رسالة جواهر البديعة
Risalah Jawahirul Badi’ah pada bicara segala
najis yang dimaaf
Risalah najis yang dimaaf dan najis yang tidak dimaaf. Karangan Tuan Muhammad Yasin bin Tuan Muhammad Toha
الحمد لله الذي بعث محمدا صلى الله عليه وسلم رحمة للعالمين وجعل دينه مبنيا على التسهيل والتخفيف على المكلفين
Ertinya: Bermula segala puji kembali bagi Allah, yang telah membangkit ia akan nabi s.a.w rahmat bagi sekalian alam dan menjadi ia akan agamanya itu diperbuat akan dia atas kemudahan dan ringan atas sekalian mukallaf.
ولم يجعل علينا في الدين من حرج وجعل مع
العسر اليسر والفرج
Dan tiada jadi ia atas kita pada agama itu daripada kepayahan dan jadi ia beserta payah itu akan mudah dan luas.
وجعل أمته على أربعة مذاهب اختلاف الأعمال والعلماء وجعل
التوبة إزالة لذنوبهم كإزالة نجاستهم بالماء
Dan telah menjadi ia akan umatnya itu atas empat mazhab yang ikhtilaf
bersalahan pada segala pekerjaan amal dan ikhtilaf pula pada segala ulama dan
jadi ia akan taubat itu menghilangkan segala dosa mereka itu seperti
menghilangkan najis mereka itu dengan air.
ليكون ذلك رحمة لهذه الأمة كما في الحديث : اختلاف أمتي رحمة
Supaya adalah yang demikian itu jadi bagi ini
umat seperti bara yang di dalam hadis, “bermula ikhtilaf umat ku itu jadi
rahmat”
(yakni) adalah ikhtilaf antara segala mazhab
dan antara segala ulama pada segala pekerjaan amal akhirat atau segala
perkerjaan amal kehidupan di dalam dunia dengan beberapa bagi itu rahmat jua.
والصلاة والسلام على سيدنا محمد صاحب الشفاعة للمذنبين وعلى اله وصحبه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين
Dan rahmat Allah taala dan selamatnya atas
penghulu kita nabi Muhammad yang mempunyai syafaat bagi segala orang yang berdosa
dan atas keluarganya, sahabatnya dan segala yang mengikut mereka itu dengan
kebijikan hinggat hari kiamat.
أما بعد فهذه رسالة مهمة في بيان النجاسات المعفوة عما
يشق على الأمة
جعلها الله خالصة لوجهه الكريم الغفار بجاه سيدنا محمد
المصطفى المختار
(باب
النجاسات وإزالتها)
Ini suatu pada menyatakan segala najis dan
menghilangkan dia.
(dan bermula) tiap-tiap yang keluar daripada
dubur dan qubul itu najis seperti tahi dan kencing, dan darah dan nanah, dan
mazi iaitu air yang putih lagi cair keluar ia dengan tiada syahwat yang kuat
tatkala tunduk syahwat, dan wadi iaitu yang putih lagi keruh keluar ia daripada
kemah(kencing) tatkala memikul akan sesuatu yang berat daripada kanak-kanak dan
baligh bersalahan mazi tertentu ia pada yang baligh kerana keluar ia jadi daripada
syahwat, melainkan mani daripada anak adam atau binatang yang lain daripada
anjing dan babi, maka iaitu suci tetapi sunat akan dibasuh akan dia, supaya
keluar daripada khilaf bagi setengah ulama yang berkata ia dengan najis mani
itu, tetapi yang muktamad pada mazhab kita syafie itu suci ia dan najis pada
mazhab hanafi.
(dan) tiada najis tahi dan kencing dan darah
yang keluar daripada nabi saw dan demikian lagi daripada segala anbia’ maka
bersuci mereka itu daripadanya kerana tanzih beri bersih jua bukan kerana najis,
dan tiada masuk ke dalam neraka oleh orang yang meminum ia daripada darahnya
atau air kencingnya yang mulia seperti barang yang tersebut di dalam hadis.
(dan) najis segala tahi dan kemah daripada
segala binatang yang halal atau yang haram maka wajib dibasuh akan dia.
(dan kata) sheikh istakhri dan sheikh ruyani
dengan suci dari segala tahi dan kencing daripada segala binatang yang halal
dimakan akan dia, dan ini muafakat dengan mazhab imam Maliki dan imam Ahmad bin
Hanbal dan Hanafi.
( dan kata) saidina Ali r.a tiada mengapa
dengan sebab kemah unta dan tiap-tiap barang yang dimakan orang akan dagingnya.
(dan bermula) segala binatang suci melainkan
babi dan anjing, dan jika beranak oleh keduanya dengan binatang yang suci
sekalipun najis jua, dan jika adalah ia
seperti rupa anak adam maka iaitu suci pada sheikh Ramli, dan najis yang dimaaf
pada sheikh ibnu Hajar, maka harus baginya jadi imam sembahyang dan masuk ia ke
dalam masjid dan menyentuh akan dia serta basuh dan tiada menajis akan suatu.
(dan) suci anjing ahlul kahfi dan masuk ia ke
dalam syurga.
(dan) najis air susu daripada binatang yang
tiada dimakan orang akan dagingnya seperti air susu kucing, dan harimau, dan
himar, dan lainnya.
(dan kata) sheikh istakhri dengan suci air
susu himar.
(dan kata) abu sa’labah al-khashni tiada
sampai kepada kami daripada segala susu himar oleh suatu hanya ditegah oleh
nabi saw daripada memakan dagingnya jua.
(dan bermula) sekalian bangkai itu najis
dengan sekalian suku-sukunya dan jika daripada binatang yang tiada baginya dan
darah sekalipun najis seperti lipan dan semut, dan masuk di dalam kata bangkai
itu sembelihan kafir dan orang yang di dalam ihram pada segala binatang yang
haram memburu atasnya jua, bersalahan pada binatang yang jinak sepeti kambing
dan lembu, dan jadi bangkai dengan sebab disembilh dengan kuku dan tulang dan
harus dimakan akan sembelihan kafir kitabi yang berpegang ia dengan kitabnya.
melainkan bangkai anak adam dan ikan dan
belalang, maka iaitu suci lagi halal dimakan akan dia samada dibunuh akan dia
dan jika putus beberapa kerat atau mati ia dengan sendirinya sekalipun,
melainkan anak adam maka haram dimakan akan dia kerana dihormati pada syarak.
(dan tersebut) di dalam busyra al-karim maka barang yang bercerai ia
daripada anak adam atau daripada ikan atau belalang, maka iaitu suci, atau
daripada yang lainnya maka iaitu najis seperti bangkainya melainkan fa’rah (tikus)
kasturi yang bercerai ia pada waktu hidup ibunya dan jikalau adalah ia dengan ikhtimar
sekalipun suci, intaha.
(dan demikian lagi) suci kasturi yang
bercerai ia kemudian daripada mati ibunya jika jadi kasturi itu dahulu daripada
matinya,dan jika bercerai ia dahulu daripada mati atau kemudian daripadanya
tetapi belum jadi kasturi maka iaitu najis.
(dan) suci bulu yang bercerai ia daripada
binatang yang halal pada waktu hidupnya bersalahan yang lain daripada bulunya
seperi tanduk dan kuku dan daging, maka iaitu najis dengan sebab ketiadaan
sembelihan pada syarak.
(masalah) suci mayat kafir dan haram dimakan
akan dia seperi mayat Islam jua dihormati pada syarak kerana firman Allah taala
وَلَقَدْ
كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ
“Dan sesungguhnya telah kami mulia akan anak
adam”
(dan makna) mulia itu tiada hukum dengan najis dengan sebab matinya Islam atau kafir.
(Dan)
adapun firman Allah taala
إِنَّمَا
الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ
Ertinya "hanyasanya segala kafir itu najis"
(maka) dikehendaki dengan najis itu iktikad
mereka itu didalam hati wajib kita jauhkan daripadanya seperti najis, bukan
najis badan mereka itu samaada pada waktu hidup atau mati, inilah qaul yang
muktamad.
(dan) pada mazhab Hanafi najis mayat anak
adam dan iaitu satu qaul bagi imam syafie dan suci ia dengan mandi akan dia
melainkan anbia’ dan syuhada’ maka keduanya itu suci.
SEGALA NAJIS YANG DIMAAF
(fasal)
ini suatu fasal pada menyatakan segala najis yang dimaaf, dan iaitu itu
tiap-tiap darah dan nanah daripada anak adam atau daripada yang lainnya jika ada
sedikit ia pada uruf tiada ia mengapa dan mengerjakan sembahyang umpamanya
serta najis yang sedikit itu tiada wajib membasuh akan dia kerana dimaaf
daripadanya.
(dan) kadar sedikit pada uruf itu kembali
kepada kebanyakkan manusia.
(dan kata) setengah kadar sedikit itu besar
kuku maka jika lebih daripadanya banyak hukumnya, dan wajib dibasuh akan dia
kerana tiada maaf.
(dan kata) setengah jika dilihat akan dia
daripada ketiadaan taammul dan tilik maka iaitu banyak hukumnya.
(dan jika) syak ia pada najis ini banyakkah
atau sedikitkah maka dihukumkan atasnya dengan sedikit.
(dan jika) kena najis yang dimaaf itu beberapa
tempat daripada kain dan jikalau dihimpun akan dia nescaya banyak pada uruf,
maka dihukum atasnya sedikit daripadanya pada imam Haramain dan sheikh ramli
dan lain daripada keduanya, dan dihukum banyak pada sheikh mutawalli dan imam
Ghazali dan lain daripada keduanya.
(dan) dimaaf daripada darah kutu anjing dan
tuma dan pijat dan tahi lalat dan tahi kelawar dan kemahnya dan sekalian tahi
binatang yang masyaqqah dan payah kita pelihara daripadanya seperti tahi cicak
dan tahi kasi bukbuk dan ulat, jika kering ia.
(dan) didalam Fathul Mu’in dan hasyiahnya,
dan kemah dan tahi kelawar pada tempat dan demikian lagi pada kain dan badan,
dan jika banyak sekalipun kerana sukar pelihara padanya, tiada difaraq (beza)
antara basah dan kering yakni dimaaf kerana umum balwa.
(dan) dimaaf daripada barang yang kering
daripada tahinya segala burung pada tempat ambil umum balwa, dan qadiah yakni
cenderung hati Nawawi kalam majmuk itu, dimaaf padanya kain dan badan pula, dan
iaitu dhaif yakni.
(dan tersebut) di dalam kitab Hayatul Hayawan
dimaafkan darah kutu anjing, jika sedikit pada kain dan badan, kerana umum
balwa dan sukar pelihara daripadanya, dengan syarat bukan dengan perbuatan
seperti dibunuh akan dia pada kain atau pada badan, dan yang muktamadnya itu dimaaf
jua.
(dan) dimaaf pula darah kutu anjing banyak
atas qaul yang asah pada muhaqqiqin seperti barang yang dikata akan dia oleh
imam Nawawi sama ada bertabur dengan peluh atau tiada, intaha.
(dan) telah bersalah-salahan ulama pada
barang yang apabila memakai oleh seorang akan kain yang ada padanya darah
umpama kutu anjing dan badannya basah, maka kata sheikh mutawalli harus, dan
kata sheikh Abu ‘ala as-sinjji, tiada harus kerana tiada hajat kepada melumur
najis itu kepada badannya, dan dengan dia dijazam oleh muhib at-thobari, dan
boleh ditanggungkan kalam yang pertama itu, atas barang yang apabila adalah
basah itu dengan sebab air wuduk atau mandi yang matlub kerana masyaqqah
memelihara daripadanya seperti barang yang jika adalah basah itu dengan peluh,
dan ditanggungkan akan kalam yang kedua itu atas yang lain daripada demikian
itu, dan sayugianya bahawa dihubungkan air wuduk itu air yang gugur tatkala
minumnya atau daripada makanan, intiha Iqnaq.
(dan kata) Rasyidi dan dihubungkan dengan air
bersuci wuduk itu dengan air mawar kerana bahawasanya dimaksud pada syarak
istimewa pula segala waktu yang matlub padanya, seperti hari jumaat dan dua
hari raya, tetapi iaitu terlebih aula dengan dimaaf daripada banyak yang
tersebut itu, intaha Hasyiah Fathul Mu’in.
(dan tersebut) di dalam Hamish Iqnaq
dihubungkan pula dengan air mandi kerana bersih badan dan kerana bersejuknya.
(masalah) jikalau seorang menanggung ia akan
kain darah kutu anjing atau dihampar dan disembahyang atasnya atau dipakai akan
dia atas kain yang lain lebih daripada kadar hajat atau dibunuh akan dia pada
kainnya atau pada bandannya atau dipicit akan kudil umpanya atau barang yang
berpindah ia daripada segala darah daripada tempatnya kepada tempat yang lain
adakah dimaaf atau tiada?
(maka) dijawab bahawasanya daripada yang
demikian itu jika sedikit pada uruf dimaaf, dan jika banyak maka tiada maaf.
(dan) murad dengan tempatnya itu barang yang
ghalib mengalir dan menitik kepadanya, maka apabila mengalir darah daripada
pahanya kepada lututnya maka iaitu tempatnya bersalahan, jika mengalir ia
daripadanya turun ia kepada tangannya, maka bahawasanya tiada dimaaf melainkan
sedikit jua, kerana keluar daripada kata tempatnya.
( dan kata) setengah murad tempat itu barang
yang ghalib mengalir darah kepadanya, dan barang yang bertemu akan dia daripada
kain pada tempat yang berbetulan dengan dia, dan barang yang lebih ia atas yang
demikian itu, bukan tempatnya.
( dan kata) setengah murad dengan tempatnya
itu, tempat yang mengenai akan dia pada waktu keluar, dan tetap ia padanya, dan
barang yang bertemu akan dia daripada kain, maka jika tiada tetap ia seperti
turun ia daripada kepala, dan padahal tiada tetap ia pada tempatnya hingga
turun Ia sampai kepada kaki, maka iaitu dibilangkan pada tempatnya atas ini
qaul tiada pada qaul yang dahulu, maka barang yang dihukumkan pada tempatnya
itu, dimaaf daripadanya sedikitnya atau banyaknya, dan barang yang bukan
dihukumkan pada tempatnya itu, dimaaf daripadanya sedikit jua.
(dan jika) banyak darah kutu anjing pada kain
hingga jadilah kain itu merah, maka kata
sheikh Istakhri tiada maaf daripadanya kerana nadirnya(jarang).
(dan kata) Jami’ul Ashab dimaaf daripadanya
kerana dihubungkan dengan ghalib.
( dan kata) Sheikh Jumairi telah diithlaq
oleh ashab kita Syafie, dengan dimaaf daripada sedikit daripada sekalian darah,
melainkan Sheikh Mutawalli diistisna’kan (dikecualikan) daripada yang demikian
itu darah anjing dan babi, kerana berkuat ia dengan mughallazah najis keduanya.
(dan) dimaaf najis yang tiada kelihatan oleh
mata yang mu’tadil dan jika ada daripada najis mughallazah sekalipun, dan jika
ada kena beberapa tempat yang bercerai-cerai, dan jika dihimpun akan dia,
nescaya kelihatan, maka dimaaf daripadanya, jika sedikit daripada uruf tetapi
yang lain daripada mughallazah.
(dan) dimaaf daripada darah yang keluar ia
daripada hidung dan mata dan telinga, jika sedikit pada uruf, inilah yang
dimuktamad sheikh Ibnu Hajar.
(dan kata) Sheikh Jamal iaitulah yang patut,
dengan muhasin as-syariah yakni hukum syariat, bersalahan bagi sheikh Ramli,
maka tiada maaf samada banyak atau sedikit, kerana bercampur ia dengan
ajnabi, dan iaitu dhaif.
(masalah) jika berdarah oleh hidung di dalam
sembahyang atau tiada?(maka dijawab) oleh setengah ulama dengan bahawasanya
tiada batal, dan jika kena badan sekalipun jika sedikit pada uruf.
(dan jika) berdarah ia dahulu daripadanya
maka jika diharapkan putusnya sebelum habis waktunya, maka dinanti akan dia,
dan jika tiada diharapkan putusnya sebelum habis waktu sah, maka hendaklah
dibasuhkan akan dia kemudian disumbat di dalamnya seumpama kapas, seperti
seorang yang salasul baul(kencing tak lawas), inilah yang muktamad.
(dan kata) setengah dinantikan akan dia
hingga putus darah dan jika keluar waktunya sekalipun kerana diqiaskan masalah
ini dengan membasuh kain yang mutanajjis boleh ditakkhir akan sembahyang hingga
bahawa membasuh ia akan dia, dan jika keluar waktunya sekalipun, dan qaul ini
dhaif pada masalah bedarah hidung, dan muktamad pada membasuh kain, kerana
kuasa bagi kita menghilangkan najis daripada asalnya, maka lazimlah menghilangkan
dia, dan jika keluar waktunya sekalipun, bersalahan pada masalah berdarah
hidung, tiada kuasa menghilangkan dia, maka kerana itulah tiada boleh menanti
putusnya, dan wajib kita sembahyang serta memelihara akan dia daripada
keluarnya.
(dan) sah sembahyang seorang yang berdarah gusinya dahulu daripada
membasuh akan mulutnya, jika tiada ia menelankan air liurnya, kerana
bahawasanya najis yang dimaafkan.
(dan jika) berdarah dengan sebab lintah atau pacat maka seperti berdarah hidung, maka
jikaada waktu itu luas serta diharapkan akan berhenti keluarnya, maka dinanti
akan dia, maka wajib dipeliharakan dia keluarnya dengan diikat akan dia dengan
tali umpamanya, dan sembahnyang dengan dia.
(dan jika) seorang sembahyang ia serta lintah
dan pacat maka sah sembahyangnya, kerana suci keduanya pada waktu hidup, dan
tiada sah dihilangkan dia menanggung najis, melainkan jika ada pada tempat
anggota wuduk, mkata tiada sah kerana air tiada sampai ia kepada tempat yang
dilekat hinggap itu, wallahu’alam bissawab.
(dan jika) seorang memasak ia akan tangannya
yang ada najis yang dimaaf ke dalam
bejana air atau benda yang cair, maka
iaitu dimaaf pada Sheikh Ramli, dan tiada maaf pada Sheikh Hafni dan Sheikh
Ibnu Hajar, melainkan jika terlupa ia maka dimaaf.
(dan) dimaaf sedikit daripada darah yang
ajnabi dan iaitu datang ia daripada yang lain, dan mengenai akan umpama kain
atau badan dan seperti darah daripada dirinya keluar ia daripada tangan kanan
dan berpindah ia kepada tangan kiri, maka barang yang berpindah ia kepada
tangan kiri itu dinamai akan dia ajnabi nagham bahkan yang berpindah daripada
luka itu kepada barang yang betulan
daripada kain bukan ia daripada ajnabi, intaha Bushra al-Karim, yakni dimaaf
dan jika kena akan kain serta banyak sekalipun.
(dan) air yang keluar ia daripada mulut orang
yang tidur itu najis, jika berubah bau busuk atau kuning warnanya, tetapi
dimaaf jika sedikit, bagi orang yang tiada kena bala dengan dia, dan banyak,
dimaaf bagi orang yang kena bala dengan dia, sekira-kira sedikit masa yang
sunyi ia daripadanya, dan jika ada pada kainnya atau lain daripadanya
sekalipun, dan jika yakin keluar ia daripada mulutnya bukan daripada
maidah(perut), maka iaitu suci, dan demikian lagi jika syak ia maka tiada wajib
membasuh akan dia.
(dan) telah menyebut oleh Ibnu al-‘Imad akan
tiga qaul, air yang keluar ia daripada mulut orang yang tidur.
(pertama) suci mutlaqan.
(kedua) najsi mutlaqan.
(ketiga) tafsil.
Maka jika keluar ia daripada maidah maka
iaitu najis dan jika keluar ia daripada mulut maka iaitu suci dan inilah yang
muktamad.
(dan kata) setengah ulama jika tidur ia atas
seumpama sekira-kira tinggi kepalanya maka iaitu suci seperti air liurnya dan
suci balgham (kahak) yang keluar ia daripada kepala atau dada.
(dan) dimaaf daripada barang yang tinggal
atas segala perut dan perca daripada kerabu
Kemudian daripada bersungguh-sungguh pada
menyucikan dia, dan jika dibasuh akan dia dengan air kapur, maka iaitu terlebih
baik kerana bersih putih dan elok di mata.
(masalah) jika seorang rebus ia akan umpama
daging air kencing umpamanya, kemudian dibasuh akan dia adakah memadai atau
tiada?
(maka) dijawab bahawasanya demikian itu
memadai dengan dibasuh pada zahirnya dan dimaaf pada batinnya.
(dan kata) setengah ulama jika direbus
dimasak akan daging yang basah dengan air najis itu tiada masak ia ke dalamnya
kerana basah daging itu maka memadalah dibasuh akan dia pada zahirnya jua.
(dan) dimaaf daripada darah orang yang
istihadhah dan salasulbaul, dan tiada wajib oleh keduanya oleh qada sembahyang
kemudian daripadanya, dan wajib atas keduanya bersuci daripadanya pada
tiap-tiap waktu, dan kain cawatan dan dibuang akan kapas yang melumur ia dengan
darahnya dan dibubuh kepadanya akan kapas yang lain.
(dan) dimaaf daripada segala tahi burung pada
segala masjid umpamanya, jika masyaqqah memelihara daripadanya kerana terlampau
banyak seperti di dalam negeri mekah dan tiada wajib atas kita menghalau akan
dia daripadanya kerana tahinya.
(furu’) dan setengah daripada barang yang
umum balwa itu najis pada segala tempat tawaf daripada tahi burung, dan telah
dipilih oleh jamaah daripada mutaakhirin lagi muhaqqiqim akan bahawasanya
dimaaf daripadanya, dan dimaaf pula daripada barang yang berlumur pada segala pintu
Masjidilharam dengan tanah pada waktu hujan, dan waktu orang haji banyak.
(dan kata) Sheikh Abu al-Marwazi bermula
perkara yang apabila picik dan sukar ia nescaya diluas akan dia.
(dan) bahawasanya tempat tawaf zaman Nabi saw
dan pada zaman segala sahabatnya dan orang yang kemudiannya atas ini hal, dan
tiada menegah oleh seorang daripada tawaf kerana yang dimikian itu, dan tiada
menyuruh dengan menyucikan akan tempat ini dan tiada menyuruh pula dengan
mengulangkan tawaf itu kerana yang demikian itu.
(dan kata) Sheikh Ibnu al-Jamal barang yang
berkata akan dia itu iaitulah yang muktamad, dan berlaku atasnya oleh ulama
mutaakhirun seperti Ibnu Rif’ah dan Subki dan Azraie, tetapi tempat maaf itu
jangan ada basah salah suatu daripada dua pihak atau kering tetapi jangan
disahaja memijak akan dia.
( dan) dimaaf daripada segala tahi burung
yang sudah binasa ia pada jalan tempat wuduk,
dan tiada baginya bekas najis itu, jika tiada boleh dipaling kepada
jalan yang lain daripadanya kerana masyaqqah.
(dan) dimaaf daripada tanah jalan raya yang
diyakin akan najisnya, dengan syarat binasa ain najis itu, dan lagi sedikit
pada uruf, dan jika daripada najis mughallazah sekalipun kerana masyaqqah.
( dan kata) ba’dhuhum (sebahagian mereka )
iaitulah yang muktamad istimewa pula pada tempat yang banyak padanya anjing,
dan jika berjalan seorang dengan tiada berkasut, dan jika basah kedua kakinya
sekalipun pada waktu ketiadaan hujan, dan seperti tanah air lumpur sama ada
kena oleh demikian jalan raya atau daripada seorang mengenai akan dia, dimaaf
jua.
(dan
kata) Sheikh Ramli apabila berjalan seorang pada jalan raya yang diyakin
akan najis, da n mengenai akan dia, dan berjalan ia pada tempat yang lain pula,
maka berlumur ia daripadanya, maka bahawasanya dimaaf juga pada yang kedua.
(dan kata) Ibnu Qasim adalah yang dimaaf pada
keduanya itu jika ada bukan ia daripada masjid, dan jika tiada maka tiada maaf,
kerana wajib dipeliharakan dia daripada segala najis.
(dan kata) Sheikh Salim Syabsyiri dam Sheikh Barmawi, dimmaf daripada barang
yang terbang daripada tanah jalan raya daripada belakang anjing, kerana
masyaqqah peliharanya.
(dan kata) Zarkasyidan Barmawi dimaaf sedikit
daripadanya yang lekat pada kaki, apabila berjalan ia dengan tiada berkasut.
(dan tersebut) di dalam Fathul Mu’in, dan
jikalau ada bekas kaki anjing dan babi pada jalan, dan jika umum jalan
sekalipun tiada maaf, atas qaul yang muktamad.
(dan kata) Zarkasyi ihtimal maaf, dan telah
difatwa oleh guru aku pada jalan yang tiada tanah dengan dia hanya tahi anak
adam dan tahi anjing dan tahi segala binatang, maka sesungguhnya telah mengenai
akan dia oleh hujan, berkata ia dimaaf kerana masyaqqah dengan sebab keadaannya
umum rata segala tempat berjalan, intaha Sheikh Mali Bari.
( dan kata) Qurtubi tiada khilaf bahawasanya
babi itu haram, melainkan bulunya harus dibuat jahit umpama kasut dengan dia.
(dan kata) Imam Nawawi r.a, tiada bagi kami
dalil atas najisnya, bal muqtada al-Mazhab(yakni cenderung) suci seperti
harimau dan tikus, dan sesungguhnya telah diceritakan orang akan bahawasanya
seorang laki-laki bertanya ia akan Nabi saw, daripada menjahit dengan bulunya,
maka sabda ia tiada mengapa dengan demikian itu.
(dan kata) Sheikh Nasrul Maqdisi, tiada harus
menyapu atas khauf yang dijahit akan dia dengan bulunya, dan tiada sah
sembahyang di dalamnya, dan jika dibasuh akan dia tujuh kali sekalipun, kerana tanah dan air itu tiada
boleh sampai keduanya kepada segala tempat jahitan yang mutanajjis itu.
(kata) Imam Nawawi dan yang disebut oleh
Sheikh Nasrn itu iaitulah yang masyhur.
(dan kata) Sheikh Quffal di dalam Syahrah
Talkhis, aku Tanya akan Sheikh Aba Zaid daripadanya, maka berkata ia bermula perkara picik
diluaskan, maka sah sembahyang padanya, intaha Hayatul Hayawan juzuk yang pertama.
(dan kata) Sheikh Abdul Wahab as-Sye’rani
telah berkata oleh guruku r.a, dan adapun babi itu maka tiada sampai akan kami
oleh suatu daripada Rasulullah saw, hanya telah menegah ia daripada memakan
dagingnya tiada lainnya.
(dan kata) Abu Qilabah apabila kering oleh
bumi yang najis, jadi suci ia, intiha Kasyfu al-Ghummah.
(dan) dimaaf air yang jatuh daripada pancur
atau seumpamanya daripada segala rumah seperti di dalam negeri Mekah dan
Jeddah, jika tiada najisnya maka yang terlebih aula jangan kita soal daripada
air itu, sucikah atau tiada.
(dan) telah dijazam oleh Imam Nawawi dengan
suci segala pancur yang disyakkan pada najisnya, na’am jikalau tahqiq oleh
najisnya dimaaf daripadanya.
(dan) dimaaf daripada daki atau daripada
tanah jalan raya atau sedikit daripada tanah kubur yang dibongkar akan dia atau
habuk najis yang lekat ia pada kasut, dan jikalau mengenai ia akan kain
sekalipun, dimaaf jua.
(dan) telah difatwa oleh Sheikh Zaiyadi
dengan dimaaf habuk najis atas roti yang dibakar orang dengan api daripada
seumpama tahi unta, dan jika kuasa ia atas yang suci sekalipun.
(dan) difatwa oleh Ibnu Solah dengan suci
segala kertas yang dikerjakan dan dihamparkan akan dia, hal keadaannya basah
atas kota yang dibuat akan dia dengan habok najis.
(dan kata) setengah daripada guru hamba, najis rumah di dalam negeri mekah kerana
dibuat orang akan dia daripada tanah najis tahi tiada boleh disentuh akan
dia dengan tangan yang basah.
(dan kata) Ali Syubramulsi dan seumpama
kertas itu segala kain dan seumpanya daripada segala yang dijemur atasnya,
dimaaf seperti barang yang dimaaf daripada bata yang dibuat orang akan dia
daripada campuran dengan najis, dan jika buat hamparan bumi masjid sekalipun,
dan harus disembahyang atasnya, dan berjalan atasnya, serta basuh kaki tiada
mengapa.
(dan) ditanya orang Sheikh Zaiyadi daripada
bab segala ibriq dan seumpamanya yang dibuat orang akan dia dengan campuran
najis, dijawab ia dengan suci dan sah jua.
(dan kata) Khatib Syarbini harus menanggung
akan roti yang dibakar atas api umpama tahi itu di dalam sembahyang, bersalahan
dengan Sheikh Ramli.
(dan) dimaaf air yang terpercik daripada
telaga yang mutanajjis atau pada tempat mandi yang lain daripada telaga.
(dan) tiada haru s dipeijak di dalam
masjid dengan kasut yang mutanajjis dan
jika ada tanggal akan dia oleh manusia sekalipun kerana tiada hilang hormat dan
mulia pada Allah Taala.
(ketahui) oleh mu akan bahawasanya segala
najis yang dimaaf itu atas tiga bahagi.
(pertama) dimaaf pada kain dan pada air, dan
iaitu najis yang tiada kelihatan oleh mata yang mu’tadil(mata kasar).
(kedua) dimaaf pada kain dan badan tiada pada
air, dan iaitu sedikit daripada darah dan nanah.
(ketiga) dimaaf pada air dan benda yang cair
tiada pada kain dan badan, dan iaitu bangkai yang tiada mengalir darah seperti
cicak, dan yang tiada baginya darah
seperti lipas dank ala dan semut dan lainnya.
(dan kata) Quffal, dan orang yang mengikut
akan dia pada katanya suci segala bangkai yang tiada mengalir darahnya kerana
ketiadaan darah yang membusuk akan dia seperti mazhab Imam Maliki dan Hanafi,
sah sembahyang sertanya, dan iaitu dhaif.
(dan telah) difatwa oleh Hafiz Ibnu Hajar
Asqalani, dengan sah sembahyang apabila menanggung oleh orang yang sembahyang
itu akan bangkai lalat, jika ada pada tempat itu masyaqqah memelihara
daripadanya kerana sangat banyak.
(dan) dinaqal orang daripada Sheikh Hafni dan
Sheikh Azizi, bahawasanya seorang jika mendapat ia kemudian daripada selesai
sembahyangnya akan kulat kutu pada lipatan serban atau pada jahitan kain,
nescaya tiada wajib mengulangi akan dia kerana tiada diberati dengan periksa
tilik pada tiap-tiap kali sembahyang, dan berkata oleh keduanya iaitu lah yang
muktamad.
(dan bermula) segala syarat bagi maaf
daripada najis dengan nisbah bagi sembahyang itu tiga syarat.
(pertama) jangan ada air campur ia dengan
ajnabi daripada ketiadaan darurat.
(kedua) jangan ada dengan perbuatan.
(ketiga) bahawa adalah ia pada kain dan badan.
(maka jika) bercampur ia dengan suatu yang
lain, maka tiada maaf, dan jika sedikit sekalipun atas qaul yang muktamad.
(dan kata) setengah ulama dimaaf jika sedikit
ia kerana masyaqqah.
(dan jika) keluar darah atau nanah itu dengan
perbuatan seperti dibunuh akan nyamuk atau pijat atau dipicit akan bisul, maka
tiada.
(tetapi) yang muktamad dimaaf, bersalahan
banyak.
(dan bermula) syarat bagi maaf najis yang
banyak pada uruf itu dengan empat syarat.
(pertama) jangan ada dengan perbuatan.
(kedua) jangan bercampur ia dengan ajnabi.
(ketiga) jangan lampau ia daripada tempat
keluarnya yang ghalib berlumur dengan dia.
(keempat) jangan berpindah ia daripada tempat
keluarnya kepada tempat yang lain.
(maka jika) dengan perbuatan atau lampau ia
daripada tempat keluarnya atau datang ia daripada yang ajnabi, maka tiada maaf
melainkan sedikit jua, wallahu’alam bissawab.
(dan jika) sembahyang seorang dengan najis
yang tiada maaf daripadanya hal keadaannya lupa atau jahil dengan dia, maka
jika diketahui akan dia di dalam sembahyang maka wajib diputus akan dia dan
bersuci ia daripadanya, dan dimulai lain jika ada waktu, dan jika habis maka
wajib atasnya oleh qada, inilah yang muktamad,
dan qaul qadim bagi Imam Syafie tiada wajib qada, dan dirajih akan dia
oleh Imam Nawawi di dalam majmuk dan iaitu dhaif.
(dan kata) fakir tiada harus memberi fatwa
dengan qaul qadim ini melainkan amal bagi diri jua pada waktu masyaqqah,
seperti sakit atau takut ketinggalan daripada segala kawan di dalam perjalanan
umpamanya.
(dan jika) syak ia adakah najis ini dahulu
daripada sembahyang atau kemudian daripadanya, maka tiada wajib qada,
bersalahan jika yakin akan dia, dan syak, pada menghilang akan dia dahulu
daripada sembahyang, maka wajib diulangi akan dia kerana asalnya tiada suci
daripadanya.
(dan) dimaaf sedikit daripada bulu najis yang
lain daripada anjing dan babi, pada hak orang yang lain daripada tukang gunting
dan tuannya seperti bulu himar dan baghal dan gajah, dan dimaaf banyak pada hak
tuannya dan yang menggunting akan dia, maka yang sedkit itu dua bulu, dan yang
banyak itu lebih daripada dua bulu, seperti tiga empat pada nisbah bagi
sembahyang, dan tiada maaf pada air, dan iaitulah yang muktamad.
(dan kata) setengah jemaah pula pada air, dan
iaitu daif.
(dan kata) Sheikh Jili dan jika dikerat akan
bulu yang satu jadi empat kerat, maka
iaitu seperti bulu yang satu jua, pada qaul yang asah.
(dan) pada masalah bulu itu atas empat qaul.
(pertama) suci sekalinnya.
(kedua) suci sekaliannya melainkan bulu anjing dan babi.
(ketiga) najis sekaliannya.
(keempat) najis sekaliannya melainkan bulu
anak adam, dan iaitulah yang mazhab.
(dan) dimaaf daripada segala mulut binatang
yang suci, dan anggota anak adam, dan atasnya najis apabila dijilat atau
diselam akan dia ke dalam air yang kurang daripada dua kolah atau di dalam
segala benda yang cair dengan syarat
kemudian daripada ghaibnya, serta hilang najis padanya, dan jika tiada ghaib ia
maka najis air itu.
(dan) dimaaf daripada segala binatang yang
lain daripada anak adam, dengan sebab jatuh di dalam air yang sedikit atau di
dalam segala benda yang cair, maka tiada menajis ia akan dia.
(dan) dimaaf pula daripada segala bekas kaki
binatang seperti kucing dan ayam, apabila berjalan ia di atas tikar atau
seumpanya di dalam masjid atau rumah, dan jika basah kakinya sekalipun, kerana
sukar pada memeliharakan daripadanya.
(dan kata) Zarkasyi dan jikalau burung ia di
dalam air dan diberak ia di dalamnya
atau meminum ia daripadanya, dan atas mulutnya najis, dan padahal tiada
bercerai ia daripada mulutnya, maka iaitu dimaaf kerana sukar memelihara
daripadanya.
(dan) dimaaf daripada tahi ikan di dalam air,
jika tiada berubah sama ada sedikit air itu atau banyak, dengan syarat jangan
dibubuh akan dia di dalam umpama telaga itu, kerana bermain-main dengan melihat
akan dia, maka jika dibubuh akan dia ke dalamnya kain bermain-main dan bersuka seperti barang
yang telah jatuh sekarang ini daripada membubuh akan umpama ikan kaloi di dalam
telaga atau kolah, maka iaitu tiada dimaaf jika air itu kurang daripada dua
kolah.
(dan) harus diminum akan madu yang dibuat
oleh ibunya akan tempatnya dengan umpama tahi lembu.
(dan jika) seorang memerah ia akan susu, maka
kena air susu oleh suatu daripada
tahinya atau kencingnya dengan sebab digerak ekornya atau tubuhnya pada waktu
memerah akan dia, maka iaitu dimaaf kerana masyaqqah, dan jika kena najis itu
kemudian daripada perah atau dahulu daripadanya atau syak ia, maka tiada
dimaaf.
(dan) dimaaf daripada tahi yang dilumur akan
dia pada bina susunya kerana menegah ia akan anaknya daripada menghisap akan
dia ganti daripada sukum akan mulutnya.
(dan kata) di dalam Nihayah dimaaf daripada
barang yang terbang ia daripada air liurnya yang mutanajjis, dan jika diminum
ia akan air yang sedikir, dan jika yang menguku ia akan rumputnya sekalipun.
(dan)
m/s 33
(dan) dimaaf sedikit daripada asap yang naik
ia dengan wasitah (perantara) api yang diumpama tahi lembu dan kambing atau
kayu yang mutanajjis.
(dan kata) Sheikh Azizi dan setengah daripada
mudarat itu barang yang hasil asap pada waktu masak, dan masalah ini banyak
jatuh pada kita sekarang ini, maka jaga oleh mu.
(dan harus) kita mengkeringkan layu rakan
kain dengan api yang najis kerana api yang menyala itu suci bersalahan asap dan
baranya, maka najis keduanya.
(dan harus) dipakai akan kain yang mutanajjis
dengan syarat ketiadaan basah salah suatu kerana masyaqqah dipeliharakan
daripada najis pada tiap-tiap hari,tetapi tiada harus dibawa masuk akan dia ke
dalam masjid kerana tempat yang mulia.
(dan kata) Ibnu al-I’mad wajib
menghilangkan najis dengan bersegera
pada beberapa surah setengah daripadanya masjid, dan setengah daripadanya
apabila mutanajjis akan kain orang yang lainnnya atau keluar ia daripada mayat
kemudian daripada mandinya, atau sahaja melumur ia akan badannya dengan najis,
atau tiada sahaja tetapi picik waktu oleh waktu sembahyang demikian lagi wasyam
apabila disahaja dengan dia pada badannya, intaha Nuzhah al-Majalis.
(dan) dimaaf sedikit daripada ghubar debu
najis pada jalan raya yang diyakin akan najisnya kerana masyaqqah pada kainnya
dan badannya, dan jika ada daripada tahi
unta umpamanya sekalipun tiada mudharat,
dan jika basah anggotanya atau kainnya, dimaaf jua.
(dan) ditanya orang akan Sheikh Ibnu Hajar
adakah dimaaf daripada barang yang mengenai akan susu orang yang menyusu
daripada air liur kanak-kanak yang najis dengan sebab muntah atau dimakan najis
atau tiada maaf, maka dijawabnya dan dimaaf orang daripada mulut kanak-kanak,
dan jika tahqiq akan najisnya sekalipun, dab seperti mulut kanak-kanak itu
mulut orang gila.
(dan) dimaaf bagi ibu bapanya itu mencium
akan kanak-kanak yang mutanajjis itu atas jalan kasih, maka tiada wajib
menyucikan mulutnya.
(dan kata)
setengah harus pula mencium akan kanak-kanak itu, bagi yang lain
daripada ibu bapanya.
(dan harus) bagi ibunya memakai ia akan kain
yang dipakai akan dia di dalam peliharaan kanak-kanak bawa sembahyang dan kain
anaknya, jika tiada tahqiq ia akan najisnya.
(dan) pada mazhab Imam Maliki, harus bagi
ibunya memakai ia akan kain anaknya yang
kena air kencingnya atau tahinya bawa sembahyang dengan dia, atau dengan
anaknya, daripada ketiadaan percik kemahnya.
(dan) pada mazhab kita Syafie, jika ditahqiq
ia akan najisnya, maka tiada maaf, dan jika syak ia kembali kepada asal dan
iaitu suci.
(masalah) jika kena kain oleh kemah anaknya
dan masyaqqah atas ibunya membasuh akan dia atau tiada dapat ia akan kain yang
suci atau dapat, tetapi pada hajatnya kepada waktu sejuk, nescaya harus dimaaf
pada yang demikian itu baginya.
(dan)
ibarat qadi seperti barang yang dikata oleh Imam Subki akan bahawasanya
Sheikh Hulaimi, telah mengisyarat ia kepada bahawasanya Nabi saw hanya sanya
menaggung ia akan Umamah binti Abi al-‘As di dalam sembahyang itu kerana
menyatakan ia akan maaf daripada segala kain kanak-kanak, dan adapun orang yang
menanggung ia akan yang demikian itu atas bahawasanya disuci oleh mereka itu
akan segala kainnya dan badannya daripada segala najis itu, maka iaitu bersalahan
bagi yang zahir daripada segala kelakuan ahwal segala kanak-kanak dan segala
hukum syarak itu diperbuat orang atas yang ghalib, intaha.
(dan kata) Sheikh Abdul Wahab as-Sya’rani di
dalam kitabnya Kashful Ghummah, dan adalah Nabi saw dan segala sahabatnya
memikul bawa oleh mereka itu akan segala kanak-kanak yang tiada mumaiyiz di
dalam sembahyang sama ada mereka itu laki-laki atau perempuan.
(kata) Abu Hurairah r.a dan banyaklah kami
serta Rasulullah saw, maka datang oleh Hasan atau Husin maka melompat oleh
keduanya atas belakang Nabi saw, maka apabila angkat ia akan kepalanya diambil
ia akan keduanya daripada belakangnya, dan dihantar ia akan keduanya atas bumi,
maka apabila kembali ia kembali oleh keduanya hingga selesai Nabi saw daripada
sembahyangnya, dan adalah Saidina Hasan ra banyaklah naik ia di atas belakang
Nabi saw dan padahal ia di dalam sujud, maka dipanjang oleh Nabi saw akan sujud
kerananya, dan bersabda ia “ aku benci akan bahawa aku segera hingga selesai ia
akan hajatnya dan kenyang ia daripada bermain-main”, intaha Kasyful Ghummah.
(yakni) adalah Nabi saw itu menyatakan bagi
segala umatnya dengan harus dan maaf daripada segala pakaian kanak-kanak dan
badannya, yang tiada yakin akan najis.
(dan jika) menanggung oleh orang yang
sembahyang akan orang yang beristinja’ ia dengan batu atau memegang ia akan
dia, nescaya batal sembahyangnya seperti bergantung oleh kanak-kanak yang belum
berkhatan akan kain atau badan orang sembahyang, jika ada najis di bawah
pelepahnya.
(dan) tiada sah sembahyang orang yang
menanggung ia akan binatang yang ada pada duburnya naji, atau disembelih yang
dibasuh akan tempat sembelihan itu, dan tiada suci akan perutnya daripada tahi,
atau bangkai yang suci seperti anak adam dan ikan dan belalang, bersalahan pada
waktu hidup tiada mengapa kerana tiada dihukum akan dia dengan najis.
(dan) tiada sah sembahyang orang yang
memegang ia akan tali yang suci yang diikat akan dia pada lahir umpama anjing,
bersalahan dipijak dibawah kakinya, maka sah seperti dihamparkan sejadah di
atas najis atau atas kerusi yang ada najis atasnya, dan jika bergerak ia
sekalipun, kerana tiada dihukum
menanggung akan dia.
(masalah) dan jika seorang menanggung ia akan
orang yang ada padanya najis yang dimaaf, seperti darah kutu anjing dan benda
yang cair di dalamnya bangkai yang tiada mengalir darah, maka tiada sah
sembahyangnya seperti menanggung akan orang yang belum berkhatan jua.
(dan) dimaaf pada padi yag kena najis
daripada tahi dan kencing lembu dengan sebab dibuat mengeret akan dia dengan
dia seperti adat orang tua-tua yang dahulu.
(dan kata) di dalam majmuk di ambil daripada
Sheikh Abi Mansur bahawasanya dimaaf daripada barang yang tahqiq akan kena kemah lembu yang mengeret.
(dan kata) Sheikh Abdul Wahan di dalam
Kasyful Ghummah, dan adalah Nabi saw mengharus ia bagi segala badwi gembala
unta pada ketiadaan membasuh daripada sekalian air kencing unta dan lembu dan
kambing, kerana masyaqqah pada demikian itu atas sekalian mereka itu.
(dan) dimaaf ada pada umpama padi yang kena
najis daripada babi seperti bendang orang yang di tepi hutan kerana yang
demikian itu masyaqqah daripada pelihara daripadanya, melainkan jika yang kena
tahinya jua dengan ainnya tiada binasa ia dengan tanah lumpur umpamanya jika
binasa ia maka dimaaf.
(dan jika) kencing seorang di dalam air yang
banyak seperti sungai, mak terpercik naik air kencing itu, maka kena suatu
daripada kainnya atau badannya, maka iaitu najis tiada dimaaf, dan masalah ini
jatuh atas segala orang yang di tepi sungai pada ghalibnya kerana jamban mereka
itu di atas rakit.
(dan jika) dilontar oleh seorang akan tahi
kering di dalam sungai maka naik air atas suatu daripada kerana kuat lontar
itu, maka tiada menajis ia akan dia.
(masalah) tersebut di dalam Ihya’ pada awal
juzuk yang pertama, barangsiapa sembahyang
ia kemudian melihat ia atas kainnya najis, maka yang terlebih baiknya
itu diqada’ akan dia, tiada wajib, dan jika melihat ia akan najis ditengah sembahyang, maka hendaklah
dilontar ia dengan kain itu, dan sempurna akan dia, dan yang terlebih itu maka
hendaklah dimulai lain sembahyang itu, dan asal masalah ini diambil daripada
citra mencabut kasut tatkala dikhabar oleh Jibril kepada Nabi saw dengan
bahawasanya atas kedua kasut itu najis, maka bahawasanya Nabi saw tiada mulai
lain akan sembahyang itu.
(dan harus) disembahyang dengan kasut yang
ada najis yang dimaaf padanya, dan jika ada najis yang berjirim maka hendaklah
dicalit akan dia dengan bumi dan sembahyang dengan dia.
(dan kata) Imam Nawawi di dalam Majmuknya
apabila mengenai akan khuf atau kasut oleh najis, maka digosok akan dia dengan
bumi dan hilang ainnya dan tinggal bekasnya, maka ditilik jika ada najis itu
basah tiada harus disembahyang dengan dia dengan tiada khilaf, kerana bertabur
ia daripada tempatnya kepada tempat yang lain daripada segala suku-suku kasut
yang suci, dan jika ada kering ia atas khuf itu maka digosok akan dia, maka
iaitu najis dengan tiada khilaf,
Dan tetapi adakah dimaaf atau tiada? Maka
iaitu dua qaul, dan yang muktamad itu sah sembahyang dengan ia, dan iaitu atas
qaul jaded bagi Imam Syafie, dan sah sembahyang dengan dia atas qaul qadim, dan
iaitu dhaif.
(dan kata) Imam Rafi’e yang dimaaf pada qaul
qadim itu dengan beberapa syarat:
(pertama) adalah najis itu berjirim yang
lekat dengan khuf itu dan jika umpama kain tiada memadai digosok akan dia
dengan apa jua hanya samada kering ia atau basah.
(kedua) digosok akan dia itu pada waktu
kering, maka tiada memadai pada waktu basah qat’an.
(ketiga) hasil kena najis itu dengan berjalan
daripada ketiadaan sahaja dipijak akan dia, maka jika disahaja melumur akan
dia, maka iaitu wajib membasuh akan dia qat’an,
dan tiada difara’ antara sedikit najis itu atau banyak, kerana diqiaskan
atas kain apabila mengenai akan ia oleh najis yang sedikit, maka bahawasanya
dimaaf daripadanya dengan tiada membasuh akan dia, dan demikian lagi pada kasut
dimaaf dengan tiada sapu dan tiada gosok akan dia.
(dan tersebut) di dalam Hayatul Hayawan adalah najis
yang disapu akan dia oleh Nabi saw itu
darah yang sedikit lagi yang dimaaf daripadanya, dan hanya dikerjakan oleh Nabi
alaihissolatuwassalam akan yang demikian itu kerana tanazzuh ia daripada segala
najis, dan jika ada dimaaf ia sekalipun.
(dan) adalah yang dimaaf pada masalah ini
nisbah bagi sembahyang dan seumpanya, dan tiada maaf bagi dengan ittifaq ulama
jika jatuh kasut yang tersebut itu di dalam air yang kurang daripada dua kolah
atau di dalam benda yang cair seperti orang yang istinja’ ia dengan umpama
batu.
(dan) dimaaf daripada tahi binatang yang jadi
ia di dalam air atau tahi ulat yang ada pada seumpama daun kelapa dan daun
pinang atau tahi tikus yang sukar dipelihara akan dia jatuh ke dalam telaga
atau bejana dengan syarat tiada berubah ia dengan dia.
(dan) telah dibahas oleh Sheikh Fuzari akan
maaf daripada tahi tikus yang kering di dalam benda yang cair atau air atau
lainnya jika umum balwa.
(dan) di dalam Fathul Mu’in dan tiada dimaaf
daripada tahi tikus dan jika ada kering ia sekalipun ‘alal aujah tetapi telah
difatwa oleh guru aku Ibnu Ziyad seperti setengah daripada mutaakhirin itu
dengan maaf daripadanya apabila umum balwa dengan dia seperti umum pada tahi
segala burung, intaha, dan yang demikian itu nisbah bagi sembahyang, adapun
nisbah bagi air maka iaitu dimaaf seperti barang yang telah maklum.
(dan kata) Ali Syubra Munsi atas Sheikh Ramli
barang yang berlaku adat daripada jatuh najis daripada tahi tikus dan seumpama
di dalam segala bajana air yang disediakan akan dia pada segala rumah atau
diambil akan suatu bejana air buat istinja’ kemudian didapatinya dalamnya akan
tahi tikus kemudian daripada selesai istinja’ itu, maka iaitu dimaaf jua, dan
kebanyakkan rumah di Jawi ini umum balwa dengan tahi kasi dan ulat atap dan
tahi cicak dan tahi lipas, mak dimaaf daripadanya pada sembahyang dan air jika
kering ia wallahuallam bissawab.
(furu’) bermula telur di dalam perut bangkai
itu atas tiga qaul:
(pertama) suci ia jika ada keras sekira-kira
jika diperamkan dia nescaya jadi anak, seperti barang yang dikata oleh Sheikh
Mawardi dan Ruyani dan Shashi dan Ibnu Qattan dan Abi Fayadh dan sekalian
Jumhur ulama dan iaitulah yang muktamad.
(kedua) suci mutlaqan seperti Mazhab Hanafi.
(ketiga) najis mutlaqan seperti Mazhab Imam
Maliki kerana dahulu daripada bercerai itu suku-sukunya, dan tiada khilaf akan
bahawasanya telur yang diambil daripada bangkai itu najis, maka wajib dibasuh
akan dia dan yang diambil akan dia pada waktu hidupnya itu najis atas qaul yang
muktamad, maka tiada wajib membasuh akan dia.
(dan) halal dimakan telur daripada segala
binatang, dan jika ada bangsa yang tiada dimakan akan dagingnya sekalipun, atas
qaul yang muktamad seperti telur buaya dan biawak dan kura-kura, dan jika halus
sekalipun jika tiada membawa ia kepada mudharat.
(dan kata) setengah ulama telur ular tiada
harus dimakan.
(masalah) adakah harus dimakan akan telur
yang berubah ia jadi darah dan busuk baunya?
(maka) dijawab dengan bahawasanya haram
kerana jadi najis, dan jika berubah ia dengan sebab diperam akan dia oleh
ibunya dan bercampur dengan kuningnya dan tiada busuk, maka halal dimakan
kerana sucinya dan dibawa akan dia di dalam sembahyang pun sah, bersalahan yang
berubah ia hingga busuk dan iaitu tiada sah.
(dan jika) bercampur hingga jadi darah dan
tiada busuk , maka dua qaul bagi Imam Nawawi di dalam kitabnya Tanqih Qaul,
yang pertama berkata ia suci dan qaul
kedua najis, dan yang muktamad itu jika berubah ia jadi darah dan bercampur ia
dengan putihnya dan kuningnya dan tiada busuk, maka halal, inilah masalah telur
kemuruk yang masyhur pada segala lidah kita sekarang ini, wallahualam bissawab.
(masalah) jika dipecah oleh seorang akan
telur maka jadi anak di dalamnya dengan sempurna kejadian tetapi belum lagi
ditiup akan roh padanya, maka iaitu halal dimakan, jika ada telur itu daripada
binatang yang halal, maka jika sudah ditiup akan roh, maka tiada halal kerana
bangkainya atau daripada binatang yang haram, maka tiada halal jika dapat anak
di dalamnya.
(masalah) jika jatuh lalat atau semut di
dalam belanga umpama gulai atau bubur, dan hancur oleh segala suku-sukunya,
maka tiada haram dimakan akan dia, dan jika sekira-kira jadi melewati oleh
nafsu, maka haram seperti banyak di dalamnya, inilah yang ……(ms 36)
(dan kata) setengah ulama jika jatuh di dalam
seekor daripada segala bangkai yang tiada mengalir darahnya maka halal, dan
jika lebih daripadanya maka haram.
(masalah) jika jatuh di dalam belanga makanan
oleh suku-suku daripada anak adam, adakah harus dimakan bendanya itu atau
tiada?
(Maka) jawabnya dengan bahawasanya haram
dimakan akan dia kerana dihormati pada syarak, bukan najis atas Imam Ghazali.
(dan kata) Imam Nawawi di dalam Muhazab qaul yang sahih lagi
mukhtar, tiada haram dimakan akan yang demikian benda yang dimasak itu kerana
sudah mustahlik di dalamnya, maka iaitu seperti kemah dan lainnya, apabila jatuh
ia di dalam air yang dua kolah maka bahawasanya harus memakai akan dia kerana
sudah binasa seperti tiada.
(dan tersebut) di dalam Hayatul Hayawan pada
juzu’ yang kedua, dan apabila mati katak di dalam air yang sedikit, kata Imam
Nawawi jika kita kata atas qaul yang tiada dimakan akan dia nescaya jadi najis
air itu dengan tiada khilaf, dan telah dihikayat oleh Sheikh Mawardi pada
najisnya itu dua qaul, pertama najis
seperti segala najis yang lain, dan kedua dimaaf daripadanya seperti darah kutu
anjing, dan yang muktamad itu qaul yang pertama, intaha.
(dan jika) jatuh di dalam benda yang cair
oleh najis seperti darah kutu anjing sedikit atau banyak, maka tiada harus
dimakan akan dia, dan jikalau banyak benda yang cair itu hingga berapa kolah
sekalipun, kerana najis ia dengan sebab yang demikian itu.
(dan jika) jatuh bangkai yang mengalir darah
di dalam benda yang cair seperti minyak atau lainnya, maka najis ia kerana
ditanyai orang akan Nabi saw daripada tikus mati ia di dalam minyak, maka
bersabda ia “……..”m/s 37 yakni jika ada beku ia maka buang oleh sekalian kamu
akan dia dan barang yang kelilingnya, dan jika ada cair ia maka jangan hamper
oleh sekalian kamu akan dia.
(yakni) jika
ada minyak itu cair, maka haram dimakan akan dia tetapi harus diambil
manfaat dengan dia seperti buat pasang pelita dengan dia pada tempat yang lain
daripada segala masjid dan rumah bagi orang yang lainnya, maka bahawasanya
haram pada tempat keduanya itu, dan seumpamanya dian daripada
lemak yang najis seperti lemak himar dan harimau dan gajah.
(dan kata) guru Sheikh Abdul Wahab
As-sya’rani ra tiada sampai kepada kami oleh suatu pada menajiskan yang lain
daripada minyak daripada segala benda yang cair dengan sebab mati tikus dan
seumpamanya, dan jika sekira-kira ada nescaya dihubung akan dia di sini, yakni
jika ada dalil atas menajis ia akan yang lain daripada minyak nescaya dihubung
akan dia dengan dalil ini oleh Nabi saw, dan atas ini qaul luas bagi kita yang
kepayahan, maka harus ditaqlid akan dia, wallahu’alam bissawab.
(masalah) haram dipasang akan pelita dengan
minyak gas di dalam masjid kerana keji baunya bukan najis kerana bahawasanya ia
keluar daripada bumi seperti barang yang telah difatwa kepada fakir oleh Sheikh
Umar Sham yang alim besar lagi wara’ lagi menghina ia akan dirinya.
(dan adapun) barang yang berlaku oleh adat
orang sekarang ini daripada memasang ia akan pelita minyak gas di dalam segala
masjid itu, maka iaitu tiada zahir, bagi
fakir yang dungu barang kali ada qaul daripada ulama yang mengharuskan atas
yang demikian itu atau dapat akan fatwanya, wallahuallam.
(dan setengah) daripada bau yang keji itu
minyak hitam yang dipakai orang akan
dia pada perahu dan segala titi papan, wallahualam.
(dan jika) dilontar oleh seorang akan
binatang yang tiada mengalir oleh darahnya pada waktu hidupnya maka tiada
mudharat mutlaqan, atau bangkai yang jadi ia daripada suatu benda yang cair
umpamanya seperti barang yang zahir daripada kalam Sheikh Ibnu Hajar.
(dan) zahir daripada kalam Sheikh Ramli jika
dilontar orang akan dia pada waktu hidup tiada membari mudharat sama ada jadi
ia daripadanya atau tiada sama ada mati ia di dalamnya kemudian daripadanya
atau tiada, jika tiada berubah ia dan jika dilontar akan dia hal keadaan yang
mati nescaya mudharat ia samada jadi ia daripadanya atau tiada, dan jika jatuh
ia dengan sendirinya tiada mudharat mutlaqan, yakni sama ada hidup ia atau
mati, maka dimaaf daripadanya seperti barang yang dimaaf jatuh ia dengan sebab
angin.
(dan kata)
Balqini tiada memberi mudharat melontar akan ia mutlaqan, bahkan bangkai
yang tersebut itu suci ia pada jama’ perhimpunan ulama’ dan padanya itu luas.
(dan) tiada member mudharat jika dilontar
kerana hajat seperti melontar seorang akan daging yang ada darah atasnya atau
ulat yang mati di dalamnya hendak membuat akan gulai kerana masyaqqah daripada
membuang akan dia daripadanya tetapi harus dimakan serta ulatnya, maka
hendaklah dibuang akan dengan senduk atau camca, dan dimaaf daripada bekasnya
kerana masyaqqah pada membasuh akan dia dengan sebab berulang beberapa kali pada
mencedok akan dia.
(dan) dimaaf daripada umpama tahi ayam dan
tahi tikus di dalam padi, kerana sukar pelihara daripadanya pada ghalib bekas
padi kita tetapi dibuang akan dia daripada barang yang mudah jua, Wallahuallam.
(dan) dimaaf daripada alat cuka dan buah kayu
ghalib berulat dan ulat atau bubuk di dalam lampu dan beras umpamanya dan harus
serta dimakan ulatnya serta jadi ia daripadanya melainkan bubuk tiada harus,
kerana bahawasanya ia tiada jadi daripadanya tetapi jika sukar pada membuang
daripadanya, maka harus seperti semut jua.
(dan harus) dihubung akan tulang yang patah
dengan tulang najis maka tiada boleh dicari akan tulang yang suci yang lain
daripada anak adam dan jika ada kafir sekalipun kerana dihormati pada syarak
atau tiada dihormati seperti tulang kafir harbi dan murtad, maka haram jua, dan
sah sembahyang dirinya dan sah pula jadi imam atas qaul yang muktamad.
(dan jika) dapat ikhtiar akan tulang yang
suci lagi patut bagi tampal yang patah itu maka dihubung akan dia dengan tulang
najis, maka tiada sah sembahyangnya kerana taqsirnya.
(dan kata) Sheikh Madabighi maka jika tiada
patut tulang anak Adam, maka didahulukan tulanh kafir harbi seperti murtad
kemudian tulang kafir zimmi, kemudian tulang Islam, maka tafsil ini ahsan.
(masalah) apa had yang wajib dituntut akan
tulang yang suci itu?
(maka kata) Shubramulsi sayugianya
bahawasanya diiktibarkan dengan barang dikata oleh sekalian mereka itu pada
belajar seumpama fatihah dan jikalau ada dengan musafir ia yang lebih daripada
masafah al-Qasar sekalipun, maka sayugianya bahawasanya demikian jua di sini.
(masalah) harus menghubung akan telinga atau
anggota yang putus seperti tangan umpamanya dengan sebab dipancuung akan dia
atau qaul yang muktamad.
(dan kata) setengah ulama’ tiada harus kerana
najis darahnya pada tempat potong itu seperti najis yang ajnabi dan iaitu dhaif
kerana najis yang ajnabi itu dimaaf daripadanya jika sedikit seperti barang
yang telah engkau ketahui dahulu.
(dan kata) Sheikh ‘Atiah jika seorang
menghubung ia akan rambutnya dengan najis maka haram mutlaqan, dan jika dengan
yang suci maka jika daripada anak Adam jikalau daripada hak dirinya sekalipun
haram mutlaqan, dan jika ada daripada yang lain daripada anak Adam, maka iaitu
haram dengan ketiadaan izin daripada
suaminya, dan harus dengan izin suaminya.
(dan harus) dibuat akan gigi daripada tulang
yang suci atau dibubuh giginya balik yang sudah dicerai ia daripadanya.
(dan harus) pula dibuat akan gigi atau
dihubung akan hidung atau hujung anak jari yang terpotong daripada emas dan
perak, dan jikalau dapat boleh yang lain daripada keduanya sekalipun tiada
mengapa samaada laki-laki atau perempuan, dan jikalau ada daripada tiap-tiap
tangan sekalipun, harus yang lain daripada dewasa jadi ibu tangan dan tiada
harus dibuang lebih daripada satu ruas.
(masalah) apa hukum wasyam(tatu) yang
dikerjakan akan dia oleh setengah daripada orang Islam pada setengah negeri
jadi tanda pada mukanya atau pada tangannya dengan warna seperti air tarum, maka
iaitu haram lagi tiada sah sembahyang dengan dia jika dikerja akan dia pada
waktu baligh lagi dengan sukanya.
(dan jika) dikerja akan dia pada masa
kanak-kanak dan gila, maka tiada wajib menghilang akan dia dan sah sembahyang
dengan dia kerana dimaaf.
(dan) washam itu iaitu dicucuk akan kulitnya
dengan jarum hingga berdarah kemudian dibubuh padanya iaitu akan nilah
umpamanya kemudian nyata zahir suratan padanya seperti yang ghalib yang jatuh
oleh yang demikian itu pada orang hindu pada dahinya dan nasrani pada tangannya
dan pada setengah daripada orang mesir atau sham, dan iaitu wajib dihilang akan
dia, maka jika takut mudharat atau digagahi oleh raja, maka iaitu dimaaf dan
sah sembahyang dengan dia, wallahua’lam bissawab.
(fasal) ini suatu fasal pada menyatakan
membuat akan cuka dan iaitu dibuat orang akan dia daripada nira nipah atau
kelapa atau daripada air buah rambai yang masam, dan jika pada negeri arab maka
diambil daripada buah zabib dan tamar, kemudian ditaruh akan dia hingga jadi
arak, maka manakala terbaik ia jadi cuka dengan sendirinya, maka jadi suci ia,
dan yang dinamai akan arak itu, tiap-tiap yang cair lagi mabuk arak iaitu najis
haram dimakan akan dia.
(dan bermula) segala syarat bagi suci itu
tiga:
(pertama) disuci akan air nira daripada
segala hampasnya dan sampah dan segala binatang dengan ditapis akan dia hingga
bersih.
(kedua) jangan dibubuh akan suatu ain
didalamnya atau jatuh ia hingga jadi cuka tiada mengapa dibubuh air mawar atau
madu didalamnya kerana elok dan baiknya dengan syarat dibubuh akan dia dahulu
daripada jadi arak.
(ketiga) jangan dibubuh akan nira kerana
bejana bekas arak dengan tiada membasuh akan dia.
(dan kata) setengah ulama empat syarat dan
iaitu mengwap ia dengan sendirinya jika mengwap jadi arak itu dengan sebab panas matahari maka
tiada suci ia.
(masalah) tiada suci cuka dengan sebab tuang
akan arak yang lain di dalam bejana bekas arak yang dahulu kemudian daripada
kering bejana itu dengan tiada membasuh akan dia dan jika dibubuh akan dia
dahulu daripada kering bejana itu maka suci ia.
(dan kata) Ibnu Qasim dan jika dituang oleh
seorang akan arak atas arak yang lain daripada ketiadaan tenggelam bekas arak
yang pertama dengan mendidihnya maka bahawanya suci ia dengan jadi cuka.
(dan jika) dikeluar akan dia kemudian
daripada jadi cuka, kemudian tuang akan air nira yang lain di dalamnya, maka
iaitu ia kerana tiada lagi najis padanya, dan bejana itu mengikut suci cuka,
dan tiada berhajat kepada membasuh akan dia bersalahan jika dipindah kepada
bejana yang lain pada waktu jadi arak, maka wajib dibasuh akan dia kerana najis
arak itu.
(dan) terkadang jadi cuka daripada ketiadaan
arak dahulunya seperti dibubuh akan nira di dalam cuka yang lama, maka jadi
cuka ia.
(dan) alamat jadi cuka itu dengan masam
rasanya, dan jika tiada masam sekalipun halal dimakan akan dia, dan cuka itu
penghulu daripada segala lauk nasi kerana mulianya, dan iaitu lauk segala
anbia’ yang dahulu-dahulu, dan dapat pahala bagi orang yang meminum akan dia
dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.
(maka barangsiapa) hendak membuat ia akan
cuka, maka hendaklah ia menuntut akan kaifiat pada membuat akan dia supaya
tiada jadi najis cuka itu, dan lepas daripada dosa atasnya dan faham oleh mu
akan masalah mengerjakan cuka seperti masalah amal ibadat jua, wallahuallam.
(fasal) ini suatu fasal pada menyatakan
bersuci daripada segala najis dan tiada sah bersuci itu melainkan dengan air
mutlak, dan iaitu air telaga dan air sungai dan air laut dan air hujan dan
lainnya seperti barang yang tersebut di dalam segala kitab fekah bicara hukum
bersuci, maka lihat oleh kamu di sana, maka tiada sah bersuci dengan air
musta’mal pada fardhu dan air buat kelapa seumpanya, dan jika ada suci bagi ia
sekalipun kerana suci dirinya jua pada boleh menyuci ia akan yang lain daripada
dirinya, dan bersuci daripada segala najis itu tiada terhenti ia atas niat,
maka di kerana inilah sah bagi segala kafr itu pada membasuh akan dia.
(dan) tiada sah bersuci pula dengan air yang
mutanajjis seperti jatuh najis didalamnya, jika ada air kurang daripada dua
kolah, maka najis mutlaqan sama ada berubah ia atau tiada, atas qaul yang
muktamad.
(dan kata) setengah ulama’ jika tiada berubah
ia, maka harus memakai akan dia seperti Imam Malik, dan harus kita taklik akan
qaul ini, kerana beberapa jemaah daripada ulama’ Syafie memilih mereka itu akan
mazhab Imam Malik yang berkata ia air itu tiada menerima najis mutlaqan, yakni
sama ada banyak ia atau sedikit, melainkan jika berubah ia.
(dan kata) Sheikh Ibnu hajar dan adalah
mereka itu memandang mereka bagi memudah atas segala manusia, dan jika
tiada maka dalilnya itu zahir pada
tafsilnya.
(dan jika) berubah air itu dengan sebab
diukub akan dia dengan geharu jadi
harum, maka tiada mudarat seperti berubah ia dengan bangkai di tepi air tiada
masuk ia ke dalamnya hanya semata-mata busuk itu dengan terukub jua.
(dan jika) berubah ia dengan benda yang suci
seperti daun kayu dan air susudan kapur umpamanya maka jika banyak ubahnya
sekira-kira hilang nama air mutlak, maka tiada harus bersuci dengan dia, dan
jika tiada hilang kerana sedikit ubahnya maka tiada memberi mudharat boleh
memakai akan dia kerana sucinya bukan najis bersalahan jika berubah ia dengan
najis, dan jika sedikit ubahnya sekalipun maka tiada harus memakai akan dia dan
lainnya.
(dan jika) syak ia pada air berubahkah atau
tiada kerana sedikit ubahnya itu jadi tiada terang, maka dihukumkan atasnya
dengan tiada berubah, kerana asalnya tiada berubah, maka tatkala itu harus
memakai akan dia.
(dan bermula) segala najis itu tiga namanya:
(pertama) mughallazah dan iaitu najis anjing
dan babi dan segala anak daripada keduanya.
(kedua) mukhaffafah dan iaitu najis kemah
kanak-kanak laki-laki yang tiada memakan ia akan yang lain melainkan air susu
jua, dan belum sampai umurnya dua tahun, dan jika dimakan air susu daripada
binatang sekalipun.
(ketiga) mutawasitah dan iaitu segala najis
yang lain daripada mughallazah dan
mukhaffafah.
(dan) dibasuh akan najis mughallazah itu
tujuh kali, salah satu daripadanya dengan air tanah, hingga rata sekalian
tempat yang kena najis itu dengan syarat dihilang akan ain najis itu dahulu
tiada memadai dijurus akan tanah itu di atasnya dan disyaratkan tanah itu
dengan tanah yang suci lagi menyucikan, maka tiada memadai dengan tanah yang
musta’man dan mutanajjis, atas qaul yang muktamad.
(dan kata) setengah ulama’ memadai dengan
tanah mutanajjis dan musta’man, dan iaitu daif.
(masalah)
jika dibasuh akan kain yang mutanajjis dengan mughallazah itu dengan
tanah nescaya jadi binasa ia, dan jika dibasuh akan dia dengan sabun ganti
daripada tanah adakah harus memadai dengan ia atau tiada?
(maka) atas qaul yang muktamad itu tiada
harus ta’ayun tanah jua, dan jika membawa ia kepada binasa ia sekalipun, dan
atas qaul yang dhaif memadai dengan sabun jika sekira-kira takut binasa akan
kain dengan tanah seperti hilang warnanya atau kurang, wallahua’lam.
(masalah) memadai akan membasuh najis
mughallazah itu dengan pasir yang berdebu bercampur ia dengan tanah seperti
kebanyakkan pasir, dan jika tiada padanya debu sekali-kali maka ditambak akan
dia hingga jadi debu seperti tanah, maka memadai.
(dan jika) dibancuh akan tanah itu dengan
air, maka jangan beri hampir kepada lumpur tetapi sekira-kira keruh air itu,
dan dinamai orang akan air tanah atau debu akan dia kepada air di dalam sungai
pada waktu air bah datang ia daripada ulunya, dan digerak akan dia tujuh kali,
maka memadai dengan air itu jika keruh ia seperti air tanah atau dipukul oleh
ombak daripadanya itu di atas suatu yang dibasuh tujuh kali lalu ia memadai
jua.
(masalah) jika seorang ia akan memakan akan
daging babi adakah wajib atasnya meminum air tanah kerana membasuh di dalam
perutnya atau tiada, maka tiada wajib atasnya oleh yang demikian itu, tetapi
hendaklah dibasuh akan mulutnya jua tujuh kali dengan air tanah, dan jika
keluar daripada duburnya oleh air najis itu, maka diwajib pula dibasuh akan
dia.
(masalah) adakah harus akan binatang yang
halal, menyusu ia pada babi atau anjing hingga beberapa tahun atau diberi makan
arak?
(maka) harus dimakan akan dia serta makruh atas qaul yang sah.
(dan kata) setengah ulama’ tiada harus kerana
jadi najis ain, tiada boleh dibasuh akan dia mutlaqan.
(dan kata) Zarkasyi tiada halal dimakan akan
dia melainkan kemudian daripada dibasuh akan dia tujuh kali dengan air tanah,
dan dua qaul ini dhaif.
(dan) tiada jadi najis dengan sebab menyentuh
akan suatu daripada najis mughallazah dan lainnya daripada segala najis, jika
sama kering antara dua pihak, tiada wajib membasuh akan dia.
(dan jika) syak adakah ia daripada najis
mughallazah atau daripada yang lain seperti tahi musang umpamanya, dan adakah
kena najis ini pada suatu daripada badan atau kain atau tiada kena, maka
dihukumkan atasnya dengan bersalahanya yakni dipulang akan dia kepada asalnya,
dan iaitu tiada suatu kerana tiada boleh dibatal akan yakin itu dengan sebab
syak dan waham, dan iaitu was-was yang
bermain-main dengan dia oleh syaitan jua, dan iaitu dicela pada syarak bukan
wara’.
(dan setengah) daripada was-was syaitan itu
membasuh akan suatu yang tiada najis padanya hanya kerana semata-mata waham jua
seperti membasuh akan tikar dan rumah dan segala daun kayu sayuran dan buah
kayu dan damir dan sirih dan kain yang baru dibeli akan dia daripada kafir,
maka sekalian itu bidaah yang dicela
oleh syarak, dan jangan kamu sangka akan baik dan wara’ orang yang mengerjakan
yang demikian itu dan jika ada alim ia sekalipun.
(dan kata) Sheikh Abu Muhammad al-Juwaini
nescaya daripada bidaah yang mungkar itu membasuh akan mulut kerana makan roti
yang diwahamkan najisnya dan jika ada najis maka makannya itu haram, dan jika
ada suci ia maka tiada berhajat ia kepada membasuh akan dia daripadanya.
(dan) adalah Nabi Allah saw makan ia akan
jubun syam yang dibuat akan dia oleh orang daripada ibunya anak babi begitulah
masyhur pada segala manusia dan meminum ia daripada air didalam bejana kafir
dan berwuduk ia daripadanya.
(dan) Saidina umar r.a sembahyang ia pada
kain yang diberi orang akan dia daripada negeri Yaman dan dikata orang baginya
pada kain itu dicelup akan dia dengan air kencing dan berkata ia telah ditegah
orang akan kita daripada mendalamkan dengan diperiksa dan sesungguhnya telah
dipakai akan dia oleh orang yang lebih baik ia daripada aku dan iaitu
Rasulullah saw dan wuduk ia daripada air kafir nasrani.
(dan kata) Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ dan
adalah segala sahabat dan segala ulama’ yang dahulu memikir oleh mereka itu pada
menyucikan hati daripada najis batin dan memudah mereka itu pada perkara yang
zahir hingga Saidina Umar yang besar lagi tinggi martabatnya pada Allah maka
wuduk ia daripada air nasrani dan berjalan mereka itu pada jalan raya dengan
tiada berkasut dan duduk mereka itu atasnya dan sembahyang di dalam masjid atas
bumi tiada hampar akan sejadah, dan makan mereka itu daripada tepung gandum dan
syair yang dipijak akan dia oleh binatang dan kencing atasnya dan tiada
memelihara mereka itu daripada peluh unta dan kuda serta banyak berlumur dengan
najis dan tiada sekali-kali soal oleh seorang daripada mereka itu daripada
najis yang halus-halus, maka begitulah memudah mereka itu padanya, intaha.
(dan) tersebut di dalam Iqnaq dan harus
memakai segala bejana kafir kitabi, maka bahawasanya bejana itu seperti orang
Islam kerana Nabi saw wuduk ia daripada air orang kafir Muzadah nama orang
kafir itu, dan harus pula memakai segala bejana kafir Majusi yang memandi
mereka itu dengan air kencing lembu mendatang akan diri mereka itu kepada Allah
Taala atas qaul yang muktamad tetapi makruh memakai bejana mereka itu seperti
segala pakaian mereka itu, dan harus pula memakai akan segala bejana orang yang
beristi’mal ia dengan arak kerana tiada yakin akan najisnya tetapi makruh kerana
sekalian mereka itu tiada memelihara daripada segala najis, intaha.
(dan kata) Sheikh Abdul Wahab As-Sya’rani
adalah Nabi saw wuduk ia daripada air muzadah dan memakan ia daripada makanan
mereka itu dan dihampar oleh mereka itu akan makanan yang dimasak oleh mereka
itu bagi Nabi saw, maka memakan ia daripadanya, intaha.
(yakni) adalah Nabi saw menunjuk ia dan
menyatakan bagi umatnya atas harusn dan suci makanan mereka itu yang tiada
yakin akan najisnya dan tiada menyuruh ia dengan mendalam akan hukum syarak
hingga takut daripada menyentuh akan segala yang diwahamkan najisnya dan
daripada najis pada jalan raya, umpamanya seperti setengah daripada orang yang
sufi pada zaman kita sekarang ini dan menyangka ia akan dirinya terlebih baik
martabatnya daripada segala orang yang alim yang tiada bersufi darinya, dan
iaitu batal tiada kepujian pada syarak, dan kebanyakkan manusia yang
lebai-lebai sekarang ini jahil murakab dan iaitu penyakit yang amat besar payah
ubatnya, seperti orang yang sudah dirasuk masuk iblis dan was-was tiada hilang
melainkan ubat daripada tabib yang besar dan banyak alim hikmatnya dan
bersungguh-sungguh pada furu’nya, mudah-mudahan dihilang oleh Allah Taala akan
dia daripadanya, wAllahu’alam bissawab.
(masalah) adakah dibasuh akan najis babi itu
seperti anjing atau tiada?
Maka jawabnya na’am, wajin dibasuh akan dia
seperti nasjis anjing atas qaul yang muktamad.
(dan kata) setengah ulama’ tiada wajib,
tetapi wajib membasuh akan dia seperti segala najis yang lain jua, kerana tiada
dalil atas najisnya dengan terang seperti anjing.
(dan tersebut) di dalam Tafsir Fakhrurrazi
bagi Imam Syafie itu dua qaul, pada bahawasanya dibasuh akan bejana yang
dijilat oleh babi itu tujuh kali kerana menyerupai baginya dengan anjing, dan qaul yang kedua tiada, yakni tiada
wajib kerana yang demikian itu tasydid kesukaran.
(furu’) telah bersalah-salahan ulama’ pada
membasuh akan tempat yang digigit oleh anjing memburu akan binatang yang halal
itu atas enam qaul:
(pertama) najis yang tiada dimaaf wajib dibasuh
akan dia dengan air tanah.
(kedua) memadai dengan membasuh akan dia
sekali dengan air.
(ketiga) wajib dihiris kerat akan dia hingga
habis bekas yang mengenai akan dia oleh gigitnya.
(keempat) dimaaf daripadanya tiada wajib
membasuh akan dia.
(kelima) bekasnya kerana zahir dalil daripada
Quran firman Allah Taala(……..m/s43)
Yakni Allah Taala menyuruh ia akan kita
dengan memakan akan barang yang dibunuh oleh anjing memburu itu akan binatang
yang halal dan tiada menyuruh ia akan kita dengan membasuh akan bekas gigitnya.
(keenam) jika mengenai luka itu pada urat,
maka haram dimakan akan dia kerana berjalan darah itu kepada sekalian badan,
dan yang muktamad itu qaul yang pertama.
(dan bermula) membunuh oleh anjing atau
harimau, umpamanya dibuat akan dia memburu akan binatang itu iaitulah
sembelihan pada syarak halal dimakan akan dia, jika dapat akan dia sudah mati
atau harakat mazbuh, dan jika kita dapat akan dia mati atau harakat mustaqrah,
maka wajib disembelih akan dia.
(dan sunat) mengucap Bismillahirrahmanirrahim
pada waktu menyuruh akan anjing memburu itu seperti sunat membaca akan dia pada
menyembelih, tiada wajib pada mazhab kita Syafie, dan wajib pada mazhab Hanafi
dan wajib pada Fatihah didalam sembahyang pada Syafie, dan tiada wajib pada
mazhab yang tiga, tetapi sunat jua.
(masalah) adakah kita memburu akan binatang
seperti rusa dan burung dengan ditikam atau anak panah yang tajam, maka mati ia
halal dimakan akan dia seperti anjing itu?
Maka jawabnya bahkan halal dan jika tiada
mati ia maka wajib disembelih akan dia, dan jika memburu dengan senapang maka
tiada halal kerana matinya dengan berat peluru atau kacang-kacang jua, dan
iaitu jadi bangkai dan jika dapat akan dia lagi kuat belum sampai ia kepada
harakat mazbuh, maka disembelih akan dia nescaya halal, dan jika disembelih
akan dia pada waktu harakat mazbuh hendak mati atau di dalam kelupur, maka
tiada halal kerana jadi bangkai akhirya tiada kebelakangan sembelih itu pada syarak,
maka jaga oleh mu.
(dan) disuci akan najis mukhafafah itu dengan
dipercik akan air atasnya sekali hingga rata tempatnya kemudian daripada dihilang akan ainnya,
inilah yang muktamad pada segala ulama’ bersalahan pada segala ulama’, bersalahan
bagi Zarkasyi berkata ia tiada syarat pada menghilang akan ainnya.
(dan jika) dimakan oleh kanak-kanak itu akan
minyak atau roti serta susu, maka wajib dibasuh akan dia seperti najis
mutawasitah.
(dan) tiada memadai dipercik akan air atas
segala kencing kanak-kanak perempuan dan khunsa kerana kemahnya itu terlebih
keras daripada kemah laki-laki, dan lagi tiada banyak orang gemar suka bermain
dengan kanak-kanak perempuan bersalahan kanak-kanak laki-laki banyak orang
gemar pada ghalibnya, dan lagi mulia ia daripada perempuan di dalam dunia dan
akhirat.
(dan) disuci akan najis mutawasitah itu
dengan dibasuh akan dia sekali dengan air mutlak hingga hilang rasanya dan
baunya dan warnanya, maka jika tinggal rasanya jua, maka tiada maaf dan jika
tinggal baunya atau warnanya yang sukar pada menghilang akan dia, maka dimaaf,
dan jika tanggal baunya pada suatu tempat dan warnanya pada tempat yang lain,
maka iaitu dimaaf.
(dan jika) tiada hilang najis itu melainkan
dengan sabun maka wajib dipakai akan dia padanya, dan jika tiada sabun padanya
maka dengan kapur, dan jika tiada maka dengan kuku pada anak jari serta
bersungguh-sungguh padanya, dan jika tiada hilang maka uzurlah namanya , dan
sah disembahyang sertanya dan tiada wajib qada apabila kuasa pada menghilang
akan dia.
(dan kata) Sheikh Ashbuli jika kekal pada
badan dimaaf ia, jika pada kain maka tiada dimaaf, tiada sah sembahyang dengan
dia tetapi sembahyang dengan bertelanjang ia dan tiada wajib atasnya mengulang
akan dia apabila dapat akan kain yang suci dan iaitu menyalahi zahir pada
segala perkataan kebanyakkan daripada ulama’, wallahu’alam.
(dan) tiada wajib diperah akan kain kemudian
daripada membasuh akan dia atas qaul yang muktamad.
(masalah) jika membasuh oleh seorang akan
kainnya dengan qasad membasuh akan segala daki padanya supaya bersih dan padahal ada padanya najis yang dimaaf
seperti darah kutu anjing atau nyamuk maka iaitu dimaaf daripadanya, dan jika
qasad membasuh akan najis itu maka wajib atasnya menghilang akan dia kerana
bercampur ia dengan ajnabi dan iaitu air dan jika tiada dimaaf.
(masalah) jika seorang duduk ia pada tempat
najis dan ada padanya sehelai kain jua kemudian masuk waktu sembahyang adakah
dihampar akan kainnya atasnya dan sembahyang dia dengan tiada berkain atau
sembahyang atas najis? Maka jawabnya dengan bahawasanya hendaklah disembahyang
dengan bertelanjang dan tiada wajib diulangi akan dia.
(masalah) tiada wajib membasuh akan tikar
umpamanya yang ada najis di atasnya kerana disembahyang jika tiada mengenai
akan suatu suku daripada badannya atau pakaiannya atas qaul yang asah dan
muqabilnya wajib, kerana dibangsakan bagi tempat sembahyang, wallahu’alam.
(masalah) adakah wajib membasuh akan kain
daripada sedikit darah haid atau istihadah atau salasul baul kerana sembahyang atau
tawaf?
Maka jawabnya dengan tiada wajib membasuh
akan dia jika sedikit pada uruf kerana dimaaf pada kainnya dan badannya dan
pada ikatannya dan jika menitik ia di atas tikar sekalipun kerana masyaqqah,
tetapi wajib membasuh akan dia jika banyak pada tiap-tiap fardu, dan dibubuh
kapas di dalam farajnya, dan jika sakit dengan sebab dibubuh akan kapas itu
atau takut batal puasa, maka tiada wajib tetapi haram.
(dan jika) berdarah mulut maka memadai akan
air dengan tangannya memasuk akan dia kedalamnya, dan jika tiada meninggi ia
akan tangannya ke atas mulutnya sekalipun, dan wajib dipusing akan air itu
hingga rata sekalian pihak serta mubalaghah, dan jika ada puasa ia sekalipun
tiada batal kerana bersuci daripada najis.
(dan jika) dibasuh akan bata yang dibuat
orang akan dia dengan campuran najis seperti tahi unta dan lembu, maka tiada
suci dan jikalau dibakar akan dia sekalipun, dan jika dicampur dengan najis air
kencing nescaya suci zahirnya dan batinnya sekira-kira sampai air ke dalamnya
atas perkataan Sheikh Khatib.
(dan kata) Sheikh Ibnu Hajar jika dibancuh
akan dia dengan najis yang cair kemudian dibakar akan dia, maka tiada suci
batinnya melainkan ditambak akan dia hingga jadi tanah.
(dan kata) Sheikh Ramli hasil mazhab
bahawasanya apabila dicampur tanah bata dengan najis beku tiada suci zahirnya
dengan dibakar akan dia, dan tiada suci pula dengan dibasuh akan dia atau
dicampur akan dia dengan air najis atau air kencing suci zahirnya dan batinnya
dengan direndam akan dia di dalam air
hingga sampai ia kepada sekalian suku-sukunya.
(dan kata) setengah ulama’ bermula perkataan
tiada suci dengan dibasuh itu iaitu dimaaf daripadanya, harus dibuat akan
hamparan masjid dan binanya dan sembahyang atasnya hingga di dalam kaabah
sekalipun, dan harus berjalan atasnya serta basuh.
(dan telah) dinas oleh Imam Syafie dimaaf
mutlaqan sama ada dicampur akan dia dengan najis yang beku atau cair dan sama
ada dibuat ia akan bata atau bejana seperti ibriq(cerek) atau belanga atau
periuk, harus diminum akan air daripadanya.
(dan) suci dibasuh akan segala bejana yang
diberak akan dia oleh manusia atau binatang seperti ( ……………..m/s 45) jika
ditanam akan ia tumbuh ia, dan jika tiada, harus dimaka akan dia, kerana najis
tahi dengan berubahnya, dan seumpamanya itu ikan atau udang yang dapat akan dia
di dalam perut ikan, harus dimakan jika tiada berubah tiada asalnya.
(dan) harus dimakan akan ikan yang kecil
sekira-kira boleh ditelan akan dia dengan tiada membasuh akan barang yang di
dalam perutnya daripada tahi dan darah kerana sukar dan dimaaf daripadanya
seperti udang dan belalang, dan sekaliannya itu harus digulai dan digoreng
dengan minyak dan dipanggang, maka tiada menajis ia akan minyak atas qaul yang
muktamad.
(dan tersebut) di dalam Hasyiah Bujairimi
sayugianya dikehendaki dengan kecil itu pada uruf dan jika ada qadar besar dua
jari sekalipun umpamanya, maka menakala maaf daripada ini, maka terlebih aula
dimaaf daripada yang kurang daripada kadar dua jari seperti ikan kudra dan
tamban dan anak puyu dan sepat, tetapi kurang rasanya dengan sebab tahinya.
(dan kata) setengah ulama’ tiada harus
dimakan.
(dan kata) qila darah ikan itu suci kerana
bahawasanya apabila kering ia putih, bersalahan segala darah yang lain, maka
bahawasanya ia hitam, dan qaul luas bagi kita.
(masalah) adakah suci dibasuh akan ikan atau
daging yang digaram akan dia daripada ketiadaan membasuh akan perutnya dan darahnya?
(maka kata) kebanyakkan ulama’ dengan tiada
suci kerana bercampur dagingnya dengan segala najis darahnya dan tahinya dengan
wasitah garam, melainkan hilang rasa garam padanya barulah suci ia dan harus
dimakan akan dia dan tiada faraq antara yang kecil ikan itu atau besar.
(dan) dinaqal oleh Sheikh Wanaie (m/s 45)
daripada Sheikh Ibnu Hajar akan bahawasanya tiada harus dimakan akan dia,
kerana bahawasanya ia jadi najis ain melainkan jika tiada rasa garam pada
daging itu, maka harus dimakan akan dia.
(dan kata) setengah ulama’ suci dibasuh akan
dia, dan jika kekal tinggal rasa garam padanya sekalipun, kerana masin bekas
garamnya suci dengan dibasuh kerana najis itu darah, maka darahnya sudah hilang
yang tiada boleh disuci akan dia selama ada jirim tahinya dan darahnya, kerana
bahawasanya ia najis ain, maka iaitu tiada boleh disuci akan dia bersalahan
garam, maka suci ia tetapi kena najis, maka manakala beku dapat disuci akan
dia, dan ini qaul rahmat bagi kita, dan tersebut di dalam hadis ikhtilaf ummati
(iktilaf umatku) itu rahmat.
(dan kata) Syeikh Nawawi Jawi Bantan di dalam
kitabnya Nihayatuz Zein, dan yang tiada suci dengan dibasuh akan dia yang lain
daripada lafaz di atas adapun yang lafaz atas itu suci inilah jika disusun akan
dia di dalam bejana bersalahan apabila diagram akan dia di dalam lubang tanah,
maka bahawasanya suci ia kerana segala danur itu masuk ia ke dalam bumi dan
demikian lagi apabila disembelih akan ikan tatkala hidupnya, dan dijadikan
fasih, maka bahawasanya suci kerana disembelih itu menghilang ia akan darah
adapun apabila ditunggal akan dia dengan masing-masing ikan itu dengan
tempatnya daripada yang lainnya, maka iaitu suci, intaha.
(dan) ditanyai oleh setengah daripada murid
guru faqir di dalam majlis mengajar akan barang yang dikata akan dia oleh oleh
Syeikh Nawawi itu daripada suci dibasuh akan lafaz yang di atas jua, maka jawab
ia dengan katanya tiada zahir pada aku.
(dan) ditanyai orang pula kepadanya daripada
perkataan syeikh Nawawi itu akan bahawasanya tiada harus dimakan akan halwa
na’na’ kerana dibuat orang akan dia daripada arak, maka dijawab ia seperti
jawab yang tersebut itu jua tetapi yang zahir daripada perkataan guru faqir itu
harus dimakan akan dia, kerana tiada yakin akan pengkhabaran orang itu seperti
tiada yakin akan pengkhabaran pada kain saralat (m/s 46) atau dubut dengan
masyhur disapu akan dia dengan lemak babi, maka iaitu harus dipakai akan dia
seperti jubun syam yang dimasyhurkan dibuat akan dia dengan campuran anak babi
(ms 46), maka dimakan akan dia oleh Nabi s.a.w seperti barang yang telah lalu
sebutnya, dan ini setengah daripada dalil yang menunjukkan atas bahawasanya
harus dimakan akan segala makanan dan pakaian yang tiada yakin akan najis, dan
tiada menerima akan perkataan daripada segala manusia dengan masuk najis
begian-begian padanya pada hokum syara’, wallahu’alam.
(dan harus) dimakan akan segala sayuran dan
yang dibubuh baja tahi padanya denga tiada membasuh akan dia, jika tiada
kelihatan najis padanya istimewa pada segala daun kayu yang tumbuh ia dengan
sendirinya dihutan, maka tiada najis seperti daun asin-asin dan lainnya, dan
jika membasuh akan dia kerana waham akan najisnya, maka iaitu bid’ah yang
mungkar pada syara’.
(masalah) adakah najis daun kayu yang ada
padanya bersurat yang dimasyhurkan dengan surat hantu pada segala lidah manusia?
(maka kata) Syeikh Malibari dengan najis kerana keluar ia daripada dubur
binatang umpamanya ulat bukan daripada mulutnya kemudian adakah dimaaf atau
tiada, maka muqtadha perkataan setengah ulama’ dimaaf, intaha.
Maka manakala dimaaf maka tiadalah berhajat
kepada membasuh akan dia.
(dan) najis sarang labah seperti sarang
binatang penyengat kerana keluar ia daripada duburnya seperti barang yang
dilihat akan dia.
(dan kata) setengah ulama’ suci ia kerana
keluar ia yang ditenun buat akan sarangnya itu daripada air liurnya dan iaitu
tiada zahir pada faqir, wallhua’alam bisssawab.
(dan) suci sarang ulat kerana keluar
benangnya itu daripada mulutnya seperti barang yang dilihat akan dia beberapa
kali.
(masalah) adakah wajib dibasuh akan segala
ikan kering daripada yang dibuang akan tahinya seperti …..(ms 46) ikan seludu
dan tulang dan seumpama keduanya, maka yang zahir bagi faqir itu tiada wajib
membasuh akan dia, kerana bersih suci ia daripada tahinya dan darahnya dan
tiada yakin akan najis padanya, dan jika masyhur pada segala lidah manusia
dengan diagram akan dia serta najisnya sekalipun tetapi berkata oleh setengah
orang dibasuh akan dia tatkala hendak dijemur, adapun segala ikan yang diagram
akan dia dengan tiada suci barang yang di dalam perutnya seperti ikan kedara
dan lainnya, maka iaitu wajib dibasuh akan dia dan dibuang akan tahinya seperti
barang yang telah lalu hukumnya.
(dan kata) setengah ulama’ harus dimakan akan
dia, dan jika qaul yang asah najis sekalipun kerana sukar pada membuang akan
barang yang di dalam perut segala ikan yang kecil-kecil, dan atas qaul inilah
kita berpegang kerana kesukaran dan masyaqqah, dan jika dibasuh akan dia maka
iaitu terlebih baik, wallahua’alam.
(dan) tiada wajib membasuh akan daging yang
dilapah potong ambil daripada lembu yang disembelih akan dia, tetapi dengan
syarat mengenai akan dia oleh darah atau air kerana darah yang ada pada daging
itu dimaaf daripadanya seperti darah pada tulang jua, maka jika kena darah atau
air dan jika sedikit sekalipun maka wajib dibasuh akan dia hingga bersih
daripada darahnya dengan bersungguh-sungguh pada meramas akan dia hingga jernih
putih air pembasuh akan dia dan jika sukar muhtamal dimaaf daripadanya seperti
barang yang dikata akan dia oleh Syubramulsi atas Nihayah.
(dan jika) membasuh akan dia dengan tiada
bersungguh-sungguh seperti kebanyakan daripada manusia yang awam sekarang ini,
maka tiada suci kerana merah airnya seperti darah dan jika merah oleh air kuah
di dalam belanga dengan sebab tiada membasuh akan dia daripada awalnya, maka
iaitu tiada mengapa kerana dimaaf daripadanya.
(dan) suci dibasuh akan kain yang dicelup
akan dia dengan najis, dan jika tiada hilang warnanya sekalipun daripada merah
atau kuning atau hijau umpamanya, harus memakai akan dia kerana sukar inilah
jika tiada lekat jirim najis itu pada kain, maka jika lekat ia, maka tak dapat
tiada daripada menghilangkan dia.
(masalah) jika kena najis pada barang yang
isi kapas di dalamnya seperti kopiah arab dan sejadah, maka memadalah dengan
dibasuh akan dia seperti membasuh kain dan tiada berhajat kepada diselam akan
dia ke dalam air yang banyak supaya tiada meminum ia akan air membasuh itu,
kerana jika diselam akan dia ke dalam air, maka membawa ia kepada binasa
seperti kopiah arab, demikianlah difatwa dengan dia oleh guru faqir tuan Syeikh
Zainuddin Sambawi, dan telah membasuh oleh faqir akan kopiah arab daripada
najis tahi kucing, diberak ia di dalamnya, maka tiada hilang oleh baunya,
kemudian maka aku rendam ke dalam telaga semalam di dalamnya, kemudian maka
diambil akan dia jemur hingga kering, maka bau busuk jua, kemudian maka dibubuh
pula akan dia ke dalamnya kadar lama itu jua, maka tiada hilang juga hingga
kurang warna kopiah itu, maka tatkala itu jadi sukar dan membawa ia kepada
cedera mudah-mudahan dimaaf daripada batinnya seperti dimaaf pada batin bata
dan daging yang direbus akan dia dengan air najis seperti barang yang telah
kamu ketahui akan dia, tetapi masalah ini terlebih aula dimaaf daripada masalah
bata kerana bukan sengaja pada menajis akan dia, wallhua’alam bissawab.
(dan jika) bersuci daripada berak dengan air,
maka wajib menghilang akan ain najis itu dan bekasnya, dengan sekira-kira zan
akan sucinya, maka memadalah seperti berasa pada tangannya yang digosok akan
dia dengan kesat tiada lagi licin, dan wajib diterankan dubur hingga terbuka ia
seperti pada mandi yang wajib supaya keluar habis segala najis padanya dan rata
air pada mandi yang mathlob, dan hendaklah dicermat pada membasuh akan dia
sekira-kira memadai dengan air kadar satu timba tin minyak gas atau timba upas
yang pertengahan, kerana jika banyak pada menjurus akan air barangkali tiada
suci dan lagi ditegah pada syara’ dan banyak air sekalipun, dan jika tiada suci
maka berkehendak ia kepada ceduk akan air pula, maka berlumur akan pahanya
dengan air najis yang di pungkur itu, dan hendaklah diangkat akan kainnya ke
atas pinggang sekira-kira lepas tiada kena oleh pembasuh akan dia supaya tiada
jadi najis kain itu, dan jangan duduk bersuci daripadanya pada tempat yang ada
menanggung air kerana takut daripada terpercik, maka hendaklah duduk di atas
tempat yang tinggi seperti atas kayu, maka iaitu terlebih aula, dan dibasuh
akan tangan kiri itu dahulu daripada membasuh akan dubur itu supaya tiada lekat
bau najis padanya, dan sunat digosok akan dia kepada bumi kemudian daripada
selesai bersuci itu.
(dan harus) pula bersuci daripadanya dengan
batu atau kayu atau kain atau kertas yang kesat dan jika tepi laut sekalipun
tetapi dengan air itu afdhal kerana hilang ainnya dan bekasnya, bersalahan
dengan batu tiada hilang bekasnya, tetapi dimaaf daripadanya, dan jika berpeloh
kena kain dan badan sekalipun, dan syarat jangan kering najis itu, maka jika
kering ia, maka taa’yyun dengan air dan dipeliharakan zakar kemduain berkemah
daripada kain, barangkali najis kain itu dengan basah air kencing padanya, dan
jangan bersegera pada membasuh akan kencing itu melainkan kemudian daripada
istibra’ dengan berdehem atau berjalan kerana hendak beri sejat, dan banyak
orang kena siksa di dalam kubur dengan sebab tiada suci daripada air kencingnya
seperti barang yang tersebut di dalam hadis, maka di kerana inilah kata
setengah ulama’, wajib istibra’.
(faedah) barang siapa yang tiada sejat
daripada air kencingnya, maka melazim ia atas memakan bunga cengkeh nescaya
hilang daripadanya.
(dan sunat) bagi orang yang tiada sabar atas
kesakitan apabila datang oleh penyakit dan jika sabar dan kuat tawakkal, maka
meninggalkan berubat afdhal.
(dan haram) berubat dengan suatu yang haram
seperti segala najis melainkan apabila tiada a’afiat melainkan dengan najis ini
umpamanya, maka harus yang lain daripada arak, maka dimaaf, dan kepala segala
ubat itu madu lebah, barang apa penyakit seperti barang yang di dalam hadis.
(maka jika) dimakan ikan dengan madu maka
terang mata, dan jika dimakan madu yang dicampur dengan minyak zaitun dan air
oleh orang sakit nescaya a’afiat.
(dan tersebut) di dalam Nuzhah bahawasanya
meminum sedikit daripada air hangat pagi-pagi sebelum makan suatu padanya itu
manfaat yang besar, intaha.
(dan jika) hendaklah membasuh akan bejana yang
luas mulutnya seperti belanga dan periuk dan buyung, maka dihilang akan ain
najis itu kemudian dibubuh akan air di dalamnya dan digosok akan dia, maka
dibuang akan air itu kemudian dijurus akan dia dengan air atau dibubuh akan air
di dalamnya, maka dipusing akan dia hingga rata bejana itu, maka dituang buang
akan dia atau diselam akan dia ke dalam air yang banyak kemudian daripada
hilang akan ain najis itu dan dimasak air ke dalamnya serta didiam akan dia di
dalamnya sekira-kira berhubung air itu hingga rata bejana itu, maka suci ia.
(dan jika) bejana yang sempit mulutnya
seperti balang air dan botol air syurbat umpamanya, maka zahir daripada
perkataan Syeikh Husin Rasyidi dan Syeikh Jamal di dalam Hasyiah Nazam Ibn al
I’mad itu tiada suci muthlaqan dengan dibasuh akan dia seperti ibriq, maka
lihat olehmu akan dia, jika kamu itu alim erti kitab-kitab arab mudah-mudahan
dapat akan yang betul dengan baik faham daripada ibarat ke dadanya supaya tiada
jadi binasa oleh segala bejana yang kecil ……(ms 48) atau di dalam kitab yang
lain kerana faqir ini sangat dungu tiada faham.
(dan jika) ada bejana yang besar sekira-kira
boleh isi air di dalamnya dua kolah, maka dibuang akan najis di dalamnya
kemudian, maka dibubuh akan air ke dalamnya dan digosok akan dia, maka digayong
buang akan dia hingga bersih, maka sucilah ia kerana berat hendak diangkat
tuang air pembasuh itu seperti tempayan yang besar, wallhua’alam bissawab.
(furu’) apabila menajis oleh air telaga
dengan sebab jatuh najis dan pada hal air itu kurang daripada dua kolah, maka
jangan ditimba buang akan dia supaya jadi banyak air dengan keluar daripadanya
atau ditambahi akan air di dalamnya, hingga jadi dua kolah maka sucilah ia dan
jika ditimba buang akan dia, maka jadi najis pula pada sekalian tepi telaga itu
dengan sebab air yang dibuang dan najis air yang keluar daripadanya dengan
sebab bertemu ia dengan najis telaga itu serta dengan air yang ada di pungkur
telaga dan tiada suci ia.
(dan jika) jatuh di dalamnya oleh najis yang
beku seperti tahi yang kering atau bangkai dan air di dalamnya dua kolah atau
lebih, maka dibuang akan dia jua, dan jika dua kolah jua, maka dicedok akan air
serta najis itu, maka najis di dalam batin timba dan suci air di dalam telaga
dan jika tiada masuk ia ke dalam timba, maka suci air yang dalam timba dan
najis air di dalam telaga serta zahir timba itu kerana najis air, wallhu’alam.
(dan jika) berubah air telaga dengan bangkai
ikan, maka tiada jadi najis air itu kerana bangkai ikan itu suci dab berubah
dengan yang suci itu tiada menajis ia akan dia, dan jika hancur ikan itu, maka
jika banyak ubahnya sekira-kira menegah ia akan nama air mutlaq maka iaitu
tiada suci, dan jika sedikit ubahnya maka tiada mengapa.
(masalah) jika hendak membuat akan telaga
daripada bata atau papan, maka hendaklah dibuat beri tinggi mulutnya daripada
tanah itu kadar dua hasta setengah atau dua hasta, jangan kurang daripadanya
dan jika tinggi daripada yang tersebut itu maka kurang sempurna pada pihak
mencedok akan air kerana susah sedikit dengan sebab tiada boleh tunduk seperti
roko’, dan jika berdiri betul maka tiada sedap pada mencedok akan dia, dan
hendaklah dilebar akan bina mulut telaga itu kadar sejengkal kerana jika
ditaroh akan timba atasnya pada waktu mandi umpamanya tiadalah takut jatuh ke
dalamnya, dan lagi jadi kuat kerana tempat itu banyak penyakit yang membawa ia
kepada binasa istimewa pula banyak manusia berhimpun kepadanya, dan jika dipaku
akan dia maka hendaklah dibuat akan dia hingga terpelihara daripada ayam dan
itik jatuh di dalamnya dan tingginya seperti kadar yang tersebut, dan pagar itu
banyak manfaatnya kerana terpelihara daripada takut jatuh budak-budak, dan pada
waktu malam kelam, dan terpelihara pula daripada segala binatang, dan jika
dihampar akan batu pada keliling telaga itu, maka jangan diturab akan dia
dengan kapur kerana takut daripada tergelincir kaki kerana licin, dan lagi jika
gosok akan kaki dengan dia pada membasuh najis mudah keluar kerana kesat dan
sebat pada batu itu lagi tetap atasnya oleh kaki atau ditarah padanya akan
papan dan jika tiada suatu hanya tanah jua, maka akhirnya jadi goyang
menanggong air di dalamnya pada ghalib dan iaitu tiada elok kerana terpercik
air daripadanya pada waktu mandi istimewa pula jika berhimpun kepadanya oleh
segala itik diberak di dalamnya, inilah ijtihad keluar daripada zihin faqir
yang ’adam, wallahua’alam bissawab.
(masalah) jika hendak membuat akan tempat
basuh akan kaki di masjid atau di rumah maka dibuat akan dia dengan kayu yang
tinggi daripada tanah dan di atasnya seperti boleh belah dua tetapi besar
sekira-kira tiada takut daripada tergelincir oleh kaki tetap atasnya dan jika
kayu itu seperti papan, maka tiada elok kerana air kurang lari daripadanya,
jika tiada cermat maka tiada suci kaki yang dibasuh itu kerana air najis itu
diam ia di atas tempat basuh itu melainkan jika ditinggi akan dia sekerat
daripada hujung papan itu dan rendah akan dia, jujung yang kedua sekira-kira
dirasa oleh air di atasnya dan lagi hendaklah ada licin ia supaya tiada lekat
padanya oleh segala yang ce,mar-cemar tetapi kayu yang bulat itu terlebih baik
daripada papan, dan jika tinggi akan dia seperti yang tersebut itu sekalipun
kerana terpelihara daripada berlumur dengan najis di atasnya daripada sekalian
pihak bersalahan papan, wallhua’alam.
(masalah) adakah wajib…..(ms 49) akan penapis
umpama manisan daripada barang yang ada padanya daripada segala binatang semut
yang mati ia dan lainnya daripada segala bangkai kerana berkehendak ia kepada
tapis pula dengan dia, maka padanya itu tafshil, maka jika ada….(ms 49) lama
pada uruf adat kebanyakan pada mengerjakan dia, maka wajib dibasuh disuci buang
akan segala bangkai najis daripadanya kemudian barulah harus ditapis dengan
dia, dan jika tiada lama antara tapis yang dahulu dengan yang kedua pada masa
adat, maka tiada wajib membasuh akan dia dan dimaaf daripadanya kerana sukar
dan masyaqqah atasnya.
(dan kata) Ibnu Qasim serta berhubung tuang
tapis itu pada adat yakni tiadalah mudhorat, maka jika diceraikan akan dia
dengan sehari umpamnya kemduian dituang tapis pula pada kain yang tersebut itu
serta kekal segala bangkai yang berhimpun daripada penapis yang dahulu itu,
maka tiada jauh oleh memberi mudhorat, yakni pada ketika itu wajib dibasuh akan
dia daripada segala bangkai daripadanya kerana tiada mengapa dengan sebab naïf
masyaqqah atasnya daripada membuang akan dia.
(masalah) adakah boleh dibasuh akan suatu
daripada segala benda yang cair apabila kena najis seperti minyak dan air susu,
maka atas qaul yang muktamad tiada boleh uzur lah dariapda menyuci akan dia
kerana hadis yang telah lalu.
(dan kata) setengah ulama’ ada jalan pada
menyucikan dia maka iaitu dibancuh akan tepong dengan minyak atau air susu itu
sekira-kira dapat dipegang akan dia dengan tangan kemudian maka dibasuh akan
dia dengan air hingga berjalan ia kepada sekalian siku-sikunya hingga diminum
ia akan dia.
(dan kata) qil, disuci orang akan minyak
najis itu dengan dituang akan air di atasnya hingga banyak di dalam bejana
kemudian digerak ……(ms 50) akan dia
dengan kayu sekira-kira zhon sampai air kepada sekaliannya, kemudian ditinggal
akan dia supaya naik oleh minyak itu ke atas kemudian dilubangkan dibaunya,
maka apabila keluar oleh air itu, maka ditutup akan lubang itu dan tinggal
minyak di dalamnya dan iaitu dhoif.
(fasal) pada menyatakan kaifiat menyucikan
segala kulit bangkai yang lain daripada anjing samada daripada binatang yang
halal atau yang haram kerana zahir umum perkataan hadis s.a.w:
أَيُّمَا
إِهَابٍ دُبِغَ فَقَدْ طَهُرَ.
Yakni apa jua kulit
abngkai yang disamak orang akan dia maka sesungguhnya telah suci ia, telah
meriwayat akan dia oleh Muslim.
(Dan makna) samak itu
iaitu direndam akan dia ke dalam air yang dibubuh di dalamnya akan suatu yang
tajam sekira-kira boleh menghilang ia sekalian yang busuk-busuk daripada
lendirnya dan daging yang lekat padanya atau dilumur akan dia dengan suatu yang
tajam itu seperti buah menyakiti dan kulit buah delima dan kulit samak dan lada
dan segala benda yang hangat dan tajam, dan jika ada najis sekalipun seperti
tahi burung merpati dan tahi cicak dan kelawar tetapi wajib dibasuh akan dia
pada akhirnya tatkala hendak dijemur akan dia kepada panas matahari, dan wajib
dibuang akan segala bulunya dahulu daripada menyamak akan dia.
(dan kata) Imma
Nawawi dimaaf daripada sedikit bulunya kerana sukar hendak menghilang akan dia
dengan sekaliannya, intaha.
(dan) ……(ms 50)
memadai pada menyamak akan dia dengan melumur akan dia dengan garam dan gambir
dan tanah dan lainnya daripada barang yang tiada menghilang ia akan segala
busuk-busuk daripadanya seperti barang yang telah dikerja akan dia oleh
setengah daripada manusia yang jahil dan jika kena basah air, maka kembali ia
kepada busuk atau binasa ia, maka tiada jadi suci ia.
(dan jika) suci kulit
bangkai itu maka harus disembahyang atasnya dan dipakai akan dia seperti kain
tetapi haram dimakan akan dia dan jika ada daripada binatang yang halal
sekalipun atas qaul yang muktamad kerana hadis sohihain:
إِنَّمَا
حَرُمَ مِنَ الْمَيْتَةِ أَكْلُهَا
Yakni hanya haram daripada bangkai itu
dimakan akan dia.
(dan) tiada suci dengan disamak akan segala
bulunya dan tulangnya dan gadingnya dan tanduknya, maka dikerana inilah wajib
dibasuh akan tangan dengan sebab menyentuh akan dia serta basuhnya.
(dan kata) tuan guru hamba, bermula hulu
pisau yang kecil yang puti itu daripada gading jua bukan ia daripada tulang,
tiada boleh memakai akan dia, maka atas perkataan ini banyaklah manusia yang
terkena kerana sedikit orang yang tiada membeli akan pisaunya yang hulu putih
itu, wallahua’alam.
(masalah) jika syak oleh seseorang adakah
tulang ini daripada yang disembelih atau tiada ? atau adakah ia daripada yang
halal atau yang haram? Atau adakah ia daripada gading atau tiada?
Maka iaitu dipulangkan pada yang ghalib
asalnya dan iaitu suci harus memakai akan dia seperti kulit umpama kerbau yang
dibuat akan dia akan kasut umpamanya dan lainnya daripada barang yang syak akan
dia pada najisnya daripada segala pakaian dan makanan dan minuman dan jika ada
yang membuat akan dia oleh kafir sekalipun pada segala benda yang suci asalnya
seperti segala roti dan air syurbah dan air kopi dan lainnya, melainkan dilihat
dengan mata akan benda yang dibuat akan dia masuk najis, maka tiada harus
memakan akan dia kerana yakin atau diketahui akan alamat yang membawa ia kepada
yakin, wallhua’alam.
(masalah) jika seseorang tiada mendapat ia
akan menyempurna segala syarat sah sembahyang dengan sebab najis umpamanya
tetapi dapat kuasa ia atas setengah daripadanya jua, maka wajib atasnya
sembahyang kerana hormat bagi waktu, dan wajib atasnya qadha’ kemudian daripada
dapat menyempurna akan dia, inilah yang muktamad.
(dan kata) setengah ulama’ tiada wajib
atasnya qadha’, dan jika sembahyang itu serta cedera sekalipun.
(masalah) jika seseorang sakit ia dan lemah
daripada bersuci daripada segala najis pada pakaiannya dan badannya dan
tempatnya dengan sebba terlampau lemah badannya dan segala anggotanya, maka
jika dapat akan orang yang boleh minta tolong, maka wajib atasnya menyuruh akan
dia barang yang dapat dan sembahyang ia, dan jika tiada boleh akan dia atau
boleh tetapi sangat masyaqqah dengan banyak sakitnya dan tiada putus keluar
najis daripadanya, maka tatkala begitu halnya, maka ditaqlid ia kepada mazhab
Hanafi atau Maliki, dengan sah sembahyang serta najisnya, dan jika disengaja
sekalipun, tetapi pada qaul yang asah lagi masyhur pada Maliki itu tiada sah
jika mnegetahui akan najisnya.
(dan) pada Hanafi jika menghubung akan dia
oleh masyaqqah dengan perbuatan orang yang lainnya atau najis itu keluar ia
selalu, dan berkata ia tiada lagi difardhu atasnya muthlaqan, dan jikalau
tayammum ia kerana lemah ia daripada wudhu’ dengan sendirinya atau sembahyang
ia dengan najis atau lainnya daripada
pihak qiblat serta ada boleh orang yang diminta tolong akan dia dan
tiada menyuruh ia akan dia nescaya sah manakala masyaqqah dan payah sembahyang
pada mazhab kita Syafie pada waktu kesakitan, dan najis seperti hal yang
tersebut itu, maka harus bagi kita taqlid kepada salah suatu daripada dua
mazhab itu, dan sah sembahyangnya dan tiada qadha’ atasnya supaya tiada mati di
dalam maksiat dan lepas daripada dosa, dan jika tiada taqlid dan tiada
mengerjakan akan dia dengan sebab masyaqqah, maka ia di dalam maksiat dan dosa
yang amat besar, dan ikhtilaf pada masalah ini rahmat yang amat besar, dan
jangan kamu taqlid akan dia melainkan apabila dapat akan masyaqqah sekira-kira
lemah daripada mengerjakan akan ibadat itu pada diri sendiri kamu seperti yang
tersebut itu, dan Tuhan itu yang amat mengetahui akan orang yang ma’zur
daripada maghrur yakni orang yang uzur dan yang tipu dengan membuat akan
dirinya uzur, dan masalah ini yang aku sebut akan dia di dalam tiga risalah
jua, pertama di dalam risalah ini, kedua di dalam Risalah Badia’h pada bicara
sembahyang jama’ah kadar satu kuras suratan tangan, ketiga tempat di dalam
Risalah Jawahirul Badi’ah pada bicara segala najis yang dimaaf seperti risalah
ini jua, tetapi panjang bicaranya besar sedikit daripada ini adalah kadar lebih
kurang empat kuras suratan tangan dan lazim atas kamu oleh salah suatu daripada
dua risalah pada bicara najis ini supaya sempurna dan mudah amal ibadat bagi
kamu.
(dan sayugia) bagi segala orang yang sakit
yang masyaqqah daripada uzur daripada menyempurnakan sembahyang seperti yang
tersebut itu bahawa membaca ia akan istighfar ini atas berkekalan mudah-mudahan
diampun oleh Allah Ta’ala baginya akan segala dosanya dan Qulhuwallahuahad dan selawat atas Nabi s.a.w
dan bersikir dan tasbih kerana sekaliannya itu mudah lagi tiada syarat bersuci
daripada segala najis pada membaca akan yang tersebut itu.
(dan tersebut) di dalam Tanbihul Ghafilin
telah berkata Ibnu Masu’d r.a barangsiapa membaca ia akan
استغفر الله
العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه
Tiga kali nescaya diampun orang
baginya akan dosanya dan jikalau adalah ia seumpama buih di laut sekalipun.
(dan) adalah segala amalan
akhirat itu beberapa bagi dan mengerja akan dia dengan beberapa anggota yang
zahir dan amal batin, maka jika tiada kuasa pada mengerja akan dia dengan
anggota serta segala syaratnya seperti sembahyang, maka dikerja akan dia dengan
barang yng kuasa jua dan jika tiada maka dikerja akan dia dengan lidah seperti
istghfar dan selawat dan zikir dan lainnya supaya tiada sia-sia waktunya, dan
jika tiada kuasa dengan lidah maka dengan hati seperti baik akan zhan dengan
Allah Ta’ala dan menyesal akan dirinya daripada banyak taqsirnya dan dosanya
dan takut akan Allah Ta’ala dan harap akan rahmatnya dan pengampunanya kerana
Allah Ta’ala itu amat kasih sayang kepada segala hambanya yang mu’min.
(dan bermula) orang yang ahli
amal ibadat dengan sebenar-benarnya dan banyak amalnya pada waktu sihat kuat
badannya kemudian maka sakit ia dan uzur daripada mengerja akan dia, maka
disuruh oleh Allah Ta’ala baginya akan amalnya seperti barang yang dikerjaka
akan dia pada waktu sihatnya beberapa banyak tiada kurang dengan sebab uzur
itu, dan iaitulah rahmat kasihani Tuhan yang maha mulia kepada hambanya tetapi
kebanyakan kita sekarang ini tiada beramal dengan bersungguh-sungguh pada
mengajarkan akan dia hingga terkadang amal yang difardhu pun luput, maka betapa
hal segala amal yang sunat tetapi siang dan malam ingat kepada kesukaan dunia
dengan makan minum dan pakaian yang elok dan harta dan tiada ingat kepada amal
akhirat bekal yang kekal lagi yang mulia di dalam akhirat inilah hal kita:
رَبَّنَا
آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ
(Khatimah)
Ini suatu khatimah pada
menyatakan najis yang batin dan iaitu membinasakan segala pahala amal dan
kebajikan, dan wajib atas segala orang yang mengerja ia akan segala amal itu
oleh menyucikan dia daripada hati, seperti wajib menyucikan segala najis yang
menegah ia akan sah sembahyang dan iaitu telah lalu bicaranya, dan najis di
dalam batin iaitu banyak tetapi yang aku sebut akan dia di sini kadar sepuluh
perkara jua.
(Pertama) takabbur atas segala
hamba Allah seperti melihat ia pada dirinya terlebih baik daripada orang yang lain
dengan sebab ilmunya, atau bangsanya daripada orang yang besar-besar tetapi
harus takabbur segala seteru Allah Ta’ala.
(Kedua) ujub yakni hairan akan
dirinya dengan sebab banyak amalnya atau ilmunya.
(Ketiga) riya’ yakni qasad dengan
mengerjakan itu kerana beri melihat kepada segala manusia supaya dipuji orang
akan dia.
(Keempat) hasad yakni dengki
benci akan nikmat Allah Ta’ala atas orang yang Islam dan suka hati kepada
hilang akan dia daripadanya.
(Kelima) sumpah yakni mengerjakan
amal dengan memberi mendengar akan dia bagi segala orang mendengar akan dia
bagi segala orang.
(Keenam) hubbul jah yakni suka
kepada kemegahan dengan sebutan pada segala manusia.
(Ketujuh) ghibah yakni mengumpat
akan manusia atau rumahnya atau binatangnya dengan perkataan yang tiada suka
kepadanya.
(Kelapan) aklul haram yakni
memakan akan yang haram atau banyak memakan yang halal.
(kesembilan) lis sawab yakni
membuat akan amal kerana pahala atau kerana lari daripada siksa neraka.
(kesepuluh) li hubbinnafs yakni membuat
akan amal itu kerana suka nafsu rajin jua dan lalai hati daripada ingat kepada
menjunjung akan suruhan Tuhan dan membesar akan dia.
(dan) najis yang batin ini sangat
payah pada menyuci akan dia serta terlebih jahat ia daripada segala najis yang
zahir dan terkadang membawa ia kepada jadi kafir seperti firman Allah s.w.t:
إِنَّمَا
الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ
Yakni
hanyasanya segala orang yang kafir musyrik itu najis.
(yakni) di
dalam batin dan iaitu I’tiqad yang salah jadi kafir seperti I’tiqad Tuhan itu
dua tiga atau Tuhan itu ada baginya rupa atau Tuhan itu baharu seperti di
dahulu akan dia oleh a’dam, dan iaitu wujudnya kemudian daripada a’dam seperti
Tuhan itu kena jadi samada jadi akan dia oleh orang atau ia menjadi akan
dirinya dengan sendirinya baharulah namanya, dan nafilah daripadanya oleh sifat
qidam.
(atau)
I’tiqad akan Tuhan itu bergerak dan berdiam ia atau Tuhan itu serta dengan Nabi
Muhammad s.a.w pada suatu tempat pada masa belum wujud segala makhluk kemudian
manakala berlawan meresap ghaib antara keduanya kerana hendak menentukan
siapa-siapa yang boleh jadi akan Tuhan, maka berpindah ia daripadanya kerana
ghaib dan tinggal Nabi Muhammad s.a.w jua, dan sekaliannya itu najis yang amat
besar tiada sah sekalian amal dan kebajikan dan kekal ia di dalam neraka
selama-lamanya, maka takut oleh mu sehabis-habis takut daripada segala seteru
yang takut.
(dan)
takabbur itu sifat kafir bukan sifat Islam seperti firman Allah Ta’ala:
ادْخُلُوا
أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
Dan telah firman ia “Masuk oleh sekalian kamu
akan segala pintu neraka jahannam hal
keadannya kekal sekalian di dalamnya maka sejahat-jahat ia tempat segala orang
yang bersifat takabbur”
(dan) hasad dan ujub itu memakan keduanya
akan segala kebajikan seperti memakan oleh api akan kayu yang kering seperti
barang yang tersebut di dalam hadis Nabi s.a.w:
الْحَسَدُ
يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ ، كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ
“Hasad itu memakan ia akan segala kebajikan
seperti api memakan akan kayu yang kering”
(dan kata) setengah ulama’ ujub itu membinasa
ia akan pahala amal tujuh puluh tahun, dan bermula ibadat itu dua rukun,
pertama amal hati dan iaitu ikhlas, kedua amal anggota dan iaitu Islam. Telah
bersabda Nabi s.a.w:
إِنَّ اللَّهَ
لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى
قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
(dan) tiada menerima oleh Allah Ta’ala akan
segala amal melainkan dengan ikhlas seperti sabda Nabi s.a.w:
أَخْلِصُوا
أَعْمَالَكُمْ لِلَّهِ تَعَالى فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ مَا خلصَ لَهُ
“Ikhlas
oleh sekalian kamu akan segala amal kamu itu bagi Allah maka bahawasanya Allah
Ta’ala tiada menerima ia melainkan barang yang ikhlas ia”
(dan yakni) ikhlas itu suci hati daripada
segala sifat yang keji pada syara’ dan mengerjakan segala amal itu kerana Allah
semata-mata tiada kerana suatu yang lain daripadanya.
(dan kata) Imam Ghazzali sembahyang dengan
tiada khusyu’ itu tiada memadai akan dia pada Allah Ta’ala kerana firman Allah
Ta’ala:
وَأَقِمِ
الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
“Diri olehmu
akan sembahyang itu kerana mengingat bagi Ku”
(dan lagi)
firman Allah Ta’ala
وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
“Dan jangan ada kamu itu daripada orang yang
lalai”
(dan bermula) sembahyang yang lalai daripada
Allah Ta’ala itu sembahyang orang yang munafik bukan sembahyang orang yang
mu’min yang sebenar dan sembahyang dengan ikhlas, dan khusyu’ itu sangat payah
atas kebanyakan lebai kita sekarang.
(dan kata) guru faqir bermula sembahyang
dengan tiada khusyu’ itu bukan sembahyang tetapi sembah bayang dan sembahyang
aku pun tiada khuyu’, maka betapa hal sembahyang kebanyakan kita yang awam.
(ketahui) olehmu akan bahawasanya taubat itu
wajib atas segala orang yang berdosa dan jika dosa kecil sekalipun dan iaitu
setengah daripada najis yang menegah ia akan kesempurnaan segala amal istemewa
pula sembahyang kerana sangat halus bicaranya daripada segala amal yang lain,
maka dikerana inilah besar pahalanya daripada segala amal fardhu dan besar
dosanya atas orang yang meninggalkan dia hingga hampir ia jadi kafir.
(dan bermula) syarat sah taubat tiga;
(pertama) menyesal atas mengerjakan maksiat itu di dalam hati.
(kedua) tiada ingat ia kepada kembali atas
mengerjakan dia maksiat itu selama-lamanya.
(ketiga) sebelum naik matahari daripada pihak
maghrib.
(dan jika) meninggalkan fardhu maka empat
syarat dan iaitu wajib dibayar qadho’ seperti sembahyang dan puasa seperti ada
mengambil akan hak orang dengan tiada sebenar, maka wajib dikembali akan dia
kepadanya dan jika binasa ia maka dibayar akan ganti kepadanya atau diminta
halal daripadanya atau warisnya seperti wajib diminta halal akan mengumpat
kepada orang jika ada lagi dan jika tiada maka dibaca akan Fatihah hadiah akan
pahalanya kepadanya serta minta ampun kepada Allah Ta’ala dengan
bersungguh-sungguh mudah-mudahan diampun oleh Allah Ta’ala.
(maka setengah) daripada dosa yang wajib
taubat itu mengerjakan amal atau menuntut ilmu atau mengajar akan dia kerana
qasad akan kemegahan dan riya’ dan kepujian pada segala manusia dan iaitu
setengah daripada maksiat yang batil dan taubat itulah jadi air membasah akan
najis ini.
(dan bermula) segala orang yang taubat itu
matinya yang amat mudah daripada meminum air oleh orang yang dahaga yakni tiada
kesakitan.
(dan) citra daripada Nabi s.a.w, bermula
suara yang terlebih kasih kepada Allah Ta’ala itu suara hamba yang berdosa
berkata ia (ya Rabbi) maka berkata Allah Ta’ala (labbaika ya ‘abdi) saksi oleh
kamu hai segala malaikat aku akan bahawasanya sesunguhnya telah aku ampun
baginya.
(dan) citra daripada Abi Hurairah r.a
daripada Nabi s.a.w bahawasanya bersabda ia apabila telah membuat oleh
laki-laki akan dosa, maka berkata ((رب إني أذنبت ذنبا atau berkata ia ((عملت ذنبا فاغفرلي
berkata Allah Ta’ala hamba aku telah mengerjakan dosa maka diketahui ia akan
bahawasanya baginya Tuhan yang mengampuni ia akan dosanya dan diambil ia dengan
dia, maka sesungguhnya telah aku ampun bagi hamba aku dan tatkala itu sucilah
ia daripada najis dosa dan jadilah ia akan kebajikan sekaliannya seperti firman
Allah Ta’ala:
فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ
سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Maka sekalian mereka itu diganti oleh Allah
Ta’ala segala kejahatan mereka itu akan segala kebajikan dan adalah Allah
Ta’ala itu amat pengampun lagi kasih sayang akan segala hambanya yang taubat”
(dan lagi)firman Allah Ta’ala pada hak mereka
itu:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ
وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Bahawasanya Allah Ta’ala itu kasih ia akan
segala orang yang taubat dan kasih ia akan segala orang yang suci daripada
segala dosanya”
(dan sayugia) bagi segala orang yang taubat
itu lima perkara;
(pertama) sembahyang dua rakaat dahulu
daripada taubat dan dua rakaat kemudian daripadanya.
(kedua) mengucap istighfar tujuh puluh kali
kemudian daripada sembahyang (maka) taubat daripada dosa dengan menyesal hati.
(ketiga) mengucap tasbih seratus kali سبحان الله العظيم
وبحمده atau سبحان ربي العظيم وبحمده
dan dihimpun akan keduanya itu terlebih baik.
(keempat) bersedekah dengan satu sedekah.
(kelima) puasa ia sehari.
(dan ) lafaz istighfar itu
استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم
وأتوب إليه
Tiga kali kemudian maka dibaca استغفر الله العظيم hingga
genap tujuh puluh kali sekaliannya (dan) hendaklah iangat ia akan takut siksa
Allah Ta’ala di dalam neraka yang amat sakit tiada terhingga maka manakal
dikerjakan akan segala perkara yang tersebut itu maka diharap akan ampunnya
daripada Tuhan maka diampunya اللهم اجعلنا من
التوابين والسالمين امين
(inilah) akhir barang yang aku qasad akan
menghimpunkan akan dia dengan pertolongan daripada Allah Ta’ala Tuhan yang
menjadi ia akan sekalian mahkluq lagi yang mendengar ia akan peminta segala
hambanya di dalam negeri perintah Pulau Pinang Seberang Mukim Lahar Minyak,
pada 14 haribulan Zulqaedah hari Khamis pada sanah 1328 seribu tiga ratus dua
puluh lapan tahun daripada hijrah Nabi s.a.w. (bersamaan 1906 M)
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ
التَّوَّابُ الرَّحِيمُ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد لله
رب العالمين
Susunan : Mohd Faiz B. Abdullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan