متن
العقيدة
الطحاوية
الإمام ابو جعفر الطحاوي
321 H
Susunan
Syeikh Hazim al
Kilani
Syeikh Muhammad
Abdul Qadir
Isi Kandungan
Ketuhanan
Allah
swt itu maha Kaya sedangkan kita
sangat
berhajat kepadanya
Perbuatan
hamba adalah ciptaan Allah
dan
usaha daripada hamba
Taklif dengan apa yang mampu
Allah
swt tidak seperti makhluk
Beriman dengan al Quran al Karim
Melihat
Allah swt adalah benar
Beriman dengan Arasy dan Kursi
Beriman dengan ilmu Allah swt
Segala amal perbuatan itu tergantung
pada
kesudahannya
beriman
dengan qadha’ dan qadar
Kita beriman dengan Luh dan Qalam
Beriman
dengan kenabian Nabi Muhammad saw
Beriman dengan Isra’ dan Mi’raj
Beriman dengan para Malaikat, Nabi-nabi
dan Kitab-kitab langit
Sami’yyat
Beriman dengan Hari Kiamat dan
peristiwa-peristiwa yang berlaku padanya
Beriman dengan telaga, syafaat dan perjanjian
Beriman dengan syurga dan neraka
Ta’rif Iman
Masalah-masalah di dalam
I’tiqad dan
petunjuk jalan daripada Ahli Sunah wal Jama’ah
Ahlul Kabair di kalangan orang-orang
beriman
tidak kekal di dalam neraka
Wajib taat kepada para pemerintah
Wajib menunaikan Haji dan berjihad
sehingga
ke Hari Kiamat
Mengikuti Ahli Sunnah wal Jama’ah
Tidak
boleh membenarkan tukang ramal
dan tukang tilik
Mencintai para sahabat Nabi saw
Para Anbia’ lebih mulia daripada para Aulia’
Sesungguhnya agama di sisi Allah swt adalah Islam
IMAM
JA’FAR AT THOHAWI
Beliau adalah Ahmad Bin
Muhammad Bin Salamah Abu Ja’far at Thohawi. Berasal daripada Thoha sebuah
kampung di Mesir. Beliau adalah ahli Hadis, Fiqh dan Tauhid. Pada peringkat
awalnya beliau mendalami Fiqh mazhab Syafie dengan bapa saudaranya Imam al
Muzani kemudian belajar pula dengan Imam Ahmad Bin Abi Imran sehingga alim
dalam mazhab Hanafi. Beliau banyak mengembara ke Baitul Maqdis, Ghazzah, Asqalan
dan Damsyik untuk mendengar hadis Nabi s.a.w. Di sana beliau belajar dengan
Imam Abu Hazim.
Setelah itu beliau pulang ke Mesir dan menjadi
salah seorang ulama’ dalam mazhab Hanafi. Antara kitab-kitab karangan beliau
adalah Syarah Ma’ani al Athar, Musykilul Athar, Ikhtilaful Fuqaha’, al
Muhktasar fil Fiqh, Ahkamul Quran, al Washoya, dan aqidah yang masyhur iaitu
Aqidah Thohawiyah. Beliau wafat pada tahun 321 H dan dikebumikan di Mesir.
Sekiranya terjemahan ini
ada kesilapan haraplah tuan-tuan perbetulkan untuk kebaikan bersama.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الإلهيات
Ketuhanan
إِنّ اللهَ وَاحِدٌ لَا
شَريكَ لَهُ
Sesungguhnya
Allah swt adalah Tuhan yang esa, tidak ada sekutu bagiNya.
حَيٌّ لَا يَمُوتُ
قَيُّومٌ لَا يَنَامُ
Dia
hidup tidak akan mati, berdiri dengan sendiri dan tidak pernah tertidur.
قَدِيمٌ بلِاَ ابْتِدَاءَ
دَائِمٌ بِلَا انْتِهَاءَ
Dia
sedia ada tanpa ada permulaan, senantiasa ada tanpa ada kesudahan.
لَا يَفْنَى وَلَا يَبيِدُ
Dia
tidak akan binasa dan tidak akan musnah.
وَلَا يَكُونُ إِلّا مَا
يُريدُ
Dan
tidak akan berlaku sesuatu melainkan apa yang Dia kehendaki.
مَا زَالَ بِصِفَاتِهِ قَدِيمًا قَبْلَ خَلْقِهِ
Sentiasa qadim dengan sifat-sifatNya
sebelum ada makhlukNya
لَمْ يَزْدَدْ
بِكَوْنِهِمْ شَيْئًا, لَمْ يَكُنْ قَبْلهُمْ مِنْ صِفَاتِهِ
Sifat-sifatnya itu tidak bertambah
dengan sebab kewujudan mereka sesuatu pun, kerana segala sifatNya itu tidak ada
permulaan seperti zatNya.
وَكَمَا كَانَ بِصِفَاتِهِ أَزَلِيًّا كَذَلِكَ لَا
يَزَالُ عَلَيْهَا أَبَدِيًا
Sebagaimana Dia bersifat azali maka Dia
juga bersifat abadi.
لَيْسَ بَعْدَ خَلْقِ
الْخَلْقِ اسْتَفَادَ اسْمَ الْخَالِقِ وَلَا بِإِحْدَاثِ الْبَرِيَّةِ اسْتَفَادَ
اسْمَ الْبَارِي
Tidaklah
sesudah menciptakan makhluq lalu Dia baru dinamakan al Khaliq, dan tidak pula
sesudah mengadakan ciptaan lalu baru Dia dinamakan al Baari.
لَهُ مَعْنَى
الرُّبُوبِيَّة وَلَا مَرْبُوبَ وَمَعْنَى الْخَالِقِيَّة وَلَا مَخْلُوقَ
Dia
memiliki sifat rububiyah (mentadbir) dan bukan ditadbir, dan Dia memiliki sifat
mencipta dan bukan dicipta.
وَكَمَا أَنَّهُ مُحْيِيُ الْمَوْتَى بَعْدَ مَا
أَحْيَاهُمْ اسْتَحَقَّ هَذَا الْاسْمَ قَبْلَ إِحْيَائِهِمْ كَذَلِكَ اسْتَحَقَّ
اسْمَ الْخَالِقِ قَبْلَ إِنْشَائِهِمْ
Dan
bahawasanya Dia berhak dengan nama maha menghidupkan yang mati sebelum dia
menghidupkan mereka, demikian juga Dia berhak dengan nama maha pencipta sebelum menciptakan mereka.
ذَلِكَ بِأَنَّهُ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَكُلُّ شَيْءٍ إِلَيْهِ فَقِيرٌ وَكُلُّ أَمْرٍ عَلَيْهِ
يَسِيرٌ لَا يَحْتَاجُ إِلَى شَيْءٍ ﴿لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ﴾
Demikian
itu kerana bahawasanya Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan setiap sesuatu
itu amat berhajat kepadanya, dan setiap perkara itu mudah bagiNya, dan Dia
tidak berhajat kepada sesuatu pun “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya
dan Dia maha mendengar lagi maha melihat).
وَلَا شَيْءَ يُعْجِزُهُ
Dan
tidak ada sesuatu pun yang mampu melemahkanNya.
وَلَا إلِهَ غَيْرُهُ
Dan
tidak ada Tuhan selainNya.
خَالِقٌ بِلَا حَاجَةَ
رَازِقٌ بِلَا مُؤْنَةَ
Maha
menciptakan tanpa berhajat kepada ciptaanNya, maha memberi rezki tanpa
kesusahan
مُمِيتٌ بِلَا مَخَافَةَ
بَاعِثٌ بِلَا مَشَقَّةَ
Maha
mematikan tanpa rasa takut, maha membangkitkan tanpa kesukaran.
الله هو الغني ونحن الفقراء إليه :
Allah swt itu maha Kaya sedangkan
kita sangat berhajat kepadanya
وَيَمْلِكُ كُلَّ شَيْءٍ وَلاَ يَمْلِكُهُ شَيْءٌ
Dan Dia memiliki dan menguasai segala
sesuatu namun tidak ada sesuatupun yang menguasaiNya.
وَلاَ غِنَى عَنِ اللهِ
تَعَالى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَمَنِ اسْتَغْنَى عَنِ اللهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ، فَقَدْ
كَفَرَ وَصَارَ مِنْ أَهْلِ الحَيْنِ
Dan
tidak ada sesuatu pun yang tidak memerlukan Allah swt, barangsiapa merasa tidak
perlu kepada Allah swt maka ia telah kafir dan akan menjadi di kalangan
orang-orang yang binasa .
خَلَقَ الْخَلْقَ
بِعِلْمِهِ
Dia
telah menciptakan makhluq dengan ilmuNya.
وَقَدَّرَ لَهُمْ
أَقْدَارًا
Dan
dia telah menetapkan ketetapan-ketetapan bagi makhluqNya.
وَضَرَبَ لَهُمْ آجَالًا
Dan
Dia telah menetapkan ajal bagi setiap makhluqnya.
وَلَمْ يَخْفَ عَليهِ شَيْءٌ
قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَهُمْ وَعَلِمَ ما هُمْ عَامِلُونَ قَبْلَ أنْ يَخْلُقَهُمْ
Dan
tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi ke atasNya sebelum sesuatu itu
diciptakan dan Dia maha mengetahui apa yang akan dibuat oleh makhluqNya walaupun
makhluq itu belum diciptakan.
وأَمَرَهُمْ بِطَاعَتِهِ
ونَهَاهُمْ عَنْ مَعْصِيتِهِ
Dan
Dia memerintahkan makhluq untuk taat kepadaNya dan melarang mereka daripada
melakukan maksiat kepadaNya.
وَكُلُّ شَيْءٍ يَجْرِي بِتَقْدِيرِهِ
وَمَشِيئَتِهِ، وَمَشِيئَتُهُ تَنْفُذُ
Dan
segala sesuatu berjalan sesuai dengan ketetapan dan kehendakNya, kehendakNya
pasti akan terlaksana.
لَا مَشِيئَةَ لِلْعِبَادِ، إِلَّا مَا
شَاءَ لَهُمْ، فَمَا شَاءَ لَهُمْ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ
Seorang
hamba tidak akan berkehendak kecuali jika Dia menghendakinya, maka segala yang
Dia kehendaki pasti akan berlaku dan segala apa yang Dia tidak kehendaki pasti
tidak akan berlaku.
يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ، وَيَعْصِمُ
وَيُعَافِي فَضْلًا وَيُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ، وَيَخْذُلُ وَيَبْتَلِي عَدْلًا
Dan
Dia memberi petunjuk kepada siapa saja yang Dia kehendaki, lalu Dia menjaganya
sebagai sebuah kurnian dan Dia
menyesatkan siapa saja yang Dia kehendaki, lalu Dia menyiksanya sebagai
sebuah keadilan.
وَكُلُّهُمْ يَتَقَلَّبُونَ فِي
مَشِيئَتِهِ، بَيْنَ فَضْلِهِ وَعَدْلِهِ
Dan
setiap mereka berbolak-balik di dalam kehendakNya di antara kurnian dan
keadilanNya.
أفعال العباد خلق الله وكسب من
العباد :
Perbuatan hamba adalah ciptaan Allah
swt dan usaha daripada hamba
وَالْخَيْرُ وَالشَّرُّ مُقَدَّرَانِ عَلَى الْعِبَادِ
Kebaikan
dan keburukan adalah taqdir atas hamba-hamba Allah (baik dan buruk semuanya
daripada Allah swt)
وَالِاسْتِطَاعَةُ الَّتِي يَجِبُ بِهَا الْفِعْلُ مِنْ نَحْوِ التَّوْفِيقِ الَّذِي
لَا يَجُوزُ أَنْ يُوصَفَ الْمَخْلُوقُ بِهِ، فَهِيَ مَعَ الْفِعْلِ
Kemampuan
yang dengannya suatu perbuatan diwajibkan, yang mana hal itu merupakan taufiq
daripada Allah dan manusia tidak boleh disifatkan dengan kemampuan memberikan taufiq
tersebut, maka kemampuan yang seperti ini ada bersama-sama dengan perbuatan.
وَأَمَّا الِاسْتِطَاعَةُ
مِنْ جِهَةِ الصِّحَّةِ وَالْوُسْعِ وَالتَّمَكُّنِ وَسَلَامَةِ الْآلَاتِ فَهِيَ
قَبْلَ الْفِعْلِ، وَبِهَا يَتَعَلَّقُ الْخِطَابُ، وَهُوَ كَمَا قَالَ تَعَالَى﴿لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا﴾
Adapun
kemampuan dari sigi kesihatan, kelapangan, peluang, dan sejahtera anggota, maka
kemampuan yang demikian ini ada sebelum perbuatan, yang terkait dengannya firman
Allah swt “Allah swt tidaklah akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan
kemampuannya” (al Baqarah : 276).
وَأَفْعَالُ الْعِبَادِ
خَلْقُ اللَّهِ، وَكَسْبٌ مِنَ الْعِبَادِ
Dan
perbuatan-perbuatan manusia merupakan ciptaan Allah swt dan usaha daripada
manusia.
التكليف بما يطاق :
Taklif
dengan apa yang mampu
وَلَمْ يُكَلِّفْهُمُ
اللَّهُ تَعَالَى إِلَّا مَا يُطِيقُونَ، وَلَا يُطِيقُونَ إِلَّا مَا كَلَّفَهُمْ وَهُوَ تَفْسِيرُ: لَا حَوْلَ
وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Dan
Allah swt tidak membebankan mereka kecuali dengan apa yang mereka mampu
melakukannya, dan tidaklah mereka sanggup melakukannya kecuali Allah tidak
membebankan mereka, inilah tafsir “Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan
pertolongan Allah swt”.
نَقُولُ: لَا حِيلَةَ
لِأَحَدٍ، وَلَا حَرَكَةَ لِأَحَدٍ، وَلَا تَحَوُّلَ لِأَحَدٍ عَنْ مَعْصِيَةِ
اللَّهِ إِلَّا بِمَعُونَةِ اللَّهِ، وَلَا قُوَّةَ لِأَحَدٍ عَلَى إِقَامَةِ
طَاعَةِ اللَّهِ وَالثَّبَاتِ عَلَيْهَا إِلَّا بِتَوْفِيقِ اللَّهِ
Kita
katakan bahawa tidak ada daya, gerakan, ataupun usaha untuk menghindari maksiat
kecuali dengan pertolongan Allah swt, dan tidak ada kekuatan bagi seorang pun
untuk taat kepada Allah swt dan tetap dalam ketaatan tersebut kecuali dengan
taufiq Allah swt.
وَكُلُّ شَيْءٍ يَجْرِي
بِمَشِيئَةِ اللَّهِ تَعَالَى وَعِلْمِهِ وَقَضَائِهِ وَقَدَرِهِ
Dan
setiap sesuatu itu berjalan sesuai dengan kehendak, ilmu, qadha’, dan qadarNya.
غَلَبَتْ مَشِيئَتُهُ
الْمَشِيئَاتِ كُلَّهَا، وَغَلَبَ قَضَاؤُهُ الْحِيَلَ كُلَّهَا
KehendakNya
mengalahkan segala kehendak yang lain, qadha’Nya mengalahkan segala daya.
يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ
وَهُوَ غَيْرُ ظَالِمٍ أَبَدًا
Allah
swt melakukan sesuatu sesuai dengan kehendakNya, dan Dia tidak pernah berlaku
zalim selama-lamanya.
تَقَدَّسَ عَنْ كُلِّ
سُوءٍ وَحَيْنٍ، وَتَنَزَّهَ عَنْ كُلِّ عَيْبٍ وَشَيْنٍ: ﴿لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ﴾
Maha
suci Allah daripada segala keburukan dan binasa, dan maha suci Allah daripada
segala kecacatan dan kelemahan “Dia tidak akan ditanya tentang apa yang Dia
buat, namun manusialah yang akan ditanya” (Al Anbiya’ : 23)
ليس كمثله شئ :
Allah swt tidak seperti makhluk
وَهُوَ مُتَعَالٍ عَنِ الْأَضْدَادِ
وَالْأَنْدَادِ
Dan
Dia maha tinggi daripada lawan dan tandingan
لَا رَادَّ لِقَضَائِهِ، وَلَا
مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ، وَلَا غَالِبَ لِأَمْرِهِ
Tidak
ada sesuatu pun yang boleh menolak ketetapanNya dan tidak ada yang boleh
menghalang hukum-hukamNya dan tidak ada yang boleh melawan perintahNya.
وَلَا شَيْءَ مِثْلَهُ
Dan
tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.
لَا يُشْبِهُ الْأَنَامُ وَلَا تَبْلُغُهُ الْأَوْهَامُ وَلَا
تُدْرِكُهُ الْأَفْهَامُ
Dan tidak ada satu
makhluq pun yang menyerupaiNya, dan
Dia tidak dapat dijangkau dengan sangkaan, tidak dapat dicapai dengan pemahaman
akal.
وَتَعَالَى عَنِ الْحُدُودِ
وَالْغَايَاتِ، وَالْأَرْكَانِ وَالْأَعْضَاءِ وَالْأَدَوَاتِ، لَا تَحْوِيهِ
الْجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ
Dan
Allah swt itu maha tinggi daripada menerima segala batas, ada pengakhiran, ada
organ, anggota, atau perlu alat bantu, Dia tidak diliputi oleh arah yang enam
sebagaimana sekalian makhluq (atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang)
واللهُ يَغْضَبُ وَيَرْضَى
لاَ كَأحَدٍ مِنَ الوَرَى
Dan
Allah swt bersifat dengan marah dan ridha, tetapi tidak sebagaimana seorang
makhluq.
وَمَنْ وَصَفَ اللَّهَ بِمَعْنًى مِنْ
مَعَانِي الْبَشَرِ، فَقَدْ كَفَرَ مَنْ أَبْصَرَ هَذَا اعْتَبَرَ وَعَنْ مِثْلِ
قَوْلِ الْكُفَّارِ انْزَجَرَ وَعَلِمَ أَنَّ اللَّهَ بِصِفَاتِهِ لَيْسَ
كَالْبَشَرِ
Barangsiapa
mensifatkan Allah swt dengan salah satu sifat maknawi manusia maka ia telah
kafir, dan barangsiapa yang mengetahui hal ini maka ia akan mengambil ibrah,
menjauhi seruan orang-orang kafir, dan tahu bahawa sifat-sifatNya tidaklah
seperti manusia.
وَمَنْ لَمْ يَتَوَقَّ
النَّفْيَ وَالتَّشْبِيهَ، زَلَّ وَلَمْ يُصِبِ التَّنْزِيهَ
Barangsiapa
tidak menjaga diri daripada penafian ataupun menyerupakan Allah swt dengan
makhluq maka ia akan tergelincir dan tidak benar mensucikan Allah swt di dalam
hatiNya.
فَإِنَّ رَبَّنَا جَلَّ وَعَلَا مَوْصُوفٌ
بِصِفَاتِ الْوَحْدَانِيَّةِ، مَنْعُوتٌ بِنُعُوتِ الْفَرْدَانِيَّةِ، لَيْسَ فِي
مَعْنَاهُ أَحَدٌ مِنَ الْبَرِيَّةِ
Sesungguhnya
Tuhan kita yang maha mulia dan maha tinggi disifatkan dengan sifat keesaan,
tidak ada satu ciptaanNya pun yang terkandung dalam maknanya.
وَلَا تَثْبُتُ قَدَمُ الْإِسْلَامِ
إِلَّا عَلَى ظَهْرِ التَّسْلِيمِ وَالِاسْتِسْلَامِ
Dan
tidaklah tetap tapak kaki seorang Islam itu melainkan atas dasar penyerahan
diri dan tunduk patuh kepadaNya.
فَمَنْ رَامَ عِلْمَ مَا حُظِرَ عَنْهُ
عِلْمُهُ، وَلَمْ يَقْنَعْ بِالتَّسْلِيمِ فَهْمُهُ، حَجَبَهُ مَرَامُهُ عَنْ
خَالِصِ التَّوْحِيدِ، وَصَافِي الْمَعْرِفَةِ، وَصَحِيحِ الْإِيمَانِ
فَيَتَذَبْذَبُ بَيْنَ الْكُفْرِ وَالْإِيمَانِ، وَالتَّصْدِيقِ وَالتَّكْذِيبِ،
وَالْإِقْرَارِ وَالْإِنْكَارِ، مُوَسْوِسًا تَائِهًا، شَاكًّا، لَا مُؤْمِنًا
مُصَدِّقًا، وَلَا جَاحِدًا مُكَذِّبًا
Barangsiapa
yang berusaha untuk mengetahui hal-hal yang dilarang untuk ia ketahui, dan
fikirannya tidak mahu merasa cukup dengan cara berserah diri, maka usahanya itu
akan menghalanginya daripada kemurnian Tauhid, kejernihan ma’rifat, keimanan
yang sohih, sehingga ia pun terombang-ambing antara kekafiran dan keimanan,
antara membenarkan dan mendustakan, antara kesaksian dan pengingkaran, ia pun
diliputi was-was dan keraguan, tidak beriman dengan sebenar-benar iman namun
tidak pula mendustakan dengan sebenar-benar pendustaan.
الإيمان
بالقرآن الكريم :
Beriman
dengan al Quran al Karim
وَأنَّ الْقُرْآنَ كَلَامُ اللَّهِ،
مِنْهُ بَدَا بِلَا كَيْفِيَّةٍ قَوْلًا، وَأَنْزَلَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَحْيًا،
وَصَدَّقَهُ الْمُؤْمِنُونَ عَلَى ذَلِكَ حَقًّا، وَأَيْقَنُوا أَنَّهُ كَلَامُ
اللَّهِ تَعَالَى بِالْحَقِيقَةِ
Dan
al Quran ialah kalam Allah swt, tanpa harus ditanya bagaimana hakikat kalam
itu, dan Allah swt telah menurunkannya kepada RasulNya sebagai wahyu, orang-orang
yang beriman telah membenarkan akan kebenarannya, dan mereka meyakini bahwa al
Quran ialah kalam Allah swt secara hakiki.
لَيْسَ بِمَخْلُوقٍ
كَكَلَامِ الْبَرِيَّةِ
Dan
al Quran bukan makhluq sebagaimana pendapat sebahagian manusia.
فَمَنْ سَمِعَهُ فَزَعَمَ
أَنَّهُ كَلَامُ الْبَشَرِ فَقَدْ كَفَرَ، وَقَدْ ذَمَّهُ اللَّهُ
وَعَابَهُ وَأَوْعَدَهُ بِسَقَرَ حَيْثُ قَالَ تَعَالَى: ﴿سَأُصْلِيهِ سَقَرَ﴾ فَلَمَّا أَوْعَدَ اللَّهُ بِسَقَرَ لِمَنْ
قَالَ: ﴿إِنْ هَذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ﴾ عَلِمْنَا وَأَيْقَنَّا أَنَّهُ قَوْلُ خَالِقِ
الْبَشَرِ، وَلَا يُشْبِهُ قَوْلَ الْبَشَرِ.
Barangsiapa
yang mendengar al Quran lalu menganggap bahawa ia adalah kalam manusia maka ia
telah kafir, dan Allah swt telah mengancamnya dengan neraka Saqar, Allah
berfirman, ”Akan Aku lemparkan ia ke dalam neraka Saqar” (Al Muddassir : 26),
Allah swt mengancam dengan neraka Saqar atas orang yang mengatakan:
”Sesungguhnya al Quran ini hanyalah perkataan manusia” (Al Muddassir : 25)
maka kita pun tahu dan yakin bahawa al Quran merupakan ucapan Pencipta manusia,
al Quran sama sekali tidak menyerupai ucapan manusia.
حرمة الحوض في ذات الله والجدال في دين الله
وقرآنه :
Haram terlalu
membincangkan zat Allah swt dan berdebat di dalam agama Allah dan al Quran
وَلَا نَخُوضُ
فِي اللَّهِ، وَلَا نُمَارِي فِي دِينِ اللَّهِ وَلَا نُجَادِلُ فِي الْقُرْآنِ،
وَنَشْهَدُ أَنَّهُ كَلَامُ رَبِّ الْعَالَمِينَ نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ
Kita
tidak boleh berbincang secara mendalam tentang hakikat Allah swt, kita tidak
boleh bertengkar pada agama Allah swt, kita tidak boleh berbantah-bantahan
tentang al Quran, kita bersaksi bahwa al Quran ialah kalam Tuhan semesta alam
yang dibawa oleh Ruhul Amin (Jibril as).
فَعَلَّمَهُ سَيِّدَ
الْمُرْسَلِينَ مُحَمَّدًا g وَهُوَ
كَلَامُ اللَّهِ تَعَالَى لَا يُسَاوِيهِ شَيْءٌ مِنْ كَلَامِ الْمَخْلُوقِينَ
Lalu
Jibril mengajarkannya kepada Nabi Muhammad saw, al Quran ialah kalam Allah swt,
tidak ada ucapan makhluq yang boleh menandinginya.
وَلَا نَقُولُ بِخَلْقِهِ،
وَلَا نُخَالِفُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ
Kita
tidak boleh mengatakan al Quran itu makhluq, dan kita tidak boleh mengingkari
ijma’ para ulama kaum muslimin.
وَمَنْ وَصَفَ اللَّهَ بِمَعْنًى مِنْ
مَعَانِي الْبَشَرِ، فَقَدْ كَفَرَ مَنْ أَبْصَرَ هَذَا اعْتَبَرَ وَعَنْ مِثْلِ
قَوْلِ الْكُفَّارِ انْزَجَرَ وَعَلِمَ أَنَّ اللَّهَ بِصِفَاتِهِ لَيْسَ
كَالْبَشَرِ
Barangsiapa
mensifatkan Allah swt dengan salah satu sifat maknawi manusia maka ia telah
kafir, dan barangsiapa yang mengetahui hal ini maka ia akan mengambil ibrah, menjauhi
seruan orang-orang kafir, dan tahu bahawa sifat-sifatNya tidaklah seperti
manusia.
رؤية الله حق :
Melihat Allah swt adalah benar
وَالرُّؤْيَةُ حَقٌّ لِأَهْلِ
الْجَنَّةِ، بِغَيْرِ إِحَاطَةٍ وَلَا
كَيْفِيَّةٍ، كَمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ رَبِّنَا: ﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾ وَتَفْسِيرُهُ عَلَى مَا أَرَادَ اللَّهُ تَعَالَى
وَعَلِمَهُ،
Dan
dapat melihat Allah swt itu adalah benar dan nyata bagi penduduk syurga, tanpa
harus memperinci dan membahaskan kaifiyatnya, sebagaimana yang disebutkan dalam
al Quran “Wajah-wajah mereka pada hari itu cerah dan gembira kerana mereka
dapat melihat Tuhan mereka” (Al Qiyamah : 22-23). Hakikat tafsir
ayat tersebut adalah sebagaimana yang dikehendaki dan diketahui oleh Allah swt
sendiri.
وَكُلُّ مَا جَاءَ فِي ذَلِكَ مِنَ الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ g فَهُوَ
كَمَا قَالَ، وَمَعْنَاهُ عَلَى مَا أَرَادَ، لَا نَدْخُلُ فِي ذَلِكَ
مُتَأَوِّلِينَ بِآرَائِنَا وَلَا مُتَوَهِّمِينَ بِأَهْوَائِنَا،
Dan
juga setiap yang dinyatakan oleh hadis-hadis Nabi saw yang sohih, jadi maknanya
adalah sesuai dengan maksud Allah swt sendiri, kita tidak perlu mentakwilnya
mengikut fikiran kita atau dengan cara menduga-duga atas dasar hawa nafsu kita.
فَإِنَّهُ مَا سَلِمَ فِي دِينِهِ إِلَّا مَنْ سَلَّمَ
لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَلِرَسُولِهِ gوَرَدَّ عِلْمَ مَا
اشْتَبَهَ عَلَيْهِ إِلَى عَالِمِهِ
Tidak
ada yang akan selamat dalam agamanya kecuali mereka yang menyerahkan kepada
Allah Azza wajalla dan RasulNya saw serta menyerahkan permasalahan-permasalahan
mutasyabihat kepada yang mengetahuinya.
وَلَا يَصِحُّ الْإِيمَانُ
بِالرُّؤْيَةِ لِأَهْلِ دَارِ السَّلَامِ لِمَنِ اعْتَبَرَهَا مِنْهُمْ بِوَهْمٍ،
أَوْ تَأَوَّلَهَا بِفَهْمٍ، إِذْ كَانَ تَأْوِيلُ الرُّؤْيَةِ، وَتَأْوِيلُ كُلِّ
مَعْنًى يُضَافُ إِلَى الرُّبُوبِيَّةِ بِتَرْكِ التَّأْوِيلِ، وَلُزُومَ
التَّسْلِيمِ، وَعَلَيْهِ دِينُ الْمُسْلِمِينَ
Dan
tidak sah beriman dengan ru’yah bagi penduduk syurga dengan didasarkan kepada
dugaan atau dengan didasarkan kepada takwil dengan fikiran, hal ini kerana
mentakwilkan ru’yah dan juga mentakwilkan segala hal yang berhubungan dengan
Rububiyah adalah salah, sebaliknya kita harus meninggalkan takwil dan berserah
padaNya, demikianlah agama kaum Muslimin.
وَمَنْ لَمْ يَتَوَقَّ
النَّفْيَ وَالتَّشْبِيهَ، زَلَّ وَلَمْ يُصِبِ التَّنْزِيهَ فَإِنَّ رَبَّنَا جَلَّ وَعَلَا
مَوْصُوفٌ بِصِفَاتِ الْوَحْدَانِيَّةِ، مَنْعُوتٌ بِنُعُوتِ الْفَرْدَانِيَّةِ،
لَيْسَ فِي مَعْنَاهُ أَحَدٌ مِنَ الْبَرِيَّةِ
Barangsiapa
tidak menjaga diri daripada penafian ataupun menyerupakan Allah swt dengan
makhluq maka ia akan tergelincir dan tidak benar mensucikan Allah swt di dalam
hatiNya. Sesungguhnya Tuhan kita yang maha mulia dan maha tinggi
disifatkan dengan sifat keesaan, tidak ada satu ciptaanNya pun yang terkandung
dalam maknaNya.
الإيمان بالعرش والكرسي :
Beriman
dengan Arasy dan Kursi
وَالْعَرْشُ وَالْكُرْسِيُّ حَقٌّ، وَهُوَ مُسْتَغْنٍ عَنِ الْعَرْشِ وَمَا دُونَهُ، مُحِيطٌ
بِكُلِّ شَيْءٍ وَفَوْقَهُ، وَقَدْ أَعْجَزَ عَنِ الْإِحَاطَةِ خَلْقَهُ.
Dan
Arasy dan kursi adalah benar, tetapi
tidaklah Dia berhajat kepada arasy ataupun yang lainnya, Dia menguasai segala
sesuatu dan mengatasinya, sementara makhluq tidak mampu menguasai.
الإيمان بعلم الله :
Beriman
dengan ilmu Allah swt
وَقَدْ عَلِمَ اللَّهُ تَعَالَى فِيمَا لَمْ يَزَلْ عَدَدَ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ، وَعَدَدَ مَنْ يَدْخُلُ النَّارَ
جُمْلَةً وَاحِدَةً، فَلَا يُزَادُ فِي ذَلِكَ الْعَدَدُ وَلَا يُنْقُصُ مِنْهُ
Dan
sesungguhnya Allah swt maha mengetahui berapa jumlah yang masuk syurga dan
berapa yang masuk neraka, dan bilangan-bilangan tersebut tidak akan bertambah
ataupun berkurang.
وَكَذَلِكَ أَفْعَالُهُمْ
فِيمَا عَلِمَ مِنْهُمْ أَنْ يَفْعَلُوهُ
Dan
juga segala perbuatan mereka Allah swt mengetahui segala apa yang mereka
lakukan.
وَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ
Dan
setiap manusia akan dipermudahkan ke arah yang sudah Dia tentukan.
الأعمال بالخواتيم :
Segala amal perbuatan
itu tergantung pada kesudahannya
وَالْأَعْمَالُ
بِالْخَوَاتِيمِ وَالسَّعِيدُ مَنْ سَعِدَ بِقَضَاءِ اللَّهِ، وَالشَّقِيُّ مَنْ
شَقِيَ بِقَضَاءِ اللَّهِ
Dan
segala amal perbuatan itu tergantung pada kesudahannya dan orang yang bahagia ialah orang yang
bahagia dengan ketentuan Allah swt, demikian pula orang yang celaka ialah orang
yang celaka dengan ketentuan Allah swt.
الإيمان بالقضاء والقدر :
Beriman
dengan qadha’ dan qadar
وَأَصْلُ الْقَدَرِ سِرُّ اللَّهِ
تَعَالَى فِي خَلْقِهِ لَمْ يَطَّلِعْ عَلَى ذَلِكَ مَلَكٌ مُقَرَّبٌ، وَلَا
نَبِيٌّ مُرْسَلٌ
Dan
asal taqdir itu adalah rahsia Allah swt pada makhluqNya yang tidak dapat
diketahui oleh malaikat muqarrabin atau para RasulNya sekalipun
وَالتَّعَمُّقُ وَالنَّظَرُ فِي ذَلِكَ ذَرِيعَةُ الْخِذْلَانِ، وَسُلَّمُ الْحِرْمَانِ،
وَدَرَجَةُ الطُّغْيَانِ، فَالْحَذَرَ كُلَّ الْحَذَرِ مِنْ ذَلِكَ نَظَرًا
وَفِكْرًا وَوَسْوَسَةً،
Dan
cuba mengkaji secara mendalam tentang taqdir merupakan keburukan, larangan, dan
tindakan melampaui batas, kerana itu jauhilah sejauh-jauhnya fikiran dan
bisikan yang demikian itu.
فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى
طَوَى عِلْمَ الْقَدَرِ عَنْ أَنَامِهِ، وَنَهَاهُمْ عَنْ مَرَامِهِ، كَمَا قَالَ
اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ ﴿لَا يُسْأَلُ عَمَّا
يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ﴾
Sesungguhnya
Allah swt menyembunyikan ilmu taqdir daripada manusia, Dia melarang manusia
untuk terlalu berfikir, sebagaimana firmanNya dalam al Quran “Dia tidak akan ditanya tentang apa yang
Dia perbuat akan tetapi merekalah yang akan ditanya” (Al-Anbiya’ : 23)
فَمَنْ سَأَلَ: لِمَ
فَعَلَ؟ فَقَدْ رَدَّ حُكْمَ الْكِتَابِ، وَمَنْ رَدَّ حُكْمَ الْكِتَابِ كَانَ
مِنَ الْكَافِرِينَ.
Barangsiapa
bertanya (mempertikaikan) “Mengapa Allah swt berbuat begini ?” maka ia telah
menentang hukum al Quran dan barangsiapa menentang hukum al Quran maka ia
termasuk di kalangan orang-orang yang kafir.
نؤمن باللوح والقلم :
Kita
beriman dengan Luh dan Qalam
وَنُؤْمِنُ بِاللَّوْحِ
وَالْقَلَمِ، وَبِجَمِيعِ مَا فِيهِ قَدْ رُقِمَ
Dan
hendaklah kita beriman dengan wujudnya Luh dan Qalam beserta apapun yang
terkandung di dalamnya.
فَلَوِ اجْتَمَعَ الْخَلْقُ كُلُّهُمْ عَلَى شَيْءٍ كَتَبَهُ اللَّهُ تَعَالَى فِيهِ )يعني
في اللوح( أَنَّهُ
كَائِنٌ لِيَجْعَلُوهُ غَيْرَ كَائِنٍ لَمْ يَقْدِرُوا عَلَيْهِ
Sekiranya
seluruh makhluq bersepakat untuk meniadakan sesuatu yang Allah swt telah
menulisnya ada, maka mereka tidak akan mampu sekali-kali melakukannya.
وَلَوِ اجْتَمَعُوا
كُلُّهُمْ عَلَى شَيْءٍ لَمْ يَكْتُبْهُ اللَّهُ تَعَالَى فِيهِ لِيَجْعَلُوهُ
كَائِنًا لَمْ يَقْدِرُوا عَلَيْهِ
Dan
sekiranya seluruh makhluq bersepakat untuk mengadakan sesuatu yang Allah swt telah
menulisnya tidak ada maka mereka juga tidak akan mampu sekali-kali melakukannya.
جَفَّ الْقَلَمُ بِمَا
هُوَ كَائِنٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَا أَخْطَأَ الْعَبْدَ لَمْ يَكُنْ
لِيُصِيبَهُ، وَمَا أَصَابَهُ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَهُ
Qalam
telah kering dakwatnya pada menuliskan segala yang akan terjadi sampai Hari
Kiamat, dan sesuatu taqdir yang tidak ditulis kepada hamba itu tidak akan
menimpanya, dan apa yang telah ditetapkan akan menimpa seseorang hamba itu
tidak pernah tersilap.
وَعَلَى الْعَبْدِ أَنْ
يَعْلَمَ أَنَّ اللَّهَ قَدْ سَبَقَ عِلْمُهُ فِي كُلِّ كَائِنٍ مِنْ خَلْقِهِ
Seorang
hamba harus memahami bahwa ilmu Allah swt telah mendahului pada tiap-tiap yang
ada daripada makhluqNya.
فَقَدَّرَ ذَلِكَ
تَقْدِيرًا مُحْكَمًا مُبْرَمًا، لَيْسَ فِيهِ نَاقِضٌ وَلَا مُعَقِّبٌ، وَلَا
مُزِيلٌ وَلَا مُغَيِّرٌ، وَلَا نَاقِصٌ وَلَا زَائِدٌ مِنْ خَلْقِهِ فِي
سَمَاوَاتِهِ وَأَرْضِهِ
Ia
telah menetapkannya sebagai taqdir yang teguh, tidak ada yang boleh menghalang,
menghapus, ataupun mengubahnya, ketetapan-ketetapan tersebut berlaku pada
setiap makhluqNya di langit dan bumi, tanpa sedikit pun berkurang atau
bertambah.
وَذَلِكَ مِنْ عَقْدِ
الْإِيمَانِ وَأُصُولِ الْمَعْرِفَةِ وَالِاعْتِرَافِ بِتَوْحِيدِ اللَّهِ
تَعَالَى وَرُبُوبِيَّتِهِ كَمَا قَالَ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ ﴿وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا﴾، وَقَالَ تَعَالَى ﴿وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ
قَدَرًا مَقْدُورًا﴾
Dan
yang demikian ini merupakan simpulan iman, usul ma’rifat, dan pengakuan
terhadap mentauhidkan Allah swt dan rububiyahNya, Allah swt berfirman, “Dan
Dia telah menciptakan segala sesuatu lalu Dia menetapkan taqdirnya” (Al Furqan
: 2). Dia juga berfirman,
”Urusan Allah swt merupakan ketetapan yang telah ditetapkan” (Al Ahzab : 38).
فَوَيْلٌ لِمَنْ صَارَ
لِلَّهِ تَعَالَى فِي الْقَدَرِ خَصِيمًا، وَأَحْضَرَ لِلنَّظَرِ فِيهِ قَلْبًا
سَقِيمًا
Maka
celakalah orang yang memusuhi taqdir Allah swt dan menghadirkan pada
pemerhatiannya dengan hati yang sakit.
لَقَدِ الْتَمَسَ بِوَهَمِهِ فِي فَحْصِ الْغَيْبِ
سِرًّا كَتِيمًا، وَعَادَ بِمَا قَالَ فِيهِ أَفَّاكًا أَثِيمًا
Ia
menduga-duga perkara ghaib tanpa dasar dan juga menambah-nambahnya dengan
perkara-perkara yang menimbulkan dosa.
فَهَذَا جُمْلَةُ مَا يَحْتَاجُ إِلَيْهِ مَنْ هُوَ مُنَوَّرٌ قَلْبُهُ مِنْ أَوْلِيَاءِ
اللَّهِ تَعَالَى، وَهِيَ دَرَجَةُ الرَّاسِخِينَ فِي الْعِلْمِ
Maka
ini satu himpunan apa yang diperlukan oleh mereka yang diterangkan hatinya di
kalangan para kekasih Allah swt dan ia adalah darjat orang orang-orang yang
mendalam di dalam ilmu.
لِأَنَّ الْعِلْمَ عِلْمَانِ: عِلْمٌ فِي الْخَلْقِ
مَوْجُودٌ، وَعِلْمٌ فِي الْخَلْقِ مَفْقُودٌ، فَإِنْكَارُ الْعِلْمِ الْمَوْجُودِ
كُفْرٌ، وَادِّعَاءُ الْعِلْمِ الْمَفْقُودِ كُفْرٌ، وَلَا يَثْبُتُ الْإِيمَانُ
إِلَّا بِقَبُولِ الْعِلْمِ الْمَوْجُودِ، وَتَرْكِ طَلَبِ الْعِلْمِ
الْمَفْقُودِ.
Kerana
Ilmu itu ada dua : Ilmu yang maujud (ada) pada makhluk dan ilmu yang mafqud (tidak
ada) pada makhluk, maka mengingkari ilmu yang maujud bererti kafir, dan
mendakwa ada ilmu yang mafqud itu juga kafir, Iman tidaklah ditetapkan kecuali
atas dasar menerima ilmu yang maujud dan tidak menuntut ilmu mafqud.
النبوات :
الإيمان بنبوة النبي
محمد g
Beriman dengan kenabian Nabi Muhammad saw
وَأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
الْمُصْطَفَى وَنَبِيُّهُ الْمُجْتَبَى وَرَسُولُهُ الْمُرْتَضَى
Dan
bahawasanya Muhammad saw adalah hambaNya yang terpilih, nabiNya yang mulia, dan
rasulNya yang diredhai.
وَأَنَّهُ خَاتَمُ الْأَنْبِيَاءِ
وَإِمَامُ الْأَتْقِيَاءِ وَسَيِّدُ الْمُرْسَلِينَ وَحَبِيبُ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dan
bahawasanya baginda merupakan penutup para Nabi, pemimpin orang-orang bertaqwa,
penghulu para rasul, dan kekasih Tuhan semesta alam.
وَكُلُّ دَعْوَى النُّبُوَّةِ بَعْدَهُ فَغَيٌّ وَهَوًى
Dan setiap pengakuan kenabian setelah
baginda adalah tipu daya dan bohong belaka.
وَهُوَ الْمَبْعُوثُ إِلَى عَامَّةِ
الْجِنِّ وَكَافَّةِ الْوَرَى، بِالْحَقِّ وَالْهُدَى، وَبِالنُّورِ وَالضِّيَاءِ
Dan
baginda diutuskan kepada sekalian bangsa jin dan manusia, dengan membawa
kebenaran, petunjuk, cahaya, dan sinaran.
الإيمان بالإسراء والمعراج
:
Beriman dengan Isra’ dan Mi’raj
وَالْمِعْرَاجُ حَقٌّ، وَقَدْ أُسْرِيَ
بِالنَّبِيِّ g
وَعُرِجَ بِشَخْصِهِ فِي الْيَقَظَةِ،
إِلَى السَّمَاءِ,
ثُمَّ إِلَى حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الْعُلَا وَأَكْرَمَهُ اللَّهُ بِمَا
شَاءَ، وَأَوْحَى إِلَيْهِ مَا أَوْحَى، ﴿مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى﴾ فَصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ فِي
الْآخِرَةِ وَالْأُولَى
Dan
peristiwa Mi’raj itu adalah benar dan nyata, Nabi saw telah diperjalankan dan dinaikkan ke langit
dalam keadaan jaga, lalu ke tempat yang maha tinggi yang dikehendaki oleh Allah
swt, Allah swt telah memuliakan Nabi saw dengan apa yang Ia kehendaki, Allah
swt telah mewahyukan kepada baginda: ”Tidaklah hatinya berbohong tentang apa
yang ia lihat”. Selawat dan salam atas baginda di akhirat dan di dunia.
الإيمان بالملائكة
والنبيين والكتب السماوية :
Beriman dengan para Malaikat, Nabi-nabi dan
Kitab-kitab langit
وَنقُولُ: إِنَّ اللَّهَ اتَّخَذَ
إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا، وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا، إِيمَانًا
وَتَصْدِيقًا وَتَسْلِيمًا
Dan
kita katakan dengan penuh keimanan, pembenaran, dan penerimaan bahwa
sesungguhnya Allah swt telah mengambil Nabi Ibrahim as sebagai kekasih dan Dia
telah berbicara secara langsung kepada Nabi Musa as.
السمعيات
Sami’yyat
وَنُؤْمِنُ بِالْمَلَائِكَةِ
وَالنَّبِيِّينَ وَالْكُتُبِ الْمُنَزَّلَةِ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَنَشْهَدُ
أَنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْحَقِّ الْمُبِينِ.
Dan
hendaklah kita beriman dengan para malaikat, para nabi, dan kitab-kitab suci
yang diturunkan kepada mereka, kita bersaksi bahawasanya para Nabi berada di atas
kebenaran yang terang.
وَنُؤْمِنُ بِالْكِرَامِ الْكَاتِبِينَ فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ جَعَلَهُمْ عَلَيْنَا
حَافِظِينَ
Dan
hendaklah kita beriman kepada malaikat-malaikat yang mulia yang sentiasa
mencatat kerana sesungguhnya Allah swt telah menjadikan mereka sebagai penjaga
atau pengawas kita.
وَنُؤْمِنُ بِمَلَكِ
الْمَوْتِ الْمُوَكَّلِ بِقَبْضِ أَرْوَاحِ الْعَالَمِينَ وَبِعَذَابِ الْقَبْرِ
لِمَنْ كَانَ لَهُ أَهْلًا
Dan
hendaklah kita beriman dengan malaikat maut yang ditugaskan untuk mencabut ruh
setiap manusia, dan beriman kepada azab kubur yang akan ditimpakan kepada para
penghuni kubur yang derhaka.
وَنُؤْمِنُ بَسُؤَالِ
مُنْكَرٍ وَنَكِيرٍ فِي قَبْرِهِ عَنْ رَبِّهِ وَدِينِهِ وَنَبِيِّهِ عَلَى مَا جَاءَتْ
بِهِ الْأَخْبَارُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ g وَعَنِ الصَّحَابَةِ رِضْوَانُ
اللَّهِ عَلَيْهِمْ .
Dan
hendaklah kita beriman kepada soalan Munkar dan Nakir dalam kubur, tentang
Tuhannya, agamanya, dan Nabinya, sebagaimana disebutkan dalam banyak riwayat
daripada Rasulullah saw dan para sahabat radhiyallahu ‘anhum.
وَالْقَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ
النِّيرَانِ
Dan
kubur itu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga atau lubang-lubang
neraka.
وَنُؤْمِنُ بِأَشْرَاطِ
السَّاعَةِ: مِنْ خُرُوجِ الدَّجَّال، ونُزُولِ عِيسَى ابنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِ
السَّلامُ مِنَ السَّمَاءِ، وَنُؤْمِنُ بِطُلُوعِ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا،
وَخُرُوجِ دَابَّةِ الأَرْضِ مِنْ مَوْضِعِهَا.
Dan
hendaklah kita beriman dengan tanda-tanda Hari Kiamat seperti keluarnya Dajjal,
turunnya Nabi Isa Ibn Maryam as dari langit, terbitnya matahari dari arah
barat, dan keluarnya binatang bumi dari tempatnya.
الإيمان بيوم القيامة
وما فيه من المشاهد :
Beriman dengan Hari Kiamat dan peristiwa-peristiwa
yang berlaku padanya
وَنُؤْمِنُ بِالْبَعْثِ وَجَزَاءِ الْأَعْمَالِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالْعَرْضِ
وَالْحِسَابِ وَقِرَاءَةِ الْكِتَابِ وَالثَّوَابِ وَالْعِقَابِ وَالصِّرَاطِ
وَالْمِيزَانِ
Dan
hendaklah kita beriman dengan hari kebangkitan, pembalasan amal di Hari Kiamat,
dan didedahkan amal di dunia, perhitungan, dibacakan kitab catatan, pahala dan
siksa, titian shirat, dan timbangan.
الإيمان بالحوض والشفاعة والميثاق :
Beriman dengan telaga, syafaat dan perjanjian
وَالْحَوْضُ الَّذِي أَكْرَمَهُ اللَّهُ تَعَالَى بِهِ غِيَاثًا
لِأُمَّتِهِ حَقٌّ
Dan telaga yang Allah swt telah
memuliakan Nabi saw dengannya sebagai pertolongan bagi umatnya, adalah benar .
وَالشَّفَاعَةُ الَّتِي ادَّخَرَهَا لَهُمْ حَقٌّ كَمَا رُوِيَ فِي
الْأَخْبَارِ
Dan syafaat yang dilimpahkan kepada
umatnya adalah benar, sebagaimana diriwayatkan dalam banyak hadis.
الإيمان بالجنة والنار :
Beriman dengan syurga dan neraka
وَالْجَنَّةُ وَالنَّارُ
مَخْلُوقَتَانِ، لَا تَفْنَيَانِ أَبَدًا وَلَا تَبِيدَانِ فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى
خَلَقَ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ قَبْلَ الْخَلْقِ
Dan
syurga dan neraka merupakan dua makhluq yang tidak akan musnah atau binasa, dan
sesungguhnya Allah swt telah menciptakan syurga dan neraka sebelum penciptaan
manusia.
وَخَلَقَ لَهُمَا أَهْلًا فَمَنْ شَاءَ
مِنْهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ فَضْلًا مِنْهُ، وَمَنْ شَاءَ مِنْهُمْ إِلَى النَّارِ
عَدْلًا مِنْهُ وَكُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا قَدْ فُرِغَ لَهُ، وَصَائِرٌ إِلَى مَا
خُلِقَ لَهُ
Dan
Allah swt telah menciptakan penghuni bagi keduanya, barangsiapa yang Dia
berkehendak maka ia dapat masuk syurga itu adalah daripada kurnianNya, dan
barangsiapa yang Dia berkehendak masuk ke dalam neraka itu itu adalah daripada
keadilanNya, setiap orang akan berbuat sebagaimana yang telah Allah swt
tetapkan baginya.
تعريف الإيمان :
Ta’rif Iman
وَالْإِيمَانُ: هُوَ الْإِقْرَارُ بِاللِّسَانِ
وَالتَّصْدِيقُ بِالْجَنَانِ
Iman
ialah iqrar (mengaku) dengan lisan dan tashdiq (membenarkan) dengan hati.
مسائل
في الاعتقاد ومعالم طريق أهل السنة والجماعة:
Masalah-masalah
di dalam I’tiqad dan petunjuk jalan daripada Ahli Sunah wal Jama’ah
وَالْإِيمَانُ: هُوَ الْإِيمَانُ
بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ وَحُلْوِهِ وَمُرِّهِ مِنَ اللَّهِ تَعَالَى
Dan
Iman itu meliputi iman kepada Allah swt, para malaikatNya, kitab-kitab suciNya,
rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan qadar (ketentuan) daripada Allah swt, yang
baik ataupun yang buruk, yang manis ataupun yang pahit.
وَالْمِيثَاقُ الَّذِي أَخَذَهُ
اللَّهُ تَعَالَى مِنْ آدَمَ وَذُرِّيَّتِهِ حَقٌّ
Dan
janji yang telah diambil oleh Allah swt atas Adam as dan keturunannya adalah
benar.
وَنَحْنُ مُؤْمِنُونَ
بِذَلِكَ كُلِّهِ، لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ، وَنُصَدِّقُهُمْ
كُلَّهُمْ عَلَى مَا جَاءُوا بِهِ
Dan
hendaklah kita beriman dengan semua yang demikian itu, kita tidak boleh
membeza-bezakan para Rasul dan kita wajib membenarkan segala yang mereka bawa.
وَجَمِيعُ مَا صَحَّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ g مِنَ الشَّرْعِ وَالْبَيَانِ كُلُّهُ حَقٌّ
Dan
segala berita yang datang secara sohih daripada Rasulullah saw, daripada hukum
syariat ataupun penjelasan-penjelasan, semuanya adalah benar.
وَلَا يَخْرُجُ الْعَبْدُ مِنَ الْإِيمَانِ إِلَّا
بِجُحُودِ مَا أَدْخَلَهُ فِيهِ.
Seorang hamba tidaklah keluar dari iman
kecuali kerana melakukan hal-hal yang mengeluarkannya daripada iman.
وَالْإِيمَانُ وَاحِدٌ
وَأَهْلُهُ فِي أَصْلِهِ سَوَاءٌ وَالتَّفَاضُلُ بَيْنَهُمْ بِالْخَشْيَةِ وَالتُّقَى
وَمُخَالَفَةِ الْهَوَى وَمُلَازَمَةِ الْأَوْلَى
Dan
Iman itu tunggal, setiap orang yang beriman pada asalnya adalah sama, yang
mulia di antara mereka adalah yang paling takut kepada Allah swt dan tinggi
ketaqwaannya, sentiasa melawan hawa nafsu, dan teguh dalam ketaatan.
وَالْمُؤْمِنُونَ كُلُّهُمْ
أَوْلِيَاءُ الرَّحْمَنِ وَأَكْرَمُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَطْوَعُهُمْ
وَأَتْبَعُهُمْ لِلْقُرْآنِ
Dan
setiap mukmin adalah para kekasih Tuhan yang maha penyayang, dan yang paling mulia di antara mereka di sisi
Allah swt adalah yang paling taat dan yang paling mengikuti al Quran.
وَلَا نَقُولُ: لَا يَضُرُّ مَعَ
الْإِيمَانِ ذَنْبٌ لِمَنْ عَمِلَهُ,
نَرْجُو لِلْمُحْسِنِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ، وَيُدْخِلَهُمُ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِهِ
Dan
kita tidak boleh mengatakan bahawa perbuatan dosa tidak merosakkan iman
pelakunya, kita berharap agar Allah swt mengampunkan kesalahan orang-orang
beriman yang berbuat ihsan dan memasukkan mereka ke dalam syurga dengan
rahmatNya.
وَلَا نَأْمَنُ عَلَيْهِمْ وَلَا
نَشْهَدُ لَهُمْ بِالْجَنَّةِ وَنَسْتَغْفِرُ لِمُسِيئِهِمْ وَنَخَافُ عَلَيْهِمْ
وَلَا نُقَنِّطُهُمْ
Dan
tidaklah kita mengatakan mereka selamat, dan tidak pula kita menjamin mereka
akan masuk syurga, kita mohon diampunkan atas dosa-dosa mereka, kita amat takut
atas dosa-dosa mereka dan kita tidak pernah meremehkannya.
وَالْأَمْنُ وَالْإِيَاسُ يَنْقُلَانِ
عَنْ مِلَّةِ الْإِسْلَامِ وَسَبِيلُ الْحَقِّ بَيْنَهُمَا لِأَهْلِ الْقِبْلَةِ.
Dan sikap merasa aman daripada kena
seksa dan berputus asa daripada rahmat
Tuhan merupakan sikap yang menyimpang daripada Islam, sikap dan perilaku yang
benar ialah sikap para ahli kiblat yang berada di antara keduanya (pertengahan)
أهل الكبائر من المؤمنين لا يخلدون في النار :
Ahlul
Kabair di kalangan orang-orang beriman tidak kekal di dalam neraka
وَأَهْلُ الْكَبَائِرِ
مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ gفِي النَّارِ لَا
يُخَلَّدُونَ، إِذَا مَاتُوا وَهُمْ مُوَحِّدُونَ وَإِنْ لَمْ يَكُونُوا تَائِبِينَ بَعْدَ أَنْ
لَقُوا اللَّهَ عَارِفِينَ مُؤْمِنِينَ وَهُمْ فِي
مَشِيئَتِهِ وَحُكْمِهِ
Dan
orang-orang yang melakukan dosa besar di kalangan umat Muhammad saw yang masuk
neraka tidak kekal di dalamnya sekiranya mereka mati dalam keadaan bertauhid,
sekalipun mereka belum sempat bertaubat atas dosa-dosa tersebut, sesudah mereka
menemui Allah swt dalam keadaan ma’rifat atau beriman kepadaNya maka nasib
mereka adalah sesuai dengan kehendak dan hukumNya.
إِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ
وَعَفَا عَنْهُمْ بِفَضْلِهِ كَمَا ذَكَرَ عَزَّ وَجَلَّ فِي كِتَابِهِ: ﴿وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ﴾
Jika
Dia berkehendak maka Dia akan mengampunkan mereka dengan kurniaanNya,
sebagaimana firmanNya di dalam al Quran “Dan Dia akan mengampunkan dosa apa
pun selain syirik bagi siapa yang Dia kehendaki” (An Nisaa’ : 48)
وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ
فِي النَّارِ بِعَدْلِهِ، ثُمَّ يُخْرِجُهُمْ مِنْهَا بِرَحْمَتِهِ وَشَفَاعَةِ
الشَّافِعِينَ مِنْ أَهْلِ طَاعَتِهِ ثُمَّ يَبْعَثُهُمْ إِلَى جَنَّتِهِ
Sebaliknya,
jika Dia berkehendak maka Dia akan mengazab mereka di dalam neraka atas dasar
keadilanNya, lalu Dia keluarkan mereka daripada neraka tersebut dengan
rahmatNya atau syafaat orang-orang yang diberi kesempatan untuk memberi syafaat
di antara ahli ketaatan, kemudian Dia akan memindahkan mereka ke dalam
syurgaNya.
وَذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى
تَوَلَّى أَهْلَ مَعْرِفَتِهِ، وَلَمْ يَجْعَلْهُمْ فِي الدَّارَيْنِ كَأَهْلِ
نُكْرَتِهِ الَّذِينَ خَابُوا مِنْ هِدَايَتِهِ، وَلَمْ يَنَالُوا مِنْ
وَلَايَتِهِ اللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ الْإِسْلَامِ
وَأَهْلِهِ ثَبِّتْنَا عَلَى الْإِسْلَامِ حَتَّى نَلْقَاكَ بِهِ
Dan
yang demikian ini kerana Allah swt menjaga orang-orang yang ma’rifat kepadaNya,
dan Dia tidak akan memperlakukan mereka, di dunia dan di akhirat, sebagaimana
perlakuanNya kepada orang-orang ingkar yang tidak mendapatkan hidayahNya dan
tidak pula mendapatkan perlindungan daripadaNya, ya Allah ! Yang menjaga Islam
dan pengikutnya! Tetapkanlah kami di atas Islam sehingga kami menemui Engkau
dengan membawa Islam.
وَنَرَى الصَّلَاةَ خَلْفَ
كُلِّ بَرٍّ وَفَاجِرٍ مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ، وعَلَى مَنْ مَاتَ مِنْهُمْ
Dan
kita memandang bahawa solat itu sah dilakukan dibelakang imam yang sangat taat
beragama ataupun yang selalu melakukan dosa asalkan dia di kalangan ahli
kiblat, solat juga mesti dilakukan terhadap kedua golongan tersebut apabila
meninggal dunia.
وَلَا نُنَزِّلُ أَحَدًا
مِنْهُمْ جَنَّةً وَلَا نَارًا، وَلَا نَشْهَدُ عَلَيْهِمْ بِكُفْرٍ وَلَا
بِشِرْكٍ وَلَا بِنِفَاقٍ، مَا لَمْ يَظْهَرْ مِنْهُمْ شَيْءٌ مِنْ ذَلِكَ،
وَنَذَرُ سَرَائِرَهُمْ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى
Dan
kita tidak meletakkan satu pun di kalangan mereka di syurga atau neraka, dan
kita tidak boleh mengatakan mereka sebagai kafir, musyrik, atau munafiq,
kecuali setelah nampak bukti yang jelas menunjukkan hal yang demikian itu,
adapun hati mereka kita serahkan kepada Allah swt.
وَنُسَمِّي أَهْلَ قِبْلَتِنَا مُسْلِمِينَ مُؤْمِنِينَ، مَا دَامُوا بِمَا
جَاءَ بِهِ النَّبِيُّ g
مُعْتَرِفِينَ، وَلَهُ بِكُلِّ مَا قَالَ وَأَخْبَرَ مُصَدِّقِينَ.
Dan
kita menyebut para ahli kiblat kita sebagai kaum muslimin dan mukminin, sepanjang
mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan setiap yang
diucapkan dan diberitakan oleh baginda saw.
وَلَا نَرَى السَّيْفَ عَلَى أَحَدٍ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ gإِلَّا مَنْ وَجَبَ
عَلَيْهِ السَّيْفُ.
Dan
tidak boleh kita memandang bahawa pedang itu boleh diarahkan kepada seorang pun
di kalangan umat Muhammad saw kecuali kepada orang-orang yang wajib diperangi.
وجوب طاعة الأئمة والولاة :
Wajib
taat kepada para pemerintah
وَلَا نَرَى الْخُرُوجَ
عَلَى أَئِمَّتِنَا وَوُلَاةِ أُمُورِنَا وَإِنْ جَارُوا، وَلَا نَدْعُو
عَلَيْهِمْ، وَلَا نَنْزِعُ يَدًا مِنْ طَاعَتِهِمْ،
Dan
kita tidak boleh khuruj (memberontak) terhadap para pemerintah, sekalipun
mereka itu zalim, tetapi kita juga tidak menyeru untuk menyokong kezaliman mereka,
dan kita tidak mencabut tangan daripada ketaatan kepada mereka.
وَنَرَى طَاعَتَهُمْ مِنْ طَاعَةِ اللَّهِ عز وجل
فَرِيضَةً، مَا لَمْ يَأْمُرُوا بِمَعْصِيَةٍ، وَنَدْعُو لَهُمْ بِالصَّلَاحِ
وَالْمُعَافَاةِ
Dan
ketaatan terhadap pemimpin merupakan sebahagian daripada ketaatan terhadap
Allah swt adalah wajib, sepanjang mereka tidak memerintahkan kemaksiatan, dan
kita sentiasa berdoa agar mereka memperbaiki diri dan terpelihara
وجوب الحج والجهاد إلى يوم القيامة :
Wajib
menunaikan Haji dan berjihad sehingga ke Hari Kiamat
وَالْحَجُّ وَالْجِهَادُ مَاضِيَانِ مَعَ أُولِي الْأَمْرِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ، بَرِّهِمْ
وَفَاجِرِهِمْ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ، لَا يُبْطِلُهُمَا شَيْءٌ وَلَا
يَنْقُضُهُمَا
Haji
dan Jihad itu tidak disyaratkan pemerintah kaum Muslimin itu seorang yang adil atau zalim,
berkekalan kefardhuannya sehingga ke Hari Kiamat, tidak ada yang membatalkan
keduanya oleh sesuatu pun.
اتباع أهل السنة والجماعة :
Mengikuti Ahli
Sunah wal Jama’ah
وَنَتَّبِعُ السُّنَّةَ وَالْجَمَاعَةَ، وَنَجْتَنِبُ الشُّذُوذَ وَالْخِلَافَ وَالْفُرْقَةَ
Dan
hendaklah kita mengikuti ahli Sunnah wal Jama’ah dan menjauhkan diri daripada
keanehan, khilaf, dan pecah belah.
وَنَرَى الجَمَاعَةَ
حَقًّا وَصَوَابًا، وَالْفُرْقَةَ زَيْغاً
وَعَذَاباً.
Kita
memandang bahawa jamaah adalah yang benar, sementara berpecah adalah sesat.
وَنُحِبُّ أَهْلَ الْعَدْلِ وَالْأَمَانَةِ، وَنُبْغِضُ أَهْلَ الْجَوْرِ وَالْخِيَانَةِ
Dan
kita mencintai orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan dan menunaikan
amanah, dan membenci orang-orang yang suka melakukan dosa dan khianat.
وَنَقُولُ: اللَّهُ أَعْلَمُ فِيمَا اشْتَبَهَ عَلَيْنَا عِلْمُهُ
Kita
katakan : Allah swt lebih tahu dengan ilmuNya tentang segala sesuatu yang masih
samar-samar bagi kita.
وَنَرَى الْمَسْحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ فِي السَّفَرِ وَالْحَضَرِ، كَمَا جَاءَ
فِي الْأَثَرِ
Kita
mengatakan bahawa menyapu dua khuf adalah harus ketika musafir atau bermukim
sebagaimana yang disebutkan dalam hadis.
وَفِي دُعَاءِ
الْأَحْيَاءِ وَصَدَقَاتِهِمْ مَنْفَعَةٌ لِلْأَمْوَاتِ
Doa
dan sedaqah orang-orang yang masih hidup bermanfaat bagi yang telah meninggal
dunia.
واللهُ تَعالَى
يَسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ وَيَقْضِي الحَاجَاتِ
Dan
Allah swt adalah Tuhan yang mengkabulkan doa, dan menunaikan segala hajat.
لا يجوز تصديق الكهنة والعرافين :
Tidak
boleh membenarkan tukang ramal dan tukang tilik
وَلَا نُصَدِّقُ كَاهِنًا
وَلَا عَرَّافًا
Dan
kita tidak boleh mempercayai tukang ramal atau tukang tilik.
وَلَا مَنْ يَدَّعِي
شَيْئًا يُخَالِفُ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ وَإِجْمَاعَ الْأُمَّةِ
Dan
kita tidak boleh membenarkan siapa sahaja yang mendakwa sesuatu yang menyalahi
al Qur’an, as Sunnah, dan Ijma’ ulama’.
حب أصحاب النبي g :
Mencintai para
sahabat Nabi saw
وَنُحِبُّ أَصْحَابَ
رسُولِ الله g، وَلاَ نُفْرِطُ
في حُبِّ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَلاَ نَتَبَرَّأُ مِنْ أَحَدٍ مِنْهُمْ، وَنُبْغِضُ
مَنْ يُبْغِضُهُمْ، وَبِغَيْرِ الْخَيْرِ يَذْكُرُهُمْ، وَلَا نُذْكُرُهُمْ إِلاَّ
بِخَيْرٍ, وَحُبُّهُمْ دِينٌ وإيمَانٌ وإحْسَانٌ وَبُغْضُهُمْ كُفْرٌ ونِفَاقٌ
وطُغْيَانٌ.
Dan
hendaklah kita mencintai para sahabat Rasulullah saw, kita tidak bersikap
melampau dalam mencintai salah seorang daripada mereka, demikian pula kita
tidak mengingkari terhadap salah seorang daripada mereka, dan kita membenci
siapa pun yang membenci mereka dan mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada
mereka, dan kita tidak akan menyebut mereka kecuali dengan sesuatu yang baik,
mencintai mereka merupakan perintah agama, iman, dan ihsan, sebaliknya membenci
mereka merupakan kekufuran, nifaq, dan melampaui batas.
وَنُثْبِتُ الْخِلَافَةَ
بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ g أَوَّلًا
لِأَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ h تَفْضِيلًا
لَهُ وَتَقْدِيمًا عَلَى جَمِيعِ الْأُمَّةِ ثُمَّ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ h ثُمَّ لِعُثْمَانَ h ثُمَّ لِعَلِيِّ بْنِ
أَبِي طَالِبٍ h وَهُمُ الْخُلَفَاءُ الرَّاشِدُونَ
وَالْأَئِمَّةُ الْمَهْدِيُّونَ
Dan
kita menetapkan khalifah selepas Rasulullah saw yang pertamanya adalah Abu
Bakar as Shiddiq ra atas dasar mengutamakan dan mendahulukan beliau terhadap
sekalian umat, kemudian Umar Bin al Khatthob ra, kemudian Uthman Bin Affan ra,
dan akhirnya Ali Bin Abi Tolib ra, mereka adalah khulafa’ rasyidun dan aimmah
mahdiyyun (para imam yang diberi petunjuk)
وَإِنَّ الْعَشَرَةَ الَّذِينَ سَمَّاهُمْ رَسُولُ
اللَّهِ g
وَبَشَّرَهُمْ بِالْجَنَّةِ، نَشْهَدُ لَهُمْ بِالْجَنَّةِ عَلَى مَا شَهِدَ
لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ g وَقَوْلُهُ
الْحَقُّ
Sesungguhnya sepuluh orang yang
disebutkan oleh Rasulullah saw diberi khabar gembira dengan syurga, maka kita
menetapkan pula syurga untuk mereka sebagaimana kesaksian Rasulullah saw dan
perkataannya adalah benar.
وَهُمْ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ
وَطَلْحَةُ وَالزُّبَيْرُ وَسَعْدٌ وَسَعِيدٌ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ
وَأَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ وَهُوَ أَمِينُ هَذِهِ الْأُمَّةِ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمْ أَجْمَعِينَ
Mereka
adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Tholhah, az Zubair, Sa’ad, Sa’id, Abdur
Rahman Bin A’uf, Abu Ubaidah Bin Jarrah, mereka semua adalah orang-orang
terpercaya pada umat ini, semoga keredhaan Allah swt tercurah atas mereka.
وَمَنْ أَحْسَنَ الْقَوْلِ فِي
أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ g،
وَأَزْوَاجِهِ الطَّاهِرَاتِ مِنْ كُلِّ دَنَسٍ، وَذُرِّيَّاتِهِ الْمُقَدَّسِينَ
مِنْ كُلِّ رِجْسٍ، فَقَدَ بَرِئَ مِنَ النِّفَاقِ
Dan
barangsiapa yang baik perkataannya tentang para sahabat Rasulullah saw, para
isteri baginda saw yang disucikan daripada segala kotoran, dan keturunan
baginda yang disucikan daripada segala kotoran, maka ia telah bebas daripada
nifaq.
وَعُلَمَاءُ السَّلَفِ
مِنَ السَّابِقِينَ، وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ التَّابِعِينَ أَهْلُ الْخَيْرِ
وَالْأَثَرِ، وَأَهْلُ الْفِقْهِ وَالنَّظَرِ، لَا يُذْكَرُونَ إِلَّا
بِالْجَمِيلِ، وَمَنْ ذَكَرَهُمْ بِسُوءٍ فَهُوَ عَلَى غَيْرِ السَّبِيلِ.
Dan
para ulama salaf yang terdahulu ataupun yang sesudahnya di kalangan para
tabi’en merupakan ahli kebaikan dan ahli Hadis, ahli Fiqh dan ahli Tauhid,
mereka tidak disebut kecuali dengan kebaikan, barangsiapa yang menyebutkan
mereka dengan keburukan maka ia telah terkeluar dari jalan yang benar.
الأنبياء أفضل من الأولياء :
Para Anbia’ lebih
mulia daripada para Aulia’
وَلَا نُفَضِّلُ أَحَدًا
مِنَ الْأَوْلِيَاءِ عَلَى أَحَدٍ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ السَّلَام،
وَنَقُولُ: نَبِيٌّ وَاحِدٌ أَفْضَلُ مِنْ جَمِيعِ الْأَوْلِيَاءِ
Dan
tidaklah kita lebih memuliakan para wali ke atas para Nabi a’laihimussalam,
kita katakan : Seorang Nabi lebih mulia daripada semua para wali.
وَنُؤْمِنُ بِمَا جَاءَ
مِنْ كَرَامَاتِهِمْ، وَصَحَّ عَنِ الثِّقَاتِ مِنْ رِوَايَاتِهِمْ
Dan
hendaklah kita beriman dengan karamah para wali dan kita juga mensohihkan
riwayat yang diriwayatkan oleh orang-orang yang thiqah di kalangan mereka.
آمَنَّا بِذَلِكَ كُلِّهِ،
وَأَيْقَنَّا أَنَّ كُلًّا مِنْ عِنْدِهِ
Kita
beriman terhadap yang demikian itu dan kita yakin bahawa segala sesuatu adalah
berasal daripada sisiNya.
إن الدين عند الله الإسلام :
Sesungguhnya agama di sisi Allah swt ialah Islam
وَدِينُ اللَّهِ فِي
الْأَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَاحِدٌ، وَهُوَ دِينُ الْإِسْلَامِ، قَالَ اللَّهُ
تَعَالَى ﴿إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ
الْإِسْلَامُ﴾ وَقَالَ تَعَالَى ﴿وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا﴾.
Dan
agama Allah swt di bumi dan di langit adalah satu sahaja, iaitu Islam, Allah
swt berfirman ,“Sesungguhnya Din di sisi Allah swt ialah Islam” (Ali Imran :
19). Dan firmanNya lagi, “Dan Aku telah ridha Islam sebagai Din bagi
kalian” (al Maidah : 3)
وَهُوَ بَيْنَ الْغُلُوِّ
وَالتَّقْصِيرِ وَبَيْنَ التَّشْبِيهِ وَالتَّعْطِيلِ وَبَيْنَ الْجَبْرِ
وَالْقَدَرِ وَبَيْنَ الْأَمْنِ وَالْيَأْسِ
Dan
ia di antara sikap pertengahan antara ghuluw (berlebih-lebihan) dan taqshir
(kelalaian), antara tasybih (menyerupakan) dan ta’thil (pengingkaran),
antara jabariyah dan qadariyah, antara merasa aman dan putus asa.
فَهَذَا دِينُنَا
وَاعْتِقَادُنَا ظَاهِرًا وَبَاطِنًا، وَنَحْنُ بَرَآءُ إِلَى اللَّهِ مِنْ كُلِّ
مَنْ خَالَفَ الَّذِي ذَكَرْنَاهُ وَبَيَّنَّاهُ
Maka
inilah agama dan keyakinan kita, zahir dan batin, kita berlepas tangan kepada
Allah swt daripada siapapun yang menyalahi apa yang kita sebutkan dan kita
terangkan.
وَنَسْأَلُ اللَّهَ
تَعَالَى أَنْ يُثَبِّتَنَا عَلَى الْإِيمَانِ، وَيَخْتِمَ لَنَا بِهِ،
وَيَعْصِمَنَا مِنَ الْأَهْوَاءِ الْمُخْتَلِفَةِ، وَالْآرَاءِ الْمُتَفَرِّقَةِ،
وَالْمَذَاهِبِ الرَّدِيَّةِ، مِثْلَ الْمُشَبِّهَةِ وَالْمُعْتَزِلَةِ
وَالْجَهْمِيَّةِ وَالْجَبرِيَّةِ وَالْقَدَرِيَّةِ وَغَيْرِهِمْ، مِنَ الَّذِينَ
خَالَفُوا السُّنَّةَ وَالْجَمَاعَةَ، وَحَالَفُوا الضَّلَالَةَ، وَنَحْنُ
مِنْهُمْ بَرَآءٌ، وَهُمْ عِنْدَنَا ضُلَّالٌ وَأَرْدِيَاءُ وَبِاللَّهِ
الْعِصْمَةُ وَالتَّوْفِيقُ.
Dan
sama-sama kita memohon kepada Allah swt agar meneguhkan kita dalam iman,
mencabut nyawa kita dalam iman, dan menjaga kita daripada hawa nafsu yang menyimpang,
daripada pemikiran-pemikiran yang menyimpang daripada aliran-aliran yang
ditolak seperti Musyabbihah, Mu’tazilah, Jahmiyah, Jabariyah, Qadariyah, dan
lain-lain yang menyalahi ahli Sunnah wal Jama’ah yang berada di jalan
kesesatan, terhadap mereka itu, kita berlepas tangan di sisi kita, mereka itu
tertolak, dan dengan pertolongan Allah swt itu mendapat penjagaan dan taufiq.
Diterjemahkan oleh : Mohd Faiz Bin Abdullah
4 Jan 2021 – 20 Jamadil Awwal 1422
تم
بعون الله والله أعلم