia, maka jika takut mudharat atau digagahi oleh raja, maka iaitu dimaaf dan sah sembahyang dengan dia, wallahua’lam bissawab.

 

(fasal) ini suatu fasal pada menyatakan membuat akan cuka dan iaitu dibuat orang akan dia daripada nira nipah atau kelapa atau daripada air buah rambai yang masam, dan jika pada negeri arab maka diambil daripada buah zabib dan tamar, kemudian ditaruh akan dia hingga jadi arak, maka manakala terbaik ia jadi cuka dengan sendirinya, maka jadi suci ia, dan yang dinamai akan arak itu, tiap-tiap yang cair lagi mabuk arak iaitu najis haram dimakan akan dia.

 

(dan bermula) segala syarat bagi suci itu tiga:

(pertama) disuci akan air nira daripada segala hampasnya dan sampah dan segala binatang dengan ditapis akan dia hingga bersih.

(kedua) jangan dibubuh akan suatu ain didalamnya atau jatuh ia hingga jadi cuka tiada mengapa dibubuh air mawar atau madu didalamnya kerana elok dan baiknya dengan syarat dibubuh akan dia dahulu daripada jadi arak.

(ketiga) jangan dibubuh akan nira kerana bejana bekas arak dengan tiada membasuh akan dia.

 

(dan kata) setengah ulama empat syarat dan iaitu mengwap ia dengan sendirinya jika mengwap jadi  arak itu dengan sebab panas matahari maka tiada suci ia.

 

(masalah) tiada suci cuka dengan sebab tuang akan arak yang lain di dalam bejana bekas arak yang dahulu kemudian daripada kering bejana itu dengan tiada membasuh akan dia dan jika dibubuh akan dia dahulu daripada kering bejana itu maka suci ia.

 

(dan kata) Ibnu Qasim dan jika dituang oleh seorang akan arak atas arak yang lain daripada ketiadaan tenggelam bekas arak yang pertama dengan mendidihnya maka bahawanya suci ia dengan jadi cuka.

 

(dan jika) dikeluar akan dia kemudian daripada jadi cuka, kemudian tuang akan air nira yang lain di dalamnya, maka iaitu ia kerana tiada lagi najis padanya, dan bejana itu mengikut suci cuka, dan tiada berhajat kepada membasuh akan dia bersalahan jika dipindah kepada bejana yang lain pada waktu jadi arak, maka wajib dibasuh akan dia kerana najis arak itu.

 

(dan) terkadang jadi cuka daripada ketiadaan arak dahulunya seperti dibubuh akan nira di dalam cuka yang lama, maka jadi cuka ia.

 

(dan) alamat jadi cuka itu dengan masam rasanya, dan jika tiada masam sekalipun halal dimakan akan dia, dan cuka itu penghulu daripada segala lauk nasi kerana mulianya, dan iaitu lauk segala anbia’ yang dahulu-dahulu, dan dapat pahala bagi orang yang meminum akan dia dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.

 

(maka barangsiapa) hendak membuat ia akan cuka, maka hendaklah ia menuntut akan kaifiat pada membuat akan dia supaya tiada jadi najis cuka itu, dan lepas daripada dosa atasnya dan faham oleh mu akan masalah mengerjakan cuka seperti masalah amal ibadat jua, wallahuallam.

 

(fasal) ini suatu fasal pada menyatakan bersuci daripada segala najis dan tiada sah bersuci itu melainkan dengan air mutlak, dan iaitu air telaga dan air sungai dan air laut dan air hujan dan lainnya seperti barang yang tersebut di dalam segala kitab fekah bicara hukum bersuci, maka lihat oleh kamu di sana, maka tiada sah bersuci dengan air musta’mal pada fardhu dan air buat kelapa seumpanya, dan jika ada suci bagi ia sekalipun kerana suci dirinya jua pada boleh menyuci ia akan yang lain daripada dirinya, dan bersuci daripada segala najis itu tiada terhenti ia atas niat, maka di kerana inilah sah bagi segala kafr itu pada membasuh akan dia.

 

(dan) tiada sah bersuci pula dengan air yang mutanajjis seperti jatuh najis didalamnya, jika ada air kurang daripada dua kolah, maka najis mutlaqan sama ada berubah ia atau tiada, atas qaul yang muktamad.

 

(dan kata) setengah ulama’ jika tiada berubah ia, maka harus memakai akan dia seperti Imam Malik, dan harus kita taklik akan qaul ini, kerana beberapa jemaah daripada ulama’ Syafie memilih mereka itu akan mazhab Imam Malik yang berkata ia air itu tiada menerima najis mutlaqan, yakni sama ada banyak ia atau sedikit, melainkan jika berubah ia.

 

(dan kata) Sheikh Ibnu hajar dan adalah mereka itu memandang mereka bagi memudah atas segala manusia, dan jika tiada  maka dalilnya itu zahir pada tafsilnya.

 

(dan jika) berubah air itu dengan sebab diukub  akan dia dengan geharu jadi harum, maka tiada mudarat seperti berubah ia dengan bangkai di tepi air tiada masuk ia ke dalamnya hanya semata-mata busuk itu dengan terukub jua.

 

(dan jika) berubah ia dengan benda yang suci seperti daun kayu dan air susudan kapur umpamanya maka jika banyak ubahnya sekira-kira hilang nama air mutlak, maka tiada harus bersuci dengan dia, dan jika tiada hilang kerana sedikit ubahnya maka tiada memberi mudharat boleh memakai akan dia kerana sucinya bukan najis bersalahan jika berubah ia dengan najis, dan jika sedikit ubahnya sekalipun maka tiada harus memakai akan dia dan lainnya.

 

(dan jika) syak ia pada air berubahkah atau tiada kerana sedikit ubahnya itu jadi tiada terang, maka dihukumkan atasnya dengan tiada berubah, kerana asalnya tiada berubah, maka tatkala itu harus memakai akan dia.

 

(dan bermula) segala najis itu tiga namanya:

(pertama) mughallazah dan iaitu najis anjing dan babi dan segala anak daripada keduanya.

(kedua) mukhaffafah dan iaitu najis kemah kanak-kanak laki-laki yang tiada memakan ia akan yang lain melainkan air susu jua, dan belum sampai umurnya dua tahun, dan jika dimakan air susu daripada binatang sekalipun.

(ketiga) mutawasitah dan iaitu segala najis yang lain daripada  mughallazah dan mukhaffafah.

 

(dan) dibasuh akan najis mughallazah itu tujuh kali, salah satu daripadanya dengan air tanah, hingga rata sekalian tempat yang kena najis itu dengan syarat dihilang akan ain najis itu dahulu tiada memadai dijurus akan tanah itu di atasnya dan disyaratkan tanah itu dengan tanah yang suci lagi menyucikan, maka tiada memadai dengan tanah yang musta’man dan mutanajjis, atas qaul yang muktamad.

 

(dan kata) setengah ulama’ memadai dengan tanah mutanajjis dan musta’man, dan iaitu daif.

 

(masalah)  jika dibasuh akan kain yang mutanajjis dengan mughallazah itu dengan tanah nescaya jadi binasa ia, dan jika dibasuh akan dia dengan sabun ganti daripada tanah adakah harus memadai dengan ia atau tiada?

 

(maka) atas qaul yang muktamad itu tiada harus ta’ayun tanah jua, dan jika membawa ia kepada binasa ia sekalipun, dan atas qaul yang dhaif memadai dengan sabun jika sekira-kira takut binasa akan kain dengan tanah seperti hilang warnanya atau kurang, wallahua’lam.

 

(masalah) memadai akan membasuh najis mughallazah itu dengan pasir yang berdebu bercampur ia dengan tanah seperti kebanyakkan pasir, dan jika tiada padanya debu sekali-kali maka ditambak akan dia hingga jadi debu seperti tanah, maka memadai.

 

(dan jika) dibancuh akan tanah itu dengan air, maka jangan beri hampir kepada lumpur tetapi sekira-kira keruh air itu, dan dinamai orang akan air tanah atau debu akan dia kepada air di dalam sungai pada waktu air bah datang ia daripada ulunya, dan digerak akan dia tujuh kali, maka memadai dengan air itu jika keruh ia seperti air tanah atau dipukul oleh ombak daripadanya itu di atas suatu yang dibasuh tujuh kali lalu ia memadai jua.

 

(masalah) jika seorang ia akan memakan akan daging babi adakah wajib atasnya meminum air tanah kerana membasuh di dalam perutnya atau tiada, maka tiada wajib atasnya oleh yang demikian itu, tetapi hendaklah dibasuh akan mulutnya jua tujuh kali dengan air tanah, dan jika keluar daripada duburnya oleh air najis itu, maka diwajib pula dibasuh akan dia.

 

(masalah) adakah harus akan binatang yang halal, menyusu ia pada babi atau anjing hingga beberapa tahun atau diberi makan arak?

(maka) harus dimakan  akan dia serta makruh atas qaul yang sah.

 

(dan kata) setengah ulama’ tiada harus kerana jadi najis ain, tiada boleh dibasuh akan dia mutlaqan.

 

(dan kata) Zarkasyi tiada halal dimakan akan dia melainkan kemudian daripada dibasuh akan dia tujuh kali dengan air tanah, dan dua qaul ini dhaif.

 

(dan) tiada jadi najis dengan sebab menyentuh akan suatu daripada najis mughallazah dan lainnya daripada segala najis, jika sama kering antara dua pihak, tiada wajib membasuh akan dia.

 

(dan jika) syak adakah ia daripada najis mughallazah atau daripada yang lain seperti tahi musang umpamanya, dan adakah kena najis ini pada suatu daripada badan atau kain atau tiada kena, maka dihukumkan atasnya dengan bersalahanya yakni dipulang akan dia kepada asalnya, dan iaitu tiada suatu kerana tiada boleh dibatal akan yakin itu dengan sebab syak dan  waham, dan iaitu was-was yang bermain-main dengan dia oleh syaitan jua, dan iaitu dicela pada syarak bukan wara’.

 

(dan setengah) daripada was-was syaitan itu membasuh akan suatu yang tiada najis padanya hanya kerana semata-mata waham jua seperti membasuh akan tikar dan rumah dan segala daun kayu sayuran dan buah kayu dan damir dan sirih dan kain yang baru dibeli akan dia daripada kafir, maka sekalian itu bidaah  yang dicela oleh syarak, dan jangan kamu sangka akan baik dan wara’ orang yang mengerjakan yang demikian itu dan jika ada alim ia sekalipun.

 

(dan kata) Sheikh Abu Muhammad al-Juwaini nescaya daripada bidaah yang mungkar itu membasuh akan mulut kerana makan roti yang diwahamkan najisnya dan jika ada najis maka makannya itu haram, dan jika ada suci ia maka tiada berhajat ia kepada membasuh akan dia daripadanya.

 

(dan) adalah Nabi Allah saw makan ia akan jubun syam yang dibuat akan dia oleh orang daripada ibunya anak babi begitulah masyhur pada segala manusia dan meminum ia daripada air didalam bejana kafir dan berwuduk ia daripadanya.

 

(dan) Saidina umar r.a sembahyang ia pada kain yang diberi orang akan dia daripada negeri Yaman dan dikata orang baginya pada kain itu dicelup akan dia dengan air kencing dan berkata ia telah ditegah orang akan kita daripada mendalamkan dengan diperiksa dan sesungguhnya telah dipakai akan dia oleh orang yang lebih baik ia daripada aku dan iaitu Rasulullah saw dan wuduk ia daripada air kafir nasrani.

 

(dan kata) Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ dan adalah segala sahabat dan segala ulama’ yang dahulu memikir oleh mereka itu pada menyucikan hati daripada najis batin dan memudah mereka itu pada perkara yang zahir hingga Saidina Umar yang besar lagi tinggi martabatnya pada Allah maka wuduk ia daripada air nasrani dan berjalan mereka itu pada jalan raya dengan tiada berkasut dan duduk mereka itu atasnya dan sembahyang di dalam masjid atas bumi tiada hampar akan sejadah, dan makan mereka itu daripada tepung gandum dan syair yang dipijak akan dia oleh binatang dan kencing atasnya dan tiada memelihara mereka itu daripada peluh unta dan kuda serta banyak berlumur dengan najis dan tiada sekali-kali soal oleh seorang daripada mereka itu daripada najis yang halus-halus, maka begitulah memudah mereka itu padanya, intaha.

 

(dan) tersebut di dalam Iqnaq dan harus memakai segala bejana kafir kitabi, maka bahawasanya bejana itu seperti orang Islam kerana Nabi saw wuduk ia daripada air orang kafir Muzadah nama orang kafir itu, dan harus pula memakai segala bejana kafir Majusi yang memandi mereka itu dengan air kencing lembu mendatang akan diri mereka itu kepada Allah Taala atas qaul yang muktamad tetapi makruh memakai bejana mereka itu seperti segala pakaian mereka itu, dan harus pula memakai akan segala bejana orang yang beristi’mal ia dengan arak kerana tiada yakin akan najisnya tetapi makruh kerana sekalian mereka itu tiada memelihara daripada segala najis, intaha.

 

(dan kata) Sheikh Abdul Wahab As-Sya’rani adalah Nabi saw wuduk ia daripada air muzadah dan memakan ia daripada makanan mereka itu dan dihampar oleh mereka itu akan makanan yang dimasak oleh mereka itu bagi Nabi saw, maka memakan ia daripadanya, intaha.

 

(yakni) adalah Nabi saw menunjuk ia dan menyatakan bagi umatnya atas harusn dan suci makanan mereka itu yang tiada yakin akan najisnya dan tiada menyuruh ia dengan mendalam akan hukum syarak hingga takut daripada menyentuh akan segala yang diwahamkan najisnya dan daripada najis pada jalan raya, umpamanya seperti setengah daripada orang yang sufi pada zaman kita sekarang ini dan menyangka ia akan dirinya terlebih baik martabatnya daripada segala orang yang alim yang tiada bersufi darinya, dan iaitu batal tiada kepujian pada syarak, dan kebanyakkan manusia yang lebai-lebai sekarang ini jahil murakab dan iaitu penyakit yang amat besar payah ubatnya, seperti orang yang sudah dirasuk masuk iblis dan was-was tiada hilang melainkan ubat daripada tabib yang besar dan banyak alim hikmatnya dan bersungguh-sungguh pada furu’nya, mudah-mudahan dihilang oleh Allah Taala akan dia daripadanya, wAllahu’alam bissawab.

 

(masalah) adakah dibasuh akan najis babi itu seperti anjing atau tiada?

Maka jawabnya na’am, wajin dibasuh akan dia seperti nasjis anjing atas qaul yang muktamad.

 

(dan kata) setengah ulama’ tiada wajib, tetapi wajib membasuh akan dia seperti segala najis yang lain jua, kerana tiada dalil atas najisnya dengan terang seperti anjing.

 

(dan tersebut) di dalam Tafsir Fakhrurrazi bagi Imam Syafie itu dua qaul, pada bahawasanya dibasuh akan bejana yang dijilat oleh babi itu tujuh kali kerana menyerupai baginya dengan anjing,    dan qaul yang kedua tiada, yakni tiada wajib kerana yang demikian itu tasydid kesukaran.

 

(furu’) telah bersalah-salahan ulama’ pada membasuh akan tempat yang digigit oleh anjing memburu akan binatang yang halal itu atas enam qaul:

(pertama) najis yang tiada dimaaf wajib dibasuh akan dia dengan air tanah.

(kedua) memadai dengan membasuh akan dia sekali dengan air.

(ketiga) wajib dihiris kerat akan dia hingga habis bekas yang mengenai akan dia oleh gigitnya.

(keempat) dimaaf daripadanya tiada wajib membasuh akan dia.

(kelima) bekasnya kerana zahir dalil daripada Quran firman Allah Taala(……..m/s43)

Yakni Allah Taala menyuruh ia akan kita dengan memakan akan barang yang dibunuh oleh anjing memburu itu akan binatang yang halal dan tiada menyuruh ia akan kita dengan membasuh akan bekas gigitnya.

(keenam) jika mengenai luka itu pada urat, maka haram dimakan akan dia kerana berjalan darah itu kepada sekalian badan, dan yang muktamad itu qaul yang pertama.

 

(dan bermula) membunuh oleh anjing atau harimau, umpamanya dibuat akan dia memburu akan binatang itu iaitulah sembelihan pada syarak halal dimakan akan dia, jika dapat akan dia sudah mati atau harakat mazbuh, dan jika kita dapat akan dia mati atau harakat mustaqrah, maka wajib disembelih akan dia.

 

(dan sunat) mengucap Bismillahirrahmanirrahim pada waktu menyuruh akan anjing memburu itu seperti sunat membaca akan dia pada menyembelih, tiada wajib pada mazhab kita Syafie, dan wajib pada mazhab Hanafi dan wajib pada Fatihah didalam sembahyang pada Syafie, dan tiada wajib pada mazhab yang tiga, tetapi sunat jua.

 

(masalah) adakah kita memburu akan binatang seperti rusa dan burung dengan ditikam atau anak panah yang tajam, maka mati ia halal dimakan akan dia seperti anjing itu?

Maka jawabnya bahkan halal dan jika tiada mati ia maka wajib disembelih akan dia, dan jika memburu dengan senapang maka tiada halal kerana matinya dengan berat peluru atau kacang-kacang jua, dan iaitu jadi bangkai dan jika dapat akan dia lagi kuat belum sampai ia kepada harakat mazbuh, maka disembelih akan dia nescaya halal, dan jika disembelih akan dia pada waktu harakat mazbuh hendak mati atau di dalam kelupur, maka tiada halal kerana jadi bangkai akhirya tiada kebelakangan sembelih itu pada syarak, maka jaga oleh mu.

 

(dan) disuci akan najis mukhafafah itu dengan dipercik akan air atasnya sekali hingga rata tempatnya  kemudian daripada dihilang akan ainnya, inilah yang muktamad pada segala ulama’ bersalahan pada segala ulama’, bersalahan bagi Zarkasyi berkata ia tiada syarat pada menghilang akan ainnya.

 

(dan jika) dimakan oleh kanak-kanak itu akan minyak atau roti serta susu, maka wajib dibasuh akan dia seperti najis mutawasitah.

 

(dan) tiada memadai dipercik akan air atas segala kencing kanak-kanak perempuan dan khunsa kerana kemahnya itu terlebih keras daripada kemah laki-laki, dan lagi tiada banyak orang gemar suka bermain dengan kanak-kanak perempuan bersalahan kanak-kanak laki-laki banyak orang gemar pada ghalibnya, dan lagi mulia ia daripada perempuan di dalam dunia dan akhirat.

 

(dan) disuci akan najis mutawasitah itu dengan dibasuh akan dia sekali dengan air mutlak hingga hilang rasanya dan baunya dan warnanya, maka jika tinggal rasanya jua, maka tiada maaf dan jika tinggal baunya atau warnanya yang sukar pada menghilang akan dia, maka dimaaf, dan jika tanggal baunya pada suatu tempat dan warnanya pada tempat yang lain, maka iaitu dimaaf.

 

(dan jika) tiada hilang najis itu melainkan dengan sabun maka wajib dipakai akan dia padanya, dan jika tiada sabun padanya maka dengan kapur, dan jika tiada maka dengan kuku pada anak jari serta bersungguh-sungguh padanya, dan jika tiada hilang maka uzurlah namanya , dan sah disembahyang sertanya dan tiada wajib qada apabila kuasa pada menghilang akan dia.

 

(dan kata) Sheikh Ashbuli jika kekal pada badan dimaaf ia, jika pada kain maka tiada dimaaf, tiada sah sembahyang dengan dia tetapi sembahyang dengan bertelanjang ia dan tiada wajib atasnya mengulang akan dia apabila dapat akan kain yang suci dan iaitu menyalahi zahir pada segala perkataan kebanyakkan daripada ulama’, wallahu’alam.

 

(dan) tiada wajib diperah akan kain kemudian daripada membasuh akan dia atas qaul yang muktamad.

 

(masalah) jika membasuh oleh seorang akan kainnya dengan qasad membasuh akan segala daki padanya supaya bersih  dan padahal ada padanya najis yang dimaaf seperti darah kutu anjing atau nyamuk maka iaitu dimaaf daripadanya, dan jika qasad membasuh akan najis itu maka wajib atasnya menghilang akan dia kerana bercampur ia dengan ajnabi dan iaitu air dan jika tiada dimaaf.

 

(masalah) jika seorang duduk ia pada tempat najis dan ada padanya sehelai kain jua kemudian masuk waktu sembahyang adakah dihampar akan kainnya atasnya dan sembahyang dia dengan tiada berkain atau sembahyang atas najis? Maka jawabnya dengan bahawasanya hendaklah disembahyang dengan bertelanjang dan tiada wajib diulangi akan dia.

 

(masalah) tiada wajib membasuh akan tikar umpamanya yang ada najis di atasnya kerana disembahyang jika tiada mengenai akan suatu suku daripada badannya atau pakaiannya atas qaul yang asah dan muqabilnya wajib, kerana dibangsakan bagi tempat sembahyang, wallahu’alam.

 

(masalah) adakah wajib membasuh akan kain daripada sedikit darah haid atau istihadah atau salasul baul kerana sembahyang atau tawaf?

Maka jawabnya dengan tiada wajib membasuh akan dia jika sedikit pada uruf kerana dimaaf pada kainnya dan badannya dan pada ikatannya dan jika menitik ia di atas tikar sekalipun kerana masyaqqah, tetapi wajib membasuh akan dia jika banyak pada tiap-tiap fardu, dan dibubuh kapas di dalam farajnya, dan jika sakit dengan sebab dibubuh akan kapas itu atau takut batal puasa, maka tiada wajib tetapi haram.

 

(dan jika) berdarah mulut maka memadai akan air dengan tangannya memasuk akan dia kedalamnya, dan jika tiada meninggi ia akan tangannya ke atas mulutnya sekalipun, dan wajib dipusing akan air itu hingga rata sekalian pihak serta mubalaghah, dan jika ada puasa ia sekalipun tiada batal kerana bersuci daripada najis.

 

(dan jika) dibasuh akan bata yang dibuat orang akan dia dengan campuran najis seperti tahi unta dan lembu, maka tiada suci dan jikalau dibakar akan dia sekalipun, dan jika dicampur dengan najis air kencing nescaya suci zahirnya dan batinnya sekira-kira sampai air ke dalamnya atas perkataan Sheikh Khatib.

 

(dan kata) Sheikh Ibnu Hajar jika dibancuh akan dia dengan najis yang cair kemudian dibakar akan dia, maka tiada suci batinnya melainkan ditambak akan dia hingga jadi tanah.

 

(dan kata) Sheikh Ramli hasil mazhab bahawasanya apabila dicampur tanah bata dengan najis beku tiada suci zahirnya dengan dibakar akan dia, dan tiada suci pula dengan dibasuh akan dia atau dicampur akan dia dengan air najis atau air kencing suci zahirnya dan batinnya dengan direndam akan dia  di dalam air hingga sampai ia kepada sekalian suku-sukunya.

 

(dan kata) setengah ulama’ bermula perkataan tiada suci dengan dibasuh itu iaitu dimaaf daripadanya, harus dibuat akan hamparan masjid dan binanya dan sembahyang atasnya hingga di dalam kaabah sekalipun, dan harus berjalan atasnya serta basuh.

 

(dan telah) dinas oleh Imam Syafie dimaaf mutlaqan sama ada dicampur akan dia dengan najis yang beku atau cair dan sama ada dibuat ia akan bata atau bejana seperti ibriq(cerek) atau belanga atau periuk, harus diminum akan air daripadanya.

 

(dan) suci dibasuh akan segala bejana yang diberak akan dia oleh manusia atau binatang seperti ( ……………..m/s 45) jika ditanam akan ia tumbuh ia, dan jika tiada, harus dimaka akan dia, kerana najis tahi dengan berubahnya, dan seumpamanya itu ikan atau udang yang dapat akan dia di dalam perut ikan, harus dimakan jika tiada berubah tiada asalnya.

 

(dan) harus dimakan akan ikan yang kecil sekira-kira boleh ditelan akan dia dengan tiada membasuh akan barang yang di dalam perutnya daripada tahi dan darah kerana sukar dan dimaaf daripadanya seperti udang dan belalang, dan sekaliannya itu harus digulai dan digoreng dengan minyak dan dipanggang, maka tiada menajis ia akan minyak atas qaul yang muktamad.

 

(dan tersebut) di dalam Hasyiah Bujairimi sayugianya dikehendaki dengan kecil itu pada uruf dan jika ada qadar besar dua jari sekalipun umpamanya, maka menakala maaf daripada ini, maka terlebih aula dimaaf daripada yang kurang daripada kadar dua jari seperti ikan kudra dan tamban dan anak puyu dan sepat, tetapi kurang rasanya dengan sebab tahinya.

 

(dan kata) setengah ulama’ tiada harus dimakan.

 

(dan kata) qila darah ikan itu suci kerana bahawasanya apabila kering ia putih, bersalahan segala darah yang lain, maka bahawasanya ia hitam, dan qaul luas bagi kita.

 

(masalah) adakah suci dibasuh akan ikan atau daging yang digaram akan dia daripada ketiadaan membasuh akan perutnya  dan darahnya?

(maka kata) kebanyakkan ulama’ dengan tiada suci kerana bercampur dagingnya dengan segala najis darahnya dan tahinya dengan wasitah garam, melainkan hilang rasa garam padanya barulah suci ia dan harus dimakan akan dia dan tiada faraq antara yang kecil ikan itu atau besar.

 

(dan) dinaqal oleh Sheikh Wanaie (m/s 45) daripada Sheikh Ibnu Hajar akan bahawasanya tiada harus dimakan akan dia, kerana bahawasanya ia jadi najis ain melainkan jika tiada rasa garam pada daging itu, maka harus dimakan akan dia.

 

(dan kata) setengah ulama’ suci dibasuh akan dia, dan jika kekal tinggal rasa garam padanya sekalipun, kerana masin bekas garamnya suci dengan dibasuh kerana najis itu darah, maka darahnya sudah hilang yang tiada boleh disuci akan dia selama ada jirim tahinya dan darahnya, kerana bahawasanya ia najis ain, maka iaitu tiada boleh disuci akan dia bersalahan garam, maka suci ia tetapi kena najis, maka manakala beku dapat disuci akan dia, dan ini qaul rahmat bagi kita, dan tersebut di dalam hadis ikhtilaf ummati (iktilaf umatku) itu rahmat.

 

(dan kata) Syeikh Nawawi Jawi Bantan di dalam kitabnya Nihayatuz Zein, dan yang tiada suci dengan dibasuh akan dia yang lain daripada lafaz di atas adapun yang lafaz atas itu suci inilah jika disusun akan dia di dalam bejana bersalahan apabila diagram akan dia di dalam lubang tanah, maka bahawasanya suci ia kerana segala danur itu masuk ia ke dalam bumi dan demikian lagi apabila disembelih akan ikan tatkala hidupnya, dan dijadikan fasih, maka bahawasanya suci kerana disembelih itu menghilang ia akan darah adapun apabila ditunggal akan dia dengan masing-masing ikan itu dengan tempatnya daripada yang lainnya, maka iaitu suci, intaha.

 

(dan) ditanyai oleh setengah daripada murid guru faqir di dalam majlis mengajar akan barang yang dikata akan dia oleh oleh Syeikh Nawawi itu daripada suci dibasuh akan lafaz yang di atas jua, maka jawab ia dengan katanya tiada zahir pada aku.

 

(dan) ditanyai orang pula kepadanya daripada perkataan syeikh Nawawi itu akan bahawasanya tiada harus dimakan akan halwa na’na’ kerana dibuat orang akan dia daripada arak, maka dijawab ia seperti jawab yang tersebut itu jua tetapi yang zahir daripada perkataan guru faqir itu harus dimakan akan dia, kerana tiada yakin akan pengkhabaran orang itu seperti tiada yakin akan pengkhabaran pada kain saralat (m/s 46) atau dubut dengan masyhur disapu akan dia dengan lemak babi, maka iaitu harus dipakai akan dia seperti jubun syam yang dimasyhurkan dibuat akan dia dengan campuran anak babi (ms 46), maka dimakan akan dia oleh Nabi s.a.w seperti barang yang telah lalu sebutnya, dan ini setengah daripada dalil yang menunjukkan atas bahawasanya harus dimakan akan segala makanan dan pakaian yang tiada yakin akan najis, dan tiada menerima akan perkataan daripada segala manusia dengan masuk najis begian-begian padanya pada hokum syara’, wallahu’alam.

 

(dan harus) dimakan akan segala sayuran dan yang dibubuh baja tahi padanya denga tiada membasuh akan dia, jika tiada kelihatan najis padanya istimewa pada segala daun kayu yang tumbuh ia dengan sendirinya dihutan, maka tiada najis seperti daun asin-asin dan lainnya, dan jika membasuh akan dia kerana waham akan najisnya, maka iaitu bid’ah yang mungkar pada syara’.

 

(masalah) adakah najis daun kayu yang ada padanya bersurat yang dimasyhurkan dengan surat hantu pada segala lidah manusia? (maka kata) Syeikh Malibari dengan najis kerana keluar ia daripada dubur binatang umpamanya ulat bukan daripada mulutnya kemudian adakah dimaaf atau tiada, maka muqtadha perkataan setengah ulama’ dimaaf, intaha.

 

Maka manakala dimaaf maka tiadalah berhajat kepada membasuh akan dia.

(dan) najis sarang labah seperti sarang binatang penyengat kerana keluar ia daripada duburnya seperti barang yang dilihat akan dia.

 

(dan kata) setengah ulama’ suci ia kerana keluar ia yang ditenun buat akan sarangnya itu daripada air liurnya dan iaitu tiada zahir pada faqir, wallhua’alam bisssawab.

 

(dan) suci sarang ulat kerana keluar benangnya itu daripada mulutnya seperti barang yang dilihat akan dia beberapa kali.

 

(masalah) adakah wajib dibasuh akan segala ikan kering daripada yang dibuang akan tahinya seperti …..(ms 46) ikan seludu dan tulang dan seumpama keduanya, maka yang zahir bagi faqir itu tiada wajib membasuh akan dia, kerana bersih suci ia daripada tahinya dan darahnya dan tiada yakin akan najis padanya, dan jika masyhur pada segala lidah manusia dengan diagram akan dia serta najisnya sekalipun tetapi berkata oleh setengah orang dibasuh akan dia tatkala hendak dijemur, adapun segala ikan yang diagram akan dia dengan tiada suci barang yang di dalam perutnya seperti ikan kedara dan lainnya, maka iaitu wajib dibasuh akan dia dan dibuang akan tahinya seperti barang yang telah lalu hukumnya.

 

(dan kata) setengah ulama’ harus dimakan akan dia, dan jika qaul yang asah najis sekalipun kerana sukar pada membuang akan barang yang di dalam perut segala ikan yang kecil-kecil, dan atas qaul inilah kita berpegang kerana kesukaran dan masyaqqah, dan jika dibasuh akan dia maka iaitu terlebih baik, wallahua’alam.

 

(dan) tiada wajib membasuh akan daging yang dilapah potong ambil daripada lembu yang disembelih akan dia, tetapi dengan syarat mengenai akan dia oleh darah atau air kerana darah yang ada pada daging itu dimaaf daripadanya seperti darah pada tulang jua, maka jika kena darah atau air dan jika sedikit sekalipun maka wajib dibasuh akan dia hingga bersih daripada darahnya dengan bersungguh-sungguh pada meramas akan dia hingga jernih putih air pembasuh akan dia dan jika sukar muhtamal dimaaf daripadanya seperti barang yang dikata akan dia oleh Syubramulsi atas Nihayah.

 

(dan jika) membasuh akan dia dengan tiada bersungguh-sungguh seperti kebanyakan daripada manusia yang awam sekarang ini, maka tiada suci kerana merah airnya seperti darah dan jika merah oleh air kuah di dalam belanga dengan sebab tiada membasuh akan dia daripada awalnya, maka iaitu tiada mengapa kerana dimaaf daripadanya.

 

(dan) suci dibasuh akan kain yang dicelup akan dia dengan najis, dan jika tiada hilang warnanya sekalipun daripada merah atau kuning atau hijau umpamanya, harus memakai akan dia kerana sukar inilah jika tiada lekat jirim najis itu pada kain, maka jika lekat ia, maka tak dapat tiada daripada menghilangkan dia.

 

(masalah) jika kena najis pada barang yang isi kapas di dalamnya seperti kopiah arab dan sejadah, maka memadalah dengan dibasuh akan dia seperti membasuh kain dan tiada berhajat kepada diselam akan dia ke dalam air yang banyak supaya tiada meminum ia akan air membasuh itu, kerana jika diselam akan dia ke dalam air, maka membawa ia kepada binasa seperti kopiah arab, demikianlah difatwa dengan dia oleh guru faqir tuan Syeikh Zainuddin Sambawi, dan telah membasuh oleh faqir akan kopiah arab daripada najis tahi kucing, diberak ia di dalamnya, maka tiada hilang oleh baunya, kemudian maka aku rendam ke dalam telaga semalam di dalamnya, kemudian maka diambil akan dia jemur hingga kering, maka bau busuk jua, kemudian maka dibubuh pula akan dia ke dalamnya kadar lama itu jua, maka tiada hilang juga hingga kurang warna kopiah itu, maka tatkala itu jadi sukar dan membawa ia kepada cedera mudah-mudahan dimaaf daripada batinnya seperti dimaaf pada batin bata dan daging yang direbus akan dia dengan air najis seperti barang yang telah kamu ketahui akan dia, tetapi masalah ini terlebih aula dimaaf daripada masalah bata kerana bukan sengaja pada menajis akan dia, wallhua’alam bissawab.

 

(dan jika) bersuci daripada berak dengan air, maka wajib menghilang akan ain najis itu dan bekasnya, dengan sekira-kira zan akan sucinya, maka memadalah seperti berasa pada tangannya yang digosok akan dia dengan kesat tiada lagi licin, dan wajib diterankan dubur hingga terbuka ia seperti pada mandi yang wajib supaya keluar habis segala najis padanya dan rata air pada mandi yang mathlob, dan hendaklah dicermat pada membasuh akan dia sekira-kira memadai dengan air kadar satu timba tin minyak gas atau timba upas yang pertengahan, kerana jika banyak pada menjurus akan air barangkali tiada suci dan lagi ditegah pada syara’ dan banyak air sekalipun, dan jika tiada suci maka berkehendak ia kepada ceduk akan air pula, maka berlumur akan pahanya dengan air najis yang di pungkur itu, dan hendaklah diangkat akan kainnya ke atas pinggang sekira-kira lepas tiada kena oleh pembasuh akan dia supaya tiada jadi najis kain itu, dan jangan duduk bersuci daripadanya pada tempat yang ada menanggung air kerana takut daripada terpercik, maka hendaklah duduk di atas tempat yang tinggi seperti atas kayu, maka iaitu terlebih aula, dan dibasuh akan tangan kiri itu dahulu daripada membasuh akan dubur itu supaya tiada lekat bau najis padanya, dan sunat digosok akan dia kepada bumi kemudian daripada selesai bersuci itu.

 

(dan harus) pula bersuci daripadanya dengan batu atau kayu atau kain atau kertas yang kesat dan jika tepi laut sekalipun tetapi dengan air itu afdhal kerana hilang ainnya dan bekasnya, bersalahan dengan batu tiada hilang bekasnya, tetapi dimaaf daripadanya, dan jika berpeloh kena kain dan badan sekalipun, dan syarat jangan kering najis itu, maka jika kering ia, maka taa’yyun dengan air dan dipeliharakan zakar kemduain berkemah daripada kain, barangkali najis kain itu dengan basah air kencing padanya, dan jangan bersegera pada membasuh akan kencing itu melainkan kemudian daripada istibra’ dengan berdehem atau berjalan kerana hendak beri sejat, dan banyak orang kena siksa di dalam kubur dengan sebab tiada suci daripada air kencingnya seperti barang yang tersebut di dalam hadis, maka di kerana inilah kata setengah ulama’, wajib istibra’.

 

(faedah) barang siapa yang tiada sejat daripada air kencingnya, maka melazim ia atas memakan bunga cengkeh nescaya hilang daripadanya.

 

(dan sunat) bagi orang yang tiada sabar atas kesakitan apabila datang oleh penyakit dan jika sabar dan kuat tawakkal, maka meninggalkan berubat afdhal.

 

(dan haram) berubat dengan suatu yang haram seperti segala najis melainkan apabila tiada a’afiat melainkan dengan najis ini umpamanya, maka harus yang lain daripada arak, maka dimaaf, dan kepala segala ubat itu madu lebah, barang apa penyakit seperti barang yang di dalam hadis.

 

(maka jika) dimakan ikan dengan madu maka terang mata, dan jika dimakan madu yang dicampur dengan minyak zaitun dan air oleh orang sakit nescaya a’afiat.

 

(dan tersebut) di dalam Nuzhah bahawasanya meminum sedikit daripada air hangat pagi-pagi sebelum makan suatu padanya itu manfaat yang besar, intaha.

 

(dan jika) hendaklah membasuh akan bejana yang luas mulutnya seperti belanga dan periuk dan buyung, maka dihilang akan ain najis itu kemudian dibubuh akan air di dalamnya dan digosok akan dia, maka dibuang akan air itu kemudian dijurus akan dia dengan air atau dibubuh akan air di dalamnya, maka dipusing akan dia hingga rata bejana itu, maka dituang buang akan dia atau diselam akan dia ke dalam air yang banyak kemudian daripada hilang akan ain najis itu dan dimasak air ke dalamnya serta didiam akan dia di dalamnya sekira-kira berhubung air itu hingga rata bejana itu, maka suci ia.

 

(dan jika) bejana yang sempit mulutnya seperti balang air dan botol air syurbat umpamanya, maka zahir daripada perkataan Syeikh Husin Rasyidi dan Syeikh Jamal di dalam Hasyiah Nazam Ibn al I’mad itu tiada suci muthlaqan dengan dibasuh akan dia seperti ibriq, maka lihat olehmu akan dia, jika kamu itu alim erti kitab-kitab arab mudah-mudahan dapat akan yang betul dengan baik faham daripada ibarat ke dadanya supaya tiada jadi binasa oleh segala bejana yang kecil ……(ms 48) atau di dalam kitab yang lain kerana faqir ini sangat dungu tiada faham.

 

(dan jika) ada bejana yang besar sekira-kira boleh isi air di dalamnya dua kolah, maka dibuang akan najis di dalamnya kemudian, maka dibubuh akan air ke dalamnya dan digosok akan dia, maka digayong buang akan dia hingga bersih, maka sucilah ia kerana berat hendak diangkat tuang air pembasuh itu seperti tempayan yang besar, wallhua’alam bissawab.

 

(furu’) apabila menajis oleh air telaga dengan sebab jatuh najis dan pada hal air itu kurang daripada dua kolah, maka jangan ditimba buang akan dia supaya jadi banyak air dengan keluar daripadanya atau ditambahi akan air di dalamnya, hingga jadi dua kolah maka sucilah ia dan jika ditimba buang akan dia, maka jadi najis pula pada sekalian tepi telaga itu dengan sebab air yang dibuang dan najis air yang keluar daripadanya dengan sebab bertemu ia dengan najis telaga itu serta dengan air yang ada di pungkur telaga dan tiada suci ia.

 

(dan jika) jatuh di dalamnya oleh najis yang beku seperti tahi yang kering atau bangkai dan air di dalamnya dua kolah atau lebih, maka dibuang akan dia jua, dan jika dua kolah jua, maka dicedok akan air serta najis itu, maka najis di dalam batin timba dan suci air di dalam telaga dan jika tiada masuk ia ke dalam timba, maka suci air yang dalam timba dan najis air di dalam telaga serta zahir timba itu kerana najis air, wallhu’alam.

 

(dan jika) berubah air telaga dengan bangkai ikan, maka tiada jadi najis air itu kerana bangkai ikan itu suci dab berubah dengan yang suci itu tiada menajis ia akan dia, dan jika hancur ikan itu, maka jika banyak ubahnya sekira-kira menegah ia akan nama air mutlaq maka iaitu tiada suci, dan jika sedikit ubahnya maka tiada mengapa.

 

(masalah) jika hendak membuat akan telaga daripada bata atau papan, maka hendaklah dibuat beri tinggi mulutnya daripada tanah itu kadar dua hasta setengah atau dua hasta, jangan kurang daripadanya dan jika tinggi daripada yang tersebut itu maka kurang sempurna pada pihak mencedok akan air kerana susah sedikit dengan sebab tiada boleh tunduk seperti roko’, dan jika berdiri betul maka tiada sedap pada mencedok akan dia, dan hendaklah dilebar akan bina mulut telaga itu kadar sejengkal kerana jika ditaroh akan timba atasnya pada waktu mandi umpamanya tiadalah takut jatuh ke dalamnya, dan lagi jadi kuat kerana tempat itu banyak penyakit yang membawa ia kepada binasa istimewa pula banyak manusia berhimpun kepadanya, dan jika dipaku akan dia maka hendaklah dibuat akan dia hingga terpelihara daripada ayam dan itik jatuh di dalamnya dan tingginya seperti kadar yang tersebut, dan pagar itu banyak manfaatnya kerana terpelihara daripada takut jatuh budak-budak, dan pada waktu malam kelam, dan terpelihara pula daripada segala binatang, dan jika dihampar akan batu pada keliling telaga itu, maka jangan diturab akan dia dengan kapur kerana takut daripada tergelincir kaki kerana licin, dan lagi jika gosok akan kaki dengan dia pada membasuh najis mudah keluar kerana kesat dan sebat pada batu itu lagi tetap atasnya oleh kaki atau ditarah padanya akan papan dan jika tiada suatu hanya tanah jua, maka akhirnya jadi goyang menanggong air di dalamnya pada ghalib dan iaitu tiada elok kerana terpercik air daripadanya pada waktu mandi istimewa pula jika berhimpun kepadanya oleh segala itik diberak di dalamnya, inilah ijtihad keluar daripada zihin faqir yang ’adam, wallahua’alam bissawab.

 

(masalah) jika hendak membuat akan tempat basuh akan kaki di masjid atau di rumah maka dibuat akan dia dengan kayu yang tinggi daripada tanah dan di atasnya seperti boleh belah dua tetapi besar sekira-kira tiada takut daripada tergelincir oleh kaki tetap atasnya dan jika kayu itu seperti papan, maka tiada elok kerana air kurang lari daripadanya, jika tiada cermat maka tiada suci kaki yang dibasuh itu kerana air najis itu diam ia di atas tempat basuh itu melainkan jika ditinggi akan dia sekerat daripada hujung papan itu dan rendah akan dia, jujung yang kedua sekira-kira dirasa oleh air di atasnya dan lagi hendaklah ada licin ia supaya tiada lekat padanya oleh segala yang ce,mar-cemar tetapi kayu yang bulat itu terlebih baik daripada papan, dan jika tinggi akan dia seperti yang tersebut itu sekalipun kerana terpelihara daripada berlumur dengan najis di atasnya daripada sekalian pihak bersalahan papan, wallhua’alam.

 

(masalah) adakah wajib…..(ms 49) akan penapis umpama manisan daripada barang yang ada padanya daripada segala binatang semut yang mati ia dan lainnya daripada segala bangkai kerana berkehendak ia kepada tapis pula dengan dia, maka padanya itu tafshil, maka jika ada….(ms 49) lama pada uruf adat kebanyakan pada mengerjakan dia, maka wajib dibasuh disuci buang akan segala bangkai najis daripadanya kemudian barulah harus ditapis dengan dia, dan jika tiada lama antara tapis yang dahulu dengan yang kedua pada masa adat, maka tiada wajib membasuh akan dia dan dimaaf daripadanya kerana sukar dan masyaqqah atasnya.

 

(dan kata) Ibnu Qasim serta berhubung tuang tapis itu pada adat yakni tiadalah mudhorat, maka jika diceraikan akan dia dengan sehari umpamnya kemduian dituang tapis pula pada kain yang tersebut itu serta kekal segala bangkai yang berhimpun daripada penapis yang dahulu itu, maka tiada jauh oleh memberi mudhorat, yakni pada ketika itu wajib dibasuh akan dia daripada segala bangkai daripadanya kerana tiada mengapa dengan sebab naïf masyaqqah atasnya daripada membuang akan dia.

 

(masalah) adakah boleh dibasuh akan suatu daripada segala benda yang cair apabila kena najis seperti minyak dan air susu, maka atas qaul yang muktamad tiada boleh uzur lah dariapda menyuci akan dia kerana hadis yang telah lalu.

 

(dan kata) setengah ulama’ ada jalan pada menyucikan dia maka iaitu dibancuh akan tepong dengan minyak atau air susu itu sekira-kira dapat dipegang akan dia dengan tangan kemudian maka dibasuh akan dia dengan air hingga berjalan ia kepada sekalian siku-sikunya hingga diminum ia akan dia.

 

(dan kata) qil, disuci orang akan minyak najis itu dengan dituang akan air di atasnya hingga banyak di dalam bejana kemudian digerak ……(ms 50)  akan dia dengan kayu sekira-kira zhon sampai air kepada sekaliannya, kemudian ditinggal akan dia supaya naik oleh minyak itu ke atas kemudian dilubangkan dibaunya, maka apabila keluar oleh air itu, maka ditutup akan lubang itu dan tinggal minyak di dalamnya dan iaitu dhoif.

 

(fasal) pada menyatakan kaifiat menyucikan segala kulit bangkai yang lain daripada anjing samada daripada binatang yang halal atau yang haram kerana zahir umum perkataan hadis s.a.w:

أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ فَقَدْ طَهُرَ.

 

Yakni apa jua kulit abngkai yang disamak orang akan dia maka sesungguhnya telah suci ia, telah meriwayat akan dia oleh Muslim.

 

(Dan makna) samak itu iaitu direndam akan dia ke dalam air yang dibubuh di dalamnya akan suatu yang tajam sekira-kira boleh menghilang ia sekalian yang busuk-busuk daripada lendirnya dan daging yang lekat padanya atau dilumur akan dia dengan suatu yang tajam itu seperti buah menyakiti dan kulit buah delima dan kulit samak dan lada dan segala benda yang hangat dan tajam, dan jika ada najis sekalipun seperti tahi burung merpati dan tahi cicak dan kelawar tetapi wajib dibasuh akan dia pada akhirnya tatkala hendak dijemur akan dia kepada panas matahari, dan wajib dibuang akan segala bulunya dahulu daripada menyamak akan dia.

 

(dan kata) Imma Nawawi dimaaf daripada sedikit bulunya kerana sukar hendak menghilang akan dia dengan sekaliannya, intaha.

 

(dan) ……(ms 50) memadai pada menyamak akan dia dengan melumur akan dia dengan garam dan gambir dan tanah dan lainnya daripada barang yang tiada menghilang ia akan segala busuk-busuk daripadanya seperti barang yang telah dikerja akan dia oleh setengah daripada manusia yang jahil dan jika kena basah air, maka kembali ia kepada busuk atau binasa ia, maka tiada jadi suci ia.

 

(dan jika) suci kulit bangkai itu maka harus disembahyang atasnya dan dipakai akan dia seperti kain tetapi haram dimakan akan dia dan jika ada daripada binatang yang halal sekalipun atas qaul yang muktamad kerana hadis sohihain:

إِنَّمَا حَرُمَ مِنَ الْمَيْتَةِ أَكْلُهَا

 

 

Yakni hanya haram daripada bangkai itu dimakan akan dia.

 

(dan) tiada suci dengan disamak akan segala bulunya dan tulangnya dan gadingnya dan tanduknya, maka dikerana inilah wajib dibasuh akan tangan dengan sebab menyentuh akan dia serta basuhnya.

 

(dan kata) tuan guru hamba, bermula hulu pisau yang kecil yang puti itu daripada gading jua bukan ia daripada tulang, tiada boleh memakai akan dia, maka atas perkataan ini banyaklah manusia yang terkena kerana sedikit orang yang tiada membeli akan pisaunya yang hulu putih itu, wallahua’alam.

 

(masalah) jika syak oleh seseorang adakah tulang ini daripada yang disembelih atau tiada ? atau adakah ia daripada yang halal atau yang haram? Atau adakah ia daripada gading atau tiada?

Maka iaitu dipulangkan pada yang ghalib asalnya dan iaitu suci harus memakai akan dia seperti kulit umpama kerbau yang dibuat akan dia akan kasut umpamanya dan lainnya daripada barang yang syak akan dia pada najisnya daripada segala pakaian dan makanan dan minuman dan jika ada yang membuat akan dia oleh kafir sekalipun pada segala benda yang suci asalnya seperti segala roti dan air syurbah dan air kopi dan lainnya, melainkan dilihat dengan mata akan benda yang dibuat akan dia masuk najis, maka tiada harus memakan akan dia kerana yakin atau diketahui akan alamat yang membawa ia kepada yakin, wallhua’alam.

 

(masalah) jika seseorang tiada mendapat ia akan menyempurna segala syarat sah sembahyang dengan sebab najis umpamanya tetapi dapat kuasa ia atas setengah daripadanya jua, maka wajib atasnya sembahyang kerana hormat bagi waktu, dan wajib atasnya qadha’ kemudian daripada dapat menyempurna akan dia, inilah yang muktamad.

 

(dan kata) setengah ulama’ tiada wajib atasnya qadha’, dan jika sembahyang itu serta cedera sekalipun.

 

(masalah) jika seseorang sakit ia dan lemah daripada bersuci daripada segala najis pada pakaiannya dan badannya dan tempatnya dengan sebba terlampau lemah badannya dan segala anggotanya, maka jika dapat akan orang yang boleh minta tolong, maka wajib atasnya menyuruh akan dia barang yang dapat dan sembahyang ia, dan jika tiada boleh akan dia atau boleh tetapi sangat masyaqqah dengan banyak sakitnya dan tiada putus keluar najis daripadanya, maka tatkala begitu halnya, maka ditaqlid ia kepada mazhab Hanafi atau Maliki, dengan sah sembahyang serta najisnya, dan jika disengaja sekalipun, tetapi pada qaul yang asah lagi masyhur pada Maliki itu tiada sah jika mnegetahui akan najisnya.

 

(dan) pada Hanafi jika menghubung akan dia oleh masyaqqah dengan perbuatan orang yang lainnya atau najis itu keluar ia selalu, dan berkata ia tiada lagi difardhu atasnya muthlaqan, dan jikalau tayammum ia kerana lemah ia daripada wudhu’ dengan sendirinya atau sembahyang ia dengan najis atau lainnya daripada  pihak qiblat serta ada boleh orang yang diminta tolong akan dia dan tiada menyuruh ia akan dia nescaya sah manakala masyaqqah dan payah sembahyang pada mazhab kita Syafie pada waktu kesakitan, dan najis seperti hal yang tersebut itu, maka harus bagi kita taqlid kepada salah suatu daripada dua mazhab itu, dan sah sembahyangnya dan tiada qadha’ atasnya supaya tiada mati di dalam maksiat dan lepas daripada dosa, dan jika tiada taqlid dan tiada mengerjakan akan dia dengan sebab masyaqqah, maka ia di dalam maksiat dan dosa yang amat besar, dan ikhtilaf pada masalah ini rahmat yang amat besar, dan jangan kamu taqlid akan dia melainkan apabila dapat akan masyaqqah sekira-kira lemah daripada mengerjakan akan ibadat itu pada diri sendiri kamu seperti yang tersebut itu, dan Tuhan itu yang amat mengetahui akan orang yang ma’zur daripada maghrur yakni orang yang uzur dan yang tipu dengan membuat akan dirinya uzur, dan masalah ini yang aku sebut akan dia di dalam tiga risalah jua, pertama di dalam risalah ini, kedua di dalam Risalah Badia’h pada bicara sembahyang jama’ah kadar satu kuras suratan tangan, ketiga tempat di dalam Risalah Jawahirul Badi’ah pada bicara segala najis yang dimaaf seperti risalah ini jua, tetapi panjang bicaranya besar sedikit daripada ini adalah kadar lebih kurang empat kuras suratan tangan dan lazim atas kamu oleh salah suatu daripada dua risalah pada bicara najis ini supaya sempurna dan mudah amal ibadat bagi kamu.

 

(dan sayugia) bagi segala orang yang sakit yang masyaqqah daripada uzur daripada menyempurnakan sembahyang seperti yang tersebut itu bahawa membaca ia akan istighfar ini atas berkekalan mudah-mudahan diampun oleh Allah Ta’ala baginya akan segala dosanya dan  Qulhuwallahuahad dan selawat atas Nabi s.a.w dan bersikir dan tasbih kerana sekaliannya itu mudah lagi tiada syarat bersuci daripada segala najis pada membaca akan yang tersebut itu.

 

(dan tersebut) di dalam Tanbihul Ghafilin telah berkata Ibnu Masu’d r.a barangsiapa membaca ia akan

استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

 

Tiga kali nescaya diampun orang baginya akan dosanya dan jikalau adalah ia seumpama buih di laut sekalipun.

 

(dan) adalah segala amalan akhirat itu beberapa bagi dan mengerja akan dia dengan beberapa anggota yang zahir dan amal batin, maka jika tiada kuasa pada mengerja akan dia dengan anggota serta segala syaratnya seperti sembahyang, maka dikerja akan dia dengan barang yng kuasa jua dan jika tiada maka dikerja akan dia dengan lidah seperti istghfar dan selawat dan zikir dan lainnya supaya tiada sia-sia waktunya, dan jika tiada kuasa dengan lidah maka dengan hati seperti baik akan zhan dengan Allah Ta’ala dan menyesal akan dirinya daripada banyak taqsirnya dan dosanya dan takut akan Allah Ta’ala dan harap akan rahmatnya dan pengampunanya kerana Allah Ta’ala itu amat kasih sayang kepada segala hambanya yang mu’min.

 

(dan bermula) orang yang ahli amal ibadat dengan sebenar-benarnya dan banyak amalnya pada waktu sihat kuat badannya kemudian maka sakit ia dan uzur daripada mengerja akan dia, maka disuruh oleh Allah Ta’ala baginya akan amalnya seperti barang yang dikerjaka akan dia pada waktu sihatnya beberapa banyak tiada kurang dengan sebab uzur itu, dan iaitulah rahmat kasihani Tuhan yang maha mulia kepada hambanya tetapi kebanyakan kita sekarang ini tiada beramal dengan bersungguh-sungguh pada mengajarkan akan dia hingga terkadang amal yang difardhu pun luput, maka betapa hal segala amal yang sunat tetapi siang dan malam ingat kepada kesukaan dunia dengan makan minum dan pakaian yang elok dan harta dan tiada ingat kepada amal akhirat bekal yang kekal lagi yang mulia di dalam akhirat inilah hal kita:

 

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 

 

(Khatimah)

Ini suatu khatimah pada menyatakan najis yang batin dan iaitu membinasakan segala pahala amal dan kebajikan, dan wajib atas segala orang yang mengerja ia akan segala amal itu oleh menyucikan dia daripada hati, seperti wajib menyucikan segala najis yang menegah ia akan sah sembahyang dan iaitu telah lalu bicaranya, dan najis di dalam batin iaitu banyak tetapi yang aku sebut akan dia di sini kadar sepuluh perkara jua.

 

(Pertama) takabbur atas segala hamba Allah seperti melihat ia pada dirinya terlebih baik daripada orang yang lain dengan sebab ilmunya, atau bangsanya daripada orang yang besar-besar tetapi harus takabbur segala seteru Allah Ta’ala.

 

(Kedua) ujub yakni hairan akan dirinya dengan sebab banyak amalnya atau ilmunya.

 

(Ketiga) riya’ yakni qasad dengan mengerjakan itu kerana beri melihat kepada segala manusia supaya dipuji orang akan dia.

 

(Keempat) hasad yakni dengki benci akan nikmat Allah Ta’ala atas orang yang Islam dan suka hati kepada hilang akan dia daripadanya.

 

(Kelima) sumpah yakni mengerjakan amal dengan memberi mendengar akan dia bagi segala orang mendengar akan dia bagi segala orang.

 

(Keenam) hubbul jah yakni suka kepada kemegahan dengan sebutan pada segala manusia.

 

(Ketujuh) ghibah yakni mengumpat akan manusia atau rumahnya atau binatangnya dengan perkataan yang tiada suka kepadanya.

 

(Kelapan) aklul haram yakni memakan akan yang haram atau banyak memakan yang halal.

 

(kesembilan) lis sawab yakni membuat akan amal kerana pahala atau kerana lari daripada siksa neraka.

 

(kesepuluh) li hubbinnafs yakni membuat akan amal itu kerana suka nafsu rajin jua dan lalai hati daripada ingat kepada menjunjung akan suruhan Tuhan dan membesar akan dia.

 

(dan) najis yang batin ini sangat payah pada menyuci akan dia serta terlebih jahat ia daripada segala najis yang zahir dan terkadang membawa ia kepada jadi kafir seperti firman Allah s.w.t:

 

إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ

Yakni hanyasanya segala orang yang kafir musyrik itu najis.

 

(yakni) di dalam batin dan iaitu I’tiqad yang salah jadi kafir seperti I’tiqad Tuhan itu dua tiga atau Tuhan itu ada baginya rupa atau Tuhan itu baharu seperti di dahulu akan dia oleh a’dam, dan iaitu wujudnya kemudian daripada a’dam seperti Tuhan itu kena jadi samada jadi akan dia oleh orang atau ia menjadi akan dirinya dengan sendirinya baharulah namanya, dan nafilah daripadanya oleh sifat qidam.

 

(atau) I’tiqad akan Tuhan itu bergerak dan berdiam ia atau Tuhan itu serta dengan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu tempat pada masa belum wujud segala makhluk kemudian manakala berlawan meresap ghaib antara keduanya kerana hendak menentukan siapa-siapa yang boleh jadi akan Tuhan, maka berpindah ia daripadanya kerana ghaib dan tinggal Nabi Muhammad s.a.w jua, dan sekaliannya itu najis yang amat besar tiada sah sekalian amal dan kebajikan dan kekal ia di dalam neraka selama-lamanya, maka takut oleh mu sehabis-habis takut daripada segala seteru yang takut.

 

(dan) takabbur itu sifat kafir bukan sifat Islam seperti firman Allah Ta’ala:

ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

 

      

Dan telah firman ia “Masuk oleh sekalian kamu akan segala pintu neraka  jahannam hal keadannya kekal sekalian di dalamnya maka sejahat-jahat ia tempat segala orang yang bersifat takabbur”

 

(dan) hasad dan ujub itu memakan keduanya akan segala kebajikan seperti memakan oleh api akan kayu yang kering seperti barang yang tersebut di dalam hadis Nabi s.a.w:

الْحَسَدُ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ ، كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

 

“Hasad itu memakan ia akan segala kebajikan seperti api memakan akan kayu yang kering”

 

(dan kata) setengah ulama’ ujub itu membinasa ia akan pahala amal tujuh puluh tahun, dan bermula ibadat itu dua rukun, pertama amal hati dan iaitu ikhlas, kedua amal anggota dan iaitu Islam. Telah bersabda Nabi s.a.w:

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

                             

(dan) tiada menerima oleh Allah Ta’ala akan segala amal melainkan dengan ikhlas seperti sabda Nabi s.a.w:

أَخْلِصُوا أَعْمَالَكُمْ لِلَّهِ تَعَالى فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ مَا خلصَ لَهُ

   

 “Ikhlas oleh sekalian kamu akan segala amal kamu itu bagi Allah maka bahawasanya Allah Ta’ala tiada menerima ia melainkan barang yang ikhlas ia”

 

(dan yakni) ikhlas itu suci hati daripada segala sifat yang keji pada syara’ dan mengerjakan segala amal itu kerana Allah semata-mata tiada kerana suatu yang lain daripadanya.

(dan kata) Imam Ghazzali sembahyang dengan tiada khusyu’ itu tiada memadai akan dia pada Allah Ta’ala kerana firman Allah Ta’ala:

         وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

 

 

“Diri olehmu akan sembahyang itu kerana mengingat bagi Ku”

 

(dan lagi) firman Allah Ta’ala

وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

“Dan jangan ada kamu itu daripada orang yang lalai”

 

(dan bermula) sembahyang yang lalai daripada Allah Ta’ala itu sembahyang orang yang munafik bukan sembahyang orang yang mu’min yang sebenar dan sembahyang dengan ikhlas, dan khusyu’ itu sangat payah atas kebanyakan lebai kita sekarang.

 

(dan kata) guru faqir bermula sembahyang dengan tiada khusyu’ itu bukan sembahyang tetapi sembah bayang dan sembahyang aku pun tiada khuyu’, maka betapa hal sembahyang kebanyakan kita yang awam.

 

(ketahui) olehmu akan bahawasanya taubat itu wajib atas segala orang yang berdosa dan jika dosa kecil sekalipun dan iaitu setengah daripada najis yang menegah ia akan kesempurnaan segala amal istemewa pula sembahyang kerana sangat halus bicaranya daripada segala amal yang lain, maka dikerana inilah besar pahalanya daripada segala amal fardhu dan besar dosanya atas orang yang meninggalkan dia hingga hampir ia jadi kafir.

 

(dan bermula) syarat sah taubat tiga;

(pertama) menyesal atas mengerjakan  maksiat itu di dalam hati.

(kedua) tiada ingat ia kepada kembali atas mengerjakan dia maksiat itu selama-lamanya.

(ketiga) sebelum naik matahari daripada pihak maghrib.

 

(dan jika) meninggalkan fardhu maka empat syarat dan iaitu wajib dibayar qadho’ seperti sembahyang dan puasa seperti ada mengambil akan hak orang dengan tiada sebenar, maka wajib dikembali akan dia kepadanya dan jika binasa ia maka dibayar akan ganti kepadanya atau diminta halal daripadanya atau warisnya seperti wajib diminta halal akan mengumpat kepada orang jika ada lagi dan jika tiada maka dibaca akan Fatihah hadiah akan pahalanya kepadanya serta minta ampun kepada Allah Ta’ala dengan bersungguh-sungguh mudah-mudahan diampun oleh Allah Ta’ala.

 

(maka setengah) daripada dosa yang wajib taubat itu mengerjakan amal atau menuntut ilmu atau mengajar akan dia kerana qasad akan kemegahan dan riya’ dan kepujian pada segala manusia dan iaitu setengah daripada maksiat yang batil dan taubat itulah jadi air membasah akan najis ini.

(dan bermula) segala orang yang taubat itu matinya yang amat mudah daripada meminum air oleh orang yang dahaga yakni tiada kesakitan.

 

(dan) citra daripada Nabi s.a.w, bermula suara yang terlebih kasih kepada Allah Ta’ala itu suara hamba yang berdosa berkata ia (ya Rabbi) maka berkata Allah Ta’ala (labbaika ya ‘abdi) saksi oleh kamu hai segala malaikat aku akan bahawasanya sesunguhnya telah aku ampun baginya.

 

(dan) citra daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya bersabda ia apabila telah membuat oleh laki-laki akan dosa, maka berkata ((رب إني أذنبت ذنبا atau berkata ia ((عملت ذنبا فاغفرلي berkata Allah Ta’ala hamba aku telah mengerjakan dosa maka diketahui ia akan bahawasanya baginya Tuhan yang mengampuni ia akan dosanya dan diambil ia dengan dia, maka sesungguhnya telah aku ampun bagi hamba aku dan tatkala itu sucilah ia daripada najis dosa dan jadilah ia akan kebajikan sekaliannya seperti firman Allah Ta’ala:

فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

 

“Maka sekalian mereka itu diganti oleh Allah Ta’ala segala kejahatan mereka itu akan segala kebajikan dan adalah Allah Ta’ala itu amat pengampun lagi kasih sayang akan segala hambanya yang taubat”

 

(dan lagi)firman Allah Ta’ala pada hak mereka itu:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

 

“Bahawasanya Allah Ta’ala itu kasih ia akan segala orang yang taubat dan kasih ia akan segala orang yang suci daripada segala dosanya”

 

(dan sayugia) bagi segala orang yang taubat itu lima perkara;

(pertama) sembahyang dua rakaat dahulu daripada taubat dan dua rakaat kemudian daripadanya.

(kedua) mengucap istighfar tujuh puluh kali kemudian daripada sembahyang (maka) taubat daripada dosa dengan menyesal hati.

(ketiga) mengucap tasbih seratus kali سبحان الله العظيم وبحمده atau سبحان ربي العظيم وبحمده   dan dihimpun akan keduanya itu terlebih baik.

(keempat) bersedekah dengan satu sedekah.

(kelima) puasa ia sehari.

 

(dan ) lafaz istighfar itu 

استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

Tiga kali kemudian maka dibaca استغفر الله العظيم hingga genap tujuh puluh kali sekaliannya (dan) hendaklah iangat ia akan takut siksa Allah Ta’ala di dalam neraka yang amat sakit tiada terhingga maka manakal dikerjakan akan segala perkara yang tersebut itu maka diharap akan ampunnya daripada Tuhan maka diampunya اللهم اجعلنا من التوابين والسالمين امين

(inilah) akhir barang yang aku qasad akan menghimpunkan akan dia dengan pertolongan daripada Allah Ta’ala Tuhan yang menjadi ia akan sekalian mahkluq lagi yang mendengar ia akan peminta segala hambanya di dalam negeri perintah Pulau Pinang Seberang Mukim Lahar Minyak, pada 14 haribulan Zulqaedah hari Khamis pada sanah 1328 seribu tiga ratus dua puluh lapan tahun daripada hijrah Nabi s.a.w. (bersamaan 1906 M)

 

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

 

Susunan : Mohd Faiz B. Abdullah

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ باب رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم  إلى السماء الدنيا NABI SAW MIMPI DIBAWA KE LANGIT DUNIA   ...